The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PJ010824 Low Jie Yee, 2023-09-18 20:40:42

Topik 2_Keutuhan Wacana Dlm PA

Topik 2_Keutuhan Wacana Dlm PA

Topik 2: Keutuhan Wacana Dalam Penulisan Akademik Pensyarah: Mej. Hj. Syakirin Bin Abd Ghani Email: [email protected] Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail GWP1042 PENULISAN AKADEMIK


Keutuhan Wacana Dalam PA Wacana adalah suatu teks atau bahan bacaan yang bermakna bagi pembaca. Wacana juga boleh diertikan sebagai unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat, ceraian, bab buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan.


Struktur Wacana “Wacana adalah satuan bahasa yang paling lengkap, lebih tinggi dari klausa dan perkataan” Fonem Morfem Kata Frasa Klausa Kalimat/ayat WACANA


Rumusan Definisi Wacana Henry Guntur Tarigan (1987), menyatakan bahawa wacana adalah satu bahasa yang paling lengkap, lebih tinggi dari klausa dan kalimat, memiliki kohesi dan koheransi yang baik, mempunyai awal dan akhir yang kelas, kesinambungan dan dapat disampaikan secara lisan atau tertulis.


Rumusan Definisi Wacana Asmah Omar (2009), menyatakan bahawa wacana adalah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis iaitu sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah yang menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi.


Ciri-Ciri Wacana Menurut Nik Safiah Karim (2003) dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, ciri-ciri dalam sebuah wacana yang utuh iaitu, 1. Kohesi (Tautan) 2. Koheren (Runtutan) 3. Tujuan Sesuatu Wacana 4. Penerimaan Oleh Pendengar Atau Pembaca, 5. Maklumat Yang Terkandung, 6. Keadaan Yang Mewujudkan Wacana 7. Interteks (peranan wacana–wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahami apa yang didengar atau dibaca)


Ciri-Ciri Wacana Kohesi (Tautan) • perhubungan erat, perpaduan atau kejelekitan • tautan yang merujuk aspek formal Bahasa dalam wacana atau teks • tautan wujud melalui keserasian hubungan antara satu perkataan dengan perkataan, frasa dengan frasa, ayat dengan ayat dalam wacana yang sama.


Ciri-Ciri Wacana Koheren (Runtutan/Kesinambungan) • berhubungan, bersangkut paut, ada kesinambungan atau keterikatan antara satu ayat dengan ayat lain dalam sesebuah wacana. • keserasian hubungan antara satu unsur dengan unsur yang lain dalam wacana hingga membentuk pengertian bermakna.


Ciri-Ciri Wacana Tujuan Sesuatu Wacana • semua PA dihasilkan dengan tujuan spesifik sebagai perkongsian bermakna dengan kumpulan pembaca tertentu. • tujuan penting sebagai acuan yang menentukan bentuk penulisan, bahasa yang digunakan dan isi kandungan yang disebarkan dalam wacana untuk berkongsi penemuan, rumusan, teknik atau inovasi daripada kajian yang dijalankan.


Ciri-Ciri Wacana Penerimaan Oleh Pendengar Atau Pembaca • penyampaian fakta secara sistematik atau mengemukakan isu secara spesifik akan memudahkan penerimaan pembaca. • tahap penerimaan pembaca dianggap tinggi apabila dapat memahami sepenuhnya wacana yang disampaikan dalam penulisan.


Ciri-Ciri Wacana Maklumat Yang Terkandung • maklumat perlu jelas, teratur dan teliti dalam skop persoalan atau tajuk yang dipilih. Keadaan Yang Mewujudkan Wacana • perlu kreatif dan mahir dalam merangkai ayat utama dan ayat lain bagi mewujudkan kesatuan ayat dalam perenggan.


Ciri-Ciri Wacana Interteks (peranan wacana–wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahami apa yang didengar atau dibaca) • pengetahuan sedia ada mengenai sesuatu perkara yang dibahaskan.


Keutuhan Wacana Tujuan Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai tujuan. Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif.


Keutuhan Wacana Penerimaan Sesuatu wacana sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.


Keutuhan Wacana Maklumat Setiap wacana mempunyai maklumat. Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan terdahulu. Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini. Contoh : (1) Puan Rita mengajar di sekolah menengah. (2) Sekolah itu sekolah berasrama penuh. Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan dalam ayat itu


Keutuhan Wacana Keadaan Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Ungkapan “Sila masuk”, misalnya, difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya. .


Wacana Baik dan Utuh Wacana yang baik dan sempurna dikenali sebagai Wacana Utuh. Terdapat beberapa aspek menghasilkan Wacana Yang Utuh iaitu : a) urutan atau koharen (kesinambunan idea bermakna) b) pertautan atau kohesi (keserasian unsur linguistik dengan linguitik yang lain) c) wujudnya penanda wacana dari segi semantik, fenologi, leksikal dan gramatik.


Hubungan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu : Hubungan di antara bahagianbahagian wacana dan kesatuan latar belakang semantik. Hubungan semantik antara bahagian-bahagian wacana melibatkan hubungan antara klausa atau ayat sahaja. Keutuhan Semantik


a. Hubungan semantik di antara bahagianbahagian wacana i. Hubungan Sebab dan Akibat . Contoh : Amir tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Dia gagal dalam peperiksaan. Dia sangat mengantuk. Dia tertidur. Keutuhan Semantik


a. Hubungan semantik di antara bahagianbahagian wacana ii. Hubungan Sebab Dan Tujuan. Contoh : Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya dalam pelajaran. Murid ini rajin. Ia mahukan kejayaan yang cemerlang. Keutuhan Semantik


a. Hubungan semantik di antara bahagianbahagian wacana iii. Hubungan Sebab Dan Hasil Contoh : Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Dia seorang pekerja gigih. Pendapatannya melebihi pendapatan seorang menteri. Keutuhan Semantik


a. Hubungan semantik di antara bahagianbahagian wacana iv. Hubungan alasan dan kesan Contoh : Gara-gara Ismail jalan lambat, saya tertinggal bas untuk pulang. Keutuhan Semantik


a. Hubungan semantik di antara bahagianbahagian wacana v. Hubungan syarat dan hasil Contoh : Jika anda bekerja keras. Anda akan berjaya dalam perniagaan nanti. Keutuhan Semantik


b. Hubungan semantik dari segi konteks latar wacana Contoh : Dia sudah Berjaya. Dia amat kaya sekarang. Perubahan hidupnya amat luar biasa. Keutuhan Semantik


Keutuhan Leksikal Berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan atau kosa kata yang serasi dan sesuai dengan makna yang ingin disampaikan. Cara memperoleh hubungan leksikal termasuk hubungan berdasarkan pembuka serta penutup, antonim, hiponim, kolokasi, sinonim, pengulangan unsur perkataan yang sama dan pengulangan yang digunakan dalam wacana. a. Pembuka serta Penutup (membentuk keutuhan leksikal - banyak dalam penulisan karya klasik dan surat rasmi


Keutuhan Leksikal b. Antonim : Perkataan Lawan Maksud Contoh : Wajah tampan dan buruk bukan pilihannya tetapi hati budinyalah yang paling penting. c. Sinonim : Perkataan Sama Maksud Contoh : Kumpulan BTS semakin dikenali. Hal ini tidak menghairankan kerana wajah anggota kumpulannya digilai ramai gadis.


Keutuhan Leksikal d. Hiponim Kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain. Contoh, Ali menjaga basikalnya dengan baik kerana itulah sahaja kenderaan yang dimilikinya.


Keutuhan Leksikal e. Kolokasi Hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dengan yang lain dalam satu susunan. Contoh : Setiap kaum di Malaysia mempunyai pakaian yang menunjukkan identiti mereka tersendiri. Baju Kurung, Baju Melayu, Cheongsam, Sari, Kurta serta Baju Kadazandusun, Bajau serta Murud menggambarkan masyarakat majmuk.


Keutuhan Leksikal f. Pengulangan kata yang sama : setiap perkataan diulang penuh tanpa perubahan Contoh : Ayah sangat menyayangi ibu. Kami juga amat menyayanginya.


Keutuhan Gramatikal Wacana berkualiti mesti memperlihatkan hubungan berdasarkan binaan tatabahasa dapat dilihat daripada penggunaan penanda gramatis seperti: a. Penanda Rujukan: rujukan terhadap kata ganti nama dalam B.Melayu kerana fungsinya menjadi rujukan dalam pembinaan wacana. Penggunaan kata ini menyebabkan makna yang cuba disampaikan lebih tepat dan wacana lebih rapi dan utuh. Contoh : Saya, Mokhtar dan Amin akan ke Kedah. Kami bertolak jam 8.00 pagi esok.


Keutuhan Gramatikal b. Penanda Penggantian Proses menggantikan unsur bahasa dengan unsur lain seperti kata nama, kata kerja dan klausa. Ia terdiri daripada : i. Penggantian nominal : penggantian terhadap kata nama atau frasa nama. Contoh : Salmah membeli sepasang kasut. Che Ani juga membeli sepasang.


Keutuhan Gramatikal ii. Penggantian verbal : penggantian terhadap kata atau frasa kerja. Contoh : Kemalangan jalan raya berlaku disebabkan pemandu yang mabuk. Perlakuan ini membahayakan pengguna jalan raya yang lain. iii. Penggantian klausa : penggantian sebahagian dari ayat. Contoh : Abang belum memakai seluar lagi. Dia menanti tiga puluh minit lagi untuk melakukannya. (ganti klausa)


Keutuhan Gramatikal c. Penanda Eliplis (Pengguguran) iaitu pelenyapan sesuatu perkataan atau rangkai kata untuk mengelakkan pengulangan sesuatu maklumat dalam ayat sebelumnya. Contoh: Usaha sebuah syarikat untuk menaikkan imejnya dapat dibahagikan kepada dua iaitu melalui majikan dan kakitangannya. Dalam kedua-dua pihak itu, media massa juga memainkan peranan menyampaikan maklumat.


Keutuhan Gramatikal d. Penanda Penghubung menjalinkan perkataan dengan perkataan, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa dan ayat dengan ayat. Faridah Nazir et al. (2014) menyenaraikan enam (6) jenis kata penghubung : i. Penghuraian (seterusnya, selain itu, sebaliknya) ii. Pengembangan idea (oleh itu, seperti, kerana) iii. Penambahan (sebelum, selepas, kemudian) iv. Tentangan (tetapi, namun, walau bagaimanapun) v. Penghubung musabab (kerana itu, oleh sebab) vi. Penghubung tempoh (pertama, kedua, kemudian)


Keutuhan Fonologi yang terdapat dalam sesuatu wacana melibatkan hentian suara, nada suara, dan intonasi suara. Intonasi dapat menimbulkan hubungan semantik di antara bahagian wacana. Intonasi berperanan penting sebagai penanda dan pemisah frasa dan pembeza struktur ayat, contohnya seperti ayat di bawah: 1. Malaysia negara yang aman. a. Negara yang aman, Malaysia (ayat penyata) b. Aman negara Malaysia? (ayat tanya) Keutuhan Fonologi


Hubungan wacana dari aspek fonologi berdasarkan hentian, intonasi atau nada suara. Unsur-unsur tersebut dapat membezakan sesuatu wacana. Contohnya hubungan antara ayat penyata, “ Dia sudah pergi ? ” “Dia sudah pergi” Perbezaan antara kedua-duanya wujud melalui nada suara semasa penutur menuturkannya. Keutuhan Fonologi


Keutuhan Fonologi Dalam wacana tulisan terdapat unsurunsur para linguistik iatu alat-alat yang digunakan untuk memperjelaskan persembahan wacana. Alat-alat tersebut ialah tanda baca seperti noktah, koma, tanda soal, titik bertindih dan sebagainya.


Keutuhan Fonologi Contoh : En. Khairul seorang yang penyabar (Ayat Penyata – intonasi suara mendatar) Boleh bersabar En. Khairul? (Ayat Tanya - intonasi suara meninggi) Dalam wacana lisan pula, ekspresi wajah , iaitu keadaan air muka serta gerakan tangan dan badan merupakan alat-alat untuk membantu memahami ujaran yang disampaikan.


Rumusan Wacana Menurut Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan Bahasa yang bertajuk “ Analisis Wacana “ menyatakan terdapat LAPAN unsur-unsur penting dalam wacana iaitu : 1.Satuan Bahasa 2.Terlengkap 3.Mengatasi Ayat Atau Klausa 4.Teratur Atau Tersusun Rapi 5.Berkesinambungan 6.Kohesi 7.Lisan Atau Tulisan 8.Awal Dan Akhir Yang Nyata.


Rumusan Wacana Unsur-unsur penting wacana yang dapat dilihat adalah seperti berikut: HAKIKAT WACANA Satuan Bahasa Terlengkap & Tertinggi Di Atas Ayat/Klausa Teratur Rapi/ Koheran Awal & Akhir Yang Nyata Lisan & Tulis Rasa Kohensi/ Rasa Kesepaduan Berkesinambungan


Sekian Terima Kasih


Rujukan Asmah Hj. Omar (1980). Analisis Wacana, dalam Jurnal Dewan Bahasa 24:3, hal. 11-25 dan 24:4, hal. 9-25. Tarigan, Henry Guntur (1995), Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: DBP. Wacana Bahasa Melayu(2009). [Online], [Diakses: 5 Januari 2014]. Boleh didapati: http://gurubahasamelayu.blogspot.com/ 2009/07/wacana-bahasa-melayu.html


Click to View FlipBook Version