The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F4.NUR AINA SYAHIRAH BINTI MOHAMAD HARIS-PENULISAN AKADEMIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aina09-389, 2022-05-12 10:06:31

PENULISAN AKADEMIK

F4.NUR AINA SYAHIRAH BINTI MOHAMAD HARIS-PENULISAN AKADEMIK

13

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073

Disediakan oleh:

Nama: NUR AINA SYAHIRAH BINTI MOHAMAD HARIS
Nombor Kad 010704-14-0562
Pengenalan: 2020192340074
Angka Giliran: F4
CIK TAN YAN IM
Kumpulan/Unit:
PENULISAN AKADEMIK
Nama Pensyarah: 12 MEI 2022

Tajuk Tugasan:

Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum

Balas Daripada
Pensyarah:

ISI KANDUNGAN
Pengenalan........................................................................................................................... 1
Langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya ................................................................. 1

Aspek Fizikal ................................................................................................................... 1
Aspek Emosi ................................................................................................................... 2
Aspek Sosial ................................................................................................................... 2
Aspek Sosiolinguistik....................................................................................................... 3
Penutup ................................................................................................................................ 4
Rujukan................................................................................................................................. 5

1

Pengenalan

Dalam mencapai target pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan, penguasaan guru
terhadap pengurusan bilih darjah mestilah pada tahap yang maksimum. Sejajar dengan
pendidikan abad ke-21, murid mestilah dibekalkan dengan penyediaan PdP yang sempurna
oleh guru dengan kerjasam pihak sekolah. Pendidikan abad ke-21 memberi kesan yang baik
terhadap murid namun tekanan terhadap guru juga bertambah kerana pengajaran yang
dilaksanakan mestilah bercorak baharu terutama sekali dengan penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK). Oleh itu, guru mestilah sentiasa bersedia berhadapan
dengan pelbagai pembaharuan pendidikan. Ini juga adalah selaras dengan perubahan sistem
pendidikan khususnya pembudayaan bilik darjah abad ke-21 dan pengurusan yang memerlukan
kesediaan dan kerja rapi guru (Jaggil Apak & Muhamad Suhaimi Taat, 2018)).

Langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya
Bilik darjah mesra budaya merujuk kepada suasana bilik darjah yang kondusif yang melibatkan
murid berbilang kaum dan latar belakang yang berbeza. Pelaksanaan pengurusan bilik darjah
mesra budaya yang sempurna mestilah merangkumi beberapa aspek yang tertentu iaitu aspek
fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik.

Aspek Fizikal
Langkah yang boleh diambil daripada aspek fizikal adalah melalui pengurusan fizikal bilik
darjah sendiri. Pengurusan fizikal bilik darjah merangkumi setiap aspek fizikal dari segi
keselamatan, kedudukan, pengudaraan, pencahayaan dan warna yang baik dalam bilik darjah
(Marinah Awang et al., 2018). Guru perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan pengurusan
bilik darjah mesra budaya yang profesional sama ada guru tersebut mengajar dalam bilik darjah
konvensional mahupun kontemporari. Keselesaan dan persekitaran bilik darjah memainkan
peranan penting sewaktu proses PdP berlangsung. Penggunaan ruang bilik darjah yang
optimum juga memberi kesan terhadap tahap kawalan murid dalam bilik darjah (Eng, 2014).

Selain itu, langkah lain yang perlu diberi perhatian adalah berkaitan dengan susun atur
kedudukan murid dalam bilik darjah. Penyusunan yang dibuat mestilah selaras dengan cara
pembelajaran abad ke-21 iaitu secara berkumpulan dan tidak terhalang oleh apa-apa benda
seperti rak buku, almari dan lain-lain. Hal ini bagi memudahkan guru untuk memberi perhatian
terhadap setiap muridnya. Susun atur kedudukan murid juga perlu mengambil kira jantina dan

2

tidak terikat kepada satu kumpulan murid yang sama kaum. Selain itu, penggunaan bahan atau
maklumat pengajaran bagi keceriaan bilik darjah juga perlu dimasukkan dan disusun dengan
baik. Hal ini dapat membantu menceriakan suasana bilik darjah serta meningkatkan motivasi
dalam diri murid untuk belajar. Maklumat pengajaran juga mestilah fleksibel dan tidak
menyentuh sensitiviti mana-mana kaum. Pengurusan aspek fizikal ini juga dapat menjalinkan
hubungan mesra antara pelajar denga pelajar dan pelajar dengan guru semasa proses PdP
dijalankan (Ainun Rahmah et al., 2017).

Aspek Emosi
Semakin meningkat usia, manusia lebih mengenali diri sendiri terutama sekali berkaitan
dengan kawalan emosi. Begitu juga dengan murid yang mampu mengekspresikan emosi
mereka sama ada dari segi positif mahupun negatif serta menjalinkan hubungan dengan
individu lain (Nurmalitasari, 2015). Dalam mewujudkan susana bilik darjah yang mesra
budaya, guru mestilah menjaga emosi murid melalui tahap layanan yang diberikan kepada
setiap murid. Layanan yang diberikan mestilah adil dan tidak memilih kasih terutama sekali
bilik darjah yang mempunyai murid daripada pelbagai kaum dan latar belakang.

Di samping itu, guru juga perlu menyampaikan pengajaran dalam suasan pembelajaran yang
menyeronokkan dan positif. Hal ini kerana aspek emosi juga dapat dipengaruhi oleh perubahan
persekitaran individu. Jika proses pembelajaran berjalan dengan baik dan menyeronokkan,
maka murid dapat mengawal emosi mereka dan memberi maklum balas yang baik terhadap
persekitarannya (Amran Bakar et al., 2016). Isu sensitiviti sangat penting bagi guru untuk tidak
disentuh sewaktu proses PdP berlangsung. Hal ini kerana, kawalan emosi murid boleh berubah
sekali gus dapat mengubah tingkah laku murid terhadap individu lain dalam bilik darjah.

Aspek Sosial
Alam persekolahan dapat membimbing murid dalam meningkatkan aspek sosial. Namun,
murid juga boleh berdepan dengan perbezaan sosial antara murid dengan rakan lain terutama
sekali persekitaran pembelajaran yang berbilang kaum (Vellymalay, 2014). Oleh itu guru
bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam bilik darjah. Guru boleh
menjalankan aktiviti yang melibatkan kepelbagaian kaum dan budaya dalam bilik darjah.
Melalui aktiviti tersebut, guru mestilah membimbing dan memerhati tingkah laku murid supaya
dapat mengelakkan daripada berlakunya perbezaan sosial. Nilai kerjasama dapat dipupuk

3

melalui aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan dan secara tidak langsung, murid dapat
saling mengenali dan bersosial dengan baik antara rakan sekelas.

Selain itu, aspek sosial juga dapat dipupuk dengan baik melalui nilai yang ditunjuk oleh
guru di sekolah. Sebagai seorang guru yang profesional, mereka dijadikan sebagai suri teladan
atau model kepada murid. Setiap tingkah laku yang ditunjukkan kepada murid mencerminkan
nilai sosial guru tersebut. Jika guru menunjukkan tingkah laku yang negatif dalam bilik darjah,
maka murid secara tidak langsung akan meniru atau mempunyai tanggapan yang tidak baik
terhadap guru tersebut. Hal ini dapat memberi kesan yang tidak baik terutama sekali dalam
meningkatkan kemesraan dalam bilik darjah.

Aspek Sosiolinguistik
Untuk mencapai pengurusan bilik darjah yang mesra budaya, guru boleh melaksanakan aktiviti
yang melibatkan pergerakan aktif murid dengan struktur bahasa. Aktiviti ini merujuk kepada
aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan atau beramai-ramai untuk mewujudkan satu
interaksi antara murid. Penggunaan aktiviti berbahasa dapat mewujudkan kemesraan antara
murid apabila murid saling membantu antara satu sama lain (Amran Bakar et al., 2016).
Misalnya, aktiviti permainan teka silang kata dilakukan dalam kumpulan murid yang berbilang
kaum. Murid yang pintar dan mampu menyelesaikan aktiviti tersebut dapat berinteraksi dengan
murid lain dan menarik mereka untuk sama-sama menyelesaikan masalah tersebut. Melalui
aktiviti ini, murid secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran bertutur serta
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mesra budaya.

Selain daripada pelaksanaan aktiviti dalam bilik darjah, guru juga perlu melatih murid untuk
menggunakan satu bahasa yang sama dan baik. Misalnya, guru boleh membuat peraturan
seperti penggunaan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu semasa pengajaran Bahasa Melayu
dijalankan. Hal ini secara langsung dapat membantu murid untuk bertutur dengan lebih baik
dalam Bahasa Melayu. Seterusnya, proses PdP yang dijalankan mestilah hanya melibatkan
penggunaan bahasa yang baik. Misalnya, guru mestilah mengelakkan daripada menggunakan
bahan belajar yang mempunyai bahasa yang kasar atau tidak baik. Hal ini juga boleh
menimbulkan isu antara kaum atau budaya dalam bilik darjah. Oleh itu penggunaan bahasa
mestilah sesuai dengan tahap pembelajaran murid supaya dapat mengekalkan kemesraan dalam
bilik darjah.

4

Penutup
Pengurusan bilik darjah mesra budaya dapat diwujudkan jika guru dapat mengawal dan
mengenali setiap tingkah laku murid. Guru juga perlu bijak dalam memilih strategi pengajaran
supaya tidak menyentuh mana-mana isu sensitif. Langkah-langkah yang dibuat juga mestilah
merangkumi keempat-empat aspek tersebut iaitu aspek fizikal, emosi, sosial dan
sosialinguistik. Hal ini kerana, guru dapat mengawal bilik darjah secara terancang dan
seimbang. Jika setiap aspek diambil perhatian, maka guru mampu mewujudkan suasana bilik
darjah yang mesra budaya. Kesimpulannya, guru bertanggungjawab dalam memastikan
langkah yang digunakan adalah betul dan sesuai bagi pengurusan bilik darjah yang mesra
budaya.

5

Rujukan

Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2017).
Pembelajaran Abad ke-21 dan Pengaruhnya terhadap Sikap, Motivasi dan Pencapaian
Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2).

Amran Bakar, Faiziah Shamsudin & Faridah Nazir. (2016). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah. Sasbadi Sdn. Bhd.

Eng, J. A. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi Mewujudkan Komuniti Pembelajaran
Berkesan. PTS Akademia.

Jaggil Apak & Muhamad Suhaimi Taat. (2018). Pengaruh Kesediaan Guru terhadap Pengurusan Bilik
Darjah Abad ke-21. Malaysian Journal of Social Science and Humanities, 3(4), 6-22.

Marinah Awang, Mohd Ezrizal Zakariah & Ramlee Ismail. (2018). Hubungan Persekitaran Fizikal Bilik
Darjah dan Kesejahteraan dan Keselesaan Pembelajaran dan Pengajaran. Management
Research Journal, 7(1), 86-99.

Nurmalitasari, F. (2015). Perkembangan Sosial Emosi pada Anak Usia Prasekolah. Buletin Psikologi,
23(2), 103-111.

Vellymalay, S. K. (2014). Etnisiti dan Interaksi Sosial dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik di Bilik
Darjah. Journal of Human Capital Development, 7(2), 47-61.


Click to View FlipBook Version