TENTATIF MAJLIS
MESYUARAT AGUNG PIBG SK JELAI 1 (F)
KALI KE-39 SESI 2020/2021
02.30 Petang - Ketibaan dan Pendaftaran
02.45 Petang
03.00 Petang - Ketibaan Ahli Jawatankuasa PIBG
- Nyanyian lagu Negaraku
03.45 Petang - Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
05.00 Petang
- Ucapan Yang DiPertua PIBG SK Jelai 1 (FELDA)
En Md Razi bin Jamil Noordin
- Ucapan Penasihat PIBG SK Jelai 1 (FELDA)
En Idris bin Wahab
Guru Besar SK Jelai 1 (FELDA)
- Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG
SK Jelai 1 (FELDA) Kali Ke-39 oleh :
Dato’ Abd Razak Ab Said
ADUN kawasan Gemas
- Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 dimulakan
- Ucapan Alu-aluan Pengerusi Mesyuarat
- Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung yang
lalu
- Membentang dan menerima Laporan Tahunan
- Membentangkan, menerima dan meluluskan Laporan
Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember 2020
- Membentang dan membahaskan Usul-usul
- Hal-hal lain
- Ucapan Penangguhan
- Majlis tamat
SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 1 (F) (1981-2021)
SENARAI JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39
SESI 2021
PENYAMBUT TETAMU FOTOGRAFI
En Idris bin Wahab En Mohd Hadayat bin Khamim
En Helmi bin Ismail Pn Zamratul Kausar binti Che Sahed
En Norizan bin Mohd Noh
En Asri bin Ujang@Manaf BUKU PROGRAM
En Md Razi bin Jamil Noordin Cik Noornabilah binti Hamzah
En Mohd Fadzly bin Mohd Rashid Pn Rohana binti Yaakop
Pn Suhaizalmi binti Salleh
PENGACARA MAJLIS Pn Siti Nor Musliha binti Ismail
Pn Rosfa’izah binti Abu Sari @Sa’ari Pn Nor Hamira binti Ismail
Pn Azilayani binti Che Soh Pn Masdiana binti Salim
Pn Norfaezah binti Mohd Moklas
SISTEM SIARAYA En Karim bin Mohd Sidek
En Roniza Bin Rodi Pn Noraishah binti Ahmad
En Mohd Khaizal Bin A. Karim
BACAAN DOA
PENCATAT MINIT En Yusri bin Abdullah
Pn Norarinah binti Karis
Pn Norlela binti Karim TEKNIKAL DAN MULTIMEDIA
En Mohd Nazaruddin bin Ramli
JAMUAN En Mohd Faizal bin Abu Bakar
Pn Haryani binti Abd Halim En Muhamad bin Ibrahim
Pn Zuraida binti Mohd Sahidan En Nik Mohamad Aizat Addin bin Jalaludin
Pn Siti Hawa binti Sopian Cik Siti Wahidah binti Zabbri
Pn Nurhayati Idayu Ling binti Abdullah Cik Norshaira binti Amat Salim
Pn Norzapura binti Mohd Yunus Cik Nor Adiba binti Md Sukor
Pn Suria Wati bte Bakri Pn Siti Norakmar binti Omor
Pn Sarina binti Abdul Ghani En Huzaimi bin Mat Zali
Pn Rohayu binti Ramli
Pn Norhafizah bte Abdul Ghaffar PENGUNDIAN
Pn Zuriyantei binti Jamaludin Pn Najwa binti Mohd Rozmi
Pn Norlela binti Jaafar
PERSIAPAN TEMPAT
En Muhammad Amirul bin Mohd Noor
En Tuan Rosli bin Tuan Abdul Rahman
En Mohd Azli bin Musa
En Izzad Amir bin Hamzah
En Shaharil bin Nor
En Shahfizal bin Jamaludin
En Mat Saad bin Che' Mat
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 SESI 2021
AHLI JAWATANKUASA PIBG SK JELAI 1 (F)
SESI 2020/2022
PENASIHAT : En Idris Bin Wahab
YANG DIPERTUA : En Md Razi Bin Jamil Noordin
NAIB YANG DIPERTUA : En Mohd Fadzly Bin Mohd Rashid
SETIAUSAHA : En Nur Arif Bin Zainudin
BENDAHARI : Pn Jamilah Binti Naik
AHLI JAWATANKUASA :
GURU-GURU : En Mohd Khaizal Bin A.Karim
En Roniza Bin Rodi
JELAI 1 (F) : En Mehad Bin Mahzan
JELAI 2 (F) Pn Zuraida Binti Mohd Sahidan
JELAI 3 (F) : Pn Norzapura Binti Mohd Yunus
: Pn Rosfa’izah Binti Abu Sari @ Sa’ari
: Pn Rohana Binti Yaakop
Pn Suhaizalmi Binti Salleh
PPKI : Pn Najwa Binti Mohd Rozmi
En Izzad Amir Bin Hamzah
JEMPUTAN KHAS : Pn Suria Wati Bte Bakri
Pn Sarina Binti Abdul Ghani
: Pn Rohayu Binti Ramli
En Shaharil Bin Nor
: Pn Noraziah Bt Rahman
Pn Norhafizah Bte Abdul Ghaffar
En Shahfizal Bin Jamaludin
En Helmi Bin Ismail
En Norizan Bin Mohd Noh
En Asri Bin Ujang @ Manaf
PEMERIKSA KIRA-KIRA : En. Mat Saad Bin Che Mat
: Pn Zuriyantei Binti Jamaludin
TARIKH RAKAMAN CATATAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
HARI SEK. KEB. JELAI 1 (F), GEMAS, NEGERI SEMBILAN
MASA KALI KE-38
TEMPAT
: 24 FEBRUARI 2020 / 30 JAMADILAKHIR 1441H
: ISNIN
: 3.00 PETANG
: DEWAN SK JELAI 1 (F)
1. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG, SK JELAI 1 (F), EN. MD RAZI BIN JAMIL
NOORDIN
1.1 Mengucapkan salam kepada Puan Rusnani binti Saring, Merangkap Penyelaras
Dun Gemas, En Zikri wakil PPD Tampin, Mohamad Walial’Ashikin bin Halim, Guru
Besar SK Jelai 1 (F), Guru-Guru Penolong Kanan, barisan jawatankuasa PIBG,
wakil pengurusan pejabat Felda Jelai, ibu bapa dan penjaga yang sempat hadir
dalam majlis kali ini.
1.2 Mengucapkan rasa syukur kerana dapat bersama-sama pada majlis petang ini,
jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir kerana telah
memberikan komitmen dan kerjasama kepada pihak sekolah untuk menjayakan
majlis ini. Tidak dilupakan, semua AJK PIBG kerana dapat bekerjasama dalam
setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah .
1.3 Menyatakan tujuan mesyuarat agung diadakan adalah untuk merapatkan
silaturahim antara ibu bapa / penjaga dengan pihak sekolah, menambahkan sumber
kewangan tabung PIBG sekolah bagi menjayakan program anak-anak, mencari
jalan atau kaedah untuk meningkatkan tahap akademik anak-anak.
1.4 Mengharapkan agar ibu bapa dan penjaga dapat menjelaskan segala yuran yang
tertunggak. Selain itu, ibu bapa juga diminta untuk menyediakan keperluan
kelengkapan yang lengkap untuk anak- anak terutamanya untuk aktiviti kokurikulum.
1.5 Mengharapkan ibu bapa dapat melibatkan diri dalam pembangunan anak,
terutamanya di rumah.
1.6 Mengucapkan terima kasih kepada guru Kelas Agama Petang di atas
kecemerlangan UPKK pada tahun lepas, semoga menjadi pemangkin pada tahun
ini lebih ramai murid yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
1.7 Berharap semoga ibu bapa / penjaga memberikan sokongan kepada pihak sekolah
dan menggalakkan anak-anak untuk mengikuti segala program yang telah
1
dirancang oleh pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi sekolah dalam UPSR
tahun ini.
1.8 Mengharapkan agar ibu bapa dapat melantik barisan ahli jawatankuasa yang
baharu pada tahun ini dengan berhemah dan dapat membantu pihak sekolah.
Sekian terima kasih.
2. UCAPAN PENASIHAT PIBG, SK JELAI 1 (F), EN MOHAMAD WALIAL’ASHIKIN BIN
HALIM
2.1 Mengucapkan salam kepada Puan Rusnani binti Saring, Merangkap Penyelaras
Dun Gemas, En Zikri wakil PPD Tampin, YDP dan AJK PIBG SK Jelai 1 (F), Guru-
Guru Penolong Kanan, barisan jawatankuasa PIBG, wakil pengurusan pejabat
Felda Jelai, ibu bapa dan penjaga yang sempat hadir dalam majlis kali ini.
2.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang dapat hadir ke majlis petang
ini. PIBG sekolah ini rasa amat bertuah kerana di atas kehadiran ibu bapa dan
penjaga yang amat memberangsangkan secara tidak langsung dapat memastikan
segala program dirancang oleh sekolah dan PIBG berjalan dengan jayanya.
2.3 Memaklumkan program Ziarah Cakna telah diadakan dan bertujuan untuk
mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa, selain dapat
berkenalan dengan lebih rapat.
2.4 Memaklumkan bahawa ibu bapa perlu ambil berat mengenai buku teks anak- anak.
Pupuk tanggungjawab anak- anak menjaga buku teks dengan baik dan balut
dengan baik.
2.5 Memaklumkan bahawa pendaftaran prasekolah adalah berdasarkan merit dan
bilangan yang layak adalah seramai 25 orang. Keutamaan diberikan bergantung
kepada pendapatan penjaga.
2.6 Mohon ibu bapa memberikan komitmen dalam program sekolah dan bekerjasama
dalam merancang dan merangka program yang boleh mengeratkan hubungan pihak
sekolah dengan ibu bapa.
2.7 Memaklumkan bahawa terdapat alumni sekolah yang bermurah hati untuk
menyumbangkan sistem pembesar suara. Mengharapkan lebih ramai alumni dapat
menyumbangkan dan sama- sama membantu membawa kecemerlangan di
sekolah.
2.8 Memaklumkan bahawa murid perlu digalakkan untuk menyertai aktiviti kokurikulum
untuk mendapatkan markah PAJSK yang baik. Terdapat murid sekolah yang
berjaya sehingga ke peringkat negeri dalam aktiviti kokurikulum seperti acara
2
olahraga, merentas desa, bola tampar dan lain- lain. Terdapat seorang murid PPKI
yang berjaya terlibat dalam peringkat kebangsaan dalam merentas desa.
2.9 Memohon sumbangan untuk pembiayaan papan kenyataan (soft board) dan cermin
di sekolah. Hal ini untuk memudahkan dan mengelakkan segala info yang telah
ditampal tidak diterbangkan angin.
2.10 Berharap semua pihak sama-sama menjayakan apa sahaja program aspirasi
kerajaan. Mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa/penjaga pada petang
ini. Sekian terima kasih.
3. UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38, PUAN RUSNANI
BINTI SARING, MERANGKAP PENYELARAS DUN GEMAS
3.1 Mengucapkan salam dan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah dan PIBG
yang sudi mengundang untuk menghadiri majlis ini. Bersyukur kerana dapat
bersama-sama untuk menentukan hala tuju kemenjadian murid-murid sekolah ini,
3.2 Ribuan terima kasih kepada semua yang sempat hadir dan berharap dalam
mesyuarat agung kali ini dapat membincangkan segala permasalahan dan
cadangan yang dapat meningkatkan lagi prestasi sekolah.
3.3 Menyarankan ibu bapa dan pihak sekolah untuk saling bekerjasama dalam
meningkatkan pencapaian anak- anak dan aktiviti yang dirancang oleh pihak
sekolah bersama ibu bapa dapat berjalan dengan baik.
3.4 Mengucapkan tahniah kepada PIBG SK Jelai 1 (F) kerana bergiat aktif dan berjaya
menjalankan banyak aktiviti. Meminta meneruskan untuk pembangunan sekolah
dan murid- murid.
3.5 Terima kasih kepada guru-guru, banyak program PIBG dan sekolah untuk
membantu meningkatkan kecemerlangan murid-murid. Usaha guru yang tidak
mengira penat dan jemu mengajar murid-murid, tidak mustahil untuk mencapai
kejayaan. Justeru, fikirkan cara untuk memastikan SK Jelai 1 (F) pada tahun ini
cemerlang dari segi akademik, ko-kurikulum dan sahsiah.
3.6 Berharap agar ibu bapa yang hadir pada hari ini dapat menyumbangkan idea dan
pendapat bagi memantapkan aktiviti sekolah dan mencapai matlamat persatuan.
Kerjasama dapat mencetuskan idea yang baik untuk menjana transformasi negara.
.
3.7 Dengan sukacitanya beliau menyumbangkan RM 1000 kepada pihak sekolah untuk
kepentingan murid dan sekolah.
3.8 Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG
SK Jelai 1 (F) Kali Ke-38 Sesi 2020/2021 Tahun 2020.
3
RAKAMAN PERINGATAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SK JELAI 1 (F) KALI KE-37
Agenda 1 – Ucapan Pengerusi : En. Md Razi bin Jamil Noordin
1.1 Merakamkan ucapan alu-aluan dan berterima kasih kepada semua ibu bapa dan
penjaga yang hadir dan terus bersabar menunggu untuk bermesyuarat.
1.2 Meminta kerjasama semua ahli agar dapat memberikan kerjasama dalam
melicinkan perjalanan mesyuarat kali ini dengan mengemukakan pandangan dan
cadangan secara jelas dan tertib.
Agenda 2 – Mengesahkan Rakaman Peringatan Minit Mesyuarat Yang Lalu
2.1 Setiausaha memaklumkan bahawa jumlah kehadiran ahli dalam mesyuarat kali ini
adalah seramai 300 orang.
2.2 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu :
2.2.1 Cadangan : Pn Nurhidayah binti Painah
2.2.2 Sokongan : Sebulat suara
Agenda 3 – Perkara Berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit
Agenda 4 – Pembentangan Penyata Kira-kira Kewangan PIBG
4.1 Pembentangan Penyata Kira-kira Kewangan PIBG oleh wakil Bendahari PIBG, Pn
Jamilah binti Naik berdasarkan laporan kewangan bertulis yang dikemukakan dalam
mesyuarat ini.
4.2 Penerimaan Penyata Kira-kira Kewangan PIBG :
Cadangan : Pn Norhafizah binti Abdul Ghaffar
Sokongan : Pn Rosilawati binti Yusof
Agenda 5 – Cadangan Sumbangan PIBG
5.1 Yang DiPertua PIBG mencadangkan agar sumbangan Tabung PIBG pada tahun ini
dikekalkan iaitu sebanyak RM50. Majlis sebulat suara bersetuju untuk
melaksanakan cadangan tersebut.
4
Agenda 6 – Membentang Dan Membahaskan Usul-Usul
6.1 Azlina Mahat mencadangkan untuk memperluaskan penutup longkang di pintu
pagar kecil.
Penasihat memaklumkan usul telah diterima dan tindakan akan segera diambil.
Pembinaan penutup longkang tersebut akan dibina menggunakan duit wakaf.
6.2 Marlia binti Mustafa mencadangkan pihak sekolah mengurangkan masalah disiplin
pelajar.
Penasihat memaklumkan pihak sekolah setiap minggu guru- guru disiplin akan
membentangkan masalah disiplin. Sehingga Februari 2020, masalah disiplin
berkurangan berbanding tahun lepas.
Agenda 7 – Hal-hal Lain
7.1 YDP meminta sekali lagi untuk ibu bapa dapat menjelaskan sumbangan PIBG
kerana sumbangan yang digunakan adalah untuk kegunaan murid- murid.
7.2 Puan Jamilah menyatakan bahawa sekitar 70 peratus sahaja ibubapa yang telah
membayar. Berharap tahun ini dapat mencapai jumlah sekurang- kurangnya 90
peratus.
Agenda 8 – Ucapan Penangguhan
8.1 Penasihat mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir pada hari
ini. Berharap ibu bapa dapat terus memberikan sumbangan dan bantuan sokongan
untuk aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.
8.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada
beliau untuk menerajui PIBG sebagai Yang Dipertua. Harapan semoga segala usul
yang telah dibincangkan akan terlaksana.
8.3 Berharap agar ibu bapa dapat memberikan kerjasama untuk menjayakan segala
program yang akan dilaksanakan kelak demi kejayaan anak-anak dari segi
kurikulum, sahsiah dan disiplin.
8.4 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.10 petang.
5
Dicatat dan Disediakan oleh , Diperakukan Sah oleh ,
(NUR ARIF BIN ZAINUDIN) (EN MD RAZI BIN JAMIL NOORDIN)
SETIAUSAHA PIBG YANG DIPERTUA PIBG
SEK. KEB JELAI 1 (F) SEK. KEB JELAI 1 (F)
6
USUL 2021
BIL NAMA USUL TINDAKAN
1 Yuran PIBG dikekalkan
PIBG
2 Mohd Shahryzul bin Jadual pulang anak- Murid sudah
Md Yasin anak perlu dijadualkan untuk
(8307210xxxx) pengawasan guru keluar secara
supaya pelajar tidak di berperingkat.
lepas secara serentak Kerjasama diperlukan
untuk mengelakkan daripada pihak ibu
kesesakan di pintu bapa/ penjaga untuk
keluar. mengambil anak
pada masa yang
ditetapkan.