4) Murid akan masuk ke kelas masing-
masing dan duduk di tempat yang
telah dinomborkan.
5) Penggunaan tandas perlu
mematuhi SOP dan juga ada
penjarakan sosial.
6) Kantin akan beroperasi sepanjang
sesi persekolahan ini. Walau
bagaimanapun, murid digalakkan
membawa bekal makanan dari
rumah.
7) Semua guru dan murid perlu
bergerak mengikut arah anak panah
yang telah ditandakan. (Sentiasa
patuhi penjarakan sosial tidak kurang
dari 1 meter & tidak dibenarkan
untuk berjalan beriringan)
8) Penggunaan bilik-bilik khas akan
diminimakan. Perpustakaan tidak
boleh digunakan pada waktu rehat.
9) Pergerakan ke makmal adalah
mengikut keperluan dan tempat duduk
akan dimaklumkan oleh guru sains
masing-masing.
10) Murid perlu mencuci tangan
sebelum masuk dan keluar dari
makmal. Tempat duduk adalah tetap
dan tidak boleh diubah.
11) Murid hendaklah berbaris dengan
jarak 1 meter ketika membeli makanan
di kantin. Murid mestilah makan di
dalam kelas sahaja dan berada di
tempat duduk masing-masing pada
waktu rehat. Perkongsian makanan
atau minuman tidak dibenarkan.
12) Sebelum meninggalkan kelas pada
waktu terakhir sesi persekolahan,
murid perlu memastikan semua tingkap
dan pintu ditutup, peralatan elektrik
dipadamkan dan sampah mestilah
dibuang ke dalam tong hitam di luar
kelas. Penyahkuman di dalam kelas
perlu dilakukan setiap hari.
13) Murid dikehendaki keluar dari kelas
mengikut laluan yang telah ditetapkan
menuju terus ke Dewan Terbuka untuk
mencuci tangan sebelum pulang ke
rumah masing-masing.
14) Murid perlu melaksanakan home
based learning yang diberi oleh guru
(modul) dengan pemantauan ibu bapa.
15) Peraturan pakaian murid:
Isnin dan Jumaat - uniform sekolah
Selasa - pakaian PJK
lengkap
Rabu - Baju /T shirt unit
uniform
Khamis - Baju rumah
sukan
16) Telefon bimbit dilarang bawa ke
sekolah.
17) Rambut murid lelaki- Murid
perlu mengikut aturan potongan
rambut yang telah ditetapkan. Tidak
boleh rambut berfesyen.
18) Aktiviti Kokurikulum:
Murid perlu melengkapkan modul/
aktiviti yang akan ditetapkan untuk
mendapat markah kehadiran dan