The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rus1612, 2021-01-27 10:48:37

FORMAT, EKSPERIMEN DAN PBD BIO 2021

FORMAT, EKSPERIMEN DAN PBD BIO 2021

SENARAI EKSPERIMEN WAJIB DAN PROJEK BIOLOGI (PBL) TINGKATAN 4 KSSM.

TEMA PENYIASATAN / EKSPERIMEN/ CATATAN TARIKH
 PELAKSANAAN
ASAS AKTIVITI
BIOLOGI TINGKATAN 4

FISIOLOGI 1.4.1 Mereka bentuk eksperimen untuk
MANUSIA DAN menyelesaikan masalah dengan menggunakan
kaedah penyiasatan
HAIWAN saintifik.
2.1.1 Menyediakan slaid sel haiwan dan sel
tumbuhan.

3.2.2 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji
pergerakan bahan merentasi membran telap
memilih dengan menggunakan:

(i) tiub Visking.
(ii) osmometer ringkas.

3.3.4 Mengeksperimen untuk mengkaji

kesan larutan yang berlainan kepekatan terhadap sel

haiwan dan sel tumbuhan.
2.1.1 Menyediakan slaid sel haiwan dan sel
tumbuhan.
3.4.1 Mengeksperimen untuk menentukan
kepekatan sap sel tisu
tumbuhan.

5.2.9 Mengeksperimen untuk mengkaji

kesan suhu dan pH terhadap aktiviti enzim

amilase dan pepsin.

7.2.3 Mengeksperimen untuk mengkaji
proses respirasi aerob.
7.3.4 Mengeksperimen untuk mengkaji fermentasi
yis.

9.2.5 Mengeksperimen untuk mengkaji

pencernaan kanji, protein dan lipid dalam

sampel makanan.
9.6.1 Mengeksperimen untuk mengkaji nilai tenaga
dalam sampel makanan .

9.6.2 Mengeksperimen untuk menentukan
kandungan vitamin C
dalam jus buah-buahan atau sayur- sayuran.

13.2.5 Mengeksperimen untuk mengkaji kesan
pengambilan isipadu air yang berbeza terhadap
pembentukan air kencing

NO PBL TINGKATAN 4 CATATAN TARIKH
 PELAKSANAAN

Projek PBL 1 Bab 3 Aktiviti 3.6 m/s 65

Projek PBL 2 Bab 7 Aktiviti 7.2 m/s 118

Projek PBL 3 Bab 12 Aktiviti 12.1 m/s 231

Projek PBL 4 Bab 13 Aktiviti 13.2 m/s 258

* Pilih mana – mana 2 PBL

Di sini cikgu ingin berkongsi sedikit tip bagaimana
untuk menguasai kertas Biologi SPM.

(1) Rajin membaca

Cikgu selalu menggalakkan pelajar Biologi agar rajin membaca.

Pelajar biologi adalah diminta untuk membaca:

• Bahan sumber pembelajaran (contohnya buku teks dan buku rujukan).
• Bahan bacaan umum contohnya surat khabar (pengisian isi semasa

berkaitan tajuk Biologi)

(2) Membaca dengan memaksimakan semua deria. Setiap
kali anda membaca, pastikan anda menggunakan semua
urutan di bawah:

• Mata untuk melihat tulisan.
• Jari telunjuk untuk menunjuk setiap patah perkataan yang dibaca.
• Mulut untuk menyebut setiap patah perkataan yang dilihat.
• Telinga untuk mendengar semula setiap patah perkataan disebut.

Kaedah ini akan membantu semaksima ilmu dapat diingat dan difahami terutama
sewaktu kali pertama anda membacanya. Sangat dicadangkan anda mula
membaca sebelum sesi bersama guru di dalam kelas.

(3) Fahamkan konsep

Memahami konsep adalah sangat penting berbanding mengingat. Dengan
pemahaman konsep yang baik, anda boleh menyelesaikan apa jua masalah dalam
pelbagai situasi diberi. Soalan SPM terkini adalah berkisar dengan soalan
pemahaman konsep.

(4) Mengingati konten. Mata pelajaran Biologi tidak dapat
dielakkan dari mengingat / menghafal isi kandungan
penting.

Selain dari menggunakan kaedah menghafal yang biasa, anda juga boleh
menggalakkan diri untuk mengingat dengan cara:

i) Gunakan nota grafik. Cikgu sangat mencadangkan anda dapat membina nota
grafik anda sendiri. Caranya, baca dahulu buku teks/rujukan kemudian tulis
semula atas kertas kosong dalam bentuk grafik. Walau bagaimanapun, anda juga
boleh menggunakan nota grafik yang sedia ada dijual di pasaran.

ii) Membuat pengulangan bacaan. Semakin banyak ulangan dibuat semakin tinggi
ingatan berkaitan tajuk tersebut.

Cara ulangan yang sistematik:

1. Membaca tajuk sebelum sesi di kelas bersama guru.
2. Membaca semula tajuk dan nota ringkas dalam masa 24 jam selepas sesi di

kelas bersama guru.
3. Baca semula tajuk tersebut selepas masa 2 minggu.

Anda juga boleh menampal rajah mana-mana tajuk yang sukar di pintu almari,
tepi katil, bawah lapik meja agar selalu dilihat. Semakin kerap dilihat semakin
mudah diingati dan difahami.

iii) Gunakan kaedah kreatif untuk mengingat. Anda boleh menggunakan:

1. Kaedah akronim (contoh AL-FE-KE-OR-FA-GE-S untuk urutan
Alam,Felum,Kelas,Order,Famili,Genus,Spesis)

2. Kaedah nyanyian (contoh menggantikan lirik lagu diminati dengan proses
biologi yang sukar diingat)

3. Melukis. Lukisan yang anda buat tidak perlu cantik dan 3D tetapi mesti
bermakna.Contoh sekiranya anda melukis salur, tidak boleh ada garisan
yang menghalang salur tersebut. Jika ada membawa maksud ‘salur
tersumbat’. Ia sudah tidak menggambarkan strutur yang betul. Gambar
yang dilukis WAJIB dilabel dengan betul dan kemas.

4. Kaedah cikgu-cikgu (contoh bercerita dengan ibu dengan menggunakan
insang ikan sewaktu membantu ibu menyiang ikan untuk menerangkan
struktur respirasi ikan dan mekanisma tukar ganti lawan arus)

(5) Menggunakan kaedah SALIN dan DAPAT untuk
menguasai soalan esei.

Sebagai latihan menjawab soalan esei, anda juga boleh menggunakan cadangan
jawapan di belakang setiap buku latihan sebagai panduan.

Caranya:

• Fahami kehendak soalan. Kenal pasti peruntukan markah.
• Lihat cadangan jawapan (biasanya bentuk point)
• Salin cadangan jawapan tersebut dalam bentuk ayat lengkap dengan

perenggan yang tersusun.
• Buat semakan dengan guru anda.

(6) Kuasai teknik menjawab yang betul

Mata pelajaran Biologi mempunyai 3 kertas. (K1 50m + K2 100m + K3 50m =
200m)

(i)

- Kertas 1 adalah soalan objektif

- Soalan kertas 1 adalah meliputi semua bab tanpa pengecualian. Jadi anda perlu
baca semua bab. Bukan ‘spot’.
- Sebelum anda menduduki SPM, patikan anda telah cuba membuat latihan Kertas
1 sekurang-kurangnya 1000 soalan. Konsisten!
Cara yang mudah ialah 1 hari 3 soalan objektif. - Anda disarankan untuk
mendapat markah 45 dan ke atas bagi kertas ini.

(ii)
- Kertas 2 pula mempunyai 2 bahagian.
- Bahagian A terdiri dari 5 soalan subjektif (60 markah) manakala Bahagian B pula
ada 4 soalan esei. Pilih mana-mana 2 sahaja soalan esei untuk dijawab yang
membawa 40 markah. Jadi keseluruhan kertas 2 adalah 100 markah.
- Bagi soalan penerangan (explain), perlu beri Fakta soalan dahulu baru diikuti
dengan jawapan.
- Jawapan soalan esei perlu di hurai dengan baik. Tidak boleh hanya memberi isi.
Perlu ditulis dengan ayat lengkap.

(iii)
- Kertas 3 pula mengandungi 2 soalan yang membawa 50 markah.
- Soalan 1 menguji kemahiran Proses Sains manakala untuk soalan 2 calon perlu
boleh merancang eksperimen dalam makmal berdasarkan situasi yang diberi.
- Kuasai semua eksperimen. (boleh mengingat bahan radas digunakan dan
prosedur eksperimen)
- Mahir menggunakan maklumat pembolehubah (MV/RV/CV) setiap eksperimen.
- Anda disarankan untuk mendapat markah 45 dan ke atas bagi kertas ini.

(7) Soalan KBAT. Kebiasaannya 25% dari soalan peperiksaan
adalah soalan KBAT. Perlajar sangat risau dengan soalan
bentuk ini.

Tidak perlu bimbang bila melihat gambar yang ’advance’ itu. Soalan KBAT juga
adalah soalan pemahaman konsep. Soalannya adalah aplikasi tetapi bentuk
jawapan yang perlu diberi adalah berkisar apa yang telah dipelajari.

Contoh soalan:

Sumber: Percubaan Kertas 2 (SBP 2017)

Kaedah angioplasti tiada dalam silibus Biologi KBSM. Anda akan ada maklumat
kaedah ini sekiranya anda membuat bacaan tambahan.

Tetapi bagaimana untuk menjawab soalan ini?

Dengan melihat kepada rajah, memahami konsep pemendakan plug pada salur
darah (arterosklerosis) dan menggunakan maklumat dalam rajah anda akan dapat
menjawab soalan ini dengan baik.

Contoh jawapan:

1. P1 - Kateter digunakan untuk memasukkan sten (belon) ke dalam arteri
tersumbat

2. P2 - Sten (belon) dikembangkan untuk menolak plak
3. P3 - meregangkan arteri untuk membuka lebih luas / membesarkan lumen

arteri
4. P4 - Stent kekal di atery / menyokong dinding arteri

Cukuplah dahulu perkongsian cikgu untuk kali ini. Insya-Allah cikgu akan berkongsi
lagi di lain masa.

Semoga anda semua MAMPU mendapat A+ dalam subjek Biologi.

Usaha, berdoa dan bertawakal. Setiap hari mesti study Biologi!

Selamat maju jaya.

*****Terima kasih Guru Biologi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Putrajaya (SMAPUTRA) Cikgu Nor Asila Ishak atas perkongsian ini.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
KATAK PURU DENGAN LEMBU
Next Book
Majlis Pelancaran Stematrik trial