TEKS UCAPAN PENGETUA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
SMK SUBANG UTAMA
KALI KE-30 TAHUN 2021
9 OKTOBER 2021 ( SABTU )
PUAN ROHAIDAH BINTI ZAINAL
PENGETUA
SMK SUBANG UTAMA
Bismillahirrahmanirrahim, Salam
⊳ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
Sejahtera saya ucapkan kepada hadirin semua.
⊳ Izinkan saya membuka kalam bicara dengan serangkap pantun ;
⊳
Sang Nuri indah berseri,
Unggas berkicau diulit leka, ,
Asbab pandemik Mesyuarat begini,
Pengikat Kasih salam Sejahtera.
Yang dihormati Tuan Pengacara Majlis.
dan terima kasih diucapkan.
Alhamdulillahi rabil alamin wassolatu wassolamu ala ashrafil anbiyar
iwar mursolin waala alihi wasah bihi aj’maain.
Yang Berbahagia, Dr. Sukumar A/L Subramaniam,
School Improvement Partners, PPD Petaling Perdana, beliau sangat saya
hormati kerana beliau adalah Mentor saya.
Yang dihormati Yang Dipertua PIBG SMK Subang Utama,
Encik Muhammad Erwan Os’ hara Bin Omar.
3
Yang dikasihi barisan Penolong-penolong Kanan SMK Subang
Utama;
Puan Rathanamala A/P Muniandi. Selaku Penolong Kanan
Pentadbiran.
Puan Rosliza binti Abdul Rahman , selaku Penolong Kanan
Hal-Ehwal Murid.
Puan Anita Binti Mohamed Ali, selaku Penolong Kanan
Kokurikulum.
4
Barisan Guru-guru Kanan Mata Pelajaran yang saya kasihi:
⊳ Puan Siti Aishah Binti Daud ( Bidang Sains & Matematik)
⊳ Encik Kamarul Arifin Bin Mokhtaruddin ( Bidang Teknik & Vokasional)
⊳ Puan Norelyza Binti Suartam ( Bidang Bahasa )
⊳ Puan Tay Say Cheow ( Bidang Kemanusiaan)
Barisan guru-guru Kaunseling sekolah,
Barisan AJK Pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
SMK Subang Utama Kali ke-30 bagi tahun 2021, ibu bapa, penjaga dan
guru-guru SMK Subang Utama yang saya hormati dan kasihi sekalian.
Alhamdulillah setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat ilaahi kerana
dengan limpah izin-Nya juga dapat kita bersama-sama berkumpul
secara alam maya dan meneruskan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
SMK Subang Utama Kali Ke- 30 bagi tahun 2021 ini. Sesungguhnya,
jauh di sudut hati saya, saya mengimpikan mesyuarat ini dapat
dijalankan secara bersemuka kerana sejak saya mengemudi SMK
Subang Utama ini, saya belum mengenali sepenuhnya dengan para
waris anak-anak di sekolah ini. Namun apa kan daya, pandemik Covid-
19 menjadi kekangan bukan sahaja kepada kita bahkan kepada
masyarakat seluruh dunia.
Kita perlu akur kepada Prosedur Operasi Standard ( SOP)
yang ditetapkan demi memastikan kita Kembali dalam norma yang
biasa. Walau bagaimanapun, sebagi pentadbir pihak sekolah tetap
berusaha melaksanakan tugas sebaik mungkin. Justeru itu, atas
sokongan ibu bapa pihak sekolah memohon agar kepercayaan ibu bapa
dan penjaga terhadap pengurusan sekolah amat-amat pihak sekolah
harapkan. Sudah pasti keselematan dan keselesaan anak-anak ketika
berada di sekolah sangat diutamakan serta persekitaran sekolah
diceriakan untuk menambah seri sekolah sebaik sahaja melangkah
masuk ke Kawasan sekolah.
7
Hadirian yang dihormati sekalian,
Saya pasti ibu bapa dan penjaga tertanya-tanya tentang keselamatan
anak-anak di sekolah terutamanya anak-anak tingkatan lima ( secara
penggiliran). Keselamatan guru-guru dan anak-anak sentiasa menjadi
keutamaan pihak sekolah dengan memastikan semua SOP yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dipatuhi. Kami yakin
dengan Kerjasama ibu bapa, penjaga, guru dan anak-anak yang
mematuhi SOP yang telah dikeluarkan, anak-anak kita akan hadir ke
sekolah dalam keadaan selamat dengan pemantauan guru-guru
sepanjang anak-anak berada di sekolah. Dalam hal ini kami berharap ibu
bapa dan penjaga dapat memastikan bahawa anak-anak yang sihat
sahaja dihantar ke sekolah.
8
Alhamdulillah, walaupun segala aktiviti kokurikulum dijalankan
secara maya namun banyak kecemerlangan dan kerjayaan
yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang
akademik mahu pun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan
kecemerlangan ini juga menggambarkan usaha dan kerjasama
yang terjalin kukuh antara guru-guru dengan ibu bapa dan
penjaga selama ini diberkati oleh Allah S.W.T serta kita berada
di landasan yang betul selari dengan Program Transformasi
Sekolah 2025 atau TS25.
9
Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG sentiasa
menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga
banyak memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan untuk pelbagai
aktiviti sekolah serta membantu pihak sekolah dalam penyelenggraan dan
infrastruktur sekolah. Sumbangan yang PIBG berikan dalam menjayakan
semua aktiviti ini adalah hasil sumbangan ibu bapa kepada tabung PIBG.
Untuk itu, saya menyeru kepada ibu bapa dan penjaga agar terus
menyumbang kepada tabung PIBG untuk kita bersama-sama terus
menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang dapat menyumbang
kepada kecemerlangan anak-anak kita. In shaa Allah.
10
Ibu bapa yang dihormati sekalian,
Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita
menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang
masalah atau salah faham sesama kita. Demi keharmonian
dan kesepakatan untuk kepentingan kita bersama dalam
merealisasikan kejayaan anak-anak kita.
.
11
Harapan kita semua terutama ibu bapa dan penjaga untuk anak-anak
calon SPM Tahun 2021 ini lebih cemerlang dan telah bersedia menyesuaikan
diri dengan keadaan belajar di atas talian meskipun terdapat kekangan-
kekangan yang terpaksa kita semua hadapi.
Penilaian PBD amat penting dalam mentaksir perkembangan dan
kemajuan anak-anak terutama ketika pengajaran dan pembelajaran secara
atas talian PdPr ini. PBD menggantikan penilaian secara bertulis ketika
pembelajaran dijalankan secara bersemuka. PBD amat penting sepanjang
tempoh pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Semoga ibu bapa
dan penjaga dapat memastikan anak-anak dapat hadir kelas atas talian
sepertimana yang telah dijadual.
PBD bukan sahaja dapat membina kejayaan dari segi
akademik mahupun kokurikulum tetapi dari segi keyakinan diri
yang tinggi dalam mencipta, membina hasil projek , atau bakat-
bakat yang ada dapat digarap dengan baik dan memberikan
kejayaan yang tidak dijangka.
Saya ingin berkongsi satu lagi berita yang dapat dibanggakan oleh
kita semua. Alhamdulillah sekolah kita merupakan salah sebuah
sekolah yang menerima Anugerah .
13
Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pencapaian anak-anak
SMK Subang Utama dengan ibu bapa dan penjaga sekalian. GP SPM bagi tahun 2020
ialah 4.05 dan KPI SPM bagi tahun 2021 ialah 3.75.
Di sini saya ingin nyatakan meskipun kita semua diuji dengan pandemik Covid-19
anak-anak calon SPM tahun 2020 tetap dapat mengharumkan nama SMK Subang Utama
dengan memperoleh Anugerah :
Sijil Penghargaan Peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) SPM Tahun 2020
ini bagi mata pelajaran seperti berikut:
Pendidikan Islam
Pendidikan Seni Visual
Perniagaan
Bahasa Inggeris
Dan Kesusasteraan Tamil
14
Yang berbahagia hadirin dan hadirat sekalian,
Timba suasa di tepi kain,
Buat menyimbah si tuan puteri,
Berputus asa jangan sekali,
Jadikan tabah pakaian diri.
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawakan balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur petah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.
⊳ Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan kali ini, saya ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga
yang hadir dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa dan
penjaga menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam
meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan.
Sekian .
Wabilahitaufiq wahidayah wassamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Puan Rohaidah Binti Zainal
Pengetua
SMK Subang Utama.
9 Oktober 2021( Sabtu)
17