Kali Ke - 2 SK PULAU MERANTI 1 FEBRUARI 2024 HARI BICARA AKADEMIK 'Bulat air kerana pembetung, bulat KITA kerana muafakat' (KHAMIS)
'Bulat air kerana pembetung, bulat KITA kerana muafakat' MASA & TEMPAT KETETAPAN PRA SEKOLAH : 9.30 - 11.00 PAGI TAHUN 3 - 6 : 11.00 PAGI - 1.00 PETANG TAHUN 1 & 2 : 2.00 - 3.30 PETANG KELAS MASING-MASING
'Bulat air kerana pembetung, bulat KITA kerana muafakat' AGENDA / FOKUS PERBINCANGAN 1) PELAPORAN PBD FASA 2 2) PERANAN DAN TINDAKAN WARIS 3) HAL - HAL LAIN
PENGENALAN Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan ini dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di bawah : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Selain daripada Standard Prestasi, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran juga dirujuk dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Standard Kandungan (SK) ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran (SP) pula ialah suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Manakala Standard Prestasi (SPi) pula ialah suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai oleh murid. . STANDARD PENTAKSIRAN
TAHAP PENCAPAIAN (TP) MURID
KETETAPAN UMUM 1) PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PELBAGAI KAEDAH SEPANJANG TAHUN) 2) PELAPORAN PENTAKSIRAN 2 KALI SETAHUN 3) SEMUA MATA PELAJARAN 4) CADANGAN INTERVENSI DIBINCANGAKAN BERSAMA IBU BAPA / PENJAGA
Sentiasa bermaklumat Mengetahui perkembangan terkini disekolah. Luangkan masa mengetahui perkembangan anak. Pantau dan bantu kerja rumah anak. Kekal berhubung Bekalkan guru anak anda alamat, nombor telefon terkini untuk dihubungi. Layari platform hebahan rasmi sekolah. Facebook/Blogspot/Telegram Perbincangan bersama ibu bapa/ penjaga lain. Mengawasi pelajaran anak anda dirumah. Dapatkan bantuan jika perlu Pembelajaran dirumah mengukuhkan pemahaman anak anda TANGGUNGJAWAB ATAU TINDAKAN IBU BAPA
Tunjukkan minat terhadap pembelajaran anak-anak Puji dan dorong anak-anak Galakkan anak meneroka, menemui dan memikir. Gunakan kemudahan internet dan platform ilmu yang bermanfaat. Membaca, bekerja dan bermain bersama anak. Bantu anak menemukan pembelajaran dalam pelbagai variasi aktiviti Pertandingan, lawatan, Kem belajar atau bina insan diri. Pengawasan dan peringatan berterusan kepada anak. Mengawasi pelajaran anak dirumah. Pastikan KEHADIRAN PENUH anak ke sekolah Dapatkan bantuan jika perlu. TIPS KHAS IBU BAPA
KPI kehadiran minima murid ke sekolah ditetapkan oleh KementerianPelajaran Malaysia (KPM) adalah 90%setiap bulan. KPI kehadiran minima murid ke sekolah ditetapkan Jabatan PelajaranNegeri (JPN) Selangor adalah 95%setiap bulan. Kempen PONTENG SIFAR! (Tidak hadir sekolah dengan sengajatanpa alasan munasabah dan kukuhadalah kesalahan disiplin.) PERATUS KEHADIRAN KE SEKOLAH
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Hari Bicara Akademik Kali ke-2 ini. Diharapkan majlis ini berjaya mewujudkan persefahaman dan kerjasama di antara warga pendidik dan ibu bapa serta penjaga dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik murid SK Pulau Meranti. 'Bulat air kerana pembetung, bulat KITA kerana muafakat' PENUTUP