Pendidikan Islam Tahun 4
~ SIRAH ~
DAKWAH
NABI MUHAMMAD
S.A.W
Ustazah Badariah Hussin
PENGERTIAN
DAKWAH
bermaksud menyeru
dan mengajak umat
manusia untuk
beriman dan taat
kepada Allah serta
kembali ke jalan yang
benar.
CARA NABI BERDAKWAH
Nabi Muhammad berdakwah di Mekah secara sulit
selama 3 tahun. Dakwah secara sulit itu berpusat di
rumah Saidina Al-Arqam bin Abi Al-Arqam. Baginda
berdakwah kepada kaum kerabat yang rapat
dengannya terlebih dahulu. Setelah itu barulah
diperintahkan oleh Allah agar berdakwah secara
terang-terangan.
CARA NABI BERDAKWAH
1. Dakwah Secara Lisan
▪ Nasihat
▪ Tazkirah
▪ Dialog
▪ Bercerita
▪ Berdebat
2. Dakwah Secara Perbuatan
❑ Ziarah
❑ Memberikan Hadiah
❑ Mengutuskan Surat
❑ Menghantar Utusan
❑ Berakhlak Mulia
TENTANGAN KAFIR QURAISY
TERHADAP DAKWAH NABI MUHAMMAD S.A.W
1. Fitnah
Orang Quraisy menuduh Nabi Muhammad SAW sebagai gila, ahli
sihir dan pendusta. Mereka mendakwa Nabi Muhammad ialah
pemecah belah masyarakat dan pemutus hubungan silaturrahim.
2. Pemulauan
Orang Quraisy menghalang aktiviti berjual beli dan semua bentuk
komunikasi dengan kaum muslimin termasuk perkahwinan. Tindakan
itu menyebabkan kaum muslimin mengalami kelaparan dan
semakin tertekan. Pemulaun berlarutan selama hampir 3 tahun.
3. Penyeksaan
Terdapat pelbagai seksaan yang dilakukan terhadap kaum
muslimin seperti dijemur di padang pasir dan diletakkan batu yang
besar di atas dada mereka seperti yang berlaku kepada Saidina
Bilal bin Robah.
4. Pembunuhan
Ada juga di kalangan para sahabat Nabi Muhammad yang dibunuh
dengan kejam seperti Saidina Yasir dan Saidatina Sumayyah.
AKHLAK NABI MUHAMMAD S.A.W DALAM
MENGHADAPI TENTANGAN KAUM QURAISY
1. BERSABAR – Nabi Muhammad sentiasa bersabar dengan
ujian dan cabaran.
Saya akan bersabar dan tabah dalam setiap aspek
kehidupan.
2. BERGANTUNG HARAP KEPADA ALLAH – Nabi Muhammad
tidak pernah putus asa.
Saya sentiasa berdoa kepada Allah dalam setiap
usaha yang dilakukan.
3. PRIHATIN – Nabi Muhammad mengutamakan kaum
keluarga dalam berdakwah.
Saya mengamalkan budaya nasihat-menasihati dalam
keluarga.
4. BERJIWA BESAR – Nabi Muhammad sentiasa berhikmah
dan tidak pernah berdendam.
Saya sedia memaafkan kesalahan orang lain dan
tidak membalas kejahatan orang lain dengan keburukan.
AKHLAK NABI MUHAMMAD S.A.W
DALAM BERDAKWAH
1. NABI MUHAMMAD SENTIASA OPTIMIS TERHADAP JANJI DAN BANTUAN
DARIPADA ALLAH.
Nabi Muhammad menolak tawaran daripada kafir Quraisy seperti
pangkat, harta kekayaan dan wanita. Baginda tetap yakin dengan
pertolongan Allah, meneruskan usaha dakwah sehingga berjaya.
2. NABI MUHAMMAD SEORANG PENDAKWAH YANG PENYAYANG.
Ketika Nabi Muhammad berdakwah di Taif, penduduk Taif menolak
dakwah baginda dengan mengusir dan mencederakan baginda. Lalu
datang malaikat membuat tawaran kepada baginda untuk
membinasakan mereka. Baginda menolak lalu berdoa agar mereka
menerima hidayah.
3. NABI MUHAMMAD SEORANG PEMAAF.
Semasa peristiwa pembukaan Kota Mekah, baginda telah
membebaskan penduduk Mekah yang pernah melakukan kejahatan
kepada baginda dan memaafkan mereka.
Marilah kita sama-sama
mencontohi akhlak,
peribadi dan cara Nabi
Muhammad S.A.W dalam
menyampaikan dakwah
demi memperjuangkan
agama Islam.
“SELAMAT BELAJAR”
Sekian.
Terima kasih ☺