The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by janelleliew0111, 2022-12-25 10:44:55

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI (JANELLE LIEW EE HANN)

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2

Keywords: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN:

TAMAN BUKIT INDAH

DISEDIAKAN OLEH:

JANELLE LIEW EE HANN

TINGKATAN:

2 SAPPHIRE

GURU MATA PELAJARAN

PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN:

25/12/2022

ISI KANDUNGAN HALAMAN
3
BIL KANDUNGAN 4
1 Penghargaan 5
2 Pendahuluan 6
3 Perancangan kerja 7
4 Objektik kajian 8
5 Kajian kes
6 Kaedah kajian 9-10
7 Hasil kajian
- Konsep teknologi hijau 11
- Contoh teknologi hijau 12
- Ciri-ciri produk teknologi hijau 13-16
- Kepentingan teknologi hijau
- Amalan berkonsepkan teknologi hijau
8 Rumusan
9 Rujukan
10 Analisis yang diperolehi daripada borang soal selidik
(Google Form)

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi
saya, iaitu Cikgu Hanifah Binti Jamaluddin yang memberikan segala bimbingan
dan bantuan. Teguran dan nasihat beliau telah membantu saya dan rakan-rakan
sekelas saya untuk menyempurnakan tugasan ini.

Saya juga ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya, Encik
Liew Yoon Ming dan Puan Teo Ling Chee yang telah memberikan saya
sokongan dan sanggup mengorbankan masa mereka untuk mengumpul
maklumat tentang teknologi hijau di kawasan kajian yang saya kaji.

Penghargaan yang banyak juga saya ingin menyampaikan kepada rakan-rakan
kelas saya kerana telah memberikan saya pendapat dan idea masing-masing.

Sekian, terima kasih.

PENDAHULUAN

Saya, Janelle Liew Ee Hann merupakan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Ismail. Saya telah memilih tajuk Amalan Teknologi Hijau kerana tajuk ini
memudahkan saya untuk membuat pemerhatian dan rujukan daripada laman
sesawang dan buku-buku yang berkaitan.

Kawasan kajian dan juga kawasan tempat saya ialah 61, Jalan Indah 20/3,
Taman Bukit Indah 81200, Johor Bahru, Johor. Empat objektif telah ditetapkan
bagi saya mencapai untuk melengkapkan kerja lapangan saya iaitu:

 Menyatakan konsep Amalan Teknologi Hijau.
 Mengenal pasti 3 contoh teknologi hijau yang terdapat di 61, Jalan Indah

20/3, Taman Bukit Indah 81200, Johor Bahru, Johor.
 Menerangkan 4 ciri-ciri produk teknologi hijau.
 Membahaskan kepentingan teknologi hijau.
 Mencadangkan 4 amalan berkonsepkan teknologi hijau.

Saya mengambil masa selama seminggu untuk menyiapkan kerja lapangan saya.

PERANCANGAN KERJA

BIL TARIKH AKTIVITI CATATAN
Bincang dalam kelas
1 7/12/2022 Menghadiri taklimat yang

dijalankan oleh guru mata

pelajaran Geografi berkaitan

dengan penulisan tugusan kerja

lapangan ini menerusi PDPR.

2 10/12/2022 Membuat persediaan awal dan Bersama 2 orang rakan

merancang jadual kerja dengan

teratur.

3 10/12/2022 Mengenal pasti objektif kajian Bincang bersama rakan

dan menentukan kaedah kajian di perpustakaan

yang sesuai.

4 10/12/2022 Menyediakan borang soal Guna Google Form

selidik.

5 11/12/2022 Bermula mengumpulkan Cari daripada Internet

maklumat daripada pelbagai

sumber seperti internet, buku

teks, buku rujukan, majalah dan

akhbar.

6 12/12/2022 Mendapatkan respond di Buat sendiri (individu)

kawasan kajian berkaitan dengan

Amalan Teknologi Hijau yang

boleh dilakukan.

7 12/12/2022 Menganalisis maklumat yang Buat sendiri (individu)

telah diperolehi ke dalam bentuk

peta dan tafsiran dengan

bimbingan dan tunjuk ajar guru

mata pelajaran Geografi, Puan

Hanifah.

8 13/12/2022 Mengenal pasti takrif dan konsep Buat sendiri (individu)

Teknologi Hijau yang dilakukan

di kawasan kajian.

9 14/12/2022 Menjelaskan amalan Bincang dengan kawan

berkonsepkan Teknologi Hijau

dan contoh produk yang sesuai

dilakukan di kawasan kajian.

10 14/12/2022 Mencadangkan strategi dan Bincang dengan kawan

langkahlangkah bagi

menjayakan Amalan Teknologi.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang saya dibuat di 61, Jalan Indah 20/3, Taman Bukit Indah 81200,
Johor Bahru, Johor bertujuan untuk:

 Menyatakan konsep Amalan Teknologi Hijau.
 Mengenal pasti 3 dan contoh teknologi hijau yang terdapat di 61, Jalan Indah

20/3, Taman Bukit Indah 81200, Johor Bahru, Johor.
 Menerangkan 4 ciri-ciri produk teknologi hijau.
 Membahaskan kepentingan teknologi hijau.
 Mencadangkan 4 amalan berkonsepkan teknologi hijau.

KAJIAN KES

Kawasan 61, Jalan Indah 20/3, Taman Bukit Indah 81200, Johor Bahru, Johor
terletak di Iskandar Puteri. Tempat ini mempunyai penduduk kira-kira 60,000.
Kini, terdapat hampir 15,000 buah rumah yang dibina untuk menampung
bilangan penduduk yang banyak. Selain itu, tempat ini juga berdekatan
dengan Taman Perling. Terdapat pusat beli-belah Æon Bukit Indah di sini.
Bukit Indah juga semakin mendapat reputasi sebagai pusat komersial daerah
Johor barat yang baru.Kini memepunyai 71% Cina, 10% Melayu dan, 19%
India.

KAEDAH KAJIAN

1. Pemerhatian
Saya membuat pemerhatian tentang petempatan di kawasan kajian saya. Saya
telah melawat ke kawasan kajian saya untuk mengenal pasti jenis-jenis
teknologi hijau yang terdapat di sini.

2. Soal Selidik
Saya telah menyediakan borang soal selidik dengan google form kepada ahli-
ahli keluarga dan kawan-kawan saya untuk mempunyai maklumat yang
diperlukan untuk meneruskan kajian ini.

3. Rujukan
Saya telah menggunakan pelbagai rujukan seperti laman sesawang, buku
rujukan dan sebagainya.

HASIL KAJIAN

1. Konsep Teknologi Hijau

Wikipedia
- Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains

alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan
mengawal kesan negatif kepada aktiviti seharian
untuk spesies bangsa keturunan manusia. Pembangunan mampan adalah
teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu
mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Buku Teks Geografi Tingkatan 2
- Teknologi hijau merujuk pembangunan produk, peralatan dan sistem

untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi.

2. Contoh teknologi hijau

Produk biodegradasi
- Produk biodegradasi adalah produk yang mudah kompos, sumber daripada

bahan kitar semula dan teknologi hijau.

Panel solar
- Panel solar juga dikenali sebagai panel suria adalah satu set modul

fotovoltaik solar yang disambungkan secara elektrik dan dipasang pada
struktur sokongan.

Kereta hibrid
- Kenderaan hibrid atau kereta hibrid merujuk kepada kenderaan yang tidak

bergantung kepada kuasa bateri atau petrol semata-mata tetapi juga enjin
pembakaran dalaman yang memacu penjana untuk membekalkan elektrik
dan juga untuk pemanduan secara langsung.

3. Ciri-ciri produk teknologi hijau

Antaranya adalah penghasilan produk telah melalui proses inovasi teknologi
bagi menjaga keharmonian manusia dan persekitaran. Selain itu, reka bentuk
sesuatu produk harus berdasarkan pengalaman lepas untuk membantu
manusia. Di samping itu, menggalakkan penggunaan sumber bahan yang
diperbaharui. Akhir sekali, piawaian kualiti produk harus menjadi ukuran
penting dari segi penerimaan masyarakat.

4. Kepentingan amalan teknologi hijau

Dalam mengaplikasi teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi
peningkatan kualiti hidup rakyat dengan menjamin kualiti alam sekitar yang
lebih mapan. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan
kualiti hidup rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan.

5. Amalan berkonsepkan teknologi hijau

i. Penjimatan tenaga
- Tutup suis dan cabut plag peralatan elektrik yang tidak digunakan.

ii. Perolehan produk hijau
- Gunakan kertas kitar semula.
- Galakkan penggunaan kereta hibrid.

iii. Penjimatan air
- Menadah air hujan untuk digunakan semula bagi mencuci kereta, halaman
rumah dan menyiram tumbuhan.

iv. Amalan 5R
- Gunakan tong kitar semula yang betul.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, setelah menjalankan kerja lapangan ini, saya mendapati
beberapa sumber yang berkaitan dengan teknlogi hijau di 61, Jalan Indah 20/3,
Taman Bukit Indah 81200, Johor Bahru, Johor. Kajian ini telah membantu saya
memahami dengan lebih mendalam tentang amalan teknologi hijau.

Saya bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini dan berharap kajian ini
dapat memberi manfaat kepada penduduk dan masyarakat. Dapatan kajian ini
diharap dapat mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab.

RUJUKAN

1. Laman sesawang
Teknologi hijau - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Teknologi Hijau (pandai.org)

2. Buku
Buku Teks Geografi Tingkatan 2

BORANG SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM)

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd-1J8U-
utrl3fwWMZesju78wvHFGWwhrOwhFrid5DCNClyew/viewform?usp=sf_li
nk

ANALISIS YANG DIPEROLEHI DARIPADA BORANG SOAL SELIDIK
(GOOGLE FORM)




Click to View FlipBook Version