MENGGALI AKAR : MEMAHAMI FAKTOR - FAKTOR DI SEBALIK SIKAP PONTENG PELAJAR
VIDEO https://youtube.com/shorts/igZrC_s5K08
KERATAN AKHBAR
APA ITU PONTENG SEKOLAH ? Ponteng sekolah ialah tingkah laku di mana pelajar sengaja tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang sah atau kebenaran rasmi. Ini boleh berlaku dalam pelbagai peringkat, daripada ketidakhadiran sehari penuh hingga ketidakhadiran separa hari. Bumbung sekolah boleh menjadi petanda atau gejala kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar sama ada dari segi peribadi mahupun akademik
Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah Perasaan ingin mencuba sesuatu Sikap murid yang malas Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah Perasaan ingin mencuba sesuatu Sikap murid yang malas SIKAP PELAJAR
KURANG BERMINAT TERHADAP PENGAJARAN DAN PELAJARAN DI SEKOLAH KURANG BERMINAT TERHADAP PENGAJARAN DAN PELAJARAN DI SEKOLAH Pelajar yang malas kehilangan minat atau motivasi terhadap pembelajaran. Mereka mungkin melihat sekolah sebagai beban atau sesuatu yang tidak penting, yang menyebabkan mereka tidak mahu hadir di sekolah.
Terlalu teruja untuk mencuba perkara baru sehingga membuat pelajar terlalu fokus pada aktiviti tersebut, lalu mengabaikan tanggungjawab terhadap pendidikan mereka. Memilih untuk tidak ke sekolah demi mengejar atau menghabiskan masa pada aktiviti baru yang menarik perhatian mereka. PERASAAN INGIN MENCUBA SESUATU
Pelajar yang malas kehilangan minat atau motivasi terhadap pembelajaran. Mereka mungkin melihat sekolah sebagai beban atau sesuatu yang tidak penting, yang menyebabkan mereka tidak mahu hadir di sekolah. SIKAP MURID YANG MALAS
PADLET : PANDANGAN ANDA ?
KESAN PONTENG SEKOLAH
MENGALAMI KEMEROSOTAN PENCAPAIAN AKADEMIK MENGALAMI KEMEROSOTAN PENCAPAIAN AKADEMIK Pelajar akan ketinggalan dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang digiatkan oleh guru di sekolah. Hal ini akan menyebabkan pelajar itu tidak faham mengenai setiap titik penting di dalam pelajaran sejajar dengan alasan tidak hadir ke sekolah
KERUGIAN MASA DAN TENAGA Masa itu emas dan sesungguhnya peribahasa Arab ada menyebut “ masa itu ibarat sebilah pedang, jika kau tidak memotongnya, dia akan memotongmu”
DIPANDANG SERONG OLEH MASYARAKAT DAN PIHAK SEKOLAH DIPANDANG SERONG OLEH MASYARAKAT DAN PIHAK SEKOLAH Menjadikan isu ‘ponteng sekolah’ sebagai satu polemik dalam masyarakat dan turut menjadikan bahan tular dalam media sosial.
MASA DEPAN TIDAK TERJAMIN Mereka gagal dan masa depan pelajar akan hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan.
PERMULAAN KEPADA GEJALA YANG TIDAK SIHAT
Mohd Shahrani Ahmad dan Zainol Madon (2003) pula menyatakan bahawa motivasi adalah suatu proses membangkitkan, mengarahkan dan mengekalkan sikap dan tingkah laku ke arah tujuan tertentu. Cara meningkatkan motivasi ialah : Mengikuti program-program motivasi sama ada yang dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun luar sekolah. Murid akan didedahkan dengan tips-tips atau cara untuk belajar dengan lebih mudah oleh perunding atau pakar motivasi yang terlatih Pembentukan Motivasi dalam Diri
MEMBENTUK SEMANGAT JATI DIRI YANG TINGGI Menurut Wan Mohamad (2010), jati diri merujuk kepada identiti diri yang sebenarnya atau asli dimiliki oleh seseorang yang bukan sahaja terlihat secara lahiriah tetapi termasuk juga nilai-nilai yang menjadi pegangannya. Caranya : Meningkatkan kefahaman diri dan minat dalam bidang pendidikan. Murid boleh mengenali potensi dan minat mereka dalam bidang pendidikan. Seorang murid yang suka akan mata pelajaran Matematik, boleh menyertai kelab Sains dan Matematik untuk mengembangkan minat dan jati diri mereka. Mengamalkan nilai-nilai murni dan etika dalam kehidupan seharian mereka. Murid dapat memahami tentang kepentingan dalam mengamalkan etika dan nilai murni dalam kehidupan seharian seperti kejujuran, amanah dan sikap saling menghormati.
MENGUKUHKAN KEFAHAMAN AGAMA Menurut Md Noor (2012), kehidupan beragama dikaitkan dengan amalan kerohanian yang memberi pengaruh besar terhadap pembentukan personaliti dan tingkah laku manusia. Caranya : Menghadiri program-program agama (ceramah) melibatkan diri dalam persatuan agama di sekolah: “Persatuan Agama Islam” Mengunjungi tempat ibadah Pemahaman agama juga akan memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang tujuan hidup seseorang.
Gejala ponteng sekolah ini dapat dihadapi dan dibendung dengan berkesan jika pelajar itu sendiri faham tentang kesannya ponteng sekolah dan kepentingnya dalam pelajaran. Jika pelajar itu sendiri dapat memahami bahawa pelajarannya dapat membawa kajayaan dalam masa depan, mereka tidak akan ponteng sekolah dan sebaliknya akan belajar bersungguh-sungguh.
KUIZ
BORANG MAKLUM BALAS https://forms.gle/u3sPYnAfDnV4dEzcA