TEKS JURUACARA MAJLIS PELANCARAN BULAN DISIPILIN PERINGKAT SMK TASEK PERMAI BIL ARAHAN 1 1. Diminta semua guru dan murid mengambil tempat. 2. Semua murid diminta berdiri dan berbaris mengikut kelas masing-masing. 3. Semua murid diminta meletakkan beg di sebelah kanan 4. Diminta semua murid untuk meluruskan barisan, bersedia dan senyap. 2 MENGALUKAN KEHADIRAN TEATAMU/PENGETUA DAN PENTADBIR Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat INSPEKTOR MOHD HAZRIL BIN MOHAMED YUSOF, INSPEKTOR OPERASI/PENCEGAHAN IBU PEJABAT AMPANG JAYA, diringi Puan Pengetua SMK Tasek Permai. 3 NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI SELANGOR DAN LAGU SEKOLAH, Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. ………………………….lagu sedang berkumandang…………………….. Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar atas nyanyian sebentar tadi. Hadirin dan hadirat dispersilakan duduk. 4 BACAAN DOA Memohon keberkatan dan kelancaran majlis pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Saudara Muhammad Danial Afif bin Talib daripada kelas 2 Anggerik untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan……… ………………………doa…………. Majlis mengucapkan terima kasih atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. 5 SOLUTASI a. Yang Berusaha INSPEKTOR MOHD HAZRIL BIN MOHAMED YUSOF, INSPEKTOR OPERASI/PENCEGAHAN IBU PEJABAT AMPANG JAYA merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah, b. Puan Sarbanun binti Ismail, Pengetua SMK Tasek Permai c. Yang dihormati, - Puan Salina binti Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran - Puan Jamilah binti Ishak, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid - Puan Norhayati binti Mohamed, Penolong Kanan Kokurikulum d. Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran, Yang Dikasihi lagi disayangi para Pendidik dan rakan-rakan pelajar.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan Inayah-Nya, maka pada pagi yang penuh berkah ini, dapat kita hadir ke sekolah dan berkumpul sempena Majlis Pelancaran Bulan Disiplin Cemerlang peringkat SMK Tasek Permai bagi sesi 2023/2024 Untuk makluman, antara objektif pelancaran program Bulan Disiplin Cemerlang yang diadakan pada pagi ini ialah, untuk melahirkan, dan membentuk pelajar yang berdisiplin dan peka dengan peraturan dan undang-undang sekolah. Selain itu juga, aktiviti sepanjang bulan disiplin yang telah dirancang, dapat meningkatkan rasa sayang dan cinta pelajar kepada sekolah sebagai institusi yang menyalurkan pelbagai ilmu pengetahuan selaras dengan tema kali ini, “DISIPLIN CEMERLANG, SEKOLAH GEMILANG’’. 6 UCAPAN PENGETUA Bagi memulakan majlis pada pagi ini, majlis mempersilakan Puan Sarbanun binti Ismail, Pengetua SMK Tasek Permai untuk menyampaikan ucapan. …………………………ucapan…………………………. Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar sebentar tadi. Semoga pesanan tadi, dapat kami amalkan dalam melahirkan permai yang terbaik. 7 UCAPAN PERASMIAN PEGAWAI PERHUBUNGAN Seterusnya majlis diteruskan lagi, dengan ucapan Yang Berusaha INSPEKTOR MOHD HAZRIL BIN MOHAMED YUSOF, INSPEKTOR OPERASI/PENCEGAHAN IBU PEJABAT AMPANG JAYA merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan dan melancarkan Bulan Disiplin Cemerlang Peringkat SMK Tasek Permai. ………………..ucapan……………. Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Yang Berusaha INSPEKTOR MOHD HAZRIL BIN MOHAMED YUSOF, INSPEKTOR OPERASI/PENCEGAHAN IBU PEJABAT AMPANG JAYA. Semoga majlis yang dilancarkan pada hari ini dapat membentuk peribadi mulia dalam kalangan murid permai yang menjadikan adab sebagai asas utama pembentukan insan yang mulia.
8 GIMIK PERASMIAN (1) (PERSEDIAAN GIMIK ADIK JASON) EMCEE SENTIASA BERSEDIA…. • Selepas selesai, Insp Mohd Hazril Bin Mohamed Yusof akan duduk. • Lakonan gimik akan bermula dengan Ketua Pengawas akan meminta kebenaran kepada Insp Mohd Hazril Bin Mohamed Yusof kerana terdapat murid yang membawa barang larangan dan meminta kebenaran untuk membuat pemeriksaan mengejut. • Setelah barang larangan dijumpai, Ketua Pengawas akan memaklumkan jenis-jenis barang larangan yang tidak dibenarkan dibawa ke sekolah. Setelah itu, pen marker yang dijumpai akan digunakan untuk menandatangani gegantung oleh Insp Mohd Hazril Bin Mohamed Yusof bermula, 9 GIMIK PERASMIAN (2) Sesi menandatangani Bunting. • Seterusnya majlis, mempersilakan INSP MOHD HAZRIL BIN MOHAMED YUSOF, INSPEKTOR OPERASI/PENCEGAHAN, merangkap pegawai perhubungan sekolah, diiringi Puan Sarbanun binti Ismail Pengetua SMK Tasek Permai bersama barisan Pentadbir Sekolah, untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Pelancaran Bulan Disiplin Cemerlang dengan menandatangani gegantung pelancaran sebagai simbolik perasmian kali ini. Dipersilakan……………………(selesai) • Semoga dengan simbolik pelancaran sebentar tadi, memberikan kekuatan dan keyakinan kepada pihak sekolah untuk menangani masalah disipilin yang kian kini semakin mencabar. • Diminta, barisan pentadbir bersama tuan Inspektor untuk kekal dan berdiri di pentas… 10 PENYAMPAIAN CENDERAHATI • Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Insp Mohd Hazril Bin Mohamed Yusof, INSPEKTOR OPERASI/PENCEGAHAN, di atas kehadiran dan hubungan kolaboratif pihak polis dengan pihak sekolah. Bagi menyempurnakan majlis penyampaian cenderahati, dijemput Puan Sarbanun binti Ismail Pengetua SMK Tasek Permai untuk menyampaikan cenderahati kepada Insp Mohd Hazril Bin Mohamed Yusof, INSPEKTOR OPERASI/PENCEGAHAN sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah kepada beliau. • Seterusnya, diteruskan lagi dengan sesi bergambar bersama Insp Mohd Hazril Bin Mohamed Yusof, INSPEKTOR OPERASI/PENCEGAHAN, sebagai tanda dan komitmen beliau kepada pihak sekolah dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah, seiring dengan tema “Polis dan Masyarakat, Berpisah Tiada”.
11 PENUTUP • Sampai di sini sahaja majlis pelancaran Bulan Disiplin pada pagi ini, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Insp Mohd Hazril Bin Mohamed Yusof, INSPEKTOR OPERASI/PENCEGAHAN, Puan Sarbanun binti Ismail Pengetua SMK Tasek Permai, Barisan Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, semua guru dan semua murid permai yang hadir dalam majlis pagi ini. • Dengan segala hormatnya dijemput TUAN INSP MOHD HAZRIL BIN MOHAMED YUSOF, INSPEKTOR OPERASI/PENCEGAHAN diringi Puan Sarbanun binti Ismail Pengetua SMK Tasek Permai serta barisan Pentadbir untuk sesi ramah mesra bersama guru dan seluruh anak-anak murid permai di dataran agar anak-anak permai lebih mengenali tuan. Dengan itu, maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini. • Hadirin dan hadirat boleh bersurai untuk menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran dan Pemudahcaraan di kelas masingmasing. • Saya ………………………………… memohon ampun dan maaf, seandainya terdapat kekurangan semasa saya mengendalikan majlis sebentar tadi. Yang baik datang daripada Allah SWT, dan yang kurang itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri. • Sekian dan terima kasih. • Majlis ditangguhkan dengan ucapan terima kasih, wabilhi taufik walhidayah wassalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh.