3. SAJAK “SANG GEMBALA KUDA” – MOHD HASHIM OTHMAN
A MAKSUD
RANGKAP 1
Gembala kuda seorang lelaki yang gagah perkasa dan berani menghadapi cabaran
dalam tugasannya menghalau kuda-kuda supaya masuk ke kandang dengan
penyembat.
RANGKAP 2
Gembala kuda amat sayang akan kuda-kudanya dengan memberikan makanan
berbentuk jerami dan rumput kepada kudanya yang lapar.
RANGKAP 3
Gembala mempunyai suara yang kuat dan berani menghadapi pelbagai cabaran
dalam usaha me;indungi kuda-kudanya daripada menjadi mangsa perburuan.
RANGKAP 4
Gembala kuda itu menunggang kuda dengan pantas tanpa mempedulikan
kesukaran yang dihadapinya kerana dia sedar akan tanggungjawabnya.
B TEMA DAN PERSOALAN
Tema
Tema sajak ini ialah tugas penjaga kuda yang mampu mengawal kudanya dengan
penyembat sebagai lambang kekuatan dan kekuasaannya di kandang.
Persoalan
(a) Keberanian menghadapi cabaran tugas
(b) Keperkasaan seorang gembala
(c) Kuda memerlukan makanan untuk terus bekerja
(d) Kekuasaan mengawal dan menggembala kuda
(e) Perjuangan mempertahankan kebenaran
(f) Kegigihan menjalankan tugas
C GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI
(a) Metafora
Bukti: dengan cemeti keberanian di tangan
meranduk rumput di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
(b) Paradoks
Bukti: Rembat angkuhnya memacu takut
(c) Sinkope
Bukti: tak peduli nasib diri setelah kenyang
(d) Imejan
Bukti: kuda-kuda, padang, rumput, jerami, rimba, lumpur, dan paya,
(e) Anafora
Bukti: hanya mnegenal pantas tunggangan
hanya tahu mengejar kehebatan
Bukti: tanpa membaca keletihannya
tanpa menghitung kesakitannya
(f) Epifore
Bukti: dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi
(g) Repitasi
Bukti: ditunggangi dan ditunggangi
(h) Pengulangan baris
Bukti: Dia lelaki sang gembala kuda (rangkap 4, baris 1 dan baris 4)
UNSUR BUNYI
(a) Asonansi (pengulangan bunyi huruf vokal a,e,i,o,u)
Bukti: hanya tahu mengejar kehebatan
(b) Aliterasi (pengulangan bunyi huruf konsonan)
Bukti: tanpa menghitung kesakitannya
D NILAI MURNI
(a) Keberanian
(b) Kegigihan
(c) Ketabahan
(d) Kerajinan
(e) Kebijaksanaan
E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah berani menghadapi cabaran dalan tugas.
(b) Kita mestilah gigih bekerja untuk mencari rezeki yang halal.
(c) Kita mestilah tabah menghadapi dugaan hidup yang mendatang.
(d) Kita mestilah rajin dalam setiap tugasan yang diberikan.
(e) Kita mestilah bijak dalam menyelesaikan setiap masalah.