1 MODUL STEM H-ON
2 MODUL STEM H-ON KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Prakata 3 2 PROJEK STEM JALINAN MURID (STUDENTS BONDING STEM PROJECTS) Aktiviti 1: Kereta Kuasa Angin Aktiviti 2: Pelancar Bola Kapas Aktiviti 3: Tangan Robotik 4 10 16 3 PROJEK STEM JALINAN KELUARGA (FAMILY BONDING STEM PROJECT) Aktiviti 1: Problem? Got it! 25
3 MODUL STEM H-ON PRAKATA Salam sejahtera, Saya bersyukur kepada Tuhan kerana Modul STEM H-ON yang disediakan oleh guru-guru Kelab STEM, SK St Francis Convent (M) dapat disiapkan dengan sempurna. Tahniah saya ucapkan kepada semua penolong kanan dan penyelaras yang bertungkus lumus mengambil inisiatif merancang dan seterusnya menjayakan modul ini. Usaha ini amatlah saya hargai dan seharusnya diteruskan lagi pada masa hadapan. Pendidikan STEM atau singkatan kepada bidang Sains,Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik merupakan bidang yang telah diberikan penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah mengukuhkan kualiti serta memupuk kesedaran murid dalam STEM melalui inisiatif Gelombang 1 dan Gelombang 2 Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia (PPPM). Oleh yang demikian, Modul STEM H-ON ini amat relevan untuk menjadi panduan kepada semua guru penasihat Kelab STEM dalam menghasilkan perancangan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang berkualiti untuk meningkatkan minat murid dan mengukuhkan konsep STEM dalam kalangan murid. Sehubungan itu, isu murid kurang meminati aktiviti STEM sebelum ini dapat diatasi melalui pembangunan modul ini. Reka bentuk dan pembangunan Modul Strike TP6 ini amat bertepatan dengan Modul 6 dalam TS25 melalui penggunaan Model Kefahaman melalui Rekabentuk (KmR) dalam perancangan semua aktiviti dalam modul. Selaku sekolah TS25, pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan menyediakan perancangan PdPc, aktiviti murid, dan pentaksiran dalam modul ini. Saya berharap modul ini dapat memberi impak postitif kepada semua guru STEM dan murid melalui aktiviti STEM yang menarik dan bermakna sejajar dengan Pendidikan Abad ke-21. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan penghargaaan dan terima kasih kepada semua pentakbir dan guru yang telah berkorban masa, tenaga dan daya fikir untuk menghasilkan modul ini. Semoga pengorbanan dan usaha tersebut akan diberkati oleh Tuhan. DORA LOI SIEW CHOO Guru Besar SK St Francis Convent (M) Kota Kinabalu, Sabah
4 MODUL STEM H-ON PROJEK STEM JALINAN MURID (STUDENTS BONDING STEM PROJECTS) AKTIVITI 1: KERETA KUASA ANGIN
5 MODUL STEM H-ON Tajuk produk Kereta kuasa angin Ringkasan (Project Overview) Goal: Menghasilkan sebuah kereta kuasa angin yang berasaskan bahan buangan. Matlamatnya adalah supaya anda memahami konsep sumber tenaga angin dan perubahan tenaga pada kereta kuasa angin. Role: Anda perlu menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kereta kuasa angin yang berfungsi. Audience: Pelanggan anda adalah guru-guru, ahli keluarga anda, rakan sekumpulan dan juga rakan sekolah. Situation: Kini anda sedang berada dalam situasi menghasilkan perancanganperancangan seperti yang telah disenaraikan di Goal. Product: Anda akan menghasilkan sebuah kereta kuasa angin yang berasaskan bahan buangan kemudian mengukur jarak yang dilalui oleh kereta tersebut selepas ditiup oleh angin Standard: Kereta kuasa angin anda perlu dinilai. Hasil tugasan anda akan dinilai berasaskan rubrik yang disediakan oleh guru. Mata Pelajaran Sains, Matematik, Reka bentuk dan teknologi Tahun 3,4,5 dan 6 Masa 2 sesi perjumpaan Hasil Pembelajaran 1. Murid dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan pendedahan dengan idea baru. (RBT) 2. Murid lebih memahami sumber tenaga angin dan perubahan tenaga ketika menggerakkan kereta kuasa angin yang dihasilkan (Sains) 3. Murid mengukur jarak yang dilalui oleh kereta kuasa angin selepas ditiup oleh angin. (Matematik) Idea Utama The Big Idea Move with the air Soalan Pencetus Idea 1. Bagaimanakah anda dapat meningkatkan jarak yang dilalui oleh kereta kuasa angin? 2. Apakah kepentingan perubahan tenaga dalam kehidupan harian kita?
6 MODUL STEM H-ON Langkah Pengajaran 1. Potong sekeping kadbod untuk membentuk badan kereta. Lekatkan dua penyedut minuman di bahagian bawah kereta untuk membentuk gandar. Pastikan kedua-dua penyedut minuman adalah selari. 2. Gunakan gunting untuk membuat lubang berbentuk "+" dengan berhatihati di tengah setiap penutup botol. 3. Tolak pencucuk satay melalui lubang di penutup botol dan masukkan hujung pencucuk satay yang lain melalui penyedut minuman. 4. Seterusnya tolak penutup botol kedua ke hujung pencucuk satay yang bertentangan dengan penutup botol pertama. 5. Ulangi langkah 3 untuk membuat gandar yang kedua. Pastikan gandar boleh berputar dan kereta boleh bergerak dengan lancar tanpa tersekat. 6. Gunakan gunting untuk membuat lubang kecil di tengah kadbod. Masukkan pencucuk satay secara menegak ke dalam lubang untuk membentuk tiang.
7 MODUL STEM H-ON 7. Gunakan pita pelekat untuk mengukuhkan pencucuk satay pada kadbod. 7. Potong kertas berbentuk layar. Cucuk pencucuk satay tegak melalui keduadua hujung layar untuk menahan pada tempatnya. 8. Letakkan kereta kuasa angin di hadapan kipas, ukur jarak yang dilalui oleh kereta tersebut. 9. Murid melengkapkan tugasan B yang diberikan. Langkah Pembelajaran 1. Murid menonton youtube dan mendengar penerangan tentang penghasilan kereta kuasa angin. 2. Murid mengumpul bahan, merancang dan membina kereta kuasa angin. 3. Murid menguji kereta kuasa angin yang dihasilkan. 4. Murid berbincang dengan rakan lain untuk melengkapkan tugasan B yang diberikan. Sumber Laman web: https://www.sciencebuddies.org/stem-activities/wind-poweredcar?from=YouTube Bahan kertas, penutup botol, pencucuk satay, penyedut minuman, gunting, pita pelekat, kadbod
8 MODUL STEM H-ON TUGASAN MURID 1. Letakkan kereta kuasa angin di hadapan satu kipas. Gunakan kelajuan kipas ‘1’ dan catatkan jarak yang dilalui oleh kereta tersebut. 2. Ulang langkah (1) dengan kelajuan kipas ‘2’ dan ‘3’ . 3. Rekod jarak yang dilalui oleh kereta kuasa angin pada jadual di bawah. Kelajuan kipas Jarak yang dilalui oleh kereta kuasa angin (cm) 1 2 3 Soalan: 1. Tulis perubahan tenaga yang berlaku ketika kereta kuasa angin mula bergerak. 2. Siti mendapati jarak yang dilalui oleh kereta kuasa angin lebih jauh jika kepingan layar yang lebih besar digunakan. Jelaskan.
9 MODUL STEM H-ON RUBRIK PENSKORAN Kategori Pemberat 4 3 2 1 Usaha 3 Kerja menunjukkan usaha yang baik Kerja menunjukkan usaha yang asas Kerja menunjukkan usaha yang minimum Kerja menunjukkan usaha yang kurang Produktiviti 3 Menunjukkan penggunaan masa dan sumber yang cekap dan sangat baik untuk menyiapkan hasil. Menunjukkan penggunaan masa dan sumber yang cekap untuk menyiapkan hasil. Kadang-kadang kurang bersedia dan membuang masa dalam menyiapkan hasil Jarang bersedia dan kerap membuang masa dalam menyiapkan hasil Produk 3 Hasil dibuat dengan kreatif dan kemas Hasil dibuat dengan kemas Hasil kurang kemas Hasil tidak selesai Kefahaman 3 Pemahaman atau aplikasi konsep Matematik yang luar biasa Pemahaman atau aplikasi konsep Matematik yang baik Pemahaman atau aplikasi konsep asas Matematik Pemahaman atau aplikasi konsep Matematik yang minimum 3 Pemahaman atau aplikasi konsep Sains yang luar biasa Pemahaman atau aplikasi konsep Sains yang baik Pemahaman atau aplikasi konsep asas Sains Pemahaman atau aplikasi konsep Sains yang minimum JUMLAH MARKAH /60 51 – 60 markah 41 - 50 markah 31 - 40 markah 21 - 30 markah 11-20 markah 1-10 markah TP 6 TP 5 TP 4 TP 3 TP 2 TP 1
10 MODUL STEM H-ON PROJEK STEM JALINAN MURID (STUDENTS BONDING STEM PROJECTS) AKTIVITI 2: PELANCAR BOLA KAPAS
11 MODUL STEM H-ON Tajuk produk Pelancar bola kapas Ringkasan (Project Overview) Goal: Menghasilkan sebuah pelancar bola kapas yang berasaskan bahan buangan. Matlamatnya adalah supaya anda memahami konsep perubahan tenaga yang berlaku pada pelancar bola kapas. Role: Anda perlu menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan pelancar bola kapas yang berfungsi. Audience: Pelanggan anda adalah guru-guru, ahli keluarga anda, rakan sekumpulan dan juga rakan sekolah. Situation: Kini anda sedang berada dalam situasi menghasilkan perancanganperancangan seperti yang telah disenaraikan di Goal. Product: Anda akan menghasilkan sebuah pelancar bola kapas yang berasaskan bahan buangan kemudian mengukur jarak yang dilalui oleh bola kapas selepas dilancarkan Standard: Pelancar bola kapas anda perlu dinilai. Hasil tugasan anda akan dinilai berasaskan rubrik yang disediakan oleh guru. Mata Pelajaran Sains, Matematik, Reka bentuk dan teknologi Tahun 3,4,5 dan 6 Masa 2 sesi perjumpaan Hasil Pembelajaran 1. Murid dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka dan mededahkan murid dengan idea baru. (RBT) 2. Murid lebih memahami perubahan tenaga yang berlaku ketika menguji pelancar bola kapas yang dihasilkan (Sains) 3. Murid mengukur jarak yang dilalui oleh bola kapas selepas dilancarkan. (Matematik) Idea Utama The Big Idea Pull and soar in the sky Soalan Pencetus Idea 1. Bagaimanakah meningkatkan jarak yang dilalui oleh bola kapas? 2. Apakah kepentingan perubahan tenaga dalam kehiduapan harian kita?
12 MODUL STEM H-ON Langkah Pengajaran 1. Potong satu tiub kertas tandas separuh memanjang dan gulungkan tiub kertas tandas kepada diameter yang lebih kecil. Kemudian tampalkannya untuk dipegang di tempatnya 2. Gunakan gunting atau penebuk lubang anda untuk menebuk dua lubang berhampiran satu hujung. Buat lubang bertentangan antara satu sama lain, setengah inci dari hujung, supaya anda boleh mencucuk pensil anda sepanjang jalan melalui tiub. 3. Tolak pensel anda dengan berhati-hati melalui lubang. 4. Pada tiub kertas tandas kedua anda, potong dua celah ke dalam satu hujung tiub, kira-kira 1/4 inci panjang dan 1/2; jarak seinci. Kemudian, Potong dua lagi celah pada hujung tiub yang sama, betul-betul di seberang dua yang pertama. 5. Gelung dengan berhati-hati satu gelang getah melalui celah pada satu sisi, supaya ia tergantung dari kepingan kadbod di tengah. Letakkan sekeping pita di atas celah untuk mengukuhkan tab kadbod. 6. Gelung gelang getah yang lain melalui celah pada bahagian lain tiub. Apabila anda selesai, tiub harus mempunyai gelang getah yang tergantung pada setiap sisi.
13 MODUL STEM H-ON 7. Pegang tiub jalur getah supaya jalur getah berada di bahagian atas, luncurkan tiub yang lebih sempit ke dalam yang lebih lebar, dengan hujung pensel di bahagian bawah. 8. Gelung dengan teliti setiap hujung gelang getah di sekeliling pensel. 9. Pegang pelancar anda supaya pensel berada di bahagian bawah. Letakkan bola kapas di bahagian atas, supaya ia terletak di dalam tiub yang lebih sempit. 10. Pegang pelancar anda sedikit mendatar tanpa menjatuhkan bola kapas. 11. Tarik kembali pensel supaya tiub dalam memanjang dua inci keluar dari belakang pelancar. Arahkan bola kapas anda dengan berhati-hati—jauhi orang 12. Lepaskan pensel dan lihat bola kapas anda terbang. 13. Murid melengkapkan tugasan B yang diberikan. Langkah Pembelajaran 1. Murid menonton youtube dan mendengar sedikit penerangan tentang penghasilan pelancar bola kapas. 2. Murid mengumpul bahan, merancang dan membina pelancar bola kapas. 3. Murid menguji pelancar bola kapas yang dihasilkan. 4. Murid berbincang dengan rakan lain untuk melengkapkan tugasan B yang diberikan. Sumber Laman web: https://www.sciencebuddies.org/stem-activities/cotton-balllauncher?from=YouTube Bahan Tiub tisu, kadbod, gunting, pelekat, pensel, gelung getah
14 MODUL STEM H-ON TUGASAN MURID 1. Muatkan bola kapas ke dalam pelancar dan tarik pensel ke belakang sejauh 2 cm. Kemudian, lancarkan dan ukur jarak gerakan kapas. 2. Ulang langkah (1) dengan menarik pensel ke belakang sejauh 4 cm dan 6 cm . 3. Rekod jarak yang dilalui oleh bebola kapas. Jarak pensel dari tiub (cm) Jarak yang dilalui oleh bola kapas (cm) Soalan: 1. Tulis perubahan tenaga yang berlaku ketika pelancaran bola kapas. 2. Ramalkan jarak yang dilalui oleh bola kapas apabila pensel ditarik ke belakang sejauh 2 cm dengan menggunakan gelang getah yang lebih tebal?
15 MODUL STEM H-ON RUBRIK PENSKORAN Kategori Pemberat 4 3 2 1 Usaha 3 Kerja menunjukkan usaha yang baik Kerja menunjukkan usaha yang asas Kerja menunjukkan usaha yang minimum Kerja menunjukkan usaha yang kurang Produktiviti 3 Menunjukkan penggunaan masa dan sumber yang cekap dan sangat baik untuk menyiapkan hasil. Menunjukkan penggunaan masa dan sumber yang cekap untuk menyiapkan hasil. Kadang-kadang kurang bersedia dan membuang masa dalam menyiapkan hasil Jarang bersedia dan kerap membuang masa dalam menyiapkan hasil Produk 3 Hasil dibuat dengan kreatif dan kemas Hasil dibuat dengan kemas Hasil kurang kemas Hasil tidak selesai Kefahaman 3 Pemahaman atau aplikasi konsep Matematik yang luar biasa Pemahaman atau aplikasi konsep Matematik yang baik Pemahaman atau aplikasi konsep asas Matematik Pemahaman atau aplikasi konsep Matematik yang minimum 3 Pemahaman atau aplikasi konsep Sains yang luar biasa Pemahaman atau aplikasi konsep Sains yang baik Pemahaman atau aplikasi konsep asas Sains Pemahaman atau aplikasi konsep Sains yang minimum JUMLAH MARKAH /60 51 – 60 markah 41 - 50 markah 31 - 40 markah 21 - 30 markah 11-20 markah 1-10 markah TP 6 TP 5 TP 4 TP 3 TP 2 TP 1
16 MODUL STEM H-ON PROJEK STEM JALINAN MURID (STUDENTS BONDING STEM PROJECTS) AKTIVITI 3: TANGAN ROBOTIK
17 MODUL STEM H-ON Tajuk produk TANGAN ROBOTIK Ringkasan (Project Overview) Goal: Tugasan anda adalah untuk menghasilkan sebuah model ‘Robotic Hand’ yang berfungsi dan praktikal berasaskan bahan buangan. Matlamatnya adalah supaya anda memahami konsep merancang, membina dan melaksanakan sesuatu tugasan melibatkan proses penggunaan bahan yang terbuang dan mengurangkan pembaziran bahan. Cabaran atau masalah yang mungkin anda hadapi adalah tempoh masa yang diberikan tidak mencukupi. Halangan yang perlu diatasi adalah memilih bahan yang sesuai untuk menghasilkan ‘Robotic Hand’ yang berfungsi dan praktikal untuk kegunaan harian. Role: Anda sebagai seorang perancang untuk mencipta sebuah ‘Robotic Hand’ yang berfungsi dan praktikal. Anda dikehendaki untuk memahami konsep 3R, menerapkan nilai kerjasama apabila bekerja dalam kumpulan, merekacipta model ‘Robotic Hand’ lengkap dengan ukuran dan akhirnya menghasilkan sebuah model ‘Robotic Hand’ yang berfungsi dan praktikal. Tugas/peranan anda menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah model ‘Robotic Hand’ yang mana bukan sahaja sebagai objek perhiasan tetapi juga sebagai objek serbaguna. Audience: Pelanggan anda adalah guru-guru, ahli keluarga anda, rakan sekumpulan dan juga rakan sekolah. Golongan ini yang menjadi sasaran anda kerana mereka yang akan bekerjasama dengan anda dalam proses mencari bahan, memantau dan memberi nasihat, berkongsi pendapat dan memberikan komen yang membina. Anda dikehendaki meyakinkan ahli keluarga dan jiran anda tentang kebaikan konsep 3R dalam melestarikan kehidupan seharian. Situation: Kini anda sedang berada dalam situasi menghasilkan perancanganperancangan seperti yang telah disenaraikan di GOAL. Cabarannya, anda perlu berurusan dengan ahli kumpulan yang mungkin tidak akan bersetuju dengan cadangan-cadangan anda. Product: Anda akan menghasilkan perancangan yang terperinci seperti bahan buangan yang diperlukan untuk menghasilkan model ‘Robotic Hand’. Anda dikehendaki untuk membuat lakaran sebuah stabail mengikut ukuran yang telah anda tentukan sendiri berdasarkan tema yang anda pilih. Anda dikehendaki menghasilkan sebuah stabail mengikut ukuran dan tema pilihan anda. Standard: Pencapaian anda perlu dinilai. Hasil tugasan anda akan dinilai berasaskan rubrik yang disediakan oleh guru. Perancangan dan penghasilan rekaan anda adalah berdasarkan kemampuan menarik keyakinan, kreativiti dan inovasi, dan praktikal.
18 MODUL STEM H-ON Mata Pelajaran Sains, Matematik, Reka bentuk dan teknologi Tahun 3,4,5 dan 6 Masa 2 sesi perjumpaan Hasil Pembelajaran 1. Murid dapat menghasilkan model tangan robotik menggunakan bahanbahan terbuang. 2. Murid dapat mengukur dengan menggunakan ukuran yang betul. 3. Murid dapat mempraktikkan penggunaan model tangan robotik di hadapan rakan-rakan dan guru. 4. Murid dapat menerangkan dengan jelas cara-cara penghasilan model dengan bahasa yang mudah difahami. 5. Murid boleh membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa betul. Soalan Pencetus Idea 1. Bagaimanakah model tangan robotik ini dapat membantu manusia dalam kehidupan seharian? 2. Apakah kepentingan robotik pada zaman sekarang? Langkah Pengajaran 1. Sediakan peralatan seperti kepingan kadbod, pensel, beberapa batang penyedut minuman, benang, pisau pemotong/gunting, gam dan penebuk lubang. 2. Letakkan tapak tangan pada kepingan kadbod. Kemudian, lakarkan bentuk tapak tangan anda menggunakan pensel atau pen.
19 MODUL STEM H-ON 3. Pastikan lakaran tapak tangan jelas untuk memudahkan proses pemotongan / guntingan mengikut bentuk tapak tangan murid. Boleh menggunakan pembaris agar lakaran lebih kemas. 4. Proses pemotongan dilakukan menggunakan pisau pemotong atau gunting. Semasa proses ini anda perlu lebih berhati-hati untuk mengelakan kecederaan. 5. Bentuk tapak tangan yang telah siap dipotong. 6. Tandakan ruas jari pada kadbod tersebut menggunakan pensel.
20 MODUL STEM H-ON 7. Lipatkan ruas jari yang telah ditandakan pensel dengan menggunakan pembaris. 8. Sediakan beberapa batang penyedut minuman. 9. Gunting penyedut minuman mengikut ukuran 1.5 cm ( 14 potongan ) 10. Lekatkan potongan penyedut minuman pada setiap ruas menggunakan gam.
21 MODUL STEM H-ON 11. Sediakan 4 potongan penyedut minuman yang berukuran 2.5cm dan lekatkan pada bahagian tapak tangan (di bahagian bawah jari telunjuk hingga jari kelingking ). 12. Tebuk lubang pada kadbod (bawah ibu jari) dan lekatkan potongan penyedut minuman (1cm) kemudian gamkan. 13. Sediakan gelungan kadbod dan lekatkan pada bahagian bawah model menggunakan gam. 14. Lekatkan 3 potongan penyedut minuman berukuran 1cm di bahagian belakang model.
22 MODUL STEM H-ON 15. Sediakan 5 potongan benang yang panjangnya berukuran 25cm.Kemudian masukkan benang tersebut ke dalam potongan penyedut minuman. Bahagian hujung benang (bahagian atas) diikat dan dilekatkan menggunakan gam. 16. Hujung benang (bahagian bawah) diikat seperti dalam gambar. 17. Uji model dengan memegang objek-objek yang terdapat di sekitaran. Langkah Pembelajaran 1. Murid menonton youtube dan mendengar sedikit penerangan tentang penghasilan model ‘Robotic Hand’. 2. Murid mengumpul bahan, merancang dan membina model ‘Robotic Hand’. 3. Murid menguji model ‘Robotic Hand’ yang dihasilkan. Sumber Laman web: https://youtu.be/Etow1QnrANg https://youtu.be/e1c095iTIqs Bahan Kepingan kadbod, pensel, beberapa batang penyedut minuman, benang, pisau pemotong/gunting, gam dan penebuk lubang.
23 MODUL STEM H-ON TUGASAN MURID 1. Hitungkan kos penghasilan satu tangan robotik dalam jadual di bawah Bahan yang digunakkan Kos (RM) Jumlah kos Soalan: 1. Berapakah jumlah kos untuk menghasilkan 3 model tangan robotik? 2. Bagaimanakah tangan robotik ini dapat membantu manusia dalam kehidupan seharian?
24 MODUL STEM H-ON RUBRIK PENSKORAN Kategori Pemberat 4 3 2 1 Usaha 3 Kerja menunjukkan usaha yang baik Kerja menunjukkan usaha yang asas Kerja menunjukkan usaha yang minimum Kerja menunjukkan usaha yang kurang Produktiviti 3 Menunjukkan penggunaan masa dan sumber yang cekap dan sangat baik untuk menyiapkan hasil. Menunjukkan penggunaan masa dan sumber yang cekap untuk menyiapkan hasil. Kadang-kadang kurang bersedia dan membuang masa dalam menyiapkan hasil Jarang bersedia dan kerap membuang masa dalam menyiapkan hasil Produk 3 Hasil dibuat dengan kreatif dan kemas Hasil dibuat dengan kemas Hasil kurang kemas Hasil tidak selesai Kefahaman 3 Pemahaman atau aplikasi konsep Matematik yang luar biasa Pemahaman atau aplikasi konsep Matematik yang baik Pemahaman atau aplikasi konsep asas Matematik Pemahaman atau aplikasi konsep Matematik yang minimum 3 Pemahaman atau aplikasi konsep Sains yang luar biasa Pemahaman atau aplikasi konsep Sains yang baik Pemahaman atau aplikasi konsep asas Sains Pemahaman atau aplikasi konsep Sains yang minimum JUMLAH MARKAH /60 51 – 60 markah 41 - 50 markah 31 - 40 markah 21 - 30 markah 11-20 markah 1-10 markah TP 6 TP 5 TP 4 TP 3 TP 2 TP 1
25 MODUL STEM H-ON PROJEK CUTI SEKOLAH PROJEK STEM JALINAN KELUARGA (FAMILY BONDING STEM PROJECT) AKTIVITI 1: PROBLEM? GOT IT!
26 MODUL STEM H-ON Ringkasan (Project Overview) Goal: Menghasilkan satu reka cipta/model yang berasaskan bahan buangan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Matlamatnya adalah supaya anda memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Role: Anda perlu menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan reka cipta / model. Audience: Pelanggan anda adalah guru-guru, ahli keluarga anda, dan rakan sekolah. Situation: Kini anda sedang berada dalam situasi menghasilkan perancanganperancangan seperti yang telah disenaraikan di Goal. Product: Anda akan menghasilkan satu reka cipta/model yang berasaskan bahan buangan kemudian menghitung kos penghasilannya. Standard: Reka cipta / model anda perlu dinilai. Hasil tugasan anda akan dinilai berasaskan rubrik yang disediakan oleh guru. Mata Pelajaran Sains, Matematik, Reka bentuk dan teknologi Tahun 3,4,5 dan 6 Masa 2 sesi perjumpaan Hasil Pembelajaran 1. Murid dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan pendedahan dengan idea baru. (RBT) 2. Murid dapat mengaplikasi konsep sains dalam pembinaan reka cipta/ model untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian (Sains) 3. Murid dapat menghitung kos penghasilan reka cipta /model dengan tepat (Matematik) Idea Utama The Big Idea Problem? Got it! Soalan Pencetus Idea 1. Apakah masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian? 2. Bagaimanakan anda memperbaiki reka cipta/ model yang dibina pada masa akan datang? Langkah Pembelajaran 1. Murid mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian. 2. Murid mereka cipta / model untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat dipersekitaran. 3. Murid menjawab tugasan yang diberikan oleh guru. Sumber Laman web: https://www.youtube.com/watch?v=tMgOoIDJz3A Bahan kertas, penutup botol, pencucuk satay, penyedut minuman, gunting, pita pelekat, kadbod dan lain-lain bahan yang terdapat di persekitaran
27 MODUL STEM H-ON PUPILS’ TASK INSTRUCTION: STEP 1 STEP 2 1. Identity a daily life problem in your surroundings. 2. Search information on how to solve the problem with your family members. 1. Design and create a tool / model with your family members to solve your daily life problem. • You may use recycled/reused materials in your surroundings (eg: boxes, cardboard, ice cream sticks, bottles, etc) • Snap a few photos on the process of making the product with your family members. 2. Complete the worksheets given. 3. Record a video (3-5 minutes) to explain about your product. EXAMPLES: PROBLEM SOLUTION My mother wants to plant some spring onion at home but she does not have a pot. Design and create a simple pot using styroform. https://www.youtube.com/watch?v=LDL38NrSepM&t=72s My younger brother always places his stationary all over the table. Create an organizer box to store the stationary neatly. https://www.youtube.com/watch?v=tMgOoIDJz3A
28 MODUL STEM H-ON WORKSHEET Nama: _______________________________ Class:_________________ OBJECTIVE: TO SOLVE THE DAILY LIFE PROBLEM WHAT PROBLEM DO I NEED TO SOLVE? MATERIALS I USED TO MAKE MY PROJECT MATERIAL PRICE (RM) TOTAL PRICE (RM) STEPS TO MAKE MY PROJECT 1. 2. WHAT DID I LEARN FROM THIS PROJECT? IN THE FUTURE, HOW WOULD YOU IMPROVE YOUR PRODUCT?
29 MODUL STEM H-ON RUBRIK PENSKORAN Kategori Pemberat 4 3 2 1 Usaha 3 Kerja menunjukkan usaha yang baik Kerja menunjukkan usaha yang asas Kerja menunjukkan usaha yang minimum Kerja menunjukkan usaha yang kurang Produktiviti 3 Menunjukkan penggunaan masa dan sumber yang cekap dan sangat baik untuk menyiapkan hasil. Menunjukkan penggunaan masa dan sumber yang cekap untuk menyiapkan hasil. Kadang-kadang kurang bersedia dan membuang masa dalam menyiapkan hasil Jarang bersedia dan kerap membuang masa dalam menyiapkan hasil Produk 3 Hasil dibuat dengan kreatif dan kemas Hasil dibuat dengan kemas Hasil kurang kemas Hasil tidak selesai Kefahaman 3 Pemahaman atau aplikasi konsep Matematik yang luar biasa Pemahaman atau aplikasi konsep Matematik yang baik Pemahaman atau aplikasi konsep asas Matematik Pemahaman atau aplikasi konsep Matematik yang minimum 3 Pemahaman atau aplikasi konsep Sains yang luar biasa Pemahaman atau aplikasi konsep Sains yang baik Pemahaman atau aplikasi konsep asas Sains Pemahaman atau aplikasi konsep Sains yang minimum JUMLAH MARKAH /60 51 – 60 markah 41 - 50 markah 31 - 40 markah 21 - 30 markah 11-20 markah 1-10 markah TP 6 TP 5 TP 4 TP 3 TP 2 TP 1