SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TANJUNG PAPAT 1 PETI SURAT 2653, POSKOD 90730 SANDAKAN, SABAH NAMA : ______________________ KELAS : ______________________
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN Perkara Muka Surat Rukun Negara Falsafah Pendidikan kebangsaan Visi Misi Ikrar Murid Lagu Sekolah Masa Persekolahan Kehadiran Pakaian Seragam Sekolah ▪ Murid Lelaki ▪ Murid Perempuan i ii ii ii iii iv 1 2 - 3 4 - 5 6 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah ▪ Bilik Darjah ▪ Bilik-bilik Khas ▪ Kawasan Sekolah ▪ Tandas ▪ Kantin 7 7 8 8 8 Tertib dan Kesopanan ▪ Dalam Kawasan Sekolah ▪ Dalam Bilik Darjah 9 9 Keselamatan di Jalan Raya 10 Kokurikulum 11 Kawasan Larangan Sekolah 12 Harta Benda ▪ Harta Benda Murid ▪ Harta Benda Sekolah ▪ Bilik Pusat Sumber ▪ Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) ▪ Alat-alat Sukan Jenis-jenis Kesalahan Siaran Hal Ehwal Pelajar 13 13 14 14 14 15 - 17 18 ISI KANDUNGAN
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN RUKUN NEGARA BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA Mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; Memelihara satu cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden MAKA KAMI, rakyat Malaysia; berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip yang berikut:- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK ROHANI, EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN. USAHA INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MELAHIRKAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERKETERAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA. PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA VISI MISI
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN IKRAR MURID KAMI MURID-MURID SK SRI TANJUNG PAPAT SATU BERIKRAR DAN BERJANJI:- 1. BAHAWA KAMI SENTIASA PATUH KEPADA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH, SERTA MENJAGA DISIPLIN SEKOLAH KAMI. 2. KAMI BERIKRAR DAN BERJANJI UNTUK BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI MASA DEPAN KAMI YANG CERAH, DAN MENJAGA NAMA BAIK SEKOLAH KAMI, 3. KAMI JUGA BERJANJI MEMBERIKAN KERJASAMA KEPADA GURU-GURU UNTUK MEWUJUDKAN KELAS DAN SEKOLAH YANG HARMONI.
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN LAGU SEKOLAH SK Sri Tanjung Papat Tegas Menepati Hasrat Generasi Berhemah Tinggi Maju Terus Berdikari Inilah Hasrat Kami Semua Bercita Membangunkan Negara Tinggikan Budi Tegakkan Disiplin Sumber Utama Kepimpinan Cekal Bentuk Masyarakat SK Sri Tanjung Papat Harapan Semua Generasi Bersama Pendidik Dedikasi SK Sri Tanjung Papat Teruskan Khidmat Setiamu Namamu Harum Jadi Sanjungan Ilmu Pelita Hidup
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN MASA PERSEKOLAHAN 1. Waktu persekolahan adalah seperti: Sidang Pagi (Tahap 2) Hari Waktu Persekolahan Rehat Waktu Pulang Isnin 6.45 pagi 9.45 pagi hingga 10.05 pagi 12.35 tengah hari Selasa 6.45 pagi Rabu 6.30 pagi Khamis 6.45 pagi Jumaat 6.30 pagi 9.30 pagi hingga 9.50 pagi 11.20 pagi Sidang Petang (Tahap 1) Hari Waktu Persekolahan Rehat Waktu Pulang Isnin 12.15 tengah hari 2.45 petang hingga 3.05 petang 5.35 petang Selasa 12.45 Rabu tengah hari Khamis Jumaat 12.15 tengah hari 5.05 petang 2. Hari Rabu (Kokurikulum) Murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 perlu menghadirkan diri dalam perjumpaan kelab, unit beruniform, sukan dan permainan bermula pada pukul 10.05 pagi hingga 11.05 pagi. 3. Waktu rehat 20 minit Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas sewaktu masa rehat.
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN KEHADIRAN 1. Kehadiran di sekolah dan di kelas adalah wajib. Mana-mana murid yang ponteng sekolah/kelas akan dikenakan tindakan disiplin. (Pek.Ikts Bil 6/95). 2. Kehadiran akan diambil pada waktu pertama oleh guru kelas atau guru mata pelajaran. 3. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui surat ibu bapa/penjaga atau surat akuan doktor/pegawai kesihatan. 4. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani atau latihan sukan hendakalah membuktikan dengan mengemukakan surat akuan doktor dan ibu bapa/penjaga. 5. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari sekolah semasa waktu persekolahan. 6. Murid-murid yang hendak ke klinik perlu mendapat kebenaran keluar daripada pihak pentadbiran sekolah. Muridmurid berkenaan hendaklah pulang segera ke sekolah/rumah masing-masing setelah mendapat rawatan dan menunjukkan kad/surat yang telah ditandatangani oleh pegawai perubatan apabila balik ke sekolah. 7. Murid yang sakit dan ingin balik ke rumah hendaklah memohon kebenaran daripada pihak pentadbiran sekolah. Murid hanya dibenarkan balik sekiranya ibu bapa atau penjaga datang untuk mengambilnya dari sekolah. 8. Selepas mendapat kebenaran, murid dikehendaki mencatat nama dan butir-butir yang diperlukan di dalam buku pergerakan murid yang disimpan di pejabat sekolah. 9. Semua murid Tahun 3 hingga 6 wajib hadir dalam kegiatan kokurikulum pada setiap hari Rabu mengikut jadual dan tempat yang telah ditetapkan. 10.Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa pemakluman, murid dianggap ponteng.
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN 11. Ponteng sekolah dilarang sama sekali. Surat akan dihantar kepada ibu bapa/ penjaga berdasarkan jadual berikut:- SURAT TIDAK HADIR BERTURUT-TURUT TIDAK HADIR BERSELANG-SELI Amaran Pertama Pada hari ke 3 Pada hari ke 10 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas Amaran Terakhir Jumlah Hari Tidak Hadir 31 Hari 60 hari bukan berturut-turut (Dipetik daripada “Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah” terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia) 12. Masa Perhimpunan • Semua murid diwajibkan hadir semasa perhimpunan diadakan. • Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing. • Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas. • Semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dengan teratur dan senyap selepas perhimpunan diadakan.
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 1. Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana dipakai pada hari persekolahan, menghadiri upacara rasmi sekolah dan membuat lawatan rasmi. 2. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dari rumah ke sekolah hingga balik semula ke rumah. Pakaian Murid Lelaki • Baju kemeja putih berlengan pendek/panjang • Seluar panjang berwarna biru tua/ navy blue • Kasut kanvas berwarna hitam • Stoking berwarna hitam • Tali pinggang berwarna hitam atau biru tua/navy blue. Kepala tali pinggang mestilah tidak terlalu besar, tidak berbentuk-bentuk dan tidak bercorak. Lebar tali pinggang tidak melebihi setengah inci atau 3.75 cm. • Lencana sekolah diletakkan di sebelah kiri atas saku dan tanda nama di bawah lencana. RAMBUT PENDEK DAN KEMAS TALI LEHER LENCANA SEKOLAH TANDA NAMA TALI PINGGANG HITAM/NAVY BLUE KASUT DAN STOKING WARNA HITAM GARIS PANDUAN TATACARA PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH MURID LELAKI
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN • Rambut Murid Lelaki ❑ Murid lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan pendek. ❑ Rambut tidak boleh diwarnakan. ❑ Rambut berfesyen tidak dibenarkan. ❑ Setiap murid lelaki tidak dibenarkan berambut Panjang. Istilah berambut panjang adalah seperti berikut: i. Di belakang – rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga. ii. Di depan - rambut menutupi garisan tengah dahi iii. Di sebelah - rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan “sideburn” melebihi garisan tengah hidung. iv. Di atas - Rambut lebih daripada 6 inci panjang ANTARA FESYEN RAMBUT YANG TIDAK DIBENARKAN DI SEKOLAH
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN Pakaian Murid Perempuan. • Baju kurung potongan tradisional, leher teluk belanga, warna putih. • Memakai kain sarung berwarna biru gelap/navy blue. • Memakai kain tudung kepala berwarna putih, berbentuk tiga segi dua sama dan berukuran sesuai dengan murid yang memakainya. • Kasut kanvas berwarna hitam dan stoking pendek berwarna hitam. • Rambut depan tidak boleh menutupi mata; jika panjang hendaklah dikelipkan. (Bagi murid perempuan yang tidak bertudung). • Rambut panjang yang mencecah bahu hendaklah diikat dengan kemas. • Hanya reben berukuran 1-2 cm berwarna putih, hitam atau biru tua sahaja boleh digunakan. • Murid dilarang mewarnakan rambut. • Murid dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan cat kuku atau sebagainya. • Murid dilarang bersolek ke sekolah. • Murid tidak dibenarkan memakai atau membawa barang-barang kemas seperti gelang, rantai, anting-anting, subang yang besar, cincin dan lainIain. Lencana sekolah dan tanda nama di sebelah kiri pada tudung. GARIS PANDUAN TATACARA PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH MURID PEREMPUAN BERTUDUNG LENCANA TANDA NAMA STOKING HITAM KASUT KANVAS HITAM ANAK TUDUNG BERWARNA PUTIH TANPA SEBARANG CORAK
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN 1. Bilik Darjah • Susunan kerusi dan meja hendaklah sentiasa kemas dan teratur. • Ruang koridor hendaklah sentiasa bersih dan mempunyai tong sampah bagi setiap kelas. • Jika murid tidak berada di dalam kelas, suis lampu dan kipas hendaklah dipadamkan. • Murid dilarang makan dan minum di dalam kelas (kecuali air yang dibawa dari rumah). 2. Bilik-bilik Khas • Murid-murid hendaklah mematuhi peraturan bilik-bilik khas seperti pusat sumber, surau, makmal sains, makmal komputer, bilik muzik, setor sukan dan bilik-bilik khas yang lain. 3. Kawasan Sekolah • Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. • Sampah yang dijumpai hendaklah dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. • Semua murid dilarang meludah di merata-rata tempat. • Semua murid dilarang menconteng atau mengotorkan bahagian di dalam kawasan sekolah.
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN 4. Tandas Sekolah • Kebersihan tandas adalah tanggungjawab bersama. • Segala sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam tong sampah dan bukan lubang tandas. • Murid hendaklah berjimat menggunakan air. • Pastikan lampu dan paip air ditutup selepas digunakan. • Murid dilarang merosakkan pintu tandas, paip air dan singki di dalam tandas. • Murid dilarang menggunakan tandas guru. • Kawasan tandas perempuan adalah kawasan larangan bagi murid lelaki dan begitu juga sebaliknya. 5. Kantin • Murid tidak dibenarkan makan di luar kawasan kantin sekolah. • Makanan dari rumah juga hendaklah dimakan di kantin sekolah. • Murid tidak dibenarkan membuat bising di kantin sekolah. • Murid hendaklah berbaris ketika membeli makanan dan minuman. • Jaga kebersihan semasa makan dan minum, gunakan tong sampah untuk membuang sampah atau sisa-sisa makanan. • Semasa membasuh tangan, pastikan sisa makanan tidak tertinggal di dalam singki agar singki tidak tersumbat. • Semua murid hendaklah mengamalkan adab semasa makan atau minum. • Murid dilarang makan atau minum di meja guru. • Murid dilarang menjual di kawasan sekolah. • Murid dilarang memasuki bahagian dalam dapur kantin. • Segala kerosakan peralatan kantin, seperti cawan pecah dan sebagainya adalah urusan murid tersebut bersama pihak kantin.
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN TERTIB DAN KESOPANAN 1. Dalam Kawasan Sekolah • Semua murid wajib menghormati guru-guru, kakitangan sekolah, pelawat dan sesama rakan. • Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan sesiapa sahaja. • Berikan salam/sejahtera kepada guru-guru, kakitangan sekolah, pelawat dan sesama rakan. • Semua murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran guru atau pihak pentadbiran sekolah. 2. Dalam Bilik Darjah • Berbaris sewaktu masuk kelas. • Semua murid tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah (ponteng kelas) semasa waktu belajar. • Murid yang keluar tanpa pas kebenaran keluar kelas, dianggap merayau-rayau dan boleh dikenakan tindakan disiplin. • Tidak boleh mengganggu rakan-rakan semasa belajar. • Tidak boleh makan di dalam kelas.
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN KESELAMATAN JALAN RAYA 1. Murid menunggu bas di kawasan sekolah. 2. Murid mesti menggunakan jejantas/ mematuhi arahan pengawal keselamatan apabila melintas jalan raya. 3. Sekiranya murid pulang berjalan kaki, murid mestilah berhati-hati. Jangan bermain-main atau berlari-lari semasa berjalan di tepi jalan raya. 4. Ibu bapa mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 5. Untuk mengelakkan kesesakan dan mewujudkan lalu lintas yang teratur, sila patuhi arahan yang disediakan. 6. Kenderaan tidak dibenarkan masuk kawasan sekolah atau berhenti di hadapan pintu pagar besar/jalan masuk ke sekolah dengan tujuan menurunkan dan mengambil murid.
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN AKTIVITI KOKURIKULUM 1. Semua murid Tahun 3 hingga Tahun 6 diwajibkan mengambil bahagian dalam 3 aktiviti kokurikulum berikut: i. Kelab dan persatuan ii. Pasukan beruniform iii. Sukan dan permainan 2. Setiap murid mestilah mempunyai Buku Rekod Kedatangan kokurikulum. Buku tersebut perlulah dihantar dan ditandatangani oleh guru pembimbing pada setiap kali sesi perjumpaan. 3. Kedatangan adalah wajib dan semua murid dikehendaki hadir menyertai kegiatan yang disertai. 4. Murid-murid mesti memakai pakaian mengikut aktiviti yang disertai iaitu pakaian unit beruniform/pakaian sekolah/pakaian sukan dan mesti memakai kasut. 5. Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa guru pembimbing. 6. Murid-murid yang mengadakan lawatan sambil belajar hendaklah mengisi borang untuk meminta kebenaran daripada pihak ibu bapa/penjaga dan pihak sekolah sebelum lawatan tersebut dibuat. 7. Tindakan akan diambil sekiranya murid-murid tidak menghadirkan diri dalam sesi perjumpaan tanpa sebab.
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN KAWASAN LARANGAN Murid-murid tidak dibenarkan berada di kawasan atau tempat berikut tanpa kebenaran: 1. Bilik-bilik khas seperti pusat sumber, surau, makmal sains, makmal komputer, bilik muzik, setor sukan dan bilik-bilik khas yang lain, kecuali atas kebenaran guru. 2. Pejabat sekolah dan bilik guru, kecuali dipanggil atau mendapat kebenaran guru. 3. Kantin, pada waktu belajar. 4. Tempat letak kenderaan. 5. Dewan sekolah 6. Bilik cetak 7. Kawasan-kawasan yang diumumkan dari semasa ke semasa seperti lereng bukit yang curam dan berbahaya. 8. Kawasan Pencawang Tenaga Elektrik (Main Switch Electricity)
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN HARTA BENDA 1. Harta Benda Murid • Dilarang memakai atau membawa barang kemas, barang permainan, barang perhiasan dan peralatan bahaya seperti pisau. • Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang-barang yang dlarang. 2. Harta Benda Sekolah • Murid-murid hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda sekolah. • Harta benda sekolah tidak dibenarkan dibawa keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran pihak pentadbiran sekolah. • Murid yang merosakkan atau menghilangkan harta benda sekolah wajib membayar ganti rugi. 3. Bilik Pusat Sumber • Murid masuk ke dalam pusat sumber mengikut jadual kelas yang telah ditetapkan atau jadual khas pusat sumber. • Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam pusat sumber tanpa diiringi oleh guru mata pelajaran. • Kasut hendaklah ditanggalkan dan disusun rapi ketika memasuki pusat sumber. • Tidak dibenarkan membawa masuk beg ke dalam pusat sumber. • Semua buku yang telah digunakan hendaklah diletakkan di tempat yang telah disediakan. • Dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam pusat sumber. • Proses peminjaman buku adalah atas kebenaran guru. • Murid-murid yang merosak atau menghilangkan buku hendaklah menggantinya atau membayar harga buku berkenaan.
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN 4. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) • Skim pinjaman buku teks diberi kepada semua murid yang layak. • Buku teks yang dipinjam hendaklah dijaga kebersihannya, dibalut dengan plastik atau pembalut yang sesuai. • Murid dilarang menconteng atau merosakkan buku teks. • Buku teks hendaklah dipulangkan pada masa yang telah ditetapkan. • Kehilangan buku pinjaman mesti diganti dengan buku yang sama atau harga asal buku tersebut. 5. Alat-alat Sukan • Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam setor sukan tanpa kebenaran guru. • Murid tidak dibenarkan mengambil atau menggunakan alatan sukan kecuali dengan kebenaran guru. • Alatan sukan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya setelah selesai digunakan. • Pengambilan dan penghantaran alatan sukan hendaklah dicatat di dalam buku senarai yang telah disediakan. • Tindakan akan dikenakan terhadap mana-mana murid yang tidak mengikuti peraturan ini.
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN JENIS-JENIS KESALAHAN 13.1 TINGKAH LAKU JENAYAH 13.1.1 Berjudi 13.1.2 Mencuri 13.1.3 Melawan guru 13.1.4 Melawan pengawas 13.1.5 Mengancam guru 13.1.6 Mengancam pengawas 13.1.7 Mengancam murid 13.1.8 Memukul guru 13.1.9 Memukul pengawas 13.1.10 Memukul murid 13.1.11 Mencederakan guru 13.1.12 Memeras ugut 13.1.13 Membuli 13.1.14 Menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap 13.1.15 Mencederakan murid 13.1.16 Menyalah gunaan dadah 13.1.17 Membawa senjata berbahaya 13.1.18 Mencabul kehormatan 13.1.19 Menceroboh bilik khas 13.1.20 Menceroboh Pejabat Sekolah 13.1.21 Menceroboh Bilik Guru 13.1.22 Mengedar dadah 13.1.23 Menunjukkan perasaan/berpiket 13.1.24 Mengganggu ketenteraman sekolah 13.1.25 Bertaruh secara besar-besaran
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN 13.2 TINGKAH LAKU LUCAH 13.2.1 Bercumbu-cumbuan 13.2.2 Berdua-duaan tanpa tujuan (khalwat) 13.2.3 Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah 13.2.4 Mengintai murid-murid perempuan 13.2.5 Menggunakan perkataan lucah 13.2.6 Melakukan perbuatan lucah 13.2.7 Menulis perkataan lucah 13.2.8 Melukis gambar-gambar lucah 13.3 TINGKAH LAKU KURANG SOPAN DAN BIADAP 13.3.1 Berkelakuan kasar terhadap guru 13.3.2 Berkelakuan kasar terhadap pengawas 13.3.3 Berkelakuan kasar terhadap murid 13.3.4 Berbahasa kesat 13.3.5 Menyimpan rokok 13.3.6 Menghisap rokok 13.3.7 Mengganggu pengajaran dan pembelajaran 13.3.8 Tidak menghormati guru 13.3.9 Tidak menghormati pengawas 13.4 TINGKAH LAKU MUSNAH 13.4.1 Merosakkan harta benda sekolah 13.4.2 Merosakkan harta benda Guru Besar dan guru-guru 13.4.3 Merosakkan harta benda kantin sekolah 13.4.4 Merosakkan harta benda murid 13.5 TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR/MENIPU 13.5.1 Menipu yang melibatkan wang 13.5.2 Menipu yang melibatkan kepercayaan
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN 13.6 PONTENG 13.6.1 Ponteng kelas 13.6.2 Ponteng sekolah 13.6.3 Ponteng perhimpunan 13.6.4 Ponteng kegiatan luar bilik darjah 13.6.5 Ponteng kegiatan kokurikulum 13.6.6 Ponteng ujian 13.6.7 Ponteng peperiksaan 13.7 KEKEMASAN DIRI 13.7.1 Rambut panjang 13.7.2 Fesyen rambut keterlaluan 13.7.3 Berkuku panjang 13.7.4 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah 13.7.5 Memakai barang-barang kemas 13.8 LAIN-LAIN KESALAHAN 13.8.1 Tidak menyiapkan kerja sekolah 13.8.2 Membuang sampah merata-rata 13.8.3 Hadir lewat ke sekolah PERKARA 14: SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 14.1 Pada buku teks tuliskan nama, kelas dan tahun pada ruang yang disediakan. 14.2 Buku Teks perlu dijaga dengan baik dan tidak boleh dirosakkan atau dihilangkan. Sekiranya rosak atau hilang, ibu bapa / penjaga hendaklah menggantikan buku tersebut dengan yang baharu. 14.3 Sampul buku teks dengan plastik lut sinar (sampul plastik).
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN SIARAN HAL EHWAL PELAJAR BORANG AKUAN MURID Saya _______________________________________________________________ No. Kad Pengenalan ________________________________________________ Ibu / bapa / penjaga kepada pelajar bernama: Nama : _____________________________________________ Kelas : _____________________________________________ Telah membaca dan faham siaran hal-ehwal pelajar ini tentang peraturan dan tatatertib sekolah. Dengan ini saya bersetuju segala tindakan yang diambil oleh pihak sekolah terhadap anak di bawah jagaan saya. _________________________________ _____________________ Tandatangan ibu/ bapa / penjaga Tandatangan pelajar Nama: Nama: Tarikh: Tarikh: • DISAKSIKAN Tandatangan : __________________________________ Nama : __________________________________ Tarikh : __________________________________ *(pihak sekolah)
SK SRI TANJUNG PAPAT 1, SANDAKAN Disediakan oleh; BADAN DISIPLIN SEKOLAH UNIT HAL EHWAL MURID SK SRI TANJUNG PAPAT 1