The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERJA KURSUS 2 KAJIAN KES MPU3081 IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Illy Syafeeqa, 2023-07-19 00:38:26

TUGASAN 2 MPU3081

KERJA KURSUS 2 KAJIAN KES MPU3081 IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

NAMA JABATAN / UNIT: JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KOKURIKULUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU / KUMPULAN) SESI SEMESTER III/ 2023 Nama : ILLY SYAFEEQA BINTI ISHAK Angka Giliran : 2021212340041 Nombor Kad Pengenalan : 020322110156 Kumpulan/Unit : PISMP PI C JUN 2021 Kod dan Nama Kursus : MPU3081 KOKURIKULUM-PERSATUAN Nama Pensyarah : PUAN ADELINA HANNANI BINTI ABDULLAH Tarikh Hantar : 14 JULAI 2023 Tarikh Diterima : (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar : Jumlah markah: Tarikh : 14 JULAI 2023 Catatan : Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus pelajar.


2 ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 3 2.0 Latar Belakang Kajian 3 2.0 Sejarah Penubuhan 4 3.0 Ciri-ciri Persatuan 5 3.1 Keberkesanan 5 3.2 Berterusan 5 3.3 Peluang Pembelajaran 5 4.0 Kaedah dan Proses Penubuhan 6 5.0 Aktiviti atau Perkhidmatan Yang Diamalkan 7 6.0 Strategi Penjanaan Sumber Kewangan 7 7.0 Analisis SWOT 8 7.1 Kekuatan 8 7.2 Kelemahan 8 7.3 Peluang 9 7.4 Ancaman 9 7.5 Cadangan Penambahbaikan 10 8.0 Penutup 10 9.0 Rujukan 11 Lampiran 12


3 Laporan Kajian Kes Penubuhan Persatuan Bahasa Melayu SK Kompleks Seberang Takir 1.0 Pengenalan Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kerajaan telah mewajibkan semua pelajar untuk mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum yang diadakan di sekolah. Kegiatan kokurikulum yang dimaksudkan ialah apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Rasionalnya pelaksanaan kokurikulum di sekolah ini salah satunya adalah untuk mencapai hasrat dan matlamat negara yang sudah termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana kerajaan ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Penulisan laporan kajian ini akan membincangkan tentang kegiatan kokurikulum iaitu persatuan di sebuah sekolah di Terengganu. 2.0 Latar Belakang Kajian Sekolah yang dipilih untuk menjalankan tugasan ini ialah Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir yang terletak di Kampung Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Pada 27 Jun 2023 yang lalu, saya telah mengunjungi sekolah ini setelah mendapat persetujuan daripada pihak sekolah untuk mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan. Persatuan yang paling aktif kegiatannya di sekolah tersebut ialah Persatuan Bahasa Melayu dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum telah mengesyorkan kepada saya untuk memilih persatuan ini. Pihak sekolah terutamanya Guru Besar, Guru Penolong Kanan Hem dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum telah memberikan kerjasama yang baik dalam menyediakan maklumat-maklumat yang diperlukan dalam memenuhi tugasan kajian ini.


4 2.0 Sejarah Penubuhan Pada tahun 2016, seorang guru penasihat daripada Kelab Catur SK Kompleks Seberang Takir yang bernama Saluyah Binti Yusof telah mengemukakan cadangan untuk menubuhkan Persatuan Bahasa Melayu pada 1 Januari 2016 melalui kertas kerja dan surat permohonan penubuhan persatuan dan permohonan tersebut telah diluluskan oleh guru besar pada ketika itu iaitu Ahmad Suhami Bin Said. Persatuan ini ditubuhkan adalah dengan bermatlamatkan untuk menyediakan peluang kepada murid dalam mengembangkan potensi diri mereka secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagaimana hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan perlembagaan persatuan, objektif penubuhan ini adalah berasaskan kepada dua perkara iaitu untuk memupuk sifat kepimpinan dalam diri murid semasa menimba ilmu sepanjang menjadi ahli dalam Persatuan Bahasa Melayu dan memupuk nilai daya usaha dalam setiap ahli untuk ke tahap yang paling tinggi dalam sebarang aktiviti yang disertai. Pada awal penubuhan, seramai 2 orang guru penasihat dan 25 orang ahli sahaja yang menyertai persatuan ini. Namun, berlaku peningkatan ahli tahun demi tahun berikutan pelbagai jenis aktiviti yang menarik telah dijalankan dalam persatuan ini. Sehingga tahun 2023, seramai 4 orang yang telah dilantik untuk menjadi guru penasihat dan mendapat penyertaan ahli yang paling maksimum daripada murid.


5 3.0 Ciri-ciri Persatuan 3.1 Keberkesanan Persatuan ini berpotensi untuk membantu murid meluaskan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran bertutur dalam Bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa rasmi negara Malaysia melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan misalnya aktiviti bersajak, bersyair, bercerita dan sebagainya. Oleh itu, penubuhan persatuan ini adalah salah satu inisiatif sekolah untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Hal ini memberi keberkesanan untuk memupuk perasaan bangga dan semangat patriotisme dalam diri mereka. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara mestilah dipertahankan dan dihormati selagi hayat dikandung badan melalui penguasaan dan kefasihan bertutur dalam bahasa Melayu yang juga merupakan simbol kepada maruah diri sebagai rakyat Malaysia (Norazlina Mohd Kiram, 2022). 3.2 Berterusan Bagi mencapai objektif persatuan ini, pihak sekolah telah menetapkan perjumpaan bersama ahli sebanyak 2 kali dalam sebulan yang mana ianya berselang-seli dengan kegiatan unit beruniform. Guru penasihat persatuan ini juga telah menyediakan rancangan untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang tahun dengan sangat teliti dan memastikan agar aktiviti-aktiviti tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Disebabkan rancangan tersebut dan kerjasama daripada ahli-ahli persatuan, setiap aktiviti berjaya dilaksanakan dengan lancar. Oleh sebab itu, persatuan ini dikenali sebagai persatuan yang paling aktif di sekolah. 3.3 Peluang Pembelajaran Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam persatuan ini sangat membantu setiap ahli untuk mendapatkan pengalaman yang baharu melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti pengalaman untuk menguruskan program, menyertai dan memenangi pertandingan dan belajar tentang perkara baharu melalui lawatan pembelajaran. Perkara ini menunjukkan bahawa persatuan ini menerapkan ilmu lain berkaitan dengan pengurusan dan kepimpinan dan tidak hanya fokus kepada ilmu Bahasa Melayu sahaja.


6 4.0 Kaedah dan Proses Penubuhan Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Bahasa Melayu telah ditubuhkan yang terdiri daripada pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasa biasa seramai 6 hingga 7 orang. Setelah itu, diadakan mesyuarat sesama ahli jawatankuasa untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan penubuhan kelab, matlamat dan tujuan, merangka strategi kelulusan, peraturan-peraturan, perlembagaan, keahlian, aktiviti , penjanaan kewangan dan lain-lain. Setiap jawatan melaksanakan tugas masing-masing berdasarkan hasil mesyuarat. Langkah seterusnya, satu Mesyuarat Agung bersama dengan keseluruhan guru diadakan bagi membentangkan hasrat dan mendapat persetujuan daripada semua ahli. Segala urusan surat-menyurat dikeluarkan atas nama Ahli Jawatankuasa Penaja. Kemudian, Ahli Jawatankuasa Penaja telah menyediakan Perlembagaan Persatuan mengikut saranan pendaftar dan membentangkannya dalam Mesyuarat Agung Khas untuk perbincangan dan mendapat kelulusan perlembagaan. Setelah diluluskan, segala aktiviti tahunan persatuan boleh dirancang dan dirangka. Langkah terakhir ialah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa bagi ahli-ahli persatuan untuk melaksanakan perbincangan, usul dan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan. 5.0 Aktiviti atau Perkhidmatan Yang Diamalkan Aktiviti yang dijalankan dalam persatuan ini sangat menitikberatkan elemen-elemen berkomunikasi dan pengucapan yang betul dalam Bahasa Melayu seperti aktiviti bercerita, pengucapan awam, pidato, syair, sajak dan banyak lagi. Pada 20 Disember 2022 sehingga 23 Disember 2022, persatuan ini telah menawarkan aktiviti kembara bahasa ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sebagai salah satu pendedahan menimba pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah kepada setiap ahli persatuan. Mereka diberi peluang untuk mengenali buku-buku yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan mengetahui proses penerbitan buku di sana. Setiap ahli juga telah mendapat keistimewaan daripada pihak DBP dengan menerima potongan harga yang menarik pada setiap buku yang dibeli. Perkara ini telah menggalakkan setiap ahli persatuan untuk membeli mana-mana buku yang diminati dan pada masa yang sama telah menerapkan amalan membaca dalam kalangan mereka.


7 Pada 12 Januari sehingga 19 Januari 2023, telah dilaksanakan Karnival Bahasa Melayu peringkat sekolah yang menggalakkan semua murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6 untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan iaitu pertandingan bercerita, pertandingan mendeklamasi sajak, pertandingan bersyair dan sebagainya. Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat yang terpendam dan juga merupakan pendekatan untuk membina kecekapan berbahasa dalam diri murid. Perlaksanaan karnival ini mendapat kerjasama daripada setiap warga sekolah bermula daripada pentadbir sekolah iaitu Guru Besar dan guru-guru penolong kanan sehinggalah guru-guru Bahasa Melayu dan ahli jawatankuasa dalam Persatuan Bahasa Melayu. Penyertaan bagi setiap pertandingan mendapat sambutan yang hangat daripada murid-murid dan karnival ini telah dilaksanakan dengan jayanya. 6.0 Strategi Penjanaan Sumber Kewangan Setiap kelab dan persatuan mempunyai sumber kewangan sebagai salah satu bantuan dan sokongan untuk melaksanakan aktiviti yang memerlukan kepada pengeluaran kos. Penjanaan kewangan daripada pelbagai sumber adalah diperlukan bagi sesebuah persatuan agar dapat menjamin kelancaran dalam sesuatu rancangan aktiviti. Persatuan Bahasa Melayu SK Kompleks Seberang Takir ini mempunyai satu sumber utama dalam penjanaan kewangan persatuan iaitu peruntukan kewangan daripada Unit Kokurikulum sekolah. Setiap aktiviti persatuan yang dijalankan di sekolah akan menerima peruntukan daripada unit kokurikulum tersebut. Misalnya, bagi aktiviti seperti pertandingan bercerita dan Karnival Bahasa Melayu, jumlah kewangan yang ditaja adalah sebanyak RM1520. Jumlah tersebut merupakan jumlah yang agak besar dan sekiranya tiada janaan daripada mana-mana sumber, aktiviti tersebut tidak dapat dilaksanakan. Persatuan ini bukan sahaja bergantung kepada sumber utama itu sahaja akan tetapi turut mempunyai sumber-sumber yang lain seperti kutipan yuran keahlian yang sudah ditetapkan dan dipersetujui oleh setiap ahli semasa mesyuarat agung. Bagi aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di luar sekolah seperti aktiviti kembara bahasa yang sememangnya memerlukan perbelanjaan besar, sumber kewangan seperti derma khas telah menjadi pilihan.


8 7.0 Analisis SWOT 7.1 Kekuatan Persatuan Bahasa Melayu ini mempunyai kekuatan dari segi kerjasama daripada setiap ahli dalam menjayakan sesuatu program atau aktiviti yang dirancang. Ianya dapat dilihat melalui kehadiran ahli persatuan pada setiap kali perjumpaan serta melalui program yang dilaksanakan iaitu Karnival Bahasa Melayu yang menunjukkan penglibatan aktif daripada mereka. Selain itu, penglibatan aktif daripada ahli persatuan juga menunjukkan bahawa aktiviti yang dirancang oleh guru penasihat menarik dan menyeronokkan sehingga berjaya menanam minat dalam diri mereka untuk mengikuti setiap aktiviti yang dirancang. Kekuatan yang lain ialah persatuan ini berjaya melaksanakan program yang besar seperti Karnival Bahasa Melayu melalui sumber kewangan yang utama sahaja iaitu Unit Kokurikulum Sekolah. Oleh itu, persatuan ini tidak perlu lagi untuk mencari sumber kewangan daripada pihak lain untuk membantu melengkapkan segala keperluan yang diperlukan. 7.2 Kelemahan Terdapat kelemahan yang dikenal pasti daripada persatuan ini. Antara kelemahan yang dapat dilihat adalah dari sudut penjanaan sumber kewangan yang mana persatuan ini tidak menunjukkan keperluan untuk mencari sumber kewangan daripada pihak lain seperti PIBG atau NGO dan hanya mengharapkan kepada peruntukan daripada Unit Kokurikulum Sekolah. Dengan mengharapkan kepada satu sumber sahaja, menunjukkan bahawa persatuan ini tiada impian untuk menjalankan aktiviti yang lebih besar yang memerlukan penglibatan daripada pihak sekolah lain atau agensi luar. Ketiadaan aktiviti yang memerlukan kolaborasi bersama agensi luar atau pihak sekolah yang lain juga menunjukkan kekurangan yang ada pada persatuan ini. Peluang untuk menerima manfaat daripada pelaksanaan aktiviti bersama pihak luar seperti mudah untuk menerima sumbangan serta kerjasama daripada komuniti sudah disia-siakan. Ahli-ahli persatuan juga tidak berpeluang mengembangkan bakat dan kenalan mereka dengan lebih meluas.


9 7.3 Peluang Persatuan Bahasa Melayu ini perlu memikirkan cara lain untuk menambah sumber janaan kewangan supaya boleh merancang aktiviti yang lebih hebat dan berkualiti seperti mengadakan gerai jualan sepanjang tempoh pelaksanaan Karnival Bahasa Melayu. Antara jualan yang sesuai adalah seperti penanda buku yang berisikan pantun atau puisi melayu dengan corak yang menarik atau menjual buku cerita kanak-kanak terpakai dengan harga yang lebih murah. Selain itu, persatuan ini juga boleh menghasilkan satu buku yang berisikan pantun, puisi dan sajak melayu yang bersaiz poket untuk dijual. Ianya akan membantu murid-murid untuk mengenali sastera melayu dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Ini juga dapat meningkatkan penglibatan murid-murid untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan sama ada oleh pihak sekolah atau pihak luar. Hasil jualan pula boleh disimpan ke dalam tabung persatuan bagi pelaksanaan aktiviti yang akan datang. 7.4 Ancaman Ancaman yang dikesan dalam persatuan ini akan berlaku apabila persatuan ini memerlukan sumbangan dana yang lebih banyak bagi menyokong kewangan yang sedia ada untuk menjayakan sesuatu aktiviti besar. Ianya sukar untuk meminta sumbangan daripada pihak luar apabila tiada jalinan hubungan yang baik bersama mereka. Ini akan menyebabkan rancangan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti tersebut terhalang. Juga menjadi ancaman terhadap komitmen guru penasihat dan ahli jawatankuasa untuk lebih berusaha dalam melaksanakan prosedur untuk memohon sumbangan seperti menyediakan surat permohonan dan mengikuti mesyuarat bersama pihak yang terlibat bagi memberi keyakinan dan jaminan kepada mereka. Ini akan menambahkan lagi tugas yang perlu dipikul daripada perkara yang sedia ada dan memerlukan pengorbanan dari segi masa.


10 7.4 Cadangan Penambahbaikan Cadangan yang diperlukan untuk persatuan ini ialah penambahan aktiviti yang melibatkan agensi luar bagi mengembangkan lagi bakat yang ada pada setiap ahli sehingga ke peringkat global serta mengembangkan penjana sumber kewangan untuk persatuan ini. Bakat ahli persatuan yang celik pantun, puisi, sajak, pidato dan sebagainya perlu dicungkil dan diberi pengiktirafan dengan cara memasukkan nama mereka ke manamana pertandingan yang dianjurkan oleh kerajaan atau agensi luar. Peluang ini dapat membantu murid-murid yang berbakat berada pada laluan yang betul dan dapat menambahkan masyarakat yang boleh membantu dalam mempromosikan negara ke seluruh dunia. Implikasinya akan membantu menaikkan dan mengharumkan nama negara ke persada dunia serta meningkatkan ekonomi negara sekaligus membentuk insan yang memiliki sifat kenegaraan. 8.0 Penutup Sistem Pendidikan Malaysia yang meletakkan kewajipan penuh kepada murid-murid dalam menyertai kegiatan kokurikulum memberi banyak kebaikan dalam pembentukan insan yang seimbang dari pelbagai perkara. Ini akan melahirkan murid-murid yang pintar dari segi kognitif serta kuat dari segi fizikal dan jasmaninya. Dalam persatuan, penjanaan sumber kewangan amat diperlukan bagi menjamin kelancaran persatuan tersebut dan sekiranya tiada peruntukan daripada mana-mana sumber, maka persatuan tersebut gagal untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang serta gagal untuk meneruskan penubuhannya. Oleh itu, pengurusan kewangan persatuan perlu dijaga dan diatur bagi menjamin kelestarian sesebuah persatuan.


11 9.0 Rujukan Che Mas Saud & Zainal Abidin Saad. (2019). Teknik Analisis SWOT Dalam Meningkatkan Keberkesanan Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah. Jurnal IPDA, 1(26), 36 – 47. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ipda/article/view/8028/3390 Norazlina Mohd Kiram. (2022, Julai 23). ‘ Ketuanan Malaysia’ Dicapai Jika Kuasai Bahasa Melayu, Satu Sekolah. https://fbmk.upm.edu.my/article/ketuanan_malaysia_dicapai_jika_kuasai_bahasa_melayu_ satu_sekolah-67804 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Kokurikulum: Dasar Perlaksanaan Kegiatan Kokurikulum. https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-menengah/kokurikulumpendidikan-menengah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. (2020). Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah(PPSR). Kementerian Pendidikan. https://jpnns.moe.gov.my/persekolahan/pelaporan-pentaksiransekolah-rendah-ppsr Goh, W. K. .(t.t). Definisi, Konsep/Teori Dan Ciri-Ciri Persatuan [Slaid Powerpoint]. Scribd. https://www.scribd.com/embeds/449590273/content?start_page=1&view_mode=scroll&acc ess_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf Ahmad Jasmi Don. (2010, Julai 12). Prosedur Penubuhan Kelab/Persatuan. Blog. http://jasmidon.blogspot.com/2010/07/prosedur-penubuhan-kelabpersatuan.html Amjad Shahir. (2021, 28 Ogos). Contoh Laporan Kajian Kes Kokurikulum Dan Persatuan IPG 2020. Anyflip. https://anyflip.com/ibomh/zqal/basic


12 LAMPIRAN


13 LAMPIRAN 1 Dokumentasi Peserta Pertandingan Karnival Bahasa Melayu Rajah 1: Peserta Pertandingan Syair Rajah 2: Peserta Pertandingan mendeklamasikan sajak


14 Rajah 3 dan 4: Peserta Pertandingan Bercerita Kunjungan Ke SK Kompleks Seberang Takir Rajah 5: Perbincangan bersama Guru Penolong Kanan HEM (Kiri)


s.k : GB Fail Penyelaras LAMPIRAN 2 Ruj. Kami: SKKS 800-01/09( ) Tarikh: 1 Januari 2016 Guru Besar, SK Kompleks Seberang Takir, 21300 Kuala Nerus, Terengganu. Tuan, PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB BAHASA MELAYU STARS Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan dokumen penubuhan Kelab Bahasa Melayu STARS yang akan ditubuhkan mulai 1 Januari 2016 seperti makluman di bawah. 2.1 Salina Perlembagaan Kelab Bahasa Melayu. 2.2 Aktiviti Tahunan. 2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja. 3. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak tuan dan segala kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan terima kasih. Sekian. “Mendepani Pendidikan Global” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (SALUYAH BINTI YUSOF) Guru Penasihat, Kelab Catur STARS


s.k : GB Fail Penyelaras LAMPIRAN 3 Ruj. Kami: SKKS 800-01/09( ) Tarikh: 1 Januari 2016 Pn. Saluyah binti Yusof, Guru Penasihat, Kelab Bahasa Melayu , SK Kompleks Seberang Takir, 21300 Kuala Nerus, Tuan, KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHKAN KELAB BAHASA MELAYU STARS Dengan hormatnya surat tuan SKKS 800-01/09( ) pada 1 Januari 2016 dirujuk. 2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah tiada halangan dan meluluskan permohonan daripada pihak tuan bagi menubuhkan Kelab Bahasa Melayu, SK Kompleks Seberang Takir, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2016. 3. Pihak tuan juga diingatkan untuk mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) berkaitan pengurusan kokurikulum KPM di sekolah sebagai rujukan semua dalam menguruskan kegiatan kokurikulum Kelab Bahasa Melayu sekolah ini dari semasa ke semasa. 4. Semoga penubuhan Kelab Bahasa Melayu akan dapat menaikan imej sekolah dalam penyertaan dan penglibatan dalam semua peringkat dan segala kerjasama diucapkan terima kasih. Sekian. “Mendepani Pendidikan Global” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (AHMAD SUHAIMI BIN SAID) Guru Besar,


LAMPIRAN 4 KELAB BAHASA MELAYU SK KOMPLEKS SEBERANG TAKIR PERLEMBANGAAN KELAB BAHASA MELAYU PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT a. Nama Kelab: Kelab bahasa Melayu b. Alamat: SK Kompleks Seberang Takir 21300 Kuala Terengganu, Terengganu. PERATURAN 2 MATLAMAT Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek PERATURAN 3 OBJEKTIF 3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Kelab Bahasa Melayu dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri yang tinggi. 3.2 Ahli-ahli Kelab Bahasa Melayu akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui aktiviti-aktiviti yang diikutiinya. PERATURAN 4 KEAHLIAN 4.1 Ditetapkan oleh Penyelaras Kelab dan Persatuan kepada muridmurid Stars. 4.2 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini. PERATURAN 5 GURU PENASIHAT 5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini. 5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti. 5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.


PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA 6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung. 6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa. 6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian. 6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. 6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat. 6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:- 6.6.1 Pengerusi 6.6.2 Naib Pengerusi 6.6.3 Setiausaha 6.6.4 Penolong Setiausaha 6.6.5 Bendahari 6.6.6 Penolong Bendahari 6.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan) 6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang) PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 7.1 Pengerusi 7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat 7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. 7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.


7.2 Naib Pengerusi 7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi. 7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. 7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.3 Setiausaha 7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat. 7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatankegiatan. 7.3.3 Mencatat kehadiran ahli 7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. 7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.4 Penolong Setiausaha 7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. 7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha. 7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.5 Bendahari 7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan 7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. 7.5.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya. 7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.


7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. 7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.6 Penolong Bendahari 7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari. 7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.7 Ahli Jawatankuasa 7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. 7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik. 7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa 7.8 Pemeriksa Kira-Kira 7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya. 7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul. PERATURAN 8 KEWANGAN 8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui kutipan yuran dan nilainya diputuskan semasa Mesyuarat Agong. 8.2 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut. 8.3 Melalui peruntukan Kokurikulum. PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN 9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun. 9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah


kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian. PERATURAN 10 AKTIVITI 10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa. 10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli. PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN 11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas. 11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. 11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib. PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN 12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. 12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: 12.2.1 Amaran lisan 12.2.2 Amaran bertulis 12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad. PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN 13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. 13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis. 13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.


13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar. PERATURAN 14 PEMBUBARAN KELAB 14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN 15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. 15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat. Disediakan Oleh: ..................................................... ( SALUYAH BINTI YUSOF ) Guru Penasihat Kelab Bahasa Melayu, Disahkan Oleh: ................................... (AZLIA LIZA BINTI ALIAS) Guru Besar, SK Kompleks Seberang Takir.


LAMPIRAN 5 SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS SEBERANG TAKIR 21300 KUALA NERUS TERENGGANU BORANG MAKLUMAT GURU PENASIHAT DAN AJK NAMA KELAB/PERSATUAN/ SUKAN/UNIT BERUNIFORM : PERSATUAN BAHASA MELAYU 2022/2023 SENARAI NAMA GURU PENASIHAT BIL NAMA GURU NO TELEFON KELAYAKAN/PANGKAT 1 PN SALUYAH BINTI YUSOF 0134592717 GURU PENASIHAT 2 PN CHE ANI BINTI MOHAMMAD 0129600121 GURU PENASIHAT 3 PN YUSNIDA BINTI GHANI 0199852638 GURU PENASIHAT 4 PN ZALEHA BINTI IBRAHIM 0139643693 GURU PENASIHAT 5 6 7 SENARAI AHLI JAWATANKUASA BIL NAMA PENUH MURID TAHUN JAWATAN NO TELEFON 1 MUHAMMAD ZULHILMI IKHWAN 6IS PENGERUSI 2 NADHIRAH ILHAM BT AHMAD FADZIL 6IS NAIB PENGERUSI 3 NOR ZAHRA DAMIA BY JAMAL ASMAWI 6IS SETIAUSAHA 4 NUR AMIRAH SYAFIQA BT KAMARULZAMAN 5IS PEN. SETIAUSAHA 5 AINUL MARDHIAH BT MOHD SALLAUDDIN 5IS BENDAHARI 6 AWATIF BT ROSLAN 5IS PEN. BENDAHARI 7 M. AQEEF HARIZ B. MOHD ARIFFIN 6IQ JURU AUDIT 8 AHMAD SHAHRUL AIZAM B. MOHD SABRI 6IQ JURU AUDIT 9 M. RAFI ARSHAD BINT MOHD RODILLAH 4IQ AJK (TAHUN 4) 10 IMAN NASSULLAH B. AHMAD HAFIZIE 4IQ AJK (TAHUN 4) 11 M. ADIB HAIKAL BIN SOH 5IQ AJK 12 FATTAH ARYAN BIN AMRI 5IQ AJK 13 RAJA PUTRI NURLAYSALIKIN BT RASA HASSAN 6IS AJK 14 SYAMIMI ALWANI BT SAIFUL 6IS AJK


LAMPIRAN 6 SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS SEBERANG TAKIR 21300 KUALA NERUS TERENGGANU RANCANGAN TAHUNAN PERSATUAN BAHASA MELAYU TAHUN 2022/2023 MINGGU TAJUK AKTIVITI CATATAN 1 31.5 2022 SELASA Pendaftaran ahli baharu dan mesyuarat Agong. I. Pendaftaran ahli-ahli baharu II. Taklimat persatuan (fungsi persatuan, tanggungjawab ahli dan sebagainya) III. Memperkenalkan guru penasihat dan AJK IV. Majlis suai kenal antara ahli V. Membentangkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun VI. Pembahagian kumpulan - Guru menyediakan borang pendaftaran.kad aktiviti dan bahan edaran . 2 21.6.2022 SELASA Permainan Bahasa (Teka Silang Kata) -Guru menerangkan cara permainan tersebut -dalam kumpulan, ahli-ahli melengkapkan kata dengan huruf yang sesuai hingga menjadi kata yang lengkap -Mengumunkan pemenang. -menyediakan bahan edaran yang mengandungi teka silang kata Penjodoh bilangan 3 19.7.2022 SELASA Pantun Teka-teki - Ahli memberi pelbagai contoh teka-teki -guru menerangkan cara mencipta teka-teki berdasarkan pantun empat kerat -dalam kumpulan, ahli mencipta sekurang-kurangnya dua rangkap pantun teka-teki -wakil kumpulan mempersembahkan pantun tekateki masing-masing -setiap kumpulan mempamerkan pantun teka-teki yang telah dihasilkan. -contoh pantun teka-teki: Pagi minggu pergi membajak, pergi bersama anak lelaki, jika tuan orang yang bijak, apakah haiwan berkeris di kaki (kumpulan lain menjawab tekateki yang dikemukakan) 4 2.8.2022 SELASA Bercerita -Mengadakan tayangan bercerita -berbincang tentang Pertandingan bercerita yang telah ditonton -Ahli diminta menyediakan bahan seminggu


-ahli-ahli menyampaikan cerita berdasarkan bahan yang telah disediakan oleh mereka -menyampaikan cerita dengan cara yang bersahaja dan menarik. sebelum perjumpaan -tayangan CD Pertandingan Bercerita 5 23.8.2022 SELASA Pengucapan Awam -Guru menerangkan cara pengucapan awam yang menarik -ahli menyediakan bahan berdasarkan tema yang diberi -menyampaikan pengucapan umum dengan cara yang menarik -mengulas pengucapan awam ahli. -Ahli mencari bahan yang berkaitan -Pertandingan lagu2 patroitik. 6 27.9.2022 SELASA Syarahan/Pidato -Mengadakan tayangan pidato -berbincang tentang pidato yang telah ditonton -ahli-ahli menyampaikan pidato berdasarkan bahan yang telah disediakan oleh mereka -menyampaikan pidato dengan cara yang betul dan menarik -Ahli diminta menyediakan bahan seminggu sebelum perjumpaan -tayangan CD /VIDE0 Pidato 7 1.11.2022 SELASA Syair -Guru menerangkan cara-cara mengarang syair yang baik -ahli-ahli mengarang syair -guru memperdengarkan syair -ahli-ahli melagukan syair dengan betul. -guru merakamkan penyampaian syair yang betul Bersyair secara langsung/Pita rakaman Contoh : Syair Siti Zubaidah, Syair Dandan Setia 8 15.11.2022 SELASA Bicara Berirama -Guru menerangkan konsep bicara berirama. -guru menyediakan bahan berdasarkan tema. -menyampaikan bicara berirama dengan cara yang menarik -mengulas persembahan murid -beri tema dan murid menyediakan skrip untuk pertandingan -setiap kumpulan bersedia dengan skrip untuk pertandingan 9 29.11.2022 Permainan Sahiba -Guru memberikan permainan sahiba kepada murid -menyediakan peralatan


SELASA -murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan -ahli kumpulan berusaha mengeja perkataan dengan betul dalam jangka masa yang ditetapkan permainan sahiba 10 6.12.2022 SELASA Sajak - Ahli-ahli menyatakan pelbagai jenis puisi yang diketahui -ahli menyenaraikan ciri-ciri sajak -Guru menerangkan teknik mudah menghasilkan sajak -ahli-ahli mengarang sajak -ahli-ahli mendeklamasikan sajak dengan sebutan yang betul -guru menggunakan ‘teknik permata’ untuk memudahkan ahli mencipta sajak 11 Kembara Bahasa -Guru memberi taklimat dan tugasan yang perlu dilakukan -melawat tempat-tempat yang menarik dan berkaitan (luar negeri) -ahli menyiapkan tugasan yang ditetapkan -ahli-ahli menghantar laporan Contoh tugasan: menyenaraikan keistimewaan tempat yang dilawati -menyediakan diari lawatan 12 Karnival Bahasa Melayu Persatuan -Mengadakan pertandingan aktiviti terpilih sebagai persiapan tahun hadapan -murid menyediakan lokasi pertandingan -melantik hakim -melantik pengerusi pertandingan -bicara berirama -berbalas pantun -cerita dan pidato Disediakan oleh: ………………………………….. ( PN SALUYAH BINTI YUSOF) GURU PENASIHAT PERSATUAN BAHASA MELAYU 2022/2023


LAMPIRAN 7 SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS SEBERANG TAKIR 21300 KUALA NERUS TERENGGANU 09-6672510 / Fax : 09-6660839 / e-mail : [email protected] KERTAS CADANGAN KARNIVAL BAHASA MELAYU TARIKH: 12 JANUARI 2023 – 6 FEBRUARI 2023 ANJURAN : KELAB BAHASA MELAYU (UNIT KOKURIKULUM ) STARS


KERTAS CADANGAN KARNIVAL BAHASA ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS SEBERANG TAKIR TAHUN 2022. YBrs. Guru Besar SK Kompleks Seberang Takir MOHON MENGADAKAN KARNIVAL BAHASA ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS SEBERANG TAKIR TAHUN 2023. PENDAHULUAN Program ini dianjurkan oleh Kelab Bahasa Melayu Stars untuk memberi peluang kepada semua murid agar dapat menunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing dalam aktiviti yang telah dirancang. Program ini juga merupakan langkah untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang akan menyumbang kecemerlangan dan akan mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi. MATLAMAT Karnival Bahasa Melayu diadakan mengikut kelas untuk tahap 2 sahaja bagi memberi peluang kepada ramai murid untuk menunjukkan bakat masing-masing. Program ini juga merupakan pendekatan dalam usaha untuk mencari dan mengcunkil bakat-bakat cilik yang terpendam dalam kalangan murid Stars.Terdapat pelbagai aktiviti dan pertandingan yang akan diadakan seperti bercerita, berpidato, bersajak, berlakon dan sebagainya.Pertandingan ini merupakan satu pendekatan yang sesuai untuk membina kecekapan berbahasa dalam kalangan murid. OBJEKTIF 1. Mencungkil bakat dan kreativiti murid secara bersahaja dan meyakinkan. 2. Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid. 3. Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. 4. Melahirkan murid yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif dan semangat Kerjasama. 5. Melahirkan bakat-bakat baru yang boleh diasah untuk ke peringkat yang lebih tinggi.


JAWATANKUASA INDUK Penasihat : Cg. Azlia Liza binti Alias - GB Pengerusi : Cg. Saidi Azhar bin Mat Salleh - PKKK Naib Pengerusi I : Cg. Zarina bt Senon – PKP Naib Pengerusi ii : Cg. Zaharah bt Taib – PK HEM Naib Pengerusi iii : Cg. Norhaslina bt Abd Rahman – PKPK Setiausaha Kokurukulum : Cg. Maznah Bt Ibrahim Ajk : Cg. Nurhanizla Bt Zulkaupali : Cg Meor Ahmad Nizam : Cg. Rozila bt Yusof CADANGAN PELAKSANAAN Tarikh : 12 Januari 2023 – 6 Februari 2023 Tempat : SK KOMPLEKS SEBERANG TAKIR JADUAL PROGRAM DAN JAWATANKUASA KERJA BIL PERKARA TINDAKAN 1 KARVIVAL BAHASA MELAYU TAHUN 4, 5 dan 6 1. Pertandingan bercerita 2. Pertandingan mendeklamasi sajak 3. Pertandingan bersyair Tempoh pelaksanaan : 12 -23 Januari 2023 ( dua minggu) PENYELARAS PERTANDINGAN: Cg. Nurhanizla binti Zulkaupali Cg. Yusnida binti Ghani Cg. Asmah Hani binti Sahrom AJK : Semua guru Bahasa Melayu Tahun 4,5 dan 6 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL HAMPER ALAT TULIS BAGI PERTANDINGAN BERCERITA UNIT BILANGAN KELAS KOS PERUNIT JUMLAH 1 2 3 4 5 JOHAN NAIB JOHAN KETIGA KEEMPAT KELIMA 11 11 11 11 11 11 11 11 11 11 RM12.00 RM10.00 RM8.00 RM5.00 RM5.00 RM132.00 RM110.00 RM88.00 RM55.00 RM55.00 RM440.00


BIL HAMPER ALAT TULIS BAGI PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK UNIT BILANGAN KELAS KOS PERUNIT JUMLAH 1 2 3 4 5 JOHAN NAIB JOHAN KETIGA KEEMPAT KELIMA 11 11 11 11 11 11 11 11 11 11 RM12.00 RM10.00 RM8.00 RM5.00 RM5.00 RM132.00 RM110.00 RM88.00 RM55.00 RM55.00 RM440.00 BIL HAMPER ALAT TULIS BAGI PERTANDINGAN MELAGUKAN SYAIR UNIT BILANGAN KELAS KOS PERUNIT JUMLAH 1 2 3 4 5 JOHAN NAIB JOHAN KETIGA KEEMPAT KELIMA 11 11 11 11 11 11 11 11 11 11 RM12.00 RM10.00 RM8.00 RM5.00 RM5.00 RM132.00 RM110.00 RM88.00 RM55.00 RM55.00 RM440.00 JUMLAH KESELURUHAN RM1320.00 SUMBER KEWANGAN Peruntukan Kewangan Unit Kokurikulum (BKK) PENUTUP Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kemenjadian murid lebih berdaya saing dan aktif dalam kokurikulum dan dalam menyumbangkan sesuatu yang positif bagi meningkatkan potensi diri. Semoga dengan adanya perancangan yang baik, tersusun dan kerjasama dari semua pihak secara langsung atau tidak langsung, program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Disediakan oleh, Disemak oleh ………………………………………… ……………………………………………. (MAZNAH BINTI IBRAHIM ) (SAIDI AZHAR BIN MAT SALLEH) Setiausaha Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum SK Kompleks Seberang Takir SK Kompleks Seberang Takir.


KERTAS CADANGAN KARNIVAL BAHASA ANJURAN UNIT KOKURIKULUM KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH Meluluskan Kertas Cadangan Kaivival Bahasa atau Tidak meluluskan Kertas Cadangan Karnival Bahasa Ulasan : ……………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………………………………………………………….. ( AZLIA LIZA BINTI ALIAS) GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS SEBERANG TAKIR TARIKH:


SK KOMPLEKS SEBERAN PERANCANGAN KEWANGAN LAPORAN KEWANGAN KEL BIL PERKARA/PERIHAL SUM 1 PERTANDING ROKET AIR (STEM) BT KOKU 2 PERTANDINGAN BERCERITA (BM) BT KOKU 3 MINGGU KELAB DR MUDA BT KOKU 4 LAWATAN ROBOTIK BT KOKU 5 PROJEK STEM BT KOKU 6 KARNIVAL BI MSSD BT KOKU 7 KARNIVAL BM MSSD BT KOKU 8 KARNIVAL DAKWAH BT KOKU 9 KARNIVAL BAHASA MELAYU B JUMLAH PERUNTUKAN


LAMPIRAN 8 NG TAKIR, KUALA NERUS N UNIT KOKURIKULUM 2022 LAB DAN PERSATUAN 2022 MBER KUANTITI JUMLAH URIKULUM 36 RM300.00 URIKULUM 18 RM200.00 URIKULUM 351 RM400.00 URIKULUM 20 RM300.00 URIKULUM 47 RM400.00 URIKULUM 20 RM500.00 URIKULUM 5 RM100.00 URIKULUM 5 RM120.00 KK 165 RM1320.00 N RM3640.00


Click to View FlipBook Version