KKEELLEESSTTAARRIIAANN
MMAANNHHAAJJAAHHLLII SSUUNNNNAAHHWWAALLJJAAMMAAAAHH
IIIXX 11000044::PPEENNGGAANNTTAARR PPEENNGGAAJJIIAANN
UUSSUULLUUDDDDIINN
22002222//22002233
BBAAHHAAGGIIAANN::AAKKIIDDAAHH
Nama
Ahli Kumpulan
1)MUHAMMAD SHAHMIL BIN SAIDIN
(22005263/1)
2)MUHAMMAD AMMAR FITRI BIN NASARUDDIN
(22005264/1)
3)MOHAMAD HAZWAN BIN RASHI
(U2002352)
4)MUHAMMAD HAFIZ BIN YUSOF
(22005151/1)
1
ISI KANDUNGAN
1.Definisi kelestarian....................................................................3
2.Definisi Ahlu Sunnah Wal Jamaah......................................4
3.Keraguan yang dibawa..........................................................5
4.Definisi Ateis................................................................................6
5.Dalil-Dalil Ateis............................................................................7
6.Persoalan yang Timbul............................................................8
7.Penolakkan Fahaman Ateis....................................................9-14
8.Cabaran Ahlu Sunnah wal Jamaah pada masa kini....15
9.Rumusan......................................................................................16
10.Rujukan......................................................................................17
DEFINISI KELESTARIAN
Makna kelestarian secara umum : keadaan sesuatu yang
Lestari
Makna Kelestarian dalam Dewan Bahasa dan Pustaka pula
ialah : keadaan (hutan,persekitaran,dan lain-lain) yang tidak
berubah dan terpelihara seperti asal atau keaslian.
Jika dilihat dari kata terbitan atau Masdar lafaz kelestarian
berasal dari perkataan Lestari, Lestari pula bermakna : tidak
berubah-ubah, kekal, tetap, melestarikan dan menetapkan.
Sementara kamus pelajar menyatakan definisi kelestarian
ialah : tetap seperti sedia kala dan tidak berubah pelestarian
perbuatan atau hal memelihara sesuatu supaya kekal seperti
sedia kala.
Maka dalam perbahasan buku ini kelestarian digunakan
untuk tujuan mengekalkan sesuatu yang dipegang dan
relevan untuk diguna pakai sepanjang zaman.
3
DEFINISI AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
Berkata Al-‘Allamah Al-Sayyid Murtadha Al-Zabidi pada fasal
kedua dari mukadimah syarah kitab Qawa’id Al-‘Aqaid dari kitab
Ihya’ ‘Ulum al-Din: jika disebut lafaz “Ahlu Sunnah Wal Jamaah”
maka yang dimaksud adalah Asya’irah dan Maturidiyah.
Berkata Syeikh Al-Khayali di dalam hashiyyahnya bagi sharh al-
aqaid al-Nasafiyyah : Asya’irah adalah Ahlu Sunnah Wal Jamaah.
Inilah pendapat yang masyhur di daerah-daerah Khurasan, Iraq,
Syam (Syria, Lebanon dan Jordan) dan majoriti penjuru negeri-
negeri Islam. Sedangkan di daerah-daerah seberang sungai
(Transoxiana) lafaz Ahlu Sunnah Wal Jamaah disebut untuk
Maturidiyah, iaitu para sahabat (pengikut) Imam Abu Mansur.
Dalam kata-kata Syeikh Abdullah al-Muyuriqi ada dinyatakan :
“Ahlu Sunnah itu adalah dari kalangan Malikiyyah, Syafi’iyyah,dan
majoriti Hanafiyyah membela Agama dengan mengguna pakai
metodologi kalam Imam Abu Al-Hasan Al-Ash’ari dan mereka
berhujah dengan menggunakan bentuk hujahan beliau.
Kemudian, Syeikh Abdullah Al-Muyuriqi menyenaraikan banyak
ulama Malikiyyah yang membela mazhab Ash’ari serta
membidaahkan golongan yang bercanggah dengan mazhab
tersebut.
4
KERAGUAN YANG DIBAWA
Seorang Ateis mengatakan bahawa orang yang beragama
sentiasa menanyakan mengapa mereka (para pengikut
fahaman Ateis) berpegang dan beriqtikad bahawa
Kewujudan Dunia ini adalah semulajadi dan menafikan
kewujudan pencipta (tuhan) dan mereka menyatakan
bahawa setiap manusia yang lahir itu tidak beragama.
Mereka menambah pula bahawa orang yang beragamalah
yang patut dipersoalkan kerana orang beragama mereka
ialah golongan yang bertentangan dengan keadaan Ketika
manusia dilahirkan (tidak beragama).
5
DEFINISI ATEIS
Ateisme bukan satu agama tetapi merupakan satu bentuk
kepercayaan yang menafikan kewujudan Tuhan. Kepercayaan
Ateisme bertentangan dengan teisme, yang merujuk kepada
kewujudan sekurang-kurangnya satu Tuhan. Walaupun penafian
tuhan sudah wujud pada zaman-zaman kuno, contohnya pada
zaman jahiliah, tetapi hanya pada abad ke-19, ateisme membentuk
menjadi satu fahaman dan aliran pemikiran, dengan adanya ahli
fikir yang berterus-terang menafi kewujudan tuhan dengan dalil-
dalilnya yang tersendiri. Tokoh-tokoh ateisme yang terkenal ialah
Friedrich Nietzsche (1844–1900), dan juga Karl Marx (1818–1883).
Terma "Ateisme" berasal daripada bahasa Yunani ἄθεος (atheos),
yang bermaksud, "tanpa Tuhan". Terma ini digunakan oleh
golongan yang menafikan kewujudan Tuhan yang disembah oleh
golongan majoriti dalam sesebuah masyarakat. Dengan
perkembangan "kebebasan minda" (freethought) dan kritikan
terhadap agama, penggunaan terma "ateisme" kemudiannya
menjadi lebih spesifik dan terurus. Abad ke-18, Zaman Kesedaran,
menyaksikan antara individu pertama yang menggelarkan diri
mereka sebagai "ateis', manakala Revolusi Perancis merupakan
antara peristiwa pertama yang menyaksikan pergerakan politik
yang menyokong idea pemikiran manusia.
Hujah-hujah menyokong ateisme mengambil pendekatan
sejarah, falsafah dan sosial. Antara rasional untuk menafikan
kewujudan Tuhan adalah kekurangan bukti empirikal,
permasalahan kesengsaraan dan permasalahan logikal.
6
DALIL-DALIL ATEISME
Sebagai satu fahaman, ateisme mempunyai dalil-dalilnya sendiri
untuk menafi kewujudan tuhan. Dalil-dalilnya adalah seperti di
bawah
• Kewujudan tuhan tidak memenuhi kriteria sebagai satu
kewujudan
Ini adalah kerana Tuhan tidak mempunyai jasad yang dapat diterima
oleh deria manusia dan tidak pula dapat dikesan oleh mesin-mesin.
Perasaan manusia mengenai kewujudan Tuhan dianggap khayalan
semata-mata.
• Masalah kesengsaraan di atas bumi
Adanya kejahatan dan kesengsaraan di dunia menunjukkan bahawa
Tuhan yang mempunyai kuasa mutlak dan bersifat baik tidak wujud.
Sekiranya Tuhan yang berkuasa mutlak dan bersifat baik wujud,
mengapakah ia mengizinkan kejahatan dan kesengsaraan ini terus
berlaku?
• Masalah Logikal
Soalan "Adakah Tuhan itu berkuasa untuk mencipta satu batu yang
terlalu berat, yang tidak mampu diangkat oleh dirinya sendiri?".
Soalan ini menunjukkan sifat Maha Berkuasa yang ada pada Tuhan
sukar melalui ujian logik.
• Teori Penipuan-Sendiri(Teori Pragmatisme)
Manusia mencipta tuhan untuk tujuan kawalan sosial dan sebagai
tongkat untuk menghadapi kematian ataupun kesusahan.
• Ketidaksinambungan
Terdapat beribu-ribu agama di dunia ini dan masing-masing
mempunyai imej Tuhan tersendiri dan bercanggah antara satu sama
lain. Jika wujudnya satu Tuhan yang Maha Adil dan Maha
Mengetahui, keadaan ini tidak mungkin berlaku.
7
PERSOALAN YANG TIMBUL
Mengikut peredaran zaman dan setelah melalui beberapa fasa
kebangkitan islam serta kejatuhannya, aqidah Ahlu Sunnah Wal
Jamaah sudah lagi tidak dianggap relevan oleh sesetengah pihak
yang berpegang dengan fahaman Ateisme, islamophobia dan
liberalisme . Antara hujah mereka ialah pemikiran islam terlalu
jumud dan terbatas. Tambahan pula, kebanyakan penganut
fahaman ini terdiri dari golongan professional dan influencer.
Persoalannya, adakah manhaj Ahlu Sunnah Wal Jamaah masih lagi
relevan pada zaman sekarang?
8
PENOLAKKAN FAHAMAN ATEIS
Seperti yang telah dijelaskan dalam bab definisi ateis,
golongan ini mendakwa bahawa kejadian alam itu tanpa
pencipta dan menafikan kewujudan pencipta (tuhan). Maka,
Sejauh manakah kebenaran dari dakwaan mereka?
Pertama sekali, cara untuk kita menolak fahaman ateis
adalah dengan menggunakan dalil-dalil Al-Quran beserta
kaedah-kaedah dalam ilmu logika (mantiq). Ini penting bagi
mensabitkan sesuatu perkara itu benar atau salah melalui
pembuktian (istidlal) selepas membuat pencerapan makna
(tasawwur) yang boleh kita lakukan dengan aqal kita.
Dalam ilmu Mantiq ini ada beberapa istilah yang perlu
difahami terlebih dahulu. Iaitu definisi dan nama-nama bagi Al-
Qadhiah (pernyataan), definisinya ialah : pernyataan yang
mempunyai kebarangkalian benar ataupun dusta. Dengan
kata lain, Al-Qadhiah adalah pernyataan yang dihukumkan
padanya sebagai benar ataupun dusta.
Nama-nama lain bagi Al-Qadhiah adalah seperti berikut :
9
a- Da’wa : pernyataan yang disebut apabila ia berhajat
kepada bukti
b- Matlub : gabungan hujah metode pembuktian
(muqaddimah sughra/muqaddimah kubra)
c- Muqaddimah : premis 1 (sughra) premis 2 (kubra)
d- Natijah : hasil ataupun kesimpulan daripada hujah yang
diberi
Seterusnya, kita akan cuba pratikkan dakwaan mereka
dengan kaedah-kaedah ilmu mantiq.
a- Da’wa : Tuhan itu tidak wujud
b- Matlub : jika tuhan itu tidak wujud maka kita juga tidak
akan wujud, kerana kita memerlukan pada pencipta untuk
wujud
c- Muqaddimah : (premis 1) sekiranya tuhan itu tidak wujud,
nescaya kita dan alam ini tidak wujud (premis 2) akan tetapi
kita telah ada
d- Natijah : maka pernyataan Tuhan tidak wujud itu adalah
batil dan dusta
10
Dalil-dalil dari Al-Quran dan Al-Hadith sebagai hujah untuk
menolak fahaman Ateis :
َأْم ُخِلُقو۟ا ِم ْن َغ ْيِر َش ْىٍء َأْم ُهُم ٱْلَٰخِلُقوَن
Maksudnya:Atau apakah mereka tercipta tanpa asal-usul
ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)? Al-
Tur ; 35
َأْم َخَلُقوا الَّس َم اَواِت َواَأْلْرَض َبْل اَل ُيوِقُنوَن
Maksudnya: Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi
itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang
yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah
mengakuinya). Al-Tur: 36
ُكُّل َم ْو ُلوٍد ُيوَلُد َع ىَل اْلِف ْط َرِة َف َأَبَواُه ُيَه ِّوَداِنِه َأْو ُيَنِّص َراِنِه َأْو ُيَم ِّجَس اِنِه
Maksudnya:“Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah,
maka ibubapanyalah yang mebuatnya menjadi Yahudi, atau
Nasrani, atau Majusi.” (HR. Bukhari No. 1319. Muslim No.
)2658
11
Apa yang dimaksudkan dengan fitrah dalam Hadith tersebut?
Fitri atau fitrah bermaksud suci, bersih dan tidak ternoda. Fitrah
manusia pada asal usul kejadiannya adalah suci kerana ia
diciptakan oleh Zat yang Maha Suci iaitu Allah Taala. Oleh
kerana kesucian manusia inilah, Allah memuliakan manusia
berbanding makhluk lain yang menghuni alam semesta ini.
Sebagai contoh fitrah seorang bayi yang baru dilahirkan
terdapat satu qanun yang digelar sebagai sabab dan musabbab.
Seorang bayi apabila mendengar suara ibunya maka aqalnya
akan berfikir secara tidak lansung bahawa ibunya ada
berdekatan dengannya.
Contoh lain, akal manusia tidak dapat bayangkan kewujudan
sesuatu perkara tanpa pencipta.
Jika ateis menerima ketiadaan pencipta maka mereka juga
menerima sesuatu perkara berlaku tanpa pelaku seperti
kehilangan sebuah kereta tanpa pencuri (pelaku) maka jelas,
terbatal lah dakwaan mereka.
12
Pandangan Al-Quran terhadap Ateis :
َوَق اُلوا َم ا ِه َي ِإاَّل َحَياُتَنا الُّدْنَيا َنُم وُت َوَنْحَيا َوَم ا ُيْه ِلُكَنا ِإاَّل الَّدْه ُر َوَم ا َلُه ْم
بَذِلَك ِم ْن ِع ْلٍم ِإْن ُهْم ِإاَّل َيُظ ُّنوَن
Maksudnya: Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup yang lain
selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup
(silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita
melainkan edaran zaman". Pada hal mereka tidak mempunyai
sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah
menurut sangkaan semata-mata. Surah al-Jathiyah: 24
Dari segi logik pula kita tidak menerima sesuatu perkara tanpa
punca. Begitu juga dengan sesuatu yang dicipta (makhluk)
maka ia hendaklah mempunyai pencipta (khalik). Kewujudan
makhluk melazimi kewujudan pencipta namun kewujudan
pencipta tidak berhajat pada kewujudan makhluk. Maka,
sesuatu perkara yang dicipta berhajat pada kewujudan si
pencipta kata Al-Imam Fakhruddin Ar-Razi dalam kitab
beliau : Al-Mathalib Al-Aliyah Min Al-Ilm Al-Ilahi
العلة المؤثرة لا بد أن تكون موجودة حال وجود المعلول
Penyebab yang memberi kesan (mewujudkan sesuatu)
mestilah wujud Ketika kewujudan perkara yang
diwujudkannya .
13
Berkata Syeikh al-Maraghi: "Apabila kamu mengalami
kesukaran yang melampau di tengah lautan, nescaya akan
hilang segala lintasan di benak fikiran kamu yang kamu seru
dan mengharapkan manfaat, daripada berhala, jin, raja, orang
atau batu, maka kamu tidak ingat apa pun melainkan Allah".
Ada seorang pemuda bertanya kepada Imam Ja’far Sadiq:
Apakah bukti terhadap wujud Allah. Lalu Imam Ja’far bertanya:
Pernahkah kamu naik kapal mengharungi lautan? Pemuda itu
menjawab: Ya. Beliau bertanya: Adakah pernah kamu merasai
angin yang bertiup kencang sampai kamu takut tenggelam?
Pemuda itu meng iyakan. Beliau berkata lagi: Sehingga satu
saat kamu putus pengharapan terhadap para pelaut yang
menolong dan kapal (yang menyelamat)? Pemuda itu
mengiyakan lagi. Tanya Imam Jaafar: Maka adakah ketika itu,
terlintas dalam kepala kamu, ada sesuatu yang boleh
menyelamatkanmu? Kata pemuda tadi: Ya. Ja’afar menjawab:
Itulah Allah.
14
CABARAN AHLU SUNNAH WAL JAMAAH PADA MASA KINI
Setelah berlaku beberapa peralihan zaman, pegangan akidah
majoriti umat islam juga banyak yang bertentangan dengan apa
yang dibawa oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Jika dilihat punca
utamanya adalah dari perbezaan fahaman atau lebih tepat
kesalahan banyak pihak dalam memahami isi Al-Quran dan Al-
Hadith. Jika dilihat kesemua pihak menyatakan bahawa
firqah(kumpulan) mereka ialah yang benar dan selain dari mereka
adalah firqah yang sesat. Disebabkan pernyataan seperti inilah
yang menjadikan pengikut sesuatu kumpulan itu bertambah ramai
kerana pengaruh dan logik yang digunakan.
Sememangnya, hanya akan ada satu kumpulan yang benar
seperti hakikat warna putih dan hitam. Warna putih itu akan kekal
sebagai warna putih ia tidak akan berubah menjadi warna kuning
atau coklat secara hakikat dan hakikat warna hitam tidak akan
berubah warna putih atau ungu kerana hakikatnya adalah hitam.
Jika berlaku perubahan sekalipun perubahan itu adalah
perubahan sifat, dan kita tidak akan menamakan ia dengan nama
hakikatnya lagi. Begitu juga dengan kebenaran dan kebatilan,
yang batil akan kekal sebagai batil dan yang benar (haq) akan
kekal dengan kebenarannya.
Manhaj yang benar-benar berpegang dengan Al-Quran dan As-
Sunnah adalah manhaj Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Namun
disebabkan telah lahirnya banyak fahaman-fahaman baru maka
manhaj ini sentiasa mendapat penolakan dan penentangan dari
setiap sudut. Pada zaman moden ini, penentangan ahlu sunnah
wal jamaah banyak dilakukan oleh kumpulan Syi’ah dan
Salafiyyah. Yang lebih bahaya lagi penentangan ini banyak
dilakukan oleh mereka yang mengaku sebagai ahlu sunnah
namun bersembunyi dibalik wajah Syi’ah.
15
RUMUSAN
Sebagai penutup penulisan ini, dapat disimpulkan bahawa
Manhaj Ahlu Sunnah Wal Jamaah adalah relevan sepanjang
zaman dan tak lapuk dek zaman kerana mazhab ini berpegang
teguh dengan prinsip Al-Quran dan As-Sunnah dan metodologi
ini sesuai menjadi teras dalam menolak keraguan dan dakwaan
yang ditimbulkan golongan kebatilan mengikut peredaran
zaman. Begitu banyak kumpulan dan fahaman yang ingin
menjatuhkan manhaj ini namun tidak akan berjaya kerana
pegangan manhaj ini berdiri atas kebenaran.
Allah Azza Wa Jalla telah berfirman dalam Al-Quran :
َوُقۡل َجٓاَء ٱۡلَحُّق َوَزَهَق ٱۡلَٰب ِط ُۚل ِإَّن ٱۡلَٰب ِط َل َكاَن َزُهوٗق ا
Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah
lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang
pasti lenyap. Al-Isra’ ; 81
Maka tugasan kita sebagai seorang muslim yang
bertanggungjawab, kita mestilah memelihara manhaj ini dengan
bersungguh-sungguh daripada terus diserang oleh mereka yang
berada dalam kebatilan. Caranya adalah dengan mempelajari
Aqidah naqiyah (suci) daripada guru-guru yang taqiy (bertaqwa)
dan menggalakkan kenalan kita untuk bersama-sama
memartabatkan Aqidah ini agar ia terus berkembang secara
meluas pada masa akan datang
16
RUJUKAN
1. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (edisi keempat)
2. Kamus pelajar (edisi kedua)
3. Kyai Abu Fadl bin Kyai 'abd al- shakur al- sinuri -
Al-Kawakib Al-Luma’ah fi Tahqiq Al-Musamma bi Ahli
Sunnah Wal Jamaah
4. Zainul 'Abidin Bin Abdul Halim -
Sifat 20 Imam As-Sanusi
5. Dr. Ayman Al-Akiti, Zainul 'Abidin bin Abdul Halim
Siapakah Ahlu Sunnah Wal Jamaah
6. Ezham Hakimi Bin Reduan-
Al-Ghayth Al-Mughdiq Syarh Sullam A-l Munawwaraq
17