BMMB1074
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA
MELAYU
ISU DAN CABARAN
BAHASA MELAYU DI
MALAYSIA DAN DI
PERINGKAT
ANTARABANGSA
ISI
KANDUNGAN
PENGHARGAAN 1
PENGENALAN
CABARAN BAHASA MELAYU 2
Penggunaan Bahasa Rojak 3
Bahasa Papan Tanda/Papan
Iklan
Mengantarabangsakan Bahasa
Melayu 3
PENUTUP
BIBILIOGRAFI
5
7
9
10
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu - 1
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirahim.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah swt
kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan
tugasan kerja kursus e-portfolio ini dengan jayanya
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
En. Mohamed Shahren Bin Abdullah, selaku pensyarah bagi
matapelajaran Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu kerana telah
meletakkan sepenuh kepercayaan beliau serta memberi bimbingan
untuk menyempurnakan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga ingin saya ucapkan kepada rakan-rakan
seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan
kerjasama kepada saya sepanjang proses menyiapkan tugasan kerja
kursus ini.
Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah
terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau
tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan amat saya
hargai.
Sekian, terima kasih
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu - 2
PENGENALAN
Bahasa Melayu pramerdeka dan pascamerdeka sentiasa
menempuh cabaran dan masa depan dalam usaha memartabatkan
bahasa Melayu. Kehadiran tokoh-tokoh kebahasaan seperti Nik
Safiah Karim, Za'ba dan Dr. Hassan Ahmad telah menjadikan
suasana serta memberikan peranan yang penting dalam mewarnai
isu-isu bahasa Melayu.
Bahasa Melayu era pramerdeka dan pascamerdeka ini sering
menghadapi pelbagai cabaran dan halangan dalam usaha untuk
menaikkan martabat Bahasa Melayu di Malaysia mahupun di luar
negara. Bahasa Melayu kini semakin terpinggir kerana sikap
masyarakat yang lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris dalam
urusan harian mereka. Menurut Ibrahim (2020), sepanjang proses
pembinaan negara bangsa, Bahasa Melayu telah diangkat sebagai
Bahasa rasmi seperti yang termaktub dalam Perkara 152,
Perlembagaan Persekutuan. Isu dan cabaran dalam memperkasakan
bahasa Melayu perlu dititikberatkan serta diberi perhatian oleh semua
pihak agar bahasa rasmi kebangsaan negara Malaysia tidak terus
hanyut ditelan zaman.
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu - 3
CABARAN BAHASA MELAYU
1. Penggunaan Bahasa Rojak
Antara cabaran utama bahasa Melayu hari ini adalah penggunaan
bahasa rojak dalam kalangan masyarakat. Mereka sering mencampur
adukkan pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris dengan bahasa
Melayu dalam komunikasi harian. Penggunaan Bahasa rojak ini
adalah sebagai satu fenomena yang sering digunakan oleh para
remaja. Masalah pencemaran Bahasa ini telah mengakibatkan
kedudukan Bahasa Melayu semakin hari semakin mundur. Menurut
Lee (2014), nasib dan masa depan bahasa Melayu sebagai
bahasakebangsaan kian terhakis oleh sikap rakyat Malaysia itu
sendiri. Pelbagai kempen telah dilaksanakan di seluruh negara demi
menaikkan martabat dan kedudukan Bahasa Melayu di mata
masyarakat. Seterusnya, atas tujuan yang sama, kempen ‘Cintai
Bahasa Kita’ diperkenalkan manakala Bulan Bahasa Kebangsaan
pula disambut pada setiap tahun iaitu pada bulan Oktober (Shafiee,
2019). Namun demikian, kempen-kempen yang telah dijalankan ini
seolah-olah tidak memberi kesan dan kesedaran kepada masyarakat
Malaysia. Hal ini kerana, penggunaan bahasa rojak ini dianggap
sebagai satu kebiasaan terhadap masyarakat. Oleh itu, penggunaan
bahasa rojak perlu segera dibendung agar bahasa Melayu dapat
dikekalkan dari generasi ke generasi.
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu - 4
Contoh Campuran Bahasa Melayu dan Inggeris
Istilah Campuran dan Maksud
Panggilan I dan You : Panggilan saya / awak / kamu
Kita nak spread information tu sangat mudah : Kita nak sebarkan
maklumat itu sangat mudah
Lagipun, platform macam ni free : Lagipun, platform macam ni
percuma
It depends pada person yang gunakan : Ianya bergantung kepada
seseorang yang menggunakannya
Kami want to follow trend : Kami mahu mengikuti gaya semasa
Semua ni easy je : Semua perkara ini mudah
Rajah 1
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu - 5
CABARAN BAHASA MELAYU
2. Bahasa Papan Tanda / Papan Iklan
Kebanyakan papan tanda di Malaysia hari ini telah bercampur
dengan bahasa Inggeris. Sebagai contohnya, bandar raya Kuala
Lumpur iaitu ibu kota kebanggaan negara, sudah berubah menjadi
seperti kota London kerana banyak nama jalan, bangunan atau pusat
membeli belah meletakkan nama premis mereka dalam bahasa
Inggeris. Penjajahan bahasa dari negara Barat pada suatu ketika
dahulu benar-benar memberi impak terhadap bahasa ibunda negara
Malaysia. Jika bahasa rasmi ini menjadi kebanggaan negara, hal ini
tidak wajar berlaku di Malaysia kerana ramai pejuang bahasa telah
bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan bahasa Melayu untuk
diangkat kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara. Jika perkara ini
terus berlaku, justeru ianya akan menyukarkan kelestarian bahasa
Melayu di peringkat antarabangsa kerana tidak dapat mempromosikan
bahasa ibunda negara kita kepada pelancong asing yang datang
melancong di Malaysia. Kedudukan bahasa Melayu yang telah diiktiraf
sebagai bahasa rasmi di negara ini bukanlah satu jaminan bahawa
bahasa Melayu telah digunakan dengan betul dan tepat dalam semua
situasi (Anonymous, 2019). Oleh hal yang demikian, garis panduan
yang telah dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam
penggunaan bahasa Melayu yang betul perlu dititikbertakan
terutamanya dalam penggunaan papan tanda di negara ini.
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu - 6
Rajah 2
Rajah 3
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu - 7
CABARAN BAHASA MELAYU
3. Mengantarabangsakan Bahasa Melayu
Menurut Hashim (2004), bahasa Melayu adalah bahasa
keempat terbesar dari segi jumlah penuturnya, iaitu seramai 225
juta penutur di belakang bahasa Cina (1192 juta), bahasa
Inggeris (456 juta) dan diikuti dengan bahasa Sepanyol (362
juta). Walaupun kedudukan bahasa Melayu berada pada tahap
yang baik, namun penerimaan masyarakat masih belum berada
pada tahap yang memuaskan. Hal ini kerana, mereka masih lagi
menggunakan bahasa lain seperti bahasa Inggeris dalam
komunikasi harian seperti urusan jual beli mahupun interaksi
ekonomi, sosial dan politik dengan negara luar. Kadangkala,
urusan jual beli di negara ini memerlukan kita untuk berhubung
dalam bahasa Inggeris antara pembeli dan penjual sedangkan
kita berada di Malaysia. Hal ini akan menyebabkan kedudukan
bahasa Melayu itu mundur disebabkan oleh sikap bangsanya
sendiri. Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan rumpun
Melayu sahaja tidak mampu mengangkat martabat bahasa itu
menjadi bahasa antarabangsa (Hassan, 2018). Oleh itu, bahasa
Melayu perlu diperluaskan penggunaannya agar lebih banyak
negara yang mengenali bahasa ibunda negara Malaysia.
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu - 8
Tuan Ibrahim Memartabatkan Bahasa Melayu
di Pentas PBB dalam sesi ucapannya
berkaitan Kepentingan Pemulihan Pasca
Pandemik Melalui Pemulihan Hijau
*sumber youtube Harian Metro 11 November 2021
Rajah 4
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu - 9
PENUTUP
Harapan untuk melihat bahasa Melayu menjadi bahasa yang
digunakan dalam semua mesyuarat dan acara rasmi negara seperti
mana yang termaktub dalam akta yang ada dan seterusnya dalam
mesyuarat dan majlis di peringkat antarabangsa memerlukan usaha
strategik yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak terutama
negara-negara di dunia Melayu. Untung nasib bahasa Melayu terletak
pada usaha dan sejauh mana bangsanya mempertahankannya
(Hassan Ahmad, 2007). Setiap penggunaan bahasa Melayu ini perlu
dikawal agar tidak berlaku penyalahgunaan frasa mahupun perubahan
maksud dalam sesuatu ayat. Hal ini adalah untuk mengekalkan
kesempurnaan ayat dalam bahasa Melayu itu sendiri supaya tidak
dicemarkan dengan bahasa - bahasa lain ataupun istilah baru yang
muncul pada zaman kini.
Kesedaran tentang memelihara bahasa kebangsaan juga perlu
diperhebat dan diperkasakan terutamanya kepada generasi muda
yang didapati banyak menggunakan istilah - istilah baru tersebut
(Shafiee 2019). Selain dapat memartabatkan bahasa Melayu kepada
genarasi akan datang, perkara ini juga dapat menarik orang asing
yang datang ke Malaysia untuk mempelajari tentang keunikan bahasa
Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu sudah tentu akan menjadi bahasa
yang terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa jika semua rakyat
di negara ini dapat melestarikan dan menghargai bahasa Melayu.
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu - 10
BIBLIOGRAFI
Abdul Rashid Melebek, A. J. (2006). Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Anonymous. (2019, Mac 21). Kerancuan Bahasa Pada Papan Tanda. Retrieved from Sinar
Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/19146/KOLUMNIS/Kerancuan-bahasa-pada-
papan-tanda
Anonymous. (2021, December 17). Kuala Lumpur Dijajah Bahasa Inggeris. Retrieved from
Wilayahku: https://www.wilayahku.com.my/kuala-lumpur-dijajah-bahasa-inggeris/#more
Graf, A. (2020). Cabaran Pelestarian Bahasa Melayu Menjelang Revolusi Industri Keempat.
Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 161-172.
Hassan, H. (2018, April 30). Martabatkan Bahasa Melayu ke Peringkat Antarabangsa.
Retrieved from Berita Harian:
https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2018/04/418798/martabatkan-bahasa-melayu-
ke-peringkat-antarabangsa
Hussain, H. (2019, September 25). Bahasa Melayu Mampu Jadi Antara Bahasa Komunikasi
Global. Retrieved from Sinar Harian:
https://www.sinarharian.com.my/article/49310/BERITA/Nasional/Bahasa-Melayu-mampu-jadi-
antara-bahasa-komunikasi-global
Ibrahim Majdi Mohamad Kamil, M. M. (2020). Cabaran Pemerkasaan Bahasa Melayu Dalam
Usaha Mencapai Negara Bangsa di Malaysia. Asian People Journal Vol 3 (2), 181-191.
Lyndon N, S. S. (2014). Pemerkasaan Dengan Media Sosial : Aplikasi Facebook dan
Pembelajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Mahasiswa Angtropologi dan Sosiologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space, 78-86.
Musa, H. b. (2004). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia : Menghadapi Globalisasi Barat.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Shafiee, H. (2019). Pengaruh Bahasa Rojak di Media Baharu Terhadap Bahasa Kebangsaan .
International Journal of Law, Government and Communication, Volume 4, 141-153.