The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KES SEJARAH PUSAT PERLOMBONGAN BIJI TIMAH SUNGAI LEMBING (HANAN DAMIA 1C)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanandamiamsf, 2021-08-31 10:49:15

KES SEJARAH PUSAT PERLOMBONGAN BIJI TIMAH SUNGAI LEMBING (HANAN DAMIA 1C)

KES SEJARAH PUSAT PERLOMBONGAN BIJI TIMAH SUNGAI LEMBING (HANAN DAMIA 1C)



TEMPAT BERSEJARAH DI NEGERI SAYA :

PUSAT PERLOMBONGAN
BIJI TIMAH SUNGAI
LEMBING,PAHANG

DISEDIAKAN OLEH: HANAN DAMIA BINTI MOHD SHAHRUL FADZLI
TINGKATAN: 1 CAMBRIDGE
NO MATRIK: CP211035

1.2 JADUAL KERJA / SENARAI SEMAK

Bil Perkara Halaman Tarikh Tandatangan

1.1 Tajuk kajian 1 21/8/2021

1.2 Jadual kerja 2 21/8/2021

1.3 Objektif kajian 4 21/8/2021

1.4 Kaedah kajian 5 21/8/2021

2.1 Mengumpul maklumat 6 23/8/2021

2.2 Kerangka kasar penulisan 7 28/8/2021

3.1 Pengenalan 8 28/8/2021

3.2 Latar belakang bangunan 12 30/8/2021

3.3 Struktur bangunan 13 30/8/2021

3.4 Tujuan / sebab binaan 15 30/8/2021

3.5 Fungsi masa kini 16 30/8/2021

3.6 Langkah-langkah pemerliharaan 17 30/8/2021

3.7 Rumusan 19 31/8/2021

3.8 Rujukan 20 30/8/2021

4. Penilaian umum 21 31/8/2021

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kajian ini bagi Kerja Kursus Sejarah adalah untuk mengkaji tentang Pusat perlombongan
biji timah Sungai Lembing dengan lebih dekat lagi. Melalui kajian ini saya dapat memenuhi objektif berikut
:

a) Kajian

ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat
membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yangbetul, jelas dan tepat.

b) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang banguanan bersejarah yang ada di

Malaysia ini serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan
rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita
untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia.

c) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengimbil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik

bangunan bersejarah tersebut.Misalnya seperti bangunan Sultan Abdul Samad, ianya menyedarkan saya
bahawa perpaduan kaum serta bersifat adil, jujur danamanah amat penting pada diri setiap individu.

d) Saya juga dapat memupuk semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga dalam kalangan generasi

muda melalui kajian ini.

1.4 KAEDAH KAJIAN

Sebanyak 3 kaedah kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara terperincidan
bersistematik.

i. Muat turun internet
Saya menggunakan kemudahan internet dengan melayari laman sesawang produk yang dikaji
malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.

i. Bimbingan guru
Saya telah mendapat bimbingan guru iaitu, Encik Azuan.

2.1 MENGUMPUL MATLUMAT

A) INTERNET
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Lembing
• https://www.pahang.gov.my/index.php/pages/view/367?mid=138
• https://www.hmetro.com.my/santai/2019/09/493786/menyusuri-sejarah-sungai-lembing
• https://negeripahang.com/sejarah-perlombongan-bijih-timah-di-sungai-lembing
• https://www.libur.com.my/sungai-lembing/
• https://ms-my.facebook.com/392504087783460/posts/asal-usul-sungai-lembingsungai-lembing-

mendapat-namanya-daripada-sebatang-anak-s/397039280663274/
• https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/santai/2019/09/612381/sungai-lembing-kembali-bernyawa
• https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sungai-lembing-bandar-mati-hidup-semula-bahagian-1-

114659
• https://yanieyusuf.com/2016/10/lubang-sejuta-ringgit-di-sungai-lembing-kuantan/
• http://www.hasifhamsyari.com/2017/03/tarikan-sejarah-ikonik-lombong-bijih.html
• http://agarakutidaklupa.blogspot.com/2015/09/jalan-jalan-sungai-lembing-muzium.html

B) TELEVISYEN
• Tajuk program : Uniknya 1 Malaysia
• Pengacara : Fiona Bernak Baikan
• Rangkaian : TVi

2.2 KERANGKA KASAR PENULISAN

Bil. Tugasan Butir

1. Pengenalan - Memperkenalkan tempat tersebut
- Keunikan tempat tersebut
2. Latar Belakang - Lokasi
tempat - Menceritakan asal-usul bangunan tersebut.
- Pengasas bangunan
3. Struktur tempat
- Memperkenalkan model bahagian bawah tanah

Tujuan tempat - Menyatakan tujuan tempat
4. dibina - Menyatakan kegunaan tempat sekarang

5. Keadaan pada masa - Menyatakan peranan kerajaan
kini - Merupakan tanggungjawab rakyat
- Agensi-agensi kerajaan
6. Cadangan langkah-
langkah memelihara

7. Rumusan - Memberi pengetahuan
- Memupuk unsur-unsur patriotisme
- Menyatakan harapan yang relevan

8. Rujukan - Internet
9. Penilaian umum - Television
- Memupuk semangat patriotik dan cintakan warisanbangsa
- Menghargai dan berbangga dengan sejarah negara
- Melahirkan rakyat berdisiplin

3.1 PENGENALAN

(Gambar pusat perlombongan biji timah di Sungai Lembing)

1. Nama tempat
Dikenali sebagai terowong bawah tanah atau ‘pangkang’

2. Keunikan tempat tersebut
Industri perlombongan di Sungai Lembing di bangunkan pada tahun 1886 oleh Mr

William Frazer, mewakili syarikat The Pahang Mining Company Limited yang berpusat di
London.Pada 1888, syarikat itu telah menukarkan namanya kepada The Pahang Corporation
Limited (PCL) kerana masalah kewangan. Pada tahun 1906 PCL telah di tutup dan di ambil
alih oleh Syarikat Pahang Consolidated Company Limited (PCCL). Sepanjang tempoh
berkenaan sehingga tahun 1915 terowong sepanjang 40 batu telah di korek.

Industri ini menjadi maju setelah syarikat perlombongan British, Pahang Consolidated
Company Limited (PCCL) mengambil alih perusahaan bijih timah daripada kaum Cina.

Hasil daripada bijih timah di sungai Lembing diungkap sebagai ‘Penyelamat Mahkota Ratu
England’ yang mana ketika itu Britain mengalami kemerosotan ekonomi yang agak serius.

Pada tahun 1920-1950 Sungai Lembing merupakan kawasan galian biji timah yang
kedua terbesar,terdalam dan terpanjang didunia pada tahun tersebut selepas Bolivia. Ia juga
mempunyai kolong-kolong yang terpanjang dan terdalam sehingga 1,400 ke 2,000 kaki
sehingga dikatakan terdalam jika dibandingkan dengan lombong-lombong Bijih Timah lain
di Asia Tenggara.Pelombong menggali lombong secara manual dengan bantuan bahan
letupan dan tiada peralatan moden digunakan.

Dalam tempoh seratus tahun lombong Sungai Lembing telah mengeluarkan lebih
kurang 13 juta tan metrik timah yang kasar.Ianya menghasilkan 150,000 tan metrik
konsentrat timah yang hampir bernilai sebanyak USD 2,000 juta. Hasil daripada kegiatan itu
ianya menjadikan Sungai Lembing pusat komersial sehinggakan panggung wayang pertama
di Asia dan hospital pertama di Pahang juga dibina.

Lombong Sungai Lembing memiliki dua Lorong iaitu Lorong Sejuta dan Lorong Mayah
yang masing-masing mempunyai kisah sendiri.

Lorong Sejuta memiliki satu kisah membabitkan lokasi gua kecil menjadi tempat bagi 20
pelombong yang melakukan aktiviti secara haram disebabkan gaji mereka tertunggak. Sementara
itu, Lorong Mayah ialah struktur lif menuju kedalaman 1,400 kaki iaitu paras paling dalam
memberi gambaran cabaran dan risiko kerja-kerja pelombongan timah satu ketika dulu. Selain
lombong, terdapat logam lain di kawasan sama termasuk kuprum, besi, zink, plumbum dan
peratusan kecil, emas.

3. Lokasi
Sungai Lembing terletak berhampiran dengan Kuantan di negeri Pahang Darul
Makmur.Jaraknya dari Kuantan kira-kira 60 km.

3.2 LATAR BELAKANG TEMPAT

• TARIKH DIBUKA
Lombong bijih bawah tanah di Sungai Lembing telah dibuka pada tahun 1868

• ASAL USUL LOMBONG SUNGAI LEMBING
Terowong bawah tanah atau lebih dikenali sebagai ‘pangkang’ dikorek secara manual atau
menggunakan bahan letupan. Sebelum kerja-kerja melombong dijalankan, ahli-ahli
kajibumi terlebih dahulu mengkaji kedudukan longgokan Bijih Timah. Kajian dilakukan
secara berterusan bagi memastikan aktiviti-aktiviti perlombongan akan terus beroperasi.

• PENGASAS LOMBONG SUNGAI LEMBING
Industri perlombongan di Sungai Lembing di bangunkan pada tahun 1886 oleh Mr
William Frazer, mewakili syarikat The Pahang Mining Company Limited yang berpusat di
London.

3.3 STRUKTUR BANGUNAN

(model lombong bawah tanah)

(model lombong bawah tanah)

3.4 TUJUAN TEMPAT DIBINA
• Tujuan penubuhan Lombong Sungai Lembing

- Menggali biji timah yang ada di perut bumi
- Memberi sumbangan yang besar kepada penduduk di kawasan Sungai Lembing.
- Mencari rezeki demi kehidupan lebih selesa

(gambar pekerja lombong)

3.5 FUNGSI DAN KEADAAN TEMPAT PADA MASA KINI

Keaadaan Pusat Perlombongan Biji Timah Sungai Lembing sekarang
Kini Lombong di Sungai Lembing menjadi tempat perlancongan iaitu muzium.Ia
Menunjukkan pelbagai peralatan yang digunakan pada masa dahulu dan keadaan pusat
perlombongan.Pengunjung berpeluang untuk menaiki kereta api gerabak mini atau lokomotif
sejauh 80 meter dan seterusnya berjalan dan meneliti pelbagai maklumat yang ada pada
dinding.

(Gambar pelancong yang mengunjungi pusat pelombongan)

3.6 LANGKAH-LANGKAH PEMERLIHARAAN

CADANGAN
LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA/MEMULIHARA PUSAT
PERLOMBONGAN DI SUNGAI LEMBING

Berikut adalah cadangan yang boleh diambil tindakan oleh pelbagai pihak:

1. KERAJAAN

a. MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN DARI BADAN DUNIA SEPERTI
UNESCO

- Menambahkan lagi bilangan pelancong

2. UNIVERSITI DAN SEKOLAH

a. LAWATAN SAMBIL BELAJAR

- Jika ramai pelawat datang yuran yang dikenakan akan digunakan untuk memulihara

Lombong Sungai Lembing.

- Sumber kewangan pihak yang menguruskan Lombong Sungai Lembing semakin

stabil

b. SUKARELAWAN

- Memberi galakan kepada pelajar untuk memulihara Lombong Sungai Lembing.
- Memupuk sifat minat dalam diri pelajar.
- Pelajar boleh menyumbang idea untuk memulihara Lombong Sungai Lembing.

3. MEDIA MASA

a. MEMPROMOSI TEMPAT TERSEBUT

- Membuat promosi untuk orang datang.
- Semakin ramai orang datang semakin meriah lokasi tersebut.

b. DOKUMENTARI

- Dapat memperkenalkan Lombong Sungai Lembing .
- Dapat menambah info kepada orang awam

4. IBU DAN BAPA

a. GALAKKAN DARIPADA IBU DAN BAPA

- Membawa anak-anak pergi bercuti atau melawat tempat bersejarah tersebut.

(tidak digalakkan untuk kanak-kanak di bawah umur)

3.7 RUMUSAN

Saya amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja kajian kes sejarah ini
tepat pada masa yang telah ditetapkan.Ketika saya menjalankan kes kajian sejarah ini, banyak
yang saya telah pelajari dari segi pengetahuan,pengajaran dan nilai.

Sebagai rakyat Malaysia saya berasa amat bangga kerana Malaysia mempunyai
banyak tempat dan bangunan bersejarah yang menarik.Semasa menjalankan kajian kes
sejarah ini,saya mendapati setiap ciri-ciri yang terdapat pada Pusat Perlombongan Biji Timah
di Sungai Lembing ini mempunyai sebab dan maksud tertentu. Pusat Perlombongan Biji
Timah di Sungai Lembing ini merupakan pusat perlombongan yang terbesar kedua didunia
selepas Bolivia.

Selain itu,kita dapat memupuk perasaan cinta akan negara kerana ia merupakan aset
yang sepatutnya dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.

Di samping itu,kita haruslah menghargai setiap tempat atau bangunan yang bersejarah
kerana ia memberi contoh dan pengajaran yang baik kepada masyarakat,khususnya kepada
remaja yang mempunyai semangat patriotisme yang lemah.Dengan kehadiran bangunan
bersejarah ini,generasi baru akan lebih menghargai dan sensitif terhadap pembangunan
sejarah negara ini.

Saya juga dapat merasai nilai kesabaran,kejujuran dan ketabahan semasa membuat
kes kajian sejarah ini.Saya dan rakan-rakan dapat berkerjasama dan berganding bahu untuk
mencari maklumat dan menolong antara satu sama lain.

3.8 RUJUKAN

Internet
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Lembing
https://www.pahang.gov.my/index.php/pages/view/367?mid=138
https://www.hmetro.com.my/santai/2019/09/493786/menyusuri-sejarah-sungai-lembing
https://negeripahang.com/sejarah-perlombongan-bijih-timah-di-sungai-lembing
https://www.libur.com.my/sungai-lembing/
https://ms-my.facebook.com/392504087783460/posts/asal-usul-sungai-lembingsungai-
lembing-mendapat-namanya-daripada-sebatang-anak-s/397039280663274/
https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/santai/2019/09/612381/sungai-lembing-
kembali-bernyawa
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sungai-lembing-bandar-mati-hidup-semula-
bahagian-1-114659
https://yanieyusuf.com/2016/10/lubang-sejuta-ringgit-di-sungai-lembing-kuantan/
http://www.hasifhamsyari.com/2017/03/tarikan-sejarah-ikonik-lombong-bijih.html
http://agarakutidaklupa.blogspot.com/2015/09/jalan-jalan-sungai-lembing-muzium.html

Televisyen
Uniknya 1 Malaysia, Fiona Bernak Baikan, TVi

4. PENILAIAN UMUM

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk
semangatcintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini menghargai jasa dan pejuang
tokoh-tokoh negara ditanah air kita.Oleh itu, kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai
usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat
memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Hal ini kerana ia dapat menimbulkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.Sebagai
contoh semangat patriotisme dapat dilihat apabila bangunan bersejarah seperti Stadium
Merdeka dipenuhi oleh rakyat Malaysia yang hadir melihat barisan kontijen
berkawad,persembahan tarian dan pakaian seragam yang menunjukkan Negara yang
mempunyai rakyat yang berbilang kaum.Terbukti bahawa Stadium Merdeka
mengingatkan kita bahawa negara pernah dijajah dan sekarang kita sudah bebas.

Selain itu,semangat patriotisme yang mesti ditunjukkan melalui pemeliharaan dan
pemuliharaan ialah patuh dan taat setia kepada raja.”Kuat berdiri pohon kerana
akarnya,kuat akar tanah” ianya bermaksud kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-
besarnya dan kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya.

Disamping itu,bangunan atau tempat yang bersejarah menunjukkan betapa berertinya
keamanan terhadap rakyat dan negara.Malaysia kehilangan ratusan nyawa sebelum
merdeka dan pertumpahan darah yang pernah berlaku diantara komunis adalah untuk
kebebasan dan kemerdekaan .

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan ini,kita dapat menyemai semangat cinta akan
negara,bersatu padu dan berharmoni.Pemeliharaan dan pemuliharaan juga menghendaki
kita untuk berkerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain.Dengan ini semangat
patriotik antara masyarakat dapat dibentuk.

Kesimpulannya,kita mestilah berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara
berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut dan yang paling
utama ialah bersyukur kepada yang Ilahi iaitu ALLAH S.W.T. kerana telah memberi tenaga
untuk berusaha memerdekakan tanah air kita ini.


Click to View FlipBook Version