The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jqanitah, 2020-07-08 04:20:07

Laporan Perjumpaan Kelab Kebudayaan 2020

Laporan Pertemuan Kelab Kebudayaan 2020

Keywords: Kebudayaan

REKOD KEHADIRAN PELAJAR

Laporan Pertemuan
Kelab Kebudayaan 2020

21 Januari 2020 P ada minggu pertama pertemuan, kehadiran ahli adalah
Selasa
5.15 – 6.30 petang baik. Aktiviti yang dilakukan adalah pengenalan dan
Bilik Kebudayaan pengisian kelab kebudayaan. Bagi kemasukan ahli-ahli baru,
pengenalan yang dilakukan dapat memberi maklumat umum
berkaitan alat-alat permainan tradisional & moden yang
boleh dipelajari.

K ehadiran ahli senior dari Tingkatan 5 juga membantu

dalam menyampaikan maklumat & pengalaman selama
mengikuti kelab kebudayaan. Pelajar juga dimaklumkan
tentang peluang untuk mengembangkan bakat terutamanya
dalam permainan alat gamelan melalui penyertaan ke Festival
Seni MRSM SeMalaysia (FESMA) yang dianjurkan pada
setiap tahun.

Laporan Pertemuan
Kelab Kebudayaan 2020

28 Januari 2020 P ada minggu kedua pertemuan, kehadiran ahli juga
Selasa
5.15 – 6.30 petang adalah baik. Aktiviti yang dilakukan adalah pelantikan ahli
Bilik Kebudayaan jawatankuasa (ajk) kelab kebudayaan bagi tahun 2020.
Pelantikan adalah bagi menggantikan kedudukan ajk sesi
2019.

A hli-ahli memberi kerjasama yang baik dan lantikan

dapat diselesaikan dalam tempoh pertemuan. Ajk setiap
tingkatan mengikut jantina dilantik bagi memudahkan
pengurusan berkaitan kelab.

A jk-ajk senior terutamanya dikalangan pelajar Tingkatan

5 membantu menguruskan sesi lantikan ajk baru dengan
lancar.

Laporan Pertemuan
Kelab Kebudayaan 2020

04 Februari 2020 P ada minggu ketiga pertemuan, kehadiran ahli adalah
Selasa
5.15 – 6.30 petang baik. Aktiviti yang dilakukan adalah mengenalpasti &
Bilik Kebudayaan meletakkan ahli-ahli terutamanya ahli-ahli baru mengikut
kecenderungan minat mereka terhadap sesuatu instrumen.

A hli dikelaskan kepada instrumen gamelan, gitar,

kompang & keyboard. Setiap instrumen diketuai oleh
beberapa ahli senior sebagai mentor untuk memberi tunjuk
ajar kepada mereka. Semua ahli menunjukkan reaksi yang
teruja & bersemangat kerana dapat merasai menggunakan
instrumen-instrumen yang diminati.


Click to View FlipBook Version