The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SEMSIS, 2021-04-22 22:21:25

BUKU ATURCARA MESYUARAT PIBG SMK SUNGAI ISAP KUANTAN KALI KE -18 DAN 19 BAGI TAHUN 2020 DAN 2021

PIBG SMK SUNGAI ISAP KUANTAN

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN HALAMAN
1 Kata Alu – aluan Yang Dipertua PIBG 1
2
2 Sekapur Sirih Seulas Pinang Tuan Pengetua 3

3 Atur Cara Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 18 4
dan ke – 19 5

4 Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2018/2019 dan 2019/2020 7
5 Ahli Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali 13
15
Ke – 18 dan Ke – 19 22
23
6 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 17 Tahun 2019
24
7 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Tahun 2019 25
31
8 Penyata Kewangan Tahun 2019 32
33
9 Agenda Mesyuarat Agung Kali Ke-19 34

10 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 18
*akan diberi selepas selesai Mesyuarat Agung PIBG kali ke
– 18 .

11 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Tahun 2020

12 Penyata Kewangan Tahun 2020

13 Usul / Cadangan

14 Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022

15 Catatan
16 Sekalung Penghargaan

i

Kata alu – aluan

YDP PIBG SMK SUNGAI ISAP

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama
dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-18 dan ke - 19. Saya
mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan tahniah kepada semua guru, warga
sekolah, PIBG dan anggota pelaksana yang telah berusaha gigih menyumbang tenaga
dan usaha sepanjang tahun 2020 dan 2021 dalam memastikan SMK Sungai Isap terus
cemerlang dalam mengharungi wabak pandemik Covid-19, semoga wabak ini terus
hilang dari muka bumi dan kita semua terhindar darinya.

Sebagaimana yang telah diamanahkan kepada saya dan ahli jawatankuasa PIBG yang
lain yang sememangnya telah berusaha dan bekerjasama dalam melaksanakan pelbagai
program , bagi menjadikan SMK Sungai Isap terus melakar kecemerlangan di PPD
Kuantan. Bersama berganding bahu dalam memastikan SEMSIS terus cemerlang di
dalam bidang akademik, kemenjadian murid dan kokurikulum. Sememangnya kerjasama
sebegitu amatlah di alu-alukan sesama kita dan diharapkan akan terus berkekalan untuk
tahun-tahun yang seterusnya.

Bergerak seiring dengan pembangunan sekolah dan menjadi penyumbang kepada
kecemerlangan sekolah. Saya berharap lebih banyak program dan aktiviti yang diusulkan
dan dilaksanakan bersama supaya produktiviti sekolah akan lebih terserlah.

Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah, PIBG serta anak-anak
pelajar yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Bersama-sama kita memerangi
COVID-19 dengan mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S. Kita jaga kita.

Sekian, terima kasih.

Abu Bakar bin Hamid 1
YDP PIBG
SMK Sungai Isap

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG 2
PENGETUA SMK SUNGAI ISAP

Assalamualaikum warohmatullahhi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Segala puji-pujian bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar

Nabi Muhammad SAW dan seterusnya kaum keluarga, para sahabat dan para tabiin.
Bersyukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnia-Nya, walaupun kita diduga dengan

Pandemik Covid-19, dapat juga kita menjalankan Mesyuarat Agung PIBG SEMSIS kali
ke-18 dan ke -19 dalam Norma Baharu. Kita mengadakan dua kali mesyuarat pada hari
yang sama disebabkan kita tidak dapat menjalankannya pada tahun lepas. Pada tahun
ini juga merupakan tahun pertama saya bersama-sama dengan tuan puan dalam
Mesyuarat Agung SEMSIS ini. Salam perkenalan dan salam pertemuan saya ucapkan.

PIBG ialah sebuah organisasi yang cukup signifikan dan penting terhadap
perkembangan sesebuah sekolah. Peranan dan tanggungjawab PIBG memberikan
kesan kepada kemajuan dan kecemerlangan sekolah. Kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat
Agung PIBG ini walapun secara maya membuktikan komitmen dan iltizam yang tinggi
terhadap sekolah ini.

Sering kali apabila disebut PIBG, ibu bapa lebih cenderung bertanggapan
bahawa barisan jawatankuasa (AJK) itulah PIBG. Namun, dalam konteks sebenar,
perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh semua ahli PIBG.
Kecemerlangan dan kegagalan PIBG bukan terletak sepenuhnya kepada AJK sahaja,
tetapi ia bersandarkan sumbangan daripada ahli-ahli. Kepakaran, kebolehan dan
kelebihan yang ada pada ahli-ahli itulah aset sebenar persatuan ini. Itulah modal insan
yang harus digarap bagi memajukan PIBG. Justeru, marilah kita bersatu hati dan
bersama-sama berperanan sebagai penggerak dalam memacu PIBG menjadi lebih
efisien demi kecemerlangan anak-anak.

Insya-Allah, berkat usaha gigih, kerja sepasukan, berlandaskan hala tuju yang
bertemakan ‘Usaha Terbaik, Hasil Terbaik’, kita berharap SEMSIS akan terus menjadi
yang terbaik dalam pelbagai bidang sama ada bidang Akademik, Kokurikulum mahupun
Bina Insan. Di samping itu, kita merancang untuk terus melaksanakan tugasan sebaik
mungkin bagi memastikan hasil yang diperolehi juga adalah terbaik.

Akhir kata, tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa PIBG dan pihak-pihak lain
yang telah berusaha bersungguh-sungguh merancang, mengelola dan melaksanakan
mesyuarat ini dengan jayanya. Harapan saya, SEMSIS akan terus cemerlang dan
dikenali dengan kehebatannya, di samping terus menjadi sekolah tumpuan sebagaimana
yang dikehendaki sebagai ‘Magnetic School’. Insya-Allah.

Usaha Terbaik, Hasil Terbaik
Sekian, terima kasih.
NAZARUDIN BIN MOHD YUSOF
Pengetua SMK Sungai Isap

ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE – 18 DAN KE - 19

08.00 pagi : Pendaftaran Ibu bapa / Penjaga / Guru T1-T5 2020 Sertai GM @ Youtube
08.30 pagi : Ucapan Alu – aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
09.25 pagi : Ucapan Pengetua (Laporan Sekolah) oleh En Nazarudin bin Mohd Yusof
10.00 pagi
10.10 pagi ( Pengetua SMK Sungai Isap )
10.30 pagi : Ucapan Aluan oleh En Abu Bakar bin Hamid
12.40 tghri
01.00 ptg ( YDP PIBG SMK Sungai Isap)
: Ucapan dan Perasmian oleh En Azman Bin A. Latiff

( Timbalan PPD – Pengurusan sekolah)
: Mesyuarat Agung Kali Ke – 18 bermula
: REHAT / TAYANGAN VIDEO
: Pendaftaran Ibu bapa / Penjaga / Guru T1-T5 2021 Sertai GM @ Youtube
: Mesyuarat Agung Kali Ke – 19 bermula
: Ucapan Penangguhan
: Majlis Bersurai

3

AHLI JAWATANKUASA PIBG
SESI 2019/2020 DAN 2020/2021

Penasihat : Encik Nazarudin bin Mohd Yusof

Yang DiPertua : En Abu Bakar bin Hamid

Naib Yang DiPertua : Encik Mohamad Nasri bin Ahmad

Setiausaha : Pn Zuryaty binti Mohamed Zahid

Naib Setiausaha : Pn Mastura binti Idris

Bendahari : Encik Mustafa Kamal bin Mat Nayan

AJK Ibu Bapa / Penjaga AJK GURU

➢ EN MOHD NIZAM BIN MOHD ➢ EN MOHD RAIFUDDIN BIN
YUNUS ROZALI

➢ PN SAPURI BT MOHAMAD ➢ PN ROSMINAH BINTI HASAN
➢ PN ZAIMAH BT IBRAHIM ➢ PN SABARIAH BINTI MALEK
➢ PN ZABARIAH BT OMAR ➢ PN MAIZAN BINTI ISMAIL
➢ PN ZARINA BT ALI
➢ PN IZA ZULIANA BT MOHD IDRIS

Pemerisa Kira- kira

➢ PN RUSMINA BINTI ABD. RASHID
➢ PN NORAINI BINTI HARUN

4

JAWATANKUASA KERJA

MESYUARAT AGUNG
KALI KE – 18 DAN KE -19

Penasihat : Encik Nazarudin bin Mohd Yusof ( PENGETUA )
Pengerusi : Encik Abu Bakar bin Hamid ( YDP PIBG )
Naib Pengerusi : En Mohamad Nasri bin Ahmad ( NYDP PIBG )
Setiausaha : Pn Zuryaty binti Mohamed Zahid
Naib setiausaha : Pn Mastura binti Idris
Bendahari : En Mustafa Kamal bin Mat Nayan

PENGURUSAN MAJLIS / FLOOR MULTIMEDIA
MANAGER
En. Muhammad Hafizan bin Othman
En Mohd Dasir Bin Omar
PENGACARA MAJLIS
PUBLISITI En Ramli bin Ibrahim
En. Muhammad Hafizan bin Othman
YOUTUBE LIVE
En Mohd Nizam bin Mohd Yunus En. Muhammad Hafizan bin Othman

USUL DAN CADANGAN En. Adli Hafiz bin Mohamad
Pn Zuryaty binti Mohamed Zahid BACAAN DOA

Pn Izazuliana binti Mohd Idris En Mustafa Kamal bin Mat Nayan
En Mohamad Nasri Bin Ahmad
PEMILIHAN AJK PIBG PENCATAT MINIT
Pn Laily Zuraida bt Wan Abd. Ghani Pn. Maizan binti Ismail

Pn. Sabariah binti Malek Pn. Noor Ashikin binti Mohd Sukri

JEMPUTAN IBU BAPA Pn Siti Hajar binti Mahmud Affandi
Pn Siti Ramlah binti Sapei Pn Nor Aini binti Dolah
Pn Zaimah binti Ibrahim
RAKAMAN PERISTIWA
Semua Guru Kelas En. Adli Hafiz bin Mohamad

TEKS UCAPAN SIJIL
Pn Radziah binti Lebai Habib Pn. Rosminah binti Hasan
Pn Sapuri binti Mohamad
HOST
En. Muhammad Hafizan bin Othman LAPORAN PROGRAM
Pn. Mastura binti Idris
BUKU PROGRAM

Pn Zuryaty binti Mohamed Zahid

Pn. Rosminah binti Hasan

5

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 18
Agenda Mesyuarat :-
- Ucapan Pengerusi
- Ucapan Penasihat
- Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung

PIBG Kali Ke – 17 tahun 2019
- Membentang dan Menerima Laporan Tahunan Tahun 2019
- Membentang, Menerima dan Mengesahkan Penyata

Kewangan Tahun 2019

6

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE – 17
TAHUN 2019

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ISAP
25150 KUANTAN PAHANG

Tarikh MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SUNGAI ISAP
Hari KALI KE – 17 SESI 2019
Masa
Tempat : 16 Mac 2019
Agenda : Sabtu
: 2.30 Petang
: Dewan Bestari SMK Sungai Isap
:

1. Ucapan alu- aluan Yang Dipertua PIBG sesi 2018/2019
2. Ucapan Penasihat
3. Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-

16 SMK Sungai Isap
4. Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2018/2019
5. Membentangkan dan menerima Penyata Kewangan PIBG sesi

2018/2019
6. Pembentangan dan perbincangan usul / cadangan
7. Hal –hal Lain
8. Ucapan penangguhan
9. Bersurai

1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG
1.1 Encik Abu Bakar Bin Hamid selaku YDP PIBG SMK Sungai Isap
memulakan mesyuarat dengan menyampaikan ucapan salam serta
merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian semua ibu bapa dan guru
yang dapat meluangkan masa hadir dalam suasana yang berlainan
mesyuarat pada kali ini. Kebiasaannya , mesyuarat agung diadakan pada
sebelah pagi tetapi berbeza pada hari ini diadakan pada sebelah petang.
1.2 Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan,
sokongan dan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak sekolah dalam
membantu PIBG menjayakan program-program yang telah dijalankan.

7

2.0 Ucapan Penasihat 8
2.1 En. Azmi Bin Othman, Pengetua SMK Sungai Isap mengucapkan
syukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnia dan keizinan-Nya, pada tahun ini
sekali lagi kita dapat merealisasikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) SMK Sungai Isap ( Semsis ) kali ke-17. Terima kasih
kepada YB Dato’ Sri Haji Ishak Bin Haji Muhamad selaku Yang Dipertua
Persatuan Kebajikan Anak Yatim Pahang ( PERKAYA ) atas kesudian
beliau menghadiri dan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ini.
2.2 Tuan Pengetua menyatakan guru-guru Semsis membantu pelajar-
pelajar miskin dengan memberi sumbangan berbentuk sarapan setiap hari
di kantin. Guru-guru telah menaja makanan kepada pelajar yang kurang
berkemampuan iaitu seramai 20 orang pelajar yang mendapat makanan
percuma. Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada YB Dato’ Sri
Haji Ishak Bin Haji Muhamad kerana menyumbang sebanyak RM2000
untuk membantu pelajar-pelajar miskin ini. Ini adalah salah satu usaha
tarbiah mendidik anak-anak SEMSIS.
2.3 Berkat usaha gigih, komitmen dan kolaboratif semua pihak,
SEMSIS telah berjaya melakukan transformasi dalam perbagai bidang.
Berlandaskan hala tuju yang bertemakan Pendidikan Berkualiti Anak
Didik Terpuji, Semsis telah berjaya mengorak langkah dalam pelbagai
bidang akademik, kokurikulum dan Bina Insan.
2.4 Projek CDPI (Cakna Data Peduli Insan) merupakan satu inisiatif
untuk meningkatkan pencapaian akademik Semsis. Dalam majlis Aku Janji
yang telah diadakan menjelaskan tentang KPI iaitu target dan peduli insan.
Dialog prestasi juga sering diadakan iaitu dialog dalam sesi 5 minit selepas
perhimpunan rasmi setiap minggu. Ini merupakan satu bentuk cakna data
mengenai pelajar yang mempunyai markah terendah dan tertinggi.
2.5 Inisiatif lain yang diberi fokus ialah isu kehadiran dan disiplin dilihat
menimbulkan impak yang positif kepada keberhasilan pelajar. Justeru,
Program Sifar Ponteng yang bertemakan Rajin Datang Ke Sekolah Ilmu
Datang Mencurah dilaksanakan bagi mengatasi isu tersebut. Impaknya, isu
kehadiran dan disiplin pelajar berjaya dilonjakkan keberhasilannya pada
tahun 2018 dengan kedudukan ranking kehadiran SEMSIS adalah pada
kedudukan ke-13 daripada 46 buah sekolah di daerah Kuantan.
2.6 Seiring dengan anjakan paradigma yang berlaku, SMK Sungai Isap
telah dijenamakan semula dengan nama “SEMSIS”. Dua huruf kedua dan

ketiga yang berwarna merah iaitu ‘EM’ adalah merujuk kepada ‘Excellence
Movement’ yang membawa maksud ‘Bergerak Seiring Kecemerlangan’.
Program Kecemerlangan telah dirancang dan digerakkan bagi
meningkatkan kecemerlangan pelajar SEMSIS. Antara program yang
dijalankan ialah Program Mutiara merupakan program jangka panjang
pencetus untuk menambah bilangan pelajar yang cemerlang. Pelajar-
pelajar mutiara ini diberi sumbangan buku rujukan secara percuma
sebanyak RM200, Program Masih Ada Sinar (MAS), Program Aku Janji
Pelajar SPM dan PT3 dan Program KC (Keluarga Cakna).
2.7 Seterusnya, berkat kolaboratif guru-guru dan ibu bapa, Semsis telah
membudayakan amalan terbaik dalam bidang akademik, kokurikulum dan
sebagainya. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, Semsis telah
berjaya mencapai keputusan yang membanggakan. Keputusan SPM
menunjukkan berlaku peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Seramai
25 orang pelajar telah memperoleh keputusan 5A ke atas berbanding
hanya 11 orang pelajar pada tahun lepas. Keputusan ini membolehkan
Semsis berada di ranking ke-16 daripada 46 buah sekolah di daerah
Kuantan. Semsis juga mengorak langkah dalam bidang kokurikulum di
mana 2 orang pelajar berjaya mencipta kejayaan dalam acara menembak
di SUKMA dengan pencapaian 1 emas dan 2 perak. Acara olahraga juga
berjaya memperoleh 4 emas, 3 perak dan 9 gangsa di Kejohanan Sukan
Daerah Kuantan yang menempatkan Semsis di ranking ke-6 daripada 46
buah sekolah Daerah Kuantan. Kejayaan demi kejayaan ini bersandarkan
sokongan dan sumbangan daripada kepakaran, kebolehan dan kelebihan
yang ada pada semua pihak.
2.8 Akhir kata, Pengetua mengambil kesempatan ini menyeru kepada
PIBG sekolah dapat bergerak secara aktif dan terancang agar
kewujudannya dapat memberi sumbangan bermakna ke arah kemenjadian
dan kecemerlangan warga Semsis. Di kesempatan ini juga, Pengetua
mengucapkan ribuan terima kasih kepada para tetamu khususnya ibu bapa
yang sanggup datang ke Mesyuarat Agong PIBG kali ini. Penglibatan ibu
bapa sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada kecemerlangan
pendidikan anak-anak Semsis. Terima kasih sekali lagi atas kerjasama
pihak pentadbir, guru dan PIBG dalam meningkatkan pencapaian sekolah
dari semasa ke semasa.

9

3.0 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 16
3.1 Pengerusi menjemput Pn Zuryaty Binti Mohamed Zahid selaku

setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat Agung PIBG SMK

Sungai Isap kali ke 16 sesi 2017/2018 untuk disemak dan diterima. Pn

Zuryaty membentang minit mesyuarat dan memohon semua yang hadir

merujuk dalam lampiran minit mesyuarat Agung PIBG kali ke - 16. ( muka

surat 14,15,16 dan 17)

Yang Dipertua PIBG memohon semua merujuk minit mesyuarat dan

mengemukakan jika ada sebarang persoalan dan boleh membuat

pengesahan.

3.1.1 Pengesahan minit mesyuarat

Pencadang : Pn Rashidah Binti Mohamad Rahim

Penyokong : Pn Noraziah Binti Osman

4.0 Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG kali ke- 16

4.1 Setiausaha PIBG , Pn Zuryaty Binti Mohamed Zahid telah

membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG SMK Sungai Isap

bagi tahun 2018 ( rujuk buku program muka surat 18 )

4.2 Laporan diterima sebulat suara.

Dicadangkan oleh : Pn Noraziah Binti Osman

Disokong oleh : Pn Rashidah Binti Mohamad Rahim

5.0 Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG
5.1 Pengerusi menjemput Bendahari PIBG En Idris Bin Wahab
membentangkan laporan penyata kewangan PIBG bagi tahun 2018.
En Idris memohon semua yang hadir merujuk minit mesyuarat(muka
surat 21, 22, 23) Jumlah kutipan dana sumabangan PIBG untuk
tahun 2018 ialah sebanyak rm 105,905.00.
5.1.1 Pengesahan Penyata Kira-Kira atau Kunci Kira-kira
Pn Zaiton binti Mohammad mempersoalkan tentang kutipan
bayaran untuk majalah sekolah tetapi di dalam penyata tidak
dinyatakan.
En Idris memberi maklum balas bahawa kutipan untuk
majalah yang akan diedarkan pada tahun ini apabila siap
cetakan untuk satu keluarga satu majalah
En Wan Ahmad Shamsudin juga memberi maklum balas
bahawa majalah sekolah merupakan satu tanda ingatan
pelajar berada di sekolah. Tidak diwajibkan tetapi disarankan
satu buah majalah untuk satu keluarga.
5.2 Laporan kewangan telah diterima .
Pencadang : Pn Kamzuzi Binti Che Fauzi
Penyokong : Pn Rashidah Binti Mohamad Rahim

6.0 Pembentangan dan Perbincangan usul/cadangan 10
6.1 Sebanyak 2 usul telah diterima dan dibahaskan .
6.2 Usul yang dibahaskan adalah seperti berikut :
6.2.1 En. Abu Bakar bin Hamid mencadangkan kutipan sumbangan

PIBG dan Dana Kecemerlangan bagi tahun 2018 dikekalkan untuk

tahun 2019. 11
Sumbangan PIBG ( sumbangan setiap satu keluarga ) – RM 70
Dana Kecemerlangan Tingkatan 1 , 2 dan 4 – RM 50
Dana Kecemerlangan Tingkatan 3 – RM 100
Dana Kecemerlangan Tingkatan 5 – RM 150
Keputusan : Usul diterima sebulat suara.
6.2.2. En. Mohamad Nasri bin Ahmad mencadangkan penerbitan
buletin diteruskan untuk tahun 2019. Beliau mencadangkan agar kos
penerbitan buletin sekolah dibiayai oleh sumbangan ibu bapa
dengan kadar RM 20 bagi setiap satu keluarga. Sumbangan ini
dimasukkan ke dalam akaun PIBG SMK Sungai isap.
Keputusan : Usul diterima sebulat suara.

6.3 En Mohamad Nasri Bin Ahmad, NYDP PIBG membaca cadangan
daripada ibu bapa dengan merujuk lampiran pernyataan cadangan
dan usul (buku program muka surat 30). Cadangan barkaitan
menyediakan pondok menunggu untuk anak-anak sementara
menunggu ibu bapa yang dibincangkan. Perbincangan AJK PIBG
mengenai cadangan ini telah bersepakat membuat pondok
menunggu ini secara gotong royong.
Cadangan kos pembinaan pondok tersebut dibiayai oleh
sumbangan dari Ibu bapa . Kutipan dana untuk pembinaan pondok
ini mengikut kemampuan ibu bapa. Pihak PIBG dan pihak sekolah
tiada paksaan . Cik Nik Nor mencadangkan agar RM 50 untuk
setiap keluarga. Cadangan lain untuk sumbangan untuk pembinaan
pondok ialah Pn Haslina ialah sebanyak RM 20 dan Pn Noraizah
sebanyak RM 10 dan Pn Heronita binti Mohd Yasin mencadangkan
RM10 setiap pelajar.

Keputusan : Kos pembinaan pondok adalah dari sumbangan minimum RM 10 bagi
setiap keluarga. Sekiranya ada yang ingin memberi sumbangan
lebih amatlah dialu- alukan.

7.0 Hal-hal lain
Tiada

8.0 Ucapan Penangguhan
8.1 En. Abu Bakar Bin Hamid selaku YDP mengucapkan terima kasih di

atas kerjasama ibu bapa dan guru dalam menjayakan mesyuarat
agung PIBG SMK Sungai Isap kali ke - 17. Pengerusi menyerahkan
kepada Pengetua untuk memberi ucapan penangguhan.
8.2 Pengetua mengucapkan terima kasih di atas kehadiran seramai 180
orang ibu bapa pada hari ini. Mengenai kumpulan ‘What Apps’
Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 jadikan tempat untuk perbincangan
fokus kepada peperiksaan, saling bertukar-tukar pendapat,
mewujudkan inspirasi dan persaingan positif antara pelajar .
Tuan Pengetua menyarankan bagi Program Keluarga Cakna ( KC ),
ibu bapa boleh menghantar gambar gaya pelajar belajar di rumah
sebagai bukti dan memberi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain
.Seramai 86 orang calon SPM telah membudayakan belajar setiap
malam di rumah.
Berdasarkan kepada keputusan SPM 2018 , 25 orang mendapat
keputusan SPM 5A dan ke atas menjadi TOV atau titik permulaan
kepada calon SPM pada tahun ini untuk melakar kejayaan dalam
SPM 2019. Usaha semua pihak akan menyumbang ke arah sekolah
yang lebih cemerlang.
8.3 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 bagi tahun 2019 ditangguhkan
pada jam 5.07 petang.

Dicatat oleh :
1. Pn Yusnizar binti Mansor
2. Pn Norasyikin binti Mohd Sukri
3. Pn. Siti Mardiyah binti Majid

Disediakan oleh : Disemak oleh :

----------------------------------------------- -----------------------------------
PN ZURYATY BINTI MOHAMED ZAHID EN. ABU BAKAR BIN HAMID
Setiausaha Kehormat PIBG Yang Dipertua PIBG
SMK Sungai Isap SMK Sungai Isap

12

LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG
TAHUN 2019

Aktiviti – aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2019

1. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG
2. Sumbangan untuk aktiviti – aktiviti anjuran sekolah

a) Kurikulum

• Majlis Anugerah Kecemerlangan
• Kem Sains
• Makan Minum Pelajar Peperiksaan SPM
• Bengkel Lulus Fizik
• Majlis Restu Ilmu PT3
• Seminar PT3
• Jamuan Majlis Graduasi
• Seminar Polus SPM
b) Kokurikulum

• Aktiviti kecemerlangan Kokurikulum
• Pembangunan Bola Baling
• Kelab Bola
• Projek Gym
• Bola MSSD Zon Perkasa
• Kanopi
• Seminar Kepimpinan Antarabangsa

c) Hal Ehwal Murid

• Kursus Pengucapan Awam
• Apresiasi Kecemerlangan HEM
• Program Inovasi Ting 3
• Kursus sukarela Briged Bakti

13

d) Keceriaan dan Pembangunan
• Keceriaan kelas – kelas dan Pusat Sumber ( 29 buah )
• Taman Payung
• Pondok Orkid
• Pokok -Pokok bunga Pagar Utama
• Laluan Minda Sihat

e) Kebajikan
• Ziarah Cakna – HTAA
• Sumbangan bencana

f) PIBG
• Seminar Motivasi untuk Pelajar
• Program Ihya’ Ramadhan
• Iftar Ramadhan
• Jamuan Hari Raya
• Kelas Tahfiz
• Baiki lampu – lampu kelas
• Tempat menunggu

14

PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR
DISEMBER 2019

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ISAP KUANTAN

Laporan Pemeriksa Kira-kira Mengenai Penyata Kewangan
Bagi Tahun Berakhir pada 31 Disember 2019

Kami telah memeriksa Akaun Persatuan Ibubapa dan Guru, Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungai Isap Kuantan bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2019
dan telah mendapatkan semua maklumat-maklumat dan penjelasan yang
dikehendaki oleh kami.
Pada pendapat kami, kunci kira-kira dan Akaun Penerimaan dan Pembayaran
telah disediakan dengan cara yang betul bagi menunjukkan keadaan yang benar
dan munasabah mengenai kedudukan kewangan Persatuan Ibubapa dan Guru,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Isap Kuantan bagi tahun berakhir 31
Disember 2019

------------------------------------ ---------------------------------------
(NORAINI BINTI HARUN) (RUSMINA BINTI ABD. RASHID)
Pemeriksa Kira-kira
Persatuan Ibubapa dan Guru Pemeriksa Kira-kira
SMK Sungai Isap Kuantan Persatuan Ibubapa dan Guru
SMK Sungai Isap Kuantan

15

16

17

18

19

20

21

MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE - 19

AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE -19

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat
3. Membentang dan Mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke - 18
4. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG Tahun 2020
5. Membentang, Menerima dan Mengesahkan Penyata Kewangan Berakhir 31

Disember 2020
6. Membahaskan Usul
7. Hal-hal Lain
8. Pembubaran Jawatankuasa PIBG SMK Sungai Isap Sesi 2019/2020 dan

2020/2021
9. Pelantikan Pengerusi Sementara
10. Pemilihan Jawatankuasa PIBG SMK Sungai Isap Sesi 2021- 2022
11. Ucapan Penangguhan

22

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI
KE – 18

TAHUN 2020
TARIKH : 24 APRIL 2021

MASA : 10.30 PAGI
TEMPAT : DI KEDIAMAN MASING – MASING

SECARA ATAS TALIAN
Catatan : Akan di beri selepas selesai Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 18

23

Laporan Tahunan PIBG

TAHUN 2020

Aktiviti – aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2020

1. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG

2. Sumbangan untuk aktiviti – aktiviti anjuran sekolah

a) Kurikulum
▪ Majlis Pemuafakatan Ibu bapa Ting 5
▪ Gilap Cemerlang
▪ LCD screen
▪ Bahan PDPR

b) Kokurikulum
▪ Sumbangan atlet Merentas Desa
▪ Alatan gym
▪ Kanopi Olahraga
▪ Persiapan padang

c) Hal Ehwal Murid
▪ Program Kelas Ceria
▪ Makanan pelajar SPM 2019

d) Keceriaan dan Pembangunan
▪ Keceriaan surau
▪ Keceriaan Pusat Sumber
▪ Taman Herba

e) Kebajikan

▪ Peti pertolongan cemas

f) PIBG
▪ Banting pelbagai kata – kata hikmah
▪ Minuman bagi sukan olahraga
▪ Lawatan Pelajar ke MCKK
▪ Sistem siaraya sekolah
▪ Baik Pulih Tandas
▪ Pembelian cat
▪ Baiki atap bocor

24

LAPORAN PENYATA KEWANGAN

BERAKHIR

31 DISEMBER 2020

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ISAP KUANTAN

Laporan Pemeriksa Kira-kira Mengenai Penyata Kewangan
Bagi Tahun Berakhir pada 31 Disember 2020

Kami telah memeriksa Akaun Persatuan Ibubapa dan Guru, Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungai Isap Kuantan bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2020
dan telah mendapatkan semua maklumat-maklumat dan penjelasan yang
dikehendaki oleh kami.
Pada pendapat kami, kunci kira-kira dan Akaun Penerimaan dan Pembayaran
telah disediakan dengan cara yang betul bagi menunjukkan keadaan yang benar
dan munasabah mengenai kedudukan kewangan Persatuan Ibubapa dan Guru,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Isap Kuantan bagi tahun berakhir 31
Disember 2020

------------------------------------ ---------------------------------------
-
(NORAINI BINTI HARUN) (RUSMINA BINTI ABD. RASHID)
Pemeriksa Kira-kira Pemeriksa Kira-kira
Persatuan Ibubapa dan Guru Persatuan Ibubapa dan Guru
SMK Sungai Isap Kuantan SMK Sungai Isap Kuantan

25

26

27

28



30

USUL / CADANGAN
DARIPADA AJK PIBG , IBU BAPA DAN

PENJAGA 2021

NAMA : En Abu Bakar Bin Hamid ( AJK PIBG )
USUL / CADANGAN : Mencadangkan agar kutipan sumbangan PIBG dan Dana Kecemerlangan
yang berikut dikekalkan bagi tahun 2021.
PIBG – RM 70 ( Sumbangan setiap satu keluarga )
Dana Kecemerlangan Ting 1 , 2 dan 4 – RM 50
Dana Kecemerlangan Ting 3 – RM 100
Dana Kecemerlangan Ting 5 – RM 150
KEPUTUSAN :

NAMA : Pn Samsida binti Mahusin
USUL / CADANGAN : Kurangkan pembayaran PIBG disebabkan tahun lepas tiada apa – apa
aktiviti kerana PKP
Penjelasan oleh YDP PIBG , En Abu Bakar bin Hamid

NAMA : Pn Wan Azlina binti Wan Ishak
USUL / CADANGAN : Selaraskan masa waktu pelajar balik.

Penjelasan oleh GPK 1 , En Mohd Dasir Bin Omar

NAMA : En Norhairul Nizam bin Awg Malek
USUL / CADANGAN : Menyediakan ruang petak kenderaan untuk menurunkan pelajar dan
tidak membenarkan ibu bapa menunggu di ruang tersebut bagi mengelakkan kesesakan di pintu
pagar sekolah

Penjelasan oleh Tuan Pengetua, En. Nazarudin bin Mohd Yusof

31

PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA
SESI 2021 /2022

PENGERUSI 1.
NAIB PENGERUSI 2.
AJK IBU BAPA 3.
4.
AJK GURU 5.
6.
PEMERIKSA KIRA - KIRA 1.
2.
3.
4.
5.
1.
2.

32

CATATAN

33

SEKALUNG PENGHARGAAN

Yang Dihormati Encik Mat Janudin bin Jamrin
( SIP+ PPD Kuantan )

En. Nazarudin bin Mohd Yusof
( Pengetua SMK Sungai Isap)

En Abu Bakar bin Hamid
( YDP PIBG SMK Sungai Isap )
En Mohamad Nasri bin Ahmad
( NYDP PIBG SMK Sungai Isap )
Guru – guru Penolong Kanan
AJK – AJK PIBG SMK Sungai Isap

Semua Guru
Semua Ibu Bapa / Penjaga
Serta kepada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung

dalam menjayakan

Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 18 dan ke -19

34

35

34


Click to View FlipBook Version