PERNIAGAAN
DAN
KEUSAHAWANAN
HASIL PEMBELAJARAN
5.1.1 Menerangkan maksud peniaga, perniagaan,usahawanan dan
keusahawanan
5.1.2 Membandingkan ciri-ciri serta kelebihan menjadi seorang
peniaga dan usahawan
5.1.3 Mengkaji ciri-ciri usahawan abad ke-21 yang berjaya
5.1.4 Menilai kekuatan dan kelemahan diri untuk menjadi seorang
usahawan
5.1.5 Menghuraikan peranan usahawan
5.1.6 Mengenal pasti agensi-agensi yang membantu pembangunan
usahawan
5.1.7 Menghuraikan peranan agensi-agensi yang membantu
pembangunan usahawan
5.1 PENGENALAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Peniaga, Perniagaan, Usahawan dan Keusahawanan
Aspek Maksud
Peniaga Merujuk kepada seseorang yang melakukan
kegiatan membeli dan menjual barang atau
perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan.
Perniagaan Aktiviti membeli dan menjual barang dan
perkhidmatan dengan tujuan memperolehi
keuntungan.
Peniaga, Perniagaan, Usahawan dan
Keusahawanan
Aspek Maksud
Usahawan
Individu yang melakukan kegiatan membeli, menghasilkan
Keusahawanan barang baharu atau membuat pengubahsuaian dan
memasarkannya untuk mendapatkan keuntungan.
Merujuk kepada kemampuan, kebolehan dan kecenderungan
seseorang meneroka peluang perniagaan, mengusahakan
perniagaan, membuat pembaharuan atau pengubahsuaian demi
memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Keusahawanan
ialah aktiviti usahawan dalam memenuhi keperluandan
kehendak manusia, mengusahakan dan mengembangklan
perniagaan, melakukan perubahan dan pembaharuan bagi
meningkatkan pengeluaran serta menjayakan perniagaan untuk
kepentingan diri sendiri, masyarakat dan negara.
Perbandingan kelebihan antara
peniaga dengan usahawan
Aspek Peniaga Usahawan
Pengurusan
Bergantung kepada pengurusan Menguruskan perniagaan dan bebas
perniagaan sedia ada membuat keputusan pengendalian
perniagaannya sendiri.
Masa bekerja Terhad kepada waktu urusan Fleksible dan bebas bekerja pada bila-
perniagaan yang telah ditetapkan bila masa
Keputusan Bebas membuat keputusan Bebas membuat keputusan
Risiko
Sukar dan tidak sanggup untuk Sanggup menghadapi risiko tanpa
Usaha menghadapi sebarang risiko mudah berputus asa.
Sentiasa berusaha untuk menambah Berusaha untuk memperkembangkan
keuntungan dan memperbesar lagi perniagaan
Bermaklumat
Sentiasa Peka dan Bijak Kreatif dan Inovatif
Mengambil Peluang
Ciri-ciri Usahawan
Abad ke-21
Optimistik
Proaktif
Ciri-ciri Usahawan Abad ke-21
Sentiasa Peka dan Bijak Mengambil Peluang
- Usahawan perlu melihat dan mengambil peluang serta pandai
menganalisis, merumuskan dan mengambil tindakan terhadap peluang
yang ada.
Bermaklumat
- Usahawan perlu mendapatkan maklumat yang terkini, jelas, dan tepat
untuk bertindak dengan pantas. Rangkaian maklumat luaran yang
canggih membolehkan maklumat yang diterima dengan cepat dan
tepat.
Kreatif dan Inovatif
- Usahawan perlu mempunyai ciri-ciri kreativiti dan inovatif bagi
mendapatkan kelebihan persaingan, terutamanya dalam bidang yang
menggunakan teknologi tinggi dan terkini. Contoh usahawan abad ke-
21 yang kreatif dan inovatif ialah Tan Sri Tony Fernandes yang Berjaya
mempelopori sistem penerbangan tambang murah.
Ciri-ciri Usahawan Abad ke-21
Optimistik
- Usahawan perlu sentiasa berfikiran ke hadapan dan berfikiran positif terhadap
tindakan yang akan diambil. Usahawan yang optimistik beranggapan segala
kesusahan dan kepayahan merupakan cabaran yang perlu ditempuhi dalam
bidang perniagaan.
Proaktif
- Usahawan yang proaktif akan bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku
dan tindakan dalam dunia perniagaan. Usahawan ini sentiasa berusaha dan
melibatkan diri dalam mencari peluang baharu dalam bidang operasi
perniagaannya. Contoh usahawan proaktif ialah Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali
Bin Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad.
Peranan Usahawan
Peranan Usahawan Huraian
Mewujudkan Peluang Usahawan menceburi pelbagai bidang perniagaan dan
Perniagaan dan
Pekerjaan perusahaan seperti perkilangan, pembinaan,
perdagangan dan khidmat jualan langsung. Secara
tidak langsung, usahawan dapat menyediakan peluang
perniagaan dan pekerjaan kepada setiap golongan
komuniti tanpa mengira sama ada mereka terlatih
mahupun tidak. Oleh itu, masalah pengangguran dan
masalah sosial yang berkaitan dapat dikurangkan.
Memenuhi Kehendak Usahawan akan berusaha menghasilkan pelbagai jenis
barang dan perkhidmatan yang dapat memenuhi
dan Keperluan Komuniti keperluan dan kehendak komuniti yang pelbagai serta
tidak terhad. Barang seperti peralatan elektrik dan
elektronik, kereta dan kemudahan pengangkutan
awam membolehkan manusia hidup dengan lebih
selesa.
Peranan Usahawan
Mengkaji dan Usahawan perlu mempunyai ciri-ciri kreatif dan
Menguji Penemuan inovatif serta sentiasa berusaha mencipta dan
dan Ciptaan Baharu mengubah suai barang dan perkhidmatan mengikut
keperluan pengguna. Usahawan yang berpandangan
jauh serta berani menghadapi risiko akan
menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan
menghasilkan pengeluaran produk secara besar-
besaran untuk dipasarkan ke luar negara. Penemuan
dan penciptaan baharu serta kajian yang dilakukan
dari semasa ke semasa dapat meningkatkan hasil
eksport negara, dan membantu memajukan ekonomi
negara.
Peranan Usahawan
Menyumbang Usahawan membantu menyumbang ekonomi
kepada kepada pembangunan ekonomi negara dengan
Pembangunan mewujudkan peluang pekerjaan dan secara
Ekonomi tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup
sesebuah komuniti. Usahawan turut membantu
dalam industri perkilangan dan khidmat
langsung sama ada secara snediri atau secara
usaha sama dengan pelabut asing. Dengan
adanya usahawan, ekonomi negara dapat
dipelbagaikan. Oleh yang demikian, usahawan
bukan sahaja dapat meningkatkan lagi
pendapatan negara malah dapat membantu
negara mengurangkan kesan akibat kemelesetan
ekonomi.
Peranan Usahawan
Meningkatkan Taraf Peluang pekerjaan dapat
Hidup dipertingkatkan dengan adanya
usahawan. Usahawan yang menjalankan
perniagaan ataupun perusahaan sudah
tentu memerlukan tenaga pekerja.
Tenaga pekerja perlu dibayar gaji,
bonus dan ganjaran dan perkara ini
seterusnya dapat meningkatkan taraf
hidup pekerja dan keluarga mereka.
Selain itu, barang perkhidmatan yang
dihasilkan oleh usahawan dapat
dinikmati oleh semua golongan. Pilihan
barang dan perkhidmatan yang ada
dapat membantu dalam meningkatkan
Peranan Agensi dalam Membantu
Usahawan
Agensi Peranan
a) Menyediakan latihan
pengurusan dan
bimbingan keusahawanan
b) Memberikan nasihat dan
kepakaran dalam
pengurusan, perakaunan
serta teknikal kepada
usahawan dalam
perniagaan dan
perindustrian
c) Memberikan khidmat
sokongan, bimbingan dan
latihan kepada usahawan
Industri Kecil dan
Sederhana (IKS)
Peranan Agensi dalam a) Menyediakan dana bagi
Membantu Usahawan pelbagai jenis skim
pembiayaan modal usahawan
IKS
b) Memberikan aset dan modal
bagi mengembangkan
perniagaan
c) Memberikan bantuan
kewangan kepada usahawan
untuk membeli saham dan
pembiayaan ekuiti
d) Menyediakan modal sector
pertanian sebagai pinjaman
e) Membiayai program
penyelidikan dan
pembangunan barangan
tempatan
Peranan Agensi dalam Membantu
Usahawan
a) Membina bazar, arked, kedai dan medan
selera.
b) Membangunkan bandar baharu,
bangunan pejabat, kompleks
perniagaan, bangunan kilang, dan ruang
niaga di pusat bandar.
c) Menyediakan tapak industri, kawasan
bandar
d) baharu, ruang niaga untuk disewakan
dan pusat perniagaan Membangunkan
koridor raya multimedia yang lengkap
dengan kompleks perniagaan, bandar
baharu dan infrastruktur
e) Membina kawasan untuk pusat
penyelidikan teknologi tinggi yang
dilengkapi ruang pameran, dewan
persidangan, pusat teknologi, pusat
pembelajaran dan auditorium
Peranan Agensi dalam Membantu
Usahawan
a) Membaiki sistem pemasaran, memperluas
pasaran dan meneroka pasaran baharu bagi
hasil pertanian negara.
b) Bekerjasama dengan pihak swasta dan agensi
kerajaan bagi mewujudkan pemasaran
pertanian yang cekap dan berkesan
c) Membantu pengeluar dan pengeksport
memasarkan barang mereka ke luar negara
d) Mengadakan pertunjukkan dan pameran,
bengkel perniagaan, menjalankan
penyelidikan pasaran, menerima pertanyaan
serta membekalkan maklumat kepada
peniaga di luar negara
e) Memasarkan hasil padi dan beras supaya
harga terjamin dan stabil
f) Membantu pengusaha indsutri desa
memasarkan produk kraftangan mereka di
dalam dan di luar negara
Peranan Agensi dalam Membantu
Usahawan
Menjalankan penyelidikan terhadap beberapa
tanaman untuk mencari benih tanaman yang
mengeluarkan hasil yang lebih baik dan
bermutu
Menjalankan penyelidikan nmengenai
penyediaan dan pembungkusan makanan
Menjalankan kajian dalam industri
berteknologi tinggi
Menggalakkan pemindahan teknologi dari luar
negara agar industri tempatan terus
berkembang
Menguji dan menyelidik sesuatu keluaran
untuk menentukan kualiti agar mencapai
piawai yang ditetapkan
Mewujudkan budaya kualiti dalam kalangan
usahawan dengan mewujudkan satu piawai
sebagai kayu pengukur kualiti sesuatu
keluaran
Peranan Agensi dalam Membantu
Usahawan
Melakukan penyelidikan terhadap industri getah
dengan memodenisasikan indsutri getah
Malaysia dari segi penanaman, penorehan,
pemprosesan susu getah dan pengeluaran serta
pemasaran produk getah
Menjalankan penyelidikan dalam penanaman,
pengeluaran penuaian, pemprosesan,
penyimpanan, pengangkuatan, dan pemasaran
produk yang berkaitan minyak kelapa sawit dan
industri sawit
Mengenal pasti dan meningkatkan pelbagai
infrastruktur industri elektronik
Menubuhkan pelbagai bahagian seperti Bahagian
Teknlogi Komputer untuk tujuan pembangunan
teknologi
Memberi nasihat dan kepakaran dalam
penyelidikan berkaitan dengan perikanan dan
pembangunan teknologi berkaitan dengan
akuakultur