13
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
EDUP3043
Disediakan oleh:
Nama: NUR AINA SYAHIRAH BINTI MOHAMAD HARIS
010704-14-0562
No. Kad Pengenalan: 2020192340074
Angka Giliran: F4
Kumpulan/ Unit
DR SHARIZA BINTI SAID
Nama Pensyarah:
PENULISAN AKADEMIK
Tajuk Tugasan : 21 OGOS 2021
Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum
Balas Daripada
Pensyarah
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan..................................................................................................................... 1
2.0 Isu Tingkah Laku Bermasalah dalam Bilik Darjah............................................................ 1
3.0 Model Pengurusan Disiplin.............................................................................................. 2
4.0 Intervensi terhadap Tingkah Laku Bermasalah ............................................................... 4
5.0 Rumusan ........................................................................................................................ 5
6.0 Rujukan........................................................................................................................... 6
7.0 Lampiran......................................................................................................................... 7
1
1.0 PENGENALAN
Penghasilan bilik darjah yang kondusif adalah daripada perancangan yang dibina oleh
seorang guru yang mengendalikan bilik darjah tersebut. Guru bertanggungjawab untuk
memastikan pengurusan bilik darjah sentiasa dijaga bagi melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Sesungguhnya, setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan
tersendiri termasuklah dengan individu yang bermsalah. Individu yang bermasalah adalah
umum dan boleh merujuk kepada pelbagai jenis masalah tingkah laku yang ditunjukkan.
Walaupun begitu, kesemua individu berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sama dan
boleh berjaya melalui cara atau teknik yang berbeza.
2.0 ISU TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH
Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah merujuk kepada perwatakan
yang ditunjukkan oleh murid dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah ini mungkin dapat
dilihat daripada perspektif yang positif dan negatif. Namun begitu, tingkah laku bermasalah
positif yang ditunjukkan mampu menjurus kepada tingkah laku yang negatif. Tingkah laku
bermasalah ini termasuk masalah kesihatan dari segi mental atau fizikal, masalah disiplin,
masalah tingkah laku yang agresif dan banyak lagi.
Antara salah satu tingkah laku bermasalah yang seringkali dijumpai dalam bilik darjah
adalah berkaitan dengan masalah hiperaktif. Masalah hiperaktif ini berkait rapat dengan
masalah kesihatan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Antara ciri utama bagi
individu yang bermasalah hiperaktif adalah berkaitan dengan tumpuan yang singkat. Jika
dilihat melalui teori behaviorisme, tingkah laku individu dapat dikawal dan diramal. Oleh itu,
seorang pendidik atau penjaga dapat meramal tingkah laku seseorang individu yang
mengalami masalah hiperaktif. Mereka dapat meramal perlakuan lain yang akan berlaku serta
dapat mengawal tingkah laku bermasalah tersebut. Untuk mengawal tingkah laku bermasalah
ini, seseorang itu mestilah menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai untuk digunakan
supaya individu dengan masalah hiperaktif dapat mencapai taraf pendidikan yang sama
seperti individu yang lain.
Masalah tingkah laku hiperaktif ini merujuk kepada perlakuan yang agresif atau melebih-
lebih apabila melakukan sesuatu perkara. Tingkah laku hiperaktif ini dapat dikategorikan
sebagai tingkah laku bermasalah disruptif. Tingkah laku disruptif merujuk kepada tingkah laku
yang mampu memberikan gangguan kepada individu lain serta dapat menjejaskan
2
pelancaran proses PdP. Individu hiperaktif ini sering menunjukkan perwatakan yang sukar
untuk dikawal. Antaranya termasuklah kesukaran untuk memberikan perhatian, bertindak
tanpa berfikir, sukar untuk bertenang, aktif bercakap serta emosi yang sukar dikawal.
Kesemua tingkah laku yang ditunjukkan memberitahu bahawa individu hiperaktif adalah
individu yang sukar atau tidak berkemampuan untuk mengawal perilaku atau tindakannya
sendiri. Oleh hal yang demikian, guru mestilah bertindak dengan bijak dalam menangani
masalah tingkah laku hiperaktif supaya dapat mencapai objektif pembelajaran serta dapat
melicinkan proses PdP.
Kemahiran pengurusan bilik darjah adalah sangat penting bagi mewujudkan susana
pembelajaran yang kondusif justeru dapat mewujudkan hubungan positif antara guru dengan
murid. Oleh itu, kepelbagaian teknik pengajaran perlu dipersembahkan dalam mengekalkan
hubungan positif antara satu sama lain. Individu yang mengalami masalah hiperaktif
sememangnya akan bertindak secara berlebihan. Jadi, guru mestilah menggunakan
kebolehan yang ada pada diri mereka ke arah kebaikan. Perlakuan individu hiperaktif yang
sering bergerak bebas dapat digunakan dalam permainan atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti
pembelajaran yang dapat dilaksanakan mestilah melibatkan pergerakan tubuh badan secara
menyeluruh. Hal ini dapat memanfaatkan perlakuan individu yang mempunyai masalah
tingkah laku hiperaktif. Guru mestilah teliti dalam setiap gerak geri dan tingkah laku yang
ditunjukkan oleh individu hiperaktif sewaktu menjalankan aktiviti PdP dalam bilik darjah. Hal
ini kerana, pergerakan bebas yang diberikan kepada mereka mampu mengganggu
keseluruhan kelas jika tidak dikawal dan dibimbing.
3.0 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN
Dalam pengurusan tingkah laku bermasalah, terdapat pelbagai model atau kaedah yang
dapat digunakan oleh guru sebagai panduan proses pengajaran dan pembelajaran.
Antaranya ialah Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikurs, Model
Pengurusan Kelompok Kounin, Model Pengurusan Bilik Darjah Thomas Gordon dan Model
Beyond Discipline Alfie Kohn. Kesmeua model pengurusan disiplin ini dapat digunakan oleh
guru mengikut situasi persekitaran pembelajaran bilik darjah. Penelitian mestilah dibuat
terlebih dahulu berkenaan dengan persekitaran fizikal bilik darjah serta tingkah laku
bermasalah yang ditunjukkan oleh murid.setiap model yang digunakan sememangnya
mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Namun, guru harus memilih dan
menggunakan satu model yang paling sesuai supaya roses pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan dengan lancar.
3
Jika dilihat melalui isu yang dibincangkan iaitu isu masalah tingkah laku hiperaktif, antara
model yang sesuai digunakan ialah Model Pengurusan Kelompok Kounin. Model ini
menekankan tentang pengawasan dan penyeliaan guru yang teliti terhadap aktiviti bilik darjah.
Dalam model ini, terdapat beberapa elemen yang telah ditetapkan iaitu withitness,
overlapping, smoothness, momentum dan ripple effect. Dalam menguruskan tingkah laku
murid, tahap pengetahuan seseorang guru itu mestilah berada pada tahap yang paling tinggi
serta dapat memberikan peneguhan kepada murid sama ada secara positif mahupun negatif.
Daripada lima elemen yang ditetapkan dalam Model Pengurusan Kelompok Kounin,
elemen withitness merujuk kepada sesuatu yang merangkumi semua atau keseluruhan
perkara. Hal ini berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengetahui tingkah laku murid pada
setiap masa. Sebagai contohnya, guru mampu mengawasi setiap kelompok murid yang lain
walaupun guru itu sedang berada di kawasan kelompok kecil yang lain. elemen ini
memerlukan tahap pemerhatian guru yang tinggi untuk mengawasi setiap murid pada setiap
aktiviti yang dilaksanakan. Elemen overlapping atau dikatakan sebagai pertindihan merujuk
kepada kemampuan guru untuk menangani beberapa perkara atau situasi pada satu masa
yang sama. Elemen ini juga menekankan kepada kebolehan yang ada pada guru untuk
mengawal pelbagai situasi pada satu masa tertentu.
Selain itu, elemen smoothness iaitu kelancaran merujuk kepada proses PdP yang
dirancang. Elemen ini memerlukan guru untuk merancang aktiviti PdP dengan lancar. Elemen
smoothness akan terganggu apabila guru tidak menjelaskan aktiviti dengan baik dan
memberikan arahan yang sukar untuk difahami atau meleret. Perkara ini dapat menyumbang
kepada masalah pembelajaran murid dalam bilik darjah. Elemen momentum pula merujuk
kepada momentum atau potensi guru dalam mengawal sesuatu keadaan. Guru mestilah
menjalankan proses PdP dengan baik mengikut urutan dan langkah yang betul supaya
perhatian murid tidak terganggu.
Akhir sekali, elemen ripple effect atau kesan gelombang merujuk kepada tiga ciri tertentu
iaitu jelas, tegas dan serius. Guru mestilah jelas dalam memberikan arahan atau teguran
terhadapa tindakan yang perlu dilakukan. Namun, teguran yang diberikan mestilah dilakukan
secara spesifik dan bukan secara umum yang melibatkan seseorang individu itu dengan
individu yang lain. guru juga mestilah bersikap tegas dan serius sewaktu melaksanakan tugas
seperti memberi arahan. Guru mestilah bijak menggunakan mimik muka serta nada dan
intonasi yang sesuai terhadap mana-mana situasi yang berlaku.
4
4.0 INTERVENSI TERHADAP TINGKAH LAKU BERMASALAH
Bagi membantu tingkah laku bermasalah murid hiperaktif, guru mestilah bijak merancang
pelbagai aktiviti yang menarik dalam proses PdP. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah
melibatkan peneguhan yang positif seperti peneguhan sosial. Peneguhan sosial dapat
dijalankan melalui aktiviti secara berkumpulan. Melalui aktiviti ini, interaksi antara setiap murid
dapat ditingkatkan sekali gus dapat mengenali sikap dan tingkah laku antara satu sama lain.
penggunaan terapi permainan dapat mengurangkan masalah tingkah laku serta dapat
meningkatkan kemahiran atau keupayaan individu.
Individu hiperaktif dapat menggunakan pergerakan aktif mereka melalui aktiviti yang
menarik perhatian mereka. Menurut pakar yang telah dihubungi (rujuk lampiran), penggunaan
bahan media dan teknologi yang melibatkan audio, visual dan kinestetik sangatlah diperlukan
bagi menarik perhatian murid tingakah laku bermasalah termasuk murid hiperaktif. Selain itu,
guru mestilah memberikan ganjaran kepada murid apabila mereka berjaya melakukan aktiviti
yang dijalankan supaya dapat menaikkan semangat murid untuk terus berusaha.
Aktiviti yang dijalankan mestilah sepenuhnya dapat menarik perhatian individu hiperaktif.
Jika tidak, mereka akan merasa bosan dan cenderung untuk mengganggu rakan lain. Mereka
juga akan melakukan aktiviti lain yang lebih menarik perhatian mereka terutama sekali kepada
perkara yang berada di sekeliling mereka. Penggunaan terapi permainan ini dapat membantu
individu dari segi sosial-emosional. Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti yang dijalankan.
Sebagai contohnya, individu hiperaktif ini sering bercakap, maka daripada aktiviti yang
dijalankan mereka dapat bersoal jawab dengan guru atau menerangkan apa-apa perkara
yang difahami kepada individu lain. Secara tidak langsung murid hiperaktif dapat
meningkatkan kemahiran berfikir. Aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid
dapat memberi kesan positif seterusnya merangsang motivasi dalaman dan prestasi
pembelajaran murid dalam bilik darjah (Badariah, Nurulhuda & Razak, 2016).
5
5.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, penggunaan pengurusan disiplin masalah tingkah laku murid adalah
sangat penting bagi setiap guru atau pendidik untuk dijadikan sebagai panduan. Guru
mestilah bijak merancang dan menggunakan pelbagai bahan untuk membentuk satu aktiviti
yang dapat menarik perhatian murid. Pengurusan tingkah laku bermasalah positif atau negatif
mestilah diuruskan daripada awal. Hal ini bagi mengelakkan daripada berlakunya kesan yang
buruk pada masa akan datang. Hal ini juga dapat memberi kesan buruk terhadap peningkatan
mental dan disiplin murid. Oleh itu, perancangan aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan
media dan teknologi terkini sangat penting dalam menangani tingkah laku bermasalah serta
mewujudkan pengurusan bilik darjah yang kondusif.
6
RUJUKAN
Anniliza Mohd Isa, Al-Amin Mydin & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2018). LiNuSR: Impak
Pengurusan Bilik Darjah di Sekolah Kebangsaan. Jurnal Kepimpin Pendidikan, 8(1),
1-12.
Badariah Hashim, Nurulhuda Abd Rahman & Razak Abd Samad Yahya. (2016). Kesan
Teknik Penyebatian Kemahiran Berfikir terhadap Motivasi Intrinsik Murid dalam Tajuk
Haba, Fizik Tingkatan Empat. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 118-136.
Fauziah Hanim Md. Yusof & Mohd Anuar Abdullah. (2020). Issues and Challenges of
Teaching and Learning Special Education Programstudents in The Inclusive
Education Subject: Case Studies. Global Conferences Series: Social Sciences,
Education and Humanities (GCSSSEH), 4, 387-395.
Foziana Jamaludin, Mohamed Yusoff Mohd Nor & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2018).
Latihan dalam Perkhidmatan: Pengurusan Bilik Darjah. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1),
1-12.
Nur Amnani Mohd Adnan & Nellie Ismail. (2021). Hubungan antara Cara Gaya Keibubapaan
Ibu dan Temperamen dengan Masalah Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-kanak
Prasekolah. Jurnal Psikologi Malaysia, 35(1), 63-73.
Wenny Widyaningtyas. (2020). Hiperaktif, Cara Pengobatan dan Peran Guru dalam
Menangani Siswa Hiperaktif. Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 1(1), 1-10.
Yusop Malie, Fatimah Az-Zahra, Nur Farhana Kamel, Nurulain Pusa, Ririn Yiichasiani &
Sabariah Ahmad. (2019). Penglibatan dalam Aktiviti bagi Mengurangkan Masalah
Tingkah Laku Hiperaktif. ICoTE: International Conference on Teaching and
Education, 2, 21-26.
7
LAMPIRAN
Link Youtube berkaitan interaksi dengan pendapat pakar :
https://www.youtube.com/watch?v=zYIhyXT2vBI pada 2:18:10 – 2:21:10