The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROSSILAWATI BT ALI Moe, 2022-05-20 03:31:33

MESYUARAT AGUNG PIBG 2022

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15 2021

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAWAU II

PETI SURAT 1980
91044 TAWAU SABAH

______________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE 15 TAHUN 2021

______________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE 15 TAHUN 2021

TARIKH : 11 SEPTEMBER 2021
SABTU
HARI : 2.30 - 5.30 Petang
EN. HAGIS BIN BARHAMA
MASA : Rujuk Lampiran

PENGERUSI :

KEHADIRAN :

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pentadbir, semua AJK pelaksana
dan ibu bapa atau penjaga yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ini.

2.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG

2.1 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG kerana dapat mengadakan
Mesyuarat Agung PIBG SMK Tawau II Kali Ke-15.

2.2 Pengetua juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir mesyuarat
agung pada tahun ini dan semoga mesyuarat ini berjalan dengan lancar

2.3 Pengetua mengharapkan mesyuarat ini menjadi platfom untuk membincangkan
isu dan cadangan serta mencapai keputusan bersama

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI KE-15

3.1 Cadangan pengesahan oleh : Pn. Sandra Binti Ahmad
3.2 Cadangan pengesahan disokong oleh : Pn. Yusnita Kasmin

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 En Norahim selaku PK KOKUM menjelaskan semua maklum balas berjaya
diselesaikan.

4.2 Menurut beliau lagi AJK PIBG dilantik 2 tahun sekali, oleh itu, AJK PIBG 2020
dikekalkan pada tahun 2021.

5.0 MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PIBG
TAHUN 2020 - 2021

5.1 Pn. Nurul Inn Binti Morobistah selaku setiausaha PIBG telah membentangkan
Laporan Tahunan PIBG Tahun 2020 - 2021 untuk diterima.

5.2 Pn Nurul Inn menjelaskan bahawa penglibatan ibu bapa dalam program di
Sekolah penting untuk direkodkan dalam data PIBK dan dilaporkan ke PPD.

5.3 Beliau menyarankan agar ibu bapa sentiasa peka dan turut serta apa jua aktiviti
atau program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

6.0 MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG
TAHUN 2020-2021

6.1 En. Lee Yew Seng selaku bendahari PIBG telah membentangkan Laporan
Tahunan PIBG Tahun 2020 - 2021 untuk diterima.

6.2 Pn. Saban Nur mohd telah mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan PIBG
Tahun 2020-2021 dan disokong oleh Pn. Mariah Salleh

7.0 MENERIMA DAN MEMBAHASKAN USUL TAHUN 2021

7.1 USUL 1 : Memaklumkan kepada ibu bapa sekiranya anak-anak kami
tidak mengikuti PDPR kerana ibu bapa yang bekerja

7.1.1 Pembawa usul : Nurbaniah Umar, Roslina Solleh, Nuraina Binti Salahuddin, Hj
Kamal Bin Hj Sibli, Rubaniah Umar, Sabaria Binti Cande,
Jakaria Bin Saide, Mohd Silme Bin Deleon, Latip, Nurdianah
Binti Hassan

7.1.2 Maklum balas : PK HEM menjelaskan PDPR adalah wajib dan memohon ibu
bapa sentiasa memantau anak-anak untuk mengikuti kelas
mengikut jadual

: PK Pentadbiran memaklumkan bahawa tugas ini digalas oleh
guru kelas dan guru kelas telah pun menghubungi pelajar yang
bermasalah kehadiran

7.2 USUL 2 : Memperketatkan disiplin sekolah

7.2.1 Pembawa Usul : Sabburia Binti Alimari

7.2.2 Maklum balas : En Tawakkal selaku guru disiplin memaklumkan bahawa isu

disiplin hanya tertumpu kepada masalah PDPR sahaja seperti

tidak hadir kelas dan tidak membuat tugasan

: Tindakan yang diambil ialah mengenalpasti pelajar yang

bermasalah kehadiran dan tidak menghantar kerja diambil alih

oleh Unit Kauseling

:

7.3 USUL 3 : Pelajaran dan sukan perlu diseimbangkan

: Lalu lintas anak sentiasa selamat berada di hadapan pagar

Sekolah

7.3.1 Pembawa Usul : Mohd Abidin Bin Majid

7.3.2 Maklum balas : PK KOKUM menjelaskan bahawa pelajaran dan kokurikulum

sememangnya seimbang selaras dengan saranan daripada KPM

: Menurut beliau lagi, ibu bapa tidak perlu risau dengan

keselamatan anak-anak kerana murid-murid akan dilepaskan

mengikut kelas secara berperingkat

: Malah terdapat bantuan pengawal keselamatan yang bertindak

membantu bertugas di pintu pagar sekolah

7.4 USUL 4 : Menyediakan modul bagi setiap pembelajaran agar anak-

anak mudah membuat kerja sekolah berbanding melalui

Online

7.4.1 Pembawa Usul : Saban Nur

7.4.2 Maklum balas : Puan Siti Aisah Mohd Kudi selaku PK Petang menjelaskan modul

berfokus SPM telah disediakan dan telah dimuatnaik dalam

laptop yang telah disumbangkan oleh kerajaan negeri

: Pihak sekolah juga telah mencetak modul dan akan diedarkan

bila bersemuka nanti

7.5 USUL 5 : PIBG perlu ambil tahu dan membantu pelajar yang kurang

kemudahan gajet dan internet

: PIBG lebih agresif dalam memastikan para pelajar dapat

mengikuti sesi P&P mengikut jadual waktu

7.5.1 Pembawa Usul : Mohd Jamil Bin Jafarah

7.5.2 Maklum balas : YDP PIBG meminta kerjasama guru-guru untuk mendapatkan

maklumat mana-mana pelajar yang bermasalah gajet

: YDP PIBG juga menyarankan jika ada ibu bapa yang

berkemampuan membantu pelajar-pelajar yang memerlukan

7.6 USUL 6 : Membuat Program tentang pembelajaran seperti cara

menjawab kertas soalan

: Menyediakan bahan pembelajaran menggunakan duit dari

pelajar

7.6.1 Pembawa Usul : Suriyani Binti Saddu dan Siti Hajar Binti Ismail

7.6.2 Maklum balas : Pn. Rashidah Binti Hj Abdul selaku PK Pentadbiran

memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menjalankan seminar

dan teknik menjawab SPM fasa 1 bagi semua subjek pada bulan

mei - jun

: Menurut beliau lagi seminar dan teknik menjawab SPM akan

dilanjutkan pada bulan oktober sehingga mac 2022.

: PK Pentadbiran menjelaskan pungutan duit akan dibuat jika
diperlukan khususnya dalam penyediaan buku kerja atau buku
rujukan

7.7 USUL 7 : Meminta ibu bapa memberi sumbangan PIBG secara atas

talian

7.7.1 Pembawa Usul : Saban Nur

7.7.2 Maklum balas : Puan Pengetua berharap agar ibu bapa menerima usul ini

disebabkan jumlah sumbangan yang semakin sedikit

: Puan pengetua mencadangkan jika ibu bapa risau untuk pergi ke

sekolah boleh menyalurkan sumbangan secara pemindahan wang

di atas talian. Jika ibu bapa ingin menyumbang boleh

berhubung terus kepada pihak sekolah

8.0 UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 Yang di pertua PIBG mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan
kesabaran ibu bapa dan guru sehingga ke akhir mesyuarat. Beliau juga memohon
sokongan penuh daripada semua pihak sama ada guru mahupun ibu bapa supaya
berganding bahu dalam memperkasa kecemerlangan sekolah ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang

Disediakan oleh: Disemak oleh:

( Nurul Inn Binti Morobistah ) ( Rosni Binti Hj Asakil )
Setiausaha PIBG Penasihat PIBG
SMK Tawau II SMK Tawau II
2020 - 2022 2020 - 2022

Disahkan Oleh:

( Hagis Bin Barhama )
Yang Dipertua PIBG
SMK Tawau II
2020 - 2022


Click to View FlipBook Version