The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kakpah62364, 2020-01-14 18:37:09

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG

MEETING PIBG 19012020

MESYUARAT
AGUNG PIBG
KALI KE -46

PERASMI :

DATO DR.ZULKIFLY BIN MOHAMAD
Pengasas Fareena Marketing Sdn.Bhd

TARIKH

19 JANUARI
2020

MASA & TEMPAT

2.00 PETANG
DEWAN AL-MARBAWI

SK.BEDONG

TENTATIF PROGRAM

1.30 petang : - Pendaftaran AJK PIBG/Ibu
bapa/Penjaga/Guru/Staf

2.00 petang : - Ketibaan Tetamu Kehormat
- Ucapan aluan pengacara majlis
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Bacaan Doa
- Ucapan YDP PIBG
- Ucapan Guru Besar
- Ucapan Perasmian
- Penyampaian Cenderamata:
* AJK PIBG Sesi 2019/2020
* Perasmi
* PPS

1 Tamat Perasmian

JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2020

Yang DiPertua : En. Ahmad Fuaad Bin Khasim
Naib Yang DiPertua : En. Basri Bin Abu Bakar
Setiausaha : Pn. Moop A/P Echee (Guru)
Naib Setiausaha : Pn. Siti Suratul Aini Binti Mahadzir (Guru)
Bendahari : Pn. Rohana Binti Md. Yunus (Guru)
Naib Bendahari : Pn. Mariyati Binti Mokhtar (Guru)
AJK Ibu Bapa : 1.Pn. Nor Shahida Binti Yusof

AJK Guru 2.Pn. Rosmawati Binti Zakaria
3.Pn. Norlaila Binti Ibrahim
Pemeriksa Kira-Kira 4.Pn. Zanariah Binti Zainuddin
5.En. Che Ani Bin Tausa
2 : 6.Pn. Rabiatul Adawiyah Binti Mukhtar
7.Pn. Sharifah Binti Mat Yusob
8.Pn. Azirah Binti Hassan
9.En. Che Ani Bin Abd Rahim
10.En. Johari Bin Awang
: En. Zackariah Bin Ismail (Ibu bapa)
Pn. Noor Aniza Binti Abd Samad (Guru)

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46

3.00 petang : - Ucapan YDP
- Ucapan Penasihat
- Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung
Kali Ke-45
- Perkara Berbangkit
- Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG Sesi
2019/2020
- Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG
- Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019/2020
- Lantikan Pengerusi Sementara
- Pemilihan Jawatankuasa Sesi 2020/2021
- Pemilihan Pemeriksa Kira-Kira
- Membahaskan Usul
- Penetapan Bayaran Sumbangan PIBG 2020 dan kutipan
Bayaran tambahan persekolahan bukan warganegara

3 - Hal-hal Lain dan Ucapan Penangguhan

- Cabutan Bertuah

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45
SEKOLAH KEBANGSAAN BEDONG
08100 BEDONG KEDAH

TARIKH : 10 MAC 2019 (AHAD)

MASA : 7.45 PAGI
TEMPAT : DEWAN AL-MARBAWI
PERASMI : YB DATO’ JOHARI ABDUL

KEHADIRAN (AHLI PARLIMEN SUNGAI PETANI)
: 160 ORANG

I Ucapan Yang DiPertua (YDP) PIBG
1.En. Abd Razak Bin Md Isa (YDP) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua waris yang

telah berjaya menghadirkan diri pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke 45 2019.

2. Beliau menyatakan bahawa pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang tahun 2018 dan
terdapat beberapa program yang masih tergendala. Antaranya adalah membaikpulih/
memasang bumbung kawasan rempat letak kereta antara bangunan dewan dan bangunan
pejabat serta memasang bumbung ruang antara bangunan tahun 1 dan bangunan bilik guru.

II Ucapan Guru Besar (GB)
3. GB memaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Bedong (SKB) telah menerima bangunan baru

yang terdiri daripada 4 bilik darjah yang menempatkan kelas 6 Omega, 6 Gamma, 6 Sigma, dan
bilik khas J-Qaf.

4. Beliau turut memaklumkan bahawa baru-baru ini pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
telah membuat lawatan tapak ke SKB. SKB mungkin akan mendapat peruntukan bagi
memperbaiki bumbung Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan juga bumbung bilik guru lelaki
serta memperbaiki pagar di kawasan padang.

5. Beliau turut menyatakan rasa gembira dan bangga di atas prestasi murid SKB yang boleh
dibanggakan walaupun merupakan sekolah yang kecil. Antaranya ialah seorang murid tahun 3
telah berjaya menjadi wakil dalam acara memanah sehingga ke peringkat kebangsaan. Tahniah
kepada waris Mohd Amirul Hakimi bin Burhanudin dari kelas 3 Omega.

6. Beliau juga memaklumkan bahawa kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah menerima
kelas baharu di mana dahulunya merupakan bilik J-Qaf. Semoga selepas ini murid PPKI
boleh menjalankan aktiviti dengan lebih mudah dan gembira.

7. Beliau turut berasa gembira dan bangga di atas prestasi murid prasekolah kerana kebanyakkan
murid prasekolah berani bertanya dan pandai menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.

8. Beliau menyatakan bahawa bilangan ahli Ahli Jawatankusa (AJK) PIBG Sesi 2019/2010 perlu
dikurangkan jumlah kepada 10 orang, iaitu 5 AJK waris dan 5 AJK guru sahaja seperti termaktub
di dalam perlembagaan PIBG. Selebihnya ialah YDP, NYDP, Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari,
Naib Bendahari, Juruaudit Waris dan Juruaudit Guru.

9. Beliau turut berharap supaya semua waris dapat memberikan sokongan kepada guru-guru di 4
sekolah dan tidak bertelagah sesama kita kerana kesannya akan dirasai oleh anak-anak SKB kita
juga. Maka dengan itu, beliau berharap AJK PIBG yang akan dilantik kelak akan dapat
memberikan komitmen kepada sekolah dengan baik.

III Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44
10. Pn. Norhamimah Binti Mohammad, setiausaha PIBG Sesi 2018/2019 membentangkan minit

mesyuarat agung PIBG kali ke 44.

11. En. Abd Ghani Bin Jahaya mencadangkan supaya minit mesyuarat disahkan dan disokong
oleh Pn. Lazizah bt Bidin.

IV Perkara Berbangkit
12. En. Md Zaki Bin Husin menyatakan bahawa beliau tidak menerima kertas usul PIBG pada kali ini. Beliau

juga menyatakan bahawa perlunya pihak PIBG mengedarkan minit mesyuarat yang lalu sehari
sebelum mesyuarat. Beliau juga bertanya tentang Perkara 12 di mana usul adalah dari kalangan
AJK PIBG sendiri. Boleh atau tidak AJK memberi usul dalam mesyuarat.

13. YDP memberi maklum balas bahawa kertas usul telah diedarkan oleh guru-guru seminggu
sebelum mesyuarat diadakan. Beliau juga menyatakan bahawa minit mesyuarat tidak boleh diberi
awal dan mesti dibincangkan semasa mesyuarat berjalan. Berkaitan status AJK memberi usul,
mana-mana ahli PIBG SKB boleh memberi usul.

V Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember 2018
14. Pn. Asma Binti Che Ani, bendahari PIBG sesi 2018/2019 membentangkan penyata kewangan PIBG

berakhir 31 Disember 2018.

15. En Basri Bin Abu Bakar mencadangkan supaya penyata kewangan disahkan dan disokong oleh
Pn. Nur Azura Binti Ishak.

16. En Wan Saiful Hizam Bin Mohd Zin mohon diberi pencerahan tentang:
- Kewangan berjumlah RM 1000 untuk Program Peningkatan Disiplin Hal Ehwal Murid (HEM)
- Perbelanjaan sebanyak RM 700 untuk sewa bas (Pulau Pinang)
- Sumbangan sebanyak RM 150 untuk SMK (A) Yan

17. YDP memberi maklum balas berkaitan Program Peningkatan Disiplin HEM. Wang tersebut
merupakan perbelanjaan untuk semua program dibawah HEM sepanjang tahun 2018. Perbelanjaan
sewa bas adalah rombongan murid yang berjaya dalam sukan ke sekolah sukan di Pulau Pinang.
Manakala sumbangan kepada SMK (A) Yan merupakan sumbangan daripada pihak sekolah kepada
mereka.

18. En. Md Zaki Bin Husin mohon diberi pencerahan tentang:
- Perbelanjaan sebanyak RM 2756.70 untuk mesyuarat agung PIBG kali ke 44.
- Sumbangan yang dijanjikan oleh Y.B. Tajul Urus pada tahun lalu.
- Pembayaran deposit pemasangan alat pendingin hawa sebanyak RM 1000 di makmal komputer.

19. YDP memberi maklum balas berkaitan perbelanjaan untuk mesyuarat agung kali ke 44
di mana perbelanjaan tersebut adalah merangkumi perbelanjaan untuk makan minum
waris, anugerah waris

5

20. Beliau turut memaklumkan bahawa Y.B. Tajul Urus tidak memberikan sebarang sumbangan
tetapi sumbangan telah diberikan oleh Y.B. Jamil Khir sebanyak RM10,000 secara tunai kepada
beliau sendiri bersama dengan mantan guru besar iaitu En. Mohd Nizam Bin Abu Bakar.
Sumbangan tersebut telah digunakan untuk membuat awning di bahagian tepi pentas dan
sepanjang laluan di prasekolah dan kelas PPKI. Deposit pendingin hawa adalah bayaran untuk
membaiki pendingin hawa yang rosak di makmal komputer. Ini merupakan keperluan kerana
keadaan di dalam makmal agak panas dan tidak selesa untuk murid belajar. Beliau turut
menjelaskan bahawa wang deposit pendingin hawa adalah sumbangan daripada
Dato’ Boey Gan Chin.

VI Pembubaran AJK PIBG Sesi 2018/2019 dan Pelantikan Pengerusi Sementara
21. YDP mengumumkan secara rasminya pembubaran barisan AJK PIBG Sesi 2018/2019. Beliau

selaku ahli yang lama dan dengan kerjasama semua ahli AJK PIBG berjaya membawa
pembangunan kepada sekolah. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang
memberi kerjasama sepanjang tahun 2018 sehingga kini.

22. En. Jahaya Bin Sulong (Penolong Kanan Kokurikulum [PK KK]) telah dilantik sebagai pengerusi sementara.

VII Pemilihan AJK PIBG Sesi 2019/2020
23. PK KK memaklumkan bahawa pemilihan pada hari ini hanya melibatkan jawatan YDP, Naib

Yang DiPertua (NYDP), 5 orang AJK di kalangan ibu bapa dan seorang Pemeriksa Kira-Kira
(ibu bapa). Bagi jawatan Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari, AJK di kalangan guru dan
pemeriksa kira-kira (guru) akan dilantik oleh pihak pengurusan sekolah.

24. Jawatan YDP: En. Che Ani Bin Tausa mencadangkan En. Ahmad Fuaad Bin Khasim dan disokong
oleh En. Azhar Bin Abu Bakar. En. Md. Zuki Bin Husin mencadangkan supaya cadangan ditutup
dan disokong oleh En. Shahrizal

25. Jawatan NYDP: Pn. Arina Binti Junet mencadangkan En. Basri Bin Abu Bakar dan disokong oleh
En. Md Zuki Bin Husin. En. Zackariah Bin Ismail mencadangkan supaya cadangan ditutup dan
disokong oleh Pn. Zanariah Binti Zainuddin.

26. Jawatan AJK Waris: En. Md Zuki Bin Husin mencadangkan supaya AJK PIBG 2018/2019 (ibubapa)
yang lalu dikekalkan dan disokong oleh Pn. Masturah Binti Abd Majid. En. Rizal Bin Abd Ghani
mencadangkan supaya cadangan ditutup dan disokong oleh En. Abd Razak Bin Md Isa.

27. Jawatan Pemeriksa Kira-Kira: En. Che Ani Bin Tausa mencadangkan En. Zackariah Bin Ismail dan
disokong oleh En. Razak Bin Md Isa. En. Rizal Bin Abd Ghani mencadangkan supaya cadangan ditutup
dan disokong oleh En. Mohamad Syukri Bin Ismail.

6

28. AJK PIBG Sesi 2019/2020 adalah seperti berikut:

YDP : En. Ahmad Fuaad Bin Khasim
Naib YDP : En. Basri Bin Abu Bakar
Setiausaha : Pn. Moop A/P Echee
Naib Setiausaha : Pn. Siti Suratul Aini Binti Mahadzir
Bendahari : Pn. Rohana Binti Md. Yunus
Naib Bendahari : Pn. Mariyati Binti Mokhtar
AJK Ibu Bapa : 1.Pn. Nor Shahida Binti Yusof

AJK Guru 2.Pn. Rosmawati Binti Zakaria
3.Pn. Norlaila Binti Ibrahim
Pemeriksa Kira-Kira 4.Pn. Zanariah Binti Zainuddin
5.En. Che Ani Bin Tausa
: 6.Pn. Rabiatul Adawiyah Binti Mukhtar
7.Pn. Sharifah Binti Mat Yusob
8.Pn. Azirah Binti Hassan
9.En. Che Ani Bin Abd Rahim
10.En. Johari Bin Awang
: En. Zackariah Bin Ismail (Ibu bapa)
Pn. Noor Aniza Binti Abd Samad (Guru)

VIII Membahaskan Usul
29. En. Che Rosli Bin Ibrahim (Guru Besar [GB]) memaklumkan bahawa semua maklum balas

yang diterima adalah cadangan dan bukan usul kerana tidak melibatkan perkara-perkara
yang terkandung di dalam perlembagaan.

30. Cadangan ibu bapa
i. En. Mohammad Hafiz (Muhammad Adif Hazimi - 1 Omega)

Mencadangkan penubuhan kumpulan WhatApps kelas bagi memudahkan pihak waris
mendapat maklumat tentang sekolah dan aktiviti sekolah.

Maklum balas GB:
Pihak pentadbir akan memaklumkan kepada guru kelas untuk mewujudkan kumpulan
bagi kelas masing-masing. Namun ianya tertakluk kepada persetujuan guru kelas
masing-masing. Ini bagi mengelakkan daripada disalah guna oleh sesetengah pihak.

7

ii. En. Mohd Jamil (Muhammad Jawahir – 1 Omega)
Mencadangkan supaya membuat pemantauan penjualan makanan ringan.

Maklum balas GB:
Penjualan makanan di luar pagar sekolah telah dimaklumkan kepada pihak perbandaran. Pihak
sekolah telah dan sentiasa memberi peringatan kepada murid untuk tidak membeli di luar
kawasan sekolah.

iii. En. Khairul Hazry Bin Wahab (Khairunnisa Saiha – 1 Gamma)
Mencadangkan supaya pihak sekolah mempunyai rancangan tahunan yang lebih baik.

Maklum balas GB:
Setiap aktiviti sekolah akan dimaklumkan. Pihak sekolah juga dalam perbincangan untuk
mewujudkan papan elektronik untuk memaparkan aktiviti sekolah.

iv. En. Mohd Saiful Bin Shaari (Muhammad Syafiq Fikri – 1 Gamma)
Mencadangkan supaya memperketatkan kawalan keselamatan kepada murid-murid sekolah.

Maklum balas GB:
Tugas pengawal keselamatan hanyalah di dalam kawasan sekolah. Penjagaan keselamatan
di luar kawasan sekolah hanyalah ihsan daripada mereka sahaja. Kerjasama pihak waris bagi
menjaga keselamatan di luar kawasan sekolah amatlah dialu-alukan.

v. En. Azhar Bin Abu Bakar (Nur Farizzatul – 2 Gamma)
Mencadangkan supaya membuat cabutan bertuah sempena mesyuarat agung PIBG.

Maklum balas GB:
Hal ini akan dibincangkan. Namun kewangan PIBG haruslah mantap jika mahu melaksanakannya.
Sehingga kini masih terdapat segelintir waris yang masih belum membayar sumbangan PIBG.

vi. En. Jamil Bin Halim (Mukhammad Aliff Syamil – 4 Gamma)
Mencadangkan supaya guru dan waris mematikan enjin kenderaan semasa menunggu dalam
jangkamasa lebih daripada 3 minit bagi mengelakkan pencemaran karbon dioksida dan bahaya
kepada orang lain.

Maklum balas GB:
Hal ini akan dilaksanakan nanti. Jadi, kerjasama daripada semua waris dan guru diperlukan.

vii. Pn. Raniswati Binti Ismail (Muhammad Syahir Isyraf – 6 Gamma)
Cadangan supaya makanan dan minuman di kantin dipelbagaikan. Makanan juga didapati
terlalu pedas.

Maklum balas GB:
Hal ini telah dimaklumkan kepada pengusaha kantin.

8

IX Ucapan Penangguhan
31. En. Ahmad Fuaad Bin Khasim selaku YDP PIBG sesi 2019/2020 menyatakan bahawa kerjasama

daripada semua pihak amat diperlukan bagi membantu barisan AJK PIBG Sesi 2019/2020 pada
penggal ini.

32. En. Md Zaki Bin Husin memohon semua pihak termasuk YDP supaya dapat komersialkan
PIBG SKB supaya mendapat lebih banyak dana bagi memudahkan perancangan sebarang aktiviti.
Beliau juga mencadangkan supaya van sekolah berada pada jarak 100 kaki dari pagar sekolah dan
bukannya di depan pagar sekolah.

33. YDP PIBG sesi 2019/2020 memberi maklum balas bahawa bahawa dengan izin Allah, barisan
kepimpinan PIBG akan melakukan apa yang termampu dan sehabis baik.

34. GB meminta setiausaha PIBG supaya mengeluarkan surat kepada pihak van sekolah yang
menunggu di tempat yang akan disediakan.

35. Pn. Suraini Binti Bakri mencadangkan agar pihak sekolah dapat meringankan dan mengurangkan
bebanan beg sekolah murid.

36. GB memberi maklum balas bahawa jika buku ditinggalkan di dalam kelas, maka kemungkinan
akan hilang. Jadi, pastikan murid mengikut jadual yang telah ditetapkan.

37. Beliau juga memaklumkan bahawa kini guru-guru tahun 6 telah pun memulakan kelas tambahan
bagi subjek UPSR. Guru-guru akan berusaha sedaya upaya di sekolah dan waris perlu membuat
pemantauan terhadap anak-anak di rumah.

38. En. Zackariah Bin Ismail (Pemeriksa Kira-Kira sesi 2019/2020) mengucapkan ribuan terima kasih
di atas pengorbanan dan jasa mantan YDP PIBG sesi 2018/2019 yang telah memajukan anak-anak
SKB.

39. En. Abd Razak Bin Md. Isa selaku mantan YDP PIBG sesi 2018/2019 menyatakan kesediaan
membantu SKB jika terdapat keperluan. Beliau sudi hadir membantu dengan komitmen penuh.

40. YDP PIBG sesi 2019/2020 sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas komitmen semua waris yang
hadir pada hari ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada AJK yang telah menjayakan
majlis pada hari ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Dicatat oleh:
1.Pn. Noor Aniza Binti Abd Samad
2.Pn. Rozita Binti Romli
3.Pn. Mazhariah Binti Abdullah
4.Pn. Moop A/P Echee

9

LAPORAN TAHUNAN
KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2019/2020

BIL. NAMA 17.03.2019 TARIKH MESYUARAT AJK 05.01.2020
/ 13.06.2019 13.10.2019 /
1 En. Ahmad Fuaad Bin Khasim
(YDP) //

2 En. Basri Bin Abu Bakar TH / / /
(NYDP)
/ // /
3 Pn. Moop A/P Echee / //
Setiausaha /

4 Pn. Siti Suratul Aini Binti Mahadzir / // /
Naib Setiausaha
/ // /
5 Pn. Rohana Binti Md. Yunus
Bendahari / // /

6 Pn. Mariyati Binti Mokhtar TH TH TH /
Naib Bendahari / / TH
TH
7 Pn. Nor Shahida Binti Yusof / //
(AJK Ibubapa) /

8 Pn. Rosmawati Binti Zakaria / // /
(AJK Ibubapa)
/ / / TH
9 Pn. Norlaila Binti Ibrahim
(AJK Ibubapa) / // /

10 Pn. Zanariah Binti Zainuddin TH / / /
(AJK Ibubapa) / /
//
11 En. Che Ani Bin Tausa
(AJK Ibubapa) / // /

12 Pn. Rabiatul Adawiyah Binti Mukhtar / TH TH /
(AJK Guru) / / TH /

13 Pn. Sharifah Binti Mat Yusob
(AJK Guru)

14 Pn. Azirah Binti Hassan
(AJK Guru)

15 En. Che Ani Bin Abd Rahim
(AJK Guru)

16 En. Johari Bin Awang
(AJK Guru)

17 En. Zackariah Bin Ismail
(Ibu bapa)

18 Pn. Noor Aniza Binti Abd Samad
(Guru)

10

LAPORAN TAHUNAN TARIKH
AKTIVITI PIBG SESI 2019/2020
10.03.2019
BIL. AKTIVITI 17.03.2019
11.04.2019
1 Mesyuarat Agung PIBG 2019 28.04.2019
2 Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-1 13.06.2019
3 Kejohanan Sukan Olahraga Kali Ke-29 14.07.2019
4 Program Bersama Waris Murid Tahun 5 & & Serta Motivasi Belajar 25.08.2019
5 Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-2 13.10.2019
6 Hari Keusahawanan 17.11.2019
7 Bacaan Yaasin & Solat Hajat Perdana 21.11.2019
8 Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-3 05.01.2020
9 Majlis Anugerah Cemerlang
10 Jamuan Akhir Tahun Murid
11 Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-4

11

12

13

14

15

JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE-46

Penasihat
En. Che Rosli Bin Ibrahim (Guru Besar)

Pengerusi
En. Ahmad Fuaad Bin Khasim (YDP PIBG)

Timbalan Pengerusi
En. Jahaya Bin Sulong (GPK KK)
En. Basri Bin Abu Bakar (NYDP PIBG)

Naib Pengerusi
Pn. Fadzilah Binti Shafiee (GPK P)
En. Zulkifli Bin Ab. Karim (GPK HEM)

Setiausaha
Pn. Moop Echee
Naib Setiausaha
Pn. Siti Suratul Aini Binti Mahadzir

Bendahari
Pn. Rohana Binti Mohd Yunus

Naib Bendahari
Pn. Mariyati Binti Molkhtar

16

JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46

Sambutan/Protokol Persiapan Dewan
1. En. Che Rosli Bin Ibrahim (Guru Besar) 1. En. Johari Bin Awang (K)
2. Pn. Fadzilah Binti Shafiee (GPK P) 2. En. Zambri Bin Abdul Razak
3. En. Zulkifli Bin Ab. Karim (GPK HEM) 3. En. Asri Bin Mohamed Sahar
4. En. Jahaya Bin Sulong (GPK KK) 4. En. Mohd Yunus Bin Mahamd
5. En. Ahmad Fuaad Bin Khasim (YDP) 5. Pekerja swasta sekolah

Surat Jemputan Siaraya
1. En. Che Ani Bin Abd Rahim (K) 1. En. Mohd Syukri Bin Ismail (K)
2. Pn. Rozana Binti Ramli 2. En. Masli Azhani Bin Makhtar
3. Pn. Siti Fatimah Binti Abdul Hamid
Pendaftaran Tetamu/Ibu bapa/Penjaga Jamuan
i ) Jamuan VIP
En. Abdul Rahman Bin Yaakub (K) 1. Pn. Azirah Binti Hassan (K)
En. Saiful Anuar Bin Rosli 2. Pn. Sopiah Binti Bakar
Pn. Azhani Binti Sarbini 3. Pn. Samsina Binti Ali Basah
Pn. Anis Johanna Binti Md. Nordin ii) Jamuan Guru/Ibu bapa
Pn. Norhamimah Binti Mohammad 1. Pn. Rabiatul Adawiyah Binti Mukhtar (K)
Pn. Mazhaida Binti Khamis (Guru KAFA) 2. Pn. Ismarafeza Binti Ismail
Pn. Siti Zabedah Binti Che Had (Guru KAFA) 3. Pn. Wan Mazitah Binti Wan Ali
4. Pn. Shahrizad Binti Hussain
Bacaan Doa 5. Pn. Norshidah Binti Mohd Hussin (Guru KAFA)
1.En. Masli Azhani Bin Makhtar (K) 6. Nur Farahwahida Binti Mat Yusof (Guru KAFA)
2.Muhd Razani Bin Farizat (Guru KAFA) 7. Pn. Zaharah Binti Shahir (Guru KAFA)
Buku Program Juruacara
1. Pn. Sharifah Binti Mat Yusob (K) 1. En. Suhairi Bin Shaffie (K)
2. Pn. Asma Binti Che Ani 2. Pn. Mariyati Binti Mokhtar
3. Pn. Yusro Binti Yahya Penyampaian Cenderamata/Sijil Penghargaan
4. Pn. Nur Idayu Binti Hussin 1.Pn. Suhana Binti Mansor (K)
5. Pn. Saadiah Binti Yusof (Guru KAFA) 2.Pn. Nor Hafizah Binti Misran
6. Pn. Siti Salbiah Binti Kamis (Guru KAFA) 3.Pn. Nor Aini Binti Mohd Zuki
4.Pn. Nurul Aini Binti Nayan@Md Ariffin

Banner/Back drop Pencatat Calon dan Kiraan Undi
1. En. Muhd Sofi Bin Hussain (K)
1.En. Kumaran A/L Gengatharan 2. En. Muhd Zulkifli Bin Abu Bakar

2.En. Abdul Karim Bin Majid Pencatat Minit Mesyuarat
Hiasan Pentas
1.Pn. Siti Suratul Aini Binti Mahadzir (K)
1.Noor Aniza Binti Abd Samad (K) 2. Pn.Mazlina bt
Mat 2.Pn. Zaiziyanti Binti Zainon

3.Pn. Zurida binti Ngah Abdul Rashiid 3. Pn. Wan Rosimah Binti Abdullah

Cenderamata/Sijil Penghargaan 4.Pn. Siti Rohelah Binti Shaari
Pn. Norazzah Binti Abdullah (K)
Pn. Mazhariah Binti Abdullah Cabutan Bertuah
Pn. Norsuhaily Binti Abdullah
Pn. Salliza Binti Yaakob 1.En. Basri Bin Abu Bakar (K) 2.En. Che Ani Bin Tausa

3.Pn. Norlaila Binti Ibrahim 4.Pn. Nor Shahida Binti Yusof

5.Pn. Rosmawati Binti Zakaria 6.En. Zackariah Bin Ismail

7.Pn. Zanariah Binti Zainuddin

Jurugambar/Dokumentasi Perasmian/Mesyuarat Kebersihan
En. Rahimi Bin Che Hanafi (K) 1. Pekerja swasta sekolah
Pn. Noor Haliza Binti Mohd Saad
Pn. Rozita Binti Romli 17

Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Bedong
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dalam menjayakan Mesyuarat

Agung PIBG kali ke – 46

*Guru Besar
*Guru-guru Penolong Kanan

*Guru-guru SK Bedong
*Kakitangan

*Yang Dipertua PIBG
*Naib Yang Dipertua PIBG

*AJK PIBG SK Bedong
*Ibu bapa

18


Click to View FlipBook Version