The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tuminahbaharom, 2019-04-20 04:25:10

FRASA MENARIK TUM

FRASA MENARIK TUM

KOSA KATA
&

FRASA MENARIK
DALAM PENULISAN KARANGAN

OLEH: TUMINAH BINTI BAHAROM

DIRI/REMAJA

• Saya perlu mengorak langkah
• Komitmen menyeluruh daripada saya/remaja
• Masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
• Saya tidak seharusnya menjadi masyarakat yang naïf dengan dunia

materialistik yang melalaikan
• Menagih komitmen dan pengertian serius daripada saya/remaja
• Saya akan mempertingkat dan memperteguh pemahaman

DIRI/REMAJA

• Mendepani masa depan yang tidak menentu
• Mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
• Budaya dan amalan harian
• Perdana
• Prakarsa
• Rutin harian
• Tidak menunjukkan sikap evasif

DIRI/REMAJA

• Air pun ada pasang surutnya
• Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang

tidak bergelora
• Langit tidak selalu cerah
• Sudah terang lagi bersuluh
• Saya perlu mempunyai banteng pertahanan diri

sekukuh Tembok Besar Cina

DIRI/REMAJA

• Saya tidak seharusnya membiarkan diri hanyut dibuai
budaya hedonistik

• Saya perlu melempar jauh sikap individualistik
• Saya tidak akan memandang enteng
• Air mudik sungai semua teluk diranai(orang yang

boros akan berbelanja tanpa perhitungan)

DIRI/REMAJA

• Air digenggam tidak tiris.
• Alah bisa tegal biasa
• Alah membeli menang memakai
• berumur setahun jagung dan berdarah setampuk

pinang

DIRI/REMAJA

• Pepatah Arab ada mengatakan jika berkawan dengan
si pembuat besi, maka kita akan terasa bahang api
kepanasannya manakala jika berkawan dengan
penjual minyak wangi, maka akan melekat bau
kewangiannya kepada diri kita secara tidak langsung

• Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab
dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada
wajah dan pakaiannya

DIRI/REMAJA

• Akhlak yang buruk merosakkan amal, seperti cuka
merosakkan madu—sabda Rasululah S.A.W

• "Berikan kepadaku sepuluh orang pemuda, akan aku
bikin sebuah gunung berpindah." Kalimat itu
merupakan rkata-kata Bung Karno yang
menggambarkan dahsyatnya potensi pemuda

• Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

DIRI/REMAJA

• Gurindam Melayu ada menyebut, carilah olehmu
akan sahabat, yang boleh dijadikan ubat, cari olehmu
kawan, pilih segala orang setia kawan.

• Tokoh ilmuwan, Hamka pernah mengatakan
bahawa, kekayaan seseorang itu terletak pada
tingginya akhlak dan budi bahasanya bukan pada
harta dan pakaiannya

DIRI/REMAJA

• Tepuk dada tanya selera
• Nasi sudah menjadi bubur
• Sudah terhantuk baru terngadah
• Sediakan payung sebelum hujan
• Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak

berguna

DIRI/REMAJA

• Ahli bijak pandai ada menjelaskan, sesiapa yang
gagal merancang, sebenarnya mereka merancang
untuk gagal.

• Istiqamah dengan prakarsa
• Menyimpang seinci,rugi seribu batu-Pepatah Cina
• Pepatah Arab mengatakan; sabar itu anak kunci

kejayaan

DIRI/REMAJA

• Man jadda wa jada” ialah pepatah Arab yang
maksudnya dalam bahasa Melayu "sesiapa yang
berusaha, dia akan berjaya." Sememangnya sesiapa
sahaja yang melakukan sesuatu, hendaklah dengan
bersungguh-sungguh, dan kejayaan menjadi miliknya

• Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka-
Charles Cahier

DIRI/REMAJA

• Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga kau
dan engkau menjaga harta. Harta itu kurang apabila
dibelanjakan tetapi ilmu bertambah apabila
dibelanjakan-Saidaina Ali bin Abi Talib

• Bercita-cita tanpa usaha sebenarnya bukan cita-cita
tapi angan-angan.

• Bertangguh itu pencuri masa(peribahasa Arab)
• Tahu membezakan yang mana intan,yang mana kaca

DIRI/REMAJA

• Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya

• Yang bulat datang menggolek, yang pipih datang
melayang

• Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan
suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang
yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~
Confucius

DIRI/REMAJA

• Serampang dua mata
• Sambil menyelam minum air
• Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
• Setiap kata rakan-rakannya menjadi ubat yang mujarab serta

azimat penting.
• Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda, terimalah

nasihat.(peribahasa China).
• Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Ibu bapa/Keluarga

• Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan/vital
• Menagih komitmen dan pengertian serius daripada

ibu bapa
• Mempertingkat dan memperteguh pemahaman
• Mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
• Perlu dibaja kembali
• Perdana
• Prakarsa

Ibu bapa/Keluarga

• Tepuk dada tanya selera
• Sudah terang lagi bersuluh
• Sudah menjadi lumrah hidup manusia, anak-anak

sememangnya akan melihat perilaku dan meniru
gerak tari ibu bapanya. Jika sumbang gerak tari ibu
bapanya maka sumbanglah juga gerak tari mereka
• Suri teladan
• Ibu bapa yang akan menggilap dan mencanainya
sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilat

Ibu bapa/Keluarga

• Bagaimana acuan begitulah kuihnya
• Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
• Ketam mengajar anaknya berjalan lurus,

sedangkan dirinya berjalan senget
• Alah bisa tegal biasa
• Melentur buluh biarlah daripada rebungnya
• Menatang minyak yang penuh
• Setiap penyakit ada penawarnya, setiap

masalah ada jalan penyelesaiannya.

Ibu bapa/Keluarga

• Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang
mencorakkannya dan menentukan sama ada ingin
menjadikan anak-anak mereka Majusi, Nasrani mahupun
Yahudi

• Rumahku Syurgaku
• Ibu bapa perlu melontar jauh sikap materalistik
• Ibu bapa perlu melupakan keegoan mereka
• Ibu bapa tidak harus menuding jari menyalahkan pihak

lain
• Ibu bapa tidak perlu memandang enteng

Ibu bapa/Keluarga

• Melepaskan batuk di tangga
• Serampang dua mata
• Sambil menyelam minum air
• Menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus,

tepung tak berselerak
• Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90

peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan
anak-anak mereka selama empat minit sehari
• Hukama Arab pernah mengatakan anak- anak yang
kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang
sibuk ialah yatim

Ibu bapa/Keluarga

• Kata-kata ibu bapa yang lembut dan beradab dapat
melembutkan hati anak -anak yang keras.

• Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup
hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-
Quran dan al-Hadis.

• Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu
muda,terimalah nasihat.(peribahasa China).

• Pepatah Arab pula menyebut mendidik
anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, dan
mendidik ketika anak dewasa ibarat mengukir di atas
air yang akan hilang tanpa tanda.

Ibu bapa/Keluarga

Berkorban apa sahaja,
Harta ataupun nyawa;

Itulah kasih mesra,
Sejati dan mulia.

Lirik lagu di atas cukup jelas
memanifestasikan satu mesej kepada kita
tentang pengorbanan ibu bapa

Ibu bapa/Keluarga

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Yang dikurniakan dari ilahi

Ahai…
Ayah dan ibulah yang mesti dhormati

Lirik lagu di atas telah didendangkan oleh…….. Menerusi sebahagian
daripada lirik lagu itu kita didendangkan dengan pengorbanan ayah dan
ibu yang tiada batasannya demi anak tercinta. Kita juga dididik menjadi
manusia yang tahu menghormati orang yang banyak berjasa kepada kita.

Ibu bapa/Keluarga

GURINDAM
Jika benihnya benih molek,
Jika tanahnya tanah cantik;

Jika bajanya baja baik,
Tentu pokok cepat naik

Gurindam Melayu di atas mengingatkan kita akan peri pentingnya ibu
bapa mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang . Oleh itu, soal
mendidik anak bukanlah soal yang boleh dipandang enteng . Hal ini
demikian kerana daripada institusi keluargalah masyarakat penyayang
dapat dijelmakan ..

PELBAGAI PIHAK/UMUM

• Jika kita bersedia memerah minda dan berikhtar
berhempas pulas, jalan penyelesaian yang berkesan
tentu ada dan tentu bukan satu sahaja kerana di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan.

• Setiap pihak memainkan peranan yang
signifikan/vital

• Menagih komitmen dan pengertian serius daripada
pelbagai pihak

PELBAGAI PIHAK/UMUM

• Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
• Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
• Genggam bara api baiar sampai menjadi arang.
• Istiqamah dengan prakarsa.
• Hati gajah dama dilapah hati kuman sama dicecah
• Seikat bagai sirih serumpun bagai serai

PELBAGAI PIHAK/UMUM

• Bagai aur dengan tebing
• Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat

sagunya
• Yang bulat datang menggolek, yang pipih datang

melayang
• Mencurah air ke daun keladi
• Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-

masing

PELBAGAI PIHAK/UMUM

• Sekolahku Syurgaku
• Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan
• Sekolah rumah kedua
• Hidup segan mati tak mahu
• Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana

muafakat
• Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi

PELBAGAI PIHAK/UMUM

• Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana
muafakat

• Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya.

• Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
• bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-

masing

PELBAGAI PIHAK/UMUM

• Alvin Toffler menegaskan, ilmu itu ibarat kuasa
• Masa itu emas
• Masa ibarat pedang
• Pepatah Cina ada menyatakan bahawa yang

menggerakkan tubuh badan bukanlah kaki tetapi
sebenarnya minda dan fikiran
• jika tiada angin masakan pokok bergoyang

PELBAGAI PIHAK/UMUM

• Pemikir tersohor, Descartes menekankan
bahawa membaca buku bermutu itu ibarat
‘berdialog’ dengan orang-orang hebat atau
pemikir-pemikir besar. Bahkan, buku dapat
mempertemukan dan menghubungkan dunia
masa silam dengan dunia pembaca masa ini.

PELBAGAI PIHAK/UMUM

• Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari
setiap hari? Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku
baharu diterbitkan di seluruh dunia.Hal ini bermakna, pada
setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca.
Sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta
judul buku telah diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda
berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup
250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca
judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama 15 tahun!

PELBAGAI PIHAK/UMUM

• Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal
pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If
any is left, I buy food.’’.(Jika saya mempunyai wang,
saya akan membeli buku. Jika masih ada bakinya,
saya beli makanan)

• Lain hulu lain parang lain dahulu lain sekarang
• Alang-alang berminyak, biar licin
• Mencegah lebih baik daripada merawat

PELBAGAI PIHAK/UMUM

• Tokoh dari China, Mao Tzu pernah mengatakan
bahawa kejadian asal seseorang itu ialah baik dan suci
dan akan berubah disebabkan persekitarannya.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan
mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti
Malaya, anak-anak remaja daripada golongan miskin
lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihan najis
dadah.

PELBAGAI PIHAK/UMUM

Marilah bergembira
Cuti rehatkan minda
Semuanya kita ada
Malaysia mempesona (PELANCONGAN)

Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang (KELUAGA BAHAGIA)

PELBAGAI PIHAK/UMUM

Sahabat itu umpama ubat
Sedia merawat kawan melarat.

Sahabat setia amat bermakna
Jadi pendorong masa merana.

Sahabat sejati sukar dicari
Sehidup semati tak akan lari.

Sahabat baik tak akan tidur
Salah dan silap diakan tegur.

PELBAGAI PIHAK/UMUM

SAJAK

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat (GURU)

PANTUN

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi

PELBAGAI PIHAK/UMUM

SLOGAN
• Bahasa Jiwa Bangsa.
• Bahasa Menunjukkan Bangsa.
• Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.
• Bersekutu Bertambah Mutu
• Biar Lambat Asalkan Selamat
• Membaca Jambatan Ilmu

PELBAGAI PIHAK/UMUM

SLOGAN
• Muafakat Membawa Berkat.
• Pandu Cermat, Jiwa Selamat.
• Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara
• Budi Bahasa Budaya Kita.
• Tak Kenal Maka Tak Cinta
• Cegah Sebelum Parah

PELBAGAI PIHAK/UMUM

SLOGAN
• Kepimpinan Melalui Teladan
• Belia Pemangkin Transformasi
• Cemerlang, Gemilang, Terbilang
• Badan Cergas, Otak Cerdas.
• Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi
• Ilmu Penyuluh Hidup

PELBAGAI PIHAK/UMUM

SLOGAN
• Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
• Dadah Musuh Negara
• Budi Bahasa Budaya Kita
• Rumahku Syurgaku
• Filem Kita Wajah Kita
• Tiada Aedes Tiada Denggi

PELBAGAI PIHAK/UMUM

SLOGAN
• Belilah Barangan Buatan Malaysia
• Cintailah Sungai Kita
• Cintailah Alam Sekitar
• Majulah Sukan Untuk Negara
• 1Murid 1Sukan
• Negara Kita Tanggung Jawab Kita

PELBAGAI PIHAK/UMUM

SLOGAN
• Malaysia Boleh
• Negara Bersih Rakyat Sihat
• Rakyat Sihat, Negara Maju
• Sukan Untuk Semua
• Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera

PELBAGAI PIHAK/UMUM

SLOGAN
• Jimat Cermat Amalan Mulia
• Jiran Sepakat Membawa Berkat
• Guru Penjana Transformasi Negara
• Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
• Belia Penggerak Wawasan Negara

PELBAGAI PIHAK/UMUM

SLOGAN
• Belia Penggerak Wawasan Negara
• Sukan Pemangkin Perpaduan Negara
• Hidup Bahagia Tanpa Dadah
• Belia Benci Dadah
• Amalkan Gaya Hidup Sihat
• Kebajikan Adalah Tanggungjawab Bersama

PELBAGAI PIHAK/UMUM

SLOGAN
• 1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara
• Perpaduan Teras Kejayaan
• Perpaduan Rakyat Teras Kejayaan Bersama
• Elakkan Pembaziran Tenaga Elektrik
• Cekap Tenaga Amalan Kita

PELBAGAI PIHAK/UMUM

SLOGAN
• Daripada Seringgit Menjadi Sejuta
• Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya.
• Tak Nak
• 1 Malaysia Menjana Transformasi
• Ke Arah Malaysia Cemerlang Gemilang Terbilang.

PELBAGAI PIHAK/UMUM

SLOGAN

• Agi Hidup Agi Ngelaban ( Selagi Ada Hayat, Selagi
Itulah Berjuang)

• Sekolah Cemerlang Pelajar Terbilang

PELBAGAI PIHAK/UMUM

ANALOGI
Setiap kata rakan-rakannya menjadi ubat yang mujarab serta

azimat penting
agama adalah perisai yang kuat
iman yang nipis senipis kulit bawang

Kapal kehilangan nahkoda
Sangat berharga umpama permata
Nasihat yang sia-sia umpama mencurah garam ke laut

layang-layang terputus talinya

PELBAGAI PIHAK/UMUM

Angan-angan tinggi melangit
Mengejar fatamorgana

Mengejar oasis di padang pasir
Masa ibarat pedang

Ilmu tanpa amal ibarat pohon rendang tapi tak berbuah
Umpama tin kosong

Pengaruh Barat umpama landaan ombak Tsunami
Sibuta kehilangan tongkat

sekukuh Tembok Besar China
kain putih yang suci lagi kudus


Click to View FlipBook Version