The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur faridah abu bakar, 2020-11-21 01:45:03

JAWAPAN KOMSAS TING 4

JAWAPAN KOMSAS TING 4

JAWAPAN LATIHAN 1 (CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJA)

i. Kebaikan menternak ayam secara kontrak ialah penternak mudah
memperoleh bekalan anak ayam dan makanannya. Selain itu, kemudahan
pengangkutan disediakan oleh pihak syarikat penternakan.

ii. Cara yang dilakukan unuk meringankan beban hutang yang ditanggung oleh
rakan saya melalui bantuan kewangan daripada pihak kerajaan dan
memperoleh sumbangan daripada tokoh korporat. Selain itu, saya akan
menggalakkan rakan saya untuk membeli anak ayam serta makanannya
secara tunai.

iii. Nilai yang terdapat dalam petikan ialah simpati. Sebagai contoh, Azam
bersimpati dengan nasib Hakim yang terpaksa menanggung beban hutang
yang apabila menjalankan penternakan ayam berskala besar. Manakala nilai
yang terdapat dalam cerpen ialah kegigihan, contohnya kegigihan Hakim,
seorang lepasan universiti mengusahakan penternakan ayam secara moden.

JAWAPAN LATIHAN 2 (CERPEN MUNSYI)

i. Perkara yang dibimbangkan oleh bonda sekiranya Mel bermastautin di ibu kota
ialah pengaruh hedonisme dan modenisme yang melanda anak-anak muda.

ii. Pada pendapat saya, bahasa ibunda mesti dimartabatkan kerana bahasa
ibunda merupakan bahasa rasmi dan menjadi lambang jati diri rakyat
Malaysia. Selain itu, bahasa ibunda menjadi bahasa pengantar ilmu
pengetahuan / menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara
bangsa.

iii. Persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas ialah usaha
menghidupkan semangat patriotisme dalam jiwa anak-anak muda. Sebagai
contoh, bonda meminta anaknya melengkapkan diri dengan ilmu agama dan
menguasai bahasa ibunda dengan baik sebelum berhijrah ke kota. Manakala
persoalan lain daripada cerpen ialah kesan penjajahan kepada penduduk
peribumi. Sebagai contoh, penjajah gagal mengagihkan kekayaan sama rata
antara kaum dan akibatnya berlaku persengketaan yang menyebabkan
pertumpahan darah.

1

JAWAPAN LATIHAN 3 (CERPEN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL)

i. Jaket kulit tidak praktikal untuk kegunaan harian di Malaysia kerana pengguna
akan berasa panas dalam cuaca terik dan jaket ini memerlukan penjagaan
yang rapi.

ii. Usaha-usaha yang boleh diambil untuk memastikan binatang liar seperti kijang
tidak terus dibunuh adalah dengan mewartakan Undang-undang
Pemeliharaan Hidupan Liar dan mewujudkan tempat pelindungan bagi
hidupan liar. Selain itu, kerajaan menggubal akta untuk menghalang pemburu
haram / meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar.

iii. Pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas kita janganlah
membunuh binatang liar semata-mata untuk mendapatkan keuntungan.
Sebagai contoh, untuk mendapatkan sehelai jaket kulit terpaksa membunuh
seekor atau lebih kijang. Manakala pengajaran lain daripada cerpen yang tidak
terdapat dalam petikan kita perlulah bijak merancang perbelanjaan. Sebagai
contoh, penulis merancang perbelanjaan dan membuat senarai barangan
yang ingin dibeli.

JAWAPAN LATIHAN 4 (DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA)

i. Aiman tidak berminat menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana
baginya program ini hanya menyusahkannya. Dia juga berbangga dengan
kekayaan yang dimiliki oleh ayahnya / menganggap program seperti ini
membuang masa dan tenaga sahaja / PLKN hanya sesuai untuk orang susah
sahaja.

ii. Pihak kerajaan boleh menarik minat generasi muda bagi menyertai Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah dengan mengiklankan kepentingan
program ini di media massa dan menyediakan peruntukan yang besar bagi
pelaksanaan progran ini . Selain itu, kerajaan mewajibkan PLKN disertai oleh
pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpilih / mengiktiraf
penglibatan PLKN sebagai penglibatan peringkat kebangsaan dalam kokurikulum.

iii. Nilai yang terdapat dalam petikan ialah baik hati. Sebagai contoh, Posmen
menyerahkan surat tawaran PLKN kepada Aiman sambil menasihatinya agar
menerima tawaran tersebut. Manakala nilai lain yang tidak terdapat dalam petikan
ialah cinta akan negara. Sebagai contoh, rakan-rakan Aiman yang terdiri daripada
Nora, Syuhada, Ai Tiau dan Sundrani sangat teruja dan berbangga apabila nama
mereka terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

2

JAWAPAN LATIHAN 5 (PROSA TRADISIONAL)
i. Laksamana telah mengambil sebahagian daripada harta rampasan itu. Harta

rampasan yang ada pada Laksamana diagihkan pula kepada tiga bahagian iaitu
sebagaian didermakan kepada fakir miskin, sebahagian lagi diberikan kepada
pegawai yang kehilangan kuasa / sebahagian diberikan pada semua pengikutnya.
ii. Reaksi Patih Gajah Mada apabila mendengar berita Ketala Sari dibunuh oleh
Laksamana ialah dia mencari jalan untuk mengalahkan Melaka dan membunuh
Laksamana. Selain itu, Patih Gajah Mada juga mencari orang yang sanggup
membunuh Laksamana dan Ratu Melaka.
iii. Pada pendapat saya, seorang pemimpin perlu bersikap rasional dalam membuat
keputusan supaya tindakan itu memberikan kesan yang positif kepada rakyat.
Selain itu sikap rasional dapat mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan dapat
memakmurkan negara.

JAWAPAN LATIHAN 6 (PROSA TRADISIONAL)
i. Maksud rangkai kata penjurit yang terlalu buas itu ialah askar atau pencuri yang

sangat ganas.
ii. Tindakan orang ramai apabila melihat Kertala Sari mati dibunuh ialah ada yang

mengambil kesempatan untuk memotong telinga, kepala, dan lain-lain anggota
badan. Mereka menunjukkan bukti-bukti tersebut kepada raja bagi memperoleh
ganjaran.
iii. Cara untuk mengelakkan seseorang daripada membuat pengakuan palsu adalah
dengan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang keburukan membuat
pengakuan palsu. Selain itu, kerajaan perlu mengenakan hukuman setimpal
terhadap pihak-pihak yang membuat pengakuan palsu. Pendidkan agama perlu
dimantapkan dalam kalangan masyarakat.

3

JAWAPAN LATIHAN 7 (SYAIR BIDASARI)
i. Ketika negeri Kembayat diserang garuda, seluruh rakyat berada dalam keadaan

huru-hara dan masing-masing berlari untuk menyelamatkan diri / negeri Kembayat
menjadi rosak binasa.
ii. Sekiranya saya seorang pemimpin, tindakan yang boleh saya lakukan untuk
menyelamatkan negeri ini daripada ditimpa bencana adalah dengan menyediakan
pasukan tentera yang kuat dan digeruni musuh. Selain itu, saya juga akan
melengkapkan negeri dengan pelbagai peralatan keselamatan agar rakyat
sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan / Saya juga akan
merangka pelbagai strategi bersama-sama rakyat agar kesan bencana dapat
diminimumkan / Saya juga akan menghadapi musibah yang berlaku bersama-
sama rakyat.
iii. Persoalan yang terdapat dalam syair di atas ialah kebijaksanaan pemimpin
memimpin sebuah kerajaan. Sebagai contoh raja negeri Kembayat mentadbir
negeri dengan bijaksana dan melayan semua pedagang dengan saksama. Selain
itu, terdapat persoalan musibah yang tidak boleh diramal. Sebagai contoh, tanpa
diduga negeri Kembayat diserang garuda.

JAWAPAN LATIHAN 8 (GURINDAM DUA BELAS – FASAL YANG KETIGA)
i. Maksud rangkap kedua Gurindam Dua Belas (Fasal yang ketiga) ialah apabila

seseorang menjaga pendengarannya dengan baik maka berita-berita yang tidak
baik dapat dihindari.
ii. Kesan negatif apabila seseorang makan berlebihan adalah akan meningkatkan
berat badan dan boleh mengundang pelbagai penyakit kronik. Selain itu, orang
yang makan berlebihan juga akan bersikap malas.
iii. Nilai yang terdapat dalam gurindam tersebut ialah berhati-hati. Sebagai contoh,
kita dinasihati agar berhati-hati mengawal pancaindera agar tidak mendatangkan
dosa. Manakala nilai lain pula ialah rasional. Sebagai contoh, kita dinasihati
supaya tidak menurut nafsu makan.

4

JAWAPAN LATIHAN 9 (SAJAK AKU MEMBACA LAGI)
i. Maksud rangkap pertama sajak di atas ialah penyajak merasakan dirinya amat

kerdil melihat kebesaran Ilahi yang mencipta pelbagai fenomena alam.
ii. Langkah-langkah yang dapat diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu ialah

menggunakan bahasa ibunda dengan baik dan betul apabila bertutur. Selain itu,
kerajaan boleh mengadakan kempen cinta akan bahasa ibunda bagi memupuk
dan meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat.
iii. Pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah setiap anak bangsa hendaklah
memikul tanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu agar bahasa Melayu
tidak dilupakan. Manakala pengajaran kedua ialah kita mesti berani menghadapi
pelbagai cabaran untuk mempertahankan maruah bahasa Melayu daripada terus
tercemar.

JAWAPAN LATIHAN 10 (SAJAK GELANGGANG)
i. Pesanan penyajak dalam rangkap yang keempat ialah rakyat yang cinta akan

negara perlu mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan pertelingkahan sesama
sendiri.
ii. Pada pendapat saya, rakyat mesti bersatu dalam sebuah negara yang merdeka
bagi mengelakkan pergaduhan sesama sendiri dan berprasangka buruk antara
kaum. Selain itu, rakyat mesti bersatu untuk mengelakkan campur tangan orang
luar dalam politik negara.

iii. Persoalan yang terdapat dalam sajak di atas ialah kepentingan perpaduan dalam
sesebuah negara. Sebagai contoh rakyat mesti bersatu padu untuk
mempertahankan negara daripada sebarang bentuk ancaman. Selain itu, terdapat
persoalan perjuangan generasi terdahulu dalam menuntut kemerdekaan. Sebagai
contoh generasi dahulu berjuang menuntut kemerdekaan dengan keringat dan air
mata.

5


Click to View FlipBook Version