KulTiM!
TERBITAN:
MUSOLLA AL- FATEH (MAF)
حرينتي بنتهارون
Objektif KulTiM
1. Mencungkil bakat murid dalam menyampaikan
tazkirah yang singkat tetapi padat.
2. Memupuk amalan membaca di kalangan murid.
3. Menerapkan nilai murni dalam diri untuk
diamalkan dalam kehidupan seharian.
Gambar keluarga saya. Biodata Saya
Nama: ……………………………………………………..
Tarikh lahir: …………………………………………..
Tempat lahir: ………………………………………
Hobi: …………………………………………………………
Cita- cita: ……………………………………………..
Bilangan adik beradik: ………………….
Nama ayah: ………………………………………..
Nama ibu: …………………………………………….
Azam saya:
“………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
……………………………………………..”
Yang benar,
()
Syaitan Si
Pencuri
-Hadis Bukhari-
KulTiM: Bil.1/21
(Jan-Feb)
Kisah Syaitan Si Pencuri
Sahabat Abu Hurairah RA telah diamanahkan oleh Nabi SAW untuk menjaga gandum hasil zakat.
Tiba-tiba di malam hari, ada lelaki yang mencuri gandum itu. Ia lalu ditangkap oleh Abu Hurairah
RA. "Kamu akan kubawa kepada Nabi SAW," kata Abu Hurairah kepada pencuri itu. Namun, pencuri
itu membalas dengan pujuk rayunya, dia mengatakan, sudah seminggu anak dan isterinya tidak
makan. Mendengar kata lelaki itu, Abu Hurairah akhirnya melepaskan pencuri itu, dan
memintanya agar tidak mencuri lagi.
Esoknya sehabis solat Subuh, belum sempat lagi Abu Hurairah melapor kepada Nabi SAW, Abu
Hurairah telah ditanya oleh Nabi SAW. "Apa yang kamu lakukan terhadap orang yang kamu
tangkap malam tadi?" Abu Hurairah kemudian menjelaskan apa yang terjadi. "Ingat, nanti malam
dia akan datang lagi," kata Nabi SAW. Benar, malam kedua pencuri tadi datang lagi. Dan, setelah
mengambil gandum, dia ditangkap oleh Abu Hurairah. Dia juga memberi alasan lagi dan Abu
Hurairah pun tidak tahan sehingga pencuri itu dilepaskan lagi.
Esoknya, Nabi SAW bertanya lagi kepada Abu Hurairah, seperti kelmarin. Abu Hurairah juga
menjawab seperti itu. Nabi SAW mengingatkan lagi, pencuri itu nanti malam akan datang lagi.
Dalam hati, Abu Hurairah RA berkata, "Nanti malam, dia tidak akan aku lepaskan lagi." Benar saja,
pencuri itu datang untuk yang ketiga kalinya dan kembali mencuri gandum. Abu Hurairah kembali
menangkapnya. "Sekarang, tidak mungkin aku lepaskan kamu. Kamu harus saya bawa kepada
Nabi SAW.“
Pencuri tadi sangat cerdik. Kepada Abu Hurairah, ia mengatakan, "Saya sedia dibawa kepada
Nabi SAW, tapi bolehkah saya berbicara, wahai Abu Hurairah?" Abu Hurairah berkata, "Silakan, apa
yang hendak kamu katakan?" Si pencuri tadi berkata, "Wahai Abu Hurairah, mahukah kamu saya
ajarkan kalimat yang memberi manfaat kepadamu?" "Tentu mahu, kalimat apakah itu?" jawab
Abu Hurairah teruja. Pencuri itu berkata, "Bacalah ayat kursi sebelum kamu tidur, Allah
akan menjaga kamu dari godaan syaitan."
Mendengar kata-kata pencuri itu, Abu Hurairah terkesima, "Rupanya pencuri ini seorang ustaz."
Akhirnya, Abu Hurairah melepaskan pencuri itu. Esoknya, Nabi SAW bertanya seperti pertanyaan
yang kelmarin. Abu Hurairah pun menjawab, "Pencuri tadi malam itu memberi kalimat kepada
saya. Saya disuruh membaca ayat kursi sebelum tidur malam. Insya Allah, Allah akan menjaga
saya dari gangguan syaitan," jawab Abu Hurairah. Nabi SAW berkata, "Apa yang dia katakan itu
adalah benar, sekalipun dia sebenarnya seorang pendusta." "Tahukah kamu, wahai Abu Hurairah,
siapa pencuri itu? Dia adalah syaitan," kata Rasulullah SAW.
Pengajaran Kisah Syaitan Si
Pencuri
01 Pertama 02 Kedua
Syaitan dari jenis jin Syaitan dapat menyuruh manusia
dapat menjelma untuk beribadah, membaca Al-
menjadi manusia. Quran, solat, puasa, haji, dan
sebagainya.
03 Ketiga Cuba anda fikirkan, apakah pengajaran dari kisah ini?
Catatkan.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………….....
Kisah Azan
-Hadis Bukhari-
KulTiM: Bil.2/21
(Mac-Apr)
Kisah Azan
Menyebut nama Bilal bin Rabah, kita pasti terbayang kisah keteguhan hati seorang Muslim
sejati. Betapa tidak, saat umat Islam masih berjumlah sekian orang serta kekejaman yang
diterima kaum Muslim, seorang budak berkulit kelam bertekad bulat dan mengikrarkan diri
beriman kepada Allah SWT.
Nama lengkapnya Bilal bin Rabah Al-Habasyi. Ia berasal dari negeri Habasyah, sekarang
Ethiopia. Dia biasa dipanggil Abu Abdillah dan digelari Muadzdzin Ar-Rasul. Bilal lahir di
daerah as-Sarah sekitar 43 tahun sebelum hijrah. Dia seorang yang tinggi, kurus, warna
kulitnya coklat, pelipisnya tipis, dan rambutnya lebat.
Azan adalah medium yang digunakan oleh umat Islam bagi memberitahu bahawa sudah
masuknya waktu untuk menunaikan solat fardu. Seruan azan mula berkumandang pada
tahun pertama Hijrah.
Daripada Ibnu Umar r.a., ketika permulaan umat Islam berhijrah ke Madinah, mereka
berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan solat. Ketika itu masih tiada siapa yang
menyeru orang untuk bersolat (melaungkan azan).
Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah mengumpulkan para sahabat untuk berbincang cara
terbaik untuk menyeru umat Islam untuk menunaikan solat dan mengajak mereka
berjemaah di masjid.
Ada sahabat yang menyarankan untuk membunyikan loceng seperti orang Nasrani, ada
sahabat yang menyarankan untuk menggunakan trompet seperti orang Yahudi. Saidina
Umar r.a. lalu berkata: Kenapa kamu tidak menyeru orang untuk bersolat?
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Bilal, berdirilah dan serulah orang bersolat.” (Hadis
riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Pada satu malam, Abdullah bin Zaid r.a. telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik
untuk menyeru orang Islam menunaikan solat beramai-ramai iaitu dengan lafaz azan. Pada
keesokan pagi, Abdullah bin Zaid telah menemui Rasulullah SAW dan menceritakan mimpi
beliau kepada Baginda.
Baginda telah membenarkan mimpi tersebut. Baginda telah meminta Bilal untuk
melaungkan azan tersebut. Saidina Umar r.a. mendengar azan yang dilaungkan Bilal dan
menghampiri Rasulullah. Beliau menceritakan kepada Rasulullah bahawa beliau juga telah
bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.
Sejak peristiwa itu, umat Islam telah melafazkan seruan azan bagi menandakan masuknya
waktu untuk solat fardu. Laungan pertama Azan dilaungkan ketika pembukaan kembali kota
suci Mekah. Azan melambangkan kekuatan, kesepaduan dan kesucian Islam.
Hukum azan ialah fardu kifayah kepada jemaah lelaki yang hendak menunaikan solat fardu
dan solat Jumaat. Azan tidak dituntut untuk solat-solat sunat yang lain.
Sekiranya seorang lelaki menunaikan solat fardu secara bersendirian, hukum azan ke
atasnya adalah sunat. Selain menjadi seruan untuk memanggil umat Islam mendirikan solat,
azan juga dijadikan medium untuk mengusir syaitan.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila diseru untuk bersolat (azan) syaitan akan berundur ke
belakang sambil kentut. Apabila sudah selesai iqamat, dia datang semula mengganggu
(membisikkan) bisikan dan pelbagai lintasan dalam hati dan pemikiran seseorang sehingga
dia tidak tahu berap rakaat solatnya. Sesiapa yang terjadi demikian (tidak tahu bilangan
solat) hendaklah dia sujud dua kali (sujud sahwi).” (HR Al-Nasa’i)
Azan ini merupakan suatu seruan kemenangan dan kejayaan bagi umat Islam. Marilah kita
sama-sama menghayati makna lafaz azan dan menyahut seruan azan dan mendirikan
solat mengikut ketetapan, pada awal waktu setiap hari.
Tahukah Anda?
Azan yang dilaungkan muazin bukan sekadar
untuk menyeru solat tetapi bertindak sebagai
penstabil gelombang dunia. Gelombang azan
rendah, sedangkan gelombang dunia tinggi. JADI
AZAN YANG MENSTABILKANNYA semula supaya
dunia menjadi tempat yang selesa untuk dihuni.
Andainya suatu hari nanti sudah tidak ada lagi
azan dilaungkan, maka gelombang dunia ini
akan menjadi semakin tinggi dan macam-
macam akan berlaku.
حرينتي بنتهارون
Negara yang ingin dilawati
1)………………………
Sebab:
2) …………………….
Sebab:
3)………………………
Sebab:
Abu Nawas dan
Rumah Sempit
-Kisah Teladan-
KulTiM: Bil.3/21
(Mei-Jun)
Abu Nawas dan حرينتي بنتهارون
Rumah Sempit
Pada suatu hari, ada seorang lelaki datang ke rumah Abu Nawas. Lelaki itu hendak mengeluh
kepadanya mengenai masalah yang sedang dihadapinya. Dia sedih kerana rumahnya terasa
sempit dan didiami ramai orang.
" Abu Nawas, aku memiliki seorang isteri dan lapan orang anak, tapi rumahku begitu sempit.
Setiap hari, mereka mengeluh dan merasa tak selesa tinggal di rumah. Kami ingin pindah dari
rumah tersebut, tapi tidak mempunyai wang. Tolonglah katakan padaku apa yang harus aku
lakukan." kata lelaki itu.
Mendengar hal itu, Abu Nawas kemudian berfikir sejak. Tak berapa lama, satu idea terlintas di
kepalanya.
" Kamu mempunyai kambing biri-biri di rumah?" tanya Abu Nawas kepadanya.
" Aku tak menunggangnya, jadi aku tak memilikinya," jawabnya.
Setelah mendengar jawapannya, dia meminta lelaki tersebut untuk membeli seekor biri- biri حرينتي بنتهارون
dan menyuruhnya untuk meletakkan di rumah. Lelaki itu kemudian menuruti usul Abu Nawas
dan kemudian pergi membeli seekor biri-biri.
Keesokan harinya, dia datang lagi ke rumah Abu Nawas. " Bagaimana ini? Setelah aku
mengikuti usulmu, nyatanya rumahku menjadi tambah sempit dan berantakan," keluhnya.
" Kalau begitu, cubalah beli dua ekor biri-biri lagi dan peliharalah di dalam rumahmu," jawab
Abu Nawas.
Kemudian, lelaki itu bergegas pergi ke pasar dan membeli dua ekor biri-biri lagi. Namun,
bukannya seperti yang diharapkan, rumahnya jadi semakin sempit.
Dengan perasaan jengkel, dia pergi ke rumah Abu Nawas untuk mengadu yang ketiga حرينتي بنتهارون
kalinya. Dia menceritakan semua apa yang terjadi, termasuk mengenai isterinya yang menjadi
sering marah-marah karena biri-biri tersebut.
Akhirnya, Abu Nawas menyarankannya untuk menjual semua biri-biri yang dimiliki.
Keesokan harinya, kedua orang tersebut bertemu kembali. Abu Nawas kemudian bertanya, "
Bagaimana keadaan rumahmu sekarang, apakah sudah lebih lega?"
" Setelah aku menjual biri-biri tersebut, rumahku menjadi nyaman untuk didiami. Isteriku pun
tidak lagi marah-marah," jawab lelaki tersebut sambil tersenyum.
Akhirnya, Abu Nawas dapat menyelesaikan masalah lelaki dan rumah sempitnya itu.
Cuba anda fikirkan, apakah pengajaran dari حرينتي بنتهارون
kisah ini? Catatkan.
Pengajaran
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………
……………………………………………………………………
……………………………………………………………………
……………………………………………………………………
…………………………………………………………………..
Sahabat Saya
>……………………………
Keistimewaan:
…………………………………………………………………
………………………………………………………………..
>……………………………..
Keistimewaan:
…………………………………………………………………
………………………………………………………………..
Abu Nawas Mengajar
Keldai Membaca
-Kisah Teladan-
KulTiM: Bil.4/21
(Jul-Ogos)
Abu Nawas Mengajar Keldai Membaca
Pada suatu hari seorang menteri tiba-tiba punya niat buruk kepada
Abu Nawas. Menteri tersebut iri pada perhatian Raja yang dia anggap
berlebihan terhadap Abu Nawas. Tak ada angin dan tak ada hujan, menteri
tersebut tiba-tiba memberikan seekor keldai kepada Abu Nawas.
" Ajari keldai itu membaca. Dalam dua minggu, datanglah kembali ke sini, kita
lihat akhirnya," ujar sang menteri pada Abu Nawas.
Tanpa berfikir panjang dan melontarkan pertanyaan, Abu Nawas menerima
keldai pemberian menteri. Padahal dalam hatinya, Abu Nawas merasa
cemas, apakah dia mampu menurut perintah menteri atau tidak. Ia juga
bingung dengan maksud dan tujuan si menteri yang tiba-tiba
memberikannya keldai.
" Apakah ini satu di antara tipu dayanya buat menghancurkan nama baikku?"
tanya Abu Nawas dalam hati.
Meskipun merasa cemas, Abu Nawas tetap berusaha tenang. Dua
minggu kemudian, Abu Nawas kembali ke istana dan bertemu dengan
menteri. Tanpa banyak bicara, sang menteri kemudian mengajak Abu Nawas
menghadap Baginda Raja Harun Al Rasyid.
" Baginda, saya akan perlihatkan siapa sesungguhnya diriku ini," kata menteri
tersebut.
" Hai menteri, ada apa dengan dirimu?" tanya Raja Harun Al Rasyid dengan
suara tinggi.
" Tenang Baginda, hari ini Baginda akan tahu kecerdasan akalku
sesungguhnya, mengungguli kecerdasan Abu Nawas," ucap menteri itu
dengan angkuh.
Mendengar pernyataan menteri tersebut, Abu Nawas merasa hairan."
Apa yang akan dibuat oleh menteri ini?" gumam Abu Nawas dalam hati.
" Baiklah, jika satu di antara kalian menang, maka ia memiliki hak
memperoleh satu kantung dinar ini, namun untuk yang kalah akan dihukum
tiga bulan di penjara," tutur Raja Harun.
Tak dapat mengelak, Abu Nawas terpaksa akur dengan permainan yang dia
anggap aneh ini. Belum selesai dia meneka-neka maksud permainan ini,
tiba-tiba menteri itu menunjukkan sebuah buku besar.
" Cuba tunjukkan bahawa keldai itu dapat membaca, tidakkah engkau cerdas
dalam semua hal?" Pinta menteri pada Abu Nawas.
Tanpa berfikir lama, Abu Nawas lalu mengiringi keldainya ke buku itu. Buku
dibuka. Kemudian si keldai memandang buku itu. Selang beberapa saat,
keldai itu mulai membalik halaman demi halaman dengan lidahnya.
Keldai itu terus membalik halaman demi halaman, hingga halaman paling
terakhir buku itu. Setelah tak ada lagi lembaran yang harus dibuka, keldai
tersebut memandang Abu Nawas.
" Demikian, keldaiku dapat membaca," kata Abu Nawas. Mendengar kata-kata
Abu Nawas, sang menteri kembali berbicara.
" Bagaimana caramu mengajar dia membaca?" tanya sang menteri mulai
merasa panik.
" Sesampainya di rumah, saya siapkan lembaran-lembaran besar serupa
buku serta saya sisipkan biji-biji gandum di dalamnya," jawab Abu Nawas.
" Keledai itu harus belajar membuka halaman agar boleh memakan biji-biji
gandum itu, hingga ia terlatih benar untuk boleh membuka halaman buku,"
lanjut Abu Nawas.
" Namun bukankah dia tak tahu apa yang dibacanya?" bantah sang menteri.
" Memang demikian cara keledai membaca, dia cuma membalik-balik
halaman tanpa tahu isinya," jawab Abu Nawas sambal lewa.
" Bila kita membuka-buka buku tanpa tahu isinya, kita disebut bodoh seperti
keldai bukan?" kata Abu Nawas lagi.
Jawapan cerdik Abu Nawas tersebut mendapat anggukan setuju dari
Baginda Raja Al Rasyid. Raja tahu, sepintar-pintarnya haiwan, tak ada yang
boleh sesempurna manusia. Hanya manusia bodoh saja yang tidak mahu
memakai akalnya untuk berfikir.
Mendengar penjelasan Abu Nawas, sang menteri tersebut merasa kesal. Raja
akhirnya memberikan hadiah berupa sekantung dinar kepada Abu Nawas,
sedangkan menteri masuk penjara sesuai perjanjian yang sudah disepakati.
Nilai Murni
Apakah nilai murni yang boleh diambil melalui kisah ini?
1- 2-
Huraian: Huraian:
Aktiviti saya hari ini
1)…………………. 2)……………….. 3)…………………. 4)………………….
Catatan: