The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mimi amira, 2022-07-01 01:46:51

Sisa Domestik

FarishFezranx

“OUR EXCELLENCE, OUR RESPONSIBILITY”

SISA DOMESTIK

KAJIAN KES:
TAMAN AYER KEROH HEIGHTS SEKSYEN 1, AYER KEROH, MELAKA

DISEDIAKAN OLEH:

FARISH FEZRAN BIN MASRAN

KELAS:

205

DISEDIAKAN UNTUK:

CIKGU AHMAD MAKKY BIN ISMAIL

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKASURAT

1. PENGHARGAAN 1

2. PENDAHULUAN 2-3

3. OBJEKTIF KAJIAN 4

KAJIAN KES

4. KAWASAN KAJIAN 6-7

5. KAEDAH KAJIAN 8

6. HASIL KAJIAN 9 - 12

i. Definisi sisa domestik

ii. Menyatakan jenis dan contoh sisa domestik yang

terdapat di kawasan kajian yang dipilih.

iii. Mengenalpasti tiga (3) punca-punca pembuangan

sisa domestik.

iv. Menjelaskan tiga (3) kesan pembuangan sisa

domestik.

v. Menghuraikan tiga (3) langkah mengurangkan kesan

pembuangan sisa domestik secara bijaksana.

7. RUMUSAN 13

9. RUJUKAN 14

8. LAMPIRAN 15 - 20
Lampiran A – Foto
Lampiran B – Soal Selidik

1.0 PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran
Geografi saya, Cikgu Ahmad Makky bin Ismail atas segala bimbingan, tunjuk
ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna serta telah banyak menolong
saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi menyempurnakan tugasan ini.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya
iaitu Encik Masran Bin Mas’ud dan Puan Mimi Amira Binti Amran yang telah
banyak memberi sokongan moral dan dorongan kepada saya serta sudi
mengorbankan masa mereka untuk menolong saya mengumpulkan maklumat-
maklumat tentang sisa domestik di kawasan kajian yang saya kaji.
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan
sekelas saya kerana telah memberi saya banyak pendapat dan idea.
Sekian, terima kasih.

1

2.0 PENDAHULUAN

Saya, Farish Fezran bin Masran merupakan pelajar Tingkatan 2 di Maktab
Rendah Sains MARA Gerik. Saya telah memilih tajuk Sisa Domestik kerana
tajuk ini memudahkan saya untuk membuat pemerhatian dan tinjauan serta
membuat rujukan daripada laman sesawang dan juga buku-buku yang
berkaitan.

Kawasan kajian ialah di Taman Ayer Keroh Heights Seksyen 1, Ayer Keroh,
Melaka kerana ianya merupakan kawasan tempat tinggal saya. Saya telah
menetapkan empat (4) objektif kajian yang perlu saya capai untuk
melengkapkan kerja lapangan saya iaitu :-

2.1 Menyatakan jenis dan contoh sisa domestik yang terdapat di Taman
Ayer Keroh Heights Seksyen 1, Ayer Keroh, Melaka.

2.2 Mengenalpasti tiga (3) punca pembuangan sisa domestik.
2.3 Menjelaskan tiga (3) kesan pembuangan sisa domestik yang terdapat di

Taman Ayer Keroh Heights Seksyen 1, Ayer Keroh, Melaka.
2.4 Menghuraikan tiga (3) langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa

domestik secara bijaksana di kawasan sasaran iaitu Taman Ayer Keroh
Heights Seksyen 1, Ayer Keroh, Melaka.

Saya menggunakan tiga (3) kaedah iaitu kaedah pemerhatian, kaedah soal
selidik dan kaedah rujukan. Saya mengambil masa selama tiga (3) minggu
untuk menyiapkan kerja lapangan saya.

2

Berikut merupakan jadual kerja saya dalam menyiapkan kerja lapangan ini:

Bil Tarikh Perkara

1. 23/05/2022 i. Menerima taklimat dan tugasan kerja

lapangan Geografi daripada guru mata

pelajaran iaitu Cikgu Ahmad Makky bin

Ismail.

ii. Berbincang dengan guru bentuk

pelaksanaan yang hendak dilakukan.
2. 25/05/2022 Pemilihan tajuk kerja lapangan – sisa domestik

i. Merangka perancangan dan jadual kerja

mengenai aktiviti yang hendak dilakukan.

ii. Membuat catatan untuk melaksanakan

tugasan yang diberikan dengan betul.

iii. Mencari maklumat berkenaan sisa

domestik dalam akhbar, buku-buku rujukan

Geografi dan buku teks.

iv. Melayari internet untuk mendapatkan lebih

banyak maklumat.

3. 05/06/2022 Pergi ke tempat kajian.

i. Membuat pemerhatian ke atas kawasan

kajian.

ii. Mengambil gambar jenis-jenis sisa

domestik di kawasan kajian.

4. 07/06/2022 Merekodkan kajian

i. Menyenaraikan maklumat yang diperolehi

semasa membuat pemerhatian di kawasan

kajian.

5. 13/06/2022 Menulis pendahuluan dan penghargaan

6. 15/06/2022 Membuat soal selidik

i. Merekabentuk soal selidik menggunakan
aplikasi “Google Form”.

7. 21/06/2022 Memberikan soalan selidik kepada penduduk

kawasan kajian.

3

8. 23/06/2022 Mengumpul dan membuat penulisan berdasarkan
kepada semua jawapan daripada soalan selidik.
i. Membuat Analisa daripada data yang
diperolehi daripada “google form” yang
telah diberikan kepada penduduk kawasan
kajian.
ii. Menghasilkan bahan grafik yang sesuai
samada graf/carta berdasarkan data yang
diperolehi.
iii. Menulis hasil kajian yang diperolehi.
iv. Menyemak hasil penulisan bersama cikgu
v. Membuat penambahbaikan sepertimana
yang disyorkan oleh cikgu.

9. 30/06/2022 Penghantaran kerja lapangan ditangguhkan sehingga
15 Julai 2022.

4

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dibuat di sekitar Taman Ayer Keroh Heights Seksyen 1, Ayer
Keroh, Melaka bertujuan untuk :-
3.1 Mengenalpasti jenis dan contoh sisa domestik yang terdapat di Taman
Ayer Keroh Heights Seksyen 1, Ayer Keroh, Melaka.
3.2 Mengenalpasti tiga (3) punca pembuangan sisa domestik.
3.3 Menjelaskan tiga (3) kesan pembuangan sisa domestik yang terdapat di
Taman Ayer Keroh Heights Seksyen 1, Ayer Keroh, Melaka.
3.4 Menghuraikan tiga (3) langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa
domestik secara bijaksana di kawasan sasaran iaitu Taman Ayer Keroh
Heights Seksyen 1, Ayer Keroh, Melaka.

5

KAJIAN KES:
TAMAN AYER KEROH
HEIGHTS SEKSYEN 1, AYER

KEROH, MELAKA

6

4.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan Taman Ayer Keroh Heights Seksyen 1 terletak di bahagian utara
Melaka Tengah. Kawasan ini terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran
Hang Tuah Jaya (MPHTJ). Kawasan ini terletak lebih kurang 500 meter
daripada kawasan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka atau Melaka
International Trade Centre (MITC). Pusat perdagangan ini adalah sebahagian
daripada kawasan Hang Tuah Jaya dan telah dirasmikan pada Jun 2003 oleh
Ketua Menteri Melaka. Ianya merangkumi sektor industri, perdagangan,
perlancongan dan rekreasi. Kawasan ini juga merupakan pusat pentadbiran
negeri dan persekutuan dengan beberapa bangunan pentadbiran di sekitar
seperti Wisma Negeri, Bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
(PKNM), Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Menara TM,
Bangunan Menara Persekutuan dan Wisma Persekutuan serta Wisma
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kawasan kajian secara amnya terletak di kawasan pesat pembangunan. Ianya
berhampiran dengan institusi pentadbiran kerajaan, taman perumahan, institusi
pengajian tinggi dan kawasan tarikan pelancongan seperti lain yang terkenal di
sekitar seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Rama-rama, Mini Malaysia
dan Taman Tema Air (Melaka Wonderland) di samping beberapa buah hotel di
sekitar bertaraf 3 hingga 5 bintang seperti Amverton Heritage Resort, Hotel Seri
Malaysia ,Hotel Muzaffar, dan Philea Resort. Pusat Pentadbiran Negeri dan
juga pejabat Ketua Menteri Melaka yang dikenali sebagai Seri Negeri terletak
kira-kira 4 kilometer ke arah barat laut.

7

Peta 1 : Peta Daerah Negeri Melaka

Peta 2: Peta Lokasi Kawasan Kajian

8

5.0 KAEDAH KAJIAN

Penentuan kaedah kajian yang sesuai adalah amat penting dalam
menghasilkan kajian yang lengkap dan tepat. Melalui kaedah kajian, sesuatu
maklumat berkaitan tajuk kajian akan diperolehi dengan mudah dan lengkap.
Antara kaedah yang saya gunakan dalam menjalankan kajian ini ialah: -

5.1 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan kaedah pengumpulan data yang paling mudah
dan cepat. Kaedah ini membantu saya membuat pemerhatian tentang
petempatan di kawasan kajian saya. Saya telah melawat kawasan
kajian saya untuk mengenalpasti jenis-jenis sisa domestik yang terdapat
di sini.

5.2 Soal Selidik
Kaedah ini merupakan kaedah dalam mengumpul maklumat dengan
mengedarkan borang soal selidik menggunakan ‘google form’ kepada
penduduk setempat walaupun negara kita telah pun beralih ke fasa
endemik. Saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberikan
borang soal selidik atas talian sahaja. Saya terlebih dahulu
menyediakan borang yang mengandungi maklumat yang diperlukan
untuk kajian ini.

5.3 Rujukan
Kaedah ini merupakan kaedah yang memerlukan saya membuat
rujukan daripada laman web, buku, majalah, keratan akhbar dan lain-
lain dan kaedah ini merupakan kaedah yang paling sesuai bagi orang
yang baru seperti saya dalam menjalankan kajian lapangan ini.

9

6.0 HASIL KAJIAN

6.1 Istilah Sisa Domestik

6.1.1 Wikipedia

Sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan yang dibuang
dari kawasan perumahan seperti sisa
makanan, plastik, kertas dan bahan logam terpakai. Sisa
buangan toksik pula seperti minyak masak atau enjin, lebihan
racun rumpai atau serangga dan hampas organik. Sisa domestik
terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa domestik dapat
dikelaskan kepada bahan organik dan bahan bukan organik.
Kebanyakan sisa domestik berpunca daripada aktiviti harian
manusia dan bencana alam selebihnya daripada tindak balas
semula jadi alam sekitar.

6.1.2 Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia
(UTEM)

Sisa domestik ialah sisa buangan pepejal seperti sisa makanan,
botol, plastik, kertas dan bahan logam terpakai. Sisa buangan
toksid pula seperti minyak masak atau enjin, lebihan racun
rumpai atau serangga dan hampas organik. Sisa domestik adalah
dalam bentuk pepejal,cecair dan separa pepejal. Majoriti sisa
domestik berpunca daripada aktiviti harian manusia dan
selebihnya dari tindak balas semula jadi alam sekitar.

6.2 Jenis-jenis sisa domestik

Berdasarkan kepada pemerhatian saya dan hasil soal selidik bersama
11 orang responden di taman saya, sisa domestik ini dapat dikelaskan
kepada dua (2) jenis iaitu:

a) Bahan organik ialah bahan yang boleh diuraikan dan dilupuskan dan
dihasilkan dari sumber haiwan dan tumbuhan iaitu sisa makanan,
sisa kebun dan kertas. Sisa makanan dan kertas merupakan sisa
buangan yang sering dan mudah ditemui di kawasan ini.

10

b) Bahan bukan organik pula ialah bahan yang sukar diuraikan dan
dilupuskan dan dihasilkan dari sumber mineral. Bahan-bahan yang
biasa ditemui di taman ini ialah tin, plastik, besi buruk dan kaca.

6.3 Punca-punca pembuangan sisa domestik
Para responden memberi pendapa tentang punca-punca pembuangan
sisa domestik. Punca-punca yang menyebabkan berlakunya
pembuangan sisa domestik ialah :
a) Pembuangan sisa jualan makanan di premis perniagaan oleh
peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab. Keadaan bertambah
buruk apabila penduduk juga turut membuang bekas-bekas plastic
merata rata di sepanjang jalan.

b) Pemungutan dan penegendalian sisa domestik tidak mengikut jadual
oleh kontraktoryang diberikan kontrak menguruskan sisa domestik.

c) Amalan atau tabiat pembuangan sisa domestik oleh penduduk
setempat. Ada di kalangan penduduk tempatan yang mengambil
jalan mudah dengan membiarkan sisa domestik dibiarkan di atas
jalan tanpa penggunaan tong sampah.

6.4 Tiga (3) kesan pembuangan sisa domestik:
Pendapat responden yang diperolehi adalah seperti berikut :-
a) Pemandangan sangatlah menjijikkan
b) Pembiakan lalat atau serangga perosak berleluasa
c) Bau busuk berpanjangan

11

6.5 Tiga (3) langkah mengurangkan pembuangan sisa domestik
a) Kempen Amalan 3R
Kempen amalan 3R iaitu kurangkan (reduce), guna semula
(reuse) dan kitar semula (recycle) akan dapat membantu
mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di kawasan ini.
Contoh : Tong kitar semula diletakkan di jalan-jalan di kawasan
ini.

b) Penguatkuasaan undang-undang
Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu menguatkuasa undang-
undang berkaitan dengan sisa domestik dengan mengenakan
denda dan hukuman yang lebih berat bertujuan untuk memberi
kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga
kebersihan.
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
(Akta 672) dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam (Akta 673) dibuat untuk menguruskan sisa domestik
dengan baik dan sistematik.

c) Gotong-royong
Amalan gotong royong ini adalah amalan yang sangat murni di
kalangan penduduk taman. Mereka harus menanam sifat
bertanggungjawab dan sentiasa bekerjasama dalam menjaga
kebersihan dan keceriaan taman mereka. Pihak berkuasa juga
haruslah sentiasa menjalankan kempen-kempen kesedaran
tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar kepada
penduduk setempat. Contoh adakan pertandingan kawasan deret
rumah tercantik dan ceria agar dapat menarik minat penduduk
taman.

12

7.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, setelah menjalankan kerja lapangan ini, saya
mendapati beberapa sumber yang berkaitan dengan sisa-sisa domestik di
kawasan Taman Ayer Keroh Heights Seksyen 1, Ayer Keroh Melaka.
Antaranya ialah sisa makanan, kertas, plastik, tin, kaca dan botol. Kajian ini
juga membantu saya memahami dengan lebih mendalam tentang kesan-kesan
pembuangan di sekitar kawasan kajian ini. Antara kesan yang dapat dilihat
ialah berlakunya pencemaran, penyebaran wabak penyakit dan peningkatan
kos penyelenggaraan. Langkah-langkah pengurusan sisa domestk yang lebih
bijaksana dan sistematik ialah dengan mengamalkan amalan 3R dan
penguatkuasaan undang-undang.
Dengan itu saya berharap kesan-kesan negatif sisa domestik dapat
dikurangkan dan Taman Ayer Keroh Heights Seksyen 1, Ayer Keroh Melaka
akan menjadi lebih bersih dan ceria pada masa akan datang.

13

8.0 RUJUKAN
8.1 Internet
http://ms.wikipedia.org/
http://www.scribd.com/
8.2 Buku Teks
Abd Rahim Md Nor, 2004, Geogarafi Tingkatan 1, Selangor Darul
Ehsan, Percetakan:Monosetia Sdn. Bhd.
Kunci Emas Formula A PT3 Geografi - Sasbadi

14

LAMPIRAN A
GAMBAR SISA DOMESTIK DI KAWASAN KAJIAN

Foto 1

Foto 2

15

Foto 3
16

LAMPIRAN B

BORANG SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM)

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdAqBJKTmTP3m1NDlKr3hxGaFh
Nm93uFs2ahMQEJ2h99-lcbA/viewform?usp=sf_link

17

ANALISA YANG DIPEROLEHI DARIPADA SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM)
YANG DIEDARKAN KEPADA 11 RESPONDEN

BAHAGIAN A:
LATAR BELAKANG RESPONDEN

18

19

BAHAGIAN B:
JENIS, PUNCA & KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK SERTA CARA MENGURANGKAN
PEMBUANGAN SISA DOMESTIK

20


Click to View FlipBook Version