The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

(KERTAS 2) (SOALAN + SKEMA) RUMUSAN (PERCUBAAN SPM 2019 SE-MALAYSIA)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur faridah abu bakar, 2020-11-23 05:09:52

(SOALAN + SKEMA) RUMUSAN (PERCUBAAN SPM 2019 SE-MALAYSIA)

(KERTAS 2) (SOALAN + SKEMA) RUMUSAN (PERCUBAAN SPM 2019 SE-MALAYSIA)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menimbulkan kekeliruan. [2 markah]

(ii) Dalam petikan, pengarang menyatakan beberapa usaha yang dilakukan untuk
membendung masalah penggunaan media sosial.
Nyatakan usaha-usaha tersebut?
[3 markah]

(iii) Pada era moden ini, semua orang menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian.
Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya media sosial dilarang
penggunaannya dalam kalangan masyarakat kita?
[4 markah]

MUKA SURAT 51 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata menimbulkan kekeliruan :

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
(i) mewujudkan / membangkitkan / menerbitkan / mengakibatkan /
mendatangkan kekusutan / kesilapan / kekhilafan 1

(ii) mewujudkan / membangkitkan / menerbitkan / mengakibatkan / 1
mendatangkan kekeliruan

(iii) menimbulkan kekusutan / kesilapan / kekhilafan

SOALAN (ii) Usaha-usaha tersebut ialah : MARKAH
1
ISI JAWAPAN
1
1 ibu bapa sewajarnya memantau perlakuan anak-anak yang sedang
melayari media sosial 1

2 pengguna mesti berhati-hati dalam membeli sesuatu produk yang
diiklankan di media sosial.

3 kerajaan perlu memantau media sosial untuk memastikan
keselamatan negara terjamin

SOALAN (iii) Pada pendapat saya, sekiranya media sosial dilarang penggunaannya

ISI JAWAPAN MARKAH

1 masyarakat akan berkomunikasi hanya menggunakan telefon biasa 1
menyebabkan kesempatan untuk bertanya khabar akan terbatas

2 masyarakat pada peringkat permulaan sudah tentu akan terkejut dan 1
tidak bersetuju, namun akhirnya mereka menerima larangan

tersebut sebagai sesuatu yang sudah tidak dapat dielakkan

3 Komunikasi akan terbatas 1

4 Hubungan kekeluargaan akan semakin renggang. 1

5 Penyampaian maklumat terhad. 1

MUKA SURAT 52 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET14 (SMK CHUNG HWA, MIRI, SARAWAK 2019)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang amalan pemakanan
yang sihat dan sebab-sebab masyarakat gagal mengawal pemakanan. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia yang berfungsi untuk memenuhi
keperluan fizikal, fisiologi, psikologi dan sosial. Makanan diperlukan untuk manusia bekerja dan
melaksanakan kehidupan harian mereka. Selain itu, makanan membekalkan nutrien penting untuk
keperluan pembesaran dan pertumbuhan seseorang. Oleh itu, kita perlu memakan makanan yang
berkhasiat dan bernutrisi.

Seterusnya, kita hendaklah merancang pengambilan makanan sebelum makan.
Sekiranya kita berhasrat untuk makan malam dengan hidangan yang berat seperti stik dan
kentang, kita perlu mengurangkan atau mengelakkan daripada mengambil makanan berdaging
dan berkanji pada waktu makan dan begitulah sebaliknya. Ketika waktu tengah hari pula, kita
hendaklah makan dalam jumlah yang lebih tetapi berkhasiat. Tengah hari ialah waktu makan
paling penting kerana sistem penghadaman kita telah bersedia sepenuhnya. Pada waktu itu juga
badan amat memerlukan makanan untuk berfungsi sepenuhnya untuk seharian. Namun begitu,
hal ini bukan bermakna kita boleh makan apa-apa sahaja dalam jumlah yang banyak tetapi
perlulah dirancang dan diimbangkan sebaik mungkin. Kita juga digalakkan memakan makanan
berwarna pelangi. Sayuran hijau, oren, anggur, kubis ungu, ada benggala dan pelbagai warna
sayuran serta buah-buahan akan memberikan tubuh badan pelbagai nutrien yang akan membantu
melawan penyakit.

Kadang-kadang, kita akan makan apa-apa sahaja ketika menghadap hidangan
sehingga perut kenyang. Sepatutnya, kita perlu berhenti makan sebelum kenyang. Makan itu
bukanlah untuk kenyang sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh badan
dengan nutrien yang membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya. Oleh itu terdapat beberapa kesan
negatif makan makanan yang tidak berkhasiat seperti seseorang itu boleh mengalami perut
kembung serta mendapat risiko penyakit berkaitan dengan usus dan perut sekiranya makan
secara berlebihan. Selain itu, sesetengah individu menggunakan diet yang tidak sesuai dan tidak

seimbang boleh mengalami malnutrisi. Peningkatan berat badan juga boleh berlaku apabila
pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang dan menyebabkan obesiti.
Dengan ini, kita perlu menetapkan pola waktu makan yang seragam.

Kita juga digalakkan meminum segelas air suam 20 minit sebelum makan. Cara ini
mampu mengurangkan jumlah makanan yang diambil serta membantu sistem penghadaman.
Selanjutnya, kita hendaklah mengurangkan pengambilan gula dalam makanan. Pengurangan
pengambilan gula membantu mengurangkan jumlah kalori dalam pemakanan seharian. Kita juga
seharusnya mengunyah makanan secara perlahan-lahan. Air liur terdapat enzim yang membantu
menguraikan makanan dan seterusnya membantu sistem penghadaman. Makan dengan cepat
akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan dengan baik. Seterusnya, kita perlu
mengelakkan daripada makan sebelum tidur. Kebiasaannya kita makan sebelum pukul 6:00
petang. Jika makan pada waktu malam, perut gagal mencerna sepenuhnya makanan tersebut
ketika kita tidur menyebabkan tubuh menjadi obesiti.

MUKA SURAT 53 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN

PENDAHULUAN

PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan langkah-langkah/usaha-usaha/cara-
2
cara/formula/kaedah/strategi pemakanan yang sihat dalam kalangan
masyarakat. 1
0
P2 Rumusan membincangkan langkah-langkah/usaha-usaha/cara-
cara/formula/kaedah/strategi pemakanan yang sihat dan sebab-sebab

masyarakat gagal mengawal pemakanan.

P3 Petikan membincangkan langkah-langkah/usaha-usaha/cara-

cara/formula/kaedah/strategi pemakanan yang sihat

P4 Petikan membincangkan amalan pemakanan yang sihat.

ISI TERSURAT (Amalan pemakanan yang menentukan kesihatan) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
S1 memakan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi 2
S2 hendaklah merancang pengambilan makanan sebelum makan 2
S3 Ketika waktu tengah hari pula, kita hendaklah makan dalam jumlah
yang lebih tetapi berkhasiat 2
S4 memakan makanan berwarna pelangi 2
S5 berhenti makan sebelum kenyang 2
S6 menetapkan pola waktu makan yang seragam 2
S7 meminum segelas air suam 20 minit sebelum makan 2
S8 hendaklah mengurangkan pengambilan gula dalam makanan 2
S9 mengunyah makanan secara perlahan-lahan 2
S10 mengelakkan daripada makan sebelum tidur

ISI TERSIRAT (Sebab-sebab Gagal Mengawal Pemakanan) MARKAH
ISI JAWAPAN 2

T1 Banyak restoran menjual pelbagai jenis makanan yang menarik dan 2
sedap 2
2
T2 Ajalan rakan untuk makan tidak mengira waktu

T3 Restoran dijadikan tempat berhubung dengan rakan
T4 Keinginan mencuba resipi yang baharu seperti yang diiklankan di

media

KESIMPULAN MARKAH
ISI JAWAPAN 2
K1 Kesimpulannya, kita perlu mengubah gaya pemakanan supaya tubuh
kekal sihat dan dapat mengelakkan sebarang penyakit.

MUKA SURAT 54 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menghadap hidangan. [2 Markah]

(ii) Dalam petikan, pengarang menyatakan beberapa kesan negatif sekiranya kita tidak
mematuhi pemakanan yang betul. Nyatakan kesan-kesan tersebut.
[3 Markah]

(iii) Sesetengah orang yang mengalami obesiti akan berusaha agar tubuh mereka kembali
ramping dan sihat. Pada pendapat anda, mengapakah mereka yang obesiti menginginkan
tubuh yang ramping?
[4 Markah]

MUKA SURAT 55 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata menghadap hidangan:

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
(i) menjamu sajian/makanan

SOALAN (ii) Kesan negatif sekiranya kita tidak mematuhi pemakanan yang betul :

ISI JAWAPAN MARKAH

1 kita akan mengalami malnutrisi. 1

2 perut akan kembung serta mendapat risiko penyakit berkaitan dengan 1
usus dan perut.

3 Peningkatan berat badan juga boleh berlaku apabila pengambilan 1
gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang dan

menyebabkan obesiti.

SOALAN (iii) MARKAH
ISI JAWAPAN 1
1 Supaya yakin untuk tampil di khalayak ramai 1
2 Terpengaruh oleh iklan atau promosi set lansing badan 1
3 Mengekalkan kesihatan tubuh badan

MUKA SURAT 56 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 15 (SELANGR (SET 1) 2019)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang persediaan-
persediaan asas menjadi usahawan berjaya dan kesannya. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Berdasarkan premis bahawa keusahawanan boleh dipelajari dan diamalkan untuk
menempa kejayaan, maka terdapat beberapa keperluan asas yang harus dipupuk. Sememangnya
idea perniagaan yang bernas menjadi titik permulaan tetapi hal ini tidak mencukupi untuk
memastikan kejayaan yang berterusan. Penyelidikan yang diusahakan oleh Target Training
International telah membuat kaji selidik terhadap 17 ribu usahawan yang berjaya. Beberapa
dapatan hasil kaji selidik tersebut mendapati mereka yang telah berjaya menjadi usahawan
terkemuka mempunyai personaliti seperti berkebolehan untuk memberikan keyakinan dan
bertanggungjawab terhadap masyarakat Selain itu, sifat kepimpinan yang berkesan dan kebolehan
berkomunikasi yang baik. Keperluan utama yang dapat memastikan sesuatu kejayaan ialah
seseorang usahawan tersebut perlu menetapkan jangkaan yang realistik. Keterujaan dan
keyakinan amat diperlukan bagi merancang pelan perniagaan yang harus berdasarkan realiti yang
terdapat dalam pasaran.

Seseorang usahawan juga perlu memberikan nilai tawaran yang jelas iaitu produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan harus mempunyai nilai yang sebenar. Jika tawaran nilai tidak jelas,
berkemungkinan perniagaan itu menemui kegagalan. Selain itu, para usahawan perlu
menawarkan produk yang unik kerana hal ini membezakan produk yang dihasilkan dengan
pesaing-pesaing dalam perniagaan. Mereka yang telah berjaya biasanya juga mampu
menyediakan produk atau perkhidmatan yang memberikan nilai yang terbaik kepada orang ramai.
Malah para usahawan yang telah berjaya juga berani meneroka pasaran yang berskala besar.
Contohnya seperti Dato' Aliff Syukri yang mengusahakan produk D'Herbs, yang perniagaannya
semakin berkembang maju. Selain mengusahakan produk yang bersifat monopoli dan sukar
diperoleh, usahawan juga perlu membentuk pelan perniagaan yang berdaya maju. Dengan
adanya pelan perniagaan, usahawan dapat memasarkan produk dan perkhidmatannya dalam
tempoh yang panjang kepada pelanggan yang disasarkan dengan belanjawan yang berpatutan.

Pelanggan merupakan nyawa kepada sesebuah perniagaan. Usahawan yang bijak biasanya
dapat menarik pelanggannya secara berkesan. Hal ini bergantung kepada keberkesanannya dari
segi kos dan jumlah pelanggan yang berupaya ditarik. Penggunaan media sosial untuk tujuan
pengiklanan dan promosi, perbincangan tentang jenama, ulasan dan maklum balas tentang
sesuatu produk merupakan cara yang berkesan.

Setiap individu berpeluang mengecap kejayaan sebagai seorang usahawan kerana ciri-
ciri keusahawanan yang ada pada kebanyakan usahawan bukanlah dilahirkan secara semula jadi
tetapi adalah disebabkan daya inisiatif yang tinggi serta keyakinan yang kuat terhadap
kemampuan diri sendiri.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Keperluan Asas Menjadi Usahawan Berjaya’

Oleh Rahim Aziz,

Dewan Ekonomi, April 2016.

MUKA SURAT 57 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN

PENDAHULUAN

PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan keperluan-keperluan asas menjadi
usahawan berjaya di negara kita. 2

P2 Rumusan membincangkan keperluan-keperluan asas menjadi 2
usahawan berjaya dan kekangannya.

P3 etikan membincangkan keperluan-keperluan asas menjadi usahawan
berjaya dan personaliti usahawan yang terkemuka.

ISI TERSURAT MARKAH
ISI JAWAPAN 2
S1 seseorang usahawan tersebut perlu menetapkan jangkaan yang
realistik. 2
S2 Seseorang usahawan juga perlu memberikan nilai tawaran yang jela 2
S3 para usahawan perlu menawarkan produk yang unik 2
S4 menyediakan produk atau perkhidmatan yang memberikan nilai yang
terbaik 2
S5 berani meneroka pasaran yang berskala besar 2
S6 mengusaha produk yang bersifat monopoli dan sukar diperoleh 2
S7 usahawan juga perlu membentuk pelan perniagaan yang berdaya
maju 2
S8 dapat menarik pelanggannya secara berkesan

ISI TERSIRAT (Kesan) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 Melahirkan usahawan yang kreatif. 2
T2 Usahawan lebih berdaya saing. 2
T3 Mengurangkan masalah pengangguran. 2
T4 Membekalkan produk yang diperlukan oleh masyarakat. 2
T5 Meningkatkan ekonomi / pendapatan negara. 2
T6 Meningkatkan produktiviti negara.

KESIMPULAN MARKAH
2
ISI JAWAPAN
K1 Kesimpulannya, para usahawan hendaklah sentiasa bersiap sedia 2

untuk menjadi usahawan berjaya agar dapat memberi sumbangan
kepada negara.

K2 Kesimpulannya, semua pihak haruslah membantu usahawan yang
berjaya agar melahirkan banyak usahawan bertaraf antarabangsa.

MUKA SURAT 58 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1. jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri..

(i) Berikan maksud rangkai kata berdasarkan realiti berdasarkan petikan. [2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa hasil kaji selidik tentang personaliti usahawan
terkemuka. Senaraikan hasil kaji selidik tersebut
[3 markah]

(iii) Di Malaysia, keusahawanan dalam bidang pertanian kurang mendapat tempat dalam
kalangan usahawan muda.
Pada pendapat anda, bagaimanakah bidang ini boleh menarik usahawan muda untuk
menceburi bidang tersebut?
[4 markah]

MUKA SURAT 59 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata berdasarkan realiti :

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
(i) berasaskan/berpandukan kenyataan/hakikat

SOALAN (ii) Beberapa hasil kaji selidik tentang personaliti usahawan terkemuka ialah:

ISI JAWAPAN MARKAH

1 berkebolehan untuk memberikan keyakinan 1

2 bertanggungjawab terhadap masyarakat. 1

3 sifat kepimpinan yang berkesan 1

3 kebolehan berkomunikasi yang baik 1

SOALAN (iii) MARKAH
ISI JAWAPAN 1
1 Kerajaan menyediakan bantuan/ kewangan/modal. 1
2 Kerajaan memberikan sokongan dari aspek material dan khidmat
nasihat. 1
3 Kerajaan melalui agensi-agensi tertentu menganjurkan kursus
usahawan pertanian 1
4 Menyemarakkan ‘Kempen Pertanian Ialah Satu Perniagaan’ melalui
media massa 1
5 Memperkasakan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang
pertanian.

MUKA SURAT 60 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 16 (SELANGOR (SET 2) 2019)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan sekolah dalam
memupuk perpaduan antara kaum dan kekangan mewujudkan perpaduan antara kaum. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perpaduan merujuk satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang
sosial, agama, budaya dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti serta dapat diterima oleh
majoriti golongan etnik di negara ini. Sejarah juga menunjukkan bahawa perpaduan penting dalam sesebuah
negara untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan negara. Negara yang mengamalkan perpaduan
ternyata mampu mencapai kemajuan dan membina peradaban dengan lebih gemilang di puncak jaya.
Merujuk Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, penekanan telah diberikan kepada sistem persekolahan
yang bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan, khususnya sekolah merupakan satu kaedah
untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Oleh hal yang demikian, penekanan kepada sikap
berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar.

Sekolah juga berperanan dalam memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara
kaum. Hal ini dapat membantu menyuburkan semangat perpaduan kaum dan membolehkan mereka
berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek
pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap
subjek. Semangat perpaduan juga perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi
dan moral pelajar. Di samping itu, peranan bahasa Melayu ini perlu dilihat sebagai medium utama yang
mampu menyempurnakan banyak perkara seperti mewartakan arahan-arahan untuk dipatuhi, menyuburkan
nilai manusiawi dan mengukuhkan semangat kekitaan dalam jati diri warga sekolah. Perpaduan sesama
pelajar akan dapat dieratkan sekiranya bahasa kebangsaan digunakan secara meluas mencakupi urusan
rasmi atau tidak rasmi, dalam perbualan sehari-harian dan menjadi bahasa pendidikan dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan.

Pelaksanaan Sekolah Wawasan telah memberikan kesan yang positif dalam menanam sifat
perpaduan ke dalam diri pelajar sekolah pada peringkat sekolah rendah lagi. Pelajar dan guru dapat
mewujudkan hubungan komunikasi yang baik dengan berkongsi infrastruktur yang sama, sekali gus
mewujudkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menerapkan perpaduan
melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti aktiviti sukan,
pengurusan kelab dan persatuan serta aktiviti ceramah kesedaran haruslah dipergiat dan ditingkatkan. Aktiviti
ini bukan sahaja dapat mengukuhkan perpaduan dan semangat kekitaan dalam diri pelajar, malah aktiviti ini
dapat menjadi platform yang berguna untuk membina daya kepemimpinan diri dan mengasah kemahiran
insaniah para pelajar.

Kesimpulannya, di sebalik isu-isu perkauman yang dibakar apinya oleh sesetengah pihak,
hakikatnya kita dapat melihat bahawa peranan sekolah sebagai agen penyatuan untuk memupuk nilai
perpaduan tidak dikesampingkan. Kepelbagaian merupakan kekuatan kita, namun jika tersilap langkah boleh
juga menjadi malapetaka yang bakal menimpa kita pada bila-bila masa. Semua pihak harus mempunyai
kesedaran dan sama-sama berganding bahu mempertingkatkan nilai-nilai perpaduan antara kaum dan
mewujudkan masyarakat madani yang cinta akan negara dan saling bekerjasama.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Perpaduan Kaum Sekolah Sebagai Agen Penyatuan’

oleh Zulfazlan Jumrah,
Dewan Siswa, Ogos 2017.

MUKA SURAT 61 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN

PENDAHULUAN

PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan tanggungjawab/ usaha/ tugas sekolah dalam
memupuk perpaduan antara kaum di negara kita/ Malaysia 2

P2 Petikan membincangkan tanggungjawab/ usaha/ tugas sekolah dalam 2
memupuk perpaduan antara kaum dan kepentingan perpaduan dalam
MARKAH
sesebuah negara. 2

P3 Rumusan membincangkan tanggungjawab/ usaha/ tugas sekolah 2

dalam memupuk perpaduan antara kaum dan kekangan mewujudkan 2
perpaduan antara kaum.
2
ISI TERSURAT
2
ISI JAWAPAN 2
2
S1 Sekolah perlu menerapkan sikap berbangga menjadi warganegara 2
Malaysia dalam jiwa pelajar
MARKAH
S2 Sekolah juga berperanan dalam memupuk semangat muhibah dan 2
semangat toleransi antara kaum 2
2
S3 Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan 2
aspek pendidikan yang harmonis 2
2
S4 Nilai-nilai rohani dan budaya kebersamaan perlu diberikan keutamaan 2
dalam setiap subjek
MARKAH
S5 Bahasa kebangsaan digunakan secara meluas 2

S6 Pelaksanaan Sekolah Wawasan

S7 Pelajar dan guru dapat mewujudkan hubungan komunikasi yang baik

S8 Pihak sekolah juga boleh menerapkan perpaduan melalui aktiviti
kokurikulum di sekolah

ISI TERSIRAT (Kesan)

ISI JAWAPAN

T1 Perbezaan agama dan kepercayaan

T2 Perbezaan bahasa dan budaya

T3 Kesan penjajahan British / pengamalan pecah dan perintah

T4 Aktiviti ekonomi yang berbeza

T5 Kewujudan sekolah jenis kebangsaan

T6 Kewujudan persatuan politik megikut kaum

T7 Kesan pendudukan Jepun

KESIMPULAN

ISI JAWAPAN

K1 Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menyokong usaha pihak

sekolah dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid supaya
rakyat dapat hidup dalam keadaan yang harmoni.

MUKA SURAT 62 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengasah kemahiran berdasarkan petikan.
[2 markah]

(ii) Dalam petikan, pengarang menjelaskan beberapa kepentingan perpaduan dalam
sesebuah negara.
Nyatakan kepentingan-kepentingan tersebut.
[3 markah]

(iii) Ibu bapa berperanan penting dalam memupuk perpaduan antara kaum kepada generasi
muda.
Apakah usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memupuk perpaduan
antara kaum kepada generasi muda?
[4 markah]

MUKA SURAT 63 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata mengasah kemahiran :

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
(i) -memupuk/ meningkatkan/ mengembangkan
-bakat/kebolehan/kecekapan

SOALAN (ii) kepentingan perpaduan : MARKAH
ISI JAWAPAN 1
1 mengekalkan keharmonian dan keamanan negara 1
2 Negara yang mengamalkan perpaduan ternyata mampu mencapai
kemajuan 1
3 membina peradaban dengan lebih gemilang di puncak jaya

SOALAN (iii) usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memupuk perpaduan

antara kaum kepada generasi muda

ISI JAWAPAN MARKAH

1 Ibu bapa mendedahkan/ mendidik anak-anak supaya bergaul dengan 1
rakan pelbagai kaum

2 Ibu bapa mendedahkan/ mendidik anak-anak tentang Rukun Negara/ 1
Sejarah Malaysia

2 Ibu bapa menjadi suri teladan. 1

3 Ibu bapa menghantar anak ke sekolah kebangsaan 1

4 Ibu bapa membawa anak-anak menyertai aktiviti kemasyarakatan/ 1
aktiviti sosial

5 Ibu mengadakan/ menghadiri majlis rumah terbuka 1

6 Ibu bapa memarakkan budaya ziarah-menziarahi ke rumah kenalan 1
pelbagai kaum

MUKA SURAT 64 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 17 (SELANGOR (SET 3) 2019)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab remaja
perlu didedahkan dengan pengurusan kewangan dan kesannya. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Melalui artikel yang bertajuk “Kadar Muflis Golongan Muda di Malaysia Merisaukan”
terdapat sebanyak 1157 kes kebankrapan yang melibatkan golongan muda di bawah umur 25
tahun. Menurut Azaddin Ngah Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan
Kredit (AKPK), faktor utama yang menjadikan mereka muflis ialah ketidakcekapan mengurus
kewangan sendiri yang didorong oleh kegagalan perancangan kewangan yang baik dan
kurangnya pendidikan mengenai hal ini. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa maklumat yang tepat
tentang pengurusan kewangan yang berkesan perlu dimiliki oleh remaja agar dapat membimbing
mereka untuk tidak melakukan aktiviti kewangan yang berisiko yang menjadikan mereka berstatus
"muflis" yang boleh mendatangkan banyak masalah pada kemudian hari. Panduan menjayakan
perancangan kewangan ialah setiap kali mempunyai duit berlebihan, jadikannya sebagai bahagian
wang yang hendak disimpan dan mewujudkan akaun khas. Selain itu, hadkan penggunaan kad
kredit dan bijak membuat keputusan terhadap kewangan mereka.

Remaja yang bijak mengurus wang dengan teliti turut dapat merancang masa depan
dengan lebih strategik. Tabiat menabung yang diamalkan dapat membantunya untuk melanjutkan
pelajaran pada peringkat pengajian yang lebih tinggi. Walaupun remaja mempunyai aliran masuk
daripada sumber yang terhad seperti ibu bapa dan biasiswa atau pinjaman pendidikan, remaja
yang cekap mengurus kewangannya tidak akan terbelenggu dengan masalah kekurangan wang
saku jika mereka menggunakan wang yang ada dengan sebaik-baiknya. Pengurusan kewangan
yang baik dapat memastikan remaja mampu membayar balik wang pinjaman pendidikan setelah
tamat belajar. Mereka boleh menggunakan wang simpanan yang dikumpulkan untuk menjalankan
perniagaan bagi meneruskan kelangsungan hidup sekiranya mereka tidak mendapat sebarang
pekerjaan. Selain itu, sekiranya remaja gemar menabung juga, tidak mustahil simpanannya nanti
dapat membantunya untuk memulakan pekerjaan yang mungkin memerlukannya untuk
membelanjakan sejumlah wang untuk pembelian kenderaan untuk ke tempat kerja.

Remaja yang didedahkan dengan pengurusan kewangan sejak awal boleh menampung
perbelanjaan kehidupan harian dengan menjalankan kegiatan yang dapat menjanakan
pendapatan sampingan seperti perniagaan kecil-kecilan. Remaja harus bijak merancang
perbelanjaan sendiri demi memastikan keadaan kewangan masa depan yang kukuh. Pilihan
terletak di tangan remaja, sama ada mahu mengurus kewangan dengan cekap dan kurang
berisiko atau terperangkap dalam godaan perbelanjaan tanpa mengikut kemampuan diri seperti
pepatah Melayu ukur baju di badan sendiri.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pengurusan Kewangan Remaja’

oleh Noraziah Mohd Amin,
Dewan Siswa, Mac 2017

MUKA SURAT 65 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN

PENDAHULUAN

PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan punca-punca / faktor-faktor remaja perlu 2
didedahkan dengan pengurusan kewangan di negara kita.
2
P2 Petikan membincangkan punca-punca / faktor-faktor remaja perlu
didedahkan dengan pengurusan kewangan dan panduan untuk

menjayakan perancangan kewangan.

P3 Rumusan membincangkan punca-punca / faktor-faktor remaja perlu

didedahkan dengan pengurusan kewangan dan kesannya.

ISI TERSURAT MARKAH
ISI JAWAPAN 2

S1 membimbing mereka untuk tidak melakukan aktiviti kewangan yang 2
berisiko 2
2
S2 dapat merancang masa depan dengan lebih strategik.
2
S3 tidak akan terbelenggu dengan masalah kekurangan wang
S4 dapat memastikan remaja mampu membayar balik wang pinjaman 2
2
pendidikan 2
S5 Mereka boleh menggunakan wang simpanan yang dikumpulkan untuk

menjalankan perniagaan bagi meneruskan kelangsungan hidup
S6 dapat membantunya untuk memulakan pekerjaan

S7 boleh menampung perbelanjaan kehidupan harian
S8 Mereka juga mampu menjana pendapatan

ISI TERSIRAT (Kesan) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 Melahirkan remaja yang mempunyai matlamat. 2
T2 Remaja lebih bersedia menghadapi masa hadapan. 2
T3 Remaja tidak dibelenggu dengan beban hutang. 2
T4 Kehidupan masa hadapan lebih terjamin. 2
T5 Mengeratkan hubungan sosial dengan orang sekeliling kerana bebas
hutang.

KESIMPULAN pengurusan MARKAH
ISI JAWAPAN 2
K1 Kesimpulannya, remaja haruslah dididik dengan
kewangan agar melahirkan generasi yang berhemat.

MUKA SURAT 66 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata kes kebankrapan berdasarkan petikan. [2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa panduan untuk menjayakan perancangan kewangan.
Kemukakan panduan-panduan tersebut.
[3 markah]

(iii) Sekolah merupakan institusi yang bertanggungjawab dalam menyemai
pendidikan berkaitan pengurusan kewangan.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah
bagi membantu murid-murid bijak dalam pengurusan kewangan?
[4 markah]

MUKA SURAT 67 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata kes kebankrupan :

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
(i) Perkara/hal/kejadian kemuflisan

SOALAN (ii) MARKAH
ISI JAWAPAN 1
1 Setiap kali mempunyai duit berlebihan, jadikannya sebagai bahagian
wang yang hendak disimpan 1
2 Mewujudkan akaun khas. 1
3 Hadkan penggunaan kad kredit 1
4 Bijak membuat keputusan terhadap kewangan.

SOALAN (iii) usaha-usaha yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi membantu

murid-murid bijak dalam pengurusan kewangan

ISI JAWAPAN MARKAH

1 Kempen Pengurusan Kewangan 1

2 Pertandingan Simpanan Wang 1

3 Bekerjasama dengan pihak bank untuk kemudahan murid-murid 1

menabung.

4 Penubuhan Kelab / mempergiat aktiviti kelab yang berkaitan dengan 1

keusahawanan.

MUKA SURAT 68 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 18 (JPN TERENGGANU (SET PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN) 2019)
Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang cabaran-cabaran dalam
melaksanakan konsep pembelajaran maya dan inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan konsep
pembelajaran maya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Konsep pembelajaran maya sudah menjadi satu realiti dengan adanya platform
pembelajaran maya yang semakin hari semakin pesat dibangunkan oleh syarikat pembelajaran
maya di Malaysia. Hal ini sesuai dengan konsep pembelajaran abad ke-21 yang semakin hari
semakin mendapat tempat dalam hati pengguna Internet. Hampir 25 juta pengguna Internet di
Malaysia menggunakan perkhidmatan jalur lebar dan peranti komunikasi telefon pintar berbanding
dengan pengguna telefon talian tetap dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Namun begitu,
sebanyak 23.1% penduduk di negara ini yang tidak memiliki akses Internet telah menjadi halangan
kepada pelaksanaan pendidikan maya ini.

Berdasarkan perspektif yang berbeza, ibu bapa pada masa ini masih belum dapat
menerima konsep pembelajaran maya sepenuhnya kerana mereka beranggapan bahawa
pembelajaran secara konvensional di dalam kelas lebih efektif. Ibu bapa lebih meyakini guru dapat
memantau perkembangan anak-anak mereka di dalam kelas. Pada masa yang sama, minda
mereka belum terbuka untuk menerima gaya pembelajaran alaf baru. Selain itu, masyarakat juga
beranggapan anak-anak mudah menyalahgunakan Internet untuk mengakses laman-laman yang
tidak bermanfaat. Hal ini dibuktikan dengan peratus penggunaan Internet untuk pengisian hiburan
seperti permainan dalam talian dan sembang amat tinggi dalam kalangan murid. Natijahnya, ramai
murid yang mengabaikan pelajaran dan terlibat dengan perkara-perkara negatif.

Menerusi platform pendidikan maya, murid dapat mengelakkan diri daripada menjadi
jaguh siber yang membazirkan masa semata-mata. Mereka juga dapat memasuki alam
pembelajaran yang diperkenalkan oleh platform pendidikan maya. Selain itu, platform ini mampu
mempertingkatkan kefahaman dan kualiti pembelajaran mereka. Dalam masa yang sama, ibu
bapa bimbang interaksi yang terhad antara guru maya dengan muridnya dalam bidang akademik.
Hal ini dikatakan demikian kerana masalah ini akan mengekang perkembangan prestasi akademik
anak-anak mereka.

Persoalannya, mampukah murid-murid di Malaysia untuk mendepani serta
memanfaatkan konsep pembelajaran maya pada hari ini? Hal ini berlaku kerana platform
pendidikan maya bukan mudah untuk dibentuk dan operasinya memerlukan kos yang tinggi.
Murid-murid milenium ini yang mudah berasa bosan juga mahu maklumat diperoleh secepat
mungkin dengan konsep maklumat di hujung jari. Namun begitu, kekurangan dalam pembelajaran
maya juga ialah murid tidak memiliki peranti untuk mengakses Internet. Situasi ini tidak
seharusnya berlaku kerana pakej perkhidmatan jalur lebar dan peranti mampu milik sudah lama
bertapak di negara kita. Kesimpulannya, pendidikan di Malaysia perlu seiring dengan
perkembangan teknologi maklumat agar negara kita mampu bersaing di peringkat global.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Konsep Pembelajaran Maya’

Majalah Pendidik, November 2018

MUKA SURAT 69 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN

PENDAHULUAN

PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan halangan-halangan / kekangan-kekangan / rintangan- 2
rintangan / masalah-masalah dalam melaksanakan konsep pembelajaran maya di 2
1
negara kita / di Malaysia / di sekolah / di institusi pengajian. 1
0
P2 Petikan membincangkan halangan-halangan / kekangan-kekangan / rintangan-

rintangan / masalah-masalah dalam melaksanakan konsep pembelajaran maya dan

faedah yang diperoleh seseorang murid.

P3 Rumusan membincangkan halangan-halangan / kekangan-kekangan / rintangan-

rintangan / masalah-masalah dalam melaksanakan konsep pembelajaran maya dan

inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan konsep pembelajaran maya.

P4 Rumusan / Petikan membincangkan halangan-halangan / kekangan-kekangan /

rintangan-rintangan / masalah-masalah dalam melaksanakan konsep pembelajaran
maya.

P5 Petikan membincangkan halangan-halangan / kekangan-kekangan / rintangan-

rintangan / masalah-masalah dalam melaksanakan konsep pembelajaran maya dan

inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan konsep pembelajaran maya.

P6 Petikan / Rumusan membincangkan cabaran-cabaran dalam melaksanakan konsep
pembelajaran maya / dan inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan konsep pembelajaran

maya.

ISI TERSURAT (Cabaran-cabaran dalam melaksanakan konsep pembelajaran maya) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
S1 sebanyak 23.1% penduduk di negara ini yang tidak memiliki akses Internet 2
S2 ibu bapa pada masa ini masih belum dapat menerima konsep pembelajaran maya
sepenuhnya 2
S3 minda mereka belum terbuka untuk menerima gaya pembelajaran alaf baru 2
S4 masyarakat juga beranggapan anak-anak mudah menyalahgunakan Internet 2
S5 ibu bapa bimbang interaksi yang terhad antara guru maya dengan muridnya 2
S6 platform pendidikan maya bukan mudah untuk dibentuk 2
S7 operasinya memerlukan kos yang tinggi 2
S8 murid tidak memiliki peranti untuk mengakses Internet

ISI TERSIRAT (Inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan konsep pembelajaran maya) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 Kerajaan memperbanyak pusat Internet secara percuma 2
T2 Kerajaan meningkatkan keupayaan Internet 2
T3 Kerajaan menyediakan peralatan / peranti di sekolah 2
T4 Peniaga / pengeluar menawarkan harga peranti / pakej Internet yang murah 2
T5 Ibu bapa menyediakan peranti / kemudahan Internet di rumah 2
T6 Pihak sekolah memperkasakan penggunaan Frog VLE di sekolah 2
T7 Media massa menguar-uarkan kepentingan pendidikan maya

KESIMPULAN MARKAH
2
ISI JAWAPAN
1
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu menyokong / bekerjasama pelaksanaan konsep
pembelajaran maya agar dapat melahirkan modal insan / murid cemerlang /
memajukan pendidikan negara.

K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu menyokong / bekerjasama pelaksanaan konsep
pembelajaran maya.

MUKA SURAT 70 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata lebih efektif.

[2 markah]

(ii) Menerusi platform pendidikan maya, pengarang mengemukakan beberapa faedah yang
diperoleh seseorang murid.
Nyatakan faedah-faedah tersebut.
[3 markah]

(iii) Murid dapat memperoleh pelbagai maklumat daripada Internet untuk meningkatkan
pengetahuan mereka.
Pada pendapat anda, nyatakan cara-cara lain untuk memperoleh maklumat.
[4 markah]

MUKA SURAT 71 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata lebih efektif :

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
(i) sangat / amat berkesan 1
1
(ii) lebih berkesan

(iii) sangat / amat efektif

SOALAN (ii) Faedah-faedah : MARKAH
ISI JAWAPAN 1
1 murid dapat mengelakkan diri daripada menjadi jaguh siber 1
2 memasuki alam pembelajaran yang diperkenalkan oleh platform
pendidikan maya 1
3 mampu mempertingkatkan kefahaman 1
4 mampu mempertingkatkan kualiti pembelajaran

SOALAN (iii) Cara-cara lain untuk memperoleh maklumat MARKAH
ISI JAWAPAN 1
1 membaca buku / akhbar / majalah 1
2 menghadiri kelas / kuliah / seminar / kursus 1
3 bertanya / berbincang dengan guru / rakan / orang-orang tua 1
4 lawatan bermaklumat / melancong 1
5 menonton televisyen / mendengar radio 1
6 pemerhatian / kaji selidik

MUKA SURAT 72 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 19 (JPN TERENGGANU 2019)
Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang insentif-insentif menyimpan dalam
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan kekangan-kekangannya. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Setiap ibu bapa pasti mempunyai impian dan harapan untuk melihat anak mereka berjaya
melanjutkan pengajian ke menara gading selepas menamatkan pelajaran pada peringkat sekolah. Namun
begitu, ibu bapa sering memikirkan masalah apabila anak-anak mereka mendapat tawaran melanjutkan
pelajaran terutamanya tentang kos yang tinggi untuk membiayai yuran pengajian dan kos sara hidup
anak-anak di universiti. Dalam hal ini, perancangan kewangan untuk anak-anak sejak kecil merupakan
perkara paling penting dalam merealisasikan impian berkenaan. Sehubungan dengan itu, amalan
menabung yang diamalkan oleh ibu bapa akan membantu mereka membiayai kos pendidikan yang
sempurna untuk anak-anak.

Kini, pelbagai institusi kewangan menawarkan perkhidmatan tabungan atau simpanan yang
menjanjikan pulangan dividen yang tinggi tetapi ibu bapa perlu berhati-hati dalam membuat simpanan
dan bijak memilih pelan tabungan terbaik untuk anak-anak mereka. Skim Simpanan Pendidikan Nasional
(SSPN) merupakan satu pilihan terbaik untuk ibu bapa menabung. Simpanan ini merupakan pelan
tabungan pendidikan patuh syariah terbaik yang diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM). Selain itu, SSPN menawarkan dividen simpanan kompetitif pada setiap tahun dengan kadar 4
peratus. Perolehan daripada dividen ini dapat meningkatkan jumlah simpanan. Tambahan pula, skim ini
dijamin oleh kerajaan dan penyimpan mempunyai risiko yang paling minimum dari segi keselamatan
wang simpanan mereka.

Satu perkara yang kurang diketahui oleh penyimpan SSPN ialah simpanan ini turut
menawarkan manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal seperti penyakit jantung, barah, diabetes, hipertensi
dan penyakit buah pinggang. Hal ini menyebabkan ibu bapa tidak perlu menampung kos rawatan anak-
anak di universiti sekiranya mereka jatuh sakit. SSPN juga menawarkan manfaat perlindungan
kemalangan sehingga RM1 juta dan khairat kematian kepada penyimpan, pasangan dan sehingga tiga
orang anak. Walaupun manfaat ini tidak akan dinikmati oleh penyimpan sepenuhnya, tetapi sekurang-
kurangnya dapat meringankan bebanan ahli keluarga dalam meneruskan kehidupan. Bagi menggalakkan
masyarakat menabung dalam SSPN, kerajaan telah mengumumkan satu insentif paling menarik semasa
pembentangan Belanjawan Tahun 2019, iaitu pelepasan taksiran cukai pendapatan pada setiap tahun
kepada penyimpan sehingga RM8,000.00. Aspek pelepasan cukai ini sepatutnya diambil kira oleh ibu
bapa dalam membuat sebarang pelaburan atau caruman kerana pelepasan cukai dapat mengurangkan
jumlah cukai yang perlu dibayar pada setiap tahun dan mengukuhkan kewangan mereka.

Oleh itu, SSPN ialah instrumen simpanan terbaik yang wajar dipilih oleh ibu bapa, terutama
bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Kerajaan dilihat komited dalam meneruskan
usaha menambah baik manfaat apabila mencarum dalam SSPN dengan cara ibu bapa boleh mencarum
secara bulanan serendah RM30.00 sebulan bagi setiap anak dan boleh dilakukan dengan cara potongan
gaji atau arahan bank. Jelas sekali, ibu bapa perlu merebut peluang yang ditawarkan oleh kerajaan demi
masa hadapan anak-anak mereka bagi tujuan menyiapkan mereka dalam menanggung kos pengajian
yang semakin meningkat.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Rebut Tawaran Terbaik Menabung dalam SSPN’

oleh Puteri Atikah Farhanah Mohd Ruzaidi
Berita Harian, 5 Disember 2018

MUKA SURAT 73 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN

PENDAHULUAN

PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan kepentingan-kepentingan / kebaikan-kebaikan / manfaat- 2
manfaat / kelebihan-kelebihan / keistimewaan-keistimewaan menyimpan dalam Skim
2
Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada penyimpan. 1
1
P2 Petikan membincangkan kepentingan-kepentingan / kebaikan-kebaikan / manfaat- 0

manfaat / kelebihan-kelebihan / keistimewaan-keistimewaan menyimpan dalam Skim

Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan masalah yang difikirkan ibu bapa apabila
anak-anak mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di universiti.

P3 Rumusan membincangkan kepentingan-kepentingan / kebaikan-kebaikan / manfaat-

manfaat / kelebihan-kelebihan / keistimewaan-keistimewaan menyimpan dalam Skim

Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan kekangan-kekangannya.

P4 Rumusan / Petikan membincangkan kepentingan-kepentingan / kebaikan-kebaikan /
manfaat-manfaat / kelebihan-kelebihan / keistimewaan-keistimewaan menyimpan dalam

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

P5 Petikan membincangkan kepentingan-kepentingan / kebaikan-kebaikan / manfaat-

manfaat / kelebihan-kelebihan / keistimewaan-keistimewaan menyimpan dalam Skim

Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan kekangan-kekangannya.

P6 Petikan / Rumusan insentif-insentif menyimpan dalam Skim Simpanan Pendidikan

Nasional (SSPN) dan kekangan-kekangannya.

ISI TERSURAT (Insentif-insentif menyimpan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
S1 pelan tabungan pendidikan patuh syariah 2
S2 menawarkan dividen simpanan kompetitif pada setiap tahun dengan kadar 4 peratus. 2
S3 dijamin oleh kerajaan 2
S4 menawarkan manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal 2
S5 menawarkan manfaat perlindungan kemalangan sehingga RM1 juta 2
S6 khairat kematian kepada penyimpan, pasangan dan sehingga tiga orang anak 2
S7 pelepasan taksiran cukai pendapatan pada setiap tahun kepada penyimpan sehingga
RM8,000.00 2
S8 ibu bapa boleh mencarum secara bulanan serendah RM30.00 sebulan bagi setiap anak

ISI TERSIRAT (Kekangan-kekangannya) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 masyarakat tidak mengetahui / tiada pendedahan tentang skim ini 2
T2 kemampuan kewangan untuk menabung / wang tidak mencukupi 2
T3 tidak mempunyai kesedaran kepentingan menabung 2
T4 lebih mementingkan keperluan / kehendak lain 2
T5 tidak berminat untuk menabung dalam skim ini 2
T6 pengurusan kewangan yang lemah

KESIMPULAN MARKAH
2
ISI JAWAPAN
1
K1 Kesimpulannya, masyarakat perlu menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan
Nasional (SSPN) agar kehidupan lebih terjamin.

K2 Kesimpulannya, masyarakat perlu menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan
Nasional (SSPN).

MUKA SURAT 74 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mempunyai risiko. [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa masalah yang difikirkan oleh ibu bapa apabila
anak-anak mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di universiti.
Nyatakan masalah-masalah tersebut.
[3 markah]

(iii) Selain menabung untuk anak-anak, apakah persediaan-persediaan yang perlu dilakukan
oleh ibu bapa untuk menjamin kehidupan anak-anak pada masa hadapan?
[4 markah]

MUKA SURAT 75 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata mempunyai risiko :

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
(i) mendatangkan / menimbulkan / mengundang kesan / implikasi / impak
/ akibat 1
1
(ii) mendatangkan / menimbulkan / mengundang risiko

(iii) mempunyai kesan / implikasi / impak / akibat

SOALAN (ii) Masalah-masalah : MARKAH
ISI JAWAPAN 1
1 kos yang tinggi untuk membiayai yuran pengajian 1
2 kos sara hidup anak-anak di universiti 1
3 ibu bapa tidak perlu memikirkan masalah untuk menampung kos
rawatan anak-anak di universiti sekiranya mereka jatuh sakit

SOALAN (iii) Persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk menjamin

kehidupan anak-anak pada masa hadapan

ISI JAWAPAN MARKAH

1 memberikan pendidikan 1

2 menyediakan rumah / tempat tinggal 1

3 memastikan kesihatan anak-anak terjaga 1

4 mencari pasangan hidup yang sesuai 1

5 menentukan / membimbing hala tuju kerjaya 1

6 memastikan aspek keselamatan anak-anak 1

MUKA SURAT 76 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 20 (YAYASAN ISLAM Kelantan (YIK) 2019)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan ibu bapa
dalam mengatasi penurunan pencapaian akademik pelajar dan kepentingan pencapaian
akademik kepada pelajar. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Kebanyakan ibu bapa di negara ini amat mementingkan pencapaian akademik anak
mereka. Namun belakangan ini, banyak masalah yang mengganggu pencapaian akademik pelajar
seperti masalah tidak minat belajar. ponteng sekolah. dan masalah disiplin. Masalah ini perlu
ditangani dengan segera supaya tidak menular sehingga menggugat pembangunan modal insan
di negara ini. Masalah tidak minat terhadap pelajaran bukan sahaja menyebabkan masa depan
pelajar menjadi suram malah boleh menjejaskan nilai moral. Hal ini dikatakan demikian kerana
pelajar yang tidak minat terhadap pelajaran banyak terlibat dalam kes jenayah terutamanya bagi
pelajar yang suka ponteng sekolah.

Menurut kajian pakar psikologi, masalah perhubungan dalam keluarga menyebabkan
seseorang anak itu tidak mempedulikan pencapaian akademiknya dan melakukan vandalisme
malah terjerumus dalam kegiatan jenayah. Begitu juga dengan ibu bapa yang sibuk mengejar
kemewahan hidup tidak akan dapat mendidik anak dengan sempurna. Tambahan pula, perubahan
sistem sosial dan persekitaran mudah mempengaruhi tingkah laku anak-anak, menyebabkan
mereka melakukan perbuatan negatif. bersikap agresif dan enggan mendengar nasihat. Hal ini
akan mengecewakan ibu bapa mereka.

Bagi mengatasi masalah kemerosotan pencapaian akademik ini, ibu bapa perlu
memberikan tumpuan kepada punca berlakunya kemerosotan tersebut. Apabila mengetahui
puncanya akan memudahkan masalah itu diatasi. Ibu bapa perlu sedar bahawa peranan mereka
amat besar dalam menentukan kejayaan anak-anak. Ibu bapa juga perlu mengutamakan
kebahagiaan rumah tangga dan mengelakkan tercetusnya masalah sehingga menjejaskan
hubungan kekeluargaan kerana anak-anak ialah kurniaan Tuhan yang tidak ternilai.

Dalam dunia realiti, keluarga yang bahagia tidak semestinya melahirkan anak-anak
yang bijak. Namun dengan cara menjaga hubungan sesama ahli keluarga agar sentiasa harmoni

di sumping mendidik anak-anak dengan cara banyak meluangkan masa bersama dengan mereka
seperti ketika belajar dan beriadah akan dapat membuahkan hasil yang positif. Tidak kurang
pentingnya juga ialah ibu bapa perlu mempelajari cara-cara yang berkesan untuk membimbing
anak-anak. Ibu bapa juga perlu mendengar keluhan anak-anak agar dapat mengatasi masalah
emosi mereka. Jelaslah bahawa dalam usaha melahirkan generasi cemerlang, segala usaha perlu
bermula daripada institusi keluarga kerana mereka merupakan tonggak penting dalam sesebuah
keluarga.

Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Dilema Kemerosotan Pencapaian Akademik’

oleh Tam Cai Lian,
Dewan Masyarakat, April 2009

MUKA SURAT 77 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN

PENDAHULUAN

PEND JAWAPAN MARKAH
0
P1 Petikan membincangkan peranan ibu bapa dalam mengatasi kemerosotan 2
2
pencapaian akademik pelajar
0
P2 Petikan membincangkan tugas/ tanggungjawab ibu bapa dalam mengatasi

kemerosotan pencapaian akademik pelajar sekolah di Malaysia

P3 Rumusan ini / Rumusan membincangkan tugas / tanggungjawab ibu bapa dalam

mengatasi kemerosotan pencapaian akademik pelajar dan kepentingan

pencapaian akademik bagi masa depan pelajar

P4 Rumusan ini / Rumusan membincangkan tugas / tanggungjawab ibu bapa dalam

mengatasi kemerosotan pencapaian akademik pelajar.

ISI TERSURAT (peranan ibu bapa dalam mengatasi kemerosotan pencapaian akademik pelajar)

ISI JAWAPAN MARKAH

S1 Ibu bapa perlu memberikan tumpuan kepada punca berlakunya kemerosotan 2

tersebut.

S2 Ibu bapa perlu sedar bahawa peranan mereka amat besar dalam menentukan 2

kejayaan anak- anak.

S3 Ibu bapa perlu mengutamakan kebahagiaan rumah tangga. 2

S4 Mengelakkan tercetusnya masalah sehingga menjejaskan hubungan 2

kekeluargaan.

S5 Menjaga hubungan sesama ahli keluarga agar sentiasa harmoni. 2

S6 Mendidik anak- anak dengan cara meluangkan masa lebih banyak bersama 2

mereka

S7 Ibu bapa perlu mempelajari cara- cara berkesan untuk membimbing anak – anak 2

S8 Ibu bapa perlu mendengar keluhan anak-anak 2

ISI TERSIRAT (kepentingan pencapaian akademik bagi masa depan pelajar) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 Masa depan pelajar akan terjamin 2
T2 Pelajar dapat menjawat jawatan yang tinggi 2
T3 Cita-cita dan impian pelajar akan dicapai 2
T4 Pelajar mampu memenuhi peluang kerja yang ditawarkan oleh kerajaan / majikan 2
T5 Pelajar dapat bersaing di peringkat global

KESIMPULAN MARKAH
2
ISI JAWAPAN 2

K1 Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan sebaik- 2
baiknya agar generasi berilmu akan dapat dilahirkan dalam masyarakat.

K2 Kesimpulannya, pihak ibu bapa perlu mengambil berat masalah penurunan
pencapaian akademik anak- anak supaya / agar masa depan anak- anak
terjamin.

K3 Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha untuk mengatasi penurunan
pencapaian akademik pelajar agar melahirkan pelajar yang cemerlang.

MUKA SURAT 78 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menjejaskan nilai moral. [2 markah]

(ii) Pengarang berpendapat bahawa terdapat pelbagai punca anak-anak mereka melakukan
perbuatan negatif.
Apakah punca-punca tersebut?
[3 markah]

(iii) Banyak cara yang boleh dilakukan oleh para pelajar dalam meningkatkan pencapaian
akademik mereka.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk
meningkatkan pencapaian akademik mereka?
[4 markah]

MUKA SURAT 79 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata menjejaskan nilai moral :

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
(i) Merosakkan / mengganggu / menggugat kualiti diri / harga diri /
meninggalkan kesan tidak baik

SOALAN (ii) Punca anak- anak mereka melakukan perbuatan negatif : MARKAH
1
ISI JAWAPAN 1
1 Masalah perhubungan dalam keluarga
1
2 Ibu bapa yang sibuk mengejar kemewahan hidup tidak akan dapat
mendidik anak- anak dengan sempurna

3 Perubahan sistem sosial dan persekitaran yang mudah mempengaruhi
tingkah laku anak- anak

SOALAN (iii) usaha- usaha yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk meningkatkan
pencapaian akademik mereka

ISI JAWAPAN MARKAH

1 Mereka perlulah belajar bersungguh sungguh sehingga mendapat 1

keputusan cemerlang

2 Merekan hendaklah tidak mudah berputus asa supaya memperoleh 1

kejayaan

3 Mereka perlulah sentiasa berbincang dengan kawan- kawan / 1

mengadakan kumpulan belajar agar mampu meningkatkan
pencapaian akademik

4 Mereka perlulah sentiasa mendekatkan diri dengan Allah untuk 1
memohon restu

MUKA SURAT 80 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 21 (PPD KOTA MARUDU, SABAH 2019)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara memupuk
pengurusan kewangan dalam kalangan remaja dan kepentingan memupuk pengurusan
kewangan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada masa ini, kehidupan manusia dipermudahkan dengan adanya objek yang dicipta
daripada kertas atau logam yang digelar ‘wang’ dan tidak mustahil juga wang dapat menjadikan
masyarakat begitu sengsara sehingga ada yang dikategorikan sebagai muflis. Remaja sebagai
golongan yang baru berjinak-jinak untuk menguruskan perbelanjaan sendiri harus mengambil
langkah yang bijak dan pengendalian kewangan yang cekap kerana menjanjikan pelbagai
kebaikan kepada mereka. Terdapat 1157 kes kebankrapan yang melibatkan golongan di bawah
umut 25 tahun yang direkodkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Faktor utama yang menjadikan
mereka muflis ialah ketidakcekapan menguruskan kewangan sendiri didorong kegagalan
perancangan kewangan yang baik dan kurangnya pendidikan kewangan. Antara strategi
perbelanjaan secara bijak termasuklah mengelakkan perbelanjaan tidak berkepentingan seperti
membeli barangan mewah kerana ikutan rakan sebaya atau peniruan trend golongan muda terkini
yang gemar menayangkan kemewahan.

Untuk memupuk pengurusan kewangan yang berhemah, remaja seharusnya melakukan
tabungan yang sistematik dan berterusan. Walaupun remaja mempunyai aliran masuk wang
daripada sumber yang terhad seperti ibu bapa dan biasiswa, remaja yang cekap menguruskan
kewangannya tidak akan menghadapi masalah. Secara umumnya, remaja perlu mempraktikkan
sikap berjimat cermat dan pandai mencari ruang menambahkan wang yang semakin susut.
Amalan membelanjakan wang secara ekonomi ini memerlukan perancangan belanjawan yang
bijak seperti melakukan pembelian secara pukal dengan berkongsi bersama-sama rakan atau
ketika berlangsungnya jualan murah. Di samping itu, pemilihan kedai yang tepat untuk harga yang
berpatutan juga perlu dilakukan oleh remaja.

Remaja boleh menampung perbelanjaan kehidupan harian sebagai pelajar dengan
menjalankan kegiatan yang dapat menjanakan pendapatan sampingan seperti perniagaan kecil-
kecilan. Sebagai contoh, pelajar institusi pengajian tinggi yang layak mendapat kad debit pelajar

berjumlah RM250 yang menggantikan Baucar Buku 1 Malaysia boleh meringankan beban
pembelian buku dan alat tulis. Selain itu, remaja juga boleh bekerja secara sambilan selepas kelas
tamat atau ketika cuti semester. Sehubungan dengan itu, penjanaan wang turut dapat dilakukan
dengan menggunakan bakat serta kemahiran yang ada seperti mengambil upah dengan
menghasilkan lukisan video grafik dan laman sesawang. Oleh itu, setiap remaja disarankan
mendalami ilmu pengurusan kewangan yang berkesan.

(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pengurusan Kewangan Remaja’

Oleh Noraziah Mohd Amin,
Dewan Siswa, Mac 2017)

MUKA SURAT 81 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN

PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan langkah-langkah/usaha-usaha/inisiatif-
inisiatif/kaedah-kaedah/pendekatan-pendekatan memupuk pengurusan 2
kewangan dalam kalangan remaja di Malaysia.
1
P2 Rumusan ini membincangkan langkah-langkah/usaha-usaha/ kaedah-
kaedah/pendekatan-pendekatan memupuk pengurusan kewangan dalam 0
kalangan remaja dan kepentingan memupuk pengurusan kewangan. 0

P3 Petikan membincangkan langkah-langkah/usaha-usaha/ kaedah-
kaedah/pendekatan-pendekatan memupuk pengurusan kewangan dalam
kalangan remaja.
( tiada sasaran/lokasi)

P4 Petikan membincangkan cara-cara memupuk pengurusan kewangan
dalam kalangan remaja di negara ini/Malaysia

P5 Rumusan ini membincangkan cara-cara memupuk pengurusan kewangan
dalam kalangan remaja dan kepentingan memupuk pengurusan kewangan.

ISI TERSURAT (Cara-cara) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
S1 Mengelakkan perbelanjaan tidak berkepentingan 2
S2 Remaja seharusnya melakukan tabungan yang sistematik dan berterusan 2
S3 Remaja perlu mempraktikkan sikap berjimat cermat 2
S4 Remaja perlu pandai mencari ruang menambahkan wang yang semakin
susut 2
S5 Remaja melakukan pembelian secara pukal 2
S6 Pemilihan kedai yang tepat untuk harga yang berpatutan oleh remaja 2
S7 Remaja boleh menjalankan kegiatan yang dapat menjanakan pendapatan
sampingan 2
S8 Remaja juga boleh bekerja secara sambilan

ISI TERSIRAT (kepentingan memupuk pengurusan kewangan) memupuk MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 Menggelakkan pembaziran wang 2
T2 Mengurangkan beban hutang 2
T3 Menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi 2
T4 Meringankan beban ibu bapa
MARKAH
KESIMPULAN 2
ISI JAWAPAN
K1 Kesimpulannya, remaja perlulah menyedari cara-cara
pengurusan kewangan diri agar tidak menyusahkan ibu bapa.

K2 Kesimpulannya, remaja harus memupuk pengurusan kewangan agar 2
melahirkan pengguna yang bijak.

MUKA SURAT 82 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata penjanaan wang.

[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa faktor yang menjadikan remaja muflis. [3 markah]
Apakah faktor-faktor tersebut?

(iii) Remaja digalakkan bekerja secara sambilan untuk menampung kekurangan wang tetapi
bimbang menjejaskan prestasi akademik.
Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang dapat dilakukan oleh remaja yang
memilih untuk bekerja secara sambilan dengan tidak menjejaskan pelajaran?
[4 markah]

MUKA SURAT 83 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata pinjaman wang :

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
(i) Penghasilan duit

SOALAN (ii) Faktor-faktor yang menjadi remaja muflis : MARKAH
ISI JAWAPAN 1

1 ketidakcekapan menguruskan kewangan sendiri yang didorong 1
kegagalan perancangan kewangan yang baik dan kurangnya 1
Pendidikan kewangan

2 ikutan rakan sebaya

3 peniruan trend golongan muda terkini yang gemar menayangkan
kemewahan

SOALAN (iii) perkara-perkara yang dapat dilakukan oleh remaja yang memilih untuk bekerja
secara sambilan dengan tidak menjejaskan pelajaran

ISI JAWAPAN MARKAH

1 mendapatkan masa rehat yang cukup supaya boleh fokus dalam 1

kelas

2 meminta nasihat daripada orang yang berpengalaman agar dapat 1

mengikutinya

3 menyediakan jadual belajar yang sistematik supaya tidak 1

menjejaskan akademik

4 bekerja dengan masa yang minimum agar tidak mendatangkan 1

keletihan

MUKA SURAT 84 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 22 (PPD BARAM, SARAWAK 2019)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan negatif
penggunaan Internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya.
Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kelebihan utama Internet berbanding dengan media lain ialah keupayaannya
memberikan maklumat tanpa sekatan. Internet membolehkan masyarakat memperoleh dan
menyebarkan maklumat dengan bebas. Internet bukan sahaja menjelaskan konsep demokrasi
maklumat, malah dapat mengubah cara manusia berkomunikasi. Perubahan cara komunikasi
inilah yang menerbitkan krisis dalam aspek keselamatan maklumat dan aspek tanggungjawab.

Sesungguhnya, pengenalan Internet menimbulkan perdebatan dalam pelbagai isu.
Penyebaran bahan imperialisme yang dapat meruntuhkan nilai-nilai budaya dan moral sesuatu
bangsa jelas menunjukkan bahawa Internet mudah dikaitkan dengan perkara-perkara yang
mendatangkan pelbagai keburukan. Internet merupakan media yang membolehkan sesiapa
sahaja menerbitkan bahan kepada masyarakat dunia dengan kos yang sangat murah. Hakikat ini
telah menyebabkan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia cuba mengawal media baharu ini.
Keupayaan rangkaian canggih ini menyebarkan imej digital menyebabkan Internet sering dijadikan
wahana untuk menyebarkan bahan tidak bermoral secara talian terus.

Di samping itu, Internet digunakan juga untuk menyebarkan pelbagai judul buku yang
diharamkan di sesetengah negara. Malah, penerbit buku di seluruh dunia mempersoalkan
pelanggaran hak cipta yang banyak dilakukan dalam Internet. Selain itu, rangkaian ini juga
digunakan untuk menyebarkan iklan yang mungkin tidak diterima oleh media lain kerana iklan itu
melanggar kod etika pengiklanan seperti mengeksploitasikan wanita dan menarik cita rasa kanak-
kanak. Kebebasan penyebaran maklumat ini menyebabkan Internet digunakan untuk
menyebarkan fitnah dan khabar angin terhadap kerajaan atau organisasi tertentu. Internet turut
menimbulkan masalah perundangan terbesar dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan
hak asasi.

Beberapa terbitan Ensiclopedia World Wide telah disebarkan melalui Internet tanpa izin
pemegang hak ciptanya. Perbuatan tersebut memang menyalahi undang-undang, tetapi perkara

ini telah berlaku dalam ruang siber dewasa ini. Kebimbangan terhadap Internet turut tertumpu
terhadap kegiatan jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus. Internet
menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas. Internet sering mencabar amalan budaya dan
moral. Menyedari hakikat ini, banyak negara berusaha mengambil langkah-langkah yang
sewajarnya bagi memerangi penyalahgunaan Internet.

Dipetik dan diubah suai daripada
“Penggunaan Internet: Kesan kepada Pengguna”

oleh Salmah Ali
Majalah Siswa,Jun 2012

MUKA SURAT 85 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN

PENDAHULUAN

PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Rumusan ini membincangkan keburukan / akibat buruk / impak buruk / implikasi
2
negatif penggunaan Internet dan langkah-langkah untuk membendung
1
penyalahgunaannya.
1
P2 Petikan membincangkan keburukan / akibat buruk / impak buruk / implikasi
0
penggunaan Internet dalam kalangan masyarakat di negara kita / Malaysia.
0
P3 Petikan membincangkan keburukan / akibat buruk / impak buruk penggunaan
MARKAH
Internet. 2
2
P4 Petikan membincangkan keburukan / akibat buruk / impak buruk penggunaan
2
Internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya.
2
P5 Petikan membincangkan keburukan / akibat buruk / impak buruk penggunaan 2
2
Internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya.
2
P6 Petikan membincangkan masalah-masalah penggunaan Internet dan langkah-
2
langkah untuk membendung penyalahgunaannya. 2
2
ISI TERSURAT (Kesan negatif Internet)
MARKAH
ISI JAWAPAN 2
2
S1 Internet menyebarkan imperialisme yang meruntuhkan nilai budaya / moral. 2

S2 Internet dijadikan wahana menyebarkan bahan tidak bermoral dan secara talian 2

terus. MARKAH
2
S3 Internet menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah
2
negara.
1
S4 Internet menyebabkan berlakunya pelanggaran hak cipta penerbitan.

S5 Internet menyebarkan iklan yang mungkin tidak diterima oleh media lain.

S6 Internet digunakan untuk menyebarkan fitnah dan khabar angin terhadap

kerajaan / organisasi tertentu.

S7 Internet menimbulkan masalah perundangan terbesar dalam undang-undang

harta intelek dan kebebasan hak asasi.

S8 Jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus turut berlaku.

S9 Internet menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas.

S10 Internet sering mencabar amalan budaya dan moral.

ISI TERSIRAT (Langkah membendung untuk penyalahgunaan Internet)

ISI JAWAPAN

T1 Ibu bapa memberi pendidikan / membimbing anak melayari Internet secara sihat.

T2 Ibu bapa memantau / menapis laman yang dilayari oleh anak-anak.

T3 Kerajaan menggubal akta / undang-undang mengharamkan penyebaran karya

cetak rompak dalam Internet / memperketat undang-undang jenayah siber.

T4 Kerajaan menyekat akses ke laman web yang negatif.

KESIMPULAN

ISI JAWAPAN

K1 Kesimpulannya, penggunaan Internet perlu dikawal agar penyebaran bahan yang

menyalahi norma masyarakat dapat dielakkan.

K2 Konklusinya, semua pihak perlu mengawal penyalahgunaan Internet agar dapat

melahirkan masyarakat minda kelas pertama.

K3 Kesimpulannya, semua pihak perlu membendung kesan negatif penggunaan

Internet.

MUKA SURAT 86 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata sering dijadikan wahana.

[2 markah]

(ii) Pengarang ada menyatakan beberapa kebaikan Internet. [3 markah]
Nyatakan kebaikan tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri laman sesawang mata pelajaran yang mampu
menarik minat pelajar? Kemukakan tiga pendapat anda.
[4 markah]

MUKA SURAT 87 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata sering dijadikan wahana :

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
(i) Selalu digunakan sebagai saluran

SOALAN (ii) Kebaikan Internet : MARKAH
ISI JAWAPAN 1
1
1 Memberikan maklumat tanpa sekatan 1
1
2 Memperoleh dan menyebarkan maklumat dengan bebasnya 1
3 Menjelaskan konsep demokrasi maklumat
1
4 Mengubah cara manusia berkomunikasi
5 Sesiapa sahaja dapat menerbitkan bahan dengan kos yang sangat

murah
6 Berupaya menyebarkan imej digital

SOALAN (iii) Ciri-ciri laman sesawang mata pelajaran yang menarik MARKAH
ISI JAWAPAN 1
1 Penerangan yang mudah difahami 1
2 Ilustrasi yang menarik / berwarna-warni / cantik 1
3 Ada ruangan soal jawab / kuiz 1
4 Banyak bahan latihan / nota / contoh 1
5 Percuma untuk dilayari / dimuat turun 1
6 Ada pautan dengan laman web lain yang berkaitan 1
7 Kandungan yang sentiasa dikemas kini

MUKA SURAT 88 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 23 (SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2019)
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah
penggunaan dron dalam pengurusan hutan dan cara-cara untuk menggalakkan penggunaan
dron . Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dron atau pesawat tanpa pemandu (UAV) ialah pesawat tanpa juruterbang yang dikawal jauh
oleh juruterbang, sama ada juruterbang ini berada di stesen kawalan atau UAV diterbangkan secara
automatik berdasarkan penerbangan praprogram yang dirancang oleh individu yang pakar atau
terlatih sahaja. Belakangan ini, keupayaan dron lebih terserlah setelah ditingkatkan perkakasan
kemudahan rakaman. Lantaran itu, seiring dengan perkembangan teknologi globalisasi pada hari ini,

penggunaan dron menjadi pilihan pengkaji dalam pelaksanaan aktiviti penyelidikan dan pengurusan
perhutanan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana dron dapat diubah suai daripada pelbagai aspek
untuk membantu memberikan hasil yang terbaik.

Aktiviti pengumpulan maklumat lapangan dengan menggunakan dron memerlukan
perancangan kerja yang teliti kerana keadaan keliling kawasan perlu diambil kira. Bagi kawasan hutan
yang agak ekstrem, perancangan yang teliti seperti mengenal pasti keadaan awan, cuaca dan faktor
keliling perlu diambil kira. Dalam konteks ini, pihak Jabatan Perhutanan mengorak langkah dengan
menggunakan dron untuk melakukan kerja pemantauan dan pengurusan hutan. Dron mampu
bergerak dengan jarak yang laju dan jauh, iaitu sehingga 100 kilometer dengan sekali penerbangan.
Oleh hal yang demikian, alat tersebut dapat membantu jabatan ini memantau aktiviti kawasan hutan
dengan lebih sistematik dan berkesan. Sementara itu, penambahan kemudahan rakaman dalam
bentuk audio - visual membolehkan gambar kawasan hutan yang diambil, diolah menjadi data
pelbagai guna seterusnya menambahkan nilai cerapan.

Di samping itu, penyelidik di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mengkaji
kegunaan dron untuk membantu kajian pemantauan aktiviti pembalakan dan kajian keadaan status
kesihatan hutan untuk membolehkan tindak balas terhadap kawasan difokuskan serta tindakan
segera kepada kawasan berimpak, seperti tanah runtuh atau kebakaran, dapat dilakukan.
Berdasarkan hasil awal daripada kajian FRIM, didapati bahawa pengaplikasian dron dengan konsep
perhutanan dapat membantu perolehan data untuk pemetaan yang lebih jitu. Pada masa yang sama,
penggunaan tenaga kerja dalam bidang perhutanan dapat diminimumkan. Bagi aktiviti pemantauan

hutan yang luas, dron jenis sayap kekal digunakan. Dron jenis ini mampu bergerak jauh dan tempoh
penerbangannya lama. Walau bagaimanapun, ada juga kekangan terhadap penggunaan dron jenis ini
dalam aktiviti pemantauan kawasan hutan kerana dron ini memerlukan kawasan untuk berlepas dan
mendarat.

Sektor perhutanan tidak mahu ketinggalan dalam penggunaan teknologi terkini, seperti dron,
dalam pengurusan dan penyelidikan perhutanan. Penggunaan dron oleh Jabatan Perhutanan dalam
pemantauan kawasan hutan, dan oleh FRIM dalam penyelidikan ternyata dapat menjimatkan kos
dalam jangka masa yang panjang. Penggunaan dron menyumbang aktiviti yang berkaitan dengan
pengurusan hutan secara signifikan. Berdasarkan hasil penggunaan dan penyelidikan, didapati
bahawa dron ialah fenomena baharu dalam sektor perhutanan negara.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Dron dalam Pengurusan

Hutan’ oleh Mohd. Izwan Ramlan

Dewan Kosmik, Mac 2017

MUKA SURAT 89 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN

PENDAHULUAN

PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan manfaat/ kelebihan/keistimewaan/kebaikan penggunaan
2
dron dalam pengurusan hutan di Malaysia/di negara ini.
2
P2 Petikan membincangkan manfaat/ kelebihan/ keistimewaan/kebaikan pengganan
1
dron dalam pengurusan hutan dan kekangan-kekangan dalam penggunaan dron.

P3 Rumusanmembincangkan manfaat/kelebihan/keistimewaan/kebaikan penggunaan

dron dalam pengurusan hutan dan kekangan-kekangan dalam penggunaan dron

P4 Rumusan membincangkan manfaat kelebihan keistimewaan/kebaikan penggunaan
dron dalam pengurusan hutan.

P5 Petikan membincangkan manfaat/ kelebihan/ keistimewaan/kebaikan penggunaan 1
dron dalam pengurusan hutan dan kekangan-kekangan dalam penggunaan dron.
0
P6 Petikan membincangkan faedah-faedah penggunaan dron dalam pengurusan hutan. 0

P7 Rumusan membincangkan faedah-faedah penggunaan dron dalam pengurusan
hutan.

ISI TERSURAT (Faedah-faedah penggunaan dron dalam pengurusan hutan) MARKAH
2
ISI JAWAPAN
S1 dapat diubah suai daripada pelbagai aspek untuk membantu memberikan hasil yang 2
2
terbaik 2

S2 mampu bergerak dengan jarak yang laju dan jauh 2
S3 memantau aktiviti kawasan hutan dengan lebih sistematik dan berkesan
2
S4 membolehkan gambar kawasan hutan yang diambil diolah menjadi data pelbagai 2
guna 2
2
S5 membantu kajian pemantauan aktiviti pembalakan dan kajian keadaan status
kesihatan hutan

S6 dapat membantu perolehan data untuk pemetaan yang lebih jitu
S7 penggunaan tenaga kerja dalam bidang perhutanan dapat diminimumkan

S8 mampu bergerak jauh dan tempoh penerbangannya lama

S9 dapat menjimatkan kos dalam jangka masa yang panjang

ISI TERSIRAT (Cara-cara untuk menggalakkan penggunaan dron) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 Mengadakan kursus/ latihan/ bengkel / demonstrasi penggunaan dron 2
T2 Harga yang berpatutan di pasaran. 2
T3 Kerajaan menyediakan dana / peruntukan. 2
T4 Memperbanyak pusat penyelenggaraan dron/ servis. 2
T5 Menubuhkan kelab dron 2
T6 Mempelbagai aplikasi penggunaan dron.

KESIMPULAN MARKAH
2
ISI JAWAPAN
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu bijak menggunakan dron dalam pengurusan 1

hutan supaya/agar kehidupan manusia lebih efisien. 0

K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu bijak menggunakan dron dalam pengurusan
hutan.

K3 Kesimpulannya, semua pihak perlu bijak menggunakan dron

MUKA SURAT 90 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata ditingkatkan perkakasan. [2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan bahawa terdapat beberapa masalah daripada penggunaan dron
dalam pengurusan hutan.
Nyatakan masalah-masalah tersebut.
[3 markah]

(iii) Dron digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang pada hari ini.
Pada pendapat anda, selain fungsinya merakamkan gambar atau video apakah fungsi-
fungsi dron yang lain?
[4 markah]

MUKA SURAT 91 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN MARKAH
PEMAHAMAN 2
1
SOALAN (i) Maksud rangkai kata ditingkatkan perkakasan : 1

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
1
(i) Ditambahkan peralatan 1
1
(ii) Ditambahkan perkakasan
MARKAH
(iii) Ditingkatkan peralatan 1
1
SOALAN (ii) Masalah-masalah : 1
ISI JAWAPAN 1
1 Keadaan keliling Kawasan perlu diambil kira 1
2 Mengenal pasti keadaan awam, cuaca 1
3 Memerlukan kawasan untuk berlepas dan mendarat

SOALAN (iii) Fungsi-fungsi
ISI JAWAPAN
1 Mencari dan menyelamat
2 Pengawasan trafik dan cuaca
3 Hobi / mengisi masa lapang
4 Bantuan memadamkan kebakaran
5 Penghantaran barang
6 Promosi perniagaan / iklan

MUKA SURAT 92 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 24 (PPD SEMPORNA, SABAH 2019)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang cabaran-cabaran guru
abad ke-21 dan impaknya terhadap pembelajaran murid. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Era teknologi digital abad ke-21 merupakan suatu era perubahan dan juga inovasi yang
berkembang pesat di seantero dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana belum pernah lagi ada
dalam sejarah manusia, kita didedahkan dengan pelbagai maklumat secara terbuka. Dalam
bidang pendidikan, guru dan pelajar boleh mendapatkan akses kepada data dan maklumat di
mana-mana dan pada bila-bila masa dengan sangat mudah. Oleh hal yang demikian, guru pada
abad ke-21 haruslah sedar bahawa pendidikan kini tidak lagi tertumpu kemahiran menghafal
semata-mata. Para guru hendaklah menyedari antara cabaran yang perlu dihadapi ialah cara
belajar untuk menilai dan memanfaatkan maklumat untuk kegunaan seharian.

Agenda utama untuk memastikan transformasi berlaku dalam pendidikan ialah pola
pemikiran guru perlu berubah. Dalam hal ini, para guru perlu mencorakkan pemikirannya berkaitan
kemahiran dan kemenjadian murid. Selain itu, strategi dan kejayaan dalam pembelajaran
sepatutnya berubah lebih sesuai dengan tuntutan zaman sekarang. Dengan adanya banyak media
sosial, sebenarnya telah membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk para guru meningkatkan
perkembangan profesionalisme pendidikan. Oleh itu, guru perlu bersedia untuk bertukar-tukar idea
dan pendapat tentang aktiviti di dalam kelas. Pada masa yang sama, para guru harus berfikiran
terbuka untuk bekerjasama dengan guru-guru lain dari serata dunia untuk menambah baik kualiti
pengajaran.

Oleh sebab itu, guru pada era abad ke-21 seyogianya memerlukan kepekaan yang
tinggi bahawa murid mengawal sepenuhnya proses pembelajaran mereka. Prinsip asas dalam
pendidikan adalah melahirkan generasi yang mampu melakukan perkara baharu. Generasi baharu
perlu kreatif, mencipta, menemukan, kritis dan mampu memberi pilihan lain terhadap perkara yang
diberikan kepada mereka. Guru bukan satu-satunya sumber ilmu. Dengan sekian banyak data dan
maklumat daripada Internet boleh diakses, sikap keterbukaan guru dalam menerima maklumat
baharu termasuklah maklumat daripada murid itu sendiri perlu diperkukuh. Dalam hal ini, guru

menyiapkan diri sebagai pemudah cara yang berkesan kepada anak didiknya.
Konklusinya, Internet dan teknologi digital ternyata memberi impak signifikan dalam

membantu murid menyelesaikan tugasan mereka dan mendatangkan kesan positif terhadap
pembelajaran di sekolah. Hal ini, bertepatan dengan anjakan ke-7 dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, yang memberikan ruang dan peluang kepada pelajar
untuk mengakses lebih banyak maklumat untuk keperluan pembelajaran mereka.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘ Cabaran Menjadi Guru Abad 21’
Oleh Norhailmi Abdul Mutalib, Pendidik, Mac 2017

MUKA SURAT 93 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN

PENDAHULUAN

PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan / halangan / kekangan / aral/ rintangan / gangguan guru abad 2
ke-21 di Malaysia 2
1
P2 Petikan tentang / halangan / kekangan / aral / rintangan / gangguan guru abad ke- 21 di 1
1
Malaysia 0

P3 Rumusan membincangkan / halangan / kekangan / aral/ rintangan / gangguan

guru abad ke-21 dan impaknya terhadap pembelajaran murid

P4 Rumusan tentang / halangan / kekangan / aral/ rintangan / gangguan guru
abad ke-21 dan impaknya terhadap pembelajaran murid

P5 Rumusan tentang / halangan / kekangan / aral/ rintangan / gangguan guru

abad ke-21

P6 Rumusan membincangkan / halangan / kekangan / aral/ rintangan /

gangguan guru abad ke-21

P7 Petikan membincangkan tentang ...
Rumusan ini membincangkan tentang…

Petikan membincangkan cabaran-cabaran…

Rumusan ini membincangkan cabaran-cabaran…

ISI TERSURAT MARKAH
ISI JAWAPAN 2

S1 sedar bahawa pendidikan kini tidak lagi tertumpu kepada kemahiran menghafal semata- 2
mata 2

S2 cara belajar untuk menilai dan memanfaatkan maklumat untuk kegunaan seharian 2

S3 guru perlu mencorakka pemikirannya berkaita kemahiran da kemenjadian 2
murid
2
S4 strategi dan kejayaan dalam pembelajaran sepatutnya berubah lebih sesuai 2
dengan tuntutan zaman
2
S5 guru perlu bersedia untuk bertukar-tukar idea dan pendapat maengenai 2
aktiviti di dalam kelas

S6 berfikiran terbuka untuk berkerjasama dengan guru lain dari serata dunia

S7 memerlukan kepekaan yang tinggi bahawa murid mengawal sepenuhnya
proses pembelajaran mereka

S8 sikap keterbukaan guru dalam menerima maklumat baharu

S9 menyiapkan diri sebagai pemuda cara yang berkesan kepada anak
didiknya

ISI TERSIRAT MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 murid proaktif mencari maklumat 2
T2 interaktif Antara murid dapat dilaksanakan 2
T3 motivasi terhadap pelajaran meningkat

KESIMPULAN MARKAH
2
ISI JAWAPAN
1
K1 Kesimpulannya, guru-guru mestilah tabah menghadapi cabaran dalam kerjaya
mereka agar dapat mendidik generasi muda menjadi insan yang cemerlang. 0

K2 Kesimpulannya, guru-guru mestilah tabah menghadapi cabaran dalam kerjaya
mereka.

K3 Kesimpulannya, guru-guru mestilah tabah

MUKA SURAT 94 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata berkembang pesat

[2 markah]

(ii) Pengarang berpendapat bahawa Internet dan teknologi digital mempunyai kebaikan-
kebaikan kepada murid. Nyatakan kebaikan-kebaikan tersebut.
[3 markah]

(iii) Bukan guru sahaja bertanggungjawab mendidik murid dalam bidang akademik semata-
mata tetapi warga guru juga berperanan membentuk personaliti dan sahsiah murid-murid
supaya dapat melahirkan modal insan yang seimbang.
Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa agar
anak-anak menghormati guru?
[4 markah]

MUKA SURAT 95 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata berkembang pesat :

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
(i) Bertambah maju

SOALAN (ii) Kebaikan Internet dan teknologi kepada murid: MARKAH
ISI JAWAPAN 1
1 membantu murid menyelesaikan tugasan mereka 1
2 memberi kesa positif kepada proses pembelajaran di sekolah 1
3 murid dapat mengakses lebih banyak sumber berbanding sebelumnya

SOALAN (iii) Usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa agar anak-anak menghormati guru

ISI JAWAPAN MARKAH

1 mendidik anak-anak supaya menghormati guru 1

2 sentiasa berbincang dengan guru supaya dapat mengetahui perilaku 1
anak-anak terhadap guru mereka di sekolah.

3 menunjukkan contoh teladan yang baik,iaitu ibu bapa sendiri 1

menghormati guru.

4 menerangkan kepada anak-anak tentang kebaikan menghormati 1

guru

MUKA SURAT 96 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 25 (KOLEKSI RAMALAN CIKGU TAN CL)
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang manfaat
pemakanan petai kepada kesihatan dan usaha-usaha untuk mempopularkan amalan
pemakanan petai. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Mendengar saja perkataan petai, pasti ada yang terus memikirkan bau nafas yang kurang
menyenangkan apabila kita menikmatinya. Oleh itu, berkemungkinan besar ada yang tidak
menjamahnya sekiranya menjadi menu makanan pada siang hari ketika waktu bekerja. Petai
merupakan sejenis tanaman yang berasal dari negara tropika, seperti di negara kita Malaysia dan
juga Indonesia. Dengan nama saintifik parkia speciosa dan dimakan sebagai ulam ini, di sebalik

ketidakenakan bau nafas, sebenarnya petai sejenis ulam yang banyak memberikan manfaat
kesihatan kepada kita.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh pakar kesihatan, petai ialah sumber gizi penting
terhadap kesihatan manusia. Penelitian menunjukkan bahawa buah petai memiliki
kandungan sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Ketiga-tiga jenis zat ini ialah sumber gula semula jadi
yang boleh menghasilkan tenaga segera bagi mereka yang memakannya. Bahkan, kandungan
protein dalam petai empat kali lebih banyak daripada buah epal. Kandungan zat besi yang tinggi
dalam petai sangat bermanfaat untuk mengurangkan masalah anemia dalam badan manusia.
Petai memiliki kandungan kalium yang cukup tinggi untuk mengatasi stres dan depresi yang kita
alami. Kalium dalam petai juga dapat meningkatkan konsentrasi dan kemampuan otak seterusnya
berfungsi untuk meningkatkan daya ingatan semasa belajar.

Di samping kandungan kalium yang tinggi, ciri-ciri petai yang rendah garam mampu
menstabilkan degupan jantung sekali gus mengurangkan penyakit kardiovaskular. Tekanan darah
yang terjaga akan menurunkan risiko diserang sakit jantung dan merendahkan risiko gejala strok
di samping mengurangkan masalah migrain. Dalam jurnal perubatan baharu edaran The New
England Journal of Medicine, hasil penelitian turut mengatakan bahawa pemakanan petai secara
teratur mampu melancarkan sistem pencernaan dalam usus. Serat yang banyak terkandung
dalam petai berguna melancarkan proses penghadaman dan perkumuhan. Bagi yang sering
mengalami gangguan pencernaan seperti sembelit, pemakanan petai akan dapat membantu

mengurangkan penderitaan sembelit. Dengan amalan pemakanan petai, toksin tubuh yang
mengganggu kesihatan dapat diatasi segera.

Petai juga memiliki manfaat yang pelbagai. Kementerian Kesihatan Malaysia harus
menjalankan kajian yang lebih mendalam untuk mengenal pasti khasiat petai kepada kesihatan
manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana khasiat dalam petai yang mudah dicari di Malaysia
mampu memberikan impak baharu kepada bidang perubatan tradisional. Amalan pemakanan
yang sihat mampu memberikan nikmat kesihatan yang baik dan menyejahterakan kehidupan
manusia.

(Dipetik dan diubah suai daripada

rencana Khasiat Petai kepada Manusia
dalam blog akademik www.cikgutancl.blog.spot.com)

MUKA SURAT 97 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN Markah
PENDAHULUAN 2
PEND JAWAPAN 2
2
1 Petikan membincangkan kebaikan/ kepentingan / kemaslahatan/ faedah pemakanan petai kepada 2
kesihatan manusia. 1
0
2 Petikan membincangkan kebaikan/ kepentingan / kemaslahatan/ faedah pemakanan petai kepada
kesihatan pengamalnya.

3 Petikan ini membincangkan kebaikan/ kepentingan / kemaslahatan/ faedah pemakanan petai
kepada kesihatan dan kebaikan daripada penjagaan tekanan darah.

4 Rumusan ini membincangkan kebaikan/ kepentingan / kemaslahatan/ faedah pemakanan petai
kepada kesihatan dan usaha-usaha untuk mempopularkan amalan pemakanan petai.

5 Petikan membincangkan kebaikan/ kepentingan / kemaslahatan/ faedah pemakanan petai kepada
kesihatan

6 Petikan membincangkan manfaat pemakanan petai kepada kesihatan manusia.

Isi Tersurat [ 4 hingga 12 markah ] 2
(manfaat pemakanan petai kepada kesihatan) 2
S1 sumber gizi penting terhadap kesihatan manusia 2
S2 mengurangkan masalah anemia dalam badan manusia 2
S3 mengatasi stres dan depresi yang kita alami 2
S4 meningkatkan konsentrasi dan kemampuan otak 2
S5 meningkatkan daya ingatan semasa belajar 2
2
S6 mampu menstabilkan degupan jantung sekali gus mengurangkan penyakit kardiovaskular 2
S7 melancarkan sistem pencernaan dalam usus 2
S8 melancarkan proses penghadaman dan perkumuhan
S9 mengurangkan penderitaan sembelit
S10 toksin tubuh yang mengganggu kesihatan dapat diatasi segera

Isi tersirat : (usaha-usaha untuk mempopularkan amalan pemakanan petai) 2
T1 kerajaan mengadakan kempen amalan pemakanan makanan tradisional 2
T2 ibu bapa menggunakan petai dalam masakan 2
T3 pihak hotel memperkenalkan petai dalam menu 2
T4 pengusaha kantin menyediakan petai dalam sajian 2
T5 Kementerian Kesihatan mengedarkan risalah manfaat petai 2
T6 media massa membicarawarakan khasiat petai dalam rancangan kesihatan 2
T7 pemilik restoran mempromosikan makanan berasaskan petai dengan harga yang berpatutan

Kesimpulannya [ 2 markah ] 2
K1 Kesimpulannya, semua pihak haruslah mula makan makanan tradisional seperti petai supaya / agar 1
1
dapat menjamin kesihatan tubuh badan. 0

K2 Kesimpulannya, semua pihak haruslah mula makan makanan tradisional.
(tidak ada harapan/ kesan / implikasi)

K3 Kesimpulannya, semua pihak haruslah mengkomersialkan penanaman petai.
(tidak menyentuh isu)

Kesimpulannya, petai mestilah dimakan mulai hari ini.
(tiada pihak yang memainkan peranan)

MUKA SURAT 98 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata toksin tubuh.
[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kebaikan daripada penjagaan tekanan darah.
Nyatakan kebaikan-kebaikan tersebut.
[3 markah]

(iii) Anak-anak kecil kurang meminati makanan tradisional seperti petai, jering, ulam-ulaman,
dan herba dalam amalan pemakanan mereka.

Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka
mengamalkan pemakanan makanan tradisional?

[4 markah]

MUKA SURAT 99 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN MARKAH
PEMAHAMAN 2

SOALAN (i) Maksud rangkai kata toksin tubuh:

PILIHAN JAWAPAN

(i) racun tubuh

SOALAN (ii) kebaikan penjagaan tekanan darah: MARKAH
ISI JAWAPAN 1
1 -menurunkan risiko diserang sakit jantung
1
2 -merendahkan risiko gejala strok
1
3 -mengurangkan masalah migrain

SOALAN (iii) peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka mengamalkan
pemakanan makanan tradisional

ISI JAWAPAN MARKAH

1 -memberitahu anak tentang khasiat petai untuk meningkatkan 1

kesedaran mereka

2 -menggunakan herba dan ulam-ulaman dalam masakan yang 1

disediakan di rumah sejak anak kecil lagi

3 -membeli petai dan jering pada setiap minggu sebagai makanan 1

mingguan seisi keluarga

4 -memanfaatkan petai sebagai ulam-ulaman di samping salad dan 1

herba lain

MUKA SURAT 100 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


Click to View FlipBook Version