The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Berkenalan dengan Nabi Muhammad s.a.w secara ringkas

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Arif Asyraf Halim, 2020-10-27 23:09:03

Kenali Rasulullah

Berkenalan dengan Nabi Muhammad s.a.w secara ringkas

Keywords: Rasulullah

BULETIN AL-KAUTHAR

SEMPENA

‫مولد الرسول‬

“JOM KENALI NABI KITA”



RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW

Nama sebenar RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW
Nama lain
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin
Hasyim

Ahmad, al-Mahi, al-Hasyir, al-Aqib

Gelaran Al-Amin

Tarikh dan tempat 12 Rabiul Awal, tahun gajah di Mekah
lahir

Kuniyah Abu al-Qasim

Nama Ibu Aminah binti Wahbin
Ibu Susuan Thuwaibatul Aslamiyah, Halimatus Sa’diah
Pengasuh Asy-Saima’, Ummu Aiman

Isteri 1) Khadijah binti Khuwailid
2) Sa’udah binti Zam’ah
3) ‘Aisyah binti Abu Bakar

4) Hafsah binti Umar

5) Zainab binti Khuzaimah

6) Juwairiyyah binti al-Harith

7) Zainab binti Jahsyi

8) Ummu Salamah binti Abu Umayyah

9) Safiyyah binti Huyai

10) Ummu Habibah binti Abu Sufian

11) Maimunah binti al-Harith

12) Mariatul Qibtiyyah

Anak Al-Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab,
Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah

Tarikh dan tempat 12 Rabiulawal Tahun 11 Hijrah di Madinah
wafat

SIFAT FIZIKAL NABI MUHAMMAD
SAW

Rasulullah memiliki rupa paras yang amat tampan, sederhana tinggi dan berbadan tegap.
Rambut baginda ikal mayang dan sentiasa kelihatan berminyak. Sentiasa kelihatan ceria dan

segak. Mata hitam baginda hitam pekat dan bulu mata baginda lentik. Para sahabat yang
menceritakan rupa paras baginda pasti berkata, “Aku tidak pernah melihat orang lain yang

setanding dengan ketampanan Nabi Muhammad SAW.

2

KIKLiAlaB
bbb

b

Zuhhrraahh Qusai Galeri Kata

Abdu Manaf Abdu Manaf Kuniyah ialah
Hashim panggilan kepada
seseorang disamping
Wahab Abdul Mutalib nama atau gelaran,

Aminah Abdullah dengan
meletakkan ‘Abu’

bagi lelaki dan
‘Ummu’ bagi
perempuan di awal
sesuatu nama.

Nabi Muhammad SAW

PERISTIWA PENTING DALAM KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW
SEBELUM KERASULAN

UMUR TEMPOH PERISTIWA

Selepas Baginda dipelihara oleh Halimatus Sa’diah di
kelahiran 2 tahun perkampungan Bani Sa’ad yang jauh daripada unsur negatif.

2-4 tahun 2 tahun Dada baginda dibedah oleh Malaikat Jibril
4-6 tahun
Nabi Muhammad SAW tinggal bersama-sama ibu
baginda. Ketika berumur 6 tahun baginda dibawa melawat
kubur bapa baginda di Madinah.
Ibu baginda meninggal di Abwa’ dalam perjalanan ke
Mekah.

Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh datuk baginda, ,
. Abdul Mutalib hingga datuk baginda meninggal dunia.
6-8 tahun 2 tahun Selepas itu Nabi Muhammad SAW tinggal pula dengan
bapa saudara baginda, Abu Talib

3

UMUR TEMPOH PERISTIWA

12 tahun Nabi Muhammad SAW mengikut Abu Talib ke Syam . Di
pertengahan jalan Abu Talib mendapat nasihat daripada
Bukhaira Ar-Rahib ketika di Bandar Busra , sempadan
Syam supaya membawa pulang Nabi Muhammad SAW ke
Mekah kerana bimbang dibunuh oleh orang Yahudi.

20 tahun • Baginda bersama-sama dengan bapa-bapa saudara
baginda menyaksikan Hilfu Al-Fudhuli iaitu perjanjian
untuk membela orang yang teraniya dalam perniagaan.

• Baginda mengembala kambing bersama-sama
saudara susuan di perkampungan Bani Sa’ad
kemudian di Mekah.

IIKKTTIBAR Nabi Muhamad SAW didik oleh Allah SWT dengan kehidupan
RR yang mencabar sebagai persediaan untuk dilantik menjadi rasul
yang agung.

UMUR PERISTIWA
25 tahun
Berdagang ke Syam.

• Nabi Muhamad SAW berkecimpung dalam perniagaan di luar Kota

Makkah al-Mukarramah .

• Baginda berurus niaga dengan Saidatina Khadijah RA, seorang

wanita quraish yang sangat berharta dan berhati mulia .

Rasulullah SAW membawa barang dagangan Saidatina Khadijah

ke Syam dengan dibantu oleh Maisarah, seorang pekerja lelaki

Saidatina Khadijah.

• Semasa di Syam, Nabi Muhamad SAW menjalankan

perniagaan dengan penuh jujur dan amanah .

• Akhirnya Nabi Muhamad SAW membawa pulang keuntungan

yang lumayan berkat ketekunan dan kemahiran baginda.

IKTIBBAAR Sifat kemuliaan yang perlu dicontohi daripada peristiwa
R ini ialah Nabi Muhamad SAW :

Menunaikan amanah, mendapat kepercayaan masyarakat,
mempunyai kerjaya dan menjalankan kerja dengan mahir
dan bijaksana.

4

UMUR PERISTIWA
25 tahun
Berkahwin dengan Saidatina Khadijah RA .

• Sekembalinya Nabi Muhammad SAW pada kali kedua dari Syam,

Saidatina Khadijah RA mengambil keputusan untuk berkahwin

dengan Nabi Muhammad SAW.

• Pengalaman beliau berurusan dengan Nabi Muhammad SAW dan

kemuliaan akhlak yang diceritakan oleh Maisarah sudah

cukup menjadikan hatinya terpikat dengan Nabi Muhammad SAW.

• Saidatina Khadijah RA menghantar salah seorang kawan

rapatnya, Nafisah Binti Munabbih untuk menyatakan hasrat

tersebut kepada Nabi Muhamad SAW. Nabi Muhamad SAW

menerima hasrat mulia tersebut dan meminang Saidatina
Khadijah RA melalui bapa saudaranya ‘Amru Bin Asad.

• Hasil perkahwinan dengan Saidatina Khadijah, Nabi Muhammad

SAW dikurniai enam orang anak .

IRIKKTTIIBBAAR Antara akhlak mulia Nabi Muhamad SAW yang
menarik
perhatian Saidatina Khadijah RA termasuklah :

Jujur, menghormati keluarga dan menjaga adab dan
batas pergaulan.

UMUR PERISTIWA

35 Peristiwa Perletakkan Hajarul Aswad
tahun Ketika Nabi Muhammad SAW berumur 35 tahun, Mekah dilanda banjir besar
sehingga meruntuhkan dinding Kaabah. Kabilah Arab berpakat untuk membaik pulih
Kaabah. Nabi Muhammad SAW turut membantu dalam pembinaan tersebut. Apabila
tiba masa untuk meletakkan semula Hajarul Aswad di penjuru Kaabah, berlaku
perebutan antara ketua kabilah sehingga hampir berlaku pertumpahan darah.
Akhirnya Abu Umayyah Al-Mahzumi seorang yang dihormati dalam kalangan kabilah
Arab mengajukan cadangan yang diterima sebulat suara. Mereka bersedia menerima
keputusan orang pertama yang masuk ke pintu Bani Syaibah ketika itu. Dengan
takdir Allah SWT orang pertama yang memasukinya ialah Nabi Muhammad SAW.
Semua yang melihat Nabi Muhammad SAW masuk ke masjid berkata ‘Dialah As-
Sadiq Al-Amin (orang yang benar lagi amanah)’.
Nabi Muhammad SAW menghamparkan rida’ (selendang) baginda kemudian
meletakkan Hajarul Aswad di tengah-tengahnya. Baginda meminta ketua-ketua kabilah
memegang hujung rida’ tersebut dan membawanya beramai-ramai ke penjuru Kaabah.
Lalu baginda mengambil Hajarul Aswad dan meletakkannya di tempat asal. Majlis
tersebut berjalan dengan lancar dan semua yang hadir berpuas hati.

IKTTIIBBAAR Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah
R Nabi
Muhamad SAW :

* Bersifat tawaduk

*Turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan

* Menerima amanah dengan penuh tanggungjawab

* Menyelesaikan masalah masyarakat dengan bijaksana

* Mendamaikan kehidupan masyarakat

5

SELEPAS KERASULAN

MENERIMA WAHYU PERTAMA (40
TAHUN)

• Era kerasulan Nabi Muhammad SAW bermula ketika baginda berumur 40 tahun.

• Ketika itu baginda suka bersendirian di Gua Hira’ untuk beribadat dan

memikirkan cara menyelamatkan umat daripada kesesatan jahiliah.

• Pada suatu hari dalam bulan Ramadhan, baginda didatangi malaikat Jibril AS.

Jibril AS memeluk erat Nabi Muhammad SAW tiga kali dan menyuruh baginda

membaca.
• Setiap kali Jibril AS menyuruh baginda membaca, baginda menjawab “saya tidak

tahu
membaca”.

• Akhirnya Jibril AS mengajar Nabi Muhammad SAW wahyu pertama iaitu Surah al-
A’laq, ayat 1 hingga 5.

• Dakwah yang disampaikan oleh baginda mendapat sambutan daripada

masyarakat Arab terutama hamba abdi dan golongan yang lemah.

IKIKTTIIBBAAR Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini
R ialah Nabi
Muhamad SAW :

* Tidak suka dengan kesesatan masyarakat.

* Beribadat dan bermunajat kepada Allah SWT

untuk memohon petunjuk.

* Menunaikan amanah untuk menyampaikan dakwah.

* Bersabar dan istiqamah menyampaikan dakwah.

Orang pertama yang beriman dan menyokong dakwah baginda ialah :
1. Isteri baginda, Saidatina Khadijah RA.

2. Sahabat karib baginda, Saidina Abu Bakar RA
3. Sepupu baginda yang masih kecil, Saidina Ali bin Abu Talib RA

6

SELEPAS KERASULAN
ISRAK DAN MIKRAJ (51 TAHUN)

• Saidatina Khadijah RA sentiasa setia mempertahankan dakwah Nabi

Muhammad SAW.

• Bapa saudara nabi, Abu Talib membela Nabi Muhammad SAW

walaupun beliau tidak memeluk Islam.

• Kematian mereka berdua menyebabkan Nabi Muhammad SAW berdukacita .

• Kedukaan baginda terubat apabila dibawa mengembara menyaksikan

tanda- tanda kebesaran Allah SWT dalam peristiwa Israk dan Mikraj .

KRONOLOGI RINGKAS PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Nabi Muhammad Dalam perjalanan, Baginda menjadi
SAW dibawa pada baginda ditunjukkan imam solat
waktu malam dari
dengan pelbagai kepada para Nabi di
Masjidil Haram gambaran yang akan Masjidil Aqsa.
di Mekah ke berlaku kepada umat

Masjidil Aqsa baginda
di Palestin.

Baginda turun ke Baginda Baginda dibawa Mikraj
Mekah sebelum menghadap Allah merentas tujuh

subuh dan SWT dan lapisan langit
menceritakan menerima sehingga ke Sidratul
pengalaman kefarduan solat
baginda kepada lima waktu Muntaha.
penduduk Mekah.

IKTTIIBBAAR Peristiwa Israk dan Mikraj memberikan iktibar bahawa
R Nabi Muhamad SAW :
* Menjalani Israk Mikraj dengan roh dan jasad.
* Rasul terakhir yang membawa ajaran tauhid seperti

ajaran para rasul sebelum baginda.
* Menerima kefardhuan solat secara terus daripada Allah

SWT sebagai ibadat yang paling utama dalam Islam
* Mendapat pertolongan Allah SWT ketika menyampaikan

kebenaran.

7

SELEPAS KERASULAN

HIJRAH KE MADINAH DAN PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM
(53 TAHUN)

✓ Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan

pelbagai cara. Terdapat dalam kalangan sahabat yang diseksa dan dibunuh .
✓ Akhirnya Nabi Muhammad SAW mendapat perintah Allah SWT untuk berhijrah

bersama-sama dengan para sahabat ke Madinah (Yathrib) . Peristiwa ini

berlaku 13 tahun selepas kerasulan baginda.

✓ Nabi Muhammad SAW menyahut perintah tersebut mengharungi pelbagai halangan

untuk berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar al-Siddiq ra

.

✓ Dengan perancangan yang rapi, mereka akhirnya berjaya tiba ke Madinah dengan

selamat. Sebelum itu, baginda singgah di Quba’ dan

membina masjid yang pertama di sana.

✓ Di Madinah Nabi Muhammad SAW membina pertahanan yang berteraskan wahyu.

Baginda membina masjid Nabawi , mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar

, dan menggubal Piagam Madinah sebagai asas pembentukan negara.
✓ Dalam membentuk tamadun yang unggul, Nabi Muhammad SAW

menghadapi tentangan musuh yang cuba menggugat keamanan Madinah.
✓ Nabi Muhammad SAW bersama-sama dengan kaum Muhajirin dan Ansar

mempertahankan Madinah daripada serangan musuh dengan semangat juang

yang hebat.
✓ Antara peperangan yang dipimpin oleh Nabi Muhammmad SAW termasuklah

peperangan Badar, Uhud, Khaibar, Pembukaan Mekah dan Hunain .

IIKKTTIBIBAAR Pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa
R hijrah dan kepimpinan Nabi Muhamad SAW :
* Nabi Muhamad SAW sanggup berkorban

demi menegakan agama Allah SWT.
* Baginda menyampaikan Islam dengan sempurna

dan penuh amanah.
* Baginda membentuk pemerintahan yang adil

berteraskan wahyu.
* Negara Islam Madinah menjadi model negara Islam

terbaik.

Peperangan pada zaman Nabi Muhamad SAW :
o Ghazwah : Pasukan tentera Islam yang dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammad

SAW (28 peperangan).
o Sariyah : Pasukan tentera Islam yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad SAW dan

baginda melantik seorang ketua (Amir) untuk memimpin peperangan (54

peperangan).
o Jumlah semua peperangan ialah 82.

8

JASA NABI MUHAMMAD SAW TIADA TOLOK BANDING

✓ Membina masyarakat bersatu padu mempertahankan negara.
✓ Menjadikan masjid sebagai pusat pemerintahan dan pusat

kemasyarakatan disamping tempat ibadat.
✓ Membentuk umat yang patuh dan sanggup berkorban demi kesucian Islam.
✓ Menjadikan Madinah sebagai negara terunggul dan menjadi contoh tamadun

yang
gemilang sehingga dikenali sebagai “al-Madinatul Munawwarah” yang
bererti kota bercahaya.

Setiap Muslim wajib mencintai Nabi Muhamad SAW. Antara tanda cinta kepada
baginda SAW termasuklah :
✓ Mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW, mematuhi perintah dan menjauhi larangan

baginda.
✓ Sentiasa merindui baginda Nabi Muhammad SAW.
✓ Memuliakan dan bertawaduk apabila mendengar nama Nabi Muhammad SAW

dengan berselawat keatas baginda.
✓ Mencintai Ahlul bait (orang yang ada pertalian keluarga dengan baginda) dan para

sahabat (orang beriman yang sempat bertemu Nabi Muhammad SAW).

KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN)

➢ Setelah sempurna menjalankan tugas sebagai rasul, pada waktu dhuha hari

Isnin 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah, dirumah Saidatina Aisyah ra ,

Nabi Muhammad SAW dijemput kembali menemui Penciptanya.
➢ Berita duka kewafatan Nabi Muhammad SAW kekasih Allah SWT ini

mengemparkan penduduk Madinah.

➢ Jasad Nabi Muhammad SAW yang mulia dimakamkan di rumah Saidatina

Aisyah ra.

IKTIBIKATIBAR Nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah SWT untuk
R memimpin manusia ke jalan yang benar.

Kehidupan baginda dipenuhi dengan perjuangan dan
pengorbanan demi ketinggian agama Islam.

Baginda membentuk tamadun yang seimbang dan
sempurna yang menjadi asas kecemerlangan tamadun
hari ini.

Umat manusia amat terhutang budi dengan jasa Nabi
Muhammad SAW yang tidak ada tolok banding.

9

10


Click to View FlipBook Version