INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR
TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN
PALS1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU
NAMA PELAJAR : NUR FATIHAH HAYATI BINTI ZAINI
ANGKA GILIRAN : 2021292310066
NO. KAD PENGENALAN : 030327010874
KUMPULAN / UNIT : PPISMP / BAHASA MELAYU 3
KOD DAN NAMA KURSUS : PALS1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU
NAMA PENSYARAH : PUAN NORZEHA BINTI OTHMAN
TARIKH HANTAR : TUGASAN 3 (26 MEI 2022)
PENGAKUAN PELAJAR :
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tanda tangan Pelajar : ___FATIHAH Tarikh : 26 MEI 2022
1
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN ..............................................................................................................3
TUGASAN 3 .....................................................................................................................4
TEKNOLOGI HIJAU YANG DAPAT MENYELESAIKAN ISU GLOBAL ALAM SEKITAR...4
PENGENALAN .................................................................................................................4
LATAR BELAKANG PERBINCANGAN .............................................................................5
Aspek Tenaga ................................................................................................................... 5
Aspek Pengangkutan ........................................................................................................ 6
Aspek Pertanian ................................................................................................................ 7
PENUTUP.........................................................................................................................8
BIBLIOGRAFI ...................................................................................................................9
2
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirahim.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana
dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan
penuh jayanya.
Dikesempatan ini saya ingin menghadiahkan ribuan terima kasih kepada Puan
Norzeha selaku pensyarah bagi kursus PALS1012 Asas Kelestarian dan Teknologi Hijau
kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk menyempurnakan
tugasan kerja kursus ini.
Ucapan penghargaan ini juga ingin saya ucapkan kepada para rakan seperjuangan
kerana telah banyak menghulurkan bantuan mahupun kerjasama bagi merealisasikan usaha
untuk menyempurnakan tugasan ini dengan baik.
Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang
telah kalian hulurkan amat saya hargai.
Sekian, terima kasih
3
TUGASAN 3
TEKNOLOGI HIJAU YANG DAPAT MENYELESAIKAN ISU GLOBAL ALAM SEKITAR
OLEH :
NUR FATIHAH HAYATI BINTI ZAINI
BAHASA MELAYU SK
PENGENALAN
Alam sekitar merupakan ciptaan semula jadi yang perlu dipelihara dan dipulihara oleh
manusia demi kepentingan setiap generasi. Menurut Ruzian (2014), manusia dan alam
merupakan dua komponen utama tenaga hijau dalam ekosistem kehidupan manusia. Kedua
- duanya telah diwujudkan bersama, saling bergantungan serta saling berkaitan antara satu
sama lain. Maka, manusia perlu mempunyai tanggungjawab untuk memelihara serta
memulihara alam sekitar agar bumi bebas daripada pencemaran alam. Pengurusan sumber
semula jadi yang tidak terancang seperti pembalakan tidak terkawal, penerokaan tanah
secara berleluasa, pelepasan gas karbon dioksida ke atmosfera, pembuangan sisa pepejal
dan sebagainya menyebabkan pencemaran (Abdullah, 2015). Oleh hal yang demikian,
penggunaan teknologi hijau pada masa kini sangat penting untuk mengelakkan pencemaran
daripada terus berlaku. Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan alam mahupun
aplikasi produk, peralatan atau sesuatu sistem yang bertujuan untuk memelihara alam sekitar
serta alam semula jadi yang dapat meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif
terhadap alam sekitar hasil daripada aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab. Antara
kriteria dalam pembangunan teknologi hijau adalah ia dapat meminimumkan degrasi kualiti
persekitaran. Umumnya, teknolgi hijau adalah sesuatu bentuk produk, peralatan atau sistem
yang boleh membebaskan Gas Rumah Hijau (GHG), selamat untuk digunakan, menjimatkan
tenaga atau sumber asli serta dapat menggalakkan penggunaan sumber – sumber tenaga
yang boleh diperbaharui. Oleh itu, terdapat pelbagai bentuk teknologi hijau yang telah
digunakan untuk menyelesaikan isu global alam sekitar.
4
LATAR BELAKANG PERBINCANGAN
Aspek Tenaga
Penggunaan tenaga dalam teknologi hijau sangat penting dan perlu diberi perhatian
kerana kebanyakan tenaga yang digunakan pada masa kini masih menggunakan sumber
yang tidak boleh diperbaharui seperti bahan api fosil, minyak, gas asli dan arang batu. Tenaga
ini memberi impak yang besar terhadap bumi dan alam sekitar sehingga boleh menyebabkan
kesan rumah hijau, jerebu, penipisan lapisan ozon, pemanasan global dan sebagainya.
Menurut Mariah Sanaji (2020), teknologi yang tidak dapat diperbaharui seperti bahan api fosil
akan kehabisan sumber pada masa yang akan datang jika tidak mengawal penggunaannya.
Maka, antara langkah yang boleh dilakukan untuk membendung isu ini adalah dengan
menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui. Menurut Hamidah et. al (2019), tenaga boleh
diperbaharui merupakan tenaga yang dihasilkan daripada sumber semulajadi seperti sinar
matahari, angin, hujan, air pasang surut, ombak, biojisim dan geoterma yang boleh
diperbaharui atau diganti secara semulajadi.
Rajah 1 Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui
RAJAH 2 Tenaga Solar
5
Rajah di atas menunjukkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui seperti
tenaga solar. Tenaga suria atau lebih dikenali sebagai tenaga solar merupakan salah satu
contoh sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan antara teknologi hijau yang
menyumbangkan penjanaan tenaga daripada cahaya matahari. Tenaga ini adalah antara
tenaga yang selamat dan tidak mencemarkan alam sekitar. Tenaga solar banyak digunakan
untuk pemanasan, generasi elektrik, penyahmasinan air laut serta digunakan dalam sektor
perumahan. Kebanyakan rumah yang dibina dan dilengkapkan dengan kemudahan
pemprosesan tenaga suria kepada tenaga elektrik ini dapat menjimatkan kos bayaran bil
elekrik di rumah tersebut. Oleh itu, penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui ini sangat
relevan untuk digunakan masa kini kerana ia dapat menjimatkan kos di samping dapat
menyelamatkan alam sekitar.
Aspek Pengangkutan
Zaman teknologi masa kini telah menyumbangkan pelbagai perkembangan dalam
industri pengangkutan seperti bas, LRT, Monorel dan sebagainya. Penggunaan kenderaan
awam yang canggih ini sudah tentu memberi pelbagai manfaat terhadap setiap penggunanya.
Namun demikian, kenderaan – kenderaan ini juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada
alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran bunyi malah boleh menyebabkan
peningkatan suhu bumi akibat daripada pelepasan gas melalui kenderaan tersebut. Menurut
Sue (2022), kenderaan bermotor terutama kenderaan yang menggunakan petrol berplumbum
dan kenderaan diesel ini menyebabkan pencemaran udara. Beliau turut berkata, kandungan
sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang dilepaskan daripada kenderaan tersebut akan
menjejaskan kualitit udara sehingga boleh menyebabkan jerebu yang memudaratkan
kesihatan manusia. Maka, isu ini dapat ditangani dengan mencipta kenderaan yang
menggunakan bio – fuel.
RAJAH 3
6
Rajah di atas menunjukkan teknologi hijau yang menggunakan biofuel sebagai ganti
kepada bahan api diesel dalam kenderaan bermotor. Biofuel merupakan sejenis bahan api
yang diperoleh daripada biojisim iaitu melalui bahan seperti tumbuh – tumbuhan, alga atau
sisa haiwan. Memandangkan bahan – bahan tersebut tidak akan kehabisan dan boleh
diproses semula, biofuel dianggap sebagai sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak
seperti bahan api fosil yang lain. Penciptaan biofuel ini adalah untuk menjimatkan kos
memandangkan harga petroleum masa kini semakin meningkat. Penggunaan bahan ini juga
bersifat mesra alam. Sebagai contoh, biodiesel yang dihasilkan melalui sawit telah mula
dibekalkan kepada semua stesen minyak. Menurut Awang (2019), adunan menggunakan
534,000 tan biodiesel sawit itu penting bagi mengurangkan pelepasan 1.6 juta tan karbon
dioksida, setara penjimatan pelepasan ekzos 100,00 kenderaan diesel setahun. Oleh hal yang
demikian, penggunaan biofuel ini perlu terus dijalankan agar dapat mengekalkan kelestarian
alam sekitar.
Aspek Pertanian
Aktiviti pertanian masa kini giat dijalankan demi meneruskan aktiviti ekonomi negara
untuk menyalurkan sumber makanan dan minuman kepada semua negara melalui eksport
dan import. Industri pertanian di Malaysia kini berlaku secara meluas memandangkan banyak
permintaan daripada negara luar terhadap produk pertanian dalam negara seperti sawit dan
padi. Pengeluaran secara besar – besaran ini sudah tentu mewujudkan pelbagai teknologi
dalam industri pertanian untuk memudahkan para petani serta mampu mengeluarkan hasil
yang banyak dalam satu masa yang sama. Untuk tujuan penambahan bahan makanan, sektor
pertanian telah dimajukan secara besar-besaran melalui penggunaan baja untuk
mempercepatkan tumbesaran dan meningkatkan hasil tanaman, begitu juga dengan
penggunaan pelbagai jenis racun makhluk perosak (Mohd Rozali Othman, 2006).
Penggunaan baja kimia atau racun perosak kimia yang berlebihan boleh meningkatkan
keasidan tanah. Maka, nutrien penting yang terkandung di dalam tanah akan diikat, sekaligus
menyebabkan tumbuhan menjadi tidak subur serta merosakkan nilai pH tanah. Oleh hal yang
demikian, isu ini dapat diselesaikan dengan penggunaan baja organik yang dihasilkan
daripada bahan asli seperti pereputan sisa pertanian yang boleh diurai dengan mudah seperti
sisa tanaman serta sisa haiwan yang tidak mempunyai bahan kimia. Menurut Jalil (2021) baja
organik ini juga dapat membantu memperbaiki pengudaraan dan resapan air untuk
memastikan perkembangan akar pokok yang lebih sihat.Oleh itu, penggunaan baja organik
ini adalah salah satu penciptaan teknologi hijau yang mampu menyelamatkan alam sekitar
dengan penghasilan produk pertanian yang lebih sihat dan selamat.
7
PENUTUP
Menurut Rak (2021) keadaan alam sekitar, ekonomi dan sosial tidak mengalami
perubahan dari berates tahun dahulu dan juga tidak akan mengalami perubahan dalam masa
berates tahun akan datang. Hal ini bermakna, setiap perkara yang berlaku hari ini juga akan
turut dirasai oleh generasi akan datang. Aplikasi Teknologi Hijau adalah selaras dengan
konsep pembangunan mapan yang mana pembangunan dilaksanakan perlu memenuhi
keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan (Abdullah, 2015).
Sehubungan dengan itu, setiap manusia perlu mengambil bertanggungjawab untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar agar generasi akan datang dapat menikmati kualiti
kehidupan yang diperoleh pada masa kini. Alam sekitar sangat penting untuk dipelihara
kerana ia memberi pelbagai manfaat bukan sahaja kepada manusia malah memberi faedah
kepada haiwan, tumbuhan dan kehidupan akuatik. Oleh itu, Pendidikan alam sekitar perlu
dididik sejak kecil agar semua manusia mempunyai inisiatif serta tanggungjawab kendiri
dalam melestarikan alam. Kesimpulannya, penciptaan pelbagai teknologi hijau ini perlu
diteruskan serta membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa agar isu global masa kini
dapat ditangani.
8
BIBLIOGRAFI
Abdullah, I. H. (2015, Mac 13). Teknologi Hijau Tingkat Kualiti Hidup, Pacu Ekonomi Negara.
Retrieved from BH Online:
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/40615/teknologi-hijau-
tingkat-kualiti-hidup-pacu-ekonomi-negara
Awang, M. S. (2019, Februari 14). Biodiesel Sawit Sumber Tenaga Mesra Alam . Retrieved
from BH Online: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/02/530653/biodiesel-
sawit-sumber-tenaga-mesra-alam
Hamidah Haneym binti Abdul Hamid, I. b. (2019). Tenaga Boleh Diperbaharui Bagi
Penjanaan Tenaga Elektrik di Malaysia: Satu Kajian Literatur. Journal on Technical
and Vocational Education.
Jalil, M. A. (2021, Julai 11). Baja Organik . Retrieved from Harian Metro:
https://www.hmetro.com.my/agro/2021/07/729112/baja-organik-abdul-rahim
Mohd Rozali Othman, M. T. (2006). Kesan Aktiviti Penanaman Padi Terhadap Kualiti Air.
The Malaysian Journal of Analytical Sciences, Vol 10, No 2, 233-242.
Rak, A. A. (2021). Kelestarian Amalan Baik. Kelantan : Penerbit UMK.
Ruzian, N. H. (2014). Sustainable of Environment and Green Technology Financing from the
Syariah Law Perspective. Jurnal Undang - undang Malaysia Volume 26.
Sue. (2022). Kesan Perkembangan Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar. Retrieved from
Academia:
https://www.academia.edu/7515751/Kesan_kesan_perkembangan_pengangkutan_te
rhadap_alam_sekitar
9