SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN
77300 MERLIMAU MELAKA.
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN
MERLIMAU, MELAKA.
Sejarah Tahun Baharu Cina bermula beribu-
ribu tahun dahulu. Seekor makhluk ganas
yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di
Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia
hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.
Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan
makhluk ini. Akhirnya, mereka berjaya
menakutkan makhluk ini dengan
melemparkan reben merah ke udara,
meletupkan mercun dan membakar bunga
api siang dan malam.
Tahun Baharu Cina disambut secara
besar-besaran oleh masyarakat Cina di
seluruh dunia kerana ini menandakan
kelahiran tahun baharu mengikut kalendar
lunar.
Tahun Baharu Cina terbahagi kepada kitaran
12 tahun dan dinamakan sempena nama
zodiak Cina (nama haiwan).
12 haiwan yang menaungi kalendar lunar
ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular,
kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing
dan khinzir. Setiap haiwan membawa
signifikasi yang tersendiri.
ZODIAK CINA
ANG PAU
Ang pau atau sampul merah diedarkan
sepanjang Tahun Baharu Cina oleh
pasangan suami isteri atau orang tua
kepada pemuda-pemudi yang belum
berkahwin.
Adalah satu kebiasaan untuk orang
dewasa memberi sampul merah ini
kepada kanak-kanak.
MALAM TAHUN
BAHARU CINA
Pada malam Tahun Baharu, kaum
keluarga sama ada dekat atau jauh
akan berkumpul di rumah ibu bapa
untuk upacara makan besar. Ini
simbol eratnya kekeluargaan yang
menjadi tunjang masyarakat
harmoni.
YEE SANG
Merupakan menu wajib setiap kali meraikan
sambutan Tahun Baharu Cina. Menu ini biasanya
disajikan sebagai hidangan pembuka dan
dianggap sebagai Simbol Penyatuan dan
Lambang Kemurahan Rezeki yang akan diperoleh
sepanjang tahun tersebut.
PAKAIAN
Mereka percaya warna merah membawa tuah dan
kecemerlangan dalam hidup mereka. Nasib mereka
akan ditimpa malang sekiranya memakai pakaian
yang berwarna hitam dan warna-warna yang gelap.
Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu
dalam majlis-majlis perayaan kerana dipercayai
warna-warna tersebut melambangkan kematian dan
kesedihan.
TARIAN SINGA
Tarian Singa adalah sebahagian daripada
tarian tradisional dalam masyarakat Cina.
Penari akan meniru pergerakan singa dengan
menggunakan kostum singa. Kostum singa itu
dimainkan oleh dua penari iaitu seorang
memainkan di bahagian hadapan dengan
menggerakan kepala kostum, manakala
pasangan penari akan memainkan bahagian
belakang kostum singa tersebut.
TARIAN SINGA
Tarian Singa adalah sebahagian daripada
tarian tradisional dalam masyarakat Cina.
Penari akan meniru pergerakan singa dengan
menggunakan kostum singa. Kostum singa itu
dimainkan oleh dua penari iaitu seorang
memainkan di bahagian hadapan dengan
menggerakan kepala kostum, manakala
pasangan penari akan memainkan bahagian
belakang kostum singa tersebut.
TARIAN NAGA
Tarian naga akan dikuasai oleh
sekumpulan penari yang ramai.
Lebih kurang 15 hingga 20 orang penari
yang terlibat dalam persembahan
tersebut, bilanganya bergantung
kepada saiz naga yang berbeza.
Sebiji bola akan diambil dan dimainkan
oleh salah seorang daripada
penari-penari untuk mengarahkan
perjalanan atau pergerakkan naga
tersebut.
LIMAU MANDARIN &
LOKAM
Amalan memberi limau mandarin juga
simbolik memberi tuah. Buah limau mandarin
yang dipanggil ‘kam’ dalam bahasa Kantonis
bermaksud emas . Ia merupakan kewajipan
setiap Tahun Baru Cina kerana ia
melambangkan limpahan kekayaan kepada
masyarakat Tiong Hua.
KUIH BAKUL
Dikenali juga sebagai Nian Goa. Kuih bakul
diperbuat daripada tepung pulut dan
berbentuk seperti dodol. Nian Gao merujuk
kepada frasa ‘semakin tinggi tahun demi
tahun’. Hidangan Nian Gao semasa jamuan
makan malam adalah cukup penting kerana
hidangan ini menandakan peningkatan
dalam kehidupan mereka.
CHAP GOH MEI
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan,
bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut
“Pesta Lampu” kerana lampu-lampu dinyalakan
pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada
hari perayaan itu.
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN
MELAKA