Topik : Tema 1 : Kemasyarakatan; Kerjasama Eratkan Hubungan
Nama Guru : Nurul Jasaina binti Jasmi
Tahun : 5 Kreatif
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Masa : 8-9 pagi (60 minit)
Kemahiran : Mendengar dan bertutur
Standard Kandungan : 1.1 : Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam
situasi formal dan tidak formal.
Standard Pembelajaran : 1.1.2 : Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap
maklumat yang diujarkan dalam situasi formal.
Analisis Pelajar
Umur: 11 tahun
Tahap: Murid-murid mempunyai tahap kecerdasan yang sama iaitu pada tahap yang cemerlang
seramai 25 orang.
Gaya pembelajaran : Visual, Auditori, Kinestatik dan Multimedia Interaktif.
Latar Sosioekonomi: Kebanyakan mereka adalah anak kepada penduduk bandar yang rata-rata
bekerja sama ada di sektor swasta mahupun kerajaan. Murid-murid ini sering didedahkan dengan
video-video melalui pelbagai media elektronik seperti telefon pintar dan televisyen oleh ibu bapa serta
guru mereka.
Kompetensi Khusus: Murid sememangnya telah mengetahui tentang kehidupan bermasyarakat
kerana mereka hidup berjiran, akan tetapi mereka kurang memahami dan mengetahui bagaimana
untuk berkomunikasi dengan baik dalam dengan masyarakat dan cara hidup bermasyarakat yang
betul.
Nyatakan Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
1. Murid dapat menyatakan semula sekurang-kurangnya tiga daripada maklumat yang
diujarkan dalam situasi formal dengan tepat.
2. Murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya tiga daripada empat respons terhadap
maklumat yang diujarkan dalam situasi formal dengan betul.
Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan
SET INDUKSI
Media : Gambar
Kaedah : Penerangan
Bahan : Kad gambar (Flash card)
Rasional pemilihan : Flash card yang digunakan semasa set induksi ini dapat membantu murid
mengetahui maklumat dan memahami gambaran awal tentang kerjasama untuk mengeratkan
hubungan dalam masyarakat dalam situasi formal. Penggunaan flash card yang menarik dan berwarna
warni dipilih untuk mengaplikasikan penggunaan pelbagai deria seperti deria penglihatan, sentuh
dengar dan deria sentuh murid melalui flash card.
LANGKAH 1
Media : Video
Kaedah : Penerangan dan perbincangan
Bahan : Komputer riba / telefon bimbit
Kaedah murid maklum balas : ( Media padlet ) Murid dikehendaki merekod video mereka memberi
respon terhadap ujaran atau soalan secara formal di dalam video yang telah mereka lihat dan dengar.
Rasional pemilihan : Tayangan video yang mempunyai audio, latar lagu, warna dan animasi yang
pelbagai juga mampu menarik minat murid untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat yang akan
disampaikan di dalam tayangan. Selain itu, tayangan video yang dipaparkan dapat merangsang murid
untuk memberikan respons tentang apa yang mereka lihat dan dengar.
LANGKAH 2
Media : Paparan Slaid
Kaedah : Soal jawab
Bahan : Komputer riba / Telefon bimbit
Kaedah murid maklum balas : ( Media padlet ) Murid dikehendaki merekod audio mereka menjawab
soalan yang telah mereka dengar dan lihat daripada paparan slaid dalam situasi yang formal.
Rasional pemilihan : Guru menunjukkan slaid tentang situasi formal dalam hidup bermasyarakat
supaya murid-murid dapat berbincang dan memberi respons tentang apa yang telah dipaparkan di
dalam slaid. Di samping itu, lagu latar yang dimainkan juga dapat mewujudkan suasana yang
menyeronokkan dalam diri murid dan seterusnya dapat mengekalkan fokus murid untuk mengikuti sesi
pembelajaran yang seterusnya di dalam kelas.
LANGKAH 3
Media : Poster pertandingan syarahan di hari kejiranan
Kaedah : Bermain sambil belajar
Bahan : Komputer riba / Telefon bimbit
Kaedah murid maklum balas : ( Media padlet ) Murid dikehendaki merekod video mereka sedang
memberi syarahan di hari kejiranan di kawasan kejiranan mereka .
Rasional pemilihan : Penggunaan poster digital dipilih kerana merupakan pembelajaran abad ke 21.
Selain itu, murid juga akan berasa seronok semasa belajar. Di samping itu, poster digital yang
digunakan dapat menjadikan pembelajaran secara aktif kerana murid akan terlibat secara langsung
dalam pembelajaran. Kaedah ini digunakan supaya murid dapat mengaplikasikan apa yang telah
dipelajari dalam kehidupan seharian.
PENUTUP
Media : Kuiz
Kaedah : Penyoalan
Bahan : Quizizz
Rasional pemilihan : Kaedah ini dipilih kerana murid akan bersaing secara sihat untuk menjawab
soalan. Guru dapat mengukuhkan kembali ingatan dan penguasaan murid mengenai kepentingan
hidup bermasyarakat melalui penggunaan kuiz. Penggunaan kuiz melalui Quizizz dapat mengukuhkan
lagi ingatan murid terhadap isi pembelajaran tentang topik tersebut apabila murid menjawab kuiz
disamping dapat menarik minat murid untuk menjawab sambil bermain.
Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah
SET INDUKSI
Bahan Kad gambar (flash card): kad gambar mengenai aktiviti hidup bermasyarakat yang
dipamerkan dapat memberi gambaran awal tentang isi pelajaran yang akan dipelajari. Tambahan lagi,
kad gambar (flash card) tersebut juga memudahkan pemahaman murid dan menarik minat murid untuk
mengikuti pembelajaran pada hari tersebut.
Bagaimana disemak/di pratonton : Guru menggunakan kad gambar yang berwarna warni dan
menarik perhatian murid.
Persediaan persekitaran :.Guru memastikan murid berada dalam keadaan selesa dan bersedia
tanpa gangguan bunyi dari persekitaran.
Persediaan pengalaman pembelajaran : Pembelajaran lebih berpusatkan murid dan bahan
pembelajaran. Murid akan menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh guru berdasarkan kad
gambar yang ditunjukkan kepada murid. Guru seterusnya mengaitkan bahan pembelajaran dengan isi
pelajaran yang akan dipelajari.
LANGKAH 1
Murid melihat video yang ditayangkan.
Bahan Video: Video yang terkandung mengandungi soalan dan ujaran tentang aktiviti masyarakat. Di
samping murid dapat memberikan respons dan menjawab soalan dengan pertuturan yang betul dan
jelas dalam situasi formal.
Bagaimana disemak/dipratonton : Guru memastikan kualiti video yang disediakan dalam keadaan
yang baik dan jelas dari segi visual dan audio.
Persediaan persekitaran : Murid duduk dalam keadaan yang selesa ketika menonton tayangan
video. Persekitaran perlu berada dalam keadaan yang kondusif ketika tayangan video.
Persediaan pengalaman pembelajaran : Pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung adalah
berpusatkan murid dan bahan pembelajaran. Guru akan bersoal jawab dengan murid berdasarkan
video yang dipaparkan untuk membantu murid mengingati kembali pengetahuan sedia ada serta
membuat perkaitan dengan topik yang akan diajar mengikut objektif pembelajaran.
LANGKAH 2
Murid dapat berbincang dan memberikan respons pada soalan yang ditanya pada paparan slaid.
Bahan Paparan slaid: Tayangan slaid tentang aktiviti kemasyarakatan yang sedang berlangsung
secara formal supaya murid-murid dapat berbincang dan memberi respons tentang apa yang telah
dipaparkan di dalam slaid. Di samping itu, lagu latar yang dimainkan juga dapat mewujudkan suasana
yang menyeronokkan dalam diri murid untuk menjawab soalan.
Bagaimana disemak/dipratonton : Guru memastikan kualiti paparan slaid yang disediakan dalam
keadaan yang baik dan jelas dari segi visual dan audio.
Persediaan persekitaran : Guru memastikan susun atur dan persekitaran bilik darjah adalah selamat
serta murid telah berada di tempat masing-masing sebelum memulakan sesi pengajaran.
Persediaan pengalaman pelajaran : Pembelajaran berpusatkan bahan dan murid. Murid akan
melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dengan menggunakan kaedah sumbang saran yang
memberikan peluang kepada murid-murid meingati kembali perkara yang telah mereka pelajari pada
sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PDP).
LANGKAH 3
Murid bermain sambil belajar dengan permainan yang telah dipasang oleh guru pada komputer riba
berkenaan aktiviti kehidupan bermasyarakat.
Bahan Video Interaktif: Poster digital yang ditayangkan bertujuan supaya murid dapat bertutur dalam
situasi formal dalam keadaan yang seronok.
Bagaimana disemak/dipratonton: Guru menyesuaikan soalan dengan keupayaan intelektual murid.
Soalan yang diberikan mempunyai tulisan bertaip yang jelas dan mampu dibaca oleh murid.
Persediaan persekitaran : Murid mempunyai ruang yang selesa untuk berfikir dan menjawab soalan
guru.
Persediaan pengalaman pelajaran : Pembelajaran berpusatkan murid. Murid perlu fokus terhadap
soalan yang dipaparkan agar dapat menjawab dengan betul serta murid mampu untuk menjalankan
aktiviti berkumpulan dengan menggunakan komunikasi dan pertunjukan yang jelas dan betul.
PENUTUP
Murid menjawab kuiz melalui Quizizz tentang Hidup Bermasyarakat.
Bagaimana disemak/dipratonton : Guru memastikan setiap murid mempunyai kemudahan ICT untuk
menjawab quizizz.
Persediaan persekitaran : Murid mempunyai ruang yang selesa untuk memberi respon kepada
quizizz yang diberikan.
Persediaan pengalaman pelajaran : Guru mempamerkan kad gambar hidup bermasyarakat pada
papan putih.
Penglibatan Pelajar
SET INDUKSI (5 Minit)
1. Murid akan melihat paparan flash card digital tentang aktiviti bermasyarakat.
2. Murid mendapat gambaran awal tentang topik yang mereka akan pelajari.
LANGKAH 1
1. Murid akan melihat paparan video situasi temuramah aktiviti masyarakat yang sedang
berlangsung.
2. Secara individu, murid perlu mendengar audio secara teliti untuk menjawab ujaran atau soalan
daripada temuramah tersebut.
3. Murid dikehendaki merekod video mereka memberikan respon terhadap ujaran atau soalan
secara formal di dalam video yang telah mereka lihat dan dengar di ruangan padlet yang telah
disediakan.
LANGKAH 2
1. Murid akan melihat tayangan video situasi kehidupan bermasyarakat di satu kawasan.
2. Murid perlu mendengar dan menganalisis maklumat yang diperoleh melalui video itu.
3. Murid perlu menjawab sekurang -kurangnya 3 soalan atau ujaran yang diajukan berdasarkan
maklumat yang telah didengari.
4. Dalam media ruangan padlet yang telah disediakan, murid perlu menghantar audio mereka
menjawab soalan atau ujaran tersebut dalam bahasa yang tersusun dan formal.
LANGKAH 3
1. Murid akan melihat paparan poster digital pertandingan syarahan hari kejiranan yang diberikan
oleh guru.
2. Secara individu, murid dikehendaki seolah-olah menyertai pertandingan syarahan di kawasan
kejiranan itu.
3. Berdasarkan maklumat dan gambar yang terdapat dalam poster, murid perlu mengadaptasi
maklumat yang diperoleh dan sedia ada dalam bentuk syarahan.
4. Murid dikehendaki merekod video mereka sedang bersyarahan yang berdurasi selama 3 minit.
5. Akhir sekali, murid perlu menghantar video mereka dalam ruangan padlet yang telah
disediakan.
PENUTUP
1. Murid akan diberikan pautan dan kod untuk memasuki halaman digital Quizizz.
2. Murid perlu masukkan kod selepas masuk ke pautan yang diberikan.
3. Murid perlu mengisi nama sebelum menjawab soalan.
4. Guru akan memulakan soalan setelah semua murid mengisi nama.
5. Murid perlu menjawab soalan yang telah disediakan berdasarkan pengetahuan dan maklumat
yang telah diperoleh daripada pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung.
6. Murid perlu menangkap layar keputusan kuiz dan masukkan ke dalam padlet.
7. Murid yang mengumpul mata terbanyak akan dikira sebagai pemenang.
Menilai dan Menyemak Semula
PENCAPAIAN MURID:
● Murid dapat memberi respon sekurang-kurangnya 3 soalan yang ditanyakan dengan betul
dalam situasi formal di ruang media padlet yang telah disediakan.
● Murid dapat bertutur dalam situasi formal dengan baik.
● Murid dapat mengikuti pembelajaran dengan rasa seronok dan penuh minat.
● Murid yang masih belum menguasai kemahiran dengan baik akan diberi bimbingan oleh guru
melalui aktiviti pemulihan dalam kelas secara individu atau kumpulan kecil.
PENILAIAN GURU:
Guru dapat mencapai objektif yang dirancang melalui penilaian terhadap murid melalui media padlet
sebagai tapak untuk murid menyerahkan respon mereka.
IMPAK/KEBERKESANAN:
● Kad gambar dapat membantu guru memberi gambaran awal tentang aktiviti bermasyarakat
kepada pelajar.
● Tayangan video dapat membantu murid mengenal pasti kehidupan bermasyarakat dalam
situasi formal yang sebenar.
● Paparan slaid dapat membantu meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur murid
melalui respon yang diberi.
● Quizizz yang disediakan dapat membantu guru untuk membuat penilaian dalam menguji
kefahaman murid.