AKIDAH TINGKATAN 5
PELAJARAN 10
M/S 81-88
Kumpulan majoriti umat islam
yang memahami dan berpegang
pada al-Quran dan as-Sunnah
menerusi para sahabat dan tabi’in
serta tabi tabi’in dalam prinsip
akidah,syariat dan akhlak.
SPEKTRUM ILMU
Golongan Ahlus ❖ As-Salafus Soleh
Sunnah Wal
❖ As-Sawaadul
Jamaah dikenal A’zam
dengan berbagai-
❖ Al-’Asyaa’irah
bagai nama
antaranya yang ❖ Al-Maaturidiah
termasyhur ialah:
❖ Ahlul Hadith
قِلُِبي َهِۚٗملۦاAبَِتُّيسlلسlَٱۡسaاُْمh ُطعنوbَّتِِبَِعeََٰۡرمتrَ fُِصلكiََrَوmِ َُهۖذُباaَع َهَٰقوnُ بَِّر:َوَفَفأَ َتٱ ََّتَّنف Dan bahawa sesungguhnya
inilah jalanku yang betul
….
lurus, maka hendaklah kamu
(SURAH AL-AN’AM,6:153) menurutnya dan janganlah
kamu menurut jalan-jalan (lain
daripada Islam) kerana jalan-
jalan (yang lain itu) mencerai-
beraikan kamu daripada jalan
Allah…
Iman ialah kepercayaan serta
keyakinan dalam hati,
pengakuan dengan lidah dan
beramal dengan perbuatan
sebagai bukti kesempurnaan
iman.
Segala perbuatan manusia
dicipta oleh Allah S.W.T,
namun manusia diberi pilihan
atau kehendak untuk
melakukannya ataupun tidak
serta dihitung baginya dosa
dan pahala.
Meyakini kewujudan perkara-
perkara ghaib
seperti yang ditunjukkan dalam
al-Quran dan as-Sunnah
antaranya termasuklah
persoalan kubur, hari akhirat ,
titian sirat, mizan, malaikat, jin
dan sebagainya.
Meyakini bahawa syurga
dan neraka telah wujud,
sebelum dijadikan
makhluk. Kewujudan
syurga dan neraka adalah
kekal selama-lamanya.
Syafaat Rasulullah S.A.W
adalah dengan izin Tuhannya,
termasuklah syafaat Baginda
untuk pelaku dosa besar
kerana mereka masih dikira
beriman.
Perutusan para nabi dan
rasul adalah harus bagi
Allah S.W.T dan
merupakan rahmat Allah
S.WT kepada manusia.
Kumpulan yang menuntut
supaya Saidina Ali bin Abu
Talib dilantik sebagai
khalifah selepas Rasullullah
dan berkeyakinan bahawa
hanya Ahli Al-Bait sahaja
yang lebih layak memegang
jawatan khalifah.
Antara prinsip Syiah yang bertentangan
dengan akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah
termasuklah:
1. Meyakini bahawa Al-Imamah merupakan rukun
agama dan telah ditentukan oleh Allah
melalui lisan rasulnya secara nas.
2. Meyakini bahawa imam-imam adalah
maksum, iaitu terpelihara daripada
dosa kecil dan besar.
3. Menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan
sehingga disamakan dengan Rasulullah
S.AW..
4. Mengamalkan Al-Taqiyyah iaitu
menyembunyikan sesuatu yang boleh
membahayakan diri atau harta benda
dengan menampakkan sesuatu yang
berbeza dengan hakikat sebenarnya.
5. Menambah nama Saidina Ali dalam
syahadah selepas nama Nabi Muhammad
S.A.W.
SEJARAH
Kumpulan pengikut
Saidina Ali bin Abu Talib
yang berpaling tadah kerana
tidak berpuas hati dengan
keputusan Majlis Tahkim.
Antara prinsip utama Khawarij yang bertentangan
dengan akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah
termasuklah:
1. Jawatan khalifah atau imam hendaklah diserahkan
pemilihannya kepada rakyat untuk memilih sesiapa
sahaja kaum Muslim yang lain.
2. Mereka menyatakan bahawa Saidina Ali telah
melakukan dosa besar serta kufur kerana
bersetuju mengadakan Majlis Tahkim.
3. Wajib keluar menentang pemimpin
atau khalifah yang tidak adil.
4. Beriktikad bahawa orang yang
melakukan maksiat dikira berdosa besar
dan kafir
SPEKTRUM
ILMU Ciri-ciri pemikiran Khawarij telah dijelaskan
oleh Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Sahl bin Hunaif
bahawa Rasulullah bersabda:
Dari sanalah muncul sekumpulan kaum
yang membaca al-quran tidak melebihi
kerongkong mereka, mereka keluar dari
Islam sebagaimana anak panah keluar dari
busurnya. (RIWAYAT AL-BUKHARI)
SEJARAH
Kumpulan yang diasaskan
oleh Wasil bin Atha’ setelah
berlaku perbezaan pendapat
antara beliau dengan guru
beliau Hasan Al-Basri
tentang kedudukan pelaku
dosa besar.
Antara prinsip Mutazilah yang bertentangan
dengan akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah
termasuklah:
1. Al-Tauhid: Menafikan sifat ma’ani pada zat
Allah S.W.T.
2. Al-’Adl: Meyakini manusia bertanggungjawab
sepenuhnya atas perbuatan mereka sama ada
baik atau buruk tanpa ditentukan oleh Allah
S.W.T.
3. Al-Wa’du dan Al-Wa’id: Meyakini bahawa Allah
S.W.T wajib memberikan balasan baik kepada orang
yang taat dan ancaman azab kepada orang yang
melakukan maksiat.
4. Al-Manzilah Baina Manzilatain: Meyakini bahawa
pelaku dosa besar berada pada satu kedudukan
antara mukmin dengan kafir dan mereka kekal di
dalam neraka.
5. Al-Amru Bil-Ma’ruf Wan Nahyu Anil-Munkar:
Meyakini bahawa menyeru kebaikan dan mencegah
keburukan adalah wajib ditetapkan dalam keadaan
apa sekalipun.
ISU AHLUS SUNNAH WAL ALIRAN YANG
JAMAAH LAIN
Adakah
al-Quran Meyakini bahawa al-Quran Muktazilah:
makhluk? merupakan kalam Allah Mengatakan
yang bersifat qadim (sedia bahawa al-Quran
ada) adalah makhluk
yang bersifat hadis
(baharu)
ISU AHLUS SUNNAH WAL ALIRAN YANG LAIN
JAMAAH
Melihat Muktazilah: Mengatakan
Allah Meyakini bahawa semua bahawa adalah mustahil
S.W.T orang beriman dapat makhluk boleh melihat Allah
melihat Allah S.W.T pada S.W.T kerana tidak
Pelaku hari akhirat kelak. menyerupai makhluk.
dosa
besar Pelaku dosa besar tetap Khawarij: Pelaku dosa besar
dikira sebagai mukmin dianggap kafir.
bukan kafir dan dihukum Muktazilah: Pelaku dosa
besar berada pada satu
fasik jika tidak bertaubat. kedudukan antara mukmin
dengan kafir dan mereka
kekal di dalam neraka.
ISU AHLUS SUNNAH WAL ALIRAN YANG LAIN
JAMAAH
Qada’ Muktazilah: Meyakini
dan Meyakini bahawa setiap bahawa setiap perkara
qadar perkara baik dan buruk baik dengan buruk
datang daripada Allah datang daripada
S.W.T dan Allah S.W.T manusia semata-mata.
mengurniakan manusia
akal untuk berfikir dengan
berikhtiar untuk memilih
antara baik dengan buruk.
ISU AHLUS SUNNAH ALIRAN YANG LAIN
WAL JAMAAH
Kedudukan Ahlus Sunnah Wal Khawarij dan
iman Jamaah mempercayai Muktazilah: Iman
bahawa iman boleh tidak boleh bertambah
bertambah dan dan berkurang. Iman
berkurang bergantung ada apabila
kepada amal soleh melakukan kebaikan
dan maksiat yang dan iman hilang
dilakukan. apabila melakukan
kemungkaran.
Mendapat Memelihara Menjamin
keredhaan kesucian keamanan
Allah S.W.T negara
agama islam
KEPENTINGAN Menghindarkan
umat islam
daripada fahaman
yang melampau
Mengelak Menjadi asas Membersihkan
daripada penerimaan akidah daripada
terjebat sesuatu sebarang bentuk
ajaran sesat amalan kekeliruan
1. Nyatakan takrifan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
2. Jelaskan tiga prinsip akidah Ahlus Sunnah Wal
Jamaah.
Sehingga tahun 2014 kesemua 14 buah negeri di Malaysia
telah menfatwakan pengharaman ajaran Syiah. Namun
aliran dan fahamannya masih berleluasa dalam kalangan
masyarakat
3. Ramalkan kesan kepada masyarakat akan datang
jika umat Islam tidak peka dengan penyataan di
atas.