Mesyuarat Khas M3P 2022
MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN KHAS M3P (ISU COVID-19 TERKINI DAN
PELAKSANAAN PDP (M3P) BIL 2/2022
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
Tarikh : 14.2.2022
Hari : Isnin
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Pelantar Google Meet
HADIR :
1 Dr. Najamuddin bin Bachora Pengarah
2 Dr. Lina binti Thomas@Tupang Timbalan Pengarah
3 Puan Naima binti Kadir KJ Kecemerlangan Akademik
4 Dr. Mohd Asri bin Ispal KJ Hal Ehwal Pelajar
5 Puan Latifah binti Monnas KJ Ilmu Pendidikan
6 Puan Sharifa binti Samsudin KJ Pendidikan Islam dan Moral
7 En Sukran bin Nalamin KJ Pengajian Bahasa
8 Dr. Hj Ramlan bin Mala KJ Sains Sosial
9 Puan Normadiah binti Bokoh KJ Sains,Teknologi, Kejuruteraan & Matematik
10 Puan Lim Fui Chiew@Gloriea KJ Pendidikan Jasmani & Kesihatan
11 Dr. Abdul Hamid bin Abdul Rahim KJ Perancangan Penyelidikan & Inovasi
12 Tuan Hj Wan Azmi bin Wan Omar KJ Pembangunan Latihan
13 Puan Fazura binti Othman KU Khidmat Pengurusan
14 Encik Haripin bin Kaping KU Peperiksaan & Penilaian
15 Encik Seminar bin Sunari KU Ko Kurikulum
16 Encik Falawangi bin Lahama KU Pusat Sumber
17 En Iswandy bin Selamat@Selama KU Praktikum
18 Encik Azman @ Liha bin Koong KU Kaunseling
19 Encik Mohd Shahbudin bin Che Nawi Sekretariat Jaminan Kualiti Dan Pematuhan Polisi
20 Puan Maseuleng binti Masariang Pegawai Eksekutif Kanan
21 Puan Chin Chien Ping Pegawai Teknologi Maklumat
22 Encik Muhammad Idris bin Musa Penolong Akauntan
23 Encik Khairul Zamri bin Othman Urusetia
TIDAK HADIR BERSEBAB : (Urusan Rasmi)
1. Dr Norjanah binti Ambo (Urusan Rasmi)
2. Encik Abdul Aziz bin Arsyad
1
Mesyuarat Khas M3P 2022
1.0 UCAPAN TUAN PENGARAH/PENGERUSI
Tuan Pengarah/Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam kepada
semua ahli mesyuarat kerana meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat kali ini
serta berharap semua ahli mesyuarat senantiasa berada dalam keadaan sihat
sejahtera. Antara amanat Tuan Pengarah / Pengerusi adalah seperti berikut :
1.1 Kelengkapan pakaian PPE perlu disediakan sebagai langkah SOP kepada staff
yang berurusan dengan pelajar di asrama.
1.2 Pembekal saliva test dan segala ubat-ubatan untuk bekalan kepada pelajar perlu
dibeli daripada farmasi. Pelajar yang bergejala perlu mendapatkan rawatan yang
sewajarnya daripada pusat kesihatan.
1.3 Berharap agar semua staf dan warga IPGKT tetap menjaga SOP demi
mengekang penularan Covid-19.
1.4 Dalam tempoh seminggu akan datang elajar yang sihat perlu mengikuti PdP
secara bersemuka.
1.5 Pelajar yang bergejala atau kurang sihat perlu diberi mengikuti kelas secara
online.
1.6 Berterima kasih kepada pihak warden dan pemandu yang bertungkus lumus
mengurus pelajar di asrama yang turut terdedah dengan penularan wabak Covid-
19.
1.7 Pensyarah dan staff yang menghantar pelajar untuk mendapatkan rawatan di
hospital dibenarkan untuk memohon BDR.
1.8 Mana-mana aktiviti yang melibatkan aktiviti fizikal perlu dikurangkan dan
digantikan secara atas talian.
1.9 Aktiviti PdP pada minggu hadapan akan dijalankan secara bersemuka.
Makluman
2.0 PEMBENTANGAN LAPORAN DARIPADA SETIAP KJ/KU
2.1 Unit HEP
2.1.1 Berikut adalah hasil laporan daripada unit HEP yang dibentangkan oleh Dr
Mohd Asri bin Aspal :
Analisis Status Kesihatan Guru Siswa setakat (14/2/2022) :
Bilangan di asrama = 196 orang
Semarak = 34 (lelaki)
Mawar = 43 (lelaki)
Alamanda = 99 (perempuan)
Dahlia = 20 (perempuan)
Bilangan di rumah = 8 (Lelaki 4) & (perempuan 4)
Bilangangan Keseluruhan = 204 pelajar
2
Mesyuarat Khas M3P 2022
A. Analisis Status Tahap Kesihatan Siswa Guru PPISMP
Tahap Kesihatan Kolej Rumah
LP
Kediaman 11
LP 11
Sihat 6 59
Positif 13 0
Bergejala 40
Kontak rapat 50
Jumlah 28 59
Jum keseluruhan 89 (L=29, P=60)
B. Siswa Guru PISMP
Tahap Kesihatan Kolej Rumah
Kediaman
L P LP
Sihat 28 40
Positif 5 9 23
Bergejala 611
Kontak rapat 10 10
Jumlah 49 60 3 3
Jumlah keseluruhan 115 (L=52, P=63)
Bilangan positif di asrama = 27(L=18, P=9)
Bilangan positif di rumah = 7 (L=3, P=4)
Bilangan positif keseluruhan = 34
* Analisis bagi pelajar PDPM dan PDPP masih dalam proses pengumpulan data.
* 2 orang pelajar telah dirujuk ke hospital kerana mengalaman sesak nafas dan
setelah mendapat rawatan di hospital keadaan pelajar ini semakin stabil dan kini
berada di pusat kuarantin
L= Muhd Fikri Bin Affendi (PISMP)
P = Nurul AinBinti Othman (PISMP3)
2.1.2 Berhubung dengan interaksi bersemuka pelajar PDPM yang bermula 27
Februari 2022, unit HEM mencadangkan agar sesi interaksi kuliah dijalankan
secara atas talian bagi mengekang risiko penyebaran Covid-19 yang semakin
membimbangkan.
2.1.3 Bagi memastikan keselesaaan di dalam bilik kuliah dicadangkan agar
penggunaan aircond ditutup dan ditukar dengan penggunaan kipas, pelajar
lelaki juga digalakkan menggunakan baju lengan pendek dan tidak bertali leher.
2.2 Warden Asrama/Kolej Kediaman Pelajar
2.2.1 Ustaz Wan Asri Wan Omar melaporkan bahawa setakat ini seramai 36 orang
pelajar yang positif Covid1-19.
2.2.2 Menurut KKM, pelajar yang disahkan positif tidak perlu lagi dihantar ke hospital
dan hanya perlu updade status mereka dalam MySejahtera untuk
mendapatkan pengesahan status dan tempoh kuarantin (Decleratioan dalam
Mysejahtera).
3
Mesyuarat Khas M3P 2022
2.2.3 Sebagai makluman, seramai 13/52 orang pelajar yang disahkan bebas
daripada positif covid dan dibebaskan daripada kuarantin di asrama. Namun
dijangka akan ada lagi pertambahan.
2.2.4 Kadar penyebaran dalam kalangan pelajar di luar blok kuarantin sangat cepat,
justeru KKM mengingatkan sekiranya ada dalam kalangan pelajar yang
mengalami gejala kritikal perlu dirujuk ke hospital untuk tindakan segera atau
untuk mendapat khidmat ambulans.
2.2.5 Pengarah mendapati bahawa terdapat sedikitr perbezaan data di antara
laporan Unit HEP dan Warden asrama, oleh itu, kedua-dua unit ini diminta
untuk mengemaskini keseragaman data terkini bagi mengelak kekeliruan
maklumat.
2.3 Unit HEP dan Kolej Kediaman
2.3.1 Pengarah mencadangkan supaya 36 pelajar siswa guru yang telah disahkan
positif Covid-19 ditempatkan secara individu dalam bilik berasingan bagi
mengekang penularan wabak di asrama Alamanda dan Semarak.
2.3.2 Ustaz Wan Azmi bersetuju dengan cadangan tersebut namun, setiap bilik perlu
dibersihan dan disembur terlebih dahulu memandangkan bilik-bilik berkenaan
telah digunakan sebagai pusat kuarantin.
2.2.6 Puan Meseuleng memaklumkan bahawa semua blok berkenaan telah di
sanitize pada awal pagi tadi.
2.2.7 Ustaz Wan Azmi memaklumkan bahawa pelajar di asrama mengalami
kekurangan bekalan air minuman dan meminta agar bekalan air dapat
diberikan dengan segera.
2.2.8 Pengarah ambil maklum akan hal tersebut dan bekalan air akan dihantar
melalui pembekal yang dilantik.
2.4 Laporan MPPP
2.4.1 Puan Fazura melaporkan bahawa sehingga kini jumlah kakitangan/AKP yang
disahkan positif Covid-19 adalah seramai 3 orang iaitu Dr Halimatus Sadiah,
Puan Noraini dan Puan Nurul. Kakitangan/AKP yang dikuarantin kerana kontak
rapat dengan pesakit juga telah diarahkan untuk memohon BDR.
2.4.2 Surat pengesahan rasmi daripada pihak KKM perlu kepada staff/AKP yang
disahkan positif Covid-19 untuk tujuan pelapran PPK.
2.2.9 Disarankan supaya staff/AKP yang mengalami gejala supaya memohon MC,
manakalah yang ada kontak rapat dengan pesakit disarankan untuk memohon
BDR.
Makluman
4
Mesyuarat Khas M3P 2022
3.0 Pelaksanaan PDP
3.1.1 Memandangkan jumlah pelajar yang disahkan positif Covid-19 semakin
bertambah, Ustaz Wan Azmi mencadangkan adalah lebih baik sekiranya sesi kuliah
dijalankan secara atas talian sahaja untuk tempoh seminggu lagi, bagi mengekang
penyebaran wabak serta mengelak risiko.
3.1.2 Dr Asri bin Aspal bersetuju dengan cadangan tersebut agar interaksi kuliah
secara atas talian dilanjutkan untuk tempoh seminggu lagi demi memastikan
penularan wabak ini dapat disekat.
3.1.3 Dr Hj Ramlan turut menyokong agar pandangan kedua-dua cadangan ustaz
Wan dan KJ HEP yang semamangnya berada di lapangan.
3.1.4 Ucapan terima kasih kepada kaunselor MPT yang telah menyumbangkan kit
swab test untuk kegunaan pelajar membuat ujian Covid-19. Namun demikian
bekalan kit tersebut masih tidak mencukupi sekiranya pelajar yang bergejala terus
bertambah. Oleh itu dipohon agar pihak IPG menambah bekalan kit swab tersebut
termasuk keperluan asas lain seperti makanan, minuman dan keperluan peribadi
yang lain.
3.1.5 Pengarah akan menggerakkan sukarelawan termasuk staff dan AKP untuk
membantu membuat pembelian keperluan pelajar.
3.1.6 Puan Normadiah binti Bokoh menyokong cadangan agar aktiviti PDP
dilanjutkan secara atas talian bagi mengekang penyebaraan virus ini. Pada masa
yang sama, pelajar perlu dididik agar mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga
pemakanan dan mematuhi SOP sebagai satu amalan rutin.
3.1.7 Encik Falawangi mencadangkan agar blok pentadbiran dan kawasan berisiko
juga di sanitize bagi memastikan kebersihan dan keselamatan.
3.1.8 Setelah mengambil kira pandangan dan pendapat semua pihak, Pengarah
memutuskan supaya PDP diteruskan secara dalam talian untuk tempoh seminggu
lagi. Namun demikian, aktiviti PDP yang memerlukan interaksi bersemuka seperti
aktiviti Ko Kurikulum juga perlu dijalankan secara fizikal.
3.1.9 Berhubung dengan cadangan interaksi kuliah pelajar PDPM Mod KDC
bergantung kepada situasi semasa. Keputusan akan dimaklumkan dalam masa
terdekat.
3.1.10 Dr Lina memaklumkan bahawa ada di antara peserta pasukan tennis yang
dalam perjalanan balik dari Sarawak mengalami demam. Oleh itu, mereka diberi
kelonggaran untuk memohon BDR dan pada masa yang sama disarankan untuk
membuat swab test.
3.1.11 Pengarah memaklumkan bahawa satu perjumpaan akan dijalankan pada
petang ini pukul 2.15 petang bersama semua staff dan AKP.
4.0 PENUTUP
4.1 Pengarah mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ahli M3P dan
berdoa agar semua warga IPGKT sentiasa berada dalam lindungan-Nya serta
terhindar daripada wabak Covid-19
5
Mesyuarat Khas M3P 2022
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi
Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,
Dr. Norjanah binti Ambo Dr. Najamuddin bin Bachora
Urusetia MPPP Pengarah/Pengerusi MPPP
IPG Kampus Tawau IPG Kampus Tawau
6