Fekah Tingkatan 4
Pel.15 | Buku Teks m/s 117-128
KORBAN & AQIQAH
1. Maksud, Hukum, Dalil serta Binatang yang Disyariatkan
Korban
i. Maksud Korban
Maksud Menyembelih binatang ternakan
(al-An’am) pada 10 Zulhijjah hingga
akhir hari Tasyrik bertujuan
mendekatkan diri kepada Allah swt.
ii. Hukum
Hukum Sunat muakkad dan wajib jika
bernazar.
iii. Dalil Naqli Korban
Allah swt berfirman : َوٱۡحنَ حر لِّ َربِّ َك فَ َص ِّل
٢
Maksud :
“Tunaikanlah solat kerana Tuhanmu dan
berkorbanlah keranaNya”
Binatang ternakan (al-An’am) yang disyariatkan
korban
Unta B:iri-biri Kerbau
Kambing Lembu
Ibadah korban disyariatkan pada tahun ke dua
hijrah sebagai mengingati pengorbanan Nabi
Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S.
2. Syarat Sah Korban, Perkara Sunat dan Tempoh
Pelaksanaan Korban
Berniat Berniat korban semasa binatang
Korban disembelih.
Masa Selepas solat Hari Raya Aidiladha pada
Pelaksanaan 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari
pada akhir hari Tasyrik, iaitu pada 13
Zulhijjah.
Cukup Unta : 5 tahun dan ke atas.
Umur Lembu atau kerbau : 2 tahun dan ke
atas.
Sifat al- Kambing : 2 tahun dan ke atas.
An’am Biri-biri : 1 tahun atau sudah bersalin
gigi hadapan setelah berumur 6 bulan.
Bebas daripada penyakit dan kecacatan
contohnya, cacat yang teruk pada satu
matanya, berpenyakit yang teruk,
tempang atau kurus yang melampau.
SPEKTRUM ILMU
Al-Bara’ bin Azib meriwayatkan bahawa
Rasulullah saw bersabda :
واألرمب ٌرعيلاض ُةتجبوِّ ٌُزي فميرا ُلضأاه َّلاضتاويال ِّلحعارفتَقنجااقَ ُءلى ابل ِّعٌيورظالُء ُعبه ِّا ٌيوالعوك ُرسهاي ُر
Maksud :
“Empat jenis binatang cacat yang tidak boleh
dijadikan korban : binatang yang jelas sebelah,
yang jelas berpenyakit teruk, yang jelas
tempangnya dan yang gila”
Perkara Orang yang berkorban disunatkan tidak
Sunat bercukur atau memotong kukunya pada
Korban permulaan bulan Zulhijjah sehingga
selesai berkorban.
Melakukan penyembelihan korban
dengan sendiri dan tidak mewakilkan
kepada orang lain jika mampu.
Melaksanakan segala sunat sembelihan
seperti menghadap arah kiblat dan alat
sembelihan yang tajam.
Perkara Membaca
Sunat
Korban Berselawat atas Rasulullah saw ketika
menyembelih.
Berdoa semasa hendak menyembelih :
Maksud :
“Ya Allah, binatang ini daripadaMu dan
kembali kepadaMu, terimalah korbanku.”
iii. Tempoh Masa Pelaksanaan Korban
Korban dilakukan pada 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyrik.
1 Zulhijjah Sebelum 10 10 Zulhijjah
Zulhijjah
Orang yang Waktu
berkorban Korban tidak penyembelihan
makruh sah dilakukan. afdhal ialah
bercukur dan selepas naik
memotong matahari selepas
kuku. solat sunat
Aidiladha dan
dua khutbah.
11 Zulhijjah 12 Zulhijjah 13 Zulhijjah Korban
tidak sah
Sunat Sunat Sunat dilakukan
pelaksanaan pelaksanaan pelaksanaan selepas
korban. korban. korban. terbenam
matahari 13
Zulhijjah.
SPEKTRUM ILMU
Apa-apa sahaja daripada bahagian
korban tidak dibenarkan untuk
diberikan kepada tukang sembelih
sebagai upah.
3. Pembahagian Daging Korban
Disedekahkan kepada
fakir dan miskin.
Dimakan oleh 1/3 Dihadiahkan
pihak yang 1/3 1/3 kepada sahabat
berkorban dan handai termasuk
anggota orang kaya atau
keluarganya. jiran.
SPEKTRUM ILMU
Agihan daging korban :
Wajib semua daging korban bagi
korban nazar disedekahkan kepada
fakir dan miskin.
Orang yang berkorban haram
menjual daging korban, termasuk
kulit, lemak, susu, kaki, kepala dan
bulu binatang korban.
4. Hikmah
Korban
01 Mengagungkan syiar Islam Tanda bersyukur kepada
yang merupakan tanda Allah swt atas segala
takwa bagi mendekatkan 02
nikmat supaya rezeki yang
diri kepada Allah swt. diperoleh sentiasa diberkati.
Menghayati semangat Mengeratkan persaudaraan
03 pengorbanan agung yang antara umat Islam kerana
telah dilakukan Nabi 04 solat sunat Aidiladha
menghimpunkan seluruh
Ibrahim A.S supaya umat Islam.
semangat tersebut
menaikkan semangat jihad.
LATIHAN
1. Nyatakan maksud dan hukum
korban.
2. Terangkan cara pembahagian
daging korban.
3. Bagaimana ibadah korban
dapat memacu ekonomi
Islam? Huraikan.
Unit 2
AQIQAH
1. Maksud, Hukum, Dalil
i. Maksud Aqiqah
Maksud Binatang ternakan (al-An’am) yang
disembelih sempena kelahiran bayi.
ii. Hukum
Hukum Sunat muakkad dan wajib jika
bernazar.
Daripada Samurah bin Jundub meriwayatkan bahawa
Rasulullah saw bersabda :
الْ ُغل َا ُم ُم ْر َت َه ٌن بِّ َع ِّقي َقتِّهِّ يُ ْذبَ ُح َعنْ ُه يَ ْو َم ال َّسابِّ ِّع َوي ُ َسََّّم َو ُيْ ْحلَ ُُ َرأْ ُُ ُه
Maksud :
“ Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya, maka pada
hari ketujuh disembelih haiwan, diberi nama dan
dicukur rambutnya ”
Binatang ternakan (al-An’am)
yang disyariatkan aqiqah :
Unta Biri-biri
Kambing Lembu
Kerbau
Perkataan tergadai
(al-Murtahin) dalam hadis
bermaksud anak tersebut tidak
dapat memberi syafaat kepada
kedua-dua ibu dan bapanya
pada hari kiamat nanti jika ibu
bapanya tidak melakukan
aqiqah untuk anak tersebut.
2. Syarat Sah Aqiqah, Perkara Sunat dan
Tempoh Pelaksanaan Aqiqah
Berniat Aqiqah Berniat aqiqah ketika binatang
disembelih.
Masa
Pelaksanaan Setelah bayi dilahirkan.
Cukup Unta : 5 tahun dan ke atas.
Umur Lembu atau kerbau : 2 tahun dan ke atas.
Kambing : 2 tahun dan ke atas.
Sifat al- Biri-biri : 1 tahun atau sudah bersalin gigi
An’am
hadapan selepas 6 bulan.
Bebas daripada penyakit dan kecacatan
contohnya, cacat yang teruk pada satu
matanya, berpenyakit yang teruk,
tempang atau kurus yang melampau.
SPEKTRUM ILMU
Penyembelihan binatang aqiqah memadai dengan seekor kambing.
Sebaik-baiknya dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor untuk anak
perempuan. Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas yang meriwayatkan :
Maksud :
“Rasulullah saw telah melakukan aqiqah untuk Hasan dan Husin dengan
dua ekor kibas (biri-biri) tiap-tiap seorang”
Perkara Berdoa semasa hendak menyembelih :
Sunat
Aqiqah Maksud :
“ Dengan nama Allah, Allah maha besar. Ya
Allah, binatang ini daripadaMu dan kembali
kepadaMu. Ini aqiqah…(nama anak)”
Menyembelih ketika matahari sedang
naik.
Perkara Dilakukan pada hari ketujuh kelahiran.
Sunat
Aqiqah Tidak dipatah-patahkan tulang binatang
semasa memotong daging kecuali
mengikut sendi-sendinya.
Mencukur rambut bayi selepas
penyembelihan. Memberikan nama yang
baik kepada baik.
Bersedekah dengan emas atau perak
seberat rambut bayi yang telah dicukur.
Ibn Umar meriwayatkan bahawa
Rasulullah saw bersabda :
اإِّل ََّّنرْْأَ َح َحِّن َّب أَ ُْ َمائِّ ُك ْم إِّ ََل اََّّللِّ َعبْ ُد اََّّللِّ َو َعبْ ُد
Maksud :
“Sesungguhnya nama kalian yang
paling dicintai di sisi Allah ialah
Abdullah dan Abdul Rahman”
Sunat Setelah sempurna
kelahiran sehingga
Sunat bayi itu baligh
Muakkad
Pada hari ketujuh
kelahiran bayi
Masakan itu afdhal
disedekahkan kepada
orang miskin
Sunat dimasak dengan
masakan yang manis
dan disedekahkan
sesudah dimasak
Masakan itu juga sunat
dimakan oleh orang
yang beraqiqah
1. Nyatakan maksud dan hukum aqiqah.
2. Terangkan dua hikmah aqiqah.
LATIHAN Hukum aqiqah merupakan sunat muakkad.
Tetapi terdapat ibu bapa yang tidak mampu
melaksanakannya sehingga anak mencapai
usia baligh.
3. Berikan pandangan anda.