PENGURUSAN
PERRNIAGAAN
KUMPULAN 1
▪ MUHAMAD ARIF FAHMI BIN CHE MOHD AMRAN
(MA2224122876) (A1T6)
▪ DARREN PRABU A/L WILSON
(MA2224302706) (A1T6)
2.1
TAKRIF PENGURUSAN : Mengkoordinasi dan mengawal aktiviti kerja orang lain agar
aktiviti mereka dapat disiapkan dengan efektif dan efisian.
TAKRIF ORGANISASI : Merupakan satu penyusunan tenaga manusia secara terancang
untuk mencapai matlamat tertentu. Organisasi boleh juga
ditakrifkan sebagai gabungan dua atau lebih orang yang bekerja
secara sistematik dan berstruktur untuk mencapai matlamat
organisasi.
FUNGSI PENGURUSAN
➢ PERANCANGAN
• Merupakan proses di mana pengurus menentukan maklumat yang ingin dicapai membangunkan strategi dan menentukan
tindakan paling bersesuaian serta menyelaras semua aktiviti di setiap peringkat organisasi demi mencapai matlamat organisasi.
➢ PENGORGANISASIAN
• Proses di mana pengurus menyusun, mengagih dan menstruktur sumber-sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang telah
ditetapkan agar dapat mencapai matlumat organisasi.
• Merupakan satu proses di mana pengurus menentukan apa yang perlu dilaksanakan, bagaimana ia dilaksanakan dan siapa yang akan
melaksanakannya .
➢ KEPIMPINAN
• Proses di mana pengurus bekerjasama dengan sumber manusia/pekerja untuk mencapai matlamat organisasi.
• Pengurus memotivasi, memimpin dan melaksanakan segala segala tindakan yang melibatkan berurusan dengan sumber manusia.
➢ PENGAWALAN
• Merupakan proses di mana pengurus memantau aktiviti-aktiviti semasa, membandingkan prestasi dan mengambil tindakan pembaikkan
untuk memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang dijangkakan.
PERINGKAT PENGURUSAN
2.1.2 PERINGKAT PENGURUSAN
I.PENGURUSAN ATASAN
-Bertanggungjawab untuk membuat keputusan ke atas organisasi secara menyeluruh
-Membangunkan matlamat dan perancangan yang akan memberi kesan keseluruhan organisasi
-Memberi tumpuan kepada perancangan jangka panjang,menetap dan menggariskan visi,misi,dasar,polisi dan matlamat organisasi
-Contoh: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan sebagainya.
II.PENGURUSAN PERTENGAHAN
-Pengurusan yang berada di antara pengurusan atasan dan pengurusan bawahan serta menyelia pengurusan bawahan
-Bertanggungjawab untuk melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh pengurusan atasan
-Contoh: Ketua Jabatan Pembangunan Produk dan sebagainya
• iii.Pengurusan Bawahan
-Pengurusan barisan pertama(first line manager) dan bertanggungjawab ke atas pekerja organisasi yang tidak terlibat
dalam pengurusan
-Bertanggungjawab secara langsung ke atas pengeluaran produk dan perkhidmatan serta membuat pelaporan kepada
pengurusan pertengahan
-Memastikan pekerja bawahan melaksanakan tugas harian agar mencapai matlamat organisasi
-Contoh: Penyelia Tapak, Ketua Kerani dan sebagainya.
SEKIAN TERIMA KASIH