SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG BESAR (S)
JALAN KUALA PERLIS,
02000 KUALA PERLIS, PERLIS.
TELEFON: 04-9854377
TAJUK:
SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 64
“MALAYSIA PRIHATIN”
NAMA:
MUHAMMAD AMIRRAHMAN BIN ABDUL
KELAS:
4 WIRA
Biodata
Nama: Muhammad Amirrahman bin Abdul
Kelas: 4 Wira
KANDUNGAN
1. PENDAHULUAN
2. BIODATA TUNKU ABDUL RAHMAN
3. SENARAI 8 PERDANA MENTERI
4. SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA
5. SEJARAH BENDERA MALAYSIA
6. NILAI KEMERDEKAAN YANG PERLU DIAMBIL
IKTIBAR
7. PENUTUP/ KESIMPULAN
PENDAHULUAN
Assalamualaikum, saya Muhammad Amirrahman bin Abdul dari
Kelas 4 Wira. Saya akan coretkan tentang hari dan sejarah
kemerdekaan negara kita Malaysia. Tahun ini kita menyambut
hari kemerdekaan yang ke 64. Berbagai rentetan yang kita lalui
dalam meniti hari-hari selepas merdeka. Yang pasti saya amat
Berterima kasih kepada mereka yang telah bertungkus lumus
dalam berkorban demi memerdekakan negara kita dari penjajah
British. Tanpa mereka mungkin kita tidak dapat mengecapi erti
kemerdekaan. Bersama-samalah kita memelihara kesejahteraan
negara kita yang tercinta ini.
BIODATA TUNKU ABDUL RAHMAN
(BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA)
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah dilahirkan pada 8
Februari 1903 dan meninggal dunia pada 6 Disember 1990.
Beliau merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu dari tahun 1955, dan Perdana Menteri pertama
sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah
satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya
beliau dikenali sebagai “Tunku”, beliau juga dikenang
sebagai “Bapa Kemerdekaan Malaysia” dan “Bapa
Malaysia”.
Kehidupan awal
Tunku Abdul Rahman dilahirkan di Istana Tia Tangga, Alor Setar, Kedah yang
lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, merupakan anak lelaki yang ketujuh dan
anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan
Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul
Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak
(Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara
biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti
Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur
30 tahun pada ketika itu.
Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak
sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan
pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap
burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit
puru di kakinya.
Pendidikan
Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu
di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau
belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya
untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah
sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul
Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-
Quran pada waktu petang.
Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar
ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid,
abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir
School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya
di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal
Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.
Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri
Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti
Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan
di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku
tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit
berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel,
Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa
meminta maaf.
Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke
England, tiada sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya
hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di
England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap
dengan tengkolok.
Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama
rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian
bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar
dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan
trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki
peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu
peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak,
beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.
Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-
undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan
keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-
undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku
bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah
pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala
Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada
tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937,
Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping
bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai
Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid
Rahmaniah sempena nama Tunku.
Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk
menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji
Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita
bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai
Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Shah,
ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu
pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah
seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan.
Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika
itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan
Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah
jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak
berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal
pengganti Sultan Kedah.
Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor
Star. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya
diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid mangkat
pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai
Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah
menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.
Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947.
Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau
dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul
Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu,
Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut
kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang
calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun
1949. Setelah belajar 25 tahun , barulah Tunku layak menjadi peguam
Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola
sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada
tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi
Bola Sepak Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga
1976.
SENARAI PERDANA MENTERI MALAYSIA
1-9
BIODATA PERDANA MENTERI KE-9
Nama: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Tarikh lahir: 18 Januari 1960
Tempat lahir: Temerloh, Pahang
Pendidikan
• Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya
(UM) (1980)
• Tingkatan enam (6) di Jaya Akademik
• Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976)
• Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973)
• Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang (1967)
NILAI KEMERDEKAAN YANG PERLU DIAMBIL
IKTIBAR
Iktibar daripada peristiwa penjajahan negara kita ialah kita mestilah
memantapkan perpaduan. Dalam konteks negara kita yang terdiri
daripada pelbagai kaum, perpaduan yang mantap merupakan kunci
utama untuk mengekalkan kemerdekaan negara kita. Antara usaha
untuk memantapkan perpaduan di negara kita ialah kita mesti bersedia
bekerjasama d a n bertoleransi antara satu sama lain dalam menangani
setiap masalah yang timbul. Sikap saling hormat menghormati antara
satu sama lain dapat mewujudkan kehidupan yang harmoni.
Keharmonian kaum dapat dikekalkan dengan tidak menimbulkan isu-
isu sensitif yang berkaitan dengan budaya dan agama kaum lain.
Selain itu, kita haruslah berusaha menjamin perpaduan negara dengan
tidak menyertai aktiviti-aktiviti yang dapat mengugat perpaduan
negara seperti demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram.
Masyarakat Malaysia juga hendaklah bersama-sama menyambut Hari
Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September
sebagai hari perpaduan negara. Anggota masyarakat wajar digalakkan
bersama-sama benganding bahu mengjayakan sambutan hari
kemerdekaan negara kita yang tercinta tanpa mengira kaum.
KESIMPULAN
Sejarah sebenarnya telah meninggalkan kita dengan
beberapa kisah untuk dijadikan tauladan dan
sempadan. Dalam pada itu juga ada banyak nilai-nilai
murni yang kita tidak perasan barangkali. Nilai-nilai
murni yang ditinggalkan ini sebenarnya sangat berkait
rapat dan sangat relevan dengan dunia hari ini.
Justeru itu marilah kita menggunapakai nilai-nilai
murni tersebut untuk kita praktikkan dalam
kehidupan kita seharian dan pada masa akan datang
agar ia menjadi contoh pula kepada generasi baru kita.