MODUL BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH
3 (C) MENGENAL PASTI KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN (6 markah)
PANDUAN KEPADA CALON
a) Bahagian ini untuk menguji penguasaan pelajar tentang kemahiran ejaan dan
imbuhan.
b) Lazimnya terdapat tiga ayat yang dikemukakan. Dalam setiap ayat terdapat satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan yang perlu dibetulkan..
c) Jangan senaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
imbuhan untuk setiap ayat.
d) Jika soalan berbentuk perenggan, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan imbuhan
e) Ejaan dan imbuhan yang didapati salah penggunaanya hendaklah diganti dengan ejaan
dan imbuhan yang betul.
f) Baca ayat atau perenggan berulang-ulang untuk mengenal pasti kesalahan ejaan dan
imbuhan.
g) Teliti perkataan demi perkataan – fokuskan pada kata nama dan kata kerja .
h) kesalahan ejaan paling kerap diuji dalam peperiksaan SPM ialah kesalahan mengeja
kata serapan daripada bahasa Inggeris/arab, kata berimbuhan pinjaman, kata
terbitan (akhiran -kan dan- an) dan kata kata majmuk.
i) Tulis perkataan yang salah ejaan dan imbuhan di sebelah kiri dan perkataan betul ejaan
dan imbuhan di sebelah kanan pada kertas jawapan. .
j) Pastikan jawapan yang diberi menggunakan sistem ejaan yang betul.
k) Calon tidak pelu menyalin ayat itu semula, sebaliknya menyenaraikan jawapan. Rujuk
contoh jawapan.
LATIHAN EJAAN
Tandakan ( √ ) bagi ejaan yang betul.
Bil Perkataan Tandakan Perkataan tandakan
1 ais krim aiskrim
2 atur cara aturcara
3 ambulan ambulans
4 boling bowling
5 gengsterisme gengterisma
6 raksasa raksaksa
7 moto motto
8 samada sama ada
9 komedi komidi
10 lagenda legenda
11 fardhu fardu
12 calendar kelendar
13 zuhur zohor
1
MODUL BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH
Bil Perkataan Tandakan Perkataan tandakan
14 protin protein
15 silaturrahim silaturahim
16 ekspres ekspress
17 Insyaallah insya-Allah
18 kobis kubis
19 hajah hajjah
20 Ramadan Ramadhan
21 pasaraya pasar raya
22 iktiraf ikhtiraf
23 tatatertib tata tertib
24 lanskap landskap
25 snuker snooker
26 tulin tulen
27 vandalisma vandalisme
28 stesen stesyen
29 naskah naskhah
30 antipengganas anti-pengganas
PANDUAN PENGGUNAAN IMBUHAN
1. Imbuhan “meN….kan”
- mesti diikuti dengan benda (objek tidak bernyawa)
Contoh: menghadiahkan basikal
2. Imbuhan “meN….i”
- mesti diikuti dengan orang (objek bernyawa)
Contoh: menghadiahi adik
3. Imbuhan “meN…”
- mesti diikuti dengan benda (objek tidak bernyawa)
Contohnya: membeli buku
4. Imbuhan Apitan bertemu Imbuhan Sisipan
- mem + per + (kata adjektif seperti cantik, tinggi, besar) tidak boleh ada “kan”
Contohnya: mempercantik lukisan itu
- di + per + (kata adjektif seperti cantik, tinggi, besar) tidak boleh ada “kan”
Contohnya: diperbesar bangunan itu
- mem + per + (kata kerja seperti main, senda) + “kan”
Contohnya: mempersendakan
- di + per + (kata kerja seperti main, senda) + “kan” (perlu ada kata sendi ‘oleh’)
Contohnya: dipermainkan oleh Ali
2
MODUL BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH
5. Imbuhan “ter..”
- ter… + “oleh” (objek bernyawa)
Contohnya: tersepak oleh Abu
6. Imbuhan “menge” + kata satu suku kata
Contohnya: mengepos, mengelap, mengecat, mengemop dan mengecap
7. Imbuhan Pinjaman (pro dan anti)
- dieja rapat sekiranya bertemu dengan kata nama am
Contohnya: prauniversiti
- dimasukkan sempang jika bertemu kata nama khas
Contohnya: pro-Jepun
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
CONTOH SOALAN
i. Ajensi kerajaan dan swasta menggesa agar membuka peluang kepada golongan kurang
upaya untuk memegang jawatan dalam bidang pentadbiran.
ii. Menyaksikan keindahan kehidupan laut yang dihuni oleh pelbagai spesis ikan dan
terumbu karang semasa menyelam sudah tentu mengasyikkan.
iii. Pengguna jalanraya perlu peka dengan modus operandi kumpulan jenayah yang
gunakan kaedah melanggar kenderaan mangsa sebagai taktik untuk menyamun.
CONTOH JAWAPAN [6 markah]
Nombor Salah Betul
Soalan Agensi
Ajensi digesa
i. menggesa spesies
hidupan
ii. sepsis jalan raya
kehidupan penjenayah
iii. jalanraya
jenayah
3
MODUL BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH
LATIHAN KLON SPM
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Tugasan 1
i. Penunggang motorsikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang
dilaku oleh polis trafik.
ii. Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi, adik diharap kami sekeluarga tidak
bimbang akan keselamatannya.
iii. Semua bekerja di kilang itu akan keluar makan pada waktu tengahari selama satu jam
setengah.
Nombor Soalan Salah Betul
i motorsikal
ii dilaku
e-mail
iii diharap
tengahari
bekerja
Tugasan 2
i. Satu pamiran barang-barang antik telah berada di pusat kraf tangan bermula semalam.
ii. Kita mestilah mempertahan martabat bahasa Melayu sebagai lambang jatidiri bangsa
daripada dicemari oleh bahasa asing.
iii. Pengarah syarikat itu telah melantik seorang juru ukur untuk menyukat perluasan tanah
terbiar.
Nombor Soalan Salah Betul
i.
ii.
iii
4
MODUL BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH
Tugasan 3
Perpaduan ialah kunci pemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan
berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup aman dan damai.
Perpaduan dapat melahirkan melalui hubungan baik dengan jiran. Jiran yang baik ialah jiran
yang berjaya memupok sernangat rnuhibbah. saling dipercayai dan mengamalkan perkongsian
pintar sesama mereka
Salah Betul
Tugasan 4
i. Puan Mahanom mencadangkan untuk membeli sebuah banglo baharu yang terletak
diatas bukit.
ii. Terdapat beberapa mesej yang ingin kesampaian kepada para· pelajar melalui pra kata
buku itu.
iii. Sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ke tiga telah diada di sebuah hotel
terkemuka di Kuala Lumpur.
Tugasan 5
i. Pemain bola sepak yang meletih itu asyik bercekak pingang sahaja di tengah-tengah
padang.
ii. Kawalan keselematan yang ketat telah dilakukan oleh pihak berkuasa ketika
bersidangan itu berlangsung.
iii. Mangsa kes ragot itu mengalami perdarahan di kepala dan masih dalam keadaan koma.
Tugasan 6
i. Encik Ali telah membawakan keluarganya untuk menikmati keenakan mee goreng
dan martabak ayam di kedai itu.
ii. Yang di-Pertuan Agung telah bercemar duli untuk menyempurnakan majlis perletakan
batu asas masjid baharu di kampung itu.
iii. Perdana Menteri telah menitipkan ucapan balasungkawa kepada keluarga mangsa
renjatan eletrik yang hilang ahli keluarga mereka.
5
MODUL BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH
3(d) KESALAHAN KATA/ ISTILAH DAN KESALAHAN BAHASA (6 markah)
PANDUAN KEPADA CALON
a) Bahagian ini untuk menguji penguasaan pelajar tentang kemahiran kosa kata dan
bahasa.
b) Lazimnya terdapat tiga ayat yang dikemukakan. Dalam setiap ayat tersebut terdapat
satu kesalahan kata/istilah dan satu kesalahan bahasa yang perlu dibetulkan.
c) Jangan senaraikan lebih daripada satu kesalahan kata/istilah dan satu kesalahan
bahasa untuk setiap ayat.
d) Jika soalan berbentuk perenggan, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan imbuhan.
e) Kata/istilah dan bahasa yang didapati salah hendaklah diganti dengan kata/istilah yang
betul dan kesalahan bahasa diperbaiki mengikut hukum tatabahasa. .
f) Baca ayat atau perenggan berulang-ulang kali untuk mengenal pasti kesalahan
kata/istilah dan kesalahan bahasa.
g) Tulis perkataan yang salah dan kesalahan bahasa di sebelah kiri serta perkataan dan
bahasa yang betul di sebelah kanan pada kertas jawapan.
h) Pastikan jawapan yang diberi menggunakan sistem ejaan yang betul.
i) Calon tidak pelu menyalin ayat itu semula, sebaliknya menyenaraikan jawapan. Rujuk
contoh jawapan.
Bentuk-bentuk Kesalahan Bahasa.
1. Kesalahan frasa mengikut hukum D – M.
Dalam bahasa Melayu hukum D (unsur yang diterangkan) merupakan unsur inti yang hadir
pada kedudukan yang pertama dan M (unsur yang menerangkan) hadir pada kedudukan
yang kedua dalam frasa ayat.
Contoh;
Salah Betul
cili sos sos cili
Nusantara Restoran Restoran Nusantara
mini bas bas mini
kredit kad kad kredit
6
MODUL BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH
2. Kesalahan penggunaan kata sendi nama.
Contoh;
- Ketika keluar daripada kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (salah)
- Ketika keluar dari kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (betul)
- Dia datang bila dipanggil. (salah)
- Dia datang apabila dipanggil. (betul)
- Dia memandang pada saya. (salah)
- Dia memandang kepada saya. (betul)
- Dia memberikan pendapat di dalam mesyuarat. (salah)
- Dia memberikan pendapat di dalam mesyuarat.(betul)
3. Kesalahan penggunaan kata jamak.
Contoh;
- Kebanyakan guru-guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar (salah)
- Kebanyakan guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar (betul)
4. Kesalahan penggunaan kata ganda.
Contoh;
- Perdana Menteri-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Bangkok. (salah)
- Perdana-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Bangkok. (betul)
5. BEBERAPA KESALAHAN TATABAHASA YANG LAZIM
Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di dengan imbuhan di
a) salah - disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara (selain kata kerja)
betul - di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara
b) salah - di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan
betul - diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan (kata kerja)
Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke
a) salah - keMelaka, kepadang, kesana, keselatan
b) betul - ke Melaka, ke padang, ke sana, ke selatan
7
MODUL BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH
Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada
a) dari – formula ATM = A (arah), T (tempat), M (masa)
- dari belakang, dari Perak, dari semalam
b) daripada:
- punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad
- sumber atau asal kejadian sesuatu benda
- perbezaan dan perbandingan
- daripada guru besar, daripada getah, daripada markah
Mengulang kata nama selepas penanda jamak (banyak)
a) salah - semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
b) betul - semua guru, segala alat, kebanyakan ahli
Tidak menggandakan kata bilangan himpunan
a) salah - beratus orang, beribu penonton, berguni padi
b) betul - beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi
Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan
a) salah - paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali
b) betul - paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali
Menggandakan kata selepas saling
a) salah - saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan
b) betul - saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan
Pembentukan ayat pasif
a) Kata Ganti Nama Diri pertama
- Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)
- Surat itu telah kami hantar. (betul)
b) Kata Ganti Nama Diri Kedua
- Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
- Laporan itu perlu anda siapkan. (betul)
c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga
- Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)
- Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)
Penggunaan –kan menggantikan akan (Kata adjetif bersifat emotif)
a) salah - sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan
b) betul - sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan
Menjarakkan imbuhan pinjaman
a) salah - juru taip, ko kurikulum, pasca moden, anti dadah
b) betul - jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah
Merapatkan imbuhan pinjaman apabila bertemu dengan kata nama khas
a) salah – antiRusia, proMalaysia
b) betul – anti-Rusia, pro-Malaysia
8
MODUL BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH
CONTOH SOALAN DAN CONTOH JAWAPAN
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satukesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
CONTOH SOALAN
i. Tidak kira sama ada di kota atau desa, semua manusia adalah sama di samping Tuhan.
ii. Kejayaan pelakon itu yang dimasyhurkan sebagai pelakon wanita terbaik telah disambut
gembira daripada peminatnya.
iii. Persembahan teater yang mengisahkan tentang kehidupan Tun Dr.Mahathir telah
berjaya menarik penggiat-penggiat teater seluruh Malaysia menontonnya.
[6 markah]
CONTOH JAWAPAN Betul
Bil. Salah di desa
i desa sisi
samping dinobatkan
ii dimasyurkan oleh
daripada peminat-peminat
iii penggiat-penggiat mengisahkan
mengisahkan tentang
LATIHAN KLON SPM
Tugasan 1
i. Emak menyuruh kakak merebus air dan membeli pelbagai kuih-muih di warung untuk
minum petang.
ii. Demonstrasi jalanan yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab bukanlah cara
paling terbaik untuk membasmi masalah.
iii. Pihak polis sudah mengenal pasti personaliti semua suspek yang masih bebas itu
dengan mengedarkan gambar lakaran wajah suspek pada semua balai polis.
Bil. Salah Betul
i. merebus
pelbagai kuih-muih
ii membasmi
paling terbaik
iii personaliti
pada
9
MODUL BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH
Tugasan 2
i. Peristiwa semasa berkhemah di Taman Negara itu meninggalkan ingatan manis yang
sukar dilupakan olehku.
ii. Kegiatan pemerdagangan orang telah mendapat prihatin dunia dan menjadi isu
antarabangsa di masa ini.
iii. Ayah mencantas semak samun di kebunnya pada setiap hujung minggu dengan
bantuan beberapa orang-orang kampung.
Bil. Salah Betul
i.
ii.
iii.
Tugasan 3
i. Kami pulang dalam keadaan letih setelah menyertai kem kecemerlangan SPM daripada
pukul 9.00 pagi hingga pukul 7.00 petang.
ii. Semua pelajar perlu sedar yang setiap kejayaan akan diperoleh jika ada kemahuan,
kesungguhan, dan tidak mengenal putus harap.
iii. Ahli pasukan pengakap yang sedang berumah di Bukit Wang itu membina unggun api
daripada longgokan kayu-kayu yang telah dikumpulkan sejak petang tadi.
Tugasan 4
i. Semua orang Islam yang beribadat dalam bulan Ramadan tidak boleh makan dan
minum di waktu siang hari.
ii. Pertunjukan buku yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra itu turut
disertai oleh banyak penerbit-penerbit dari luar negara.
iii. Budaya rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan merupakan kesalahan yang serius
lalu perlu dihalang hingga ke akar umbi.
Tugasan 5
Sektor pelancongan di negara kita berkebolehan untuk mencapai kemajuan yang standing
dengan negara-negara maju dalam dunia. Hasrat ini dapat direalisasikan jika prasarana dengan
secukupnya disediakan dan sentiasa dalam keadaan elok. Tidak dapat dinafikan juga bahawa
layanan yang mesra dan menyenangkan akan memanggil lebih ramai pelancong demi
berkunjung ke negara ini.
10
MODUL BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH Betul
Salah
Tugasan 6
i. Rakyat Malaysia perlu melayangkan Jalur Gemilang secara berterusan dan tidak
terhad kepada bulan kemerdekaan sahaja.
ii. Kereta api daripada Ipoh ke Padang Besar telah terbabas dari landasan
menyebabkan semua gerabaknya terbalik.
iii. Pak Ali belum mengambil keputusan tepat sama ada mahu bekerja di sektor swasta
dan sektor kerajaan.
3 (e) PERIBAHASA (6 markah)
1. Peribahasa ialah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang disusun dalam
bentuk tertentu dan membawa maksud tersirat.
2. Tujuan peribahasa dicipta dan digunakan adalah untuk memberikan nasihat, teguran,
dan sindiran tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak semasa berkomunikasi.
3. Peribahasa terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu:
JENIS HURAIAN CONTOH
Simpulan Gabungan dua patah perkataan Ada hati, beri jalan, atas angin, gelap
bahasa yang membawa maksud mata, buah hati, mulut tempayan,
tersirat. dalam tangan, tangkai jering
Perumpamaan *Susunan perkataan dalam bagai aur dengan tebing,
Kiasan sesuatu ayat bertujuan untuk seperti ikan pulang ke lubuk, umpama
Tamsil membandingkan sesuatu bersuluh di tengah hari, ibarat langit
benda, keadaan atau peristiwa dengan bumi,
Pepatah dengan perkara atau hal lain. laksana pungguk merindukan bulan,
macam kera mendapat bunga
*Biasanya menggunakan kata garang macam harimau
bagai, bak, ibarat, laksana, angkuh seperti merak
macam, seperti dan umpama
*Rangkai kata yang menjadi Air dicencang tidak akan putus, Alang-
sebutan dalam kehidupan alang mandi biar basah,
masyarakat. Buat baik berpada-pada, buat jahat
*ringkas sifatnya, bijak jangan sekali,
perkataannya dan mendalam Yang berat sama dipikul, yang ringan
maknanya. sama dijinjing,
*Tujuannya untuk memberi Bulat air kerana pembetung, bulat
pengajaran dan pendidikan manusia kerana muafakat
kepada masyarakat. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek
hujan
11
MODUL BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH
JENIS HURAIAN CONTOH
*Susunan kata yang menarik
dan mudah diingati Alah membeli, menang memakai
Alah bias, tegal biasa
Bidalan *Mempunyai erti selapis untuk Indah khabar dari rupa
memberikan pengajaran, Melentur buluh biarlah dari rebung
teladan, perbandingan, nasihat Sudah terhantuk baru tengadah
kepada masyarakat. Genggam bara api biar sampai jadi
arang
Kata-kata Satu bentuk pengucapan Bahasa Jiwa Bangsa
Hikmat / baharu (moden) dicipta oleh Ilmu Pelita Hidup
Mutiara Kata golongan cendekiawan. Membaca Jambatan Ilmu
Malaysia Boleh
Kandungannya memuatkan Kepimpinan Melalui Teladan
falsafah dan pengajaran Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi
sebagai panduan hidup. Tiang Negara
Masa Itu Emas
Bertangguh itu Pencuri Masa
4. Senarai Peribahasa (Buku Teks Bahasa Malaysia Tingkatan 4 dan 5)
BUKU TEKS TINGKATAN 4 BUKU TEKS TINGKATAN 5
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia 1. lintah darat
kerana muafakat Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam yang terlalu tinggi.
mesyuarat.
2. bagai aur dengan tebing
2. Darah daging Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada yang lain dan saling membantu.
keturunan sendiri.
3. anak dagang
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud : Orang luar yang datang menetap di
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama. sesuatu tempat
4. meninggi diri 4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di
Maksud : Sombong negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara
5. bermuka dua orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Maksud : Tidak jujur.
5. kalau takut dilambung ombak, jangan
6. baik hati berumah di tepi pantai
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka Maksud : Kalau takut berhadapan dengan
menolong). penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu
yang susah
7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan 6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara
8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang yang dilebih-lebihkan.
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar
hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
12
MODUL BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH
9. bagai kaca terhempas ke batu 7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
Maksud : Sangat sedih atau kecewa. dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil 8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
lagi. Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang
susah bersama.
11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat 9. kacang lupakan kulit
dalam adat Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau
orang yang pernah menolongnya setelah mendapat
12. seperti lembu dicucuk hidung kesenangan.
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan
orang 10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat
13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama yang kita diami atau tinggal.
dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau 11. masuk kandang kambing mengembek,
mengerjakan sesuatu. masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan
14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air keadaan
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah
diperoleh. 12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah
semua
15. terang hati Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang
Maksud : Lekas pandai. menyebabkan orang lain yang menerima
akibatnya..
16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong 13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
17. murah hati
Maksud : Pemurah. 14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak
mahu berusaha dan bersusah payah
15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke
tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk
mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
16. yang bulat tidak datang menggolek, yang
pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa
usaha
17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama
berhasil juga.
13
MODUL BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH
18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam
mesyuarat.
20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong
pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah
memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan
hilang pula.
21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu
perkara.
22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
23. sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat
sesuatu bencana.
24. berbesar hati
Maksud : Gembira.
25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah
jagaan kita.
26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara
27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di
samping budaya hidup yang baharu.
28. batu penghalang
Maksud : Halangan
29. untung anak lelaki cari-carikan, untung anak
perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal.
b. Kehidupan yang senang.
14
MODUL BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH
PANDUAN KEPADA CALON
a) Bahagian ini untuk menguji penguasaan pelajar tentang peribahasa.
b) Lazimnya terdapat tiga soalan yang dikemukakan.
c) Calon tidak dibenarkan menyenaraikan lebih daripada tiga peribahasa.
d) Baca arahan soalan dengan teliti untuk memahami kehendak soalan sama ada
menyatakan peribahasa, membina ayat daripada peribahasa, menyatakan maksud atau
memberikan peribahasa yang sama maksud.
e) Pastikan jawapan yang diberi mengikut cara menulis peribahasa yang betul.
f) Calon tidak perlu menyalin soalan itu semula, sebaliknya menyenaraikan jawapan.
Rujuk contoh jawapan.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN
1. Memberi Makna Peribahasa
Beri makna simpulan bahasa di bawah ini.
a. hati bugis
Makna simpulan bahasa hati bugis ialah seorang yang berani.
b. Orang dapur
Makna simpulan bahasa orang dapur ialah orang perempuan
2. Membina Ayat daripada Peribahasa
Bina satu ayat berdasarkan peribahasa yang diberikan di bawah.
a. jauhari juga mengenal manikam
Bertanyalah kepada orang yang arif tentang undang-undang kerana jauhari juga
mengenal manikam.
b. Belakang parang diasah lagikan tajam
Walaupun Ali sudah berkali-kali gagal dalam peperiksaan, namun Cikgu Mahani yakin Ali
akan Berjaya jika diberi bimbingan kerana belakang parang diasah lagikan tajam.
3. Menyatakan Peribahasa Berdasarkan Pernyataan
Berdasarkan pernyataan yang berikut, berikan satu peribahasa yang paling sesuai.
a. Ramasami memberikan pelbagai alasan apabila rakan-rakannya mengajaknya pergi ke
perpustakaan.
- Peribahasa tersebut ialah hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
15
MODUL BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH
b. Pak Cik Mahadi memiliki ilmu yang tinggi tetapi dia tidak mahu mengamalkan semua ilmu
yang ada padanya itu.
- Peribahasa tersebut ialah laksana pohon kayu tidak berbuah.
4. Mengemukakan Peribahasa Berdasarkan Petikan
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.
Razali menceburi bidang perniagaan. Perniagaannya maju tetapi dia lupa akan pengorbanan
dan kesusahan yang dialaminya sewaktu hendak memulakan perniagaan dahulu. Setiap bulan
keuntungan yang diperoleh dibelanjanya sehingga dia tidak dapat menyimpan wang walaupun
sedikit. Dia akhirnya menyesal apabila perniagaannya bankrap kerana dia tidak dapat
membayar hutang piutang kepada pihak bank.
Jawapan:
i. Peribahasa tersebut ialah lupa daratan
ii. Peribahasa tersebut ialah berniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap
iii. Peribahasa tersebut ialah menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
5. Mengisi Tempat Kosong dengan Peribahasa yang Sesuai
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.
i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala
Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau
telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa ........................
ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri
secara kecil-kecilan. ".................................................................., biarlah aku mulakan dengan
modal yang sedikit," bisik Ahmad.
iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan
yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam
lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu ………………………………………………….....
Jawapan:
I Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
ii. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
iii. Bak cendawan tumbuh selepas hujan.
16
MODUL BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH
6. Memberikan Peribahasa Lain Yang Sama Maksud
Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa
di bawah.
i. menangguk di air keruh.
ii. bagai pinang dibelah dua
iii. bagai mencurah air ke daun keladi
Jawapan:
i. menahan lukah di pergentingan
ii. bagai cincin dengan permata
iii. bagai mencurah garam ke laut.
LATIHAN
Tugasan 1
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai
berdasarkan situasi tersebut.
Walaupun Shahida dan Shahira adik-beradik kembar tetapi kedua-duanya mempunyai minat
dan perwatakan yang sangat berbeza. Mereka sentiasa berselisih faham dan sering bertengkar
dalam menegakkan pendirian masing-masing. Ibu mereka selalu memberi nasihat agar mereka
bertolak ansur antara satu sama lain namun tidak dihiraukan. Perselisihan yang berlarutan itu
berakhir apabila mereka mula insaf dan bermaafan-maafan. [6 markah]
Jawapan:
i) ____________________________________________________________
ii) ___________________________________________________________
iii) ___________________________________________________________
Tugasan 2
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
maksud ayat tersebut.
i. Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dibuang.
ii. Orang yang tidak tahu membaiki sesuatu benda. tetapi cuba membaikinya hingga benda
itu menjadi rosak.
iii. Jangan sengaja mencari kesusahan. [6 markah]
Jawapan
i. _________________________________________________________
ii. ________________________________________________________
iii. ________________________________________________________
17
MODUL BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH
Tugasan 3
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
ayat-ayat tersebut.
i. Kita perlulah pandai membawa diri dan menyesuaikan diri apabila berada di tempat
orang.
ii. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak sejak kecil lagi jika tidak mahu anak-anak
menimbulkan masalah apabila mereka dewasa nanti.
iii. Kita janganlah menjadi orang yang asyik mengikut kata orang lain tanpa membuat
pertimbangan terlebih dahulu. [6 markah]
Jawapan:
i. __________________________________________________________
ii. __________________________________________________________
iii. __________________________________________________________
Tugasan 4 [6 markah]
Nyatakan peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.
i. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
ii. Bagai mencurah garam ke laut.
iii. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Jawapan:
i. _________________________________________________________
ii. _________________________________________________________
iii. _________________________________________________________
Tugasan 5
Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan
penggunaannya.
i. indah khabar daripada rupa.
ii. meninggi diri.
iii. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
[6 markah]
Jawapan:
i. _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
iii. _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
18
MODUL BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH [6 markah]
Tugasan 6
Berikan maksud setiap peribahasa di bawah ini.
i. Ular menyusur akar takkan hilang bisanya.
ii. Nasi sudah menjadi bubur
iii. Seperti api dalam sekam.
Jawapan:
i. ______________________________________________________
ii. ______________________________________________________
iii. ______________________________________________________
Tugasan 7
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
i. Dato’ Rashid mengharapkan para pekerjanya dapat bekerja secara proaktif tanpa perlu
disuruh. Dengan kata lain, Dato’ Rashid tidak mahu para pekerjanya bersikap
seperti..............................................................................................................................
ii. Sebagai seorang pelajar yang sedang menuntut di luar negara, Amin sentiasa mematuhi
peraturan dan adat resam di tempat orang kerana.............................................................
iii. Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan skim cepat
kaya. Hal ini demikian kerana kebanyakan mangsa membuat laporan polis setelah
terperangkap dengan skim ini. Keadaan ini tidak berguna lagi kerana sikap sedemikian
sama seperti
peribahasa.......................................................................................................................
[6 markah]
Jawapan:
i. ____________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________
iii. ____________________________________________________________
Tugasan 8
Nyatakan satu peribahasa yang menepati maksud di bawah.
i. Melakukan pekerjaan yang sia-sia.
ii. Orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya.
iii. Keadaan orang yang berilmu tetapi tidak menunjuk-nunjukkan dirinya.
[6 markah]
Jawapan:
i. _____________________________________________________
ii. _____________________________________________________
iii. _____________________________________________________
19
MODUL BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH
Tugasan 9
Lengkapkan peribahasa yang berikut.
i. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian___________________________________
ii Banyak udang, banyak garam _________________________________________________
iii. Lain hulu lain parang ________________________________________________________
iv. Yang bulat tidak datang menggolek,_____________________________________________
v. Tak tumbuh tak melata _______________________________________________________
vi. Ada ubi ada batas___________________________________________________________
[6 markah]
Jawapan:
i. ______________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________
iii. ______________________________________________________________
iv. ______________________________________________________________
v. ______________________________________________________________
vi. ______________________________________________________________
20