SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata mengentalkan perasaan patriotik. [2 markah]
(ii) Mengapakah perasuah dianggap sebagai musuh negara?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan bagi memupuk
semangat kesetianegaraan dalam kalangan generasi muda?
[4 markah]
MUKA SURAT 51 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN – LATIHAN 13 (NEGERI MELAKA)
PEMAHAMAN
SOALAN (i) Maksud rangkai kata mengentalkan perasaan patriotik
PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Mengukuhkan / memantapkan / 2
menyemarakkan semangat cinta akan negara
SOALAN (ii) Mengapa
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Perasuah tidak takut melakukan rasuah 1
2 Dapat melumpuhkan keseluruhan sistem 1
kenegaraan
3 Amalan mereka mudah merebak jika tidak 1
dibendung
SOALAN (iii) Peranan kerajaan
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Sistem pendidikan/ menerapkan nilai-nilai 2
patriotik dalam setiap aktiviti di sekolah.
contoh- 1 Murid 1 Sukan, kokurikulum, jati diri,
PLKN
2 Program: Kempen semangat kesetianegaraan 2
yang melibatkan golongan remaja
dijalankan dari semasa ke semasa secara
berkesan
3 Memaparkan filem dokumentari yang 2
bertemakan kesetianegaraan melalui media
massa
MUKA SURAT 52 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 14 (SBP)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri remaja dan
cara-cara remaja mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
kata.
Zaman remaja sering kali dikaitkan dengan alam yang penuh pancaroba kerana inilah alam
yang perlu dilalui oleh setiap insan sebelum menginjak ke alam dewasa. Ahli psikologi
memberikan takrifan usia bagi remaja adalah dalam lingkungan 13 hingga 21 tahun. Usia remaja
merupakan usia perubahan atau transisi kanak-kanak kepada remaja sebelum mereka menjadi
dewasa. Fasa transisi merupakan cabaran yang amat getir buat remaja. Sekiranya mereka gagal
mengawal minda atau membuat pertimbangan yang sewajarnya, hal yang negatif amat mudah
terjadi. Remaja akan mudah terkesan dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Sifat
memberontak wujud dalam diri remaja sekiranya keinginan mereka tidak dipenuhi. Ahli keluarga
seharusnya berperanan mendekati para remaja dengan penuh hikmah sewaktu mereka melalui
fasa transisi ini.
Kebanyakan remaja mudah terdorong dengan perkara yang berkaitan dengan seksual.
Selain itu, pada waktu tertentu, emosi remaja mudah menjadi tidak stabil. Malahan, ketika ini juga
mereka mula berkonflik dengan diri sendiri, keluarga atau rakan sebaya. Ada kalanya, semua yang
berlaku serba tidak kena dengan jiwa mereka. Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini,
remaja dilihat sebagai kelompok usia yang paling berisiko terhadap ancaman sosial yang negatif.
Mereka memiliki sifat ingin tahu yang menebal dan mahu mencuba pelbagai perkara yang
dianggap sebagai tindak balas semula jadi yang wujud dalam diri remaja. Kadang kala, fikiran
remaja menjadi keliru dan bercelaru disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuklah keluarga, rakan
sebaya dan persekitaran yang kurang memberangsangkan. Lumrahnya, remaja juga tidak suka
dikongkong oleh orang yang lebih tua daripadanya. Seharusnya para ibu bapa perlu menjadi
sahabat terhadap anak remaja mereka. Namun, situasi inilah yang jarang sekali berlaku dalam
kalangan masyarakat.
Sikap sudah terhantuk baru tengadah perlu dihindari atau dijauhi oleh setiap ahli
masyarakat kerana bimbang akan membawa impak yang lebih buruk. Potensi atau masa depan
remaja pasti akan terjejas sekiranya terlibat dengan gejala yang negatif. Bukanlah sesuatu yang
mudah jika remaja itu ingin kembali ke pangkal jalan, melainkan mereka mempunyai semangat
yang cukup kuat. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Sokongan dan
dorongan daripada orang yang lebih dewasa seharusnya hadir pada saat-saat mereka
memerlukannya. Sesungguhnya remaja hari ini memerlukan perhatian dan bukannya kritikan
semata-mata. Hal ini demikian kerana remaja merupakan modal insan yang bakal memacu
kecemerlangan negara pada masa akan datang.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Cabaran dan Halangan Semasa Transisi Remaja’
oleh Md Nizar Parman
Dewan Siswa, Disember 2016)
MUKA SURAT 53 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN – LATIHAN 14 (SBP)
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan kriteria-kriteria remaja pada era ini. 2
P2 Rumusan membincangkan kriteria-kriteria remaja dan cara-cara 2
mengatasinya 1
P3 Rumusan membincangkan kriteria-kriteria/ faktor-faktor transisi usia 0
remaja dan cara-cara mengatasinya
P4 Petikan/Rumusan membincangkan kriteria-kriteria/faktor-faktor transisi
usia remaja
P5 Petikan/Rumusan membincangkan ciri-ciri transisi usia remaja dan cara-
cara mengatasinya.
TERSURAT (Ciri-ciri remaja) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
S1 Sifat memberontak wujud dalam diri remaja sekiranya keinginan mereka
tidak dipenuhi 2
S2 Remaja mudah terdorong dengan perkara yang berkaitan dengan seksual 2
S3 Emosi remaja mudah menjadi tidak stabil 2
S4 Mereka mula berkonflik dengan diri sendiri, keluarga atau rakan sebaya 2
S5 Mereka memiliki sifat ingin tahu yang menebal 2
S6 Mereka mahu mencuba pelbagai perkara 2
S7 Fikiran remaja menjadi keliru dan bercelaru disebabkan oleh pelbagai faktor 2
S8 Remaja juga tidak suka dikongkong oleh orang yang lebih tua daripadanya 2
S9 Sifat memberontak wujud dalam diri remaja sekiranya keinginan mereka
tidak dipenuhi
ISI TERSIRAT (kekangannya) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 Remaja seharusnya mencari/mendekati kawan yang baik 2
T2 Remaja boleh mendapatkan bimbingan daripada guru/kaunselor/orang
yang lebih tua/ ustaz 2
T3 Remaja banyak membaca buku/bahan ilmiah/ blog 2
T4 Remaja perlu menghadiri ceramah motivasi/ agama 2
T5 Remaja sentiasa berfikiran positif/ ingin memajukan diri
KESIMPULAN MARKAH
ISI JAWAPAN 2
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu menangani ciri-ciri remaja agar mereka
menjadi insan cemerlang 2
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu mendepani ciri-ciri remaja agar negara
sejahtera 2
K3 Kesimpulannya, semua pihak perlu memahami/mengenali ciri-ciri remaja
agar mereka menjadi insan cemerlang/negara sejahtera
MUKA SURAT 54 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata impak yang lebih buruk.
[2 markah]
(ii) Pengarang menyatakan beberapa peranan pelbagai pihak amat diperlukan sewaktu para
remaja melalui fasa transisi dalam kehidupan mereka.
Nyatakan peranan-peranan tersebut. [3 markah]
(iii) Remaja yang hebat merupakan aset bernilai yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan
negara pada masa hadapan.
Pada pendapat anda, apakah peranan pihak kerajaan dalam melahirkan remaja yang hebat
di negara kita?
[4 markah]
MUKA SURAT 55 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN – LATIHAN 14 (SBP)
PEMAHAMAN
SOALAN (i) Maksud rangkai kata impak yang lebih buruk:
PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
(i) Kesan yang lebih teruk/negatif
SOALAN (ii) Peranan-peranan:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Ahli keluarga seharusnya berperanan mendekati para 1
remaja dengan penuh hikmah sewaktu mereka melalui
fasa transisi ini
2 Ibu bapa perlu menjadi sahabat terhadap anak remaja 1
mereka
3 Sokongan dan dorongan daripada orang yang lebih 1
dewasa seharusnya hadir pada saat-saat mereka
memerlukannya
SOALAN (iii) Peranan kerajaan:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Menyediakan biasiswa berprestij seperti Biasiswa 1
Nasional, Biasiswa Agong dan Biasiswa Bank Negara
(Kijang Emas)
2 Menyediakan biasiswa/pinjaman pendidikan seperti 1
oleh pihak MARA dan JPA
3 Menyediakan/ menambah IPTA, MRSM, SBP, Sekolah 1
Seni dan Sekolah Sukan
4 Mewujudkan program Permata Pintar untuk pelajar- 1
pelajar pintar
5 Mewujudkan program jati diri seperti PLKN 1
6 Mewujudkan program IM4U 1
7 Membanyakkan kemudahan kompleks sukan 1
8 Menyedia/menambah Akademi Seni Kebangsaan 1
(ASWARA)
MUKA SURAT 56 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 15 (MRSM)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pengurusan
kewangan kepada remaja dan halangan untuk melaksanakannya. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyebut bahawa
sebanyak 1157 kes kebankrapan yang melibatkan golongan di bawah umur 25 tahun telah direkodkan
oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Faktor utama golongan muda di negara kita muflis ialah
ketidakcekapan menguruskan kewangan sendiri akibat didorong oleh kegagalan perancangan
kewangan yang baik dan kurangnya pendidikan mengenai kaedah berbelanja secara berhemat.
Keadaan ini disebabkan oleh golongan muda memiliki tahap pendidikan kewangan yang rendah
sedangkan pengurusan kewangan yang bijak membolehkan remaja merancang masa depan dengan
lebih strategik.
Pengurusan kewangan yang baik sebenarnya dapat memastikan remaja mampu membayar
balik wang pinjaman pendidikan setelah tamat belajar. Di samping itu, remaja boleh menggunakan
wang simpanan yang dikumpulkan untuk memulakan perniagaan bagi meneruskan kelangsungan
hidup terutamanya apabila tidak mendapat sebarang pekerjaan selepas tamat pengajian. Selain itu,
remaja juga dapat memastikan mereka mempunyai simpanan wang yang cukup sebagai persediaan
menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu. Amalan menyimpan dapat membantu mereka
untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi setelah tamat persekolahan peringkat
menengah.
Walaupun secara dasarnya kebanyakan remaja mempunyai aliran masuk wang daripada
sumber yang terhad seperti ibu bapa dan biasiswa atau pinjaman pendidikan, remaja yang cekap
menguruskan kewangannya dapat mengelakkan mereka terbelenggu dengan masalah kekurangan
wang saku sepanjang tempoh pengajian. Namun, ada juga sebahagian remaja yang sudah terjerat
dengan masalah hutang sejak usia muda. Oleh itu, amat penting untuk remaja menguruskan
kewangan dengan sistematik kerana hal ini dapat membantu remaja khususnya yang belajar di
universiti menampung perbelanjaan tertentu sepanjang bergelar mahasiswa.
Remaja sebenarnya boleh menampung perbelanjaan harian sebagai pelajar dengan
menjalankan kegiatan yang dapat menjanakan pendapatan sampingan seperti melibatkan diri dalam
bidang keusahawanan dan bekerja sambilan ketika cuti semester. Hasil pendapatan tersebut, mereka
mampu membeli dan memiliki hartanah yang boleh menjamin masa depan untuk membeli rumah,
rumah kedai atau aset-aset yang lain. Kebijaksanaan menguruskan kewangan sedikit sebanyak akan
turut membolehkan remaja menggunakan wang untuk tujuan pelaburan seperti pembelian saham
amanah atau disimpan di institusi kewangan tertentu. Kesimpulannya, remaja disarankan untuk
mendalami ilmu pengurusan kewangan agar pengurusan kewangan yang cekap dapat diaplikasikan.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pengurusan Kewangan Remaja’
oleh Norazizah Mohd Amin
Dewan Siswa, Bil 3 2017)
MUKA SURAT 57 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN – LATIHAN 15 (MRSM)
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan faedah-faedah/ kebaikan-kebaikan/ manfaat-manfaat/ kelebihan-kelebihan/ 2
keistimewaan-keistimewaan pengurusan kewangan kepada remaja di Malaysia/ negara kita. 2
P2 Petikan membincangkan faedah-faedah/ kebaikan-kebaikan/ manfaat-manfaat/ kelebihan-kelebihan/ 1
0
keistimewaan-keistimewaan pengurusan kewangan kepada remaja dan punca-punca golongan remaja 0
diisytiharkan muflis.
P3 Rumusan ini faedah-faedah/ kebaikan-kebaikan/ manfaat-manfaat/ kelebihan-kelebihan/
keistimewaan-keistimewaan pengurusan kewangan kepada remaja dan halangan-halangan remaja
untuk melaksanakannya.
P4 Petikan membincangkan faedah-faedah/ kebaikan-kebaikan/ manfaat-manfaat/ kelebihan-kelebihan/
keistimewaan-keistimewaan pengurusan kewangan kepada remaja
P5 Petikan membincangkan kepentingan pengurusan kewangan kepada remaja di Malaysia/ negara kita.
P6 Petikan membincangkan faedah-faedah/ kebaikan-kebaikan/ manfaat-manfaat/ kelebihan-kelebihan/
keistimewaan-keistimewaan pengurusan kewangan kepada remaja dan halangan-halangan untuk
remaja melaksanakannya.
ISI TERSURAT (Kepentingan pengurusan kewangan kepada remaja) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
S1 Membolehkan remaja merancang masa depan dengan lebih strategik 2
S2 Dapat memastikan remaja mampu membayar balik wang pinjaman pendidikan 2
S3 Remaja boleh menggunakan wang simpanan yang dikumpulkan untuk memulakan perniagaan 2
S4 Remaja juga dapat memastikan mereka mempunyai simpanan wang yang cukup 2
S5 Dapat membantu mereka untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi 2
S6 Dapat mengelakkan mereka terbelenggu dengan masalah kekurangan wang saku sepanjang tempoh
pengajian 2
S7 Dapat membantu remaja khususnya yang belajar di universiti menampung perbelanjaan 2
S8 Mereka mampu membeli dan memiliki hartanah yang boleh menjamin masa depan 2
S9 Membolehkan remaja menggunakan wang untuk tujuan pelaburan
ISI TERSIRAT (Halangan untuk melaksanakannya)
ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Remaja boros berbelanja terutamanya apabila terpengaruh dengan kempen jualan murah 2
T2 Remaja mengamalkan gaya hidup mewah di luar daripada kemampuan/ melebihi pendapatan/ ghairah 2
menggunakan wang untuk membeli barangan berjenama/ kereta/ gajet canggih
T3 Remaja terjebak dengan jerat skim pelaburan/ perniagaan MLM/ skim cepat kaya 2
T4 Remaja terpaksa menanggung kos sara hidup/ beban kewangan yang tinggi 2
T5 Remaja terpaksa membayar balik pinjaman pendidikan dalam tempoh yang panjang/ PTPTN 2
T6 Ibu bapa kurang mengingatkan remaja tentang kepentingan menguruskan wang/ menabung untuk 2
jaminan masa depan
T7 Pihak bank/ institusi kewangan tidak mampu menarik minat remaja untuk menyimpan/ menabung 2
T8 Kempen untuk menyedarkan remaja tentang kebaikan menabung/ menyimpan/ menguruskan 2
kewangan secara bijak/ membuat pelaburan melalui saluran yang betul kurang mendapat sambutan
T9 Remaja membelanjakan wang untuk berhibur/ hedonisme/ rekreasi 2
KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, remaja perlulah bijak menguruskan kewangan agar masa depan mereka terjamin. 2
K2 Kesimpulannya, remaja hendaklah menguasai ilmu pengurusan kewangan supaya mereka tidak 2
terjebak dengan masalah kewangan pada masa hadapan.
K3 Kesimpulannya, remaja sewajarnya cekap menguruskan kewangan sendiri agar mereka tidak berdepan 2
dengan masalah kewangan yang meruncing.
K4 Kesimpulannya, semua pihak perlu menyedarkan remaja tentang pengurusan kewangan yang cekap 2
agar hidup mereka lebih terjamin.
K5 Kesimpulannya, remaja perlu menguruskan kewangan mereka dengan bijak 1
K6 Kesimpulannya, pengurusan kewangan amat penting untuk semua pihak. 0
K7 Kesimpulannya, pengurusan kewangan yang bijak amat penting dalam kehidupan 0
K8 Kesimpulannya, menguasai ilmu pengurusan kewangan amat perlu. 0
MUKA SURAT 58 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata sumber yang terhad.
[2 markah]
(ii) Pengarang ada menyatakan beberapa punca golongan muda diisytiharkan muflis.
Nyatakan punca-punca tersebut. [3 markah]
(iii) Golongan remaja dikatakan mudah terjebak dengan pelbagai skim pelaburan cepat kaya
yang akhirnya merugikan mereka.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan
remaja terjebak dengan skim-skim pelaburan seperti ini?
[4 markah]
MUKA SURAT 59 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN – LATIHAN 15 (MRSM)
PEMAHAMAN
SOALAN (i) Maksud rangkai kata sumber yang terhad:
PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
(i) Punca yang terbatas/sedikit 1
1
(ii) Sumber yang terbatas
(iii) Punca yang terhad
SOALAN (ii) punca golongan muda diisytiharkan muflis: MARKAH
ISI JAWAPAN 1
1 Ketidakcekapan menguruskan kewangan sendiri 1
2 Kegagalan perancangan kewangan yang baik 1
3 Kurangnya pendidikan mengenai kaedah berbelanja secara berhemat
SOALAN (iii) Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan remaja terjebak dengan
skim-skim pelaburan cekap kaya:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Kerajaan/ institusi kewangan mengadakan kempen menggalakkan 1
remaja melabur melalui institusi kewangan/ pihak yang berautoriti
supaya pelaburan dijamin sah di sisi undang-undang
2 Kerajaan/ institusi kewangan/ memberikan pendedahan kepada 1
remaja tentang skim-skim pelaburan yang tidak sah dan hanya
bertujuan untuk mengaut keuntungan sahaja
3 Kerajaan / institusi kewangan menganjurkan seminar berkaitan ilmu 1
pengetahuan asas pelaburan supaya remaja boleh membezakan
antara pelaburan yang sah atau tidak sah di sisi undang-undang
4 Media massa memaparkan syarikat-syarikat pelaburan berasaskan 1
skim cepat kaya kepada masyarakat melalui akhbar/ majalah/ berita
supaya kegiatan penipuan mereka terbongkar
5 Ibu bapa sentiasa mengingatkan remaja tentang bahaya/ kesan 1
negatif/ kerugian jika remaja melibatkan diri dalam pelaburan skim
cepat kaya.
6 Masyarakat sentiasa melaporkan kegiatan syarikat-syarikat yang 1
menawarkan skim pelaburan cepat kaya supaya pihak berkuasa dapat
mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka
7 Remaja perlu sentiasa mencari informasi/ maklumat berkaitan sektor- 1
sektor pelaburan yang sah dan memberikan pulangan yang
menguntungkan
8 Remaja perlu bersikap lebih berhati-hati apabila disogokkan dengan 1
skim-skim pelaburan yang menawarkan keuntungan secara berlipat
ganda supaya tidak mudah tertipu dengan tawaran.
MUKA SURAT 60 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 16 (YIK)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan alam sekitar dan masalah-
masalah yang dihadapi untuk menjaganya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.
Alam sekitar yang bersih memainkan peranan penting dalam kehidupan harian manusia di dunia. Alam sekitar
yang bersih akan menghasilkan suasana yang selesa dan menyamankan untuk kehidupan. Aktiviti-aktiviti
pembangunan negara akan terjejas sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik. Amalan menjaga kebersihan
alam sekitar merupakan tuntutan semua pihak. Persekitaran yang bersih sangat penting untuk mewujudkan kehidupan
yang sihat dari segi mutu kesihatan.
Alam sekitar sangat penting kepada manusia dalam sistem pernafasan untuk menyedut udara yang segar.
Udara yang segar amat penting untuk kesihatan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan
tumbuhan menghijau. Tumbuhan-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat
bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar membolehkan manusia menikmati keadaan cuaca dan suhu
yang nyaman setiap hari. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman itu akan memberi peluang kepada orang ramai
untuk melakukan aktiviti riadah secara selamat.
Alam sekitar sangat penting kerana dapat menjamin keseimbangan ekosistem dalam kehidupan sejagat.
Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Sebagai contoh,
hutan dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air
hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Alam sekitar terutama sumber hutan yang tebal akan dapat
menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan domestik. Selain itu, hutan akan membantu manusia menakung
air dalam empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih untuk menghasilkan kuasa hidroelektrik.
Pemulihan terhadap alam sekitar amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna di dunia ini.
Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya mempunyai rantaian
yang mengikat antara satu sama lain. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi.
Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Keadaan ini akan
menjejaskan pertumbuhan flora manakala fauna pula akan kehilangan habitatnya.
Alam sekitar yang dijaga secara terancang akan dapat mengurangkan pemanasan global yang serius. Cuaca
panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan sekiranya kawasan tumbuhan hijau dapat
dikawal. Beberapa buah negara di dunia termasuk negara kita dijangka akan mengalami pemanasan global yang
serius dalam tempoh 20 tahun akan datang jika penebangan hutan dilakukan secara tidak terancang.
Keindahan alam sekitar juga dapat meningkatkan ekonomi dalam sektor pelancongan. Hal ini demikian kerana
kawasan yang indah akan dapat memberi peluang kepada pelancong untuk mengunjungi tempat-tempat menarik
terutama di kawasan hutan rekreasi, air terjun, jeram, tasik, pinggir pantai dan taman negara. Dalam aktiviti
pelancongan, kita akan mendapatkan hasil daripada pendapatan luar negara untuk menambah sumber kewangan
negara. Ini akan dapat meningkatkan pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang, pertumbuhan ekonomi juga akan
meningkat. Melalui aktiviti itu, peluang pekerjaan untuk orang tempatan juga akan meningkat dan secara tidak
langsung akan dapat mengurangkan pengangguran di sesebuah negara.
Kita mestilah sedar akan kepentingan memelihara alam semula jadi yang masih ada pada hari ini. Usaha-
usaha memupuk kesedaran masyarakat akan kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak seperti
kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran dan penerbitan bahan
bercetak. Semuanya adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi
memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar menjadi tanggungjawab bersama setiap generasi agar
pembangunan lestari dapat dikekalkan.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Menjaga alam sekitar’ oleh Dr. Hazwan bin Harun,
Berita Harian, Mac, 2016)
MUKA SURAT 61 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN – LATIHAN 16 (YIK)
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam sekitar 2
2
dalam kehidupan manusia di dunia. (tulis di Malaysia – 1m sahaja) 2
1
P2 Petikan membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam sekitar
1
dalam kehidupan manusia di dunia dan tanggungjawab memelihara alam sekitar. 1
0
P3 Petikan membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam sekitar 0
dan tanggungjawab memelihara alam sekitar.
P4 Rumusan ini membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam
sekitar dan masalah-masalah yang dihadapi untuk menjaganya.
P5 Rumusan ini membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam
sekitar dalam kehidupan manusia di dunia dan masalah-masalah yang dihadapi untuk
menjaganya.
P6 Petikan membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam sekitar.
P7 Petikan membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam sekitar
di Malaysia.
P8 Petikan membincangkan kepentingan alam sekitar dan masalah-masalah yang dihadapi untuk
menjaganya.
P9 Petikan membincangkan kepentingan alam sekitar.
(Nota: terima pendahuluan yang lain jika bersesuaian)
ISI TERSURAT (Kepentingan alam sekitar) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
S1 penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dari segi mutu kesihatan 2
S2 penting kepada manusia dalam sistem pernafasan untuk menyedut udara segar 2
S3 membolehkan manusia menikmati keadaan cuaca dan suhu yang nyaman setiap hari 2
S4 dapat menjamin keseimbangan ekosistem dalam kehidupan sejagat 2
S5 dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan domestik 2
S6 dapat mengurangkan pemanasan global yang serius 2
S7 dapat meningkatkan ekonomi dalam sektor pelancongan
ISI TERSIRAT (masalah-masalah yang dihadapi untuk menjaganya) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 sikap masyarakat yang tidak mengambil berat terhadap kepentingan alam sekitar 2
T2 kos penjagaan alam sekitar sangat tinggi 2
T3 sering berlaku pertindihan kuasa antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat 2
T4 sikap PBT yang tidak peka terhadap aduan rakyat 2
T5 penyelewengan yang berlaku dalam kalangan pegawai pelaksana 2
T6 sikap pengusaha yang ingin mengaut keuntungan berlebihan / kepentingan diri 2
T7 masyarakat berasa takut untuk melaporkan masalah pencemaran alam kepada pihak kerajaan
KESIMPULAN MARKAH
ISI JAWAPAN 2
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menjaga alam sekitar agar generasi masa
depan hidup dengan lebih selamat. 2
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu sedar akan kepentingan penjagaan alam sekitar demi
menyelamatkan kehidupan generasi akan datang. 2
K3 Kesimpulannya, semua pihak perlu sepakat menjaga alam sekitar demi kesejahteraan hidup
generasi akan datang. 1
K4 Kesimpulannya, semua pihak perlu sepakat menjaga alam sekitar.
MUKA SURAT 62 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata dijaga secara terancang.
[2 markah]
(ii) Penulis menyatakan bahawa hutan mempunyai banyak fungsi kepada manusia.
Apakah fungsi hutan tersebut?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah impak negatif pemanasan global kepada kehidupan di dunia?
[4 markah]
MUKA SURAT 63 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN – LATIHAN 16 (YIK)
PEMAHAMAN
SOALAN (i) Maksud rangkai kata dijaga secara terancang:
PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) dikawal / diselia / dipantau / mengikut peraturan yang 2
ditetapkan / diatur
(ii) dikawal dengan cara yang betul / mengikut peraturan 2
(iii) dikawal mengikut peraturan yang direncanakan 2
(iv) dikawal mengikut asas-asas yang ditentukan / ditetapkan 2
(v) dikawal mengikut peraturan yang betul 2
SOALAN (ii) fungsi hutan kepada manusia:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 menjadi kawasan tadahan hujan 1
2 Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air 1
hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar
3 dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi 1
kegunaan domestik
4 membantu manusia menakung air dalam empangan- 1
empangan yang dilengkapi teknologi canggih untuk
menghasilkan kuasa hidroelektrik
SOALAN (iii) impak negara pemanasan global:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 mengancam tapak warisan dan sejarah yang ada di muka 1
bumi ini
2 berlakunya pencairan ais di kutub seterusnya akan 1
meningkatkan paras air laut dunia
3 peningkatan suhu / kepekatan gas karbon dioksida di 1
atmosfera akan mengubah iklim dan persekitaran
4 biodiversiti hidupan di muka bumi akan terjejas 1
5 ancaman hidupan air laut / marin 1
6 penyakit kepada hidupan terutama manusia 1
MUKA SURAT 64 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 17 (NEGERI SABAH – PPD KOTA BELUD)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara menguruskan
kewangan dan peranan pelbagai pihak mendidik masyarakat supaya berbelanja secara
berhemat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Umumnya, hanya sebilangan kecil generasi di negara kita yang bijak menguruskan kewangan.
Kebanyakan daripada mereka gagal menguruskan kewangan atas pelbagai faktor. Antaranya, mereka
lebih mementingkan gaya hidup tanpa memikirkan kesannya terhadap kemampuan kewangan
mereka. Amalan suka memiliki telefon pintar atau alat berteknologi tercanggih di pasaran dan
bertukar-tukar model terbaharu menjadi trend generasi kini. Hal ini menunjukkan generasi muda perlu
mempunyai ilmu tentang pengurusan kewangan lebih-lebih lagi semasa berlakunya kegawatan
ekonomi. Sewajarnyalah, generasi muda dinasihati supaya tidak membazir ketika berbelanja. Hal ini
dikatakan demikian kerana sebilangan daripada mereka gemar membeli barangan berjenama yang
mahal harganya yang menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam menguruskan kewangan.
Mereka sepatutnya menyediakan senarai perbelanjaan untuk memastikan kewangan sentiasa terurus.
Kebanyakan generasi muda yang baru memasuki alam pekerjaan perlu membayar balik wang
pinjaman pembiayaan pelajaran. Dalam hal ini, mereka sepatutnya memperuntukkan sebahagian
daripada pendapatan bulanan untuk membayar balik wang pinjaman tersebut. Perkara ini sangat
penting bagi memastikan mereka dapat menguruskan kewangan masing-masing. Dalam hal
perkahwinan pula generasi muda gemar memilih pakej perkahwinan yang terdapat di pasaran.
Mereka seharusnya memilih pakej perkahwinan mengikut kemampuan masing-masing. Pada masa
yang sama, kos yang tinggi diperlukan untuk memulakan penghidupan baru dalam berkeluarga. Oleh
hal yang demikian, pasangan yang baru berkahwin disarankan supaya tinggal bersama-sama ibu
bapa sebagai langkah penjimatan. Dalam tempoh berkenaan, pasangan tersebut dapat menabung
untuk dijadikan wang pendahuluan bagi membeli rumah. Sebenarnya,pembelian rumah pada usia
muda adalah lebih baik untuk mendapatkan tempoh pembiayaan yang lebih anjal. Bagi pasangan
yang menyewa rumah, mereka perlulah memastikan kadar sewaan rumah tidak melebihi 30 peratus
pendapatan bulanan isi rumah.
Pengurusan kewangan juga perlu diberi perhatian sebelum sesebuah keluarga merancang
untuk melancong. Kebanyakan keluarga di Malaysia akan melancong sekurang-kurangnya sekali
dalam setahun kerana pelancongan merupakan aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Sehubungan dengan itu, perancangan awal untuk menguruskan kewangan bagi tujuan
melancong perlu dilakukan. Kita juga janganlah mengikut nafsu ketika berbelanja terutamanya apabila
kita mempunyai wang yang lebih. Sebagai contoh, apabila mendapat bonus, pelbagai keinginan akan
terlintas dalam fikiran seperti kereta baharu, perabot baharu dan percutian. Pengurusan kewangan
menjadi semakin mencabar apabila kad kredit mudah dimiliki. Penggunaan kad kredit secara
sewenang-wenangnya menyebabkan penggunanya menanggung beban hutang. Oleh itu,
perbelanjaan dengan menggunakan kad kredit perlu dikawal. Sesungguhnya kejayaan dalam
pengurusan kewangan seseorang bergantung pada usaha masing-masing.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Gen Y Suka Membazir’ oleh Alzahrin Alias,
Berita Harian, 15 Mac 2014)
MUKA SURAT 65 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN – LATIHAN 17 (NEGERI SABAH – PPD KOTA BELUD)
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan usaha-usaha/langkah-langkah/kaedah-kaedah/strategi-
2
strategi untuk menguruskan kewangan dalam kalangan generasi muda/Masyarakat
2
Malaysia
1
P2 Petikan membincangkan usaha-usaha/langkah-langkah/kaedah-kaedah/strategi-
strategi untuk menguruskan kewangan dan generasi muda gagal menguruskan
kewangan atas pelbagai faktor.
P3 Rumusan membincangkan usaha-usaha/langkah-langkah/kaedah-kaedah/strategi-
strategi untuk menguruskan kewangan dan peranan pelbagai pihak mendidik
masyarakat supaya berbelanja secara berhemat.
P4 Petikan/Rumusan membincangkan usaha-usaha/langkah-langkah/kaedah-
kaedah/strategi-strategi untuk menguruskan kewangan di Malaysia
ISI TERSURAT (Cara-cara menguruskan wang) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
S1 Tidak membazir ketika berbelanja 2
S2 Menyediakan senarai perbelanjaan 2
S3 Pasangan yang baru berkahwin disarankan supaya tinggal bersama-sama ibu bapa
sebagai langkah penjimatan 2
S4 Memperuntukkan (sebahagian daripada) pendapatan bulanan untuk membayar balik
wang pinjaman 2
S5 Memilih pakej perkahwinan mengikut kemampuan masing-masing 2
S6 Memastikan kadar sewaan rumah tidak melebihi 30 peratus pendapatan bulan/isi
rumah 2
S7 Perancangan awal untuk menguruskan kewangan bagi tujuan melancong 2
S8 Janganlah mengikut nafsu ketika berbelanja 2
S9 Perbelanjaan dengan menggunakan kad kredit perlu dikawal
ISI TERSIRAT (Peranan pelbagai pihak mendidik masyarakat supaya berbelanja secara berhemat) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 Peranan pihak sekolah -menubuhkan Persatuan Pengguna/menerapkan nilai jimat 2
cermat dalam pengajaran dan pembelajaran 2
T2 Peranan pihak kerajaan -mengadakan kempen kesedaran/menubuhkan kementerian 2
yang khusus(KPDNKK/Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) 2
T3 Peranan pihak swasta -Institusi kewangan/bank-bank mengenakan kadar faedah 2
pinjaman yang rendah.
T4 Peranan media massa menyiarkan iklan/mengadakan kempen
kesedaran/menerbitkan artikel/rencana/risalah
T5 Peranan pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO)/Persatuan Pengguna menyampaikan
maklumat tentang hak-hak pengguna kepada masyarakat
T6 Peranan ahli keluarga/Ibu bapa mendidik anak-anak berjimat/berhemat dalam
berbelanja/membeli barangan penting dan keperluan sahaja.
KESIMPULAN MARKAH
ISI JAWAPAN 2
K1 Kesimpulannya, pelbagai pihak/generasi muda/semua lapisan masyarakat perlulah
berbelanja dengan cara berhemat agar kehidupan mereka sejahtera/tidak dibebani 1
hutang.
K2 Kesimpulannya, pelbagai pihak/generasi muda/semua lapisan masyarakat perlulah
berbelanja dengan cara berhemat
MUKA SURAT 66 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata mengeratkan hubungan.
[2 markah]
(ii) Pengarang menyatakan bahawa generasi muda gagal menguruskan kewangan atas
pelbagai faktor.
Nyatakan faktor-faktor tersebut. [3 markah]
(iii) Aktiviti melancong bersama-sama keluarga memerlukan kos yang agak tinggi. Jelaskan
pendapat anda tentang cara-cara untuk memastikan aktiviti melancong bersama-sama
keluarga tidak membebankan kewangan.
[4 markah]
MUKA SURAT 67 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN – LATIHAN 17 (NEGERI SABAH)
PEMAHAMAN
SOALAN (i) Maksud rangkai kata mengeratkan hubungan:
PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) merapatkan / mengukuhkan / meneguhkan ikatan / kaitan 2
/ pertalian
(ii) merapatkan / mengukuhkan / meneguhkan hubungan 1
(iii) mengeratkan ikatan / kaitan / pertalian 1
SOALAN (ii) Faktor-faktor
ISI JAWAPAN MARKAH
1 generasi muda lebih mementingkan gaya hidup tanpa 1
memikirkan kesannya terhadap kemampuan kewangan
mereka
2 amalan suka memiliki telefon pintar/alat berteknologi 1
tercanggih di pasaran
3 bertukar-tukar model terbaharu 1
4 generasi muda gemar membeli barangan berjenama yang 1
mahal harganya
SOALAN (iii) Cara-cara memastikan aktiviti melancong bersama keluarga yang
tidak membebankan kewangan
ISI JAWAPAN MARKAH
1 memilih pakej pelancongan yang berpatutan -peka dengan 1
promosi yang ditawarkan
2 melancong di dalam negara – lebih murah 1
3 melancong secara berkumpulan – harga lebih rendah jika 1
melancong beramai-ramai berbanding dengan kumpulan
kecil
4 mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu – membawa 1
bekalan makanan/tinggal di inap desa (homestay) /
pengangkutan sendiri /hotel bajet
5 bayaran secara beransur-ansur – tidak melibatkan bayaran 1
yang banyak secara serentak/ sekali gus
MUKA SURAT 68 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 18 (NEGERI SELANGOR – SET 2)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cabaran-cabaran
mengembangkan produk kraf dan langkah-langkah mempopularkan produk kraf. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dan kesenian masyarakat. Sebagai tamsilnya,
masyarakat Melayu sangat sinonim dengan seni ukiran kayu dan tenunan. Masyarakat Cina
popular dengan seni tembikar dan kaligrafi. Kolam pula sering disebut-sebut sebagai seni
masyarakat India dan kelompok peribumi pula sangat berkait rapat dengan seni anyaman. Umum
mengetahui bahawa seni kraf sangat popular dalam kalangan penduduk luar bandar dan
pedalaman. Situasi ini berlaku kerana pengusaha lebih mudah mencari bahan utama bagi
pembuatan produk kraf. Walaupun begitu, pelbagai cabaran yang perlu diatasi dengan sebaik-baik
mungkin.
Cabaran utama yang mengganggu perkembangan produk kraf di kawasan bandar ialah
lambakan produk berteknologi moden dalam pasaran. Kuantiti produk berteknologi moden yang
dihasilkan pada satu masa juga sangat tinggi jika dibandingkan dengan produk buah tangan.
Produk buatan tangan pula menawarkan harga yang agak tinggi sedikit kerana produk kraf
menggunakan bahan semula jadi. Kemunculan bahan kimia dan sintetik juga merancakkan
pengeluaran produk yang berasaskan plastik. Pada zaman yang serba maju ini, sangat sukar
untuk mencari bahan utama pembuatan produk kraf. Sungguhpun begitu, pembangunan yang
pesat mampu menjejaskan habitat semula jadi flora, iaitu kawasan rimba.
Sememangnya produk kraf tangan pada hari ini sukar untuk diketengahkan. Hal ini
demikian kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendidikan dan tidak mengikuti
perkembangan semasa tetapi produk yang dihasilkan mempunyai kualiti yang tinggi. Di samping
itu, ketiadaan pewaris dalam kalangan generasi muda juga menyukarkan perkembangan dan
kemajuan produk kraf. Sebetulnya, golongan muda perlu lebih menonjol dan memainkan peranan
bagi mempopularkan produk kraf. Kekurangan promosi atau pameran sama ada di peringkat
nasional atau antarabangsa juga menjadi punca pengamal seni kraf sukar untuk menonjolkan
bakat mereka.
Cabaran lain ialah kekurangan penawaran program latihan yang berteraskan seni di pusat
pengajian tinggi. Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir pihak yang kurang memikirkan
kepentingan dan nilai sesuatu karya seni. Tidak kurang juga, pengamal seni kraf pada hari ini tidak
mempunyai modal yang cukup untuk memajukan perusahaan mereka. Teknologi maklumat dan
komunikasi merupakan cabang perniagaan yang terpenting pada hari ini. Walau bagaimanapun,
pengusaha kraf yang tinggal di kawasan pedalaman terutamanya masih kurang arif mengenai
penggunaan teknologi. Sewajarnya, usaha mengembangkan produk kraf tidak boleh dipandang
sebelah mata kerana seni ini warisan turun-temurun dan mempunyai nilai estetik yang amat tinggi.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kekangan dalam industri kraf’
oleh Aliff Ishak,Dewan Budaya, Julai 2016)
MUKA SURAT 69 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN 18 (NEGERI SELANGOR – SET 2)
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan masalah-masalah/ kekangan-kekangan/ halangan- 2
halangan mengembangkan produk kraf di negara kita/ di Malaysia 2
P2 Petikan membincangkan masalah-masalah/ kekangan-kekangan/ halangan- 1
0
halangan mengembangkan produk kraf dan faktor produk kraf amat sesuai
dikembangkan oleh pengusaha kraf tangan.
P3 Petikan / rumusan membincangkan masalah-masalah/ kekangan-kekangan/
halangan-halangan mengembangkan produk kraf dan langkah-langkah
mempopularkan produk kraf
P4 Petikan / rumusan membincangkan masalah-masalah/ kekangan-kekangan/
halangan-halangan mengembangkan produk kraf
P5 Petikan / rumusan membincangkan cabaran-cabaran mengembangkan produk
kraf dan langkah-langkah mempopularkan produk kraf.
ISI TERSURAT (Cabaran-cabaran mengembangkan produk kraf) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
S1 Lambakan produk berteknologi moden dalam pasaran 2
S2 Produk buatan tangan pula menawarkan harga yang agak tinggi sedikit 2
S3 Sangat sukar untuk mencari bahan utama pembuatan produk kraf 2
S4 Masyarakat pedalaman kurang mendapat pendidikan / tidak mengikuti
perkembangan semasa 2
S5 Ketiadaan pewaris dalam kalangan generasi muda 2
S6 Kekurangan promosi atau pameran sama ada di peringkat nasional atau
antarabangsa 2
S7 Kekurangan penawaran program latihan yang berteraskan seni di pusat
pengajian tinggi 2
S8 Pengamal seni kraf pada hari ini tidak mempunyai modal yang cukup 2
S9 Pengusaha kraf tangan yang tinggal di kawasan pedalaman terutamanya masih
kurang arif mengenai penggunaan teknologi
ISI TERSIRAT (Langkah-langkah mempopularkan produk kraf) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 Mengadakan pameran produk kraf secara berkala 2
T2 Menganjurkan pertandingan produk kraf 2
T3 Menggunakan teknologi moden untuk memasarkan produk kraf 2
T4 Membuka jurusan seni kraf di pusat pengajian tinggi 2
T5 Mengehadkan kemasukan produk kraf tiruan/ luar 2
T6 Memberikan pinjaman tanpa faedah kepada pengusaha produk kraf 2
T7 Memberikan keistimewaan pelepasan cukai kepada pengusaha produk kraf
KESIMPULAN MARKAH
ISI JAWAPAN 2
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlulah mengembangkan produk kraf supaya
tidak pupus ditelan zaman 1
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlulah mengembangkan produk kraf.
MUKA SURAT 70 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata pengeluaran produk dalam petikan.
[2 markah]
(ii) Pengarang ada menyatakan beberapa faktor produk kraf amat sesuai dikembangkan oleh
pengusaha kraf tangan.
Nyatakan tiga faktor tersebut. [3 markah]
(iii) Pengarang ada menyebut bahawa golongan muda kurang berminat dalam kemahiran
menghasilkan kraf sehinggan ketiadaan pewaris.
Huraikan punca-punca golongan muda kurang berminat untuk mewarisi kemahiran
tersebut.
[4 markah]
MUKA SURAT 71 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN 18 (NEGERI SELANGOR – SET 2)
PEMAHAMAN
SOALAN (i) Maksud rangkai kata sering dijadikan wahana:
PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
(i) Penghasilan/ pembuatan barangan 1
1
(ii) Pengeluaran barangan
(iii) Penghasilan/ pembuatan produk
SOALAN (ii) produk kraf amat sesuai dikembangkan:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dan 1
kesenian masyarakat
2 Pengusaha lebih mudah mencari bahan utama bagi 1
pembuatan produk kraf tangan
3 Mempunyai kualiti yang tinggi 1
4 Mempunyai nilai estetik yang tinggi 1
SOALAN (iii) Punca-punca golongan muda kurang berminat:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Kekurangan pendedahan awal/ tiada galakan 2
daripada pihak lain
2 Tanggapan negatif bahawa kesenian kraf 2
ketinggalan zaman
3 Tiada sifat sabar dalam diri untuk 2
menyempurnakan hasil kraf teknik penghasilan seni
kraf yang rumit
4 Kepenatan dan tiada masa 2
5 Kesibukan golongan muda dengan tugasan lain 2
6 Pengaruh media elektronik yang kuat/ rancangan 2
yang pelbagai dan menarik
MUKA SURAT 72 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 19 (NEGERI KEDAH – SET 2)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan guru di sekolah
dan langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan kualiti guru. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sentuhan keramat guru telah melahirkan banyak cendekiawan, golongan profesional, usahawan dan
seluruh warga pekerja yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan
negara. Guru juga merupakan penggerak proses transformasi pendidikan yang menjadi penentu
kepada kejayaan transformasi negara kita. Di pundak guru-guru letaknya harapan semua pihak untuk
melihat kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik. Bahkan ibu bapa juga berharap
guru dapat membimbing dan mendidik anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran.
Di sekolah, didikan guru kepada para murid dapat melahirkan modal insan berkualiti yang akan
menjadi aset pembangunan negara pada masa hadapan. Hal ini selaras dengan aspirasi negara
untuk menjadi negara maju mengikut acuan sendiri. Semasa mengajar, guru harus memberikan
penekanan kemahiran berfikir dalam kalangan murid agar mereka mampu menggunakan ilmu yang
dipelajari. Murid perlu diajar berfikir di luar kotak fikiran mereka untuk memperoleh idea yang lebih
relevan dan bernas. Murid dapat mengaplikasikan ilmu tersebut untuk memajukan diri sendiri dan
keluarga. Guru juga perlu merangsang murid untuk memiliki pemikiran kreatif dan kritis. Hal ini sesuai
dengan perkembangan pesat dunia globalisasi yang memerlukan modal insan yang berani
menghadapi cabaran, mampu menyelesaikan masalah dan boleh berfikir secara kritis. Malahan guru
harus memberi fokus kepada matlamat pendidikan untuk melahirkan murid yang berilmu pengetahuan.
Transformasi kurikulum yang dilaksanakan dapat membuka lembaran baharu kepada guru
meneroka strategi pengajaran yang lebih berkesan bagi mengasah bakat serta daya kreativiti murid.
Kepelbagaian strategi pengajaran dapat menarik minat murid untuk mengikuti proses pembelajaran.
Golongan guru sendiri harus meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Usahlah jemu berusaha
untuk menambah baik amalan pengajaran di dalam kelas. Penambahbaikan ini perlu agar selari
dengan hasrat kerajaan meningkatkan pendidikan ke arah berprestasi tinggi dan berkualiti. Selain itu,
guru perlu berfikiran terbuka mendengar pendapat murid. Murid akan berasa dihargai apabila idea
mereka diterima dan dapat meningkatkan motivasi mereka untuk mengikuti pembelajaran di dalam
kelas.
Secara tuntas, walaupun telah banyak pencapaian yang terhasil dalam bidang pendidikan,
namun masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan proses pemantapan kualiti pendidikan
negara berlaku secara berterusan. Berkat komitmen warga guru, kita telah berjaya mencipta pelbagai
kejayaan dalam bidang pendidikan. Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk menggembleng
tenaga dan idea bagi mengangkat pendidikan negara ke arah kecemerlangan.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Guru Inovatif Lonjak Transformasi Pendidikan Negara’ oleh Samad bin Buang,
Wadah Siswa, Januari 2013)
SKEMA RUMUSAN 19 (NEGERI KEDAH – SET 2)
MUKA SURAT 73 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan tugas / tanggungjawab / fungsi guru di 2
2
sekolah pada masa sekarang / hari ini.
1
P2 Rumusan membincangkan tugas / tanggungjawab / fungsi guru di 0
sekolah dan langkah-langkah kerajaan meningkatkan kualiti guru.
P3 Petikan membincangkan tugas / tanggungjawab / fungsi guru di
sekolah dan ciri-ciri modal insan yang diperlukan oleh negara pada
masa hadapan
P4 Petikan membincangkan tugas / tanggungjawab / fungsi guru di
sekolah
P5 Petikan membincangkan peranan guru di sekolah.
ISI TERSURAT (peranan guru di sekolah) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
S1 melahirkan modal insan yang berkualiti 2
S2 memberikan penekanan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar 2
S3 merangsang pelajar untuk memiliki pemikiran kreatif dan kritis 2
S4 melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan 2
S5 meneroka strategi pengajaran yang lebih berkesan 2
S6 meningkatkan tahap profesionalisme keguruan 2
S7 menambah baik kaedah pengajaran di dalam kelas 2
S8 berfikiran terbuka mendengar pendapat pelajar
ISI TERSIRAT (langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan kualiti guru) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 mengadakan kursus / bengkel / seminar kepada guru 2
T2 mengadakan pemantauan di sekolah / pemantauan dalaman 2
T3 menggalakkan guru mengadakan kursus dalaman / LDP 2
T4 menggalakkan bimbingan rakan sejawat / mentor mentee 2
T5 menggalakkan guru melanjutkan pelajaran 2
T6 menggalakkan dialog prestasi 2
T7 jalinan antara sekolah / perkongsian pintar
KESIMPULAN MARKAH
2
ISI JAWAPAN
1
K1 Kesimpulannya, semua guru perlu menguasai kaedah pengajaran
dengan baik agar dapat melahirkan murid yang cemerlang
K2 Kesimpulannya, semua guru perlu menambah ilmu pengetahuan
Soalan 2(a) – Petikan Umum
MUKA SURAT 74 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata meneroka strategi berdasarkan petikan. [2 markah]
(ii) Penulis ada menyatakan ciri-ciri modal insan yang diperlukan oleh negara pada masa
hadapan.
Nyatakan ciri-ciri tersebut.
[3 markah]
(iii) Guru telah banyak melakukan pengorbanan kepada murid.
Sebagai murid yang bertanggungjawab, jelaskan cara-cara anda membalas segala
pengorbanan guru anda.
[4 markah]
MUKA SURAT 75 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN 19 (NEGERI KEDAH – SET 2)
PEMAHAMAN
SOALAN (i) Maksud rangkai kata meneroka startegi:
PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
(i) mencari kaedah / pendekatan 1
1
(ii) meneroka kaedah
(iii) mencari strategi
SOALAN (ii) ciri-ciri modal insan: MARKAH
ISI JAWAPAN 1
1 berani menghadapi cabaran 1
2 mampu menyelesaikan masalah 1
3 boleh berfikir secara kritis
SOALAN (iii) cara membalas segala pengorbanan guru
ISI JAWAPAN MARKAH
1 belajar bersungguh-sungguh / tekun 1
2 tidak melawan guru / tidak menyakiti hati 1
guru
3 tidak terlibat dalam gejala negatif / dadah / 1
masalah sosial
4 memberikan hadiah / cenderahati kepada 1
guru
5 membantu / menolong guru di sekolah 1
6 mendoakan kesihatan / kebahagiaan guru 1
7 menziarahi / melawat guru ketika sakit 1
MUKA SURAT 76 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 20 (MODUL JPN NEGERI – SELANGOR SET 1)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor kegagalan pengukuhan
nilai jati diri dalam kalangan remaja dan kesan-kesan kegagalan pengukuhan nilai jati diri. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Asas pembentukan sesebuah negara bergantung pada kekuatan jati diri rakyatnya. Jati diri merujuk
kepada sifat dalaman seseorang yang berpengaruh menentukan hubungannya dengan orang lain. Jati diri
berkaitan dengan nilai yang ada dalam diri seseorang yang merangkumi aspek bahasa, budaya, ekonomi, politik
dan sosial masyarakat. Remaja merupakan kumpulan besar dalam masyarakat dan terarah kepada nilai yang
didukung oleh mereka. Nilai yang baik membentuk jati diri yang hebat dan meyakinkan jika nilai ini dimiliki oleh
golongan remaja tetapi nilai yang kurang baik juga akan menerima cemuhan masyarakat.
Masalah sosial yang sering berlaku dalam kalangan remaja sememangnya berkaitan dengan pelanggaran
sistem nilai yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Mereka melakukan perkara yang tidak sesuai dan salah
dalam masyarakat seperti bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan serta bersekedudukan. Remaja juga
merupakan generasi yang berisiko tinggi untuk melakukan perkara yang menyeronokkan walaupun perkara
tersebut merupakan satu kesalahan. Remaja senang dipengaruhi oleh keadaan persekitaran di empat mereka
membesar. Remaja yang berada di kawasan yang sering berlaku jenayah serta masalah sosial yang lain
terdedah kepada aktiviti yang sama.
Di kawasan sempadan sesebuah negara seperti kawasan sempadan Malaysia dengan Thailand sering
berlaku masalah sosial. Perkara ini berlaku kerana perubahan sosiobudaya antara kedua-dua buah negara di
kawasan sempadan tersebut. Transisi antara satu budaya dengan budaya yang baharu seperti isu pergaduhan
antara kumpulan samseng yang sering berlaku di negara jiran mempengaruhi remaja di Malaysia. Selain itu,
terdapat aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti penyeludupan dadah dan pelacuran. Isu pemerdagangan
manusia yang melanggar hak asasi manusia juga berleluasa. Keadaan ini mengganggu pembentukan nilai yang
baik dalam kalangan remaja yang berada di sekitar sempadan.
Kawasan sempadan juga merupakan tempat pertembungan pelbagai budaya. Pertembungan antara
budaya tempatan yang sedia ada dan budaya asing akan meresap masuk bersama-sama kemasukan pendatang
dari luar negara. Sekiranya budaya tempatan tidak kukuh terpelihara sehingga menjadi jati diri masyarakat,
budaya tempatan akan lebih mudah dipengaruhi oleh pelbagai budaya lain. Keadaan ini secara tidak langsung
akan menggugat jati diri golongan remaja kerana golongan ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh.
Selain itu, remaja juga keliru antara sistem nilai yang telah ditetapkan oleh lima syarikat dengan sistem nilai yang
dilarang. Kekeliruan ini menjadikan mereka tidak dapat membezakan nilai baik atau sebaliknya.
Remaja juga sering dilabelkan sebagai peringkat usia yang sukar dikawal. Mereka menjadi sasaran utama pihak
yang tidak bertanggungjawab untuk menggunakan mereka sebagai perantaraan untuk melakukan aktiviti yang
melanggar undang-undang. Selain itu, didikan dan perhatian yang kurang daripada ibu bapa menyebabkan asas
pengukuhan jati diri dalam kalangan remaja gagal untuk direalisasikan. Pokok pangkalnya, jati diri remaja perlu
sentiasa teguh dan sentiasa bersemangat untuk lebih berdaya saing. Penerapan nilai ini perlu dipupuk dalam diri
remaja pada peringkat awal lagi dan diteruskan dengan proses pengukuhan oleh semua pihak.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
“ Pengukuhan Nilai Jati Diri Elak Masalah Sosial”
oleh Noor Azam Abdul Rahman, Dewan Siswa Jilid 37 Bil. 04 2015.)
MUKA SURAT 77 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN 20 (NEGERI SELANGOR – SET 1)
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab/ perkara yang
2
mempengaruhi kegagalan pengukuhan nilai jati diri dalam kalangan remaja dan
2
akibat-akibat kegagalan pengukuhan nilai jati diri.
1
P2 Rumusan ini membincangkan punca-punca/ sebab-sebab/ perkara yang 1
mempengaruhi kegagalan pengukuhan nilai jati diri dalam kalangan remaja dan
akibat-akibat kegagalan pengukuhan nilai jati diri.
P3 Petikan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab/ perkara yang
mempengaruhi kegagalan pengukuhan nilai jati diri dalam kalangan remaja dan
isu yang sering berlaku di sempadan Malaysia dengan Thailand
P4 Petikan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab/ perkara yang
mempengaruhi kegagalan pengukuhan nilai jati diri dalam kalangan remaja.
P5 Rumusan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab/ perkara yang
mempengaruhi kegagalan pengukuhan nilai jati diri dalam kalangan remaja.
ISI TERSURAT (faktor kegagalan pengukuhan nilai jati diri) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
S1 melakukan perkara yang tidak sesuai dan salah dalam masyarakat 2
S2 senang dipengaruhi oleh keadaan persekitaran di tempat mereka membesar. 2
S3 perubahan sosiobudaya antara kedua-dua buah negara di kawasan sempadan 2
S4 terdapat aktiviti yang menyalahi undang-undang 2
S5 budaya luar telah meresap masuk bersama-sama kemasukan pendatang dari asing 2
S6 budaya tempatan tidak kukuh terpelihara 2
S7 keliru antara sistem nilai yang telah ditetapkan oleh ahli masyarakat dengan
sistem nilai yang dilarang 2
S8 peringkat usia yang sukar dikawal 2
S9 menjadi sasaran utama pihak yang tidak bertanggungjawab 2
S10 didikan dan perhatian yang kurang daripada ibu bapa
ISI TERSIRAT (kesan-kesan kegagalan pengukuhan nilai jati diri) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 kemajuan negara tidak dapat dicapai 2
T2 matlamat pemodenan negara tidak dapat direalisasikan 2
T3 menimbulkan pelbagai masalah gejala sosial 2
T4 keselamatan negara tergugat 2
T5 ketandusan modal insan yang berkualiti 2
T6 institusi kekeluargaan menjadi rapuh 2
T7 tiada pelapis yang berkualiti untuk menerajui kepimpinan negara
KESIMPULAN MARKAH
ISI JAWAPAN 2
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam memperkukuhkan
nilai jati diri dalam kalangan remaja pada peringkat awal lagi agar golongan 1
remaja mempunyai kekuatan dalaman dalam menepis anasir-anasir yang
negatif.
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam memperkukuhkan
nilai jati diri dalam kalangan remaja pada peringkat awal lagi.
MUKA SURAT 78 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a)- Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata meresap masuk
[2 markah ]
(ii) Pengarang menyatakan beberapa isu yang sering berlaku di sempadan Malaysia dengan
Thailand. Nyatakan isu-isu tersebut.
[3 markah]
(iii) Jelaskan pendapat anda tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan untuk
merealisasikan pengukuhan nilai jati diri dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
[4 markah]
MUKA SURAT 79 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN 20 (NEGERI SELANGOR – SET 1)
PEMAHAMAN
SOALAN (i) Maksud rangkai kata meresap masuk:
PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) melantas / menyusup / menyelinap / menyerap ke 2
dalam
(ii) melantas / menyusup / menyelinap / menyerap masuk 1
(iii) meresap ke dalam 1
SOALAN (ii) isi yang sering berlaku di sempadan Malaysia dengan Thailand:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 isu pergaduhan antara kumpulan samseng yang sering 1
berlaku di negara jiran mempengaruhi remaja di
Malaysia
2 aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti 1
penyeludupan dadah dan pelacuran
3 Isu pemerdagangan manusia yang melanggar hak asasi 1
manusia juga berleluasa
SOALAN (iii) tindakan ibu bapa dan kerajaan untuk merealisasikan
pengukuhan nilai jati diri dalam kalangan masyarakat di Malaysia:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Ibu bapa perlu memberikan kasih sayang dan perhatian 2
yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
2 Memberikan didikan agama secara konsisten agar 2
penghayatan tentang nilai-nilai positif dapat diterapkan
dalam kalangan anak-anak.
3 Pihak polis dan pihak keselamatan yang lain perlu 2
meningkatkan dan memperketat lagi pengawasan
terutama di pintu masuk negara.
4 Pihak kerajaan dengan kerjasama pihak lain perlu 2
mengadakan kempen yang berterusan dalam
menangani masalah sosial dan penerapan nilai jati diri
dalam kalangan remaja.
MUKA SURAT 80 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 21 (NEGERI PERLIS)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan pengambilan minuman
berfungsi kepada masyarakat dan halangan untuk mengambil minuman berfungsi. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pada masa ini, bahan semula jadi lebih cenderung digunakan berbanding dengan bahan kimia. Oleh
sebab itu, produk pelengkap atau alternatif dicari untuk membaiki kesihatan dan penampilan diri. Satu
daripada produk yang dicari ialah minuman berfungsi. Minuman berfungsi ialah minuman yang diperkaya
dengan bahan tambahan untuk memberikan manfaat kesihatan tertentu, Ada pelbagai bentuk minuman
berfungsi dalam pasaran. Sebagi contoh, minuman berasaskan susu, jus, minuman isoton, minuman
bertenaga dan minuman herba.
Pelbagai bahan tambahan digunakan dalam minuman berfungsi seperti oligosakarida, kacang soya
dalam minuman ringan, bifidobacteriun breve yakult ke dalam susu fermentasi, serabut diet seperti psilium
husks dalam minuman serbuk dan isoflavon soya dalam minuman teh. Minuman berfungsi berupaya
menenangkan dan membantu menghalang atau merawat penyakit jantung. Bagi golongan dewasa pula,
minuman tersebut mampu menurunkan masalah berat badan, kawalan kolesterol, pengurangan tekanan dan
peningkatan metabolisme. Manakala bagi golongan muda pula, minuman ini dapat meningkatkan kecergasan
mental dan mereka mampu memberi tumpuan ketika belajar. Ada juga minuman yang dihasilkan khusus
untuk wanita mengandung atau wanita lepas menopaus untuk keseimbangan dalaman.
Di Eropah dan Asia, masalah obesiti makin meningkat disebabkan oleh amalan pemakanan yang
tidak sihat. Jus buah yang diperkaya dengan vitamin dan mineral, serta pebiotik dan probiotik minuman coklat
ringan dihasilkan untuk membantu golongan remaja dan kanak-kanak bagi mengatasi masalah obesiti. Selain
itu, tumpuan juga diberikan kepada golongan bayi dan kanak-kanak kecil. Minuman berfungsi dalam bentuk
makanan cecair gantian yang diperkaya, minuman serbuk dan jus buah dihasilkan dengan tujuan untuk
meningkatkan kecerdasan mental dan prestasi serta menambah baik penghidratan semula kanak-kanak
kecil. Sehubungan dengan itu, minuman berfungsi menjadi segmen paling pesat berkembang disebabkan
oleh beberapa faktor seperti mesra pengguna dan memenuhi permintaan pengguna dari segi kandungan,
saiz, bentuk dan rupa. Seterusnya, minuman berfungsi juga mudah diedarkan dan disimpan oleh pengguna.
Kini, trend baharu timbul dengan pelbagai ubat herba didapati dalam bentuk minuman. Minuman yang
mengandungi vitamin, mineral dan ekstrak botani dan herba ,seperti ginko dan echinacea menjadi sangat
popular dalam kalangan pengguna. Di Malaysia, minuman berfungsi yang makin mendapat tempat di hati
pengguna ialah minuman herba. Minuman berherba ini mampu mencantikkan wajah dan mengelakkan
penuaan. Di samping itu, kebaikan minuman berherba dapat merawat pelbagai penyakit seperti diabetes,
kolesterol dan tekanan darah tinggi.
Minuman herba ini boleh didapati di kedai herba, kedai ubat tradisional dan kebanyakan farmasi atau
secara dalam talian. Kesimpulannya, pengambilan minuman berfungsi sangat penting dalam kehidupan
masyarakat. Namun demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati pengguna agar sentiasa
menyemak status produk bagi memastikan keselamatan produk minuman yang diambil.
(Dipetik dan diubah suai daripada
“Minuman Berfungsi Peningkat Kecergasan”
Oleh Nurraihana Hamzah
Dewan Kasmik, Januari 2016)
MUKA SURAT 81 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN 21 (NEGERI PERLIS)
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan kepentingan/faedah/kelebihan/manfaat pengambilan 2
minuman berfungsi kepada masyarakat di negara ini/di Malaysia. 1
P2 Rumusan membincangkan kepentingan/faedah/kelebihan/manfaat
pengambilan minuman berfungsi kepada masyarakat dan halangan untuk
mengambil minuman berfungsi.
P3 Petikan membincangkan kepentingan/faedah/kelebihan/manfaat pengambilan
minuman berfungsi kepada masyarakat.
ISI TERSURAT (kebaikan pengambilan minuman berfungsi kepada masyarakat) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
S1 Minuman berfungsi berupaya menenangkan 2
S2 Membantu menghalang atau merawat penyakit jantung 2
S3 Minuman tersebut mampu menurunkan masalah berat badan, kawalan
kolesterol, pengurangan tekanan dan peningkatan metabolisme 2
S4 Minuman ini dapat meningkatkan kecergasan mental 2
S5 Mereka mampu memberi tumpuan ketika belajar 2
S6 Minuman yang dihasilkan khusus untuk wanita mengandung atau wanita
selepas menopaus untuk keseimbangan dalaman 2
S7 Membantu golongan remaja dan kanak-kanak bagi mengatasi masalah obesiti 2
S8 Meningkatkan kecerdasan mental dan prestasi 2
S9 Menambah baik penghidratan semula kanak-kanak kecil 2
S10 Mampu mencantikkan wajah dan mengelakkan penuaan 2
S11 Minuman berherba dapat merawat pelbagai penyakit seperti diabetes,
kolesterol dan tekanan darah tinggi
ISI TERSIRAT (halangan untuk mengambil minuman berfungsi) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 Harga minuman berfungsi mahal 2
T2 Produk minuman berfungsi diragui dari aspek kandungan/bahan kimia 2
T3 Diragui tidak mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia 2
T4 Sukar didapati/diperoleh kerana bertumpu di kawasan bandar/pasar raya 2
T5 Kurang kesedaran kepentingan/kebaikan minuman berfungsi 2
T6 Dikhuatiri memberi kesan sampingan/mengancam keselamatan
KESIMPULAN MARKAH
ISI JAWAPAN 2
K1 Kesimpulannya, semua pihak haruslah menggalakkan pengambilan minuman
berfungsi supaya melahirkan masyarakat yang sihat. 1
K2 Kesimpulannya, semua pihak haruslah menggalakkan pengambilan minuman
berfungsi. 0
K3 Kesimpulannya, terdapat pelbagai kebaikan pengambilan minuman berfungsi
kepada
masyarakat
MUKA SURAT 82 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata pesat berkembang. [ 2 markah]
(ii) Pengarang mengatakan beberapa faktor yang menyebabkan minuman berfungsi paling pesat
berkembang di pasaran.
Apakah faktor-faktor tersebut? [3 markah]
(iii) Kesedaran masyarakat terhadap pengambilan minuman berfungsi semakin tinggi.
Pada pendapat anda, apakah peranan media massa dalam menggalakkan masyarakat
mengambil minuman berfungsi?
[4 markah]
MUKA SURAT 83 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN 21 (NEGERI PERLIS)
PEMAHAMAN
SOALAN (i) Maksud rangkai kata pesat berkembang:
PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
(i) pantas/cepat maju/meluas 1
1
(ii) pesat maju/meluas
(iii) pantas/cepat berkembang
SOALAN (ii) faktor yang menyebabkan minuman berfungsi paling pesat
berkembang di pasaran:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 mesra pengguna 1
2 memenuhi permintaan pengguna dari segi kandungan, 1
saiz, bentuk dan rupa
3 mudah diedarkan dan disimpan oleh pengguna 1
SOALAN (iii) peranan media massa dalam menggalakkan masyarakat
mengambil minuman berfungsi:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 kempen kesedaran kepentingan minuman berfungsi 2
melalui media cetak / media elektronik/media sosial
2 menjemput doktor / pakar pemakanan melalui 2
program televisyen / radio
3 media massa mengadakan promosi / jerayawara / 2
minuman berfungsi di tempat awam / pasar raya dan
program televisyen seperti Jom Heboh
4 media massa menyiarkan rancangan /dokumentasi 2
tentang minuman berfungsi
5 mewujudkan rancangan khas / segmen khas untuk 2
promosi minuman berfungsi seperti
rancangan Wanita Hari Ini
MUKA SURAT 84 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 22 (MODUL NEGERI SELANGOR – SET 2)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan Cukai Barangan
dan Perkhidmatan (GST) dan langkah-langkah memahamkan rakyat tentang GST. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara ini mula ditimbulkan sejak tahun
2005 yang bertujuan untuk menggantikan sistem pencukaian sedia ada yang diamalkan sejak tahun 1972.
GST pernah berada pada tahap pembentangan rang undang-undang di Parlimen, tetapi ditarik balik pada
tahun 2009 hinggalah dalam pembentangan Belanjawan 2014 lalu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa
kerajaan akan melaksanakan GST bermula April 2015.
Jika dianalisis secara terperinci, pelaksanaan GST memberikan justifikasi yang begitu meyakinkan
terhadap pengukuhan ekonomi dalam usaha negara menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Pelaksanaannya dijangka dapat memberikan pelbagai manfaat terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Secara asasnya, GST menggantikan cukai jualan (10 peratus) dan cukai perkhidmatan (6 peratus) yang
diperkenalkan kerajaan sejak tahun 1972 dan 1975. Kadar cukai sesetengah barangan menjadi lebih rendah
kerana penurunan kadar empat peratus dikira daripada kadar cukai jualan sebanyak 10 peratus ketika ini.
Pada masa ini, pertumbuhan ekonomi Malaysia sentiasa dibebani peningkatan kadar hutang negara.
Sehubungan dengan itu, strategi pelaksanaan GST menjadi alternatif terbaik untuk mengawal paras defisit
semasa fiskal negara. Hal ini penting sejajar dengan aspirasi kerajaan yang memberikan keutamaan
terhadap polisi pengukuhan fiskal yang betul. Pelan pelaksanaan GST berusaha untuk mengurangkan defisit
negara daripada 3.5 peratus pada tahun 2014 kepada tiga peratus menjelang tahun 2015.
Pengenalan GST merupakan langkah positif negara dalam jangka masa panjang. Keadaan ini disusuli
oleh pengurangan cukai korporat dan cukai pendapatan individu selaras dengan pengenalan GST akan
meningkatkan pembangunan Malaysia sebagai pusat kewangan kompetitif, sekali gus merealisasikan
matlamat sebagai hab kewangan Islam utama dunia. Sejajar dengan itu, pelaksanaan GST membolehkan
negara ini kekal berada pada tahap kompetitif dalam usaha menarik aliran masuk modal dari pasaran global.
Hasil daripada pelaksanaan GST, Kerajaan berupaya untuk meningkatkan hasil perolehannya melalui cukai
sekitar 20 peratus hingga 25 peratus berbanding dengan sistem jualan sekarang.
Negara ini banyak bergantung pada Petronas untuk membiayai 44 peratus daripada belanjawannya.
Pelaksanaan strategi pembiayaan negara yang selama ini tertumpu pada syarikat utama negara ini perlulah
dipelbagaikan. Oleh itu, GST berkeupayaan untuk meningkatkan serta mempelbagaikan pendapatan negara
berbanding dengan kebergantungan terhadap sumber minyak serta dalam masa yang sama menstabilkan
akaun semasa. Selain itu, pelaksanaan GST diyakini lebih telus dan cekap memandangkan pengguna
mengetahui jumlah sebenar yang perlu dibayar oleh mereka bagi setiap barangan dan perkhidmatan. Secara
keseluruhannya, GST memberikan impak neutral kepada sektor eksport serta menyediakan persekitaran
yang baik terhadap sektor perniagaan dan mengekang aktiviti 'pasaran gelap' dalam negara. Aktiviti haram ini
berada pada kadar yang agak tinggi berbanding dengan negara maju yang mengamalkan GST.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
“Kepentingan GST terhadap Malaysia”
Oleh Fadillah Mansor,
Dewan Masyarakat , 10/2014)
MUKA SURAT 85 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN 22 (MODUL NEGERI SELANGOR – SET 2)
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan kelebihan/ faedah/ manfaat Cukai Barangan dan
2
Perkhidmatan (GST) terhadap rakyat Malaysia/ negara ini dan kaedah-kaedah
2
memahamkan rakyat tentang GST.
1
P2 Petikan membincangkan kelebihan/ faedah/ manfaat Cukai Barangan 1
0
dan Perkhidmatan (GST) dan sejarah pengenalan GST yang akan dilaksanakan Di
Malaysia kelak.
P3 Rumusan membincangkan kelebihan/ faedah/ manfaat Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) terhadap rakyat Malaysia/ negara ini dan langkah-langkah
memahamkan rakyat tentang GST.
P4 Petikan membincangkan kelebihan/ faedah/ manfaat Cukai Barangan
dan Perkhidmatan (GST)
P5 Rumusan membincangkan kelebihan/ faedah/ manfaat Cukai Barangan
dan Perkhidmatan (GST)
P6 Petikan membincangkan kepentingan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
ISI TERSURAT (kepentingan GST) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
S1 Menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan. 2
S2 Alternatif terbaik bagi mengawal paras defisit semasa fiskal negara. 2
S3 Pengenalan GST merupakan langkah positif negara dalam jangka masa panjang 2
S4 Meningkatkan pembangunan Malaysia sebagai pusat kewangan kompetitif 2
S5 Merealisasikan matlamat sebagai hab kewangan Islam utama dunia 2
S6 Membolehkan negara kekal berada pada tahap kompetitif dalam usaha
menarik aliran masuk modal 2
S7 Meningkatkan hasil perolehannya melalui cukai 2
S8 Berupaya meningkatkan dan mempelbagaikan pendapatan negara 2
S9 Diyakini lebih telus dan cekap. 2
S10 Memberikan impak neutral kepada sektor eksport. 2
S11 Menyediakan persekitaran yang baik terhadap sektor perniagaan. 2
S12 Mengekang aktiviti pasaran gelap.
ISI TERSIRAT (langkah memahamkan rakyat tentang GST) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 Kerajaan mengadakan penerangan tentang GST. 2
T2 Media massa menyampaikan maklumat yang tepat tentang GST. 2
T3 Pihak berwajib memasang papan-papan tanda. 2
T4 Penerbitan buku. 2
T5 Mengadakan dialog atau seminar tentang GST.
KESIMPULAN MARKAH
ISI JAWAPAN 2
K1 Kesimpulannya, pihak kerajaan haruslah mengambil langkah untuk memahamkan
masyarakat tentang GST agar tidak timbul salah faham dalam kalangan rakyat. 1
K2 Kesimpulannya, pihak kerajaan haruslah mengambil langkah untuk memahamkan
masyarakat tentang GST.
MUKA SURAT 86 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 , jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata mengekang aktiviti .
[2 markah ]
(ii) Pengarang mengemukakan sejarah pengenalan GST yang akan dilaksanakan Di Malaysia
kelak.
Nyatakan sejarah pengenalan-pengenalan tersebut.
[3 markah ]
(iii) Pada pendapat anda, sebagai seorang murid yang prihatin, apakah langkah-langkah yang
wajar dilaksanakan untuk meningkatkan ekonomi negara?
[4 markah ]
MUKA SURAT 87 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN 22 (MODUL NEGERI SELANGOR – SET 2)
PEMAHAMAN
SOALAN (i) Maksud rangkai kata mengekang aktiviti:
PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
(i) menghalang kegiatan 1
1
(ii) menghalang aktiviti
(iii) mengekang kegiatan
SOALAN (ii) sejarah pengenalan GST:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 pengenalannya telah ditimbulkan sejak tahun 2005 1
untuk menggantikan sistem pencukaian sedia ada
yang diamalkan sejak tahun 1972
2 pernah dibentangkan di Parlimen tetapi ditarik 1
balik pada tahun 2009
3 dalam Belanjawan 2014, GST akan dilaksanakan 1
mulai April 2015.
SOALAN (iii) langkah yang wajar dilaksanakan untuk meningkatkan
ekonomi negara:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 negara kita perlu mempelbagaikan keluaran 2
barangan eksport untuk meningkatkan
pendapatan negara.
2 negara kita perlu meningkatkan pembangunan 2
sektor pertanian untuk menyediakan bekalan
makanan yang mencukupi untuk rakyat sekali gus
mengurangkan import makanan negara.
3 negara kita perlu membangunkan sektor 2
pelancongan kerana sektor ini menjanakan
pendapatan kepada negara.
MUKA SURAT 88 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 23 (PERCUBAAN NEGERI SELANGOR – SET 1)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca kemusnahan
ekosistem hutan dan langkah-langkah untuk mengawal kemusnahan ekosistem hutan. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kejadian banjir besar yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur pada penghujung 2014
masih segar dalam ingatan. Namun, malangnya bencana yang telah meragut banyak nyawa dan
memusnahkan harta benda itu seolah-olah tidak mampu memberi pengajaran dan menyedarkan
segelintir daripada kita tentang kepentingan menjaga kelangsungan ekosistem. Antara khazanah alam
yang sering menjadi mangsa pencabulan ekoran sikap tamak haloba manusia adalah ekosistem hutan.
Ekosistem ini bukan sahaja diteroka secara berterusan untuk mendapatkan sumber bahan mentah bagi
memenuhi keperluan industri, bahkan turut digondolkan untuk tujuan pembangunan kawasan perumahan
dan pertanian. Keadaan ini sekali gus mengakibatkan kawasan hutan sedia ada semakin mengecil dan
terhakis dari sehari ke sehari.
Lebih membimbangkan apabila tuntutan pembangunan yang kian pesat pada hari ini telah
mengakibatkan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab tergamak melakukan penerokaan ke atas
kawasan hutan simpan. Malah, pencerobohan ke atas kawasan hutan simpan di segenap pelosok negeri
semakin berleluasa. Kayu-kayan merupakan hasil penting yang dihasilkan oleh hutan. Kayu mempunyai
pelbagai kegunaan seperti bahan api, perabot, kegunaan kertas dan pembinaan rumah. Hal ini menjadi
tumpuan pembalak haram untuk membalak di kawasan ini yang turut menyumbang kepada berlakunya
kemusnahan ekosistem hutan. Di Kuching, kegiatan pembalakan haram di Kawasan Matang Lot terus
berleluasa sehingga menyumbang kepada kepupusan spesies kayu berkualiti tinggi. Sama ada kita sedar
atau tidak, penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnahkan atau mengecilkan habitat haiwan
seperti harimau dan gajah. Selain itu, pembakaran hutan secara terbuka juga turut memusnahkan
ekosistem hutan yakni spesies haiwan di hutan selama-lamanya.
Industri pelancongan merupakan sebahagian punca kemusnahan hutan. Hal ini disebabkan oleh
pembukaan tempat pelancongan yang baru memerlukan aktiviti penebangan hutan bagi pembukaan
kawasan yang baru. Pembinaan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan lebih rakyat turut
memusnahkan ekosistem hutan. Pembangunan yang terlalu mendadak di kawasan pelancongan akan
memusnahkan ekosistem hutan tanpa kita sedari. Hal ini disebabkan kekurangan pelaksanaan yang
terancang dan pemantauan yang berterusan daripada pihak yang berkenaan sebelum mereka melakukan
penerokaan atau penebangan hutan. Perlu kita sedari bahawa hutan merupakan satu komuniti untuk
hidupan liar iaitu untuk pokok-pokok besar serta haiwan liar. Hutan berperanan penting kepada manusia
kerana hutan membekalkan sumber bahan mentah dan penyumbang kepada sosioekonomi serta
kestabilan ekologi kepelbagaian hayat sesebuah negara. Pendek kata hutan merupakan khazanah
berharga dan perlu dijaga secara sistematik demi kestabilan ekosistem negara kita.
(Dipetik dan diubah suai daripada
“Sains dan Teknologi dalam kehidupan manusia”
Oleh Shasidan Abdullah
Dewan Siswa, September 2015.)
MUKA SURAT 89 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN 23 (MODUL NEGERI SELANGOR – SET 1)
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan faktor / sebab kemusnahan ekosistem hutan di negara
2
kita / Malaysia
2
P2 Petikan membincangkan faktor / sebab kemusnahan ekosistem hutan dan
1
kepentingan untuk mengawal kemusnahan ekosistem hutan. 0
P3 Rumusan membincangkan faktor / sebab kemusnahan ekosistem hutan dan
langkah-langkah untuk mengawal kemusnahan ekosistem hutan.
P4 Petikan /Rumusan membincangkan faktor / sebab kemusnahan ekosistem hutan.
P5 Petikan /Rumusan membincangkan punca kemusnahan ekosistem hutan.
ISI TERSURAT (punca kemusnahan ekosistem hutan) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
S1 khazanah alam sering menjadi mangsa pencabulan ekoran sikap tamak haloba
manusia. 2
S2 Ekosistem diteroka secara berterusan untuk mendapatkan sumber bahan mentah
bagi memenuhi keperluan industri. 2
S3 Ekosistem digondolkan untuk tujuan pembangunan kawasan perumahan dan
pertanian. 2
S4 Segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab tergamak melakukan penerokaan ke
atas kawasan hutan simpan. 2
S5 Hutan menjadi tumpuan pembalak haram untuk membalak di kawasan ini yang
turut menyumbang kepada berlakunya kemusnahan ekosistem hutan 2
S6 pembakaran hutan secara terbuka 2
S7 Industri pelancongan merupakan sebahagian punca kemusnahan hutan 2
S8 Pembinaan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan lebih rakyat turut
memusnahkan ekosistem hutan. 2
S9 Pembangunan yang terlalu mendadak di kawasan pelancongan akan
memusnahkan ekosistem hutan tanpa kita sedari.
ISI TERSIRAT (langkah untuk mengawal kemusnahan ekosistem hutan) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 aktiviti penerokaan hutan perlu dihentikan segera 2
T2 pihak yang terlibat memikirkan dan mengusahakan alternatif lain yakni dengan
mencari tanah-tanah yang belum diusahakan untuk dibuka bagi tujuan pertanian 2
T3 kerajaan mewartakan semua hutan sebagai taman negara dan hutan simpan kekal 2
T4 tindakan undang-undang / hukuman berat kepada pesalah 2
T5 kerajaan mewajibkan penebangan pokok untuk pembangunan diganti secepat
mungkin 2
T6 kempen kesedaran / ceramah 2
T7 pasukan penguat kuasa hutan / renjer hutan perlu ditambah
KESIMPULAN MARKAH
ISI JAWAPAN 2
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu tahu akan punca kemusnahan ekosistem hutan
agar / supaya masyarakat akan terus menjaga hutan demi generasi akan datang. 1
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu tahu akan punca kemusnahan ekosistem
hutan.
MUKA SURAT 90 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata habitat haiwan. [ 2 markah]
(ii) Hutan bukan sahaja merupakan satu komuniti untuk hidupan liar iaitu untuk pokok-pokok
besar serta haiwan liar tetapi juga berperanan penting kepada manusia.
Nyatakan kepentingan-kepentingan hutan kepada manusia.
[3 markah]
(iii) Hutan sebagai khazanah alam yang perlu dipelihara.
Pada pendapat anda, apakah kesan kemusnahan hutan kepada manusia?
[4 markah]
MUKA SURAT 91 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN 23 (PERCUBAAN NEGERI SELANGOR – SET 1)
PEMAHAMAN
SOALAN (i) Maksud rangkai kata habitat haiwan:
PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
(i) tempat tinggal / lingkungan binatang 1
1
(ii) tempat tinggal / lingkungan haiwan
(iii) habitat binatang
SOALAN (ii) kepentingan hutan kepada manusia:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Hutan berperanan penting kepada manusia 1
kerana hutan membekalkan sumber bahan
mentah.
2 Hutan penyumbang kepada sosioekonomi 1
3 Hutan memastikan kestabilan ekologi 1
kepelbagaian hayat sesebuah negara
SOALAN (iii) kesan kemusnahan hutan kepada manusia:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 menjejaskan rantaian makanan / sumber 2
makanan
2 mendorong kejadian bencana alam / banjir kilat 2
3 menyebabkan pencemaran sungai 2
4 menjejaskan kawasan tadahan hujan 2
5 menjejaskan sumber pendapatan masyarakat 2
pedalaman
6 mengakibatkan kesan rumah hijau / 2
mengurangkan kandungan oksigen
7 menjejaskan industri perkayuan negara 2
MUKA SURAT 92 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 24 (NEGERI SEMBILAN)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tanggungjawab
pelbagai pihak dalam mempertahankan kedaulatan negara dan halangan-halangan dalam
melaksanakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Apabila mengimbau sejarah lampau, kita tahu betapa peritnya pejuang kemerdekaan mahu
memerdekakan negara ini daripada penjajahan dan sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara yang
berdaulat. Namun begitu, sejauh manakah kita sebagai generasi masa ini dapat bertanggungjawab untuk
mempertahankan kedaulatan negara?
Setiap warganegara perlu mengukuhkan jati diri yang disulami semangat patriotik dan nasionalisme
dalam diri masing-masing. Jati diri perlu disertakan dengan ketinggian akhlak, nilai kesetiaan yang tidak
berbelah bahagi, nilai rasionalisme dan disalutkan dengan kekuatan mental dan spiritual. Sebagai negara
yang berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya, perpaduan antara kaum perlu terus dikekalkan. Sikap
etnosentrisme, iaitu menganggap bahawa cara hidup dan budaya etnik sendiri lebih unggul berbanding
dengan cara hidup dan budaya warisan etnik lain dalam diri setiap warganegara harus ditolak.
Kita tahu bahawa generasi muda sekarang sangat terdedah kepada globalisasi dan dunia tanpa
sempadan. Keluasan dan kecepatan dunia Internet dan pendedahan kepada media sosial seperti facebook,
twitter dan instagram, mendedahkan generasi muda kepada penjajahan bentuk baharu, iaitu penjajahan
pemikiran. Tiada lagi peluru atau mortar dan serangan berdarah untuk menjajah generasi muda. Oleh itu,
mereka perlu cakna dengan serangan bentuk penjajahan fikiran dan pemahaman ideologi. Atas sebab itulah
generasi muda perlu memainkan peranan penting sebagai perwira negara untuk menangkis segala serangan
penceroboh kedaulatan negara. Gerakan penjajahan pemikiran dan penanaman ideologi yang berbahaya
memerlukan setiap warganegara mempunyai benteng diri, terutamanya dalam pemahaman agama yang
betul.
Pemimpin negara perlu memastikan perlembagaan negara tidak dicabuli dan kedaulatan negara
terjamin. Dalam hal ini, kerajaan dan pembangkang seharusnya berganding bahu demi memastikan Malaysia
terus maju dan dihormati di mata dunia. Peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013
menyedarkan kita bahawa kerajaan juga perlu memastikan sistem pertahanan dan keselamatan negara
diperkukuh.
Kita seharusnya berusaha untuk menjadi negara pengeluar atau negara pembuat bahan dan
bukannya hanya beraksi sebagai negara pengguna. Peristiwa kemelesetan ekonomi pada tahu 1997
menunjukkan kedaulatan negara boleh terancam. Tindakan spekulator yang rakus merampas ekonomi dan
kewangan negara mampu menggugat kestabilan ekonomi dan politik negara. Dalam hal ini Malaysia perlu
mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara luar, merangkumi bidang ekonomi, politik, sosial dan
budaya. Apalah gunanya ada negara untuk kita diami sekiranya negara tersebut tidak mempunyai kedaulatan
dan senang dihenyak-henyak oleh musuh.
(Dipetik dan diubah suai daripada
“Tanggungjawab Mempertahankan Kedaulatan Negara”
Oleh Mohd Khairul Riza Tuan Mohd Yusop,
Dewan Siswa, Ogos 2016.)
MUKA SURAT 93 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN 24 (NEGERI SEMBILAN)
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan peranan / tugas pelbagai pihak dalam mempertahankan 2
2
kedaulatan negara ini / Malaysia.
1
P2 Petikan membincangkan peranan / tugas pelbagai pihak dalam mempertahankan 0
kedaulatan negara dan bentuk-bentuk ancaman terhadap kedaulatan negara.
P3 Rumusan membincangkan peranan / tugas pelbagai pihak dalam
mempertahankan kedaulatan negara dan halangan-halangan dalam
melaksanakannya.
P4 Petikan membincangkan peranan / tugas pelbagai pihak dalam mempertahankan
kedaulatan negara dan halangan-halangan dalam melaksanakannya.
P5 Petikan / Rumusan membincangkan tanggungjawab pelbagai pihak dalam
mempertahankan kedaulatan negara dan halangan-halangan dalam
melaksanakannya.
ISI TERSURAT (tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
S1 Setiap warganegara perlu mengukuhkan jati diri yang disulami semangat patriotik
dan nasionalisme dalam diri masing-masing. 2
S2 perpaduan antara kaum perlu terus dikekalkan. 2
S3 Sikap etnosentrisme harus ditolak. 2
S4 perlu cakna dengan serangan bentuk penjajahan fikiran dan pemahaman ideologi. 2
S5 generasi muda perlu memainkan peranan penting (sebagai perwira negara) untuk
menangkis segala serangan penceroboh kedaulatan negara. 2
S6 setiap warganegara mempunyai benteng diri, terutamanya dalam pemahaman
agama yang betul. 2
S7 Pemimpin negara perlu memastikan perlembagaan negara tidak dicabuli dan
kedaulatan negara terjamin. 2
S8 kerajaan dan pembangkang seharusnya berganding bahu demi memastikan
Malaysia terus maju dan dihormati di mata dunia. 2
S9 kerajaan juga perlu memastikan sistem pertahanan dan keselamatan negara
diperkukuh. 2
S10 Kita seharusnya berusaha untuk menjadi negara pengeluar atau negara pembuat
bahan dan bukannya hanya beraksi sebagai negara pengguna.
ISI TERSIRAT (halangan dalam melaksanakannya) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 Generasi muda kurang sensitif terhadap isu kedaulatan negara. 2
T2 Masyarakat kurang penghayatan terhadap sejarah negara. 2
T3 Masyarakat memandang ringan ancaman terhadap kedaulatan negara. 2
T4 Sikap masyarakat yang hanya mementingkan kehidupan harian masing-masing. 2
T5 Masyarakat berada dalam zon selesa.
KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan peranan untuk menjaga 2
kedaulatan negara supaya keamanan negara turut terpelihara.
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan peranan untuk menjaga 1
kedaulatan negara.
MUKA SURAT 94 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata budaya warisan etnik. [ 2 markah]
(ii) Pengarang menyatakan beberapa bentuk ancaman terhadap kedaulatan negara.
Apakah ancaman-ancaman tersebut? [3 markah]
(iii) Ada pendapat mengatakan bahawa generasi muda kurang semangat patriotik dalam diri
mereka.
Berikan pendapat anda.
[4 markah]
MUKA SURAT 95 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN 24 (MODUL NEGERI SEMBILAN)
PEMAHAMAN
SOALAN (i) Maksud rangkai kata sering budaya warisan etnik:
PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
(i) budaya: tamadun / peradaban / cara hidup
1
warisan: peninggalan / turun-temurun/ legasi 1
etnik: suku kaum
(ii) budaya turun-temurun / suku kaum
(iii) tamadun / peradaban / cara hidup / warisan suku kaum
SOALAN (ii) bentuk ancaman terhadap kedaulatan negara: MARKAH
ISI JAWAPAN 1
1 generasi muda sekarang sangat terdedah kepada globalisasi dan dunia
tanpa sempadan 1
2 generasi muda terdedah kepada penjajahan bentuk baharu 1
3 peristiwa kemelesetan ekonomi pada tahu 1997 menunjukkan kedaulatan
negara boleh terancam 1
4 Tindakan spekulator yang rakus merampas ekonomi dan kewangan negara
mampu menggugat kestabilan ekonomi dan politik negara
SOALAN (iii) golongan muda kurang semangat patriotik dalam diri mereka: MARKAH
ISI CADANGAN JAWAPAN JIKA SETUJU 2
1 -tidak berminat untuk mengambil tahu dan menghayati sejarah negara 2
sendiri. 2
2 setuju
-sikap etnosentrisme yang menebal 2
3 setuju 2
-hanya mementingkan pencapaian kendiri dan bukannya untuk negara /
bersikap individualistik / bersikap keakuan
4 setuju
-menggunakan media sosial untuk memburukkan negara
5 setuju
-melakukan perkara-perkara yang merosakkan imej negara
ISI CADANGAN JAWAPAN JIKA TIDAK SETUJU MARKAH
1 tidak bersetuju 2
-remaja mencemerlangkan diri untuk meningkatkan imej negara
2 tidak bersetuju 2
-remaja sentiasa mematuhi perlembagaan dan undang-undang negara
3 tidak bersetuju 2
-mengamalkan sikap bertolak ansur dalam kalangan masyarakat berbilang
kaum / hormat-menghormati
4 tidak bersetuju 2
-sentiasa cakna dan menyahut seruan negara
MUKA SURAT 96 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 25 (SMK SEGAMBUT – PPD SENTUL, WILAYAH PERSEKUTUAN KL)
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
peningkatan kemurungan dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Masyarakat sering didedahkan dengan masalah kemurungan yang melibatkan orang dewasa.
Jarang-jarang kita terbaca atau diberitakan tentang masalah kemurungan yang melibatkan remaja
terutamanya dalam kalangan murid sekolah. Kebanyakan remaja yang mengalami masalah emosi ini
tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami masalah kemurungan. Situasi ini menjadi punca
utama kepada peningkatan bilangan pesakit. Individu yang mengalami gangguan emosi ini
kebiasaannya bertindak memendam masalah mereka secara bersendirian sehingga menyebabkan
keadaan menjadi lebih parah.
Remaja mengalami kemurungan? Persoalan ini agak sukar untuk diterima bahawa pada usia
muda seseorang itu boleh mengalami masalah kemurungan. Sebagai remaja, umumnya kelihatan
sebagai tempoh usia yang menyeronokkan serta berpotensi untuk membina kerjaya dan kehidupan
yang hebat pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, realitinya tidak seperti yang dibayangkan.
Remaja juga terdedah dengan masalah kemurungan yang serius. Antara punca yang menyebabkan
remaja mengalami masalah kemurungan termasuklah faktor persekitaran remaja itu sendiri. Masalah
emosi seseorang itu berkait rapat dengan emosi individu yang berada di sekeliling mereka. Remaja
pasti menghadapi masalah jika mereka membesar dalam kalangan orang dewasa yang bermasalah.
Masalah lain yang sering dialami oleh remaja turut berkaitan dengan kegagalan menepati sasaran
yang ditetapkan oleh ibu bapa dan guru dalam pelajaran. Apabila ibu bapa menetapkan sasaran
pencapaian akademik yang melangkaui kemampuan anak, emosi remaja berkenaan pasti terganggu
sehingga berpotensi untuk mengalami kemurungan.
Kajian menunjukkan bahawa murid yang gagal mendapat keputusan yang baik dalam
peperiksaan utama di Malaysia seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan
(STPM) berpotensi untuk mengalami tekanan emosi yang tinggi. Terdapat juga kes kemurungan yang
berpunca daripada masalah percintaan dalam kalangan remaja. Pada usia yang masih muda remaja
mempunyai emosi yang sukar dikawal. Selain itu, terdapat kemurungan yang berpunca daripada
kemalangan yang membawa kepada kecacatan kekal terhadap fizikal seseorang. Kemurungan
dikatakan berlaku apabila mereka gagal melanjutkan pelajaran dan tidak dapat memenuhi sesuatu
impian yang dicita-citakan. Keadaan ini menyebabkan remaja mengalami trauma pada mulanya
sehingga membawa kepada kemurungan yang serius. Semua pihak seharusnya memainkan peranan
masing-masing dalam
usaha mewujudkan suasana yang merangsang emosi positif bagi setiap ahli komuniti, masyarakat,
dan negara.
Dipetik dan diubah suai daripada
“Atasi Kemurungan Remaja”
Oleh Noor Azam Abdul Rahman
Dewan Masyarakat, September 2015.
MUKA SURAT 97 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN 25 (SMK SEGAMBUT – PPD SENTUL, WILAYAH PERSEKUTUAN KL)
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor peningkatan masalah 2
kemurungan dalam kalangan remaja di Malaysia. 2
1
P2 Petikan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor peningkatan masalah 0
kemurungan dalam kalangan remaja dan alasan bahawa remaja sewajarnya tidak
mengalami masalah kemurungan.
P3 Rumusan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor peningkatan masalah
kemurungan dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya.
P4 Petikan / Rumusan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor peningkatan
masalah kemurungan dalam kalangan remaja.
P5 Petikan / Rumusan membincangkan punca-punca peningkatan masalah
kemurungan dalam kalangan remaja di Malaysia.
ISI TERSURAT (punca peningkatan kemurungan dalam kalangan remaja) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
S1 Remaja yang mengalami maslah emosi ini tidak sedar bahawa mereka sedang
mengalami masalah kemurungan. 2
S2 Individu yang mengalami gangguan emosi ini kebiasaannya bertindak memendam
masalah mereka secra bersendirian. 2
S3 Masalah kemurungan berpunca daripada persekitaran remaja itu sendiri. 2
S4 Remaja membesar dalam kalangan orang dewasa yang bermasalah. 2
S5 Tidak menepati sasaran yang ditetapkan oleh ibu bapa dan guru dalam pelajaran. 2
S6 Gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan utama di Malaysia
seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2
(STPM). 2
S7 Berpunca daripada masalah percintaan dalam kalangan remaja. 2
S8 Kemalangan yang membawa kepada kecacatan kekal terhadap fizikal seseorang. 2
S9 Kemurungan juga dikatakan berlaku apabila gagal melanjutkan pelajaran.
S10 Tidak dapat memenuhi sesuatu impian yang dicita-citakan.
ISI TERSIRAT (langkah mengatasinya) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 Memelihara kesihatan emosi dengan sebaik-baiknya. 2
T2 Sentiasa terlibat dalam aktiviti keagamaan yang bersifat kerohanian. 2
T3 Berhubung rapat dengan ibu bapa, adik-beradik, rakan, guru dan masyarakat
setempat. 2
T4 Pihak sekolah perlu menyediakan prasarana dan suasana kondusif 2
T5 Ibu bapa harus menerima pencapaian akademik anak-anak dengan hati terbuka. 2
T6 Unit kaunseling wajar memainkan peranan aktif di sekolah.
KESIMPULAN MARKAH
2
ISI JAWAPAN
K1 Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi masalah 1
kemurungan dalam kalangan remaja agar mereka dapat dibentuk untuk memenuhi
kesinambungan kepimpinan negara pada masa depan.
K2 Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi masalah
kemurungan dalam kalangan remaja.
MUKA SURAT 98 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata memendam masalah.
[2 markah]
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa alasan bahawa remaja sewajarnya tidak mengalami
masalah kemurungan.
Apakah alasan-alasan tersebut?
[3 markah]
(iii) Kemurungan dalam kalangan remaja banyak dikaitkan dengan tekanan daripada keluarga
dan masyarakat.
Pada pendapat anda, bagaimanakah anggota keluarga dapat memainkan peranan agar
remaja tidak terjebak dengan masalah kemurungan?
[4 markah]
MUKA SURAT 99 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
SKEMA RUMUSAN 25 (SMK SEGAMBUT – PPD SENTUL, WILAYAH
PERSEKUTUAN KL)
PEMAHAMAN
SOALAN (i) Maksud rangkai kata memendam masalah:
PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
(i) memendam: menyembunyikan / menyimpan
1
masalah: isu / hal / konflik / kesulitan / cabaran 1
(ii) memendam isu / hal / konflik / kesulitan / cabaran
(iii) menyembunyikan / menyimpan masalah
SOALAN (ii) alasan bahawa remaja sewajarnya tidak mengalami
masalah kemurungan:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 tempoh usia yang menyeronokkan 1
2 usia yang sangat muda 1
3 berpotensi untuk membina kerjaya 1
4 kehidupan yang hebat pada masa akan datang 1
SOALAN (iii) peranan anggota keluarga agar remaja tidak terjebak
dengan masalah kemurungan:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Mewujudkan suasana mesra dalam kalangan 2
anggota
2 Sentiasa mengetahui pergerakan dan aktiviti anak- 2
anak di luar rumah
3 Tidak memberi penekanan yang terlalu serius 2
dalam pencapaian akademik anak-anak
4 Mengadakan pelbagai aktiviti bersama anggota 2
keluarag pada hujung minggu.
MUKA SURAT 100 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN
CL)