Akhir sekali, hemah Tinggi, contohnya Dahlia keluar bersalam
dengan neneknya, Nek Kiah yang datang ke rumahnya sebelum bergegas
ke dapur untuk menyediakan minuman. Begitu juga ketika rakan-
rakannya datang seperti Kavita dan Najib, dia melayan dengan baik
dengan menyediakan minuman dan berhemah ketika bertutur kata.
Contoh yang lain ialah Dahlia tidak melawan atau menggunakan kata-
kata kesat apabila dia dimaki hamun dan dituduh oleh Aton sebagai
orang yang membunuh anaknya, Said. Contoh yang terakhir ialah Haji
Sulaiman berhemah dalam memberi nasihat kepada penduduk dengan
meminta penduduk kampung berkumpul di balai raya sebelum pulang ke
rumah masing-masing untuk menyelesaikan beberapa masalah yang
berlaku dalam kalangan masyarakat kampungnya sejak akhir ini dirasakan
mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri.
11. PENGAJARAN
Pengajaran daripada novel ialah kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita,
contohnya kasih sayang ibu bapa terhadap anak, contohnya Embong dan Saleha
sangat menyayangi anak-anaknya (Dahlia, Abu Bakar, Mawar, Kiambang, Melati,
dan Anggerik) dan menaruh harapan yang tinggi terhadap anak-anak berjaya
dalam pelajaran kerana mereka yakin, dengan pelajaran tinggi sahaja nasib
keluarganya akan berubah. Contoh lain ialah Dahlia bergegas mendapatkan
emaknya yang sedang bercakap sendirian dan sesekali ketawa di kebun getah
setelah dimaklumkan oleh Melati. Seterusnya, Dahlia sanggup ponteng hari
persekolahan demi menjaga adik bongsunya, Anggerik yang demam panas
sehingga sembuh semasa ketiadaan emaknya yang sedang menerima rawatan
pemulihan di Hospital Permai. Contoh yang terakhir, Dahlia mengambil berat
tentang kesihatan neneknya, Nek Kiah walaupun neneknya itu menuduhnya
sebagai perempuan jalang dan pernah menganggapnya sebagai seorang cucu yang
membawa sial.
Selain itu, kita perlulah mempunyai keinginan berdikari untuk melaksanakan
tanggungjawab, contohnya tanggungjawab sebagai seorang suami, contohnya
Embong berusaha memastikan penyakit "gila” isterinya, Saleha dapat dipulihkan
dengan cara membenarkan Haji Sulaiman dan tiga orang kakitangan Hospital Batu
Pahat membawa isterinya menerima rawatan lanjut di Hospital Batu Pahat. Embong
juga bertanggungjawab memastikan anak-anaknya seramai enam orang mendapat
makanan dan pelajaran yang cukup, sehinggakan dia terpaksa mencari duit lebih
dengan mengambil upah membersihkan kebun dan memungut hasil buah kelapa
sawit. Contoh yang lain ialah Cikgu Hisyam dan Cikgu Salwani bertanggungjawab
memberikan pendidikan yang terbaik kepada murid-muridnya. Malah Cikgu Hisyam
sudi berkunjung ke rumah Dahlia dan menghantar Siti Salwani ke Hospital Batu
Pahat. Contoh yang terakhir ialah Pengerusi JKKK Parit Haji Rais, contohnya Haji
Sulaiman sentiasa memikirkan usaha-usaha untuk menyemai kembali amalan
kerjasama dalam kalangan penduduk kampungnya yang semakin terhakis.
Selanjutnya, kita haruslah berani menghadapi
cabaran, contohnya Dahlia sanggup terjun ke dalam
sungai yang berarus deras dan berkeladak semata-
mata untuk menyelamatkan Said daripada mati lemas
tanpa sedikit pun memikirkan soal keselamatan
nyawanya. Contoh yang lain ialah sebagai seorang
gadis, Dahlia berani pergi seorang diri dari Batu Pahat
ke Hospital Permai semata-mata untuk melawat
ibunya yang menerima rawatan lanjut di tempat itu.
Di samping itu, kita perlulah bersikap baik hati terhadap orang lain,
contohnya Azhari sedaya-upaya berusaha membantu Dahlia yang berdepan dengan
kesusahan akibat masalah kesihatan ibunya yang sedang menerima rawatan di
Hospital Permai dan peristiwa tragis ayahnya yang menerima rawatan di Hospital
Batu Pahat akibat dipatuk ular tedung. Contoh yang lain, melalui bantuan Najib dan
Kavita, Dahlia membawa adiknya, Anggerik ke klinik yang terletak di pekan
berhampiran untuk mendapatkan rawatan disebabkan demam panasnya itu.
Seterusnya, Tauke Lim mempunyai sikap baik hati dengan bersimpati terhadap
Embong yang berhadapan dengan masalah kesihatan isterinya, masalah anak lelaki
tunggalnya yang menjadi kutu rayau dan masalah ibu mentuanya yang bersikap
prejudis terhadap keluarganya itu. Contoh yang terakhir ialah Abu Bakar bersikap
baik hari dengan mempunyai perasaan simpati terhadap kakaknya, Dahlia yang
menjadi mangsa fitnah dan mulut jahat Aton dengan berusaha memujuk kakaknya
supaya bertenang.
Akhir sekali, kita hendaklah bersikap hemah tinggi apabila
berhadapan dengan orang, contohnya Dahlia keluar bersalam dengan
neneknya, Nek Kiah yang datang ke rumahnya sebelum bergegas ke dapur
untuk menyediakan minuman. Begitu juga ketika rakan-rakannya datang
seperti Kavita dan Najib, dia melayan dengan baik dengan menyediakan
minuman dan berhemah ketika bertutur kata. Contoh yang lain ialah Dahlia
tidak melawan atau menggunakan kata-kata kesat apabila dia dimaki hamun
dan dituduh oleh Aton sebagai orang yang membunuh anaknya, Said.
Contoh yang terakhir ialah Haji Sulaiman berhemah dalam memberi nasihat
kepada penduduk dengan meminta penduduk kampung berkumpul di balai
raya sebelum pulang ke rumah masing-masing untuk menyelesaikan
beberapa masalah yang berlaku dalam kalangan masyarakat kampungnya
sejak akhir ini dirasakan mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri.