7BAB CAHAYA DAN
OPTIK
Namakan jenis kanta yang digunakan
untuk membetulkan rabun dekat
dan rabun jauh.
Nyatakan satu kelebihan kanta air
berbanding dengan kanta kaca.
Selain ketebalan, namakan satu
faktor yang mempengaruhi
panjang fokus kanta.
Marilah kita mengkaji
t 1FNCFOUVLBO JNFK PMFI LBOUB
t 1FSBMBUBO PQUJL
200
Buletin Sains
Penggunaan kanta dalam peralatan optik kini semakin
diperluas. Contohnya, telefon yang merupakan alat
komunikasi melalui audio sahaja telah dimajukan sehingga
menjadi telefon pintar yang dapat berfungsi sebagai alat
komunikasi audio visual dengan menggunakan kamera
untuk mengambil gambar foto dan video.
Telefon bimbit Telefon pintar dengan
tanpa kamera lima kamera
Kualiti kamera lazimnya dihubungkaitkan dengan jenis
atau kualiti kanta yang dipasangkan pada kamera tersebut.
Hal ini dikatakan demikian kerana imej di dalam kamera
dibentuk oleh kanta. Selain kaca dan plastik lut sinar,
sebarang bahan lut sinar termasuklah air boleh digunakan
untuk membina kanta. Konsep kanta air adalah seperti
gambar foto di bawah.
Konsep kanta air
Kata Kunci r (BNCBS SBKBI TJOBS r ,VBTB QFNCFTBSBO
r 1BLTJ VUBNB r 5FMFTLPQ
r ,BOUB DFNCVOH r 1VTBU PQUJL r 1FMBSBTBO OPSNBM
r ,BOUB QFOVNQV r +BSBL PCKFL r CCTV
r ,BOUB DFLVOH r +BSBL JNFK r ,BOUB EBMBN
r ,BOUB QFODBQBI r .JLSPTLPQ
r 5JUJL GPLVT QFSBMBUBO PQUJL
r 1BOKBOH GPLVT
201
7.1 Pembentukan Imej oleh Kanta
Kanta Cembung dan Kanta Cekung
Kanta merupakan medium lut sinar seperti kaca yang mempunyai satu atau dua
permukaan melengkung. Kanta dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kanta cembung
dan kanta cekung seperti Rajah 7.1.
Dwicembung Planocembung Meniskus cembung
Kanta cembung
Dwicekung Planocekung Meniskus cekung
Kanta cekung
Rajah 7.1 Kanta cembung dan kanta cekung
Rajah 7.2 menunjukkan lintasan sinar cahaya sebelum dan selepas melalui kanta
cembung dan kanta cekung. Apakah yang berlaku kepada sinar cahaya selepas melalui
kanta-kanta tersebut?
Rajah 7.2 Pembiasan sinar cahaya selepas melalui kanta cembung dan kanta cekung
Berdasarkan Rajah 7.2, sinar cahaya menumpu selepas melalui kanta cembung
manakala sinar cahaya mencapah selepas melalui kanta cekung. Oleh itu, kanta cembung
dikenali sebagai kanta penumpu dan kanta cekung dikenali sebagai kanta pencapah.
202 7.1.1
Bab 7 Cahaya dan Optik
Bagi kanta cembung, titik fokus, F ialah satu titik dengan keadaan sinar cahaya
tuju yang selari dengan paksi utama yang akan menumpu kepadanya selepas melalui
kanta cembung (Rajah 7.3(a)).
Kanta cembung Kanta cekung
Paksi utama
Titik fokus, Titik fokus, Paksi utama
F F
Panjang fokus, f Panjang fokus, f
(a) Kanta cembung (b) Kanta cekung
Rajah 7.3 Titik fokus dan panjang fokus bagi kanta cembung dan kanta cekung
Apabila sinar cahaya yang mencapah selepas melalui suatu kanta cekung
diekstrapolasikan ke belakang, sinar cahaya ini akan bersilang pada suatu titik. Titik
ini ialah titik fokus, F bagi kanta cekung tersebut (Rajah 7.3(b)).
Mari jalankan Aktiviti 7.1 untuk mengkaji beberapa sifat kanta cembung dan kanta
cekung dengan penggunaan Kit Sinar Optik.
Aktiviti 7.1 PAK -21
Menggunakan Kit Sinar Optik untuk: • KBMM
(a) menunjukkan kanta cembung sebagai kanta penumpu dan kanta cekung • Aktiviti inkuiri
sebagai kanta pencapah
(b) menentukan titik fokus bagi kanta cembung dan kanta cekung
Bahan
Kertas putih (saiz 86 cm × 86 cm)
Radas
Kit Sinar Optik yang mengandungi kotak sinar, kanta dwicembung berbentuk silinder,
kanta dwicekung berbentuk silinder, plat tiga celah, pembaris dan pensel
Nota: Aktiviti ini lebih sesuai dilakukan dalam keadaan yang gelap.
7.1.1 203
Arahan
Kotak sinar Plat tiga Kanta dwicembung
celah berbentuk silinder
Lintasan sinar selari
Kertas putih
Rajah 7.4
1. Sediakan susunan radas seperti Rajah 7.4. Video
2. Surih bentuk kanta cembung pada kertas putih dengan
menggunakan pensel. Tandakan titik tengah kanta Eduweb TV:
cembung, iaitu pusat optik, O pada surihan bentuk Fizik – kanta
kanta tersebut. http://buku-teks.
3. Tujukan tiga sinar cahaya selari dari kotak sinar ke arah com/sa5066
kanta cembung. Perhatikan lintasan sinar cahaya sebelum
dan selepas melalui kanta cembung.
4. Buat dua tanda, satu dekat dengan kanta dan satu lagi
jauh dari kanta, pada setiap lintasan sinar cahaya sebelum dan
selepas melalui kanta cembung. Alihkan kanta cembung dari kertas putih.
5. Lukis garis lurus untuk menyambung dua tanda pada setiap lintasan sinar cahaya sebelum
dan selepas melalui kanta cembung (Rajah 7.3(a)) dengan menggunakan pensel
dan pembaris.
6. Tandakan titik persilangan tiga sinar cahaya sebagai titik fokus, F bagi kanta cembung itu.
7. Ulang langkah 1 hingga 5 dengan menggantikan kanta cembung kepada kanta cekung.
8. Ekstrapolasikan sinar cahaya yang terbias selepas melalui kanta cekung ke belakang sehingga
titik persilangan (Rajah 7.3(b)).
9. Tandakan titik persilangan tiga sinar cahaya sebagai titik fokus, F bagi kanta cekung tersebut.
Soalan
1. Mengapakah aktiviti ini sesuai dilakukan dalam keadaan yang gelap?
2. Apakah yang berlaku kepada sinar cahaya selepas melalui kanta yang berikut?
(a) Kanta cembung
(b) Kanta cekung
3. Huraikan pemerhatian yang dibuat dalam aktiviti ini untuk menunjukkan ciri kanta
yang berikut:
(a) kanta cembung sebagai kanta penumpu
(b) kanta cekung sebagai kanta pencapah
204 7.1.1
Bab 7 Cahaya dan Optik
Menentukan Panjang Fokus bagi Suatu Kanta Cembung
Sebelum menjalankan Aktiviti 7.2, mari kita fahami istilah-istilah optik (Jadual 7.1).
Paksi kanta
Objek
Paksi utama O F 2F
2F F Imej
ff
uv
(a) Kanta cembung
Paksi kanta
Objek
Paksi utama Imej O
F
2F F 2F
v
f f
u
(b) Kanta cekung
Rajah 7.5 Kanta cembung dan kanta cekung
Jadual 7.1 Istilah optik dan penerangannya
Istilah optik Penerangan
Pusat optik, O Titik pada pusat kanta. Sinar cahaya yang melalui pusat optik tidak terbias.
Paksi utama Garis lurus yang melalui pusat optik sesuatu kanta dan titik fokus, F.
Paksi kanta Garis lurus yang menerusi pusat optik dan berserenjang dengan paksi utama.
Titik fokus, F • Bagi kanta cembung, titik fokus, F ialah titik pada paksi utama, iaitu
(Rujuk tempat penumpuan sinar cahaya selari dengan paksi utama selepas
Rajah 7.3) melalui kanta.
• Bagi kanta cekung, titik fokus, F ialah titik pada paksi utama, iaitu
sinar cahaya selari dengan paksi utama seolah-olah mencapah dari titik
ini selepas melalui kanta.
Panjang fokus, ƒ Jarak antara titik fokus, F dengan pusat optik.
Jarak objek, u Jarak antara objek dengan pusat optik.
Jarak imej, ν Jarak antara imej dengan pusat optik.
7.1.2 205
Mari jalankan Aktiviti 7.2 untuk menentukan Sinar oF
panjang fokus bagi suatu kanta cembung cahaya O
dengan penggunaan objek jauh melalui aplikasi selari dari
konsep bahawa sinar cahaya dari objek jauh objek f
adalah selari (Rajah 7.6). jauh
Rajah 7.6
Aktiviti 7.2
Menentukan panjang fokus bagi suatu kanta cembung dengan penggunaan PAK -21
objek jauh
• KBMM
• Aktiviti inkuiri
Radas
Kanta cembung, pemegang kanta, skrin putih dan pembaris meter
Arahan Tingkap
1. Sediakan susunan radas seperti bilik makmal Kanta
Rajah 7.7. cembung Skrin putih
2. Halakan kanta cembung ke suatu
objek jauh di sebelah luar tingkap Pemegang kanta
yang terbuka.
3. Laraskan kedudukan skrin putih
sehingga suatu imej yang tajam bagi Rajah 7.7
objek jauh itu terbentuk pada skrin.
4. Ukur dan catat jarak antara pusat kanta cembung dengan skrin, iaitu panjang fokus, ƒ
kanta cembung tersebut dengan menggunakan pembaris meter.
Soalan
1. Mengapakah objek di dalam bilik makmal tidak digunakan untuk menentukan panjang fokus
bagi suatu kanta cembung dalam aktiviti ini?
2. Nyatakan ciri imej yang terbentuk pada skrin putih.
3. Jika kanta cembung dalam aktiviti ini digantikan dengan kanta cekung, bolehkah
panjang fokus kanta cekung dianggarkan? Terangkan jawapan anda.
Gambar Rajah Sinar untuk Menentukan Ciri Imej
Kanta Cembung dan Kanta Cekung
Selain melakukan aktiviti dengan menggunakan radas yang Video
sesuai seperti dalam Aktiviti 7.2, kedudukan imej dan
ciri-ciri imej yang dibentuk oleh kanta cembung dan Langkah-langkah
kanta cekung dapat ditentukan melalui gambar rajah sinar. melukis gambar
rajah sinar
Teliti dan fahami Jadual 7.2 yang menerangkan http://buku-teks.
kaedah melukis gambar rajah sinar dengan melukis dua com/sa5067
sinar cahaya utama untuk menentukan ciri imej yang
dibentuk oleh kanta cembung dan kanta cekung.
206 7.1.2 7.1.3
Bab 7 Cahaya dan Optik
Jadual 7.2 Kaedah melukis gambar rajah sinar
Kanta cembung
1 Sinar cahaya yang selari dengan paksi utama terbias dan melalui titik fokus, F.
Objek 1
F 1
F
2 Sinar cahaya yang menuju ke pusat optik bergerak pada garis lurus melalui pusat optik
tanpa terbias.
Objek 1
2
1 Imej nyata
F F
2
Kanta cekung
1 Sinar cahaya yang selari dengan paksi utama terbias dan seolah-olah dari titik fokus, F.
1
Objek 1
FF
2 Sinar cahaya yang menuju ke pusat optik bergerak pada garis lurus melalui pusat optik
tanpa terbias.
Objek 1 1
2 F
F Imej maya 2
7.1.3 207
Jadual 7.3 dan 7.4 menunjukkan kedudukan objek, gambar rajah sinar, kedudukan imej
dan ciri-ciri imej masing-masing bagi kanta cembung dan kanta cekung.
Jadual 7.3 Gambar rajah sinar untuk menentukan ciri-ciri imej kanta cembung
Kedudukan Gambar rajah sinar Kedudukan Ciri-ciri
objek imej imej
Objek lebih Imej di • Nyata
jauh dari 2F antara F • Songsang
dengan 2F • Dikecilkan
Objek
2F F F 2F
Imej
Objek Imej di 2F • Nyata
pada 2F • Songsang
Objek F F 2F • Sama saiz
Objek di 2F Imej
antara F dengan
dengan 2F objek
Imej lebih • Nyata
jauh dari 2F • Songsang
• Dibesarkan
Objek F 2F
2F
F
Imej
Objek Imej di • Maya
pada F infiniti • Tegak
• Dibesarkan
Objek
2F F F 2F
Objek di Jarak imej • Maya
antara F lebih jauh • Tegak
dengan pusat dari F • Dibesarkan
optik
Imej F
(Digunakan Objek
sebagai F
kanta
pembesar) 7.1.3
208
Bab 7 Cahaya dan Optik
Jadual 7.4 Gambar rajah sinar untuk menentukan ciri-ciri imej kanta cekung
Kedudukan Gambar rajah sinar Kedudukan Ciri-ciri
objek imej imej
Objek lebih Di antara • Maya
jauh dari 2F
pusat optik • Tegak
Objek dengan titik • Dikecilkan
fokus
2F F Imej F 2F
Objek di Objek Di antara • Maya
antara F 2F F Imej pusat optik • Tegak
dengan pusat dengan titik • Dikecilkan
optik fokus
F 2F
Nota: Ciri-ciri imej yang dibentuk oleh kanta cekung bagi mana-mana jarak objek ialah:
• maya CABARAN
• tegak MINDA
• dikecilkan
• berada di antara objek dengan kanta cekung Praktis pengukuhan
http://buku-teks.com/sa5068
Praktis Formatif 7.1
1. Namakan jenis kanta di dalam mata manusia.
2. Rajah 1 menunjukkan dua jenis kanta.
Kanta X Kanta Y
Rajah 1
(a) Namakan jenis kanta yang berikut:
(i) Kanta X (ii) Kanta Y
(b) (i) Kanta yang manakah berfungsi sebagai kanta pencapah?
(ii) Kanta yang manakah berfungsi sebagai kanta penumpu?
(c) Tandakan titik fokus bagi kanta X dan Y dengan huruf F.
3. Bagaimanakah kanta cembung digunakan sebagai kanta pembesar?
7.1.3 209
7.2 Peralatan Optik
Kegunaan peralatan optik lazimnya dihubungkaitkan dengan jenis imej, iaitu nyata atau
maya, dan saiz imej yang dibentuk oleh kanta. Gambar rajah sinar dalam Jadual 7.3 dan
7.4 menunjukkan bahawa saiz imej
yang dibentuk oleh sesuatu kanta
bergantung pada kedudukan
objek dari pusat kanta.
Kanta pembesar Mikroskop Teleskop astronomi
Gambar foto 7.1 Peralatan optik
Gambar foto 7.1 menunjukkan tiga peralatan optik. Perihalkan ciri-ciri imej akhir yang
dibentuk oleh tiga peralatan optik ini.
Pembentukan Imej Akhir oleh Mikroskop
Perhatikan dua gambar rajah sinar dalam Rajah 7.8.
(a) Objek di antara F dengan 2F (b) Objek di antara F dengan pusat optik, O
Kanta objek Kanta mata
Objek F F 2F F O F
2F
O Objek
Imej Imej
Kedudukan imej: Imej lebih jauh dari 2F Kedudukan imej: Imej lebih jauh dari F
Ciri-ciri imej: • Nyata Ciri-ciri imej: • Maya
• Songsang • Tegak
• Dibesarkan • Dibesarkan
Rajah 7.8 Gambar rajah sinar bagi pembentukan imej oleh kanta objek dan kanta mata mikroskop
210 7.2.1
Bab 7 Cahaya dan Optik
Berdasarkan pemahaman anda tentang dua gambar rajah sinar dalam Rajah 7.8,
pembentukan imej akhir oleh mikroskop ditunjukkan dalam Rajah 7.9.
Kanta objek Kanta mata
2Fo Objek Imej Garis binaan
Fo Fe
Imej pertama,
maya Fo Fe Io
akhir,
I
Rajah 7.9 Gambar rajah sinar yang menunjukkan pembentukan imej akhir dalam mikroskop
Menentukan Kuasa Pembesaran Mikroskop
Kuasa pembesaran mikroskop
= Kuasa pembesaran kanta objek × Kuasa pembesaran kanta mata
Contoh SSaaininss
Gambar foto 7.2 menunjukkan sebuah mikroskop Kenal pasti kanta
dengan kanta mata yang mempunyai kuasa objek dan kanta
pembesaran 4 kali dan mata mikroskop
kanta objek yang http://buku-teks.
mempunyai kuasa com/sa5069
pembesaran 40 kali.
Gambar foto 7.2 211
Hitung kuasa pembesaran mikroskop.
Penyelesaian
Kuasa pembesaran mikroskop
= Kuasa pembesaran kanta objek × Kuasa pembesaran kanta mata
= 40 × 4
= 160 kali
7.2.1
Pembentukan Imej Akhir oleh Teleskop
Perhatikan dua gambar rajah sinar dalam Rajah 7.10.
(a) Objek di infiniti (b) Objek pada F
Kanta objek
Kanta mata
FF 2F F F 2F
Imej Objek
Kedudukan imej: Imej di F Kedudukan imej: Imej di infiniti
Ciri-ciri imej: • Nyata Ciri-ciri imej: • Maya
• Songsang • Tegak
• Dikecilkan • Dibesarkan
Rajah 7.10 Gambar rajah sinar bagi pembentukan imej oleh kanta objek dan
kanta mata teleskop
Berdasarkan pemahaman anda tentang dua gambar rajah sinar dalam Rajah 7.10,
pembentukan imej akhir oleh teleskop ditunjukkan dalam Rajah 7.11.
Sinar tuju selari fo fe Fe
dari objek yang
jauh Fo
Fe
Fo Imej pertama, Io
Kanta objek Imej akhir maya Kanta mata
di infiniti, I
Rajah 7.11 Gambar rajah sinar yang menunjukkan pembentukan imej akhir dalam teleskop
Pada pelarasan normal, jarak di antara kanta objek dan kanta mata = ƒo + ƒe
di mana ƒo = panjang fokus kanta objek,
ƒe = panjang fokus kanta mata
supaya imej dilihat dalam keadaan yang lebih selesa.
212 7.2.1
Bab 7 Cahaya dan Optik
Aktiviti 7.3 PAK -21
Membina model teleskop ringkas • KMK, KIAK, STEM
• Aktiviti menghasilkan
Bahan
Silinder kertas berongga dan pita selofan inovasi
Radas
Kanta cembung dengan panjang fokus, ƒo ≥ 10 cm, kanta cembung dengan panjang fokus,
ƒe ≤ 2 cm, pembaris, gunting atau pisau dan pensel
Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Kumpulkan maklumat daripada Internet, media cetak dan media elektronik lain tentang
perkara yang berikut:
(a) jenis, saiz dan fungsi kanta yang digunakan dalam teleskop
(b) kriteria pemilihan kanta objek dan kanta mata teleskop yang dapat menghasilkan imej
yang paling jelas dan terang
(c) gambar rajah sinar untuk menunjukkan pembentukan imej dalam sebuah teleskop ringkas
3. Bincangkan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan Borang Strategi Data K-W-L
sebagai panduan untuk mereka bentuk dan membina teleskop ringkas anda. Anda boleh
memuat turun dan mencetak borang tersebut daripada laman web yang diberikan di bawah.
Muat turun Borang Borang Strategi Data K-W-L
Strategi Data K-W-L Apa yang murid sudah tahu, ingin tahu dan akan tahu (carta K-W-L)
http://buku-teks.com/
sa5070
Sudah tahu Ingin tahu Akan tahu
(K – Know) (W – Wonder) (L – Learn)
4. Buat lakaran reka bentuk teleskop ringkas.
5. Bina rekaan mengikut lakaran yang dibuat.
6. Komen tentang keberkesanan rekaan dan tambah baik rekaan yang dihasilkan.
7. Persembahkan hasil reka bentuk dan binaan teleskop kumpulan anda.
Soalan
1. Mengapakah bahan binaan silinder yang sesuai digunakan untuk membuat model teleskop
adalah legap dan bukan lut sinar ataupun lut cahaya?
2. Apakah jarak di antara kanta objek dengan kanta mata supaya imej akhir dapat dilihat dalam
keadaan yang lebih selesa?
3. Apakah nama keadaan yang disebut dalam soalan 2?
7.2.2 213
Aplikasi Kanta dalam Peralatan Optik
Kamera DSLR Kamera litar tertutup (CCTV) Kamera pengintip di
(digital single-lens reflex) beresolusi tinggi dalam alat keselamatan
dengan dua kanta berbeza
Gambar foto 7.3 Contoh peralatan optik yang menggunakan aplikasi kanta
Perkembangan teknologi dalam bidang optik membolehkan ketebalan kanta yang
digunakan dalam peralatan optik seperti telefon pintar dan televisyen litar tertutup
(closed-circuit television, CCTV) menjadi setebal beberapa milimeter sahaja. Kajian
optik telah berjaya membina kanta rata atau flat lens yang setebal beberapa mikron
sahaja (1 mikron = 0.001 mm). Apakah kesan kanta rata terhadap saiz dan ketebalan
telefon pintar?
Panjang fokus kanta dalam kamera DSLR mempengaruhi medan penglihatan.
Semakin pendek panjang fokus kanta, semakin luas medan penglihatan seperti
Gambar foto 7.4.
Imej kamera yang dibentuk menggunakan Imej kamera yang dibentuk menggunakan
kanta dengan panjang fokus 70 mm dari kanta dengan panjang fokus 24 mm dari
jarak 15 m jarak 15 m
Gambar foto 7.4 Imej yang terbentuk menggunakan panjang fokus yang berbeza
214 7.2.3
Bab 7 Cahaya dan Optik
Aktiviti 7.4 PAK -21
Mengkaji sumbangan sains dan teknologi dalam penciptaan peralatan • KMK, KIAK, KBMM
optik untuk membantu atau mengatasi had keupayaan deria • Aktiviti perbincangan
penglihatan manusia
Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Kumpulkan maklumat daripada Internet, media cetak dan media elektronik lain tentang
perkara yang berikut:
(a) penggunaan kanta pada peralatan harian seperti kamera, telefon pintar,
projektor LCD, cermin mata, kanta pembesar dan CCTV
(b) ketebalan kanta kamera dan panjang fokus kanta kamera bagi telefon pintar
3. Bincangkan maklumat yang telah anda kumpulkan.
4. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda dalam bentuk persembahan multimedia.
SSaaininss
Gambar foto 7.5 menunjukkan sebuah kanta air yang
diletakkan di bawah sinaran matahari.
Video
Kanta air dapat berfungsi
sebagai kanta pembesar
http://buku-teks.com/sa5099
(Medium: bahasa Inggeris)
Gambar foto 7.5 Kanta air
Praktis Formatif 7.2
1. Nyatakan ciri-ciri imej yang dibentuk oleh kanta pembesar.
2. Teleskop X terdiri daripada kanta objek dengan panjang fokus 30 cm dan
kanta mata yang mempunyai panjang fokus 5 cm.
Berapakah jarak pemisahan di antara kanta objek dengan kanta mata apabila
teleskop X berada dalam keadaan pelarasan normal?
7.2.3 215
216 Rumusan
Cahaya dan Optik
Pembentukan imej Peralatan optik
oleh
Kanta cembung Kanta cekung Mikroskop Teleskop Kamera, telefon
atau atau pintar, projektor LCD,
Ciri imej akhir: Ciri imej akhir: cermin mata, kanta
Kanta penumpu Kanta pencapah • maya • maya pembesar, CCTV
• dibesarkan • dibesarkan
• songsang • songsang untuk mengatasi
Gambar rajah Had keupayaan
sinar deria penglihatan
manusia
Kuasa pembesaran mikroskop Pada pelarasan
normal, jarak
= Kuasa pembesaran × Kuasa pembesaran di antara kanta objek
kanta objek kanta mata dengan kanta mata
= ƒo + ƒe
Refleksi Kendiri Bab 7 Cahaya dan Optik
Selepas mempelajari bab ini, anda dapat: 7.2 Peralatan Optik
Memerihalkan pembentukan imej
7.1 Pembentukan Imej oleh Kanta akhir oleh teleskop dan mikroskop.
Memerihalkan kanta cembung Mereka bentuk dan membina
sebagai kanta penumpu dan kanta teleskop ringkas.
cekung sebagai kanta pencapah. Berkomunikasi tentang aplikasi kanta
Menentukan panjang fokus bagi dalam peralatan optik.
suatu kanta cembung menggunakan
objek jauh.
Menentukan ciri-ciri imej melalui
gambar rajah sinar bagi imej yang
dibentuk oleh kanta cembung dan
kanta cekung.
Praktis Sumatif 7 Kuiz
http://buku-
Jawab soalan yang berikut: teks.com/
sa5071
1. Lukis gambar rajah sinar yang memerihalkan sifat
kanta yang berikut:
(a) kanta cembung sebagai kanta penumpu
(b) kanta cekung sebagai kanta pencapah
217
2. Rajah 1 menunjukkan suatu objek diletakkan di hadapan kanta cembung pada jarak
kurang daripada panjang fokus, ƒ.
Objek F
F
Rajah 1
(a) Lukis gambar rajah sinar dalam Rajah 1 untuk menentukan imej yang dibentuk
oleh kanta cembung tersebut.
(b) Nyatakan ciri-ciri imej yang dibentuk oleh kanta cembung dalam Rajah 1.
3. (a) Mengapakah telefon pintar mempunyai beberapa kamera?
(b) Seorang murid menjalankan satu eksperimen untuk membentuk imej maya
dengan menggunakan kanta cembung. Terangkan cara murid ini membentuk
imej maya berdasarkan susunan radas seperti Rajah 2.
P 2F Q F R F 2F
Rajah 2
(i) Tulis pernyataan masalah.
(ii) Nyatakan kedudukan objek (di P, Q atau R).
(iii) Dengan menggunakan anak panah (↑) sebagai objek, lukis gambar rajah
sinar untuk menunjukkan pembentukan dan kedudukan imej. Lengkapkan
Rajah 2 untuk mendapatkan jawapan anda.
(iv) Nyatakan dua ciri-ciri lain bagi imej yang terbentuk di 3(b)(iii).
218
Bab 7 Cahaya dan Optik
Praktis Pengayaan
4. Optik merupakan bidang sains tentang sifat cahaya, interaksi antara cahaya
dengan bahan seperti kaca, penglihatan manusia dan alat yang menggunakan atau
mengesan cahaya. Perhatikan dan fahami isi kandungan poster dalam Rajah 3.
Kanta cembung Kanta cekung
Kanta cembung ini membuatkan Kanta cekung ini membuatkan
mata saya kelihatan lebih besar. mata saya kelihatan lebih kecil.
Adakah anda tahu sebabnya? Adakah anda tahu sebabnya?
Bagaimanakah kanta dapat membuatkan sesuatu objek itu kelihatan lebih besar atau
lebih kecil?
Kanta cembung Kanta cekung
Imej lalat dibesarkan Imej lalat
dikecilkan
Seekor lalat yang dilihat melalui
sebuah kanta cembung akan kelihatan Seekor lalat yang dilihat melalui sebuah
lebih besar daripada saiz sebenarnya. kanta cekung akan kelihatan lebih kecil
daripada saiz sebenarnya.
Kanta boleh digabungkan untuk membuat peralatan optik
yang istimewa
Rajah 3
Bagaimanakah keberkesanan poster ini dalam menerangkan konsep pembentukan
imej oleh kanta dan peralatan optik dalam pembelajaran optik?
219