The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kakpah62364, 2021-01-16 06:17:59

BUKU PERANCANGAN ORGANISASI 2021

BUKU PERANCANGAN 2021

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021

SENARAI JURULATIH PASUKAN SEKOLAH
TAHUN 2021

PASUKAN JURULATIH JADUAL LATIHAN
EN RAHIMI BIN CHE HANAFI
BOLA BALING(L) EN CHE ANI BIN ABD RAHIM AHAD
BOLA BALING (P) EN SAIFUL ANUAR BIN ROSLI 5.00 PTG – 6.00 PTG
PN ZURIDA BT NGAH ABDUL RASHID
SEPAK TAKRAW PN SHARIFAH BT YUSOB ISNIN
PN AZHANI BT SARBINI 5.00 PTG – 6.00 PTG
BOLA JARING EN MOHAMAD SYUKRI BIN ISMAIL
EN ZAMBRI BIN ABDUL RAZAK SELASA
BOLA SEPAK EN JOHARI BIN AWANG 5.00 PTG – 6.00 PTG
PN ISMARAFEZA BIN ISMAIL
KABADDI PN RABIATUL ADAWIYAH BT MUKHTAR SETIAP HARI KHAMIS
PN NOOR HALIZA BT MOHD SAAD 5.00 PTG – 6.00 PTG
LATIHAN RUMAH SUKAN EN ABDUL KARIM BIN MAJID
KINABALU (MERAH ) EN MOHAMAD SYUKRI BIN ISMAIL RABU DAN KHAMIS
JERAI (HIJAU ) EN SUHAIRI BIN SHAFFIEE (BERKALA)
LEDANG (BIRU ) EN KUMARAN A/L GENGATHRAN
EN SYUKRI BIN ISMAIL JAM 4.30-6.00 PTG
TITIWANGSA(KUNING ) PN MOOP A/P EECHEE
KO-AKADEMIK DIURUSKAN OLEH
B.MALAYSIA SEMUA GURU RUMAH SUKAN JURULATIH
KO-AKADEMIK BERKENAAN
B.INGGERIS
PN SHARIFAH BT MAT YUSOB
KO-AKADEMIK AGAMA PN SOPIAH BT BAKAR
PERSEMBAHAN/ PN SITI ROHELAH BT SHAARI
KEBUDAYAAN PN WAN MAZITAH BT WAN ALI
TN HJ SUHAIRI BIN SHAFFIEE
PN AZIRAH BT HASSAN

PN ZURIDA BT NGAH ABDUL RASHID
PN NOOR ANIZA BT ABD SAMAD

105

Sekolah Kebangsaan Bedong, 08100 Bedong Kedah Darul Aman

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021

PERATURAN AKTIVITI KOKURIKULUM

 Murid dikehendaki memakai pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang disertai.
 Murid diwajibkan memakai pakaian seragam unit beruniform Kokurikulum masing-masing

pada setiap hari Rabu dan pada hari Ahad ke-3 setiap bulan. (Perhimpunan Bulanan
Kokurikulum)

 Aktiviti kokurikulum melibatkan murid-murid tahap 2(tahun 4/5/6).
 Murid dikenakan bayaran pendaftaran persatuan bagi Daerah dan unit masing-masing bagi

tujuan membiayai aktiviti yang akan dilaksanakan. Kadar bayaran diputuskan oleh
Jawatankuasa Kokurikulum dengan kelulusan Guru Besar.

 Perjalanan aktiviti kokurikulum adalah dilindungi di bawah perlindungan Skim Insurans

Takaful yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran.

 Segala aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar kawasan sekolah, mesti mendapat

kebenaran dari PPD dan Guru Besar serta surat pelepasan kebenaran ibu/bapa atau waris
murid.

 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam kawasan sekolah juga mesti merujuk kepada garis

panduan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

 Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan adalah sebahagian daripada aktiviti luar bilik

darjah dan kehadiran murid dan guru adalah diwajibkan mengikut jadual yang ditetapkan.

 Murid-murid perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dan segala arahan guru-guru

penasihat.

 Aktiviti dijalankan di bawah pengawasan guru-guru penasihat yang berkenaan.

“BERGERAK BERSAMA MEREALISASIKAN WAWASAN”

106

Sekolah Kebangsaan Bedong, 08100 Bedong Kedah Darul Aman

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021

PENGURUSAN KOKURIKULUM

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
PENGURUSAN KOKURIKULUM

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

BIDANG TUGAS
1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua/Guru Besar semasa ketiadaan Pengetua/Guru Besar,

Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan HEM.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua atau Guru Besar.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar dalam semua aspek pengurusan kokurikulum

termasuk sidang petang.
4. Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.
5. Membantu Pengetua/ Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah

termasuk sidang petang.

SENARAI TUGAS

1. KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM/ PERSATUAN & KELAB /SUKAN & PERMAINAN
1.1 Merancang kegiatan kokurikulum bagi ketiga-tiga bidang.
1.2 Mengurus pemilihan peserta untuk ketiga-tiga bidang
1.3 Menyelia kegiatan ketiga-tiga bidang.
1.4 Menyelaras aktiviti ketiga-tiga bidang di dalam dan luar kawasan sekolah.

2. PENTADBIRAN
2.1 Menyelaraskan proses penubuhan kelab dan persatuan sebagaimana mengikut
peraturan(4) dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)1998 seperti
dalam Warta Kerajaan Malaysia Jld 42, N0.11, Tambahan No. 21, Perundangan (A):P.U.(A)
196 bertarikh 21hb. Mei, 1998.
2.2 Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum.
2.3 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
2.4 Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam kegiatan kokurikulum telah diambil.
2.5 Membantu sekolah dalam segala jenis penerbitan berkaitan dengan kokurikulum.
2.6 Beratnggungjawab mengenai lawatan anjuran pihak sekolah dengan mematuhi peraturan
(Melancong) Sekolah 1957.
2.7 Menyelarsa hari-hari perayaan dan upacara sekolah (seperti Hari Kokurikulum Sekolah).
2.8 Menyelaras pengagihan murid mengikut aktiviti dalam kegiatan kokurikulum untuk
meningkatkan tahap pencapaian.
2.9 Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.
2.10 Memastikan rekod dan data kokurikulum dilengkapkan dan dihantar satu salinan ke
Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.
2.11 Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang kokurikulum.
2.12 Mengenalpasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan menyusun
serta merancang latihan untuk mereka.
2.13 Menyelaras tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad bagi kes-kes kemalangan yang layak
dituntut,
2.14 Merancang aktiviti kokurikulum untuk pengisian selepas peperiksaan dan semasa cuti
sekolah.

107

Sekolah Kebangsaan Bedong, 08100 Bedong Kedah Darul Aman

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021

3 TUGAS-TUGAS LAIN
3.1 Menganggotai Jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua/ Guru Besar dari semasa ke
semasa.
3.2 Melaksanakan arahan dan tugasan yang diamanahkan oleh Pengetua/ Guru Besar dari
semasa ke semasa.

TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM

1. Merancang aktiviti jangka panjang dan jangka pendek.
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
3. Menentukan peraturan aktiviti kokurikulum.
4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
5. Memastikan penglibatan murid yang menyeluruh.
6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah, negeri,

kebangsaan dan antarabangsa.
7. Memastikan guru mematuhi dan melaksanakan aktiviti mengikut takwim dan jadual kokurikulum.
8. Menentukan tarikh kejohanan olahraga sekolah, merentas desa, hari kecemerlangan kokurikulum

dan kegiatan lain.
9. Membuat penilaian aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
10. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan elit dilaksanakan di sekolah.
11. Membuat anggaran perbelanjaan bagi aktiviti dan menentukan peruntukan kewangan yang akan

digunakan.
12. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang telah menunjukkan

prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum yang disertai.
13. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh murid.

TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

1. Menentukan objektif aktiviti kokurikulum tercapai.
2. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar kokurikulum sekolah.
3. Menyelaras dan memantau aktiviti tahunan setiap unit dilaksanakan.
4. Memastikan setiap aktiviti kokurikulum berjalan lancar, berterusan dan berkesan.
5. Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
6. Menyelaras peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum dengan pihak sekolah.
7. Mengawal segala urusan kewangan yang dikutip daripada murid.
8. Menerima laporan kedudukan stok dan inventori berkaitan kokurikulum.
9. Menerima laporan kegiatan kokurikulum pada akhir tahun daripada Setiausaha Kokurikulum dan

Penyelaras Unit
10. Menentukan penghargaan dan pengiktirafan yang akan diberi kepada murid yang mencapai tahap

kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum yang disertai.

TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM

Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
1. Membantu Pengetua/ Guru Besar dalam perancangan, pengagihan tugas, pelaksanaan,

pemantauan dan penilaian ke atas murid.
2. Mengurus dan menentukan pemilihan peserta dalam pertandingan pada peringkat persatuan &

kelab, unit beruniform, serta sukan dan permainan.
3. Menentukan langkah-langkah keselamatan bagi murid semasa mengikuti aktiviti kokurikulum.

108

Sekolah Kebangsaan Bedong, 08100 Bedong Kedah Darul Aman

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021

4. Memastikan rekod dan data kokurikulum murid diselenggara dengan baik.
5. Memastikan borang-borang dan dokumen kokurikulum yang digunakan sentiasa kemaskini dan

mencukupi.
6. Mengenalpasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum serta menyusun dan

melaksanakan latihan untuk mereka.

TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN

1. Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah,
2. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSSM.
3. Membantu Pengetua/ Guru Besar mengagih dan menjayakan tugas baru dalam olahraga dan

permainan.
4. Menetapkan murid dalam rumah sukan.
5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti sukan dan keperluan peralatan.
6. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
9. Menyediakan dan mempamerkan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah untuk

edaran, rujukan dan rekod.
11. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/ Guru Besar atau Penolong Kanan Kokurikulum untuk

kepentingan sukan sekolah.
12. Merekod pencapaian cemerlang murid-murid dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod

Pencapaian sukan sekolah.
13. Menghadiri kursus berkaitan kokurikulum dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan

kemahiran guru.

TANGGUNGJAWAB PENYELARAS SETIAP UNIT KOKURIKULUM

1. Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti unit-unit kokurikulum.
2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
3. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
4. Menyediakan borang kebenaran ibubapa/ penjaga untuk murid menyertai aktiviti.
5. Menentukan laporan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
6. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan ahli jawatankuasa diadakan setiap tahun pada

tarikh yang ditetapkan.
7. Menguruskan buku, buku log, dan kad kokurikulum seperti :

- mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada murid pada tarikh yang
ditetapkan.

- mengumpulkan kad tersebut semula pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod.
8. Menyediakan borang /buku yang diperlukan untuk aktiviti, iaitu:

- Borang penyertaan persatuan.
- Borang senarai ahli jawatankuasa dan ahli.
- Buku laporan aktiviti.
9. Mengumpulkan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod.
10. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.

109

Sekolah Kebangsaan Bedong, 08100 Bedong Kedah Darul Aman

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021

TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT / PEMIMPIN

KOKURIKULUM
1. Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi tujuan melantik ahli jawatankuasa.
2. Memastikan ada perlembagaan dan peraturan.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas, seperti terkandung dalam perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan pasukan unit beruniform,

persatuan & kelab dan permainan.
8. Memastikan pengurusan kewangan, harta benda dan peralatan kokurikulum diurus dan

dipelihara dengan baik.
9. Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disedia dan difailkan.
10. Mendaftar setiap pasukan unit beruniform, persatuan & kelab dan permainan.
11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
12. Mengurus penyertaan ahli dalam aktiviti di peringkat sekolah/ zon/ daerah dalam aktiviti

yang dijalankan.
13. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
14. Memantau dan menandatangani buku kehadiran ahli.
15. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
16. Menentukan papan kenyataan digunakan dan dimanfaatkan sepenuhnya,
17. Memastikan tidak ada unsur negatif dan tidak sihat tersebar dalam kalangan ahli.
18. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan kepada Jawatankuasa

Kokurikulum Sekolah.
19. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
20. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/ Guru Besar dari semasa ke

semasa.

TANGGUNGJAWAB GURU KELAB PERMAINAN & RUMAH SUKAN

1. Membentuk jawatankuasa.
2. Merancang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam aktiviti

permainan.
3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
6. Menganjurkan perlawanan antara rumah sukan/ kelas/tingkatan/ sekolah.
7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
8. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga dan surat rawatan untuk ke pertandingan luar

sekolah.
9. Melapor dan merekod keputusan pertandingan yang disertai.
10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk penyediaan dan pemuliharaan peralatan serta

pengurusan.
11. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid.
12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan

mencukupi.
13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan.
14. Mengambil langkah untuk menilai dan mempertingkatkan prestasi pasukan sekolah.
15. Merekodkan profil pemain dan pasukan yang cemerlang.

110

Sekolah Kebangsaan Bedong, 08100 Bedong Kedah Darul Aman

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021

16. Menghadiri kursus sukan dan permainan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia,
Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan badan-badan lain atau persatuan yang
diluluskan.

17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/ Guru Besar dari semasa ke semasa.

111

Sekolah Kebangsaan Bedong, 08100 Bedong Kedah Darul Aman

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021

PENGELOLAAN AKTIVITI

KOKURIKULUM

2021

112

Sekolah Kebangsaan Bedong, 08100 Bedong Kedah Darul Aman

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021

PENGELOLAAN AKTIVITI

Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan oleh persatuan/ kelab. Aktiviti ini boleh dilaksanakan
samada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Aktiviti ini boleh diatur secara mingguan,
bulanan, penggal dan tahunan. Kebanyakan sekolah menetapkan satu hari tertentu untuk
melaksanakan aktiviti kokurikulum yang telah dirancang dan ditetapkan dalam takwim
berkenaan.

JENIS AKTIVITI

Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh persatuan/ kelab dan unit
beruniform, antaranya :

1. Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan
2. Lawatan sambil belajar
3. Perkhemahan
4. Pameran
5. Seminar
6. Pertandingan aktiviti kokurikulum
7. Pesta kebudayaan
8. Ekspedisi

PROSEDUR MENGENDALIKAN AKTIVITI

Perancangan dan pengendalian sesuatu program atau aktiviti sangat penting untuk
mencapai matlamat sesebuah persatuan. Kejayaan sesuatu aktiviti bergantung kepada
perancangan, pelaksanaan dan pengendalian aktiviti tersebut. Perancangan aktiviti bermaksud
merancang, merangka, menyusun, dan menyelaras tugas-tugas yang telah ditetapkan.
Pengendalian
aktiviti bermaksud mentadbir, mengurus, mengawal dan melaksanakan sesuatu aktiviti yang
telah dirancang.

PENYEDIAAN KERTAS KERJA

Kertas kerja merupakan cadangan dan perancangan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti.
Perkara yang perlu ada dalam sesuatu kertas kerja ialah :

1. Pendahuluan
2. Tema
3. Dif Perasmi
4. Objektif & Matlamat
5. Tarikh. tempat & tempoh pelaksanaan
6. Bilangan penyertaan dan kategori
7. Sumbangan penyertaan
8. Syarat penyertaan
9. Jawatankuasa Induk / pelaksana
10. Perbelanjaan
11. Pendapatan (Sumber kewangan)
12. Jadual aktiviti
13. Penutup

113

Sekolah Kebangsaan Bedong, 08100 Bedong Kedah Darul Aman

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021

PENILAIAN AKTIVITI

KOKURIKULUM

2021

114

Sekolah Kebangsaan Bedong, 08100 Bedong Kedah Darul Aman

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021

PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM
ASPEK YANG DINILAI

Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid dalam setiap aktiviti yang disertai adalah
berdasarkan kepada 4 aspek yang berikut :

a. Kehadiran
b. Jawatan disandang
c. Penglibatan
d. Pencapaian
Bagi keempat-empat aspek ini, peratus markah yang diperuntukkan
adalah seperti berikut :
Jadual 1

ASPEK PENILAIAN % MARKAH
Kehadiran 50
Jawatan disandang 10
Penglibatan 20
Penyertaan 20
JUMLAH 100

ASPEK KEHADIRAN

Markah aspek kehadiranialah markah tertinggi (50%). Ini bertujuan untuk menggalakkan
murid hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan
kepada jumlah minggu persekolahan dalam setahun dengan mengambil kira bahawa setiap jenis
aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dengan peruntukan masa dua jam (mengikut
kursus). Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika murid sakit, menyertai kegiatan lain
dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam
pengetahuan pihak sekolah.

Kehadiran minimum bagi aktiviti pasukan unit beruniform ialah 18 kali perjumpaan
setahun, persatuan/ kelab dan permainan 12 kali perjumpaan setahun. Perkiraan markah
kehadiran adalah seperti berikut :

Jika jumlah kehadiran murid = a
b
Jumlah perjumpaan setahun = c (cuti sakit, wakili sekolah dll)
a x 50
Ketidakhadiran diluluskan = b-c

Markah kehadiran =

ASPEK JAWATAN DISANDANG

Markah aspek jawatan disandang ialah 10% dan diberikan kepada individu yang
memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam kegiatan kokurikulum. Sungguhpun begitu,
ahli biasa dan jawatan yang lain juga diperuntukkan markah mengikut jenis jawatan yang
disandang. Agihan markah bagi jawatan yang disandang adalah seperti berikut :
Jadual 2(a)

115

Sekolah Kebangsaan Bedong, 08100 Bedong Kedah Darul Aman

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021

Pasukan unit beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan anjuran Kementerian / Jabatan
Kerajaan.

JAWATAN MARKAH
Pegawai Waran 1 & 11 (KRS), Pegawai Waran 11(PKBM), Pegawai Kadet Kanan
(PA), Pegawai Kadet (Bomba), Sub-Inspektor (Polis) dan Inspektor Kadet 10
(Koreksional/ Penjara)
Staf Sarjan (KRS), Staf Sarjan/Bintara Kanan/Flight Sarjan (PKBM), 8
Pegawai Waran Kadet (PA), Ketua Kadet (Bomba) dan Sarjan Mejar (Polis &
Penjara) MARKAH
7
JAWATAN 6
Sarjan, Bintara Muda, (PKBM-L) dan Penolong Ketua Platun 1 (Bomba) 4
Lans Koperal, Laskar Muda, (PKBM-L), Laskar Udara (PKBM-U), Penolong Ketua 1
Platun 11 (Bomba)
Ahli Aktif
Ahli Biasa

Jadual 2(b)
Pasukan unit beruniform - Anjuran Badan Bukan Kerajaan. (NGO)

JAWATAN MARKAH
10
Ketua Trup, Ketua Pasukan/Pengerusi, Pegawai Muda, Ketua Puteri, Ketua
Kadet, Band Major, Bengkung Merah dan Tali Pinggang Hitam 8

Pen. Ketua Trup, Ketua Kumpulan, Ketua Utama Seksyen, Ketua Pasukan 7
(S‟usaha), Sarjan Drum Major/Asst. Band Major, Bengkung Hijau 3 & Tali
Pinggang Merah 2 6
Ketua Patrol, S‟usaha, Ketua Seksyen, Ketua Pasukan (Bend), Koporal,
Percussion Leader, Bengkung Hijau 2 & Tali Pinggang Merah 1 5
4
Pen. Ketua Patrol, Bend, Pen. Ketua Seksyen Kanan, Ketua Pasukan (AJK), 3
Lans Koporal, Section Leader, Bengkung Hijau 1 & Tali Pinggang Biru 2 1
Quartermaster, Pen. S‟usaha, Pen. Ketua Seksyen, Ketua Kumpulan, Asst.
Section Leader, Cula 3 & Tali Pinggang Biru 1

Ahli Aktif, Pen. Ketua Kumpulan, Class 3, Cula 2 dan Tali Pinggang Hijau 1 & 2

Tali Pinggang Kuning 1 & 2

Ahli Biasa, Class 4 & 5 dan Cula 1

Persatuan/ Kelab/ Sukan/ Permainan

JAWATAN MARKAH
Pengerusi/ Presiden/Kapten Pasukan/ Ketua Pasukan Sukan/ Permainan/ Ketua
Rumah 10
Timbalan Pengerusi/ Naib Pengerusi
Setiausaha/ Bendahari 8
Penolong Setiausaha/ Penolong Bendahari 7
Ahli Jawatankuasa 6
Ahli Aktif 5
Ahli Biasa 4
1

116

Sekolah Kebangsaan Bedong, 08100 Bedong Kedah Darul Aman

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021

ASPEK PENGLIBATAN

Markah aspek penglibatan ahli 20%. Markah ini diberikan kepada semua ahli
berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap
penglibatan yang disertai.

Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan adalah sama. Pemberian
markah seperti berikut :

Jadual 3 MARKAH
PERINGKAT PENGLIBATAN 8
11
Sekolah 14
Zon/ Daerah/ Bahagian 17
Negeri 20
Kebangsaan
Antarabangsa

ASPEK PENCAPAIAN

Markah aspek pencapaian ialah 20%. Markah ini merupakan pencapaian pelajar dalam
pertandingan di peringkat sekolah, zon/ daerah/ bahagian, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa. Pencapaian yang dinilai hanyalah kepada kedudukan johan, naib johan dan
ketiga. Dalam aspek pencapaian, markah bagi pencapaian individu atau pasukan adalah sama.
Markah pencapaian yang ditetapkan adalah seperti berikut :

Jadual 4 Johan MARKAH Ketiga
8 Naib Johan 6
PERINGKAT PENCAPAIAN 11 9
14 7 12
Sekolah 17 10 15
Zon/ Daerah/ Bahagian 20 13 18
Negeri 16
Kebangsaan 19
Antarabangsa

Setiap pemberian markah dalam aspek yang dinilai adalah berdasarkan markah tertinggi
yang layak diperolehi oleh seseorang murid. Umpamanya, jika seseorang murid pernah mewakili
daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, markah aspek pencapaian yang diambilkira
hanyalah pencapaian di peringkat antarabangsa (20 markah).

KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI

Setiap murid perlu menganggotai pasukan unit beruniform, persatuan/ kelab serta kelab
sukan dan permainan. Dalam hal ini, setiap murid memilih salah satu aktiviti yang terdapat dalam
setiap bidang kokurikulum tersebut. Ini bermakna penilaian aktiviti adalah berdasarkan :

1. Aktiviti Unit Beruniform seperti :
Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri, Puteri Islam dan sebagainya.

2. Aktiviti Persatuan/ Kelab seperti :
Persatuan Bahasa Malaysia, Kelab Pencinta Alam dan sebagainya.

3. Aktiviti Kelab Sukan dan Permainan seperti :
Kelab Olahraga, Kelab Renang, Kelab Hoki dan sebagainya.

117

Sekolah Kebangsaan Bedong, 08100 Bedong Kedah Darul Aman

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021

Setiap jenis aktiviti yang disertai oleh murid akan dinilai berdasarkan aspek yang telah
dinyatakan dan agihan markah setiap jenis aktiviti adalah sama bagi ketiga-tiga kegiatan
kokurikulum yang disertai.

Sebagai contoh, berikut adalah markah aktiviti kokurikulum yang diperolehi oleh pelajar X
:

Contoh :

1. Aktiviti Unit Beruniform

BIL ASPEK PENILAIAN PRESTASI MARKAH
1 Kehadiran Penuh (18/18) 50
2 Jawatan disandang Ahli Aktif 3
3 Penglibatan Menghadiri Jambori Pengakap 14
Peringkat Negeri
4 Pencapaian Tempat Ketiga Pertandingan Kawad 12
Kaki Peringkat Negeri 79

JUMLAH

2. Aktiviti Kelab/ Persatuan

BIL ASPEK PENILAIAN PRESTASI MARKAH
1 Kehadiran 42
10/12

2 Jawatan disandang AJK Persatuan Sejarah 5
3 Penglibatan 14
4 Pencapaian Menyertai Seminar Penulisan Sajak 7
Peringkat Negeri 68
Naib Johan Pertandingan Bahas Ala
Parlimen antara kelas

JUMLAH

3. Aktiviti Sukan dan Permainan

BIL ASPEK PENILAIAN PRESTASI MARKAH
1 Kehadiran 10/12 42
2 Jawatan disandang AJK Kelab Bola Sepak 5
3 Penglibatan Menyertai Kejohanan Bolasepak 14
Peringkat Negeri
4 Pencapaian Naib Johan Pertandingan Bolasepak 7
antara kelas
68
JUMLAH

GRED PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti berikut :

Jadual 5

GRED MARKAH

A Antara 80 hingga 100

B Antara 60 hingga 79

118

Sekolah Kebangsaan Bedong, 08100 Bedong Kedah Darul Aman

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021 Antara 40 hingga 59
Antara 20 hingga 39
C
D 19 ke bawah
E
MARKAH GRED
KEGIATAN KOKURIKULUM 79 B
Unit Beruniform 68 B
Persatuan/ Kelab 68 B
Kelab Sukan & Permainan

MARKAH BONUS

Markah bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh
murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah,
Perjawatan tersebut merangkumi :

1. Perjawatan Peringkat Sekolah seperti pengawas, pengawas perpustakaan, Imam
dan sebagainya.

2. Perjawatan Peringkat Rumah seperti Ketua Rumah, KetuaBilik/Asrama dan
sebagainya.

3. Perjawatan Peringkat Kelas seperti Ketua Kelas dan sebagainya.
Bagi setiap jawatan tersebut markah bonus diberikan sebagai pengiktirafan kepada murid di atas
sumbangan perkhidmatan setiap tahun. Markah bonus yang ditetapkan adalah seperti berikut :

Jadual 6

Bil Jawatan Markah
10
1 Ketua Murid 8
7
2 Timbalan/Penolong Ketua Murid
6
Ketua/Pengerusi Badan-badan Perkhidmatan/Penngurusan Utama yang
5
3 ditubuhkan untuk membantu sekolah/Pengawas/ Ketua Asrama/Ketua
3
PRS/Quatersmaster 2

Penolong Ketua Asrama/Penolong Quarteraster/Pegawas Pusat

4 Sumber/AJK Utama Badan-badan Perkhidmatan atau Pengurusan/

Bendahari/Setiausaha

Ketua Biro Asrama/PRS/Penerima Sijil dan Lencana

5 SLAD/PROSTAR/Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah/Pengawas

Koperasi

6 Ahli Jawatankuasa Perkhidmatan dan Sokongan – AJK Biro/Ketua
Bilik/Ktua Dorm/Ketua Tingkatan/Penerima sijil SLAD/PROSTAR

7 Penolong Ketua Kelas/Penolong Ketua Bilik/Ahi Quatermaster

ANUGERAH KHAS

Anugerah Khas diberi sebagai pengiktirafan kepada murid /pelajar di atas pencapaian
cemerlang dalam bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang diusahakan sendiri. Markah
anugerah khas ini ditetapkan seperti
berikut :
Jadual 7

BIL JAWATAN KEDUDUKAN MARKAH
1 Anugerah Remaja Perdana (ARP) Emas 10
Perak 7
Gangsa 5

119

Sekolah Kebangsaan Bedong, 08100 Bedong Kedah Darul Aman

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021

2 Pingat Hang Tuah Kebangsaan/ 10
Tunas Jaya Kebangsaan
5
3 Pencapaian aktiviti kokurikulum di luar Johan 3
negara atas biaya sendiri Naib Johan 2
5
Ketiga 5

4 NILAM
5 Lain-lain anugerah yang setara

GRED KESELURUHAN

Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seseorang murid dalam dua

daripada tiga bidang kokurikulum yang dianggotai seseorang murid beserta markah bonus. Dua

daripada tiga bidang yang dipilih berdasarkan markah tertinggi.

Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah markah kedua-dua

bidang kokurikulum dan mendapatkan purata bagi kedua-dua bidang tersebut. Kemudian nilai

tersebut dicampurkan dengan markah bonus yang diperolehi.

Berdasarkan markah pelajar Y, contoh kiraan gred keseluruhan seperti berikut :

Jumlah markah unit beruniform - 80

Jumlah markah persatuan/kelab - 68

Jumlah markah kelab sukan & permainan - 85

Markah purata bagi dua terbaik = (80 + 85) = 82.5

2

Markah Bonus = 10 (sebagai ketua murid)

Markah Keseluruhan = 82.5 + 10 = 92.5

Gred Keseluruhan =A

PENGURUSAN MESYUARAT

Berikut adalah tatacara pengendalian mesyuarat untuk makluman dan panduan guru-

guru. Mesyuarat Induk Kokurikulum
1.

Dipengerusikan oleh - Guru Besar

Minit disediakan oleh - Setiausaha Induk Kokurikulum

Minit disemak oleh - P enolong Kanan Kokurikulum

Minit disahkan oleh - Guru Besar

2. Mesyuarat AJK Kecil Unit-unit Kokurikulum

Dipengerusikan oleh - Penyelaras Kumpulan

Minit disediakan oleh - Ketua Guru Penasihat Unit

Minit disemak oleh - Penyelaras Kumpulan

Minit disahkan oleh - Penolong Kanan Kokurikulum

3. Mesyuarat Agung Tahunan Unit-unit Kokurikulum

Dipengerusikan oleh - Ketua Guru Penasihat Unit

Minit disediakan oleh - Setiausaha Unit (murid)

Minit disemak oleh - Pengerusi Unit (murid)

Minit disahkan oleh - Ketua Guru Penasihat Unit

Agihan minit mesyuarat yang telah disahkan perlu difailkan ke dalam : 120
Fail Penolong Kanan Kokurikulum
Fail Setiausaha Kokurikulum

Sekolah Kebangsaan Bedong, 08100 Bedong Kedah Darul Aman

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021

Fail Penyelaras Kumpulan
Fail Unit-unit Kokurikulum

AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

1. Ucapan pengerusi mesyuarat
2. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu
3. Membentangkan Laporan Tahunan
4. Membentangkan dan mengesahkan laporan kewangan
5. Pemilihan Ahli Jawatankuasa

i. Pengerusi
ii. Timbalan Pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Bendahari
v. Ahli Jawatankuasa (5 - 7 orang)
vi. Pemilihan 2 orang juruaudit
6. Membahaskan usul yang diterima
7. Ucapan penangguhan

121

Sekolah Kebangsaan Bedong, 08100 Bedong Kedah Darul Aman

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021

SURAT AKU JANJI

Saya, …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
No. Kad Pengenalan : ………………………………………………………………………………………………………………………………….
Beralamat di ……………………………………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………. dengan
sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 2093, Perintah- Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta apa-apa
peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa
sepanjang tempoh perkhidmatan saya dengan Kerajaan.
Maka dengan itu saya berjanji, sebagaimana di bawah peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 2093 bahawa saya :

i. Akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan kerajaan;
ii. Akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur,

amanah dan bertanggungjawab;
iii. Tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;
iv. Tidak akan bercanggah dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan

peribadi saya bercanggah dengan tugas awam saya;
v. Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah

bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas
rasmi saya sehingga menjejaskan saya sebagai pegawai awam;
vi. Tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri
saya sendiri;
vii. Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan
nama perkhidmatan awam;
viii. Tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan
luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau tuntutan pegawai awam
lain berhubung dengan perkhidmatan awam; dan
ix. Tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan
sebagai ingkar perintah.

Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya
boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
Tatatertib) 2093.

(Tandatangan Pegawai) (Jawatan Pegawai)

Di hadapan saya

………………………………………. …………………………....................... ……………………………………
Tarikh:………………………….. (Tandatangan Ketua Jabatan ) ( Cop Rasmi Jabatan )

122

Sekolah Kebangsaan Bedong, 08100 Bedong Kedah Darul Aman

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021

123

Sekolah Kebangsaan Bedong, 08100 Bedong Kedah Darul Aman


Click to View FlipBook Version