PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021-2025 KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021 - 2025
© Kementerian Pengajian Tinggi 2021 Cetakan pertama, 2021 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, gambar dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa jua bentuk dan cara sama ada elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021 - 2025 ISBN 978-967-19529-1-7 ISBN 978-967-19529-1-7 9789671952917 Diterbitkan oleh: Kementerian Pengajian Tinggi No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 62200 Putrajaya Malaysia www.mohe.gov.my Reka bentuk dan dicetak oleh: D’FA Print Sdn. Bhd.
ISI KANDUNGAN 17 PENDAHULUAN 49 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 27 SITUASI SEMASA 77 PEMANTAUAN & PENENTU KEJAYAAN 39 ISU DAN CABARAN 83 PENUTUP
6 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 Mutiara Kata Menteri Pengajian Tinggi Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Kemunculan COVID-19 pada awal tahun 2020 telah membawa perubahan yang besar kepada kehidupan manusia dari pelbagai sudut. Ekonomi mula terjejas, pendidikan terkesan dan kita perlahanlahan mula mengadaptasi kepada norma baharu. Tidak dapat dinafikan, impak paling ketara kesan daripada virus ini adalah sebahagian besar aktiviti ekonomi terhenti dan mengakibatkan industri tidak dapat menjalankan operasi mereka. Ini menyebabkan industri kehilangan sumber pendapatan untuk menanggung kos pengoperasian, dan pada masa yang sama terpaksa mengurangkan bilangan pekerja. Dianggarkan kira-kira 1.25 billion tenaga kerja di seluruh dunia terkena tempias situasi ini. Di Malaysia sahaja seramai 2.4 juta dianggarkan hilang punca pencarian dengan 67 peratus daripadanya tergolong sebagai pekerja tidak mahir. Sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab melahirkan modal insan dan tenaga kerja untuk negara, keadaan ini ternyata memberikan cabaran yang besar kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Tanggungjawab untuk mempersiap bakal graduan dengan kemahiran baharu agar memenuhi keperluan semasa industri menjadi perkara yang amat kritikal. Hakikatnya, landskap pekerjaan telah berubah dan menuntut kaedah bekerja yang baharu.
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 7 Dalam hubungan ini, penghasilan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021 - 2025 dilihat sebagai respons strategik Kementerian yang tepat pada masanya. Strategi serta inisiatif bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dirangka secara komprehensif dengan matlamat untuk menghasilkan graduan yang kalis masa hadapan, holistik dan seimbang dengan nilai kebolehpasaran global. Tuntasnya, pelan yang berimpak tinggi ini wajar dijadikan panduan oleh semua institusi pendidikan tinggi di Malaysia dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan masing-masing. Menjadi harapan saya agar semua pihak memberikan kerjasama dan komitmen penuh dalam menjayakan aspirasi pelan strategik ini. Sesungguhnya, gabungan kepakaran akademia-industri dengan usaha pemerkasaan pelajar akan memperkukuh lagi ikhtiar untuk melonjakkan kadar kebolehpasaran graduan. Insya Allah. DR. NORAINI AHMAD Strategi serta inisiatif bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dirangka secara komprehensif dan holistik dengan matlamat untuk menghasilkan graduan yang kalis masa hadapan, holistik dan seimbang dengan nilai kebolehpasaran global.
8 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 Setitis Tinta Ketua Setiausaha Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021 - 2025 ditampilkan sebagai satu dokumen dasar yang menjadi panduan kepada institusi pendidikan tinggi di negara ini dalam menjayakan agenda kebolehpasaran graduan. Gagasan strategi dan inisiatif ke arah mencapai sasaran kadar kebolehpasaran graduan pada tahap 80% - 85% menjelang tahun 2025 digariskan satu per satu agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Terdapat empat strategi utama yang menjadi fokus pelan ini, iaitu pengukuhan kecemerlangan bakat; peluasan kerjaya pelajar; pemantapan pengajaran dan pembelajaran; serta pemerkasaan hubungan industri. Penetapan strategi-strategi ini adalah didasari analisis terperinci terhadap situasi serta isu dan cabaran semasa yang didepani bukan sahaja di peringkat Kementerian, tetapi juga ekosistem pendidikan tinggi negara secara keseluruhan.
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 9 Sesungguhnya, menjadi harapan Kementerian agar dokumen strategik ini dapat dihayati dan dipantau pelaksanaannya secara menyeluruh oleh pihak berkenaan. Syabas dan tahniah saya zahirkan kepada pihak yang telah bekerjasama merealisasikan penghasilan naskhah ini. Saya yakin pelan ini akan menjadi panduan dan rujukan inklusif dalam melonjakkan kebolehpasaran graduan, seterusnya melahirkan graduan yang lebih unggul dan kompetitif, Pelan Strategik ini dijadikan sebagai panduan utama oleh semua IPT dalam merencana pembangunan pelajar untuk tempoh lima tahun akan datang. DR. MAZLAN YUSOFF
10 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 VISI dan MISI Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 11 VISI Ke arah graduan holistik dan seimbang dengan nilai kebolehpasaran global MISI Melonjakkan kadar kebolehpasaran graduan melalui perkembangan bakat pelajar yang holistik, penyediaan ekosistem pembelajaran kondusif yang dibangunkan bersama industri dan berteraskan teknologi terkehadapan
12 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 PROSES PENYEDIAAN PSKG Penyediaan pelan ini adalah susulan daripada kajian semula The National Graduate Employability Blueprint 2012 - 2017. Kumpulan perbincangan yang terlibat merangkumi pakar bidang ekonomi, sumber manusia, pendidikan tinggi, pengurusan strategik, sains sosial, pengajian Islam dan bahasa. Kementerian juga turut mengadunkan semua pelan strategik dan kertas dasar di peringkat Kementerian seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi), Framing Malaysian Higher Education 4.0: Future-Proof Talent, Pelan Tindakan Keusahawanan dan Kertas Kajian Analisis Kebolehpasaran Graduan 2015 - 2019 bagi merangka konsep strategi, inisiatif dan aktiviti yang terkini selaras dengan situasi semasa. Lab (Penulisan Semula & Pemurnian) 65 Agensi Terlibat 50 Sesi Pembentangan & Pemetaan 42 Pelan strategik kebolehpasaran graduan dibangunkan secara kolaboratif melalui sesi libat urus dengan lebih 100 kumpulan perbincangan. Kumpulan ini terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan, pegawai fokal universiti, kementerian dan jabatan kerajaan, agensi, badan berkanun, industri serta masyarakat.
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 13 TUJUAN PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021 - 2025 Menjadi rujukan dan panduan kepada institusi pendidikan tinggi (IPT) untuk meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan. Mengukuhkan kelangsungan pelaksanaan The National Graduate Employability Blueprint 2012 - 2017 oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh IPT dalam pembangunan dan kebolehdapatan pekerjaan graduan di era ekonomi digital. Menggariskan inisiatif, aktiviti tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil oleh IPT untuk menjayakan matlamat kebolehpasaran graduan dalam tempoh 2021 - 2025. Menyokong pencapaian Lonjakan 1 dan 4, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi).
14 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 RINGKASAN EKSEKUTIF Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021 - 2025 (PSKG) diwujudkan untuk menyokong lonjakan pertama dan keempat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi). Pelan Strategik ini digubal bagi melahirkan graduan holistik yang seimbang dan bercirikan keusahawanan, menjadi sumber rujukan IPT dalam melaksanakan inisiatif kebolehpasaran graduan, dan memastikan bahawa peratusan kebolehpasaran graduan IPT melebihi 80% setiap tahun sehingga 2025. Penghasilan pelan strategik ini melibatkan pelbagai pihak iaitu agensi pusat, kementerian, jabatan, agensi dan badan berkanun, agensi swasta serta juga IPT melalui beberapa siri bengkel pemetaan dan penggubalan pelan. Tiga objektif strategi PSKG adalah: 1. Melahirkan graduan IPT yang holistik, berciri keusahawanan dan kompetitif seiring dengan revolusi teknologi; 2. Menyediakan graduan berkemahiran tinggi serta mampu mengisi keperluan industri tempatan dan global seiring dengan dinamika ekonomi dan teknologi; dan 3. Membangunkan bakat graduan bagi peningkatan sosioekonomi negara yang seimbang dan mampan.
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 15 PSKG ini menggariskan 4 strategi, 13 inisiatif dan 31 aktiviti. Empat strategi yang dirancang menekankan aspek strategi pengukuhan kecemerlangan bakat; peluasan kerjaya pelajar; pemantapan pengajaran dan pembelajaran; dan pemerkasaan hubungan industri. Strategi Pertama: Pengukuhan Kecemerlangan Bakat mempunyai 4 inisiatif dan 8 aktiviti untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, dan melahirkan graduan dengan kemahiran yang diperlukan pada abad ke-21. Strategi Kedua: Peluasan Kerjaya Pelajar mempunyai 4 inisiatif dan 11 aktiviti melalui penetapan sasaran petunjuk prestasi utama atau Key Peformance Indicator (KPI) Pengurusan Tertinggi IPT, untuk kadar kebolehpasaran melebihi 80% setiap tahun dan melahirkan graduan usahawan atau ekonomi gig. Strategi Ketiga: Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mempunyai 2 inisiatif dan 4 aktiviti, agar aktiviti pengajian di IPT memenuhi keperluan industri 4.0, dan tenaga pengajar di IPT melibatkan pengamal/pakar industri. Strategi Keempat: Pemerkasaan Hubungan Industri mempunyai 3 inisiatif dan 8 aktiviti, untuk meningkatkan penglibatan industri secara berstruktur kepada semua pelajar, penerapan aktiviti pengajian dengan pensijilan profesional dan pencapaian indeks kepuasan majikan. RAJAH 1 : Ringkasan Eksekutif PSKG PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021 - 2025 Pengukuhan kecemerlangan bakat STRATEGI 1 Pemerkasaan hubungan industri STRATEGI 4 13 Inisiatif 31 AKTIVITI Peluasan kerjaya pelajar STRATEGI 2 Pemantapan pengajaran dan pembelajaran STRATEGI 3
16 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 DEFINISI Kebolehpasaran Graduan Kaedah Pengukuran Jumlah responden yang bekerja, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran atau menunggu penempatan pekerjaan semasa tempoh kajian Jumlah keseluruhan responden dalam kajian pengesanan graduan semasa tempoh kajian X 100 The National Graduate Employability Blueprint (2012 - 2017) telah memperincikan komponen kebolehpasaran graduan yang terdiri daripada graduan bekerja; graduan yang melanjutkan pengajian; graduan yang sedang mengikuti latihan peningkatan kemahiran; dan graduan yang sedang menunggu penempatan pekerjaan. Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan Kajian Pengesanan Graduan sejak tahun 2006. Kajian ini seterusnya dilaksanakan secara dalam talian mulai 2012 menggunakan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) bagi mengesan status semasa kebolehpasaran graduan dalam tempoh 6 bulan selepas mereka menamatkan pengajian. Graduan yang terlibat dalam kajian ini adalah merangkumi graduan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di peringkat pengajian Sijil Kemahiran Tahap 1 hingga Diploma Kemahiran Tahap 5 serta graduan IPT di peringkat Sijil; Diploma; Diploma Kolej Vokasional; Sarjana Muda dan setaraf; Sarjana dan setaraf; serta Doktor Falsafah (PhD) dan setaraf. Mulai tahun 2018, skop kajian telah diperluaskan meliputi graduan pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (technical and vocational education and training-TVET) di semua ILKA Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia; Kementerian Belia dan Sukan; Kementerian Pertanian dan Industri Makanan; serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Kajian melalui SKPG ini melaporkan kadar kebolehpasaran graduan yang definisinya dijajarkan kepada komponen kebolehpasaran graduan National Graduate Employability Blueprint (2012 – 2017). Kadar Kebolehpasaran Graduan IPT Kadar kebolehpasaran graduan berupaya memberikan indikasi tentang keupayaan ekosistem pengajian tinggi negara untuk mengeluarkan graduan yang berkualiti serta memenuhi permintaan tenaga kerja daripada industri. Semakin tinggi kadar kebolehpasaran graduan yang dilaporkan, semakin tinggi kualiti graduan yang dihasilkan oleh IPT dan berupaya memenuhi permintaan semasa industri, begitu juga sebaliknya.
PENDAHULUAN 01
18 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 PENDAHULUAN Sistem dan kualiti pendidikan tinggi negara telah melalui beberapa fasa transformasi seiring dengan peredaran waktu dan situasi semasa. Bukti kejayaan pendidikan tinggi pastinya dilihat kepada kemampuan menghasilkan graduan yang berdaya saing, relevan kepada pasaran kerja tempatan dan antarabangsa. Iltizam KPT untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan mula ditonjolkan melalui pembangunan The National Graduate Employability Blueprint 2012 - 2017. Kerangka ini menekankan transformasi yang melibatkan kementerian, IPT serta kerjasama industri untuk menghasilkan graduan yang dapat memenuhi permintaan industri semasa dan juga masa hadapan.
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 19 Transformasi ini kemudiannya diperkukuh dengan pembangunan PPPM 2015 - 2025 (PT). Lonjakan Satu menekankan kepada graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang, sementara Lonjakan Empat memfokuskan graduan TVET yang berkualiti. Graduan yang dilahirkan IPT yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi diharapkan dapat menyumbang kepada pasaran tenaga buruh pada peringkat tempatan dan global. Oleh itu, satu pelan strategik yang menyeluruh dan komprehensif disediakan, untuk dijadikan sumber rujukan dan panduan yang jelas bagi meneruskan agenda kebolehpasaran graduan. Rajah 2 : 10 Lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi)
20 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 HALA TUJU STRATEGI KEBOLEHPASARAN GRADUAN Hala tuju Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan (PSKG) 2021 – 2025 adalah seiring dan menyokong pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi). Visi PSKG 2021 - 2025 adalah untuk menghasilkan graduan yang kompeten dengan ciri-ciri holistik serta seimbang dari segi kemahiran dan pengetahuan dengan nilai kebolehpasaran global. Manakala, misi PSKG 2021 - 2025 pula adalah untuk melonjakkan kadar kebolehpasaran graduan melalui perkembangan bakat pelajar yang holistik, penyediaan ekosistem pembelajaran kondusif yang dibangunkan bersama industri dan berteraskan teknologi terkehadapan. Visi dan misi ini dapat dicapai melalui strategi, inisiatif dan aktiviti yang dirancang dalam Pelan Strategik ini. Pelan Strategik ini mempunyai empat strategi utama. Hala tuju dan hasil yang disasarkan untuk Strategi pertama iaitu pengukuhan kecemerlangan bakat adalah bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar dan melahirkan graduan dengan kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Strategi kedua iaitu peluasan kerjaya pelajar menekankan KPI Pengurusan Tertinggi IPT agar kadar kebolehpasaran graduan dicapai melebihi 80% setiap tahun, dan melahirkan graduan usahawan atau ekonomi gig. Strategi ketiga iaitu pemantapan pengajaran dan pembelajaran mempunyai dua inisiatif dan empat aktiviti, menyasarkan aktiviti pengajian di IPT yang memenuhi keperluan industri dengan elemen 4.0, dan tenaga pengajar di IPT yang melibatkan pengamal atau pakar industri. Strategi keempat iaitu pemerkasaan hubungan industri yang menyasarkan peningkatan penglibatan industri secara berstruktur kepada semua pelajar, penerapan aktiviti pengajian dengan pensijilan profesional dan mencapai indeks kepuasan majikan. Di samping itu, ekosistem pengajaran dan pembelajaran yang lengkap serta kondusif perlu disediakan sejajar dengan keperluan industri pada masa kini dan akan datang. IPT perlu melaksanakan inisiatif dan aktiviti dalam pelan strategik yang telah dirangka agar dapat melahirkan graduan yang holistik, seimbang dan diterima oleh industri.
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 21 DASAR DAN AKTA BERKAITAN PSKG 2021 – 2025 didasari oleh akta-akta yang berkaitan, pelan pembangunan dan garis panduan serta perancangan pada peringkat kementerian dan nasional. Pelan strategik ini akan menjadi pendukung dan penyumbang kepada kejayaan perancangan kebolehpasaran graduan negara berlandaskan peraturan dan undang-undang yang telah termaktub. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 Industry4WRD Rancangan Malaysia Ke-11 dan ke-12 Dasar Keusahawanan Nasional 2030 The National Graduate Employability Blueprint 2012 - 2017 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi) Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
22 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 PENARAFAN UNIVERSITI Terdapat pelbagai jenis penarafan universiti di dunia. Antara penarafan biasa yang digunakan ialah QS World University Ranking, World University Ranking, Times Higher Education dan Shanghai Academic Rankings of World Universities dan sebagainya. RAJAH 3 : Penarafan QS Kebolehpasaran Graduan Tahun 2020 (QS Graduate Employability Rankings) Sumber: QS Graduate Employability Rankings (February 2021) 1 100 150 200 250 300 500 Universiti Malaya 141-150 Taylor’s University 201-250 UCSI University 251-300 Management and Science University 301-500 Universiti Malaysia Pahang 301-500 Universiti Teknologi MARA 301-500 Universiti Kebangsaan Malaysia 301-500 Universiti Sains Malaysia 301-500 Universiti Tunku Abdul Rahman 251-300 QS World University Rankings merupakan satu daripada penarafan yang menetapkan enam indikator pengukur, iaitu Reputasi Akademik, Reputasi Majikan, Ratio Fakulti dan Pelajar, Sitasi Fakulti, Ratio Fakulti Antarabangsa dan Ratio Pelajar Antarabangsa. Indikator yang berkaitan kebolehpasaran graduan iaitu Reputasi Majikan mempunyai pemberat sebanyak 10% berdasarkan metrik soal selidik ke atas 50,000 majikan dan industri, digunakan untuk menentukan IPT yang paling kompeten, inovatif, dan berupaya melahirkan graduan yang paling efektif kepada mereka. Penarafan QS Kebolehpasaran Graduan (QS Graduate Employability Rankings), merupakan satu daripada cabang QS World University Ranking. Indikator dan pemberat yang digunakan ialah Kadar Graduan Bekerja 10%; Kolaborasi dengan Majikan 25%; Reputasi Majikan 30%; Alumni yang dihasilkan 25%; dan Hubungan antara Pelajar dengan Majikan 10%. Penarafan memberikan kesan secara tidak langsung terhadap reputasi dan kualiti IPT. Ia menjadi kayu ukur kedudukan universiti di persada dunia dan merupakan satu daripada faktor pemilihan pelajar untuk kemasukan ke universiti, selain faktor lain seperti kewangan, kursus yang ditawarkan, minat, lokasi dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, kebolehpasaran graduan memainkan peranan penting dalam menentukan penarafan universiti pada peringkat global. QS Graduate Employability Rankings
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 23 TADBIR URUS Kebolehpasaran Graduan IPT Pengurusan kebolehpasaran graduan perlu dirancang secara strategik dan dipantau oleh pengurusan tertinggi, untuk memastikan bahawa matlamat kebolehpasaran graduan tercapai. Tadbir urus yang berkesan menerusi pengawalseliaan, kawalan keberkesanan, akauntabiliti dan keterangkuman semua aspek akan mampu mengekalkan prestasi dan daya saing graduan di pasaran tempatan dan global. Rajah 4: Struktur Tadbir Urus Pelaporan dan Pemantauan Kebolehpasaran Graduan IPT MENTERI PENGAJIAN TINGGI TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (DASAR) KPT SETIAUSAHA, BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR, KPT KETUA PENGARAH JPT KETUA PENGARAH JPPKK NAIB CANSELOR/REKTOR/ KETUA EKSEKUTIF IPT PENGARAH POLITEKNIK/ KOLEJ KOMUNITI PENGARAH PUSAT KERJAYA DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN IPT KETUA UNIT PUSAT KERJAYA DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI KETUA SETIAUSAHA KPT
24 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 PIHAK BERKEPENTINGAN Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan (PSKG) 2021 – 2025 memberi manfaat kepada pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dengan aktiviti di IPT dan menerima impak daripada kualiti graduan yang dikeluarkan. MAJIKAN - Pihak berkepentingan yang mendapat manfaat secara langsung ialah majikan yang akan menerima dan menggaji graduan yang dihasilkan oleh IPT tempatan. Justeru, pelan ini penting untuk memastikan bahawa kualiti graduan yang dihasilkan memenuhi keperluan majikan dan organisasi. PELAJAR - Pihak berkepentingan seterusnya ialah pelajar IPT yang akan melalui pengalaman pembelajaran bagi membentuk tahap kecendekiaan, kepakaran, kemahiran, sikap dan sahsiah mereka. Inisiatif yang dirangka dalam Pelan Strategik ini adalah sebagai persediaan pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan. IPT - Aspek pembangunan serta reka bentuk kurikulum akademik dan aktiviti kokurikulum di IPT perlu mengambil kira pandangan industri, keperluan pasaran tempatan dan antarabangsa, desakan teknologi 4.0, kemahiran abad ke-21 dan sebagainya untuk memastikan bahawa program pengajian yang ditawarkan di IPT kekal relevan dan memenuhi kehendak industri. MAJIKAN PELAJAR IPT GRADUAN IBU BAPA
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 25 GRADUAN - Di samping itu, graduan IPT juga dianggap sebagai pihak berkepentingan kerana mereka akan menerima manfaat melalui semua inisiatif yang dilaksanakan dalam Pelan Strategik ini. Antara manfaatnya adalah perancangan kerjaya graduan pada peringkat tempatan atau global, kemahiran graduan akan diiktiraf dan digunakan secara optimum, serta gaji yang setara dengan kelayakan akademik yang dimiliki. Selain bekerja dengan majikan, graduan juga diterapkan dengan kemahiran keusahawanan untuk memulakan perniagaan sendiri. IBU BAPA - Ibu bapa kepada pelajar dan graduan IPT adalah pihak yang mempengaruhi keputusan untuk memilih dan merancang masa depan anak mereka, dari segi bidang pengajian dan kerjaya masa hadapan. Ibu bapa juga akan menerima manfaat apabila graduan yang bekerja dapat membantu meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga.
26 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 RAKAN STRATEGIK Bagi menjayakan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021 - 2025, kerjasama daripada industri, komuniti/NGO, alumni dan kementerian/agensi adalah perlu dalam pelaksanaan keseluruhan strategi. Sinergi ini adalah berteraskan model hubungan Triple/Quadruple Helix, iaitu semua pihak akan saling menyumbangkan peranan dan menerima manfaat masing-masing. Komuniti dan NGO Berperanan menerapkan kesedaran sivik dan pembentukan nilai murni graduan melalui aktiviti kenegaraan, patriotisme dan perpaduan serta kesukarelawanan. Industri Berperanan sebagai organisasi yang akan menawarkan peluang pengalaman berasaskan industri seperti Program Work-Based Learning dan Program Latihan Industri Berstruktur (SIP) kepada pelajar IPT. Pihak industri juga berperanan memberikan maklumat dan maklum balas tentang kurikulum, kemahiran dan atribut graduan yang akan memasuki alam pekerjaan. Alumni Berperanan dalam berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelajar dan pengurusan IPT. Di samping itu, peranan alumni juga penting dari segi perancangan aktiviti kebolehpasaran graduan, terutamanya berkaitan peluang pekerjaan dalam pasaran buruh tempatan dan global. Kementerian dan Agensi Kerajaan Berperanan dalam pembangunan polisi dan dasar berkaitan kebolehpasaran graduan. Kementerian juga turut menjayakan aktiviti yang telah disusun melalui bantuan kewangan, tadbir urus, pemantapan kompetensi tenaga pengajar dan penyediaan infrastruktur serta ekosistem yang kondusif dan mampan.
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 27 SITUASI SEMASA KEBOLEHPASARAN GRADUAN IPT 02
28 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 SITUASI SEMASA Kebolehpasaran Graduan IPT Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan tinggi negara telah melalui beberapa fasa penambahbaikan dan transformasi. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia, melalui universiti serta agensi berkaitan untuk menangani isu kebolehpasaran graduan. Saban tahun, isu graduan menganggur sering dibangkitkan dan Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan agar masalah ini dapat diselesaikan. Pelbagai pendekatan dan kaji selidik dilakukan dalam mengenal pasti isu berkaitan. Tahun 2020 dan 2021 merupakan tahun yang amat mencabar bagi kebolehpasaran graduan kerana isu pengangguran semakin meningkat disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Perkembangan ekonomi negara menjadi tidak menentu kesan daripada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19. Kadar pengangguran di Malaysia bagi suku tahun keempat 2020 adalah pada kadar 4.8%, iaitu kadar tertinggi sejak 1993 (Jabatan Perangkaan Malaysia, DOSM, Februari 2021). Sekiranya langkah kawalan tidak diambil, situasi ini boleh membawa negara kepada krisis lebih-lebih lagi apabila COVID-19 mengambil masa yang agak lama untuk dibendung. Walaupun begitu, trend dan peratusan kebolehpasaran graduan IPT dilihat menunjukkan prestasi yang baik dan boleh dipertingkatkan lagi.
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 29 TREND Kebolehpasaran Graduan IPT 2016 - 2020 Kadar kebolehpasaran graduan IPT negara telah meningkat dalam tempoh lima tahun dengan purata 81.3% (Rajah 5). Kadar kebolehpasaran graduan pada tahun 2020 menunjukkan sedikit penurunan, iaitu 84.4% berbanding 86.2% pada tahun 2019. Dapatan ini membawa maksud kemampuan dan keupayaan graduan yang menamatkan pengajian pada tahun 2020 di pasaran buruh menurun sebanyak 1.8% dalam tempoh 6 bulan selepas menamatkan pengajian berbanding tahun 2019. Dengan keadaan negara yang berdepan kesan pandemik COVID-19 khususnya dari aspek ekonomi yang menjejaskan peluang pekerjaan, penurunan ini boleh dikatakan tidak begitu ketara. RAJAH 5 : Trend Kadar Kebolehpasaran Graduan (Warganegara) IPT, 2016 - 2020 Sumber: Sistem Kajian Pengesanan Graduan Mac 2020, Kementerian Pengajian Tinggi 100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 2016 86.2% 79.1% 80.2% 77.3% 2017 2018 2019 2020 84.4% Peratus Tahun
30 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 PERATUSAN Kebolehpasaran Graduan IPT 2020 RAJAH 6 : Kebolehpasaran Graduan (Warganegara) Mengikut IPT 2020 Sumber : Sistem Kajian Pengesanan Graduan, Kementerian Pengajian Tinggi Kadar kebolehpasaran graduan universiti awam (UA) bagi tahun 2020 direkodkan sebagai 86.7%, iaitu menurun sebanyak 1.1% (2019: 87.8%). Sementara itu, IPT swasta menunjukkan kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 79.4%, iaitu meningkat sebanyak 0.4% (2019: 79%). Bagi politeknik dan kolej komuniti pula, kadar kebolehpasaran graduan yang dicatatkan pada tahun 2020 adalah sebanyak 91.4% bagi politeknik (berbanding tahun 2019: 96.7%) dan 94.2% bagi kolej komuniti (berbanding tahun 2019: 97.8%). Hal ini secara tidak langsung menunjukkan kadar kebolehpasaran graduan bagi politeknik dan kolej komuniti telah menurun, masing-masing sebanyak 5.3% dan 3.6%. Penurunan ini juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan impak COVID-19 yang sedang melanda negara pada tahun 2020. UNIVERSITI AWAM (UA) UNIVERSITI SWASTA (IPTS) POLITEKNIK KOLEJ KOMUNITI IPT LAIN 100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 59.7% 86.7% 79.4% 91.4%94.2% 86.8% 18.5% 3.5%5.0% 13.3% 55.2% 17.3% 1.6%5.3% 20.6% 19.0% 0.3%2.9%20.6% 19.0% 37.1% 48.5% 74.4% 69.2% 0.1% 0.7%5.8% 0.5% 0.7% 13.2% Peratus Bekerja Melanjutkan pengajian Meningkatkan Belum bekerja GE kemahiran Menunggu penempatan pekerjaan
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 31 PERATUSAN Kebolehpasaran Mengikut Bidang Pengajian Pada tahun 2020, graduan dalam bidang pengajian Kejuruteraan, Pembuatan dan Pembinaan menunjukkan kadar kebolehpasaran tertinggi, iaitu 86.5% diikuti oleh bidang Sains, Matematik dan Komputer sebanyak 85.3% dan seterusnya bidang Kesihatan dan Kebajikan dengan kadar kebolehpasaran 84.4%. Secara keseluruhannya, kebolehpasaran graduan pada tahun 2020 mengikut bidang pengajian menunjukkan peratusan yang menurun berbanding tahun 2019, kecuali bidang Pendidikan. RAJAH 7 : Kebolehpasaran Graduan (Warganegara) Mengikut Bidang Pengajian IPT, 2019 - 2020 Sumber: Sistem Kajian Pengesanan Graduan, Kementerian Pengajian Tinggi Peratusan kebolehpasaran graduan mengikut bidang ini adalah selaras dengan kaji selidik graduan Malaysia oleh Jobstreet.com (2014 - 2016) yang menyenaraikan tiga bidang pengajian yang majoritinya graduan bekerja dalam bidang yang sama selepas tamat pengajian, iaitu juruukur bahan, kejururawatan dan kejuruteraan, manakala hanya 30% sahaja graduan dalam bidang Sains Politik, Kemanusiaan/Liberal Arts, Sains dan Teknologi bekerja dalam bidang sama. 80% 75% 70% 90% 100% 85% 81.2% 84.5% 82.5% 85.0% 83.0% 79.2% 83.8%84.5% KESIHATAN DAN KEBAJIKAN SAINS MATEMATIK DAN KOMPUTER KEJURUTERAAN, PEMBUATAN DAN PEMBINAAN 84.4% 86.1%85.3% 87.2% 86.5% 90.1% PERTANIAN DAN VETERINAR 81.2% 83.4% SASTERA DAN KEMANUSIAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SAINS SOSIAL, PERNIAGAAN DAN PERUNDANGAN 2020 2019
32 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 Program Kebolehpasaran Graduan Pelbagai program kebolehpasaran graduan melibatkan pihak akademik, industri, agensi serta komuniti telah dijalankan pada peringkat IPT dalam usaha memastikan graduan yang dihasilkan adalah progresif, berkualiti, inovatif dan mampu berdaya saing untuk menghadapi masa depan yang sentiasa berubah serta mencabar. Program sedia ada di IPT adalah seperti Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan, Program Pemerkasaan Pengalaman Berasaskan Industri, Program Keusahawanan, Kerangka Kurikulum Tersedia Masa Hadapan, Program CEO@Faculty, English Language Higher Education Assessment In Malaysia (ELHAM), Sistem Penilaian Berpandukan National Outcome Based Learning (NOBLe), E–portfolio, Program Ekonomi Gig dan sebagainya.
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 33 Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan Program Keusahawanan KPT telah melancarkan pelbagai aktiviti untuk menyokong inisiatif keusahawanan pada peringkat nasional. Beberapa aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti: Program Peningkatan Kemahiran Program Ekonomi Gig • Bulan Keusahawanan KPT • Anugerah Keusahawanan Inovatif KPT • Program Peningkatan Pendidik Keusahawanan (3PK) • Anugerah Keusahawanan KPT (MEA) • Program Inkubator Keusahawanan • Program Kepimpinan Usahawanan (PKU) • Usahawanan Sosial@Komuniti Bandar • Aktiviti Menambah Baik Perniagaan Keluarga • Pameran Siswapreneur • Etika dan Pematuhan Perniagaan Siswapreneur Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan yang diselaraskan oleh KPT merupakan aktiviti kepada pelajar tahun akhir yang menjadi peserta program dan diberi jaminan penempatan pekerjaan setelah berjaya menamatkan aktiviti/ kursus yang dihadiri. Inisiatif ini diperkenalkan bagi merapatkan jurang kemahiran graduan dengan permintaan industri. Usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan ini telah bermula sejak 2008. Aktiviti yang dilaksanakan melibatkan kerjasama universiti sebagai penyelaras, penyedia perkhidmatan yang mempunyai kredibiliti untuk menjalankan latihan serta industri yang akan memberikan jaminan pekerjaan. Kandungan aktiviti mesti mempunyai elemen untuk meningkatkan aspek kelayakan profesional, peningkatan kemahiran (reskilling & upskilling), keterampilan diri dan sahsiah. Program Ekonomi Gig melibatkan teknik menjana pendapatan secara dalam talian menggunakan kemahiran sedia ada, di mana pelajar turut diberi latihan kemahiran secara dalam talian. Pelajar juga dapat melaksanakan perkhidmatan sebagai freelancer dan boleh menjana pendapatan sendiri tanpa mengharapkan penawaran pekerjaan dari industri. Kebanyakan Pusat Kerjaya IPT telah menubuhkan hab Ekonomi Gig di setiap IPT.
34 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 Kerangka Kurikulum Tersedia Masa Hadapan Kerangka Kurikulum Tersedia Masa Hadapan (Future Ready Curriculum – FRC) merupakan model pembelajaran yang lentur dan organik bagi melahirkan graduan yang adaptif dan kalis masa hadapan seiring dengan cabaran abad ke-21. FRC mempunyai tiga elemen utama, iaitu: i. Struktur Kurikulum Lentur dan Organik; ii. Penyampaian Transformatif (Pengajaran dan Pembelajaran); dan iii. Pentaksiran Holistik. Ketiga-tiga elemen ini menjadi teras utama dalam memperkasakan FRC bagi menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran abad ke-21, pemikiran reka bentuk, holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Proses transformasi kurikulum akan diperkasakan melalui pelaksanaan Inisiatif Experiential Learning and Competency-Based Education Landscape (EXCEL) yang membantu menerapkan elemen FRC dalam aktiviti akademik. Program Akademik
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 35 Sistem Penilaian Berpandukan National Outcome Based Learning (NOBLe) English Language Higher Education Assessment In Malaysia (ELHAM) ELHAM merupakan satu ekosistem pentaksiran yang mengubah landskap pembelajaran dan pengalaman pelajar dalam penguasaan bahasa Inggeris. Penilaian terbahagi kepada dua, iaitu penilaian formal melalui peperiksaan yang dijajarkan kepada Common European Framework of Reference (CEFR) dan penilaian pembelajaran tidak formal melalui aktiviti luar kelas berasaskan tugasan (task-based assessment). National Outcome Based Learning (NOBLe) adalah pelaksanaan Outcome Based Education (OBE) yang bertujuan memperkasakan pengetahuan pensyarah dalam pelaksanaan NOBLe berdasarkan Future Proof Attributes di bawah MQF 2.0. Objektif pelaksanaannya adalah seperti yang berikut: • Mendapatkan maklum balas mengenai tahap pencapaian para pensyarah dalam mengoptimumkan amalan OBE; • Berkongsi kaedah/mekanisme pelaporan tahap pencapaian pelajar; dan • Membudaya dan mengukuhkan amalan OBE. Contoh pelaksanaan NOBLe adalah pelaksanaan sistem penilaian di IPT yang berpandukan pembelajaran berasaskan hasil yang tidak berpaksi kepada peperiksaan semata-mata. Antara kaedah penilaian yang diperkenalkan ialah realtime assessment, penilaian holistik dan penilaian berasaskan projek (project-based learning).
36 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 Program Pemerkasaan Pengalaman Berasaskan Industri Terdapat beberapa program bagi pemerkasaan pengalaman berasaskan industri, iaitu program 2u2i, Work-Based Learning dan Program Latihan Industri Berstruktur. Program 2u2i merupakan jenama mod program pengajian yang menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan pekerjaan. Ia menggabungkan pembelajaran dalam kampus dan penempatan industri. Terdapat pelbagai kombinasi mod seperti 2u2i (2 tahun di universiti, 2 tahun di industri), 3u1i (3 tahun di universiti, 1 tahun di industri) dan 2u1i (2 tahun di industri, 1 tahun di industri). Melalui program ini, pelajar berpeluang untuk mengaplikasikan pembelajaran teori di persekitaran pekerjaan sebenar, di samping mempertingkatkan kemahiran melalui pengalaman bekerja semasa tempoh pengajian lagi. Program Latihan Industri Berstruktur atau Structured Internship Programme (SIP) ialah pemerkasaan program latihan industri yang sedia ada. Pelajar akan ditempatkan di industri yang berkaitan dengan bidang pengajian yang diikuti oleh pelajar untuk memastikan bahawa mereka mendapat pengalaman kerja yang sebenar melalui latihan amali yang berkualiti dan berstruktur. Melalui SIP, industri berperanan membangunkan dan menyediakan bakat dan kemahiran yang tepat untuk memastikan pelajar menamatkan pengajian dengan kemahiran yang relevan dengan industri. Kebanyakan program pengajian telah ditambah baik dengan memastikan latihan industri dilaksanakan pada akhir semester supaya industri dapat menyerap pelajar yang berpotensi untuk menjadi pekerja mereka setelah tamat menjalani latihan industri.
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 37 E-portfolio E-portfolio ialah kompilasi dokumen pengalaman pelajar sepanjang pengajian di universiti. Ia melibatkan pernyataan matlamat kerjaya dengan pengisian tentang pencapaian serta refleksi pelajar. Paparan melalui video ringkas mengenai kemahiran dan kebolehan graduan turut disediakan. Pelajar boleh berkongsi pengalaman pembelajaran serta daya kreativiti masing-masing melalui platform e-portfolio ini. Program CEO@ Faculty Program CEO@Faculty merupakan inisiatif di bawah Lonjakan 2 PPPM (PT) 2015 - 2025, iaitu Kecemerlangan Bakat yang bertujuan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajian IPT. Penglibatan CEO industri tempatan dan juga antarabangsa yang dilantik sebagai Profesor Adjung di IPT dapat memberikan impak kepada pelajar melalui syarahan, khidmat nasihat dan pementoran.
38 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 We may be preparing our students for jobs that might not be there in the future anymore. “ DR. NORAINI AHMAD Majlis Amanat YB Menteri Pengajian Tinggi 7 Januari 2021 “
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 39 ISU DAN CABARAN 03
40 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 ISU DAN CABARAN Kebolehpasaran Graduan Pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh KPT dan IPT berkaitan dengan kebolehpasaran graduan selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan dan tenaga kerja yang inovatif, kreatif dan berdaya saing di samping meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan di Malaysia. Namun, masih terdapat beberapa isu asas yang menjadi cabaran telah dikenal pasti melalui sesi libat urus dan perbincangan bersama pihak berkepentingan dan rakan strategik. Antaranya adalah cabaran pekerjaan berasaskan teknologi disruptif dan digital baharu, kemahiran pekerjaan serta inovasi pendidikan abad ke-21. Cabaran penglibatan industri dalam ekosistem pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kebolehpasaran graduan. Jobstreet (2018) dalam kajiannya telah mengetengahkan lima punca graduan gagal memperoleh pekerjaan, iaitu memohon gaji atau faedah yang tidak realistik (68%), lemah penguasaan bahasa Inggeris (64%), memilih pekerjaan dan syarikat (60%), lemah dalam berkomunikasi (60%) serta tiada personaliti dan karakter yang meyakinkan (59%). Selain itu, masih terdapat beberapa isu yang sering dibincangkan, iaitu ketidaksepadanan kemahiran yang diperlukan oleh majikan, serta ketidakcekapan padanan permintaan industri berbanding dengan penawaran pekerjaan. Pelbagai isu dan cabaran dikenal pasti, namun lima permasalahan utama dirumuskan dan menjadi tumpuan yang perlu diberi lebih perhatian. 01 KETIDAKSEDIAAN GRADUAN 03 KETIDAKSEDIAAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0 02 KECENDERUNGAN GENERASI MILLENNIAL 04 KETIDAKSEDIAAN EKOSISTEM SERTA PASARAN BURUH NEGARA 05 DINAMIKA EKONOMI GLOBAL
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 41 Ketidaksediaan Graduan Ketidaksediaan graduan beralih daripada alam pembelajaran di IPT kepada alam pekerjaan yang memerlukan persediaan secukupnya dari segi mental, fizikal, emosi dan keterampilan selain kemahiran dan kelayakan akademik. Dapatan Khazanah Research Institute (2018) mengatakan IPT lebih memfokuskan kepada akademik berbanding kemahiran insaniah dan pengalaman pekerjaan. IPT lebih menfokuskan kepada bidang akademik berbanding dengan jangkaan harapan majikan yang lebih memerlukan kemahiran insaniah (50%), pengalaman kerja (31%) dan kemahiran teknikal (27%). 01 RAJAH 8 : Peratus Kemahiran yang Diperlukan Majikan Berbanding Akademik Sumber: School-to-Work Transition Survey (Khazanah Research Institute, 2018) Graduan memerlukan kemahiran seperti yang dinyatakan dalam Future of Jobs Report (2020), World Economic Forum. Selain kemahiran asas, graduan sebagai bakal pekerja perlu mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah, pengurusan kendiri, kerja berpasukan, penggunaan dan pembangunan teknologi. Isu ini berlaku apabila pengalaman pembelajaran tidak menyokong penghasilan graduan berbakat. 50% Kemahiran Insaniah 31% Pengalaman Kerja 27% Kemahiran Teknikal RAJAH 9 : 10 Kemahiran Teratas 2025 Sumber: World Economic Forum, 2020. Problem Solving • Analytical thinking and innovation • Complex problem-solving • Critical thinking and analysis • Creativity, originality and initiative • Reasoning, problem-solving and ideation Self-management • Active learning and learning strategies • Resilience, stress and programming Working with people Technology use and development • Leadership and social influence • Technology use, monitoring and control • Technology design and programming Top 10 skills of 2025
42 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 Kecenderungan Generasi Millennial Generasi millennial tidak asing dengan kecenderungan memilih antara keseimbangan masa dengan kehidupan dan kerjaya. Kecekapan mengendalikan teknologi menjadikan mereka lebih tertarik kepada suasana kerja yang meraikan inovasi, kreativiti dan teknologi tinggi. Gaya kerja yang fleksibel, masa menunggu yang pendek, penawaran gaji yang tinggi serta pembangunan kerjaya yang cerah menjadi keterujaan mereka. Di samping itu, generasi milennial dikatakan lebih cenderung untuk menjawat kepemimpinan tertinggi atau melalui peningkatan kerjaya yang lebih cepat berbanding generasi terdahulu. Hal ini selari dengan dapatan kajian oleh Harris Interactive yang mendapati 50% daripada responden millennial telah berada di jawatan kepemimpinan dengan 44% daripada mereka hanya memiliki tiga hingga lima tahun pengalaman bekerja, dan 41% sudahpun mempunyai sekurang-kurangnya empat staf bawahan. Walaupun generasi millennial mampu melonjak pantas dalam kerjaya, mereka didapati lebih cenderung untuk bertukar pekerjaan dengan lebih kerap berbanding dengan generasi terdahulu yang dikatakan lebih setia kepada majikan masing-masing (The Deloitte Millennial Survey, 2016). Kaji selidik terbaharu oleh Ranstad Malaysia (2020) pula mendapati bahawa 56% generasi millennial memilih menjadi usahawan berbanding generasi terdahulu yang memilih ‘makan gaji’ bagi kestabilan kerjaya. 02
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 43 Ketidaksediaan Revolusi Perindustrian 4.0 Kepantasan perkembangan dunia teknologi telah membawa kepada kemunculan gelombang Revolusi Perindustrian ke-4 (4IR) yang menekankan tiga ciri penting, iaitu kelajuan, keluasan dan kedalaman serta impak yang tuntas. Sembilan tonggak utama kepada era 4IR ialah robot autonomi (autonomous robots), simulasi, kesepaduan sistem, internet benda (Internet of Things), keselamatan siber, pengkomputeran awan (cloud computing), pembuatan bahan tambahan (additive manufacturing), realiti terimbuh dan data raya. IR 4.0 jelas membawa ledakan teknologi digital yang mencetus perubahan besar terhadap landskap perniagaan, ekonomi dan industri. Ia juga mengubah tenaga kerja manusia kepada robot/mesin, dan akhirnya mampu menidakkan kerjaya sedia ada, dengan kewujudkan bentuk kerjaya baharu (PwC, 2020). Segala perubahan ini akhirnya menuntut ilmu, kemahiran dan atribut yang terkini, seiring dengan kepesatan pembangunan teknologi. 03 RAJAH 10 : Peratusan Jangkaan Kadar Teknologi 2025 Sumber: World Economic Forum (2020) -12% -5% 17% 2% 9% 29% 8% 0% 2% 10% 1% 11% 10% 0% 8% 11% Cloud Computing Big Data Analytics Internet of Things & Connected Devices Encryption & Cybersecurity Artificial Intelligence (inc. ML & NLP) Text, Image & Voice Processing E-Commerce & Digital Trade Robots, Non-Humanoid (eg: Industrial Automation & Drones) Augmented & Virtual Reality Distributed Ledger Technology (eg: Blockchain) 3D & 4D Printing & Modelling Power Storage & Generation New Materials (eg: Nanotubes & Graphene) Biotechnology Robots, Humanoid Quantum Computing
44 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 Analisis yang dibuat oleh Future of Jobs Survey, World Economic Forum (2020) mendapati bahawa terdapat perubahan ketara dalam permintaan kemahiran pekerjaan seperti rajah berikut. PERMINTAAN TINGGI • Penganalisis dan Saintis Data • Pakar AI dan Pembelajaran Mesin • Saintis Data Raya • Pakar Pemasaran Strategi Digital • Pakar Proses Automasi • Profesional Pembangunan Perniagaan • Pakar Transformasi Digital • Penganalisis Keselamatan Maklumat • Pakar Pembangunan Perisian dan Aplikasi • Pakar Internet Benda • Pengurus Projek • Pengurus Pentadbiran dan Perkhidmatan Perniagaan • Profesional Pengkalan Data dan Rangkaian • Jurutera Robotik • Penasihat Strategik • Penganalisis Pengurusan dan Organisasi • Jurutera Fintech • Pembaiki Mekanik dan Mesin • Pakar Pembangunan Organisasi • Pakar Pengurusan Risiko PERMINTAAN MENURUN • Kerani Kemasukan Data • Pentadbiran dan Setiausaha Eksekutif • Kerani Perakaunan, Rekod dan Gaji • Auditor dan Akauntan • Pekerja Kilang dan Pengeluaran • Pengurus Pentadbiran dan Perkhidmatan Perniagaan • Pekerja Khidmat Pelanggan dan Maklumat Pelanggan • Pengurus Am dan Operasi • Pembaiki Mekanik dan Mesin • Kerani Rekod, Rakaman dan Penyimpanan Stok • Penganalisis Kewangan • Kerani Perkhidmatan Pos • Jurujual Produk, Pemborong, Pembuatan dan Sains & Teknologi • Pengurus Perhubungan • Kerani Bank dan Penjual Produk Bank • Jurujual dari pintu ke pintu dan Penjual Jalanan • Pembaiki dan Pemasang Elektronik dan Telekomunikasi • Pakar Sumber Manusia • Pakar Pembangunan dan Latihan • Pekerja Pembinaan RAJAH 11 : Perubahan Pemintaan Kemahiran Pekerjaan Sumber : Future of Jobs Survey, World Economic Forum (2020)
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 45 Ketidaksediaan Ekosistem serta Pasaran Buruh Negara 4.1 Kerjasama Industri-Akademia-Kerajaan/Institusi Keadaan pasaran kerja dan tahap kebolehpasaran graduan amat bergantung kepada kehadiran ekosistem kondusif yang dijanakan oleh peranan, sokongan dan kesediaan pemegang taruh, baik industri, akademia, kerajaan/institusi mahupun masyarakat dalam menjalinkan kerjasama sinergi berteraskan model hubungan Triple/Quadruple Helix. Hal ini bermakna setiap pemegang taruh dalam model hubungan Triple/Quadruple Helix perlu memainkan peranan masing-masing. Pada masa yang sama, pemegangpemegang taruh harus bersedia menyokong satu sama lain dan bekerjasama ke arah merealisasikan agenda kolektif pembangunan mapan negara, yang meliputi usaha melestarikan ekosistem kebolehpasaran graduan. Hakikatnya, kerjasama akademia-industri di persada domestik didapati kurang membangun dan masih belum mencapai tahap yang memberangsangkan. Hal ini dapat dilihat dalam beberapa aspek kritikal hubungan akademia-industri, seperti aktiviti kebolehpasaran graduan, penyelidikan, pembangunan dan inovasi, mobiliti akademiaindustri, khususnya mobiliti staf yang bersifat rentas sektoral dan penglibatan industri dalam pembangunan kurikulum. Manifestasi realiti tersebut dicerminkan dalam beberapa isu kebolehpasaran graduan yang sering dibangkitkan oleh pihak industri, termasuk masalah padanan dari segi ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh graduan keluaran IPT yang didakwa kurang sejajar dengan keperluan industri. Oleh itu, berlaku ketidaksepadanan pekerjaan dengan keluaran graduan setiap tahun. 04
46 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 4.2 Ketidaksepadanan Pekerjaan Dengan Keluaran Graduan Setiap Tahun Laporan penyelidikan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) (2019), menunjukkan bahawa penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi terhad dalam negara. Pada 2019, hanya 10.6% pekerjaan berkemahiran sederhana dan tinggi diwujudkan, manakala 89.4% ialah pekerjaan berkemahiran rendah, berbanding dengan pengeluaran graduan setiap tahun yang berada di kategori tenaga buruh berkemahiran tinggi yang melebihi permintaan industri. 4.3 Ketidaksepadanan Gaji Hubungan dan kolaborasi akademia-industri di Malaysia masih lagi pada tahap yang kurang memberangsangkan (Pang, et al 2020). Tahap kebersamaan yang rendah ini merupakan punca kepada isu ketidaksepadanan gaji berbanding Panduan Gaji Permulaan Kementerian Sumber Manusia 2020. 64.0% Graduan Diploma Tahap 4 dan 48.1% Graduan Diploma Lanjutan Tahap 5 tidak menerima gaji setara dengan panduan gaji pokok yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia RAJAH 12 : Ketidaksepadanan Gaji Graduan TVET Sumber: Sistem Kajian Pengesanan Graduan TVET (2019) dan Buku Panduan Gaji Permulaan 2020, KSM Graduan Diploma Tahap 4 Gaji pokok permulaan yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia adalah RM2,020. 64% Graduan Diploma Lanjutan Tahap 5 Gaji pokok permulaan yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia adalah RM2,460. 48% 4.4 Tiada Portal Hab Bersepadu Keterlibatan dan kerjasama Kementerian-IPT dan Industri juga penting bagi membina ekosistem kerjasama berkaitan pekerjaan yang bersepadu. Namun demikian, ketiadaan satu hab platform bersepadu akan menyukarkan proses padanan pekerjaan, perkongsian ilmu dan padanan kemahiran seperti yang diperlukan oleh pasaran.
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 47 1. Data Analysis and Scientists 2. Strategic Advisors 3. Internet of Things Specialists 4. Digital Transformation Specialists 5. Digital Marketing and Strategy Specialists 6. Big Data Specialists 7. Al and Machine Learning Specialists 8. Cyber Security Specialists 9. Software and Applications Developers 10. Renewable Energy Engineers RAJAH 13 : Trend Pekerjaan di Malaysia yang berubah mengikut trend global Sumber: Bahagian Data Strategik & Foresight, MOSTI Dinamika Ekonomi Global Sektor teknologi tanpa ragu telah menjadi satu bentuk pelaburan besar pada peringkat global. Dalam tempoh sedekad ini, sektor teknologi menjadi segmen terbesar dalam pasaran, mengatasi sektor kewangan dan sektor utama yang lain. Teknologi sering dikaitkan dengan ciptaan baharu, inovasi serta bagaimana ia mencakupi semua sektor, termasuk kesihatan, kewangan, pembangunan dan pembuatan. Statistik menunjukkan bahawa pada umumnya, dunia telah melabur 3,360 USD bilion terhadap teknologi (Statista, 2019). Hal ini terbukti apabila syarikat gergasi teknologi, seperti Microsoft, Apple, IBM, Google, Facebook, dan syarikat-syarikat lain mendominasi ekonomi dunia. Ini menjelaskan kejatuhan beberapa syarikat gergasi dalam industri minyak dan cari gali, seperti Royal Dutch Shell, British Petroleum (BP), Exxon Mobil dan Petro China. Transformasi ini ternyata mempengaruhi kehendak dan corak pasaran tenaga kerja, sama ada pada peringkat nasional atau global. 05 1. Data Entry Clerks 2. Administrative and Executive Secretaries 3. Accounting, Bookkeeping and Payrol Clerks 4. Human Resources Specialists 5. Mining and Petroleum Extraction Workers 6. Mechanics and Machinery Repeirers 7. Environmental and Occupational Health and Hygiene Profession 8. Assembly and Factory Workers 9. Accountants and Auditors 10. Business Services and Administration Managers Complex and technical (DeepTech) Simple and routine (low-skilled) BARGING EMERGING 17% IN 2018 33% IN 2022 Source : World Economy Forum 2020 REDUNDANT DECLINING 34% IN 2018 24% IN 2022
48 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 Perubahan trend pekerjaan di Malaysia adalah sejajar dengan trend global, iaitu ke arah digitalisasi teknologi tinggi (World Economic Forum, 2020). Dijangkakan akan berlaku peluang peningkatan pekerjaan sebanyak 33% pada tahun 2022 yang melibatkan bidang teknikal dan kompleks (World Economic Forum, 2020). Bahagian Data Strategik & Foresight (MOSTI, 2020) juga menjangkakan sektor perkilangan memerlukan kemahiran teknologi tinggi untuk memenuhi keperluan industri 4.0. Pada 2020 pula, dunia digegarkan dengan ancaman COVID-19 yang telah memberikan impak negatif lebih besar daripada jangkaan awal, dan pemulihan ekonomi adalah sesuatu yang sukar dijangka (International Monetary Fund, 2020). Pandemik COVID-19 ini menggugat kestabilan ekonomi kebanyakan negara, dan akhirnya pengangguran menjadi isu global, tidak terkecuali Malaysia. Meskipun pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia menerusi suntikan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), hakikatnya ia memberikan cabaran terhadap kebolehpasaran graduan apabila kebanyakan syarikat mula membekukan pengambilan pekerja, mengecilkan dan merekayasa organisasi, bahkan terdapat juga syarikat yang menutup operasi.
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 49 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 04
50 PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021- 2025 OBJEKTIF Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan Melahirkan graduan IPT yang holistik, berciri keusahawanan dan kompetitif seiring dengan revolusi teknologi Menyediakan graduan berkemahiran tinggi serta mampu mengisi keperluan industri tempatan dan global seiring dengan dinamika ekonomi dan teknologi Membangun bakat graduan bagi peningkatan sosioekonomi negara yang seimbang dan mampan VISI Ke arah graduan holistik dan seimbang dengan nilai kebolehpasaran global