The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norsharizahsafiin, 2020-03-30 11:59:52

MODUL SEJARAH STPM

modul sejarah semester 2

Keywords: 940/2

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

Seterusnya, sistem pendidikan pada zaman kerajaan Bani Fakta
Isi 2 Umaiyah dilihat dari segi institusi pendidikan dan bentuk

pengajaran

 Pada zaman Kerajaan Bani Umyyah terdapat tiga institusi Huraian
pendidikan terpenting iaitu masjid, istana khalifah dan
sekolah iaitu kuttab.

 Kurikulum yang diajar dimasjid adalah ilmu-ilmu naqli iaitu
tafsir dan hadis. Kaedah pengajaran di masjid adalah dalam
bentuk syarahan bebas.

 Masjid-masjid di Makkah, Madinah dan Damsyik adalah
pusat perkembangan dan penyebaran ilmu agama. Masjid
Kufah dan Basra pusat bahasa dan nahu.

 Tanda-tanda bunyi dalam tulisan Arab seperti dhammah,
fathah dan kasrah diperkenalkan.

 Istana khalifah dijaikan pusat pendidikan – tempat belajar
putera khalifah dan anak pembesar.

 Mata pelajaran utama adalah sejarah, kesusteraan, ilmu
pidato dan akhlak.

 Kuttab merupakan sekolah permulaan yang menekankan
pengajian al-Quraan dan asas ilmu agama sebagai persedian
kepada pengajian lebih tinggi

 Khalifah Abu Sufyan mengundang para cendekiawan ke Contoh
istananya di Damsyik untuk membincangkan disiplin ilmu
sejarah. Pada Zaman Bani Ummyah terdapat dua jenis kuttab
iaitu kuttab untuk awam (dikenakan yuran) dan kuttab al-
Sabil untuk kanak-kanak miskin

 Peranan institusi pendidikan tersebut telah membolehkan Penegasan
masyarakat zaman ini menerima ilmu pengetahuan secara Isi
sistematik dan menyeluruh

Selain itu, kemunculan bandar-bandar utama yang menjadi Fakta
Isi 3 pusat perkembangan pendidikan.

 Pada zaman Khalifah Bani Ummyah, terdapat banyak bandar Huraian
yang menjadi pusat perkembangan pendidikan, intelektual
dan tamadun Islam.

 Damsyik adalah ibu kota pentadbiran Kerajaan Ummyah
turut menjadi tumpuan aktiviti pendidikan dan intelektual.
Pelbagai kemudahan pendidikan disediakan iaitu sekolah dan
masjid.

15

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

 Bandar Madinah, Basrah dan Kufah menjadi tumpuan
seluruh penduduk Negara Islam mempelajari bahasa Arab
seperti memperbaiki sebutan dan deklamasi sajak.

 Basrah tempat lahirnya Abdul Aswad Du’ali, Khalid bin Contoh
Ahmad iaitu tokoh nahu Arab. Khalid al Walid menjadikan
Kufah sebagai pusat ilmu pengetahuan

 Kemunculan bandar-bandar intelektual diatas menyebabkan Penegasan
tempat tersebut menajdi tumpuan tokoh-tokoh ilmuan bukan Isi
sahaja dikalangan ilmuan Islam bahkan bukan Islam

Isi 4 Sistem pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah Fakta
juga dilihat dari sudut tenaga pengajar.

 Peranan kerajaan melantik guru-guru dan diberikan gaji Huraian
merupakan usaha murni untuk membuktikan kepentingan
ilmu pengetahuan.

 Guru-guru di institusi pendidikan terdiri daripada mahzab
berbeza dan pengetahuan serta kemahiran berbeza mengikut
tahap pendidikan

 Ulama terkenal mendapat menarik perhatian ramai pelajar
yang dikatakan mencecah ribuan orang.

 Guru-guru dimasjid terdiri dari golongan ulama yang
mengajar secara ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran. Guru-
guru yang mengajar di istana khalifah dikenali muaddih
bertanggung jawab mengajar kerabat diraja dan pembesar
berkenaan dengan aspek sahsiah

 Tokoh-tokoh ulama terkenal di Masjidil Haram ialah Contoh
Abdullah bin Abbas mahir ilmu tafsir, hadis dan fiqh. Ulama
terkenal lain ialah seperti Abu Musa al-Asya’ari, Hasan al-
Basri, Ubaidillah bin Zubayr.

 Kemunculan tenaga pengajar terkenal iaitu ulama telah Penegasan
menarik minat ramai pelajar dari seluruh pelusuk Negara Isi
Islam bagi menuntut ilmu pengetahuan dalam zaman Bani
Ummyah

Isi 5 Disamping itu, sistem pendidikan pada zaman kerajaan Fakta
Bani Umaiyah berkaitan bidang-bidang pengajian yang
ditawarkan.

16

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

 Bidang-bidang pendidikan yang berkembang pesat adalah Huraian
pengajian ilmu keagamaan seperti tafsir al-Quran, hadis,
fiqah dan sebagainya.

 Pengajian seni muzik dan puisi berpusat di kota Makkah,
Madinah dan Damsyik menjadikan istana sebagai tempat
mendapatkan ganjaran. Puisi berperanan menyampaikan
sesuatu penerangan dan propaganda bagi kerajaan.

 Para penyair diberi layanan istimewa kerana dapat
membangkitkan semangat jihad dan meningkatkan
kotokohan khalifah serta keagungan Kerajaan Bani
Ummyah.

 Pengajian kesusasteraan dan ilmiah berkembang di masjid-
masjid kota Basrah dan Kufah.

 Pendidikan seni ukir dan pahat mendapat tempat terutama
ukiran ayat al-Quran pada istana, masjid, mimbar dan mihrab

 Penyair terkenal Qays bin Mulawa pencipta puisi cinta Laila Contoh
dan Majnun

 Pada zaman Kerajaan Bani Umaiyah berlaku pertambahan Penegasan
aktiviti ko-kurikulum. Isi

 Penglibatan ulama dan khlifah membantu kepesatan
pendidikan yang menjadi asas tamadun dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial umat Islam.

 Perkembangan ini dilihat sebagai asas legasi kukuh bagi
pendidikan pada zaman-zaman kerajaan Islam seterusnya.

 Pemerintahan Bani Umayyah yang mementingkan pendidikan telah Kesimpulan
mempelbagaikan mata pelajaran yg diajar di institusi pendidikan . Selain
daripada ilmu agama sepertit Fiqah , Tauhid , Tafsir Al-Quran dan Hadis , mata
pelajaran lain yg diajar Ialah Ilmu Hisab, Sejarah, Sastera , Ilmu Perubatan,
Kesenian dan Falsafah .

 Walaupun kerajaan bani umayyah telah ditumbangkan dalam revolusi
Abbasiyah, namun sistem pendidikan terus kekal dan dijadikan contoh untuk
perkembangan seterusnya

17

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

Soalan 6 :
Bincangkan faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan intelek pada
zaman kerajaan Bani Abbasiyah.

 Baitul Hikmah aadalah gedung ilmu pengetahuan diasaskan pada 815 M Pendahuluan
oleh Khalifah Harun al-Rashid. Menjadi tumpuan para sarjana
menjalankan kegiatan akademik, mencapai kegemilangan pada zaman
khalifah al-Makmum

 Baitul Hikmah juga dikenali Khazanatul Hikmah dan Darul Hikmah.
 Peranan utama ialah sebagai pusat penterjemahan, perpustakaan dan

institusi pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai kursus professional
dalam bidang sains dan falsafah

Isi 1 Antara faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat Fakta
perkembangan intelek ialah peranan Khalifah Abbasiyah

 Para Khalifah Bani Abbasiyah berpandangan terbuka dalam Huraian
bidang intelektual. Penterjemah dilantik untuk Baitul Hikmah Contoh
tidak terikat dengan faktor agama dan bangsa.

 Khalifah al-Makmum pencita seni dan falsafah
mempertingkatkan kegiatan intelektual dalam Baitul Hikmah.

 Ganjaran wang emas kepada penterjemah merancakan lagi
kegiatan keilmuan tersebut sehinggakan Zaman Bani
Abbasiyah memperuntukan dana yang besar bagi Baitul
Hikmah khusus perbelanjaan bayaran gaji dan sebagainya.

 Yuhanna Musawaih beragama Kristian dan Abu Sahl al-Fadl
berbangsa Parsi pernah dilantik sebagai penterjemah.

 Utusan-utusan dihantar ke Rom, Kepulauan Sicily dan Qugrus
bagi mendapatkan karya-karya Yunani. Al-Makmum juga
menghantar Hunain Ishak ke Konstantinopole mendapatkan
karya hebat disana

Dasar terbuka dan usaha Khalifah dalam Kerajaan Bani Abbasiyah ini Penegasan
menunjukkan betapa seriusnya mereka dalam memajukan bidang Isi
intelektual.

18

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

Seterusnya, peranan para Wazir (Menteri) juga menjadi Fakta
Isi 2 faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan
intelek
 Para wazir khasnya dalam zaman Harun al-Rashid dan al-
Makmum gigih dan aktif menjalankan usaha membangunkan
bidang ilmu.
 Peruntukan dana yang banyak oleh wazir-wazir bagi Huraian

membiayai kegiatan penterjemahan dan penulisan. Mereka
sering bekerjasama dengan khalifah menjalankan kegiatan
penterjemahan.

 Wazir Muhammad bin Abdul Malik memberi 2000 dinar Contoh
seorang sebagai ganjaran

 Peranan wazir tersebut membolehkan Baitul Hikmah muncul Penegasan Isi
sebagai pusat intelektual terkemuka didunia

Selain itu, peranan para hartawan Islam turut menjadi Fakta
Isi 3 faktor kejayaan Baitul Hikmah.

 Para hartawan turut membantu perkembangan Baitul Hikmah. Huraian
Mereka terlibat secara aktif membelanjakan sebahagian harta
bagi membiayai kegiatan penterjemahan dan penulisan

 Muhammad, Ahmad dan al-Hassan dari keturunan Bani Musa Contoh
al Munajjim antara tokoh yang membayar sebahagian kos
penterjkemahan buku-buku asing ke dalam bahasa Arab.
Mereka juga member ganjaran dan kepada para penterjemah
dan pengarang.

 Peranan golongan hartawan secara tidak langsung membantu Penegasan Isi
merancakan lagi usaha kegiatan intelektual di Baitul Hikmah

Faktor seterusnya ialah peranan penterjemah dan Fakta
Isi 4 pengarang

 Ramai tokoh intelektual member sumbangan cemerlang dalam Huraian
kegiatan penulisan dan penterjemahan di Baitul Hikmah.
Fasa-fasa perkembangan kegiatan penterjemahan boleh dalam
zaman pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, Khalifah
Haru al- Rashid

 Hunain bin Ishak menguasai bahasa Arab, Suryani dan Parsi Contoh
adalah pakar ilmu perubatan,, falsafah dan Sejarah. Khalifah
al-Makmum melantik beliau sebagai ketua Baitul Hikmah.
Yuhannad bin al-Bitriq (Abu Zakaria) pakar bahasa Latin
menterjemah karya falsafah dan perubatan Yunani. Tokoh-
tokoh lain Sahl al-Harun, Yahya abi Mansur, Umar al-
Farrukhan, Muhamad bin Musa al Khwarizmi

19

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

 Zaman kegemilangan Baitul Hikmah mencapai ke kemuncak Penegasan Isi
sehingga 1258 M ini melahirkan ramai tokoh ilmuan Islam

Akhir sekali, faktor kecekapan pengurusan dan pentadbiran Fakta
Isi 5 Baitul Hikmah

 Kerjasama dan persefahaman jitu antara kakitangan Baitul Hikmah, Huraian
penterkemah dan pengarang membolehkan institusi ini berfungsi
dengan baik dan berkesan.

 Ketiga-tiga kimpulan ini bertugas secra automatik dan
berperanan sebagai penterjemah, penulis, penyalin,
pengarang, penjilid dan pengedar. Beban tugas diagihkan
berdasar kepakaran dan minat masing-masing.

 Pegawai Baitul Hikmah dan para pembantunya
bertanggungjawab dalam mnguruskan penyusunan dan
katalog buku-buku

 Sahl bin Harun, said bin Harun, Hunain bin Ishak merupakan Contoh
pegawai-pegawai terkenal dalam Baitul Hikmah ketika zaman Penegasan Isi
Bani Abbasiyah. Mereka menghabiskan sepanjang hayat
untuk berkhidmat kepada ilmu pengetahuan dmi kepentingan
imu sejagat

 Peranan para pegawai dan kakitanga yang cekap menjadikan
Baitul Hikmah sebagai gedung ilmu pengetahuan terbesar dan
teragung di dunia

 Pada masa pemerintahan Khalifah Al Ma’mun Baitul Hikmah mengalami Kesimpulan
kemajuan yang luar biasa. Pada smasa itu itu Baitul Hikmah menjadi pusat kajian
yang memunculkan banyak ilmuan, baik ilmuan agama atau ilmu umum. Maka
di sinilah Baitul Hikmah mempunyai peranan yang cukup besar dalam
memajukan peradaban Islam, bahkan pada masa itu Islam mengalami masa
keemasanya ”The Golden Age Of Islam”.

20

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

TEMA 3 :

NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA

Tajuk-tajuk Fokus :
7. Nilaikan sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam gerakan pembaharuan Mesir pada abad

ke- 19 M.
8. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan semangat nasionalisme di Mesir

pada abad ke- 20 M.
9. Bincangkan reaksi masyarakat Mesir terhadap penjajahan Barat pada abad ke-19 hingga

abad ke- 20 M.

21

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

TEMA 3:

NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA

Soalan 6 :
Nilaikan Sumbangan Muhammad Ali Pasha Dalam Gerakan Pembaharuan Mesir Pada
Abad Ke 19 Masihi.

Muhammad Ali atau lebih dikenal dengan Muhammad Ali Pasya Pendahuluan
dilahirkan pada bulan Januari 1765 M, di Kawalla, sebuah kota yang terletak
di utara Yunani dan meninggal di Mesir pada tahun 1849. Ayah Muhammad
Ali Pasya bernama Ibrahim Agha, seorang imigran Turki, kelahiran Yunani.
Walaupun tidak bersekolah semasa kecilnya namun Muhammad Ali Pasya
merupakan seorang yang cerdas dan telah muncul sebagai panglima tentera
yang membebaskan Mesir daripada cengkaman kuasa Napoleon. Akhirnya
dengan kebijaksanaannya Muhammad Ali Pasha (MAP) telah dilantik sebagai
penguasa Mesir. Kearifannya mewujudkan keamanan di bumi Mesir telah
membolehkan banyak program pembangunan dan pembaharuan dilakukan
sepanjang pemerintahannya. Kejayaannya menghapuskan saingan daripada
Dinasti Mamluk, ancaman golongan Wahabi serta meningkatkan kekuatan
ketenteraan menwujudkan suasana aman di Mesir. Oleh itu, pembaharuan
dapat dilakukan dalam aspek ketenteraan, pentadbiran, pendidikan dan
ekonomi.

Isi 1 Sumbangan Muhammad Ali Pasha Dalam Gerakan Fakta
Pembaharuan Mesir ialah pembaharuan dalam bidang
ketenteraan

 Menyusun semula angkatan tentera Mesir agar lebih Huraian
berdisiplin dan pentadbirannya lebih cekap dan teratur. Contoh

 Contohnya, tentera yang sukar dibentuk dan tidak mematuhi
arahan seperti tentera berbangsa Sudan diganti dengan
golongan fellahin (tentera petani berbangsa Mesir) dan
Albania.

 Mencontohi disiplin tentera Perancis ( pimpinan Napoleon
Bonaparte) Teknologi peperangan Perancis membolehkan
mereka dengan menguasai Mesir ( 1798- 1802M) Berjaya
diusir pada tahun 1802. MAP mengagumi tentera Perancis ini.

 Oleh itu MAP telah mendapat bantuan Eropah khususnya
kuasa Perancis.

22

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

 Mengasaskan Kolej Military atau Ketenteraan pada tahun Huraian
1815 di Aswan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada Contoh
pegawai tentera.

 Ramai pakar tentera asing terutama daripada Perancis diambil
berkhidmat di Mesir seperti Kolonel Seve (nama Islamnya
Sulayman Pasha) Beliau memberi nasihat kepakarannya untuk
menaiktaraf bidang ketenteraan Mesir.

 Kesannya 1826 – terdapat 90 000 anggota tentera yang
lengkap dengan pasukan meriam yang setanding dengan
Negara Eropah.

Kesan daripada pembaharuan :
i. Utara Sudan serta Levant (pesisir pantai Syria) dan Lubnan

berjaya dikuasai.
ii. Mematahkan pemberontakan al Muwahhidun Wahhabidi

Hijaz (Arabia) 1818.
iii. Memberi keyakinan kepada Sultan Mahmud II meneruskan

program reformasi ketenteraan dalam kerajaan Turki
Uthmaniyyah.

Jelas kepada kita dengan pembaharuan ketenteraan yang Penegasan
dilakukan telah menyebabkan Mesir muncul sebagai satu kuasa Isi
tentera yang terkuat di Asia Barat.

Isi 2 Selain itu, sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam Gerakan Fakta
Pembaharuan Mesir ialah pembaharuan dalam bidang
pentadbiran

 Era pemerintahan MAP 1805-1848 : permulaan kepada Huraian
pemerintahan Dinasti. Sebelum itu Mesir di bawah taklukan / Contoh
pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintahan
diteruskan oleh anak-anaknya Khedif Abbas Hilmi 1 (1848-
1854), Muhamad Sa’id Pasha (1854 – 1863)dan Ismail (1863-
1879)

 1806, MAP telah membentuk sekumpulan pemerintah Mesir
yang terdiri daripada bangsa Turki dan Mesir serta pegawai
elit yang terpelajar untuk menguruskan pentadbiran negara
serta mengutip cukai di seluruh Negara

23

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

 Hubungan dengan negara Barat dibaiki contoh dengan negara Huraian
Perancis, Itali, Britain, Austria. Dengan ada hubungan baik Contoh
ini, pelajar-pelajar dihantar untuk belajar di negara-negara ini.
Tenaga-tenaga pakar dibawa dari Negara-negara ini.

 Mengenepikan golongan ulama dalam pentadbiran.
Menganggap ulama menghalang kepada usaha
pembaharuannya yang berkiblatkan barat. Bertentangan
dengan tradisi kerajaan Uthmaniyyah, ulama amat
berpengaruh dalam perlaksanaan dasar kerajaan.

 MAP mempunyai hala tuju yang jelas. Dengan adanya Penegasan
hubungan yang baik dengan Negara-negara barat, berlaku Isi
pemindahan teknologi dan ilmu. Ini mempercepatkan proses
pemodenan Negara Mesir ini.

Isi 3 Di samping itu, Muhammad Ali Pasha turut menyumbang Fakta
dalam pembaharuan bidang pendidikan.

 Menubuhkan institute-institut yang berkaitan dengan
pendidikan.
 Kementerian Pendidikan, sekolah rendah, maktab tentera,
sekolah teknik, sekolah perubatan dan banyak lagi.
 Banyak sekolah didirikan. Contoh : Sekolah Military (1815),
Sekolah Teknik (1816), Sekolah Perubatan /Kedoktoran
(1827), Sekolah Farmasi (1829), Sekolah Perlombongan
(1831) Sekolah Penterjemahan (1836) dan banyak lagi
sekolah seperti kesenian, industry, pengairan (irrigation), dan
bahasa-bahasa asing ditubuhkan. Huraian
 Guru-guru yang bertugas di institusi pendidikan didatangkan Contoh

khas dari Eropah. Contohnya pakar kedoktoran dari Perancis
Clot Bey dilantik sebagai Pengarah Sekolah Tinggi
Kedoktoran 1827 – 1849 (22 tahun berkhidmat)
 Pelajar-pelajar dihantar ke luar Negara untuk menuntut
pelbagai ilmu. Contoh pada tahun 1809 – 1819 – 28 orang
pelajar dihantar ke Itali (Milan, Florence, Rom) untuk
mempelajari ilmu teknikal, ketenteraan, industri kapal dan
ilmu pencetakan.Pada 1826-1844 – 319 orang pelajar
dihantar ke Paris dan tokoh intelektual dan pengarang
terkenal al Thahtawi dihantar dan bertugas sebagai imam
mahasiswa Mesir. Pada tahun 1844-1863, 89 orang pelajar
dihantar ke Perancis termasuk ahli keluarga MAP.

24

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

 Di Paris disediakan ‘rumah Mesir’- kemudahan untuk Huraian
pelajar-pelajar yang belajar di sana Contoh

 Individu yang lulus dalam peperiksaan akan diserap dalam
pentadbiran Negara dan ketenteraan.

 Aktiviti penterjemahan telah digalakkan dalam usaha untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

 Pelajar-pelajar dihantar ke luar Negara untuk belajar bahasa
asing dan apabila balik diberi tugasan untuk menterjemahkan
buku-buku tulisan bahasa asing ke dalam bahasa
Arab.Contoh buku-buku dari barat tentang Sejarah Raja-raja
Perancis, buku tulisan Voltaire, Rosseau, Montesquies, idea
demokrasi, Parlimen, Idea Republik dan sebagainya

 Antara tokoh penterjemah yang terkenal ialah al-Tahtawi.
 Sekolah Bahasa-bahasa Asing (Sekolah Penterjemahan) turut

didirikan dan hamper 1000 buah buku Berjaya diterjemahkan
ke dalam bahasa Arab.
 Sekolah-sekolah yang didirikan pada awalnya diletakkan di
bawah penyeliaan Jabatan Tentera (Jabatan Diwan al-
Jihadiyya) Kemudian dipisahkan.Untuk mewujudkan
koordinasi yang berkesan – Majlis Syura al Maktab
ditubuhkan pada 1830. Matlamat – meningkatkan pendidikan
dalam kalangan rakyat Mesir, menambah pembangunan
sekolah-sekolah di Cairo dan Alexandaria dan dilantik
Inspektor Jeneral sekolah iaitu Kolonel Seve.
 Setelah itu Jabatan Diwan al-Jihadiyya berubah nama
menjadi Jabatan Diwan al-Madaris atau disebut Ministere de
l’instruction Publique, yang setelah itu berubah lagi menjadi
Kementerian Pendidikan, kementerian ini selain bertugas
mengawasi dan melakukan pembangunan sekolah-sekolah
baru juga kementerian ini bertugas menghasilkan kembali
penerbitan majalah al-waqa’i al-Mishriyya.Diwan al-Madaris
ini tugasnya dibagi menjadi tiga bahagia iaitu bahagian
bahasa Arab, bahagian bahasa Turki, bahagian Teknik.
 Pembaharuan daam bidang kurikulum yang disesuaikan
dengan keadaan dan tuntutan zaman supaya tidak tertinggal
dengan ilmu pengetahuan dan teknologi di Eropah.
 Contohnya,
i. aspek Bahasa – Bahasa yang penting dipelajari – Itali,

Perancis, Turki dan Rusia.
ii. Pengetahuan Sosial – mata pelajaran Sejarah, Geografi,

Ekonomi, Antropologi, Pentadbiran Negara,Pendidikan
Kemasyarakatan, Falsafah, Ketenteraan dan Hukum.

25

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

iii. iii.Ilmu pengetahuan Alam – Farmasi, Ilmu Alam,
Kedoktoran, Teknikal, Arkitek.

iv. Matematik – Aritmetic, Kimia, Matematik
v. Pengetahuan Ketrampilan

Perubahan dan pembaharuan pendidikan ini telah membawa Penegasan Isi
kepada kemajuan dan permodenan masyarakat Mesir. Landasan
pemikiran masyarakat juga telah berubah selaras dengan idea-idea
pemikiran barat yang cuba diserapkan kepada
masyarakat.Kesannya lahir tokoh-tokoh seperti Jalaluddin Al-
Afghani, Muhammad Abduh, Mohammad Rasyid Redha, al
Tahtawi dan ramai lagi.

Isi 4 Akhirnya, pembaharuan dalam bidang ekonomi Fakta
 MAP – memperbaiki system pengairan. Dengan adanya
sistem pengairan ini, tanah menjadi subur.
 Beberapa tanaman baru diperkenalkan. Contohnya benih
kapas didatangkan dari India dan Sudan
 -Melaksanakan dasar memilik Negara tanah-tanah dan
kerahan tenaga.
 -Melaksanakan system monopoli khususnya yang berkaitan
dengan hasil-hasil pertanian.
 Mengenakan cukai kepada petani yang mengusahakan tanah
serta membeli hasil usaha petani dengan harga yang murah Huraian
dan menjual semula kepada masyarakat tempatan dan para Contoh

pedagang dengan harga yang lebih tinggi.
 Pentadbiran ekonomi semakin teruk dan sikap tamak
pemerintah khasnya British yang menaikkan cukai sesuka hati
menambah kesengsaraan penduduk Mesir.
 Para ulama bangkit menentang kezaliman tersebut.
 Kejatuhan ekonomi dan penjualan saham Terusan Suez
menjadi penyebab dijajah semula oleh British.

Jelas bahawa MAP berjaya memakmurkan ekonomi Mesir Penegasan
walaupun tidak mencapai matamatnya 100 peratus. Bandar- Isi
bandar atau kota-kota di Mesir telah berubah menjadi kota-kota
yang moden. Namun, ketidakpuasan hati rakyat dengan dasar
kerajaan memiliknegara tanah dan kadar cukai yang tinggi sedikit
sebanyak membantutkan proses pertumbuhan ekonomi Negara.

26

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

 Era pemodenan Mesir bermula apabila Muhammad Ali Pasha melabuhkan Kesimpulan
kuasanya di sini. Ketaksubannya terhadap kuasa-kuasa Barat terutamanya
kuasa Perancis telah mengubah lanskap Mesir dengan pembaharuan-
pembaharuan ala Barat. Namun, ketaksuban ini telah memakan diri MAP
apabila beliau terperangkap dengan muslihat kuasa barat terutama British
yang memaksa beliau menandatangani Perjanjian London 1840.

 Perjanjian ini menyebabkan kuasa MAP serta berlaku pengunduran
tentera Mesir di Levant. Di samping itu telah wujud penentangan daripada
golongan ulama dan rakyat dan ini merupakan antara faktor yang
membawa kepada kegagalannya. Walau bagaimanapun pembaharuan-
pembaharuan yang dilakukan harus juga dikagumi kerana bukan semua
pemimpin dapat melakukannya.

27

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

Soalan 8.
Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan semangat nasionalisme di Mesir
pada abad ke 20 M.

 Awal abad ke 20, Mesir adalah di bawah naungan empayar Turki
Uthmaniyah tetapi pengaruh British di Mesir amat kuat. Ini kerana British
telah mengukuhkan kuasa selepas mengatasi pemberontakan Urabi pada
1881.
 Semangat nasionalisme bermaksud semangat cintakan dan taat setia kepada
tanah air dan bercita-cita membebaskan Negara dan bangsa daripada
penguasaan kuasa asing.
 Penguasaan British di Mesir berlaku semasa pentadbiran Lord Cromer Pendahuluan

yang dilantik sebagai konsul general antara athun 1883 hingga 1907.
 Pengaruh British di Mesir amat kuat walaupun pentadbiran asas di bawah
pimpinan pemerintahan Mesir iaitu Khedif dikekalkan.
 Semangat anti-British memuncak selepas Perang Dunia Pertama. Terdapat
banyak faktor yang mendorong gerakan nasionalisme dalam kalangan
penduduk Mesir menjelang abad

Antara faktor-faktor yang mendorong kemunculan
Isi 1 semangat nasionalisme di Mesir pada abad ke 20 M ialah Fakta
faktor sistem pendidikan

 Sistem pendidikan dikatakan adalah salah satu faktor
membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir pada abad
ke 20.
 Gerakan nasionalisme Mesir dimulakan dengan
membangkitkan penekanan terhadap ilmu pengetahuan dan
pendidikan. Golongn cerdik pandai telah menjadi pencestus
kepada perjuangan gerakan nasionalisme.
 Penjajah British mengamalkan diskriminasi dalam memberi
peluang pendidikan kepada penduduk Mesir kerana
bimbang graduan-graduan tempatan yang diberi pendidikan
Inggeris mampu mempelopori kebangkitan nasionalisme Huraian

tempatan.
 Seterusnya pihak British mengabaikan pendidikan sekolah
kerajaan Mesir walaupun mereka mampu membangun dan
membiayai sekolag tersebut.
 Dasar pendidikan British adalah bertujuan melatih anak
tempatan dari golongan kaya untuk berkhidmat dengan
kerajaan kolonial.
 Hampir semua jawatan kerajaan disandang oleh golongan
berpendidikan daripada keluarga bangsawan.

28

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

Rasa tidak puas hati penduduk kian memuncak apabila banyak Contoh
jawatan kerajaan diisi oleh pegawai British yang kurang
berkelayakan dengan gaji yang tinggi jika dibandingkan dengan
rakyat tempatan.

Tegasnya, gerakan nasionalisme di Mesir telah dibangkitkan Penutup
oleh golongan graduan sekolah undang-undang yang juga Isi
terdedah kepada sistem dan ideologi politik barat. Anatara
tokoh nasionalis Mesir seperti Mustafa Kamil yang merupakan
aktivis pro Islam yang menentang dasar pemerintahan British

Isi 2 Selain itu, faktor golongan intelektual Fakta

 Golongan intelektual yang menyemai dan membangkitkan Huraian
semangat nasionalisme di Mesir terbahagi kepada tiga Contoh
golongan iaitu golongan berpendidikan barat, golongan
agama dan golongan elit tentera.

 Tokoh intelektual berpendidikan barat seperti Mustafa
Kamil Pasha yang pakar undang-undang menyokong
gerakan nasionalisme sekular seperti yang berlaku di dunia
Barat dan cuba meraih sokongan intelektual daripada
keturunan Qibti.

 Tokoh agama pula seperti Sheikh Hasan al-Banna telah
mempelopori kebangkitan golongan intelektual Islam
menentang British melalui penubuhan Ikhwanul Muslimin.
Beliau berusaha melakukan gerakan Islah. Hassan al-Banna
memperjuangkan idea islah yang berinspirasi dari Sayid
Jamaluddin al-Afghani. Perjuangan islah Hassan al-Banna
bersifat sederhana meliputi aspek akidah, integrasi ilmu dan
kecekapan pentadbiran.

 Muhammad Rasyid Rida juga seorang reformis Islam
memperjuangkan kepentingan menyesuaikan pendidikan
moden dan agama menerusi penubuhan madrasah al-
Dakwah al-Irshad pada tahun 1912 di Kaherah.

 Kumpulan intelektual dari kalangan tentera Mesir
berketurunan Fellahin turut terlibat gerakan nasionalisme
menentang British dan pemerintahan Khedif yang
bersekongkol dengan penjajah

29

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

Kesannya, Rasyid Rida menyeru umat Islam agar mengambil Penutup
ikhtibar dari peradaban Barat dengan aspek-aspek positif seperti Isi
ilmu sains dan teknologi. Idea-idea beliau banyak
mempengaruhi tokoh pemikir Islam pada abd ke 20 M.

Isi 3 Seterusnya, faktor pengaruh kewartawanan. Fakta

 Bidang keartawanan turut memainkan peranan dalam

menimbulkan kesedaran rakyat Mesir. Ini disebabkan

pengaruh kewartawanan melalui penerbitan akhbar telah

digunakan sesetengah pihak untuk memperjuangkan hak

mereka. Pada awal abad ke 20 M , penerbitan akhbar

semakin rancak berikutan kemunculan parti-parti politik dan

perkembangan nasionalisme.

 Rasyid Rida adalah orang kanan Muhammad Abduh telah

menimbulkan kesedaran melalui ahkbar Salafiya. Beliau

sentiasa mengkritik dan menyalahkan pihak penjajah atas Huraian
Contoh
nasib malang masyarakat Arab.
 Rasyid Rida bersama penyokongnya telah mempopularkan

konsep modenisasi Islam dan cuba menegakkan warisan dan

keperibadian Arab terutamanya dalam memperkukuhkan

bahasa Arab Mesir.
 Seterusnya, penulis wanita seperti Malak Hifni Nasif turut

tidak ketinggalan dalam memperjuangkan hak terutama

dalam isu pendidikan. Beliau telah membincangkan peranan

wanita secara terbuka sehingga menarik minat golongan

intelektual.

Tegasnya, kerancakan penerbitan akhbar telah mempercepatkan Penutup
penerimaan masyarakat terhadap gerakan nasionalisme Mesir Isi

Isi 4 Selain itu, faktor Agama. Fakta

 Usaha pembaratan British ke atas masyarakat Mesir
menyebabkan muncul gerakan reformis yang dikenali
sebagai Ikhwanul Muslimin pimpinan Sheikh Hassan al-
Banna.
 Pertubuhan Ikhwanul Muslimin cuba mengembalikan Huraian
Contoh
keutuhan agama Islam di Mesir berpandukan ajran al-Quran
dan al-Sunnah di samping menolak fahaman modenisme
yang membentuk pemikiran secular dalam masyarakat
Mesir.

30

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

 Ikhwanul Muslimin menekankan kepentingan pengaruh
agama dengan menyedarkan umat Islam Mesir agar bangun
berjihad dengan membersihkan jiwa daripada amalan syirik,
khurafat dan sebagainya dan kembali kepada ajaran Islam.

 Ikhwanul Muslimin juga bimbang apabila terdapat golongan
cerdik pandai Islam yang terpengaruh dengan gaya
pemikiran Barat.

 Antaranya ialah Sheikh Ali Abdul Raziq yang telah Penutup Isi
menghasilkan karya berjudul Dasar-dasar Pemerintahanya
yang telah mengiktirafkan tindakan Mustafa Kamal Atartuk
yang memisahkan antara agama dan politik. Beliau
menegaskan bahawa Islam tidak mewajibkan umatnya
mendirikan Negara dan dengan adanya khalifah Islam itu
hanya akn membawa kemudaratan kepada umatnya

Tegasnya, faktor agama adalah pencetus kepada gerakan
nasionalisme Mesir

Isi 5 Akhirnya, faktor pengaruh luar. Fakta

 Pengaruh luar juga penting dalam mencetuskan semangat Huraian
nasionalisme iaitu tercetusnya Perang Dunia Pertama 1914- Contoh
1918. Rakyat Mesir terutamanya golongan petani telah
dikerah oleh British meninggalkan pekerjaan mereka dan
menjadi sukarelawan, pertubuhan Palang Merah dan
menjadi hamba kepada tentera British di Palestin, Gallipoli
dan Perancis. Dalam peperangan ini, banyak nyawa telah
terkorban.

 Pada masa yang sama, kehadiran tentera pihak Bersekutu
yang ramai di Mesir telah menjadikan penduduk berasa
lemah dan amat mengharapkan kuasa asing untuk
melindungi dan mempertahankan mereka di negara mereka
sendiri.

 Tentera Amerika Syarikat turut bertapak di bumi Mesir.
Fenomena ini telah menimbulkan kesedaran kepada rakyat
Mesir untuk mempertahankan imej dan maruah negara
daripada cengkaman penjajahan Barat.

Keadaan ini telah menyuntik semangat kebangsaan hingga Penutup Isi
akhirnya melahirkan gerakan nasionalisme untuk menuntut
kemerdekan.

31

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

 Kebangkitan semangat nasinalisme Mesir berlaku akibat kesedaran Kesimpulan
masyarakat tentang pelbagai kepincangan yang berlaku dalam Negara.

 Pelbagai faktor mendorong kebangkitan nasionalisme di Mesir sama ada
dalam aspek politik ,ekonomi dan sosial.

 Kesan penentangan yang berterusan oleh nasionalisme Mesir menyebabkan
British mengistiharkan kemerdekaan Mesir pada tahun 1922.

32

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

Soalan 9 :

Bincangkan reaksi masyarakat Mesir terhadap penjajahan Barat pada abad ke-19 hingga
abad ke- 20 M.

 Sepanjang abad ke-18 masihi, Mesir merupakan sebahagian daripada Pendahuluan
wilayah kekuasaan empayar Uthmaniyah.
Fakta
 Sejarah penguasaan Barat ke atasMesir dimulai penjajahan Perancis dari Huraian
tahun 1798 hingga 1801 dan diikuti oleh British.

 British mula berkuasa di Mesir sejak 1882 hinnga 1918 iaitu sehingga
tamatnya Perang Dunia Pertama.

 Akibat daripada cengkaman ekonomi yang dikuasai oleh British telah
menyebabkan reasksi masyarakat Mesir yang diterajui oleh pemimpin
tempatan hinggalah kepada masyarakat setempat.
Isi 1 Penaklukan Perancis ke atas Mesir 1798-1801
Napoleon telah berjaya menduduki Mesir pada tahun 1798 dan
telah bertahan selama tiga tahun sahaja setelah dikalahkan oleh
Pakatan Tentera Uthmaniyah. Perancis yakin mampu
melemahkan ekonomi Mesir yang terletak di tengah-tengah
laluan perdagangan.

Penaklukan Perancis telah meninggalkan kesan mendalam Contoh
polotik, ekonomi dan social rakyat Mesir. Konsep Modenisme
dan sekularisme mula meresap dalam pemikiran rakyat Mesir.

Situasi ini sesungguhnya telah menjadikan rakyat Mesir bangkit Penegasan
lebih-lebih lagi Perancis telah memperkenalkan tamadun Barat Isi
melalui Institut d’Egypt yang dianggotai 167 sarjana Barat.

Isi 2 Pemberontakan Syeikh Muhammad Sadat Fakta

Pembaharuan ala Barat yang dibawa oleh penjajahan Perancis Huraian
tidak disenangi oleh golongan agama Mesir. Majlis Syura Al-
Azhar telah membuat pengisytiharan jihad menentang
pencerobohan Perancis.

Pada 21 Oktober 1798, Syeikh Muhammad Sadat telah Contoh
memimpin gerakan pemberontakan menentang Perancis. Penegasan
Hal ini demikian kerana perbezaan agama merupakan faktor
utama kebangkitan Syeikh Muhammad Sadat. Rakyat Mesir Isi
beranggapan bahawa kerajaan Uthmaniyah sebagai saudara
seagama yang perlu dibantu bagi menghadapi pihak Perancis
yang beragama Kristian

33

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

Isi 3 Pemerintahan Muhammad Ali Pasha Fakta

Pengaruh Barat semakin subur apabila Muhammad Ali Pasha Huraian
menubuhkan institusi baharu seperti Kementerian Pendidikan,
sekolah dan maktab tentera dan sekolah perubatan.
Kebanyakan tenaga pengajar dari Eropah. Dasar pentadbiran
ala Barat ini telah melahirkan gerakan islah yang dipelopori
oleh intelektual Islam.

Muhammad Ali Pasha telah membentuk sekumpulan Contoh
pemerintah berbangsa Turki dan pasukan golongan elit
menguruskan pentadbiran negara dan mengutip cukai di seluruh
Mesir

Akibat keadaan ini telah menjadikan rakyat Mesir terutama Penegasan
golongan ulama memimpin gerakan untuk menentang Isi
kezaliman kerajaan. Kejatuhan ekonomi dan penjualan saham
Terusan Suez menjadi sejarah hitam apabila Mesir dijajah pula
oleh British

Isi 4 Penaklukan British ke atas Mesir pada 1882-1918 Fakta

Pada tahun 1840 satu perjanjian memorandum British dan Huraian
Mesir melalui Konvensi Alexandria. Dalam perjanjian ini
diakui Mesir masih tetap di bawah kerajaanUthmaniyah. Ini
mengakibatkan Mesir sedikit demi sedikit menerima kehadiran
British. Konsesi pembinaan Terusan Suez yang diberikan
kepada Perancis pada 1857 telah meningkatkan kecurigaan
British.

Kemerosotan ekonomi telah memaksa Mesir menjual Contoh
sahamTerusan Suez kepada British.

Oleh itu British telah melaksanakan misi ketenteraan di Mesir Penegasan
sehingga berjaya menguasai Kaherah pada 1882 dan ini Isi
menandakan bermulanya penjajahan British di Mesir.

Isi 5 GerakanPemulihan Islam Fakta

Gerakan ini dikenali sebagai Gerakan Islah yang dipelopori Huraian
tokoh intelektual Islam iaitu Jamaluddin Alafghani dan
Muhammad Abduh. Ciri-ciri utama gerakan ini ialah Gerakan
Pan Islamisme yang menggunakan kaedah seperti pidato, proses
pengajaran dan melalui media massa

Kempen-kenpen yang dijayakan oleh tokoh-tokoh ini telah Contoh
berjaya membangkitkan semangat perasaan anti-penjajah Barat
dalam kalangan masyarakat Mesir.

34

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016
Negeri Melaka

Hal demikian kerana tokoh-tokoh ini telah menyuntik semangat Penegasan
ingin membebaskan Mesir dari belenggu penjajahan Barat. Isi

Isi 6 GerakanIkhwabulMuslimin Fakta

Pertubuhan Ikhwanul Muslimin dipelopori oleh Hassan al- Huraian
Banna pada tahun 1928 yang matlamat awalnya ialah untuk
menamatkan pendudukan British di Mesir dan menyelamatkan
rakyat daripada ideologi Barat yang bertentangan dengan ajaran
Islam.

Perjuangan Ikhwanul Muslimin amat tersusun dan konsisten Contoh
meskipun ramai ahlinya yang telah dipenjara termasuk Hassan Penegasan
al-Bannna. Walaubagaimanapun pada tahun 1946-1948
Gerakan Ikhwanul Muslimin telah menisytiharkan perang Isi
terhadap British.
Sesungguhnya kebangkitan Gerakan Ikhwanul Muslimin telah
mengembalikan maruah masyarakat Mesir walaupun gerakan
ini akhirnya diharamkan oleh British atas tuduhan merancang
pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan.

 Kezaliman pihak penjajah dan dasar pembaratan kerajaan telah Kesimpulan
membangkitkan gerakan penentangan rakyat Mesir.

 Kesan penentangan yang berterusan oleh golongan nasionalis Mesir
memaksa British mengisytiharkan kemerdekaan pada 1922.

 Namun kemerdekaan dalam erti kata sebenarhanya berlaku pada
tahun1952 apabila Mesir menjadi sebuah negara Republik Mesir.

MODUL TAMAT

35


Click to View FlipBook Version