PEJABAT KESIHATAN
PERGIGIAN DAERAH
ALOR GAJAH
LAPORAN TAHUNAN
2019
1 |
ISI KANDUNGAN
I KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
PRAKATA i
1. PENGENALAN 1
2. MISI, VISI DAN OBJEKTIF 2
3. CARTA ORGANISASI 3
4. PENGURUSAN SUMBER
4.1 Sumber Manusia 4
4.2 Sumber Kewangan 5
4.3 Kemudahan Fasiliti 6
4.4 Latihan 9
5. PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN PRIMER
5.1 Perkhidmatan Pergigian Toddler 10
5.2 Perkhidmatan Pergigian Prasekolah 11
5.3 Perkhidmatan Pergigian Sekolah Rendah dan Menengah 12
5.4 Perkhidmatan Pergigian Pesakit Luar 14
5.5 Perkhidmatan Pergigian Ibu Mengandung 16
5.6 Perkhidmatan Pergigian Warga Tua 17
5.7 Perkhidmatan Pergigian Kanak-kanak Keperluan Khas 18
6. PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN MASYARAKAT
6.1 Promosi Kesihatan Pergigian 19
20
6.2 Pemfloridaan Bekalan Air Awam
21
6.4 Aktiviti-aktiviti Promosi Pergigian
25
6.5 Klinik Pergigian Mesra Promosi
7. PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN KEPAKARAN 26
8. PENINGKATAN KUALITI 27
9. PROGRAM PERINGKAT DAERAH 28
10. KESIMPULAN 35
PRAKATA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatNya kita diberi
kesempatan dan kesihatan yang baik dalam menggalas tanggungjawab dan amanah
sepanjang tahun 2019. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
wargakerja pergigian Daerah Alor Gajah yang telah melaksanakan tugas dengan
sempurna dan penuh dedikasi sepanjang tahun. Tidak dapat dinafikan tugas kita semua
sememangnya semakin mencabar dengan pembukaan fasiliti baru, perluasan skop kerja
dengan pelbagai kekangan, namun pelbagai situasi dan perubahan telah dapat kita hadapi
bersama.
Laporan Tahunan 2019 ini mengimbas kembali pencapaian dan aktiviti sepanjang
tahun dan merupakan cerminan aspirasi warga pergigian Alor Gajah dalam memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Saya amat berbangga dengan komitmen
dan kerjasama padu yang diberikan serta kejayaan yang telah dicapai hasil titik peluh dan
lontaran idea dari semua warga anggota.
Akhir kalam, saya menyeru semua warga kesihatan pergigian Daerah Alor Gajah
bertekad dan bersama-sama meletakkan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Daerah Alor
Gajah ini sebagai sebuah perkhidmatan terbaik dan tersohor di Negeri Melaka. Jesteru,
sama-samalah kita menggembleng tenaga dan menjana idea dengan lebih kreatif dan kritis
ke arah memastikan perkhidmatan yang cemerlang gemilang dan terbilang.
Dr Hasni Md. Zain
Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah
Alor Gajah
i |
1.0 PENGENALAN
1. PENGENALAN
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Alor Gajah (PKPDAG) diketuai oleh Pegawai
Pergigian Daerah, Alor Gajah di bawah naungan Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri
Melaka.
Terdapat 10 buah klinik pergigian di daerah ini yang terdiri dari 5 klinik pergigian
utama dan 5 klinik pergigian lawatan. Klinik pergigian utama adalah:
i. Klinik Pergigian Alor Gajah
ii. Klinik Pergigian Masjid Tanah
iii. Klinik Pergigian Durian Tunggal
iv. Klinik Pergigian Kuala Sungai Baru
v. Klinik Pergigian Rembia (mula beroperasi pada bulan Ogos 2019)
Selain dari perkhidmatan pergigian primer, terdapat 2 bidang kepakaran yang turut
memberikan perkhidmatan pergigian di daerah Alor Gajah iaitu Kepakaran Ortodontik
di Klinik Pergigian Alor Gajah dan Kepakaran Periodontik di Klinik Pergigian Rembia.
Lokasi klinik-klinik pergigian utama terletak di serata daerah Alor Gajah dengan jarak
lebih kurang 8 km antara setiap klinik. Dengan ini, pesakit mudah untuk mendapatkan
rawatan pergigian dan boleh memilih untuk ke klinik yang berdekatan.
1 |
VISI
2.0 2. VISI
Rakyat Melaka sentiasa sihat melalui satu sistem perkhidmatan pergigian yang cekap,
prihatin, mesra, berkesan, seimbang dan mampu dinikmati oleh semua lapisan
masyarakat bagi menghadapi cabaran negara maju.
2.0 MISI
3. MISI
Untuk memberi perkhidmatan pergigian kepada rakyat supaya mencapai tahap
kesihatan mulut yang optima di kalangan individu, keluarga dan masyarakat melalui
usaha-usaha menggalak tabiat kesihatan yang positif dan memastikan perkhidmatan
pergigian yang berkualiti, berteknologi sesuai serta memenuhi kepuasan pelanggan.
OBJEKTIF
3.0 4. OBJEKTIF
Untuk meningkatkan status kesihatan mulut penduduk di daerah Alor Gajah kepada
tahap yang lebih optima melalui penyampaian pergigian yang promotif, pencegahan,
kuratif dan rehabilitatif.
2 |
CARTA ORGANISASI PEJABAT PERGIGIAN DAERAH ALOR GAJAH
TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI
(PERGIGIAN)
PEGAWAI PERGIGIAN
DAERAH
PEJABAT KLINIK PERGIGIAN KLINIK PERGIGIAN KLINIK PERGIGIAN KLINIK PERGIGIAN KLINIK PERGIGIAN UNIT ORTODONTIK
KUALA SG BARU ALOR GAJAH MASJID TANAH DURIAN TUNGGAL REMBIA KP ALOR GAJAH
PEGAWAI PERGIGIAN PEGAWAI PERGIGIAN PEGAWAI PERGIGIAN PEGAWAI PERGIGIAN PAKAR PERGIGIAN
YANG MENJAGA YANG MENJAGA YANG MENJAGA YANG MENJAGA ORTODONTIK
6 PEGAWAI PERGIGIAN 6 PEGAWAI PERGIGIAN
12 PEGAWAI PERGIGIAN UG54/52/48/44/41
UG54/52/48/44/41 UG54/52/48/44/41
1.PENYELIA JURUTERAPI
PERGIGIAN U36
1 KETUA JURUTERAPI PERGIGIAN 1 KETUA JURUTERAPI PERGIGIAN
U32 U32
6 JURUTERAPI PERGIGIAN 1 JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN 6 JURUTERAPI PERGIGIAN 2 JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN 4 JURUTERAPI PERGIGIAN 1 JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN
U29/U32(TBK) U29/U32(TBK) U29/U32(TBK) U29/U32(TBK) U29/U32(TBK) U29/U32(TBK)
PEMBANTU PEMBEDAHAN
PERGIGIAN U24
9 PEMBANTU PEMBEDAHAN
3. PEMBANTU TADBIR P/O N19 1. PEMBANTU TADBIR P/O W19 11 PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19/U24(TBK) 6 PEMBANTU PEMBEDAHAN 2 PEMBANTU PEMBEDAHAN
PERGIGIAN U19/U24(TBK)
PERGIGIAN U19/U24(TBK)
PERGIGIAN U19/U24(TBK)
1 PEMBANTU PERAWATAN
KESIHATAN U12/U14(TBK)
1 PEMBANTU OPERASI 4 PEMANDU KENDERAAN 6 PEMBANTU PERAWATAN 4 PEMANDU KENDERAAN 6 PEMBANTU PERAWATAN 2 PEMANDU KENDERAAN 3 PEMBANTU PERAWATAN
N11/N14(TBK) H11/H14(TBK) KESIHATAN U11/U14(TBK) H11/H14(TBK) KESIHATAN U11/U14(TBK) H11/H14(TBK) KESIHATAN U11/U14(TBK)
3 |
CARTA ORGANISASI PEJABAT PERGIGIAN DAERAH ALOR GAJAH
TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI
(PERGIGIAN)
PEGAWAI PERGIGIAN
DAERAH
PEJABAT KLINIK PERGIGIAN KLINIK PERGIGIAN KLINIK PERGIGIAN KLINIK PERGIGIAN KLINIK PERGIGIAN UNIT ORTODONTIK
KUALA SG BARU ALOR GAJAH MASJID TANAH DURIAN TUNGGAL REMBIA KP ALOR GAJAH
PEGAWAI PERGIGIAN PEGAWAI PERGIGIAN PEGAWAI PERGIGIAN PEGAWAI PERGIGIAN PAKAR PERGIGIAN
YANG MENJAGA YANG MENJAGA YANG MENJAGA YANG MENJAGA ORTODONTIK
6 PEGAWAI PERGIGIAN 6 PEGAWAI PERGIGIAN
12 PEGAWAI PERGIGIAN UG54/52/48/44/41
UG54/52/48/44/41 UG54/52/48/44/41
1.PENYELIA JURUTERAPI
PERGIGIAN U36
1 KETUA JURUTERAPI PERGIGIAN 1 KETUA JURUTERAPI PERGIGIAN
U32 U32
6 JURUTERAPI PERGIGIAN 1 JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN 6 JURUTERAPI PERGIGIAN 2 JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN 4 JURUTERAPI PERGIGIAN 1 JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN
U29/U32(TBK) U29/U32(TBK) U29/U32(TBK) U29/U32(TBK) U29/U32(TBK) U29/U32(TBK)
PEMBANTU PEMBEDAHAN
PERGIGIAN U24
9 PEMBANTU PEMBEDAHAN
3. PEMBANTU TADBIR P/O N19 1. PEMBANTU TADBIR P/O W19 11 PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19/U24(TBK) 6 PEMBANTU PEMBEDAHAN 2 PEMBANTU PEMBEDAHAN
PERGIGIAN U19/U24(TBK)
PERGIGIAN U19/U24(TBK)
PERGIGIAN U19/U24(TBK)
1 PEMBANTU PERAWATAN
KESIHATAN U12/U14(TBK)
1 PEMBANTU OPERASI 4 PEMANDU KENDERAAN 6 PEMBANTU PERAWATAN 4 PEMANDU KENDERAAN 6 PEMBANTU PERAWATAN 2 PEMANDU KENDERAAN 3 PEMBANTU PERAWATAN
N11/N14(TBK) H11/H14(TBK) KESIHATAN U11/U14(TBK) H11/H14(TBK) KESIHATAN U11/U14(TBK) H11/H14(TBK) KESIHATAN U11/U14(TBK)
3 |
4. PENGURUSAN SUMBER
4.1 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Bilangan kakitangan pergigian sehingga 31 Disember 2019 adalah seramai 145 orang.
Terdapat peningkatan bilangan kakitangan bagi kategori Pegawai Pergigian, Pembantu
Pembedahan Pergigian dan Juruteknologi Pergigian pada tahun 2019 kerana
penambahan kemasukan kakitangan kontrak seramai 44 orang.
Walau pun, ada kemasukan perjawatan kontrak tetapi jawatan seperti Pembantu
Pembedahan Pergigian dan Pembantu Perawatan Kesihatan masih kritikal kerana
perluasan skop perkhidmatan dan pembukaan KP Rembia yang tiada perjawatan.
Pengisian perjawatan bagi tahun 2019 adalah seperti di Jadual 1.
Jadual 1: Pengisian Jawatan Mengikut Kategori Tahun 2019
2019
Nama Jawatan
Jawatan Isi Kekosongan Kontrak
Pegawai Pergigian 30 26 4 32
Juruterapi Pergigian 19 19 0 -
Juruteknologi Pergigian 4 4 0 1
Pembantu Pembedahan 23 22 1 11
Pergigian
Pembantu Perawatan 16 15 1 -
Kesihatan
Pemandu Kenderaan 10 10 0 -
Pembantu Tadbir 4 4 0 -
Pembantu Am Pejabat 1 1 0 -
Pembantu Awam Rendah 1 0 1 -
Jumlah 108 101 7 44
4 |
4.2 PENGURUSAN SUMBER KEWANGAN
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Alor Gajah menguruskan aktiviti pergigian di bawah
kod kewangan seperti berikut:
• Pengurusan (040100)
• Kesihatan Pergigian Primer (040200)
• Kesihatan Pergigian Masyarakat (040300)
• Kesihatan Pergigian Masyarakat (040400)
Peruntukan 2019 ialah sebanyak RM 5,712,507 dan telah membelanjakan sebanyak RM
6,114,594.03, iaitu lebihan belanja sebanyak RM 402,087.03 (7%) dari peruntukan
dipinda secara keseluruhannya. Perbelanjaan bagi kod 040400 (Kepakaran) dibelanjakan
sebanyak 65.5% sahaja kerana gaji Pakar Ortodontik, Dr Norhayati Jabar masih
ditanggung oleh klinik lama beliau sebelum berpindah ke Alor Gajah. Perincian
perbelanjaan untuk tahun 2019 adalah seperti di Jadual 2 di bawah:
Jadual 2: Peruntukan Belanjawan dan Perbelanjaan 2019
Aktiviti Peruntukan Peruntukan Perbelanjaan
Asal (RM) Dipinda (RM) Sebenar (RM)
040100 165,500.00 199,435.00 202,886.20
(101.7%)
5,740,860.26
040200 4,905,000.00 5,282,102.00 (108.7%)
040300 21,350.00 74,250.00 68,124.65
(91.7%)
040400 154,000.00 156,720.00 102,722.92
(65.5%)
5 |
4.3 KEMUDAHAN FASILITI
Di daerah Alor Gajah terdapat 10 buah klinik pergigian dan 8 daripadanya memberikan
perkhidmatan pergigian setiap hari, iaitu:
i. Klinik Pergigian Alor Gajah
ii. Klinik Pergigian Padang Sebang
iii. Klinik Pergigian Masjid Tanah
iv. Klinik Pergigian Lubok China
v. Klinik Pergigian Durian Tunggal
vi. Klinik Pergigian Machap Baru
vii. Klinik Pergigian Kuala Sungai Baru
viii. Klinik Pergigian Rembia
Manakala 2 buah klinik pergigian lagi adalah klinik lawatan yang menjalankan
perkhidmatan pergigian mengikut jadual, iaitu:
i. Klinik Pergigian Simpang Ampat (Setiap hari Selasa pagi)
ii. Klinik Pergigian Hutan Percha (Hari Rabu, dua kali sebulan)
Setiap klinik pergigian utama juga mempunyai Pasukan Pergigian Bergerak yang
memberi rawatan pergigian di sekolah menengah, sekolah rendah dan pra sekolah.
Setiap fasiliti dibekalkan dengan kemudahan kenderaan sebagai keperluan untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti di luar kawasan. Taburan fasiliti pergigian dan kenderaan
yang terdapat di daerah Alor Gajah dipaparkan seperti di Jadual 3 dan Jadual 4.
Jadual 3: Taburan Fasiliti Klinik Pergigian Tahun 2019.
6 |
Fasiliti Bil Nama Klinik Dan Alamat Pasukan Pergigian Bergerak Kerusi Pergigian Biasa Kerusi Pergigian Pakar Lokasi
KP
STAND 1 Klinik Pergigian Alor Gajah 2 6 1 Bandar
Jalan Hospital, 78000 Melaka
ALONE
Klinik Kesihatan Masjid Tanah,
1 Poliklinik Komuniti,Jalan Besar Masjid Tanah, 78300 2 3 Bandar
Melaka
Klinik Kesihatan Durian Tunggal,
2 Poliklinik Komuniti Durian Tunggal, 76100 Durian 1 3 Bandar
Tunggal, Melaka
Klinik Kesihatan Simpang Ampat, Luar
3 1
78000 Alor Gajah, Melaka Bandar
Klinik Kesihatan Padang Sebang, Luar
4 1
78000 Alor Gajah, Melaka Bandar
KP Klinik Kesihatan Hutan Percha, Luar
DI KK 5 78000 Alor Gajah, Melaka 1 Bandar
Klinik Kesihatan Macap Baru, Luar
6 1
76100 Durian Tunggal, Melaka Bandar
Klinik Kesihatan Kuala Sg Baru, Luar
7 5
78200 Masjid Tanah, Melaka Bandar
Klinik Kesihatan Lubok China, Luar
8 1
78300 Masjid Tanah, Melaka Bandar
Klinik Kesihatan Rembia,
9 4 1 Bandar
78000 Alor Gajah
Klinik Pergigian Sekolah, Luar
1 1
d/a SK Sri Laksamana, 78300 Masjid Tanah, Melaka Bandar
Klinik Pergigian Sekolah,
2 d/a SK Tamby Chik Karim, 78300 Masjid Tanah, Bandar
Melaka
Klinik Pergigian Sekolah,
3 d/a SK Alor Gajah 1, 78000 Alor Gajah, Melaka Bandar
KP
STATIK Klinik Pergigian Sekolah,
4 d/a SM Datuk Haji Talib Karim, 78000 Alor Gajah, Bandar
Melaka
Klinik Pergigian Sekolah,
5 Bandar
d/a SM Dato Dol Said, 78000 Alor Gajah, Melaka
Klinik Pergigian Sekolah,
6 Bandar
d/a SM Seri Pengkalan, 78000 Alor Gajah, Melaka
7 |
Jadual 4: Taburan Kenderaan Jabatan Mengikut Klinik Pergigian Tahun 2019
NAMA PUSAT NO. PENDAFTARAN JENIS MODEL
KENDERAAN DAN
PENEMPATAN TAHUN DITERIMA KENDERAAN KENDERAAN
MBH 8565 2006 Van (12/14 Seater) Kia Pregio
KP Alor Gajah MDC 4375 2018 MPV Proton Exora
MCP 2029 2014 MPV Proton Exora
MBC 331 2004 Van (12 / 14Seater) Kia Pregio
MBF 702 2005 Van (12 / 14Seater) Kia Pregio
KP Masjid Tanah
MBU 4357 2009 Van (12 / 14Seater) Nissan Urvan
MCF 7410 2012 MPV Grand Livina
MAQ 6341 2000 4 WD (Pickup) Mitsubishi Pajero
KP Durian Tunggal
MBC 5472 2004 Van (12 / 14Seater) Kia Pregio
KP Kuala Sg. Baru MCW 1707 2016 Van (< 12Seater) Toyota Hiace
KP Rembia MDC 3969 2018 Van (12 / 14Seater) Nissan Urvan
JUMLAH 11 Kenderaan
8 |
4.4 LATIHAN
Penetapan pencapaian latihan ialah sekurang-kurangnya 1 hari bagi setiap kakitangan
pergigian. Namun, dengan adanya pelbagai kursus, bengkel dan taklimat, seramai 130
orang kakitangan telah mencapai 7 hari latihan seperti yang dapat dilihat dari Jadual 5
di bawah.
Jadual 5: Laporan Keseluruhan Prestasi Latihan Dalam Perkhidmatan Bagi 2019
PENCAPAIAN LATIHAN
KUMPULAN JUMLAH
7 6 5 4 3 2 1 0
HARI HARI HARI HARI HARI HARI HARI HARI
Pengurusan & 55 1 2 - - - - - 58
Profesional
Sokongan 1 52 3 2 2 1 0 - - 61
Sokongan 2 22 3 1 - - - - - 26
JUMLAH 130 7 5 2 1 0 0 0 145
PKPDAG juga telah mengendalikan beberapa kursus di peringkat daerah dan untuk
peringkat negeri. Sebanyak 7 kursus telah dijalankan sepanjang tahun 2019 yang
melibatkan kesemua kategori kakitangan. Senarai kursus yang dijalankan adalah seperti
berikut di Jadual 6:
Jadual 6: Senarai Kursus yang Dikendalikan Oleh PKPDAG
Bil. Kursus Yang Telah Dijalankan Peringkat Tarikh
1. Kursus GKHK Daerah 14.2.2019
2. Kalibrasi ICDAS Siri 1 Negeri 13.3 – 14.3.2019
3. Kursus Basic Excel Siri 1 Negeri 18.3.2019
4. Kursus EKSA Daerah 2.5.2019
5. Kursus Pengucapan Awam Negeri 28.5.2019
6. Kursus Transformasi Prestasi dan Integriti Negeri 1 – 2.8.2019
(Teambuilding)
7. Basic Life Support Negeri 19.9.2019
9 |
5.
5. PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN PRIMER
Kumpulan sasaran di bawah Perkhidmatan Pergigian Primer termasuk:
• Perkhidmatan Pergigian Toddler dan Prasekolah
• Perkhidmatan Pergigian Sekolah Rendah dan Menengah
• Perkhidmatan Pergigian Pesakit Luar
• Perkhidmatan Pergigian Ibu Mengandung
• Perkhidmatan Pergigian Warga Tua
• Perkhidmatan Pergigian Kanak-kanak Keperluan Khas
5.1 PERKHIDMATAN PERGIGIAN TODDLER
Bagi memastikan penjagaan kesihatan pergigian dimulakan seawal mungkin,
penekanan kepada kumpulan Toddler iaitu kanak-kanak berusia 0-4 tahun amat dititik-
beratkan. Di klinik pergigian, kanak-kanak ini akan mendapat pemeriksaan pergigian
dan sapuan fluorida akan diberi kepada kanak-kanak yang menepati kriteria. Ibubapa
atau penjaga pula diberi pendedahan mengenai penjagaan kesihatan pergigian toddler
menerusi aktiviti Anticipatory Guidance. Pencapaian untuk Perkhidmatan Pergigian
Toddler adalah seperti di Jadual 7.
Jadual 7: Pencapaian Program Toddler mengikut klinik untuk 2019.
KP KP
KP Alor KP Masjid KP
INDIKATOR Durian Kuala Sg
Gajah Tanah Rembia
Tunggal Baru
Jumlah kedatangan 1733 808 1324 460 47
toddler
Bilangan ibubapa
diberi Anticipatory 1218 548 1150 413 46
Guidance
Jumlah sapuan 1253 798 895 601 34
florida
10 |
5.2 PERKHIDMATAN PERGIGIAN PRASEKOLAH
Program Pekhidmatan Pergigian Prasekolah telah dilancarkan pada tahun 1984 dengan
memperkenalkan rawatan pergigian tidak invasif kepada kanak-kanak melalui inisiatif
promosi dan pencegahan. Ini termasuklah sesi memberus gigi (LMG), pertunjukan
boneka, ‘roleplay’ dan lain-lain aktiviti. Terdapat 16 buah taska dan 204 tadika di
bawah jagaan PKPDAG. Klinik Pergigian Rembia tidak mempunyai taska di bawah
jagaan untuk tahun 2019 kerana taska berdekatan telah diliputi oleh pasukan dari Klinik
Pergigian Alor Gajah. Jadual 8 dan Jadual 9 di bawah menunjukkan pencapaian
perkhidmatan prasekolah untuk 2019.
Jadual 8: Pencapaian Perkhidmatan Prasekolah (Taska) untuk 2019
% Jumlah % Toddler
Bil.
LOKASI Jenis Taska Enrolmen Toddler Menjalani
Taska
Diperiksa LMG
Kerajaan 3 60 100.0 71.1
KP Alor Swasta 3 49 93.9 93.9
Gajah
Permata 3 99 100.0 99.0
Kerajaan 1 25 100.0 100.0
KP Masjid
Tanah Swasta 2 41 87.8 87.8
Permata - - - -
Kerajaan - - - -
KP Durian Swasta 2 64 85.9 42.2
Tunggal
Permata 1 18 88.9 66.7
Kerajaan 1 22 100.0 100.0
KP Kuala Sg Swasta - - - -
Baru
Permata - - - -
Kerajaan 5 107 100.0 84.1
JUMLAH Swasta 7 154 89.0 70.8
Permata 4 117 98.3 94.0
11 |
Jadual 9: Pencapaian Perkhidmatan Prasekolah (Tadika) untuk 2019
% Jumlah % Kanak- %
Jenis Bil. Kanak- kanak Kanak-
LOKASI Enrolmen kanak
Tadika Tadika kanak Menjalani
Diperiksa LMG Dirawat
KP Alor Kerajaan 74 1885 100.0 97.8 79.1
Gajah Swasta 8 292 100.0 97.3 39.0
KP Masjid Kerajaan 48 1367 100.0 100.0 87.8
Tanah Swasta 13 619 76.9 100.0 72.4
KP Durian Kerajaan 29 739 100.0 100.0 95.8
Tunggal Swasta 11 255 100.0 100.0 9.8
KP Kuala Sg Kerajaan 18 460 100.0 100.0 100.0
Baru Swasta 3 153 100.0 100.0 100.0
Kerajaan 169 4451 100.0 99.1 86.7
JUMLAH
Swasta 35 1289 94.2 99.4 58.1
5.3 PERKHIDMATAN PERGIGIAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
Perkhidmatan pergigian sekolah merupakan salah satu aspek yang diberi keutamaan
oleh Program Kesihatan Pergigian. Pencapaian perkhidmatan ini dipantau melalui 3
indikator iaitu Key Perfomance Index (KPI), National Indicator Approach (NIA) dan
District Specific Approach (DSA).
Mulai tahun 2017, selain pemeriksaan dan rawatan gigi, semua pelajar sekolah yang
mendapat pemeriksaan gigi akan melalui saringan merokok dan intervensi di bawah
program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK).
Untuk tahun 2019, Klinik Pergigian Rembia belum mempunyai sekolah rendah dan
menengah di bawah jagaan. Perkhidmatan pergigian sekolah di kawasan Rembia dibuat
oleh pasukan dari Klinik Pergigian Alor Gajah. Pencapaian perkhidmatan sekolah
rendah dan menengah bagi tahun 2019 dapat dilihat seperti di Jadual 10 dan 11 di
bawah.
12 |
Jadual 10: Pencapaian Perkhidmatan Sekolah Rendah Tahun 2019
Sasaran KP Alor Gajah Tanah Tunggal KP Kuala Sg Baru JUMLAH
Inidikator KP Masjid KP Durian
Bilangan Sekolah Rendah - 31 21 16 7 75
Enrolmen Baru - 7022 5876 4347 1791 19,036
% Murid Selesai Rawatan 96.5% 98.33 98.66 98.9 98.94 98.62
% Murid Sekolah Tidak Perlu 65% 49.39 43.49 47.18 50.08 47.53
Rawatan (TPR)
% Murid 6 Tahun Bebas 50% 36.4 31.6 38.82 36.36 35.4
Penyakit Karies Gigi (MBK)
% Murid 12 Tahun Bebas 70% 80.53 74.52 78.77 69.96 75.94
Penyakit Karies Gigi (BK)
% Murid Yang Perlu Sealan
Fisur Mendapat Rawatan ≥96% 99.76 100.0 100.0 100.0 99.94
Sealan Fisur
% Murid Sekolah Perokok 24 1 25
Semasa Menjalani ≥ 3 Kali Sesi 51% - 24 - 1 25
Intervensi KOTAK 100% 100% 100%
Jadual 11: Pencapaian Perkhidmatan Sekolah Menengah Tahun 2019
Sasaran KP Alor Gajah KP Masjid Tanah KP Durian Tunggal KP Kuala Sg Baru JUMLAH
Inidikator
Bilangan Sekolah Menengah - 8 9 3 0 20
Enrolmen Baru - 5420 6193 2357 - 13,970
% Murid Selesai Rawatan 85% 97.79 97.2 93.08 - 96.74
% Murid Sekolah Menengah 70% 65.47 46.29 48.58 - 54.2
Tidak Perlu Rawatan (TPR)
% Murid 16 Tahun Bebas 50% 62.3 53.19 48.57 - 56.1
Penyakit Karies Gigi (BK)
% Murid Sekolah Perokok 51 301 43 359
Semasa Menjalani ≥ 3 Kali 51% 51 377 55 - 483
Sesi Intervensi KOTAK
100% 79.84% 78.1% 74.3%
13 |
5.4 PERKHIDMATAN PERGIGIAN PESAKIT LUAR
Kedatangan pesakit luar didapati meningkat setiap tahun terutama bagi kumpulan
sasaran orang dewasa. Pada 26 Ogos 2019, Klinik Pergigian Rembia iaitu klinik
pergigian utama ke-5 di daerah Alor Gajah mula beroperasi dan telah menerima pesakit
serta memberi rawatan pergigian. Jumlah pesakit paling ramai adalah dari Klinik
Pergigian Alor Gajah dan Klinik Pergigian Masjid Tanah. Jadual 12 menunjukkan
jumlah kedatangan pesakit untuk tahun 2019.
Jadual 12: Jumlah Kedatangan Pesakit Luar Mengikut Klinik Bagi Tahun 2019
Kumpulan KP Alor KP KP KP KP
Sasaran Gajah Masjid Durian Kuala Rembia
Tanah Tunggal Sg Baru
Kanak-kanak 1738 1370 1435 873 257
Prasekolah
Murid Skolah Rendah 1158 1075 1908 790 147
Murid Sekolah
Menengah 99 270 500 246 36
Ibu Mengandung 708 408 401 315 53
Orang Dewasa 6602 5559 4349 3192 888
Warga Tua 908 624 628 364 103
JUMLAH 16,493 15,064 11,649 5,871 1,484
14 |
Klinik pergigian di PKPDAG mengamalkan rawatan pergigian stat iaitu, pesakit yang
datang ke klinik akan terus mendapat 1 rawatan sekurang-kurangnya untuk keluhan
utama. Jumlah rawatan tampalan dan penskeleran didapati meningkat setiap tahun
menunjukkan masyarakat semakin peduli untuk mengambil berat dalam penjagaan
kesihatan pergigian. Jenis rawatan perkhidmatan primer yang telah diberikan dapat
dilihat di Jadual 13.
Jadual 13: Jenis Rawatan Perkhidmatan Diberi di Setiap Klinik Bagi Tahun 2019
KP Alor Gajah KP Masjid Tanah KP Durian Tunggal KP Kuala Sg Baru KP Rembia JUMLAH
Jenis Rawatan
Tampalan 5947 5967 4521 1869 531 18,835
Penskeleran 4373 4060 3411 1762 374 13,980
Cabutan Gigi Susu 1070 1154 929 392 81 3,626
Cabutan Gigi Kekal 3427 3034 2325 1260 249 10,295
Aplikasi Sealan Fisur 79 138 195 21 7 440
Rawatan Endodontik 146 110 145 100 6 507
Pembuatan Gigi Palsu 259 273 277 198 9 1,016
Penuh dan Separa
15 |
5.5 PERKHIDMATAN PERGIGIAN IBU MENGANDUNG
Pemeriksaan gigi untuk ibu mengandung dilakukan bukan sahaja di klinik pergigian
malah dilakukan juga di Klinik Kesihatan Ibu Mengandung (KKIA) serta di 17 buah
Klinik Desa. Pegawai Pergigian akan ke klinik-klinik tersebut mengikut jadual yang
ditetapkan oleh Jururawat Masyarakat bagi memastikan ibu mengandung mendapat
pemeriksaan pergigian. Ibu mengandung dari klinik kesihatan akan dirujuk ke klinik
pergigian terdekat bagi sesi promosi kesihatan pergigian, pemeriksaan dan rawatan
pergigian. Jadual 14 menunjukkan pencapaian perkhidmatan liputan dan kes selesai
rawatan ibu mengandung bagi tahun 2019.
Jadual 14: Pencapaian Perkhidmatan Pergigian Ibu Mengandung bagi tahun 2019
KP Alor Gajah KP Masjid Tanah KP Durian Tunggal KP Kuala Sg Baru KP Rembia JUMLAH
Indikator Sasaran
% Liputan Ibu 60% 55.84 48.66 51.41 81.82 53.0 58.1%
Mengandung
% Kes Selesai Bu 45% 17.37 25.0 29.93 15.24 24.53 22.4%
Mengandung
Jumlah Kehadiran
Ibu Mengandung - 674 400 400 315 53 1,842
Di Klinik Pergigian
Jumlah Ibu
Mengandung Baru - 1,207 822 778 385 100 3,292
Di KKIA
16 |
5.6 PERKHIDMATAN PERGIGIAN WARGA TUA
Program ini adalah untuk warga emas yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan
pergigian dan kualiti kehidupan melalui kempen kesedaran kesihatan pergigian untuk
warga emas dan penjaganya dan juga amalan penjagaan kendiri yang sesuai di pelbagai
institusi yang dikenalpasti. National Oral Health Plan 2020 mensasarkan 60% pesakit
berusia 60 tahun mempunyai sekurang-kurangnya 20 batang gigi namun, indikator ini
masih belum dicapai dari tahun 2017 hingga 2019. Maklumat pesakit berumur 60 tahun
dengan 20 batang gigi dan jumlah pesakit berumur 60 tahun yang mendapat gigi palsu
dalam tempoh sasaran 8 minggu adalah seperti di Jadual 15 di bawah.
Selain itu, PKPDAG juga membuat lawatan ke Insititusi Warga Emas setiap tahun di
lokasi berikut:
i. Pusat Warga Emas Lesung Batu
ii. Pusat Jagaan Anbu Ilam, Kelemak
iii. Pusat Sejahtera, Lendu
iv. Rumah Warga Emas Machap Baru
Jadual 15: Pencapaian Perkhidmatan Pergigian Warga Tua bagi tahun 2019
Sasaran KP Alor Gajah KP Masjid Tanah KP Durian Tunggal KP Kuala Sg Baru KP Rembia JUMLAH
Indikator
Bil. Pesakit Berusia 60
47
6
Tahun Mempunyai ≥ 20 - 101 26 20 26 1 100
50
50
6
Batang Gigi 233
% Pesakit Berusia 60
Tahun Mempunyai ≥ 20 60% 46.53 52.0 40.0 23.0 16.67 35.64
Batang Gigi
Bil. Pesakit Berumur 60
Tahun Ke Atas Mendapat 64 37 17 36 3 157
Dentur Dalam Tempoh 8 - 74 65 19 37 3 198
Minggu
% Pesakit Berumur 60
Tahun Ke Atas Mendapat
Dentur Dalam Tempoh 8 50% 86.49 56.92 89.47 97.0 100.0 85.97
Minggu
5.7 PERKHIDMATAN PERGIGIAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS
17 |
Program Kesihatan Pergigian telah mengiktirafkan kanak-kanak keperluan khas
sebagai salah satu kumpulan utama. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan
kesihatan mulut kanak-kanak keperluan khas yang akan menyumbang kepada
peningkatan kualiti hidup. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan gigi,
rawatan kepada yang dapat bekerjasama serta nasihat penjagaan kebersihan mulut yang
diberi kepada ibu bapa atau penjaga. Terdapat 7 buah Institusi Pendidikan Dalam
Komuniti (PDK) yang di bawah jagaan PKPDAG. Kesemua 7 PDK tersebut mendapat
lawatan dan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Jadual 16: Pencapaian Perkhidmatan Pergigian Kanak-kanak Bekeperluan Khas
Sasaran KP Alor Gajah KP Masjid Tanah KP Durian Tunggal KP Kuala Sg Baru JUMLAH
Indikator
Jumlah Pesakit Baru KKI Di
Sekolah Rendah Dan - 198 285 194 49 726
Menengah
% Kes Selesai Rawatan Di
Sekolah Rendah Dan 88% 86.49 91.24 96.1 97.0 92.7
Menengah
% Tidak Perlu Rawatan Di
Sekolah Rendah Dan 55% 56.34 48.53 53.19 36.0 48.5
Menengah
Jumlah Pesakit Baru KKI Di
PDK - 28 71 15 40 154
% Tidak Perlu Rawatan Di
PDK 38% 10.71 53.52 26.67 26 29.2
2 3 1 1 7
Jumlah PDK Dilawati 100%
2 3 1 1 7
18 |
6.
6. PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN MASYARAKAT
6.1 PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN
Aktiviti penggalakan atau promosi kesihatan pergigian dijalankan oleh Pegawai
Pergigian atau Juruterapi Pergigian. Tujuan promosi ini dibuat adalah untuk
menyampaikan mesej kesihatan pergigian kepada masyarakat melalui kaedah
penyampaian yang bersesuaian dengan kumpulan masyarakat yang dihampiri. Aktiviti
promosi dijalankan di sekolah, klinik kesihatan, projek komuniti, insitusi pengaijan,
maupun di program luar yang melibatkan pelbagai semua lapisan masayarakat.
Jadual 17: Jumlah Aktiviti Penggalakkan Kesihatan Pergigian Yang Dibuat Bagi Tahun
2019
KP Alor Gajah KP Masjid Tanah KP Durian Tunggal KP Kuala Sg Baru KP Rembia JUMLAH
AKTIVITI
Ceramah Kesihatan Pergigian
Progaram Toddler 227 166 245 147 34 819
Program Prasekolah 101 96 40 28 - 265
Sekolah Rendah 241 229 177 210 3 860
Sekolah Menengah 10 32 6 - - 48
Ibu Mengandung 104 76 80 60 10 330
Saringan Kanser Mulut 178 72 111 73 22 456
Latihan Memberus Gigi
Program Toddler 16 7 26 1 -
Program Prasekolah 104 96 40 28 - 268
Sekolah Rendah 306 244 178 56 1 785
Bilangan Aktiviti Pameran 47 30 27 13 8 122
Bilangan Penglibatan Projek
Komunti 2 8 7 1 3 21
6.2 PEMFLORIDAAN BEKALAN AIR AWAM
19 |
Pememantauan pemfluoridaan bekalan air di daerah Alor Gajah melibatkan beberapa
buah loji di sekitar daerah. Antara loji-loji yang terlibat adalah seperti berikut:
i. Loji Bertam
ii. Loji DAF
iii. Loji Gadek
Ketiga-tiga loji ini telah diselia dengan baik oleh pihak Syarikat Air Melaka Berhad
(SAMB) bagi memastikan kualiti air yang sampai kepada penduduk di sekitar Alor
Gajah pada tahap tertinggi dengan menggunakan teknologi rawatan air yang terbaik.
Pelaksanaan pemfluoridaan bekalan air adalah satu kaedah yang digunakan. Paras
fluoride yang dimasukkan ke dalam air minuman perlu berada diparas 0.4 – 0.6 ppm.
Setiap minggu anggota pergigian yang terlatih akan mengambil sampel air daripada
poin-poin retikulasi dan juga di loji yang terlibat bagi menguji tahap fluorida
menggunakan Poket Colorimeter berjenama HACH yang berfungsi untuk
menganalisa bacaan fluorida secara spesifik. Prosedur yang dijalankan adalah secara
in-situ menggunakan air suling dan reagen fluorida.
Bacaan-bacaan tersebut akan direkod pada setiap minggu dan sekiranya berlaku
pelanggaran bacaan paras fluorida, pihak loji akan dimaklumkan untuk mengambil
tindakan. Sampel air kedua akan diambil pada minggu yang sama untuk memastikan
tindakan telah diambil oleh pihak SAMB. Tahap bacaan kandungan florida dari
ketiga-tiga loji dapat dilihat di Jadual 18 di bawah.
Jadual 18: Tahap Bacaan Kandungan Florida Dari Ketiga-Tiga Loji bagi Tahun
2017-2019
Indikator Sasaran 2017 2018 2019
Peratus Bacaan Retikulasi 25%
< 0.4ppm 19.7% 0% 0%
Peratus Bacaan Retikulasi
> 0.6ppm 7% 1.5% 0% 0%
6.3 AKTIVITI - AKTIVITI PROMOSI PERGIGIAN
20 |
Promosi Pergigian merupakan salah satu usaha Program Kesihatan Pergigian dalam
memperluaskan penyampaian informasi pergigian kepada masyarakat yang melibatkan
kerjasama dengan agensi luar untuk semua kumpulan sasaran. Aktiviti yang dibuat
adalah seperti ceramah, pameran, pemeriksaan gigi dan juga pertunjukan boneka.
6.3.1 KEMBARA SIHAT 2019 – ZIARAH SENYUM
Kembara Sihat 2019 telah berlangsung pada 1 April 2019 di Kompleks Penyayang
Lesung Batu, Alor Gajah. Seramai 43 orang anggota pergigian telah menyertai kembara
ini dan pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti aktiviti berbalas pantun,
gubahan makanan sihat, ceramah pergigian, pameran pergigian dan membina alat
bantuan belajar menggunakan bahan terpakai. Program ini juga melibatkan Jabatan
Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.
Gambar 1 : Aktiviti Program Kembara Sihat di Kompleks Penyayang Lesung Batu
6.3.2 PROGRAM KOLABRASI KESIHATAN ORAL DAN BADAN
KEAGAMAAN (KOA)
21 |
Program ini yang telah bermula pada tahun 2018 merupakan usaha berterusan untuk
mempromosikan kesihatan pergigian kepada masyarakat dengan kerjasama bersama badan
keagamaan sebagai sebuah platform. Peluang ini digunakan untuk menyampaikan mesej
pergigian dan menambahkan keyakinan masyarakat akan pentingnya penjagaan kesihatan
pergigian di sisi agama. Sebanyak 4 badan keagamaan telah bersama menjayakan Program
KOA ini sepanjang tahun 2019, iaitu badan agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian.
BADAN AGAMA ISLAM
Bagi Tahun 2019, sebanyak 2 buah institusi agama Islam terlibat iaitu Masjid Hasaniah Kuala
Sungai Baru dan Masjid Sungai Petai Alor Gajah.
Gambar 2: Aktiviti Pameran Pergigian dan Pertandingan Mewarna Semasa
Program KOA di Masjid Hasaniah
6.3.3 MINGGU KESEDARAN KANSER MULUT
22 |
Minggu Kesedaran Kanser Mulut ialah sebuah program yang diadakan setiap tahun dan telah
dijalankan pada 17 November – 23 November 2019. Minggu Kesedaran Kanser Mulut ini
dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai kanser mulut,
faktor-faktor risiko, tanda-tanda, gejala, pengesanan awal dan langkah-langkah pencegahan.
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Alor Gajah telah melaksanakan 2 Program Saringan
Kanser Mulut iaitu pada 20 November 2019 dengan kerjasama pihak Jabatan Kebajikan Orang
Asli (JAKOA) dan Ikon Gigi (IGG) di Kampung Orang Asli Bukit Payung serta yang ke-2 di
UITM Lendu pada 13 September 2019.
Gambar 3: Program Saringan Kanser Mulut Di UITM Lendu
6.3.4 PROGRAM TW1ST
23 |
Satu usaha kolaborasi antara Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia
bersama Rakan Strategik Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi
sebagai kesinambungan Program Perkhidmatan Sekolah yang diperluaskan kepada golongan
belia dalam memperkasakan penjagaan kesihatan pergigian.
Ikon Gigi Remaja (IGG-R) yang dilantik di kalangan pelajar Kolej Komuniti bertindak sebagai
Duta Golongan Belia bagi menyampaikan maklumat kesihatan pergigian kepada masyarakat
khususnya warga kolej komuniti. Pada 26 dan 27 Mac 2019 Kolej Komuniti Masjid Tanah
telah melaksanakan Hari Kesihatan dan salah satu aktivitinya adalah berkaitan pergigian. IGG-
R telah turut terlibat dalam sesi pameran bersama anggota pergigian seperti di gambar di
bawah.
Gambar 4: Ceramah Oleh Pakar Ortodontik Dr. Norhayati Jabar Dan Taklimat
Pameran Oleh IGG-R Bersama Pegawai Pergigian.
6.4 KLINIK PERGIGIAN MESRA PROMOSI
24 |
Program Kesihatan Pergigian telah memperkenalkan konsep Klinik Pergigian Mesra Promosi
pada tahun 2018 dalam memberi perkhidmatan di kinik pergigian yang lebih holistik kepada
masyarakat. Komponen rawatan, pencegahan dan promosi disatukan dibawah satu bumbung
bagi memberikan perkhidmatan yang lebih menyeluruh dan berkesan dalam meningkatkan
kesihatan pergigian masyarakat. Di PKPDAG, Klinik Pergigian Rembia telah dipilih untuk
menjalankan konsep Klinik Pergigian Mesra Promosi. Bagi mengoptimumkan masa menunggu
pesakit sebelum mendapat rawatan, perkara berikut boleh disediakan:
i. Sudut Santai
ii. Ruang Poster
iii. Mini Booth
iv. Sudut “Anda Tanya Kami Jawab”
v. Audio Visual
Gambar 5: Sudut Poster dan Sudut “Anda Tanya Kami Jawab”
yang terdapat di Klinik Pergigian Rembia
7. PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN KEPAKARAN
7.
25 |
Selain dari perkhidmatan pergigian primer, terdapat 2 bidang kepakaran yang turut
memberikan perkhidmatan pergigian di daerah Alor Gajah iaitu :
i. Ortodontik - di Klinik Pergigian Alor Gajah
ii. Periodontik – di Klinik Pergigian Rembia
Unit Pakar Ortodontik Klinik Pergigian Alor Gajah mempunyai 3 kerusi pergigian dan
diketuai oleh seorang Pakar Pergigian Ortodontik, Pegawai Pergigian Sangkutan serta
Juruterapi Pergigian Pos-Basik Ortodontik. Sejak mula beroperasi setiap hari pada
tahun 2016, beberapa orang Pakar Pergigigan Ortodontik telah berkhidmat iaitu :
i. Dr. Nora Rizka binti Mohamad (Januari 2016 - Oktober 2016)
ii. Dr. Nur Auliana binti Zainul Ariff (17 Oktober 2016 - 6 Januari 2019)
iii. Dr. Norhayati binti Jabar (7 Januari 2019- sehingga kini )
Unit Kepakaran Periodontik pula memulakan perhidmatannya di PKPDAG di Klinik
Pergigian Kuala Sungai Baru setiap hari Selasa pada tahun 2018 secara visiting. Namun
Klinik Pergigian Rembia yang ditubuhkan telah dilangkapi Unit Kepakaran Periodontik
tersendiri dengan 2 kerusi pergigian. Pakar Pergigian Periodontik yang berkhidmat
adalah Dr. Norma binti Jamaluddin.
Jadual 19 menunjukkan kedatangan pesakit untuk Unit Kepakaran serta rawatan yang
diberi dari tahun 2017 hingga 2019.
Jadual 19: Pencapaian Perkhidmatan Pergigian Kepakaran dari 2017-2019
Indikator 2017 2018 2019
Kedatangan Baru 328 385 502
Kedatangan Ulangan 829 1351 1703
Applians :
Ortodontik
- Tetap 150 149 209
- Boleh tanggal 38 48 50
Kes Selesai Rawatan Aktif 5 11 13
Kedatangan Baru - 72
Periodontik Kedatangan Ulangan - - 78
Penskeleran - 97
8. PENINGKATAN KUALITI
26 |
8.1 INOVASI
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Alor Gajah telah menyertai Pertandingan Inovasi
Peringkat Negeri Melaka pada 23 April 2019 di MITC dan menghantar 1 produk yang
dihasilkan oleh anggota pergigian dari Klinik Pergigian Durian Tunggal. Foot Operated
Saline – Dispenser (FOS-D) adalah inovasi produk asli yang dihasilkan untuk
meningkatkan efisiensi proses pembersihan kanal akar dengan mengurangkan masa
rawatan serta mengurangkan risiko kejadian tercucuk jarum. Inovasi ini menggunakan
konsep tekanan udara untuk mendispenkan larutan saline daripada botol ke picagari
dengan pijakan pedal kaki berbanding cara konvensional yang menggunakan tangan
dan sekaligus dapat menjimatkan masa penyediaan bahan dan rawatan. Inovasi ini telah
memenangi tempat Johan bagi kategori Produk dan mendapat wang berjumlah RM
1000.
Gambar 6: Inovasi FOS-D Yang Memenangi Johan Bagi Kategori Produk Pada
Pertandingan Inovasi Peringkat Negeri Melaka
27 |
9.
9. PROGRAM PERINGKAT DAERAH
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Alor Gajah mempunyai kakitangan seramai 145 orang dari
pelbagai kategori dan telah mengambil inisiatif sendiri untuk membuat program dan aktiviti
yang melibatkan kakitangan di peringkat daerah antaranya Kursus GKHK pada 14 Februari
2019 dan Kursus EKSA pada 2 Mei 2019 dan Hari Keluarga pada 16 November 2019. Antara
program lain di peringkat daerah adalah seperti Lawatan Pelajar IPT ke Loji Air, Lawatan Ahli
Mesyuarat JDPKP dan Perasmian Klinik Kesihatan Rembia.
9.1 KURSUS GKHK
Pada 14 Februari 2019 di Klinik Kesihatan Durian Tunggal telah didakan Kursus GKHK
yang melibatkan 20 orang peserta terdiri dari Juruterapi Pergigian serta Pengawai
Penyelaras GKHK dari setiap klinik. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi
pengukuhan kepada anggota tentang pelaksanaan dan perbincangan masalah yang
dihadapi di peringkat daerah. Penceramah jemputan adalah Dr Syareena dari KP Ayer
Keroh yang merupakan Penyelaras GKHK peringkat negeri Melaka dan Dr Aishah dari
KP Kuala Sg Baru sebagai Penyelaras GKHK daerah Alor Gajah.
Gambar 7: Ceramah dan aktiviti berkumpulan semasa Kursus GKHK di KK
Durian Tunggal
9.2 LAWATAN PELAJAR UNIVERSITI
28 |
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Alor Gajah juga menerima kunjungan dari pelajar
pergigian Universiti tempatan untuk lawatan tapak loji dan memahami lebih lanjut tentang
pemfloridaan air. Berikut merupakan gambar lawatan pelajar pergigian tahun akhir dari
Universiti Islam Antarabangsa pada 2 Februari 2019 serta pelajar Kolej Manipal pada 22 Mac
2019 ke Loji DAF.
Gambar 8: Lawatan Pelajar UIA bersama Pensyarah ke Loji DAF
29 |
Gambar 9: Lawatan Pelajar Manipal College Ke Loji Air DAF Pada 22 Mac 2019.
9.3 KURSUS EKSA
Pada 2 Mei 2019 pula telah diadakan Kursus EKSA yang bertempat di Klinik Kesihatan
Masjid Tanah. Kursus yang julung-julung kali dibuat ini bertujuan untuk
memperkenalkan tentang EKSA kepada anggota baru yang belum mendapat
pendedahan. Penceramah jemputan En. Daniel Liew Ching Yien dari Bahagian Farmasi
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, telah memberi banyak pengetahuan dan input
serta aktiviti yang membuka minda peserta tentang EKSA.
Gambar 10: Ceramah dan aktiviti berkumpulan semasa Kursus EKSA
30 |
9.4 LAWATAN AHLI MESYUARAT JDPKP
Negeri Melaka juga telah menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat JDPKP Bil.3/2019 dari
9-11 Jun di Ayer Keroh. Pada hari terakhir, PKPDAG telah menerima kunjungan dari
ahli mesyuarat serta bekas Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian
Kesihatan Malaysia, Dr. Norliza Mohamed sebagai lawatan kerja terakhir beliau
sebelum bersara. Rombongan ini yang juga dihadiri oleh Pengarah Bahagian Penjagaan
Kesihatan Pergigian KKM bersama semua Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri
(Pergigian) telah melawat Klinik Pergigian Alor Gajah dan Pejabat Kesihatan Pergigian
Daerah Alor Gajah. Dr. Norliza Mohamed telah berkhidmat sebagai Pegawai Pergigian
Daerah Alor Gajah selama 6 tahun dari bulan September 2005 hingga Januari 2011.
Gambar 11: Lawatan Ahli Mesyuarat JDPKP ke Klinik Pergigian Alor Gajah dan
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Alor Gajah
31 |
9.5
PERASMIAN KLINIK KESIHATAN REMBIA
Klinik Pergigian Rembia telah dibuka untuk perkhidmatan pada 23 Ogos 2019 dan telah
dirasmikan pada 21 Oktober 2019 oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama
Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka. Klinik Pergigian Rembia
merupakan klinik pergigian utama yang ke-lima di daerah Alor Gajah. Klinik ini
mempunyai 5 bilik rawatan, dimana 3 daripadanya adalah untuk perkhidmatan primer,
1unit kepakaran Periodontik dan 1unit lagi dikongsi oleh unit Periodontik dan primer.
Sehingga bulan Disember 2019, KP Rembia telah menerima sebanyak 1484 orang
pesakit dari unit Primer dan 72 orang dari unit Perio.
Gambar 12. Lawatan TYT ke bahagian Klinik Pergigian semasa Majlis
Perasmian
32 |
Gambar 13. Tetamu Kehormat Dan
Kakitangan Yang Turut Hadir Pada
Majlis Perasmian.
33 |
34 |
9.6 HARI KELUARGA
Pada 16 November 2019 bertempat di Pantai Puteri, Melaka, telah berlangsung Hari
Keluarga peringkat Daerah Alor Gajah. Kali terakhir aktiviti ini dilaksanakan adalah
pada tahun 2014. Hari Keluarga pada tahun ini telah melibatkan seramai anggota dari
setiap kategori. Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh
Dr Izzati dari KP Masjid Tanah pada pukul 8.00 pagi. Acara diteruskan dengan
Pertandingan Sukaneka untuk kanak-kanak serta dewasa. Cabutan bertuah juga turut
diadakan untuk meraikan semua kakitangan yang hadir.
Gambar 14. Aktiviti sepanjang Hari Keluarga PKPDAG 2019 di Pantai Puteri, Melaka
35 |
10. KESIMPULAN
Pencapaian keseluruhan prestasi pada tahun 2019 didapati menggalakkan. Namun begitu,
masih terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan, terutamanya bagi pencapaian yang tidak
mencapai sasaran. Indikator-indikator yang tidak dapat dicapai perlu dianalisa dari semasa ke
semasa dan strategi ke arah pencapaiannya perlu ditambahbaik.
Bagi tahun 2019, peluang yang diperolehi bagi PKPDAG adalah pertambahan pegawai
pergigian dan pembantu pembedahan pergigian kontrak secara mendadak. Sehubungan itu,
pertambahan dua kategori jawatan memberi ‘nafas lega’ kepada daerah yang kekurangan
anggota. Pertambahan anggota ini sangat membantu terutama di dalam aktiviti promosi
36 |
pergigian, Bilangan aktiviti promosi boleh dilaksanakan dipelbagai kumpulan masyarakat dan
dilaksanakan dengan lebih berkesan untuk meningkatkan kesihatan pergigian masyarakat.
Diharapkan juga agar semua kakitangan dapat bersama-sama untuk bekerja dengan lebih
efisyien serta mengharungi tahun 2020 dengan semangat kerja yang tinggi dalam mencapai
misi dan visi.
“Kejayaan Tidak Datang Dari Kekuatan Fizikal, Tetapi Ianya Datang Dari
Semangat Yang Tidak Pernah Mengalah”
Disediakan oleh :
Dr Dalia binti Harun
Pegawai Pergigian PPYM
Klinik Pergigian Rembia
37 |
38 |