The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pembahagian hadis berdasarkan jumlah perawinya terbahagi menjadi dua bahagian utama iaitu Hadis
Mutawatir dan Hadis Ahad. Dalam penulisan ini, kita akan membincangkan bab Hadis Mutawatir secara terperinci.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SHAQUE, 2023-10-06 11:32:11

Hadis Mutawatir Dan Penilaian Hadis Oleh Para Ulama

Pembahagian hadis berdasarkan jumlah perawinya terbahagi menjadi dua bahagian utama iaitu Hadis
Mutawatir dan Hadis Ahad. Dalam penulisan ini, kita akan membincangkan bab Hadis Mutawatir secara terperinci.

Keywords: Mutawatir,Hadis,Islam

Hadis Mutawatir Shafil Afique Shaharuddin PISMP PAI SK Ambilan Jun 2022 Ditulis: 12 April 2022 Dan Penilaian Hadis Mutawatir Oleh Ulama Hadis


I DEFINISI HADIS M Menurut Ulama Hadis, Mutawatir dimaksudkan sebagai hadis yang diriwayatkan oleh ramai perawi sehingga mustahil menurut kebiasaan bahawa mereka bersepakat untuk membuat penipuan pada hadis. utawatir secara bahasa adalah isim fail dari kata al-Tawatur yang bermaksud alTatabu’ (berturut-turut). bn al-Shalah mendefinisikan hadis Mutawatir, iaitu: “Mutawatir adalah berita tentang sesuatu yang dapat pancaindera mencapainya yang diriwayatkan oleh perawi yang jumlahnya tidak menjadikan mereka untuk melakukan penipuan apa yang diriwayatkan oleh mereka dari awal sehingga akhir sanad”. (Ulum al-Hadis, 1972, dipetik dari Ulumul Hadis, 2001). Mutawatir Jika disimpulkan, Hadis Mutawatir secara ringkasnya adalah hadis yang diberitakan oleh ramai perawi sehingga mencapai satu tahap pada bilangannya menjadikan ia mustahil untuk menyatakan sebuah hadis yang diberitakan tersebut merupakan sebuah penipuan.


Kriteria Hadis Ulama hadis menggariskan syarat-syaratsebuah haditsitu dikatakan sebagai Hadis Mutawatir, iaitu: Analoginya, keabsahan berita kejadian itu pasti sukar untuk dinafikan sekiranya ramai orang menyaksikan sebuah kejadian. Tetapi, jika kejadian tersebut hanya disaksikan oleh seorang atau dua sahaja, berita kejadian itu mungkin mudah untuk ditolak dan dinafikan. MUTAWATIR 1. Perawi hadis terdiri dari jumlah yang banyak. Penentuan jumlah seseorang perawi dalam menentukan Hadis Mutawatir adalah bukan perkara yang dibandingkan namun ia saling berhubung dengan perkara lain kerana tujuannya adalah memenuhi syarat iaitu mustahil mereka untuk bersetuju atas penipuan hadis yang disampaikannya. 2. Jumlah perawi dalam sesebuah hadis perlu terdapat pada setiap lapisan atau tingkatan sanad hadis tersebut. Perawi perlu terdapat dalam lapisan atau tingkatan pada permulaan sehingga tingkatan berikutnya sehingga seimbang jumlah para perawi dalam sesebuah Hadis Mutawatir. Sebagai contoh, jika sebuah hadis diriwayatkan oleh 20 orang sahabat, kemudian diterima oleh sepuluh tabi’in dan hanya diterima oleh lima tabi’ tabi'in, maka ia tidak diklasifikasikan sebagai hadis mutawatir kerana ketidakseimbangan antara jumlah perawi dengan tingkatan pertama serta tingkatan seterusnya. Menurut ulama hadis, paling sedikit jumlahnya adalah sepuluh orang perawi. Manakala menurut Abu al-Thayyib, paling sedikit adalah empat perawi kerana dikiaskan kepada saksi dalam qazaf dansebahagian ulama hadis lain mengatakan bahawa paling sedikit perawinya adalah seramai 40 orang kerana dikiaskan kepada surah al-Anfal ayat ke-8.


3. Tiada kemungkinan para perawi bersepakat untuk pendustaan sesebuah hadis menurut adat kebiasaan. Ulama yang tidak menetapkan jumlah perawi berpandangan bahawa keutamaan pada hadis mutawatir adalah jumlah perawinya iaitu menurut adat ia diyakini bahwa perkara yang dikhabarkan mereka adalah benar dan mustahil mereka untuk menipu. Sedangkan menurut ulama yang menetapkan jumlah tertentu, mereka masih berkhilaf akan jumlah perawi Hadis Mutawatir. 4. Hadis tersebut disandarkan kepada pancaindera perawi. Hadis yang mereka sampaikan perlu benar-benar daripada pendengaran atau penglihatan sendiri seorang perawi hadis itu. Ini kerana jika hadis yang dikhabarkan itu datang dari pemikiran semata-mata atau gabungan peristiwa yang dialaminya, ia bukanlah hasil pendengaran atau penglihatan perawi itu. Oleh itu, ia tidak disebutkan sebagai Hadis Mutawatir, walaupun perawinya berada dalam jumlah yang banyak. Kaedahnya, bilangan perawi hadis perlu ada pada setiap peringkat sanad, daripada permulaan sehingga pengakhiran sehingga secara logiknya ia akan menolak kemusykilan terhadap semua perawi itu bersepakat untuk mencipta atau berdusta terhadap hadis diriwayatkan. Contohnya, perkataan perawi yang disampaikan seperti “Kami telah mendengar…” atau “Kami telah melihat…” atau “Kami telah menyentuh…” dan seumpamanya. Adapun jika sandaran mereka dengan menggunakan akal, maka tidak dapat dikatakan sebagai hadis mutawatir.


JENIS-JENIS HADIS MUTAWATIR Mutawatir Lafzi merupakan lafaz dan makna sesebuah hadis tersebut adalah mutawatir ataupun hadis yang mutawatir pada riwayatnya dalam satu lafaz. Jelasnya, hadis yang diriwayatkan oleh ramai perawi yang mempunyai banyak persamaan dengan hadis yang diriwayatkan oleh perawi lain cuma terdapat perbezaan pada lafaznya tetapi makna hadis tersebut semua sama. Kemungkinan perbezaan lafaz itu terjadi disebabkan Nabi S.A.W mengatakannya beberapa kali dan perkataan Nabi S.A.W tersebut disampaikan oleh orang lain kepada orang seterusnya. Contohnya, hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari hadis Abu Hurairah, Ali, Zubair dan Anas R.A.H dan lainnya yang berbunyi "Barangsiapa yang sengaja berdusta dengan atas namaku maka dia akan mendapatkan tempat duduknya dari ap neraka”. Pada hadis ini, sebahagian ulama menukilkan, hadis ini diriwayatkan oleh 63 sahabat dengan susunan sidang pengarang dan mempunyai makna yang sama, ini termasuk 10 sahabat yang dijamin masuk surga.. M U T A W A T I R L A F Z I


Mutawatir Maknawi ialah makna sebuah hadis adalah mutawatir namun lafaz hadisnya tidak sama. Menurut Ibn al-Shalah dalam Ulum al-Hadis (242H) ia berkata bahawa periwayatan sejumlah perawi menjadi mustahil jika mereka bersepakat untuk melakukan penipuan terhadap beberapa peristiwa yang berbeza namun hakikat permasalahannya adalah sama, maka jadilah permasalahan itu mutawatir. Hadis mutawatir maknawi timbul disebabkan beberapa kisah yang tidak sama tetapi mengandungi maksud atau tujuan yang sama. hadis mutawatir maknawi juga ialah hadis yang berkaitan dengan perbuatan Nabi S.A.W iaitu perbuatan Nabi S.A.W diceritakan kepada orang lain kepada orang ramai yang akan datang. Perkara ini boleh diambil daripada hadis berkaitan mengangkat kedua-dua tangan semasa berdoa, Abu Musa alAsy’ari berkata: “Nabi S.A.W berdoa kemudian dia mengangkat tangannya dan aku melihat putih-putih pada kedua ketiaknya” (Riwayat Bukhari). Dalam hadis ini, perbuatan tersebut tercatat dalam hampir 100 hadis yang mana Rasulullah S.A.W mengangkat tangan ketika berdoa. Namun, situasi dan lafaz yang digunakan dalam setiap hadis berbezabeza, walaupun semua mengatakan bahawa baginda mengangkat tangan ketika solat. Oleh itu, perbuatan mengangkat tangan ketika solat adalah mutawatir hanya dalam pengertian hadis, tidak termasuk lafaznya. M U A T A W A T I R M A K N A W I


Kedudukan danhukum Hadis Mutawatir 1 2 Memahami Kedudukan HadisMutawatir diyakini akan kewujudannya dan penghasilan ilmu daripada hadis mutawatir juga diyakini dalam Ulum al-Hadis (dharuri). di sisi para ulama Hadis. Ilmudiperolehdaripadahadis mutawatir menghasilkan keyakinan yang tidak boleh dipertikaikan 3 Kedudukanhadismutawatir adalah sama seperti al-Quran yang penyampaian kepada kita semua adalah sama iaitu secara mutawatir. 4 Kesepakatanulamamengatakan bahawa hadis mutawatir diterima sepenuhnya tanpa perlu diteliti keadaan perawinya, cukup dengan kebenaran nisbah pada jumlah perawi tersebut sepertimana pengetahuan kita pada wujudnya sesebuah tempat seperti Makkah al-Mukarramah, Madinah alMunawwarah, Cairo, Damsyik dan Baghdad tanpa perlunya akan penelitian dan pengkajian kerana umumnya sudah terbukti kesahihannya.


RUJUKAN Faslul Rahman, S. (n.d.). HADIS MUTAWATIR DAN AHAD. Www.academia.edu. Diperoleh Mac 11, 2022, dari https://www.academia.edu/36502197/HADIS_MUTA WATIR_DAN_AHAD Mahfud, A. (n.d.). Makalah Hadist Mutawatir. Www.academia.edu. Diperoleh Mac 11, 2022, dari https://www.academia.edu/33006238/Makalah_Hadi st_Mutawatir Pengantar Studi Ilmu-Hadits | PDF. (n.d.). Scribd. https://www.scribd.com/document/394630864/Peng antar-Studi-Ilmu-hadits Yuslem, N. (2001). Ulumul Hadis. PT. Mutiara Sumber Widya.


Click to View FlipBook Version