The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rabiah.safian, 2021-08-20 05:46:32

KARANGAN BAHAGIAN A

Amalan Gaya Hidup Sihat

Keywords: TINGKATAN 5

KARANGAN
BAHAGIAN A

[30 markah]
[Masa dicadangkan: 30 minit]

◦ Pantun dan gambar bermaklumat di bawah
menunjukkan sebahagian daripada amalan gaya
hidup sihat

◦ Berdasarkan pantun dan gambar bermaklumat yang
diberikan, huraikan pendapat anda mengenai amalan
gaya hidup sihat. Panjangnya huraian anda hendaklah
antara 150 patah perkataan hingga 200 patah
perkataan.

Pantun Menjaga Kebersihan Diri
Marilah dengar wahai teman,
Teman mendengar untuk berjaga,
Pastikan badan bebas berkuman,
Agar kesihatan sentiasa terjaga.
Harum sudah cempaka hiasan,
Berpuput semilir suara jiwa,
Aktiviti riadah pencetus wawasan,
Pastinya lahir nusa wibawa.

7

PEMERENGGANAN & PEMARKAHAN * 210 PATAH PERKATAAN

Perenggan 1 – Pendahuluan ( 40 patah perkataan)
Perenggan 2 – Isi 1 ( 60 patah perkataan)
Perenggan 3 – Isi 2 ( 60 patah perkataan)
Perenggan 4 – Penutup ( 40 patah perkataan)

PEMARKAHAN
26-30 – CEMERLANG
20-25 - KEPUJIAN
15-19 - MEMUASKAN
10-14 – KURANG MEMUASKAN
1-9 – PENCAPAIAN MINIMUM

PENDAHULUAN

◦ FORMULA: 3 T
1. TEMA – Amalan Gaya Hidup Sihat
2. TEMPAT - Di Malaysia
3. TINDAKAN AWAL /KEHENDAK SOALAN - Cara

• Masukkan peribahasa yang sesuai
Belakangan ini , amalan gaya hidup sihat hangat diperkatakan. Isu mengenai

amalan gaya hidup sihat ini menjadi buah mulut masyarakat dan sering terpampang
pada dada-dada akhbar di negara kita. Tindakan segera perlu diambil bagi
menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai satu rutin wajib
dalam kehidupan seharian.

PERENGGAN ISI

◦ FORMULA ; ICICT
◦ I – Idea / Isi = Apa
◦ C – cara = Bagaimana
◦ I – Impak = Apa hasil / kesan
◦ C – Contoh = Bukti
◦ T – Tegas = Rumusan Isi

Pada pendapat saya, cara untuk mempraktikkan amalan gaya hidup sihat adalah
mandi dengan betul . Kita perlu mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Hal ini adalah
untuk memastikan tubuh badan kita bebas daripada kuman dan sentiasa bersih.
Contohnya, apabila kita mandi , perlulah menggunkan sabun dan bilas dengan air yang
secukupnya. Sesungguhnya, dengan mandi, badan kita akan menjadi lebih segar,
berbaum harum dan sihat bak kata pepatah badan cergas otak pon cerdas.

Isi Kedua

◦ FORMULA ; ICICT
◦ I – Idea / Isi = Apa
◦ C – cara = Bagaimana
◦ I – Impak = Apa hasil / kesan
◦ C – Contoh = Bukti
◦ T – Tegas = Rumusan Isi
◦ Selain itu, bersenam dan melakukan aktiviti riadah . Aktiviti senaman dan riadah ini perlu

dilakukan secara konsisten dan berterusan bak mutiara kata alah bisa, tegal biasa. Jika kita
kerap bersenam atau melakukan aktiviti riadah , kita dapat membakar lemak yang
berlebihan dalam badan. Contohnya, bersenam dan bersukan seperti berjoging sekurang-
kurangnya 30 minit setiap hari. Jelas bahawa, aktiviti senaman dan riadah bukan sahaja
dapat menyihatkan tubuh badan tetapi juga dapat mengisi masa lapang kita dengan
aktiviti yang berfaedah.

PERENGGAN PENUTUP

◦ FORMULA; RCH
◦ R – Rumusan / membuat kesimpulan
◦ C – Cadangan
◦ H – Harapan
◦ *Masukkan peribahasa yang sesuai

Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat banyak memberi manfaat kepada
masyarakat dan negara. Oleh itu, pelbagai program haruslah dijalankan bagi memberi
kesedaran kepada masyarakat. Semoga dengan keprihatinan pelbagai pihak dapat
mengurangkan kadar peningkatan penyakit yang dihidapi oleh rakyat di negara ini
seiring dengan pepatah melayu mencegah lebih baik daripada mengubati.


Click to View FlipBook Version