PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU ISU-ISU KESALAHAN BAHASA MELALUI ASPEK MORFOLOGI & Sebuah buku digital karya Azfar BMMB3203
Biodata Penulis Muhammad Azfar bin Abdul Malek PT1S2-8 040524-14-0087 2022172440057
Pengenalan Isi Kandungan BAB 1 BAB 2 Pembentukan Perkataan Baharu BAB 3 Isu-isu Kesalahan Bahasa melalui Aspek Morfologi
Dalam menjalani kehidupan seharian, manusia tidak dapat lari daripada bersosial antara satu sama lain. Setiap individu yang terlibat dalam aktiviti bersosial memerlukan kemahiran berbahasa yang harus menitikberatkan aspek tatabahasa dalam komunikasi mereka. Aspek ini dapat dirangkumkan sebagai penggunaan dan pemilihan kata yang sesuai mengikut konteks semasa. Namun begitu, ramai yang beranggapan aspek tatabahasa khususnya morfologi sebagai suatu perkara yang remeh dan tidak perlu diambil serius. Haslina Hasim (2018) berpendapat bahawa komunikasi merupakan suatu kemahiran yang mudah tetapi prosesnya amat sukar untuk dilaksanakan. Kita perlu terus menerima hakikat bahawa ketidakpatuhan terhadap tatabahasa sudah sebati dalam norma masyarakat seolah-olah ia sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian. BAB 1 Pengenalan
BAB 2 Pembentukan Perkataan Baharu Pembentukan Perkataan Baharu Peminjaman unsurunsur imbuhan dalam bahasa asing Penyerapan bahasa asing ke dalam bahasa Melayu Penggunaan popular Sistem Ejaan Perkataan Baru Perancangan bahasa yang rasmi Peminjaman dan penyerapan bahasa asing ke dalam bahasa Melayu banyak diambil daripada SANSKRIT PORTUGIS ARAB BELANDA PARSI CINA YUNANI-LATIN-INGGERIS
BAB 3 Isu-isu Kesalahan Bahasa melalui Aspek Morfologi ISU KESALAHAN KATA : MEDIA CETAK Dipetik daripada Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 12 Mac 2024 Laporan rasmi kerajaan sering kali menjadi rujukan kepada seluruh rakyat Malaysia. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu, bermakna segala urusan rasmi kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu sebetulnya. Bufet merupakan perkataan serapan yang diambil daripada bahasa Inggeris mengandungi bunyi konsonan pinjaman iaitu /f/. Kekeliruan ejaan berlaku kerana perbezaan sebutan perkataan tersebut dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. buffet bufet anti tifoid anti-Tifoid Imbuhan awalan anti- merupakan daripada bahasa Yunani-LatinInggeris yang membawa maksud melawan, membantah atau menentang. Imbuhan anti- yang diikuti kata nama khas perlu dibubuh sempang (-) dan dijarakkan ejaannya.
ISU KESALAHAN KATA : MEDIA CETAK online dalam talian Namun, kekeliruan timbul dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu yang sering berdebat mengenai terjemahan online sebagai dalam talian atau atas talian? Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), istilah yang tepat bagi menterjemahkan perkataan online ialah dalam talian. Hal ini demikian kerana online didefinisikan sebagai sesuatu yang berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer atau berada dalam keadaan giat dan bersambung terus pada sistem utama komputer. Maka, istilah atas talian tidak tepat. Kesalahan tatabahasa boleh merosakkan seluruh penyampaian. Kesalahan bahasa yang berlaku pada notis makluman ini ialah percampuran penggunaan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Perkara ini juga dikenali sebagai percampuran kod iaitu sesuatu perkataan atau frasa atau klausa bahasa, atau dialek lain dicampurkan ke dalam ayat sesuatu bahasa lain yang dituturkan oleh penutur dwibahasa yang fasih dalam kedua-dua bahasa tersebut.
ISU KESALAHAN KATA : MEDIA CETAK ramadhan ramadan Pengayaan kata dalam bahasa Melayu berlaku melalui kemasukan dan penyerapan perbendaharaan kata asing ke dalam bahasa Melayu. Sejak kurun ke-14, bahasa Arab yang merupakan bahasa komunikasi mubaligh Arab telah meresap masuk ke dalam bahasa Melayu melalui interaksi dan dakwah yang disampaikan kepada penduduk tempatan. Masyarakat sering beranggapan perkataan ramadhan merupakan ejaan yang betul kerana ejaannnya mengandungi unsur bahasa Arab. Hal ini demikian kerana mereka menganggap terjemahan terus huruf ض dalam perkataan رمضان ialah /dh/. Mengikut sistem ejaan Rumi baharu, /dh/ telah disesuaikan menjadi /d/. Misalnya dhaif menjadi daif, hadhir menjadi hadir dan ramadhan menjadi ramadan. Begitu juga dengan bunyi-bunyi seperti /th/, /dz/, /sh/ dan /q/ yang masingmasing telah ditukar menjadi /s/, /z/, /sy/ dan /k/ menurut sistem ejaan Rumi baharu.
ISU KESALAHAN KATA : MEDIA CETAK adalah... dengan ini... Kata pemeri adalah kebiasaannya digunakan di hadapa frasa adjektif atau frasa sendi nama. Namun perlu diingatkan bahawa penggunaan kata pemeri adalah amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Dalam konteks kesalahan teks ucapan di atas, kata pemeri adalah tidak boleh hadir di hapadan frasa kerja atau kata kerja yakni diharapkan. Pembetulan boleh dilakukan dengan menggantikan kata pemeri tersebut dengan frasa dengan ini. Dipetik daripada Teks Ucapan Belanjawan 2024 Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemerihal kepada predikat atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan berlaku melalui dua kaedah, yakni secara persamaan antara subjek dengan predikat menggunakan kata pemeri ialah atau secara huraian tentang subjek oleh predikat menggunakan kata pemeri adalah.
ISU KESALAHAN KATA : MEDIA CETAK dikalangan dalam kalangan Dalam poster di atas, terdapat dua kesalahan yang timbul. Kesalahan pertama ialah penggunaan kata sendi nama di yang kurang tepat. Tatabahasa Dewan menggariskan kata sendi nama digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Misalnya di kafe, di Singapura, di dalam bas dan di antara Pahang dan Selangor. Justeru kata sendi nama di perlu dieja secara terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kesalahan kedua pula ialah kesalahan istilah. Kalangan merujuk kepada lingkungan abstrak yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Maka kata sendi nama di tidak sesuai digunakan dan perlu digantikan dengan kata sendi nama dalam. Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa nama yang mana setiap kata sendi nama tersebut mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan yang khusus.
ISU KESALAHAN KATA : MEDIA ELEKTRONIKbanyak makanan-makanan banyak makanan Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut manakala kata ganda pula ialah kata yang mengalami proses penggandaan atau pengulangan. Dalam konteks kesalahan di atas, kedua-dua kata ini telah menunjukkan bilangan yang jamak atau banyak, justeru bagi mengelakkan berlakunya kelewahan, kata bilangan banyak tidak perlu diikuti dengan kata ganda penuh bagi makanan. Pembetulan boleh dilakukan sama ada banyak makanan atau makanan-makanan.
ISU KESALAHAN KATA : MEDIA ELEKTRONIKKata nama majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit bahasa yang bermakna dan tidak boleh disisipkan sebarang unsur. halatuju hala tuju Kata nama majmuk hanya dieja rapat apabila penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan utuh walaupun perkataan tersebut terdiri daripada dua kata dasar. Menurut Tatabahasa Dewan, hanya 15 kata nama majmuk yang dieja rapat iaitu antarabangasa, pesuruhjaya, bumiputera, setiausaha, jawatankuasa, sukarela, kakitangan, suruhanjaya, kerjasama, tandatangan, warganegara, tanggungjawab, olahrgaga dan matahari. Hala tuju bukanlah kata majmuk mantap, jadi perlu dieja secara terpisah.
ISU KESALAHAN KATA : MEDIA ELEKTRONIKmenitik beratkan menitikberatkan Imbuhan apitan ialah unsur imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan yang hadir pada awal dan akhir perkataan secara serentak. Salah satu apitan yang membentuk kata kerja ialah imbuhan menN-...-kan. Titik berat merupakan kata kerja majmuk yang terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih. Dalam bahasa Melayu, kata majmuk jenis kata nama, yang besar jumlahnya, boleh menjadi kata kerja melalui proses pengimbuhan. Apabila menerima imbuhan apitan, kata dasarnya akan dieja secara bercantum.
ISU KESALAHAN KATA : MEDIA ELEKTRONIKAwalan diper- bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna dijadikan lebih atau bertambah, bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. Misalnya dalam bahan di atas, penggunaan dipermudahkan adalah salah kerana menyebabkan berlakunya kelewahan yang tidak dikehendaki dalam bahasa Melayu. Dipermudah lebih tepat kerana bermaksud dijadikan lebih atau dijadikan bertambah mudah. dipermudahkan dipermudah
Terima kasih kerana sudi membaca buku digital ini Kalau ada sumur di ladang, Bolehlah saya menumpang mandi; Kalau ada umur yang panjang, Bolehlah kita berjumpa lagi