The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-52286687, 2023-06-23 08:40:09

BUKU PROG MAT PIBG KALI KE 37 baru

BUKU PROG MAT PIBG KALI KE 37 baru

1 SK (F) JENDERAK SELATAN 28050 KUALA KRAU TEMERLOH PAHANG MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 TAHUN 2023 TARIKH : 24 JUN 2023 ( SABTU) MASA : 8:30 PAGI TEMPAT : DEWAN SERI JENDERAK SK FELDA JENDERAK SELATAN DIRASMIKAN OLEH : YB. DATO’ SRI SYED IBRAHIM BIN SYED AHMAD SSAP, DIMP, AMP, AMN EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM, PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN HAL EHWAL ORANG ASLI NEGERI PAHANG (ADUN KAWASAN KERDAU)


2 ATURCARA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-37 TAHUN 2023 Hari/ Tarikh : SABTU (24 Jun 2023) Masa : 9.00 pagi -12.00 tengah hari Tempat : Dewan Seri Jenderak, SK FELDA Jenderak Selatan AGENDA 1 – Mesyuarat Agung Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali ke-37 • Ucapan alu-aluan Pengerusi (Dr. Mohamad Redzwan bin Abdul Mutalib) • Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-36, 2022. • Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG bagi tahun 2022. • Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan bagi tahun 2022 berakhir pada 31.12.2022. • Membentang dan membahaskan usul • Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2023 • Pelantikan Pengerusi Sementara • Pemilihan dan pengumuman Jawatankuasa PIBG bagi Tahun 2023/2025 • Ucapan penangguhan oleh YDP 2023/2025 • CABUTAN BERTUAH


3 AGENDA 2 – Ucapan dan Perasmian • Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis • Bacaan Doa Majlis (Ustaz Adnan bin Ismail) • Ucapan YDP PIBG • Ucapan Guru Besar (En. Zulkurnain bin Ishak) • Ucapan perasmian (YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad SSAP, DIMP, AMP, AMN) Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang (Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Kerdau ) • CABUTAN BERTUAH • Penyampaian Cenderahati • Jamuan


4 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 2022 SK (F) JENDERAK SELATAN, KUALA KRAU, TEMERLOH TARIKH : 1 APRIL 2022 HARI : JUMAAT MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : DEWAN SERI BAKTI, FELDA JENDERAK SELATAN PERASMI : DATO’ SRI HAJI MOHAMED BIN HJ. JAAFAR, SSAP, DIMP,SMP,KMN,PJK ( Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Jenderak ) KEHADIRAN: JUMLAH 143/168 ORANG


5 AGENDA 1: UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab AlFatihah. 1.2 Pengerusi majlis Dr. Mohd Redzwan bin Abdul Mutalib mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli yang dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat yang menandakan sokongan kepada PIBG sekolah. 1.3 Pengerusi memohon maaf kerana banyak aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana terkesan dengan pandemik Covid-19. 1.4 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada Guru besar dan guru-guru SK Felda Jenderak Selatan kerana berjaya menjalankan pembelajaran secara PDPR semasa PKP dan berjaya mematuhi SOP dan mengawal murid daripada menjadi penyebar Covid-19 semasa pembelajaran bersemuka. 1.5 Pengerusi meluahkan rasa dukacita atas pertukaran 3 orang guru iaitu Pn. Dzarifah, En. Saiful Hairi dan En. Sobri. Ucapan terima kasih atas jasa yang yang telah dicurahkan sepanjang mendidik anak-anak murid di sekolah ini. 1.6 Pengerusi memberikan pesanan kepada ibu bapa / penjaga murid agar sentiasa mendapatkan maklumat mengikut saluran yang betul. Pembentukan group wassap kelas yang telah dibuat dan digunapakai diharap dapat memudahkan ibu bapa mendapat maklumat dengan mudah dan pantas. 1.7 Pengerusi memaklumkan bahawa beliau mendapat maklumat segelintir ibu bapa tidak memberikan kerjasama dengan tidak memberikan kebenaran anak-anak mereka menjalankan ujian saringan Covid-19 di sekolah. Justeru, pada hari ini


6 pihak sekolah dan PIBG bersetuju untuk mengadakan demonstrasi saringan Covid-19 yang dijalankan di peringkat sekolah bagi memberikan pendedahan cara pelaksanaannya kepada ibu bapa. AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-35 2.1 Pn. Dzaripah binti Zainal Abidin selaku setiausaha PIBG telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-35 untuk di terima dan disahkan. 2.2 En. Amran bin Jaya mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 diterima dan disahkan. 2.3 En. Talib bin Yusuf mengesahkan dan menyokong minit yang dibentangkan. AGENDA 3: MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG KALI KE-35 3.1 Pn. Dzaripah binti Zainal Abidin selaku setiausaha PIBG telah membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG untuk diterima dan disahkan. 3.2 Pn. Anisah bt Zulkifly mencadangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Kali ke-35 diterima dan disahkan. 3.3 Disokong oleh Pn. Fatimah Ayu binti Malik.


7 AGENDA 4: MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN LAPORAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021 4.1 Pn. Roniza bt Abd. Samat selaku bendahari membentangkan Laporan Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021 untuk diterima dan disahkan. Rujuk Laporan Kewangan dihalaman 9. 4.2 Pn. Siti Alawiyah mencadangkan Laporan Kewangan PIBG kali ke-35 yang berakhir pada 31 Disember 2021 diterima dan disahkan. 4.3 Disokong oleh : Nor Baizura binti Rahman


8 AGENDA 5 : JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2023 5.1 PELANTIKAN AHLI AJK PIBG 2021/2023: AHLI JAWATANKUASA WAKIL IBU BAPA: 1. En. Rahim b. Othman 2. En. Mohd Rafizie b. Rozali 3. En. Rosli a/l Panjang 4. Pn. Jawahir bt Jaafar 5. Pn. Anisah bt. Zulkifly AHLI JAWATANKUASA WAKIL GURU: 1. En. Adnan b. Ismail 2. En. Wan Abd. Syakur b. Wan Abd. Majid 3. Pn. Nor Azura bt Mustafar 4. En. Saiful Hairi B. Mohd Saini 5. En. Mohamad Sobri b. Shamsudin YANG DIPERTUA : Dr. Mohd Redzwan b. Abdul Mutalib. NAIB YANG DIPERTUA : En. Abd Razak b. Mat Arif SETIAUSAHA : Pn. Dzaripah bt. Zainal Abidin NAIB SETIAUSAHA : Pn. Shahroul Neeza bt. Harun BENDAHARI : Pn. Roniza bt. Abd Samad


9 PEMERIKSA KIRA-KIRA: 1 En. Abdul Rahim b. Hainin 2 Pn. Norazilawati bt. Abd Ralit AGENDA 6 : MEMBAHASKAN USUL/CADANGAN. 6.1 USUL 1 En. Mohd Hafizi bin Razali membahaskan isu beg berat dalam kalangan murid-murid dengan mencadangkan mengurangkan buku yang dibawa, menghadkan subjek dalam sehari dan menyediakan bekas atau rak buku kepada murid di dalam kelas. 6.2 En. Ramli mencadangkan usul diterima dan disokong oleh En. Nazirudin bin Mat Hashim. 6.3 Guru Besar mencadangkan penyediaan bekas bertutup bagi murid tahap 1 terlebih dahulu atau membina rak buku secara gotong royong oleh ibu bapa dan kos ini ditanggung oleh PIBG. 6.4 Keputusannya PIBG akan menanggung pembelian bekas bertutup bagi murid tahap 1 dengan anggaran perbelanjaan RM1000.


10 AGENDA 7: UCAPAN GURU BESAR DAN PERASMIAN MESYUARAT 7.1 Guru Besar SKJS En. Zulkurnain b. Ishak mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini. 7.2 Beliau berharap ibu bapa yang ada masalah janganlah pendam, teruslah berjumpa dengan pentadbiran pihak sekolah atau wakilkan kepada AJK PIBG untuk berbincang dan selesaikan masalah dengan lebih efektif dan efisien. 7.3 Ibu bapa perlu memberi perhatian kepada berita-berita terkini atau maklumat yang disampaikan oleh pihak sekolah kerana jadual dan perubahan maklumat boleh berlaku dalam tempoh 10 minit semenjak Negara kita dilanda wabak Covid19. 7.4 Beliau menerangkan bahawa UPSR akan dijalankan seperti biasa, sehingga ada dokumen hitam/putih yang mengatakan sebaliknya. 7.5 Beliau menekankan bahawa murid Tahun 6 di SKJS akan memerlukan dana RM50 bagi tujuan modul kecemerlangan untuk semua mata-pelajaran yang terlibat dalam UPSR. Modul ini digunakan di dalam kelas & pada waktu yang akan ditetapkan oleh guru-guru Tahun 6.


11 7.6 Beliau juga membuat pengumuman bahawasanya jumlah rumah sukan akan dikurangkan daripada 4 kepada 3 buah rumah sukan sahaja, jika acara sukan tahunan dapat dilakukan seperti biasa bagi tahun 2021. Nama rumah sukan dan senarai nama pelajar masing-masing akan diberitahu semula kelak. 7.7 En. Zulkurnain juga memberitahu pihak sekolah telah menyediakan borang sakit untuk para pelajar yang tidak sihat dan tidak hadir ke sekolah. Borang ini disediakan di pondok pengawal. Ibu bapa boleh mengambil borang ini di sekolah dan hantarkan kepada guru-guru sebelum menghantar anak ke klinik. Dengan cara ini, kehadiran anakanak yang tidak sihat akan dikira sebagai hadir. 7.8 Beliau mengharap kerjasama jitu daripada semua AJK dan ibu bapa demi kecemerlangan anak-anak dan sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang dengan bacaan surah Al – Asr. Disediakan oleh : Disahkan oleh : ……………………………………… …………………………………… (SHAHROUL NEEZA BT HARUN) (DR MOHD REDZWAN BIN ABD MUTALIB) Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG, SK (F) Jenderak Selatan. SK (F) Jenderak Selatan.


12 LAPORAN AKTIVITI SUMBANGAN PIBG 2022 BIL TARIKH AKTIVITI 1. 24.01.2022 Program Morning Glory 2. 07.02.2022 Jamuan Mesyuarat AJK PIBG 3 16.02.2022 Hari Anugerah Kecemerlangan (2022) 4 20.03.2022 Jamuan Mesyuarat AJK PIBG 5 01.04.2022 Mesyuarat Agung PIBG 6 15.04.2022 Iftar Ramadhan 7 21.04.2022 Tadarus Al-Quran dan Duit Raya 8 28.04.2022 Ihya’ Ramadhan 9 12.05.2022 Jamuan Hari Raya 10 25.05.2022 Hadiah Pertukaran Guru 11 15.06.2022 Jamuan Mesyuarat AJK Kali ke-2 12 23.06.2022 Sukan Tahunan 13 23.08.2022 Sambutan Maal Hijrah 14 23.08.2023 Sambutan Bulan Kemerdekaan 15 23.09.2023 Kotak Simpanan Buku Tahun 1 16 31.10.2023 Kem Bijak Membaca 17 25.10.2023 Keceriaan Sekolah (KMR)


13


14


15 AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 SK (F) JENDERAK SELATAN JAWATAN KUASA PELAKSANA Penasihat : En. Zulkurnain b. Ishak - Guru Besar Pengerusi : Dr. Mohd Redzwan b. Abdul Mutalib- YDP PIBG Timb Pengerusi : Tn. Syed Aiduddin b. Syed Yahya- GPK HEM Naib Pengerusi : En. Marwan bin Mansor - GPK Pentadbiran : En. Rominzie bin Rasu- GPK Kokurikulum Setiausaha : Pn. Shahroul Neeza bt. Harun Naib Setiausaha : En. Wan Abdul Syakur bin Wan Abd. Majid Bendahari : Pn. Roniza bt Abd. Samad AJK PELAKSANA MAJLIS Sambutan/Protokol En. Zulkurnain bin Ishak Dr. Redzwan b. Abdul bin Abdul Mutalib En. Marwan bin Mansor En. Rominzie bin Rasu Tn. Syed Aiduddin bin Syed Yahya En. Abd Razak b. Mat Arif


16 Pengacara Pn. Zamilah binti Ibrahim Pn. Alea Jasmine bt Mohammed Rafi Bacaan Doa En. Adnan bin Ismail Juru Gambar Pn. Siti Fatimah Azzahrah bt Mohd Aminuddin Pencatat Pn. Nur ‘Izzati binti Jonaidi Pn. Zalina binti Ibrahim Cenderahati Pn. Roniza bt Abd Samad Pn. Fatimah Ayu bt Malik Pn. Haliza bt Mohd Ali Pn. Roziah bnti Majid Pendaftaran Pn. Nor Azura bt Mustafar Pn. Nor Baizura bt Kamal Pn. Jawahir bt Jaafar Backdrop & Banner En. Wan Abdul Syakur b. Wan Abdul Majid Pn. Maimunah bt Muhammad Pn. Salina bt Abd Rahman En. Zain Azar Abu Bakar


17 Siaraya En. Mohamad Redhzwan Ariff b. Khairul Anuwar Buku Program & Pamplet Pn. Talhah binti Mat Daud Pn. Shahroul Neeza binti Harun Jamuan Pn. Rahaida bt. Ab Rahman Pn. Nor Aini bt Md Nor Pn. Anisah bt Zulkifly Pn. Shuhada Persiapan Tempat En. Adnan b. Ismail En. Nasli b. Shafiee En. Hisyam En. Rosli a/l Panjang En. Mohd Rafizie b. Rozali En. Rahim bin Othman


18 Pelantikan ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi 2023/2025 YANG DIPERTUA : __________________________ NAIB YANG DIPERTUA : ___________________________ SETIAUSAHA : ___________________________ NAIB SETIAUSAHA : ___________________________ BENDAHARI : ___________________________ AHLI JAWATANKUASA : 1. _______________________________ 2. _______________________________ 3. _______________________________ 4. _______________________________ 5. _______________________________ WAKIL GURU : 1. _______________________________ 2. _______________________________ 3. _______________________________ 4. _______________________________ 5. _______________________________ PEMERIKSA KIRA-KIRA: 1. _______________________________ 2. _______________________________


19 Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta pihak pentadbir SK (F) Jenderak Selatan , merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada : YB. DATO’ SRI SYED IBRAHIM BIN SYED AHMAD SSAP, DIMP, AMP, AMN EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM, PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN HAL EHWAL ORANG ASLI NEGERI PAHANG (ADUN KAWASAN KERDAU) Ketua Peneroka Felda Jenderak Selatan. Para ibu bapa/penjaga, Guru SK (F) Jenderak Selatan Serta orang perseorangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan PIBG dan sekolah.


20 Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta pihak pentadbir SK (F) Jenderak Selatan , merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada : YB. DATO’ SRI HAJI MOHAMED BIN HJ JAAFAR, SSAP.,DIMP., SMP., KMN., PJK. AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG KAWASAN JENDERAK EN. ZULKURNAIN BIN ISHAK Guru Besar SK Felda Jenderak Selatan. Para ibu bapa/penjaga, Guru-guru SK (F) Jenderak Selatan Serta orang perseorangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan PIBG dan sekolah.


Click to View FlipBook Version